Rate

BAB 28 TERDETIK DAN TERJENTIK

Fantasy Series 3820

Telah tiga bulan Ahmadi dan rakan - rakannya berkelakuan seperti orang asing .
Dan selama itu jugalah , Ahmadi hanya melakukan tugasnya bersama Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi . Ditemani oleh Putih dan Paquine .

Selama tiga bulan ketiadaan Sayap Peganiex , indeks aktiviti jenayah semakin menjadi - jadi . Kesemuanya adalah merupakan jenayah terancang . Kes - kes yang berprofile tinggi .

Muniandy mematikan televisyen lalu mengeluh . Dia manatap televisyen yang baru sahaja dipadamkannya tadi . " Tak boleh jadi macam ni . Hidup macam kosong je . "

" Tulah , ada ketua , korang pulaukan . Berlagak macam tahu semua benda . " Kata Sougaena Raj yang baru sahaja hendak keluar
bekerja . " Bukan semua benda tu , boleh diterima akal . Ada masanya , satu kebenaran tu , memang tak terjangkau oleh akal fikiran . "

Muniandy hanya mendengar sindiran ayahnya yang tiba - tiba sahaja itu . Walaupun sindiran itu , tepat menyepak hatinya . Sedikit pun dia tidak membalas .

" Sekarang ni , buruklah Andy dalam rumah ni . Macam mayat reput . Macam Pasu kosong tanpa bunga . " Kata Sougaena Raj lagi lalu terus keluar daripada rumah .

Pada masa yang sama , di dalam sebuah Cafe yang riuh dengan pelanggan , kelihatan Adam , Siti Hawa dan Ratni sedang berborak .

" Hari tu , saya ada nampak diorang tengah jalan - jalan . Saya dalam kereta masa tu . " Cerita Siti Hawa dengan perlahan . " Saya hon tapi , diorang hanya angkat tangan dan senyum je . Lepas tu , beralih ke arah lain . Macam mengelak je . "

" Diorang pun macam dah tak nak bergaul dengan kita . " Kata Adam . " Buat macam kita ni tak wujud . "

" Hello . " Celah Ratni dengan lembut . " Kita yang buang diorang sebenarnya tau . Kita yang sisihkan diorang . Bukannya diorang yang sisihkan kita . Awak kena ingat tu . "

" Tapi , takkan sampai macam tu sekali diorang buat kita ? " Tanya Siti Hawa dengan nada yang berselimutkan kesedihan .

Ratni mengeluh . " Kita pun , sampai hati buat macam tu kat diorang . Kenapa pula diorang tak sampai hati buat macam ni kat kitakan ? "

Pada masa yang sama juga tetapi berbeza kawasan , Stephen Akio Kenzo sedang menekan - nekan sesuatu pada motherboard cahaya miliknya yang unik dan sesekali , kelihatan dia menarik dan memindah rakaman dari monitor skrin cahaya yang terletak di sisi kirinya ke monitor cahaya di sisi kanannya .
Turut bersamanya ialah Aivira yang duduk sambil meletakkan tangan di atas kepala .

" Boleh tak awak perlahan - lahan sikit buat kerja awak ? " Tanya Aivira dengan tenang . " Naik juling mata saya ni . "

Stephen Akio Kenzo tersenyum . " Awak kena biasakan diri awak kalau nak tengok saya buat kerja . "

" Orang gila je yang boleh tengok semua ni tanpa banyak songeh . " Balas Aivira .

Riak wajah Stephen Akio Kenzo tiba - tiba sahaja berubah . Menjadi sedikit muram . " Didie boleh . "

Aivira terdiam . Kelu lidahnya untuk membalas kata - kata Stephen Akio Kenzo .
Kemudian . Dia mengeluh . Keluhan yang berat . " Apalah agaknya diorang bertiga tu buat sekarang ? "

" Siapa tahu ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan perlahan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ketika itu , Ahmadi bersama - sama dengan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi telah pun berada di dalam ruang bawah tanah . Ruang yang dihasilkan oleh Kucina dan Witchie .
Turut bersama mereka ialah Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

" Kau ni dah kenapa ? " Tanya Ahmadi .

Kucina memandang ke arah Putih , Paquine , dan Merowran. Bersilih - ganti . " Ehm , saya segan . "

" Segan kenapa ? " Tanya Sheila Asyikin .

" Kakak Tuan ada kat sini . " Jawab Kucina lalu memegang belakang pinggang Witchie dengan lembut . " Walaupun kitorang semua ni dah menyamar sebagai Manusia tapi , saya tetap segan . "

" Kenapa nak segan ? " Tanya Siti Khumairah .

" Kakak tuan cantik . " Jawab Kucina .

Ahmadi menepuk dahinya secara spontan lalu mengeluh . " Habis tu , diorang yang lain ni tak cantik ke ? "

" Cantik tapi , kakak tuan lebih cantik . Cik Sheila pun kalah . " Jawab Kucina dengan agak tergagap - gagap .

" Saya cantik ke ? " Tanya Siti Khumairah sambil memandang ke wajah Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

" Mai , hidung awak tu . " Kata Hagia Sofea dengan lembut . " Kawal sikit . Kembang sangat tu . "

Siti Khumairah terus sahaja tersipu - sipu malu .

" Maklumlah , cantik . " Sampuk Siti Nurjannah pula .

" Dahlah tu . Simpan dulu pujian tu . Kakak aku cantik pun , kentut dia busuk juga. Bukannya wangi . Hanyir . " Kata Ahmadi dengan jelas lalu Siti Khumairah memukul bahunya .

" Status . " Kata Siti Khumairah .

" Sekitar kawasan ni selamat . Tak ada sesiapun kat sini . Baik daripada Manusia ataupun Bangsa Mitos . " Kata Paquine dengan jelas dan tenang nadanya . " Tapi , kat dalam makmal tu , mungkin ada banyak lagi Kristal Hidark . "

" Kita dah tahu kenapa diorang semua tu tinggalkan makmal ni tapi ... " Celah Hagia Sofea dengan tenang . "... kenapa diorang tinggalkan Kristal tu ? Diorang nak sembunyikan makhluk tu ke ? "

" Kalau nak diikutkan daripada apa yang kita dah dengar dari Witchie hari tu , kajian diorang ni gagal . " Kata Siti Nursamawi dengan lembut dan jelas . " Mungkin diorang tak nak sesiapun tahu pasal kajian ni . "

" Ada betul juga cakap Siti . " Celah Siti Khumairah . " Kajian ni mesti sesuatu yang bahaya . Kalau tak , takkan diorang nak mengkaji dalam hutan tebal ni . "

" Status kat dalam pula mana ? " Tanya Hagia Sofea dengan tenang .

" Kat dalam memang kosong . Tak berpenghuni langsung . " Jawab Merowran dengan jelas . " Kecuali , makhluk yang kat dalam silinder kaca tu je . "

Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu mengeluh . " Jadi , kita kena masuk kat dalam makmal tu untuk jemput kawan kita yang kat dalam balang kaca tu . Dan , bagi dia tempat tidur yang selesa kat Pasela . "

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea menikam wajah Ahmadi dengan pandangan mata mereka .

" Kenapa ? " Tanya Ahmadi . " Didie salah cakap ke ? "

" Kenapa kat Pasela ? " Tanya Hagia Sofea dengan tenang . " Takde tempat lain ke ? "

" Tempat tu tempat rahsia . Takde tempat yang selamat selain dari Pasela . " Jawab Ahmadi dengan pantas dan jelas .

" Jadi , akak dah agak apa yang Didie nak lakukan sekarang . " Pintas Siti Khumairah dengan tenang . " Kitorang bertiga ni , boleh je masuk ke dalam makmal tu tapi , jelaskan pula tentang keselamatan . "

" Walaupun si pelik ni ... " Sampuk Siti Nurjannah dengan jelas sambil memandang ke wajah Kucina dan rakan - rakan Kucina yang lain bersilih - ganti . " ... cakap tadi , diorang ni dah menyamar jadi Manusia . Tapi , faktor keselamatan , tetap jadi keutamaan kita . Tak kiralah Mitos ataupun realiti . "

" Yang tu , akak jangan risau . Abang dah uruskan semua . " Celah Asyikin lalu memeluk bahu Siti Nursamawi .

" Satu kelengkapan keselamatan yang takkan ada tandingannya . " Sampuk Siti Nursamawi pula .

" Akak tak kisah kalau Sheila yang cakap macam tu . " Kata Hagia Sofea . " Yang Siti ni . Mana Siti tahu yang Didie , dah sediakan semua tu ? "

" Pasal nampak je kitorang ni berlainan tapi sebenarnya , otak kitorang bertiga ni , memang sama . " Balas Siti Nursamawi sambil tersenyum lebar . " Percaya atau tak , hampir 97% , kitorang boleh fikirkan benda atau perkara yang sama dan boleh meneka apa yang ada dalam fikiran masing - masing . "

Ahmadi mengeluh .

" Kenapa mengeluh ? " Tanya Siti Khumairah .

Ahmadi menggaru kepalanya . " Kadang - kadang , Didie pandai takut dengan diorang berdua ni . Diorang macam tahu je apa yang ada dalam kepala Didie ni . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Maera sedang duduk termenung di ruang dapur . Dia menunggu akan emaknya yang sedang menyiapkan juadah untuk Naera yang sedang demam selsema .

" Dahlah tu . Jangan dok fikirkan sangat . Maer dan Aera juga yang cari penyakit . Bertahun korang berkawan . Dah tu , saja - saja nak mainkan perasaan dan kepercayaan diorang bertiga tu . " Bebel Puan Kanna dengan tenang dan jelas . " Tengok apa dah jadi ngan Aera . Rindu sangat kat Sheila dan Siti sampai sakit . "

" Manalah kitorang tahu keadaan akan jadi teruk sampai macam ni sekali . " Balas Maera .

" Kadang - kadang , ada perkara atau sesuatu tu yang kita perlu percaya walaupun , kita tak nampak akan sesuatu atapun perkara yang kita tak nampak tu . " Kata Puan Kanna lalu meletakkan Bubur Nasi di atas dulang . " Itu yang dipanggil kepercayaan . Kita kena hormat apa yang orang lain percaya walaupun , ia bertentangan dengan apa yang kita percaya . "
Puan Kanna melabuhkan punggungnya di atas kerusi . " Dalam hal ni . Pasal Mitos dan Lagenda yang jadi kesukaan diorang bertiga tu . Bukannya diorang bertiga je yang percaya pasal ni . Ada ramai lagi . Kenapa nak sisihkan diorang sampai macam ni sekali ? Kenapa sekarang baru nak buat macam ni ? "
Puan Kanna berdiri lalu membasuh tangannya yang telah kotor sedikit . " Mak bukannya nak bela diorang . Tapi , mak ada ramai kawan yang ada minat yang sama dengan diorang . Jadi , mak boleh faham pasal perasaan diorang . "

Maera menyandar pada kerusi lalu mengeluh .

" Mak dan anggap korang semua macam anak - anak mak sendiri . " Kata Puan Kanna lalu berdiri menuju ke Peti Sejuk " Dah , pergi bawa makanan tu ke bilik Aera . "
Dia menutup pintu Peti Sejuk selepas dia mengambil ayam . " Fikir - fikirkan apa yang mak cakapkan tadi . "

Maera membawa makanan yang telah disediakan oleh emaknya tadi ke bilik Naera . Selepas beberapa detik melangkah , dia tiba di depan bilik adiknya lalu mengetuk pintu .

" Masuklah . " Jawab Naera dengan suara yang lemah berselimutkan kesedihan .

Maera menguak daun pintu dan mendapati , adiknya itu sedang duduk di atas kerusi sambil berselubung dengan selimut .
Dia meletakkan dulang makanan tadi di atas meja kaca di depan Naera lalu duduk di atas kerusi .

" Nak cakap apa lagi ? " Tanya Naera . Matanya bengkak kerana menangis . " Abang dah jumpa diorang ke ? Dah minta maaf ? "

Maera mengeluh lembut . " Belum . Sebenarnya , abang tak tahu mana nak letak muka abang ni . "

Naera mengelap air matanya yang tumpah . Kehibaan menelan dirinya setelah sekian lama tidak mendengar khabar daripada Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi ." Aera rindukan diorang . "

" Nak buat macam mana ? " Keluh Maera dengan perlahan . " Kita yang cari penyakit . Kita pun tak tahu pula yang hari tu , kita semua dalam mood yang macam tu kan . Macam kebetulan . "

Naera sekali lagi mengelap air matanya yang tumpah . " Abang jelah makan bubur tu . Lidah dan tekak Aera tawar . Tak lalu nak makan . "

" Makanlah sikit . " Pujuk Maera .

Naera menggelengkan kepalanya .

Maera mengeluh lalu , matanya terlekat pada sebuah pasu yang tertanamnya sebatang Kaktus yang terletak dia atas meja kaca itu . Perlahan - lahan dia menarik pasu Kaktus itu agar hampir kepadanya .
Dia teringat akan kata - kata emaknya tadi .

Naera pula hanya melihat tindak - tanduk abangnya itu .

Maera mengeluh . Tidak lama selepas itu , dia menggosok - gosok mukanya dengan perlahan lalu membetulkan posturnya . " Saya tak tahu sama ada apa yang saya lakukan ni , betul ataupun tak tapi , saya lakukan semua ni sebab , apa yang saya rasa di dalam hati saya sekarang ni . "

Naera hanya terus melihat .

" Adik saya ni , dah seminggu lebih sakit . Jadi kalau awak dengar , tolong sampaikan apa yang saya cakapkan ni pada Didie . " Kata Maera di hadapan pasu bunga yang berdirinya Kaktus yang berbunga tujuh . Nadanya begitu ikhlas .
" Tolong beritahu Didie , kalau dia tahu sebarang ubat dari Dunia Mitos yang mampu menyembuhkan sakit adik saya ni dalam kadar yang segera , tolonglah berikannya pada saya . Dan kalau adik saya ni dah sembuh lepas makan ubat tu , saya akan beritahu semua kawan saya yang lain supaya meminta maaf dengan diorang bertiga . Tolong sampaikan apa yang saya dah katakan ni kepadanya . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di dalam sebuah bangunan rasmi Kerajaan Pulau Sembilan Bersaudara , Pendekar Bayu bersama dengan semua rakannya sedang bertemu dengan pemimpin kerajaan itu .
Dato ' Sri Panglima Jentayu .

" Kalau nak diselusuri melalui sejarah negara kita ni melalui lagenda . Pada tahun Pemerintah yang ke tiga dan Pemerintah ke tujuh , memang ada berlaku perperangan di antara Dunia Manusia dan Dunia Mitos . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas . " Dan sekali lagi pada tahun Pemerintah yang kesembilan , berlaku lagi perperangan di antara dua dunia tapi . Tapi , ia cuma hanya sekadar mitos dan lagenda je . Kalau nak dinilai melalui fakta sejarah , dunia kita tak ada sejarah dan bukti kukuh yang menunjukkan adanya campur tangan Dunia Mitos tu terhadap dunia kita . "

" Tapi Dato ' Sri , macam mana pula dengan bukti yang kitorang dah tunjukkan tadi tu ? " Tanya Pendekar Kirai .

" Saya pun susah nak percaya tapi , rakaman tu memang bukan editan . Memang asli . Memang tulen . " Balas Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan tenang . " Saya pun , rasa pelik juga dengan makmal kat hutan tu . Siapa yang bina makmal tu dan untuk apa makhluk pelik macam tu hendak dikaji ? Kenapa perlu berahsia ? Dan yang paling penting , makhluk tu adalah satu kajian yang gagal . "

" Sekarang ni , perkara ni masih lagi dalam siasatan . " Kata Sougaena Raj dengan jelas dan tenang . " Mungkin dalam beberapa hari lagi , kita akan tahu apa sebenarnya makhluk ni . "

" Sayap Peganiex dah tiga bulan tak muncul - muncul . Siapa yang siasat kes ni ? " Tanya Dato ' Sri Panglima Jentayu .

Semua yang berada di situ mendiamkan diri . Mereka seperti tidak tahu hendak menjawab pertanyaan itu . Atau yang lebih tepat lagi , bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu .

" Sekarang ni , berlaku sedikit salah faham di kalangan anggota pasukan itu . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas .
Baginya , dia perlu berterus - terang daripada terus menyembunyikan hal itu . " Sekarang ni , ketua dan pembantu Sayap Peganiex , dan seorang Kapten Polis Kontinjen Pulau Biru ( PKPB ) dari Cawangan Professional Khas Taktikal , bersama dengan tiga Srikandi Brigedier Pasela yang sedang melakukan siasatan ni . "

Rakan - rakan Pendekar Bayu saling berpandangan .

" Siapa diorang tu ? " Tanya Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Bukan yang dari Pasela tu , yang bertiga tu . Saya perlu tahu nama mereka sebab , hal ini melibatkan keselamatan negara . "

" Ketua Sayap Peganiex tu , anak lelaki saya , Ahmadi . Pembantu Sayap Peganiex tu , anak perempuan Pendekar Bara , Sheila Asyikin dan yang lagi satu tu pula , anak perempuan Dr . Hasyim , Siti Nursamawi . " Jawab Pendekar Bayu dengan tenang .

" Boleh tahan . " Balas Dato ' Sri Panglima Jentayu sambil menganggukkan kepalanya lalu tersenyum . " Adik kembar Siti Khumairah , anak perempuan Pendekar Bara dan adik kepada Siti Nurjannah . "
Dia memandang ke wajah Pendekar Bayu yang kelihatan bersahaja . " Makmal itu dibina di dalam hutan yang tebal berkabus dan berbahaya . Ini bermakna , ia sebuah makmal misteri yang melakukan satu kajian yang rahsia tapi , diorang bertiga tu dapat melakukan siasatan , membuat rakaman dan menunjukkan bukti yang amat berguna . Arahkan diorang bertiga untuk teruskan siasatan ni . Sekiranya ada apa - apa yang mereka perlukan , berikan sahaja tanpa perlu bertanya kepada saya . "

" Baiklah . " Balas Pendekar Bayu . Walaupun dia dapat menahan nada kesyukurannya , namun cahaya kebanggaannya tetap terpancar pada matanya tatkala anaknya mendapat kepercayaan daripada Ketua nombor satu negara .

Dato ' Sri Panglima Jentayu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya . " Saya faham perasaan awak . Saya pun ada anak juga . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Putih , Paquine dan Merowran . Diorang bertiga ni akan berkawal dan mengawasi kawasan kat luar makmal ni . " Kata Ahmadi dengan lembut dan bersahaja . " In akan jadi ketua . Kak Janne , Kak Gia dan Siti , ikut In masuk ke dalam makmal dari pintu depan . Kucina dan Witchie akan bantu korang dalam mengesan Kristal Hidark sewaktu dalam perjalanan ke tengah makmal tu nanti . "

" Boleh tak jangan panggil akak dengan nama tu ? " Kata Hagia Sofea lalu menggosok lengannya dengan lembut . " Nama tu macam pelik je akak dengar . "

Siti Nursamawi mengangkatkan tangan kanannya . " Soalan . Kenapa Kak Mai tak ikut kakak berdua ni dan , biarkan aku dan Sheila ikut kau ? "

Ahmadi mengangkatkan tangan kanannya sambil tersenyum lebar . " Sebab , aku tak nak korang ikut aku . Kak Mai ni kakak aku jadi , aku kena bertanggungjawab kat dia dalam misi ni . Korang boleh ikut diorang . Kau boleh tengok - tengokkan Kak Janne dan In boleh tolong jaga Kak Gia . Lagi satu sebab dan yang terpenting . Sejak kebelakangan ni , aku jarang luangkan masa dengan dia sebab , korang asyik bertenggek dengan aku . "

Siti Khumairah tertawa dengan suara yang menyakitkan hati sebaik sahaja mendengar jawapan spontan Ahmadi . " Jangan harap korang berdua dapat rampas takhta akak dalam hati adik akak ni . "

Siti Nurjannah menarik telinga Siti Nursamawi dengan agak
kuat . " Jangan nak menggatal . Ikut je apa yang Didie cakap tu . Dia ketua dalam misi ni . "

" Abang akan menyesal lepas ni . " Kata Sheila Asyikin pula .

" Apa - apalah . " Kata Ahmadi berbasa - basi lalu tertawa kecil .
" Pasal keselamatan , saya dan In akan gunakan teknik kitorang untuk jelmakan satu set baju tempur . Teknik ni , ia hanya akan lenyap kalau kitorang terkorban . Jadi , kalau tak nak kitorang terkorban , pastikan kita berjaya masuk ke tengah makmal ni dengan berhati - hati . "

" Soalan . Kenapa nak guna teknik bahaya macam tu sedangkan , kita dah ada sut pertahanan sendiri ? " Tanya Hagia Sofea .

" Kes ni , ada campur tangan daripada Bangsa Mitos . Kristal Hidark hanya wujud kat dunia tu je . " Jawab Ahmadi dengan jelas . " Tekanan Tenaga Elemen kat dunia kita ni , tak cukup untuk menghasilkan Kristal ni sebab , bukan semua Manusia mampu menggunakan Tenaga Warna , Tenaga Cahaya dan Tenaga Elemen seperti kita semua . "

" Baju Tempur yang ada kat Dunia Manusia tak mampu untuk halang serangan dan senjata elemen . " Sampuk Sheila Asyikin . " Ye , peluru kat dunia kita ni tak mampu untuk menembusi baju kalis peluru akak tapi , kat Dunia Mitos , diorang tak gunakan peluru macam kita . Diorang guna Peluru Elemen yang termampat . Memang senang je nak tembus . "

Ahmadi dan Sheila Asyikin menyalakan satu corak yang amat abstrak pada dahi mereka lalu , satu set baju tempur yang futurustik menjelma dan menyelimuti tubuh badan Siti Khumairah , Siti Nurjannah , Siti Nursamawi dan Hagia Sofea .
Selepas itu , Ahmadi dan Sheila Asyikin melenyapkan cahaya pada dahi mereka tadi .

" Cantik baju ni . " Puji Hagia Sofea dengan jelas sambil melihat Baju Tempur yang tersarung pada badannya . " Akak ingatkan , fesyen kat Dunia Mitos tu , sama macam yang selalu ditunjukkan kat filem - filem tu . "

" Tak sama tapi hampir serupa . " Celah Sheila Asyikin dengan manja . " Baju ni , Sheila yang reka . Kalau abang yang reka , memang tak cantik macam ni . "

" Lelaki . " Sampuk Siti Nursamawi pula dengan agak kuat nadanya . " Apalah Didie ni tahu pasal fesyen . "

Ahmadi mengeluh lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .
" Dah , segala persediaan dah lengkap . Kita ke luar sekarang . "

Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya . Dan selepas itu , dia melenyapkan diri mereka semua dan muncul semula di atas permukaan tanah . Betul - betul di atas bilik bawah tanah tadi .

" Kita berpecah kat sini . Aku dan Kak Mai akan ke pintu belakang dan korang pula , masuk dari pintu depan . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " In , jelmakan Corak Elemen kat dahi diorang semua . Kita tak nak ada gangguan semasa berhubung melalui Telepati . "

Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya lalu melaksanakan arahan Ahmadi .

" Corak Elemen ni , Elemen Psikik tapi , Didie dan Sheila bukannya Pengguna Psikik . " Kata Siti Khumairah . " Macam mana korang boleh hasilkan teknik ni ? "

" Teknik ni , diberi oleh seseorang . " Balas Ahmadi sambil menggaru kepalanya . " Nantilah Didie cerita .

" Betul tu . " Kata Sheila Asyikin . " Kita berpecah sekarang . "

Ahmadi , Siti Khumairah dan kumpulan Sheila Asyikin berpecah dengan melenyapkan diri mereka dan kumpulan mereka dan muncul semula pada posisi mereka yang telah ditetapkan tadi .

Sewaktu Ahmadi dan Siti Khumairah muncul pada bahagian pintu belakang makmal itu , dia disapa oleh sekuntum bunga yang kecil berwarna Kuning dan Biru .

Selepas beberapa ketika , Ahmadi kelihatan seperti berkomunikasi dengan bunga yang kecil itu , Kemudian dia mengeluh lalu membelai daun bunga yang kecil tadi .
Tidak lama kemudian , dia terlihat akan seekor burung yang bertenggek di atas dahan sebatang pokok .
Selepas beberapa detik saling berhubung minda , Ahmadi tersenyum manakala burung tadi pula terus terbang ke udara .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience