Rate

BAB 6 RAKAMAN

Fantasy Series 3820

Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa seperti tidak percaya yang mereka akan dipindahkan ke Pulau Biru .

" Kenapa kitorang dipindahkan ke sana ? " Tanya Adam dengan jelas dan tenang.
" Prestasi kitorang tak memuaskan ke ? " Tanya Siti Hawa pula .
" Korang bertiga adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik .Tak ada satu pun yang dapat mengatasi prestasi korang bertiga . Prestasi korang adalah yang terbaik . " Jawab Dato' Gerrard dengan jelas bersulamkan ketegasan . " Di Pulau Biru nanti , korang akan dijemput ke Menara Cermin Biru dan di sana nanti , Dato' Panglima Polis akan bertemu dengan korang semua . "
" Bila kitorang perlu ada kat sana untuk lapor diri . " Tanya Siti Nursamawi .
" Lusa . " Ringkas sahaja Dato' Gerrard membalas . " Hari ni , korang tak perlu ada kat sini . Pulang dan berkemas . Pihak saya akan sediakan dan akan uruskan segala kos . Termasuk makan dan minum . "
Setelah menunjukkan Kad Jemputan yang diberikan oleh Stephen Akio Kenzo kepada Security , Ahmadi dan rakan - rakannya masuk ke dalam bangunan Scientist for Future. Mata mereka melekat pada setiap peralatan dan kelengkapan serta kemudahan yang terdapat di dalam menara itu .
" Mana nak cari Anak Orang Kaya tu ? " Tanya Maera dengan perlahan .
" Entahlah . " Balas Muniandy . " Dia cuma suruh kita datang . Dia tak ada pun cakap macam mana nak cari dia kat dalam ni . "
Tidak lama selepas itu , seorang wanita muda bercermin mata menyapa Sheila Asyikin .
" Hello dan Selamat Pagi Tuan dan Cik semua . Awak semua ni kawan Tuan Muda Stephen ? " Tanya Wanita muda itu sambil tersenyum kepada Sheila Asyikin .
" Hello dan Selamat pagi . " Balas Naera dengan lembut . " Aah , kitorang ni rakan Stephen . Ehm , dia kat mana ye ? "
" Saya akan bawa awak semua berjumpa dengan dia . " Jawab Wanita Muda itu .
Sheila Asyikin tersenyum dan memandang ke arah Ahmadi lalu menggoyangkan tangan Ahmadi dengan gembira .
" Adik ni comellah . Macam Anak Patung . " Kata Wanita Muda itu kepada Sheila Asyikin lalu mencubit pipi Sheila Asyikin dengan manja sambil tersenyum . " Adik boleh manfaatkan masa ni untuk belajar ye . "
" Umur saya dah 20 lebihlah . " Kata Sheila Asyikin dengan perlahan lalu membuat muka .
Kecuali Ahmadi , rakan - rakannya yang lain menahan ketawa .
Wanita berkaca mata itu sedikit tersentak lalu tersengih . " Nama saya Scarlet . "
" Saya Sheila . " Balas Sheila Asyikin dengan agak perlahan dengan reaksi wajahnya yang jelas kelihatan semacam .
" Mari saya bawa awak semua berjumpa dengan Tuan Muda Stephen . " Ajak Scarlet sambil tersenyum dan berkata di dalam hati . Bisikan fitrah seorang wanita muda . " Lembut dan anjalnya pipi dia . "

***********************************************************************
Siti Nursamawi menguak pintu lalu terus sahaja meluru ke dapur untuk mencari emaknya .
" Mak ! " Jerit Siti Nursamawi dengan kuat sehingga memeranjatkan Puan Maryam yang sedang membersihkan Papan Pemotong. " Siti nak apa sampai menjerit - jerit ? ! Bertuah ! "

Puan Maryam melemparkan Papan Pemotong tadi ke arah Siti Nursamawi dengan kuat namun Siti Nursamawi mengelak sehingga Papan Pemotong tadi tersembam ke lantai dan terus menggelongsor sehingga ke bawah meja .

" Cakap nak apa ! " Kata Puan Maryam dengan geram lalu menyingsingkan lengan bajunya . " Mood mak tak baik sekarang ! "

" Siti ditukarkan ke Pulau Biru . " Kata Siti Nursamawi dengan agak perlahan dan tergagap - gagap . " Kat Pantai Bayu Timur . "

" Mak dah tahu ! " Teriak Puan Maryam . " Ada Polis datang hantar Watikah Pertukaran Siti ke sana tadi ! "

" Mak suka tak ? " Tanya Siti Mursamawi sambil tersengih paksa . Agak pelik sengihannya . " Kita balik ke sana . "

" Suka ! " Jawab Puan Maryam dengan agak geram . " Pergi berkemas ! Mak dah call Dato' Gerarrd tadi . Kita pergi sendiri ke Pulau Biru ! Ayah dan Kak Janne pun mak dah call dah ! "

" Bila kita bertolak ? " Tanya Siti Nursamawi dengan senyumannya yang mekar berbunga . " Malam ni ke ? "
" Siti dah gila ke ? ! " Jerkah Puan Maryam garang . " Esok pagi pukul 5 A.M , kita dah mesti dah ada kat Airport . Pukul 6.45 kita bertolak ! "
Wajah Siti Nursamawi menjadi semacam . " Habis tu semua barang kita kat rumah ni macam mana ? Baju - baju Kak Janne ? "
Puan Maryam menghempaskan penumbuknya di tepi Sinki dengan amarah yang tidak diketahui puncanya . " Baju Kak Janne Siti tolonglah kemaskan ! Semua barang dalam rumah ni mak dah settlekan ! "
" Boleh tak mak bagitau Siti , kenapa mak marah gila sekarang ni ? Siti tak fahamlah mak . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas walaupun nadanya perlahan . " Kalau nak ikutkan logik akal , semua tindakan mak terhadap perpindahan Siti ke Pulau Biru dan tindakan mak yang dah uruskan penerbangan kita dan dah settlekan urusan penghantaran barang - barang kita yang ada dalam rumah ni , reaksi mak sepatutnya happy . Bukan marah - marah macam ni . "
Puan Maryam membilas pinggan dan mangkuk di sinki bilasan dengan wajah yang marah kegeraman . " Macam mana mak tak marah ?! Watak utama dalam Drama yang mak tengok selalu tu accident ! Dia tu baik ! Yang sepatutnya masuk hospital yang pompuan jahat tu ! "
" Pasal Drama rupanya . " Desis hati Siti Nursamawi lalu wajahnya menjadi semacam . Dia menghampiri Peti Ais . Mengambil sebotol Jus Strawberri . Berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya .
" Dahlah masuk hospital ... " Bebel Puan Maryam yang lancar tanpa halangan seperti Keretapi di atas landasan yang meluncur laju . " ... ditinggalkan boyfriend lagi ! Semuanya pompuan jahat tu punya pasal ! "
Tanpa menghiraukan bebelan Puan Maryam , Siti Nursamawi membuka almari pakaian Siti Nurjannah dan meletakkan satu persatu baju Siti Nurjannah di atas katil .
Puan Maryam munutup air lalu mengelap tangannya di apron dan kemudian menoleh kebelakang . Dia menepuk dahinya . " Budak bertuah . Dibiarkannya mak dia bercakap sendiri . "

***********************************************************************
Siti Khumairah melihat ke arah sembilan LED Light Monitor yang terpasang di hadapannya . Dengan fokus . Lapan rakaman telah pun dijedakannya manakala monitor yang kesembilan masih lagi sedang ditelitinya . Ketukkan di pintu ofisnya berbunyi lalu di dengan pantas menjedakan rakaman pada monitor yang kesembilan . " Siapa ? "
" Kitoranglah . " Balas Siti Nurjannah .
" Masuklah . " Kata Siti Khumairah dengan pantas lalu menyambung semula kerjanya .
Hagia Sofea dan Siti Nurjannah memasuki ofis Siti Khumairah .
" Awak buat apa ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut . " Awak tak nak launch ke ? "
" Ini rakaman Sayap Peganiex . " Kata Siti Nurjannah dengan perlahan namun jelas. " Awak siasat apa ? "
" Nak cari dan pastikan sesuatu . " Jawab Siti Khumairah dengan pantas dan sambil tersenyum . " Dan yang menariknya , sesuatu tu dah pun saya dapat . Tak lama lagi , kita akan ketahui siapa Anggota Sayap Peganiex yang sebenarnya . "
" Menarik . " Pintas Hagia Sofea lalu menarik kerusi . " Monitor 1 ? "
" Daripada Monitor 1 sampai ke Monitor 8 .... " Kata Siti Khumairah dengan jelas . "... apa yang awak berdua perasan ... ? "
" Semua ni rakaman semasa kita minta Sayap Peganiex untuk bekerjasama dengan kita . " Balas Siti Nurjannah . " Tapi Mai , apa yang peliknya , kita tak dapat nak tangkap pergerakkan diorang melalui satelit . "
" Kita abaikan dulu pasal Satelit tu . " Pintas Siti Khumairah . " Saya akan jelaskan pasal Satelit tu nanti . "
" Awak nak kita cari persamaan ? " Celah Hagia Sofea .
"Tepat . " Balas Siti Khumairah .
Siti Nurjannah memandang kembali ke arah Monitor 1 sehingga ke Monitor yang kesembilan . " Ketua diorang dengan yang pendek tu sentiasa ada kat depan . Warna Sayap kat bahagian dada kiri dan bahagian belakang diorang hanya dibezakan dengan Warna dan Jalur . Yang ketua diorang warnanya Biru , Biru Muda dan Putih berjalur Merah , Kuning dan Jingga . Yang Pendek tu pula Simbol Sayap tu berwarna Merah , Kuning dan Jingga berjalur Biru , Biru Muda dan Putih . "
" Baik . Didie dan kawan - kawan dia , siapa yang sentiasa berkongsi style pakaian macam tu ? " Tanya Siti Khumairah sambil tersenyum .
" Didie , Sheila dan adik saya tapi , adik saya tak ada kat sini so , adik saya tu secara automatic terkeluar . " Balas Siti Nurjannah . " Kalau Didie pakai baju Putih , Sheila pun mesti pakai baju Putih . Jam tangan pun sama cuma berlainan warna je . Kasut pun mcam tu , sama tapi berlainan warna . "
" Tapi Mai , setakat persamaan itu je tak cukup untuk membuktikan yang diorang tu Anggota Sayap Peganiex . " Celah Hagia Sofea .
" Kalau awak cakap macam tu ... " Balas Siti Khumairah lalu memasukkan Ketua Sayap Peganiex dan si Pendek yang dimaksudkan oleh Siti Nurjannah tadi ke Monitor Utama yang terletak diantara sembilan Monitor itu dan kemudian , dia memasukkan pula gambar Ahmadi dengan Sheila Asyikin . " ... cuba awak bandingkan ketinggian diorang . "
Hagia Sofea menekan - nekan keyboard cahaya yang cantik lalu , satu bunyi kedengaran dan satu perkataan tertera di monitor utama yang agak mengejutkannya dengan Siti Nurjannah . " Ketinggian diorang sama . "
" Dan satu lagi , si Pendek tu kita tahu dia adalah perempuan . Lihat dari bentuk tubuh pun kita tahu yang dia tu perempuan . Kalau dari suara , kita tak boleh nak padankan sebab diorang dah ubah suara diorang . " Celah Siti Nurjannah .
Siti Khumairah tersenyum . " Apa lagi yang korang perasan ? "
Hagia Sofea menyangkutkan dagunya di atas penyandar kerusi sambil memerhatikan si Pendek yang dimaksudkan oleh Siti Nurjannah . Tidak lama kemudian , dia tersenyum . " Rambut si pendek tu . Sama panjangnya dengan rambut Sheila . "
" Lambatlah kita makan kalau macam ni . " Kata Siti Nurjannah lalu mengambil kerusi dan duduk di sisi Siti Khumairah .
" Sekejap ye , saya nak selaraskan minit rakaman dan saya nak korang lihat persamaan diantara Ketua diorang ni dengan Didie . " Kata Siti Khumairah lalu jari - jemarinya yang halus menari - nari di atas Keyboard yang bercahaya .
Tidak lama kemudian , Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea bersama - sama meneliti semua rakaman itu .
Rakaman - rakaman itu menunjukkan aksi Ketua Sayap Peganiex sedang menggaru kepala ketika berunding dengan Pendekar Bayu , pemimpin kepada semua pemimpin Pasela .
" Didie dan Sheila tu dah macam adik saya Mai . Didie selalu garu kepala dia kalau ada sesuatu yang dirasakannya macam dia malas nak lakukan atau pun dia rasa leceh nak buat sesuatu . Kadang - kadang tu , kalau dia rasa macam menyampah pun dia akan garu kepala macam tu . Dah jadi habit dia dah . " Kata Siti Nurjannah dengan jelas lalu memegang bahu Siti Khumairah dan tersenyum . " Kalau betullah Didie tu Ketua Sayap Peganiex dan Sheila tu pula anggota Sayap Peganiex , banyak duit diorang . Satu kes yang diorang selesaikan untuk kita bukannya sikit kerajaan bayar . "
" Korang perasan tak lelaki dan perempuan yang selalu berdiri bergandingan tu . Yang topeng diorang warna Hijau campur entah warna apa tu ? " Tanya Hagia Sofea dengan jelas . " Kalau nak ditelitikan dan nak diperhatikan , ketinggian diorang berdua tu sama dengan ketinggian Maera dan Naera . "
" Dan , Maera dan Naera tu punkan memang rapat . Hubungan adik beradik diorang sama macam hubungan Didie dan Sheila . " Celah Siti Nurjannah .
" Tapi , Didie dan Sheila bukan adik - beradik . " Pintas Hagia Sofea .
" Didie dan Sheila tu unik . " Sampuk Siti Khumairah dengan pantas bersulamkan kelembutan . " Itu tak masuk Siti lagi . "
" Siti ? " Tanya Hagia Sofea . " Siti mana ? "
" Siti . Adik saya . " Balas Siti Nurjannah .
" Hubungan diorang bertiga tu unik . " Kata Siti Khumairah . " Diorang bertiga macam boleh fikirkan satu benda yang sama dan macam boleh merasakan satu perasaan yang sama . "
" Saya ingat lagi diorang bertiga tu ponteng sekolah sama - sama kat Shopping Complex . " Kata Siti Nurjannah lalu dia tertawa kecil bersama Siti Khumairah dan Hagia Sofea .
" Okey , berbalik pada rakaman ni . " Kata Hagias Sofea sambil terus tersenyum . " Kita boleh padankan ketinggian tiga orang lelaki tu dengan Andy , Aivira dan Stephen . "
Hagia Sofea memasukkan gambar empat lelaki dan seorang wanita yang dimaksudkannya ke dalam Monitor Utama untuk membandingkan ketinggian anggota Sayap Peganiex itu dengan Maera , Naera , Muniandy , Avira dan Stephen Akio Kenzo .
" Ketinggian diorang sama . " Kata Hagia Sofea dengan jelas lalu berundur semula ke belakang . " So , kita kena pastikan dan cari jalan untuk betul - betul pastikan yang Sayap Peganiex ni adalah diorang tu semua . "
" Tapi macam mana ? " Tanya Siti Nurjannah . " Sayap Peganiex bukannya kumpulan penyiasatan amatur . Diorang ni profesional . "
" Kita akan gunakan sesuatu yang boleh membongkarkan rahsia diorang ni . " Balas Siti Khumairah .
Hagia Sofea menganggukkan kepalanya . " Kita gunakan salah satu daripada diorang . Saya cadangkan kita guna Sheila . "
" Saya setuju . " Celah Siti Nurjannah dengan lembut . " Jangan tengok Sheila tu kecil . Kalau dia marah , memang menakutkan . Lebih - lebih lagi kalau hal tu melibatkan barang - barang yang diberi oleh Didie . "
" Kita akan create satu kes bangang pasal Didie . " Kata Siti Khumairah sambil tertawa kecil . " Kes yang kalau berhasil , kita akan tahu keputusannya pada hari tu juga . "
" Saya macam dah tahu je tahap bangang kes tu . " Kata Hagia Sofea lalu tersenyum .
" Kalau dah confirm yang Sayap Peganiex ni diorang tu semua , kita akan aturkan pertemuan diorang dengan Siti , Adam , Hawa , Siti Aisyah dan Rara . " Cadang Siti Nurjannah . " Kita tak boleh berlengah lagi . Kita perlu cadangkan cadangan ni kepada semua pempimpin Pasela . Kumpulan baru yang kita nak lahirkan ni perlu diwujudkan dengan segera . "
Siti Khumairah dan Hagia Sofea setuju dengan cadangan Siti Nurjannah .
" Sekarang , cuba awak jelaskan pasal satelit tu pula . " Kata Hagia Sofea .
" Semua orang tahu , company keluarga Stephen yang banyak menghasilkan Satelit untuk pelbagai keperluan . Dan Stephen pun dah banyak kali menang dalam peraduan mereka cipta dan hasilkan tujuh sistem pertahanan Satelit . " Kata Siti Khumairah . " Jadi , setakat nak halang diri diorang daripada terlihat oleh Satelit , itu memang kerja mudah buat Stephen . Ingat , dia tu salah seorang daripada Professor dan Saintis muda yang berbakat . "
" Masuk akal juga teori awak tu . " Kata Siti Nurjannah .
" Mari kita jumpa Pemimpin Pasela kat bawah . " Ajak Hagia Sofea .
" Tapi , apa kata kita launch dulu . " Kata Siti Khumairah sambil tersenyum lalu memeluk bahu Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .
" Awak belanja . " Kata Siti Nurjannah lalu tertawa kecil .
" Takde masalah . " Balas Siti Khumairah dan kemudiannya dia tersenyum lebar .
" Kenyanglah hari ni . " Kata Hagia Sofea lalu mereka bertiga keluar dari ofis Siti Khumairah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience