Ahmadi mengaturkan langkahnya dengan perlahan - lahan keluar dari dalam Stadium itu .
Dia menjelmakan Corak Elemen Penyembuhan pada dahi sebelah kanannya kerana terkena serpihan konkrit ketika dia hendak menghasilkan tekniknya sebentar tadi .
Kepalanya berserabut bagaikan butiran garam yang dicampurkan bersama dengan butiran gula . Amat sukar untuk diasingkannya kerana , dia perlu membuat keputusan yang amat berat .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi sengaja mengarahkan agar semua rakannya menunggu Ahmadi untuk keluar sendiri .
Ahmadi keluar dengan wajahnya yang tenang . Namun , semua rakannya telah dapat meneka akan keserabutan yang dialami olehnya .
Ahmadi melenyapkan dirinya dan muncul semula di tempat di mana anggota pasukannya berada .
Sheila Asyikin memandang ke arah Ahmadi. " Apa yang kita nak buat sekarang ? "
Ahmadi mengeluh . " Tak tahu . Mungkin , kita terpaksa jatuhkan hukuman kat sini . "
Santos tiba di kawasan itu bersama dengan Keretanya . Dia keluar dan terus sahaja mencari Ahmadi .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kumpulan Sayap Peganiex telah pun diarahkan untuk mengawal rakan - rakan Edy yang berjaya ditawan .
Sementara itu , Anggota Pasela juga diarahkan untuk meninggalkan kawasan itu kecuali , Para Pegawai Atasan dan juga Ketua - ketua organisasi itu .
Kelihatan Ahmadi dan rakan - rakannya , dikerumuni oleh para Wartawan yang bertanyakan pelbagai soalan .
Dia dan rakan - rakannya menjawab semua soalan dengan jujur dan tenang .
Termasuklah , Nurzahirah , Nurzaharah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .
Namun , beberapa Jurukamera memfokuskan Kamera mereka ke arah Nurzaharah kerana mereka tertarik dengan reaksi wajahnya yang kaku .
Seketika kemudian , Kumpulan Sayap Peganiex diiringi oleh Kenderaan Pasela untuk mengawal Kenderaan yang membawa semua rakan Edy ke Pusat Tahanan yang akan dikawal sepenuhnya oleh Sayap Peganiex dan Pasela di bawah pengawasan Dato ' Sri Panglima Jentayu dan semua rakannya .
Kelihatan , Ahmadi dan rakan - rakannya juga mula bergerak ke arah Kenderaan mereka .
" Die . Apahal awak buat janji dengan semua wartawan tu ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan tenang .
" Tak buat macam tu , kita tak dapat balik . Diorang asyik nak tanya macam - macam . " Balas Ahmadi dengan nada bersahajanya .
Selepas itu , dia tersengih . " Bila lagi nak merasa masuk TV ? Inilah masa dia . "
Kemudian , telinganya ditarik oleh suara Santos yang memanggilnya . " Apa yang dah rasuk otak kau untuk datang kat sini ? "
" Saya nak join kumpulan awak . " Jawab Santos sambil tersenyum .
Ahmadi tersenyum dengan wajahnya yang semacam . " Apahal kau ni ? Habis tu , kerja kau macam mana ? Kau ingat diorang ni aku kasi gaji ke ? "
" Mustahil awak tak bagi gaji . Berapa banyak duit kerajaan bagi kat Sayap Peganiex kalau dapat selesaikan kes . " Kata Santos sambil tersenyum . " Saya dah telefon Ketua saya tadi . Saya berhenti serta - merta sebab nak ikut awak semua . Lagi pun , saya Pro - Freak . "
" Habis tu , gaji kau bulan ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan agak pantas . " Berhenti serta - merta . Takde notis . Memang tak dapatlah . "
" Awak ni . Daripada zaman sekolah , memang suka buat keputusan terburu - buru . Tak nak fikir dulu . " Sampuk Ratni dengan jelas dan lembut .
" Keadaan sekarang ni , saya kena buat keputusan dengan tepat dan cepat . " Balas Santos dengan tenang . " Keluarga saya asyik kena cemuh dan dihina sebab kitorang semua Pro - Freak . Kalau Didie terima saya , saya akan bawa semua ahli keluarga saya untuk pindah ke tempat awak semua tinggal sekarang . "
Ahmadi memakai Helmetnya dan terus sahaja menghidupkan Superbikenya .
Nurzaharah pula dengan tenang membonceng di belakang Ahmadi . " Kau balik dulu . Kemas semua pakaian dan barang - barang korang . Aku dan semua akan jemput korang nanti . Esok - esok aku bagi kau kerja . "
Santos tersenyum lebar mendengar jawapan Ahmadi .
Aivira memeluk leher Santos . " Seorang lagi rakan lama . "
Nurzahirah dengan tenang membonceng di belakang Sheila Asyikin .
" Korang ni dah kenapa ? " Tanya Naera sambil tersenyum kerana Mandy Chong Wei Tze membonceng di belakangnya sementara Siti Aisyah pula membonceng di belakang Ratni .
" Kak Siti bawa kereta macam orang gila ." Kata Mandy Chong Wei Tze dengan lembut .
Siti Nursamawi tertawa kecil . " Korang ingat korang selamat , dengan diorang tu ? "
Santos memasuki Keretanya dan terus sahaja menurunkan bumbung Keretanya . " Kat mana ? "
" Lebuh Raya Biru Dara " Kata Ahmadi sambil tersenyum .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurzahirah menjerit dengan semahunya sambil memeluk tubuh Sheila Asyikin yang kecil kerana , Sheila Asyikin memecutkan Superbikenya dengan kelajuan yang amat pantas .
Ahmadi melakukan Wheelie dan membunyikan honnya sebaik sahaja dia berjaya memintas Sheila Asyikin dan terus sahaja memecut laju ke depan .
Nurzaharah yang membonceng di belakang Ahmadi membenamkan wajahnya di belakang Ahmadi dan memeluk Ahmadi dengan semahunya .
Santos dan Adam saling mencelah di atas lebuh raya yang agak padat dengan kenderaan .
" Boleh tahan juga Santos . " Kata Adam dengan lembut .
Siti Hawa hanya tertawa sambil menikmati kelajuan panduan Adam .
" Berhenti ! Berhenti ! " Jerit Siti Aisyah dengan nyaring sambil memeluk tubuh Ratni yang baru sahaja memotong Superbike yang ditunggang oleh Muniandy .
" Perempuan ni cari pasal nampak . " Bisik hati Muniandy lalu , dia memecut laju dan berjaya memotong Ratni semula .
" ' Woi ' ! ' Woi ' ! ' Woi ' ! " Jerit Naera dengan lantang sambil mengejar Maera yang memecut laju di belakang Aivira . " Tangan pegang kat mana tu ? ! "
" Maaf ! Maaf ! " Jerit Mandy Chong Wei Tze dengan nyaring namun , dia tidak mengubahkan kedudukan tangannya di atas dada Naera .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Edy dicampakkan ke lantai dengan kuat oleh Prof . Zenderall .
Dia yang dalam keadaan menahan kesakitan , perlahan - lahan untuk cuba berdiri namun , dia dilambung oleh Prof . Zenderall ke udara sebelum dia dihumban ke dinding dengan kuat sebelum dia akhirnya tersembam semula ke lantai .
Dia mengerang kesakitan dengan mulutnya yang mengalirkan darah .
" Siapa Raja kau sekarang ? " Tanya Prof . Zenderall dengan jelas .
" Aku tak beraja . Aku dah lama hidup tanpa Raja . " Balas Edy sambil berusaha untuk mendudukkan dirinya . " Kalau ada pun , Raja aku bukannya kau . Kau lagi hina daripada binatang yang jijik . "
" Nyawa kau kat dalam tangan aku sekarang . " Kata Prof . Zenderall sambil tersenyum . " Aku boleh je bunuh kau kalau aku nak . Tapi , aku nak kau bayar balik apa yang kau dah buat kat aku . Kau punca segalanya . Aku terpaksa buat kerja aku lebih cepat daripada apa yang aku dah rancang . "
Dengan bibir yang dibasahi darah , Edy tersenyum . " Kau memang layak kena benci . Aku tak pasti sangat , apa yang kau nak buat dengan Elemen yang ada dalam fosil binatang tu . Tapi yang aku pasti , memang bukan untuk sesuatu yang baik . "
Prof . Zenderall mengapungkan Edy . " Kau memang berani . Nyawa kau dah hujung - hujung dah . Tapi masih keras kepala . "
Edy tersenyum lalu meludahkan darahnya ke wajah Prof . Zenderall . " Kau akan berlawan dengan pasukan yang diketuai oleh Didie . Kau memang akan menang tapi , secara hakikat pada batin pertarungan . Kau sebenarnya , dah kalah tanpa bertarung . "
Prof . Zenderall tersengih lalu , dia menghasilkan sejenis Senjata Elemen yang amat menakutkan .
Selepas itu , dibenamkannya mata Senjata Elemennya itu ke bahagian sebelah atas dada kanan Edy .
Edy menjerit dengan sekuat hatinya kerana menahan kesakitan dan dia dapat merasakan , Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya seperti sedang disedut keluar .
Prof . Linda Josephine yang turut berada di situ hanya duduk sambil bertongkat dagu dan dengan kakinya yang disilangkannya .
Edy mengerang kesakitan . Wajahnya yang dibasahi dengan darah dan peluh , berkerut seribu .
Tubuhnya sedikit menggigil dan bulu romanya tegak berdiri .
" Cepatlah Zen . Saya banyak kerja ni . " Kata Prof . Linda Josephine dengan agak bersahaja nadanya .
Prof . Zenderall melenyapkan senjatanya dan mencampakkan Edy ke lantai semula .
Wajahnya sedikit bergetar kerana digigit oleh kegeraman . " Aku takkan kalah dengan budak - budak sampah tu . "
Edy tersenyum dalam kesakitan mendengar kata - kata Prof . Zenderall itu .
" Aku nak , kau tukar sampah ni jadi penghibur utama masa kita buat pertemuan kali kedua tu nanti . " Kata Prof . Zenderall dengan tenang dan kemudian , disepaknya wajah Edy dengan padu sehingga Edy terbaring di atas lantai .
Prof . Linda Josephine mengeluh lalu dia berjalan ke arah Edy yang sedang menahan kesakitan . " Yelah . "
Kemudian , dengan hanya menggunakan Kawalan Mindanya , dia menarik Edy bersamanya ke arah satu jalan yang menuju ke satu ruangan khas dengan langkah yang bersahaja .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ahmadi bersama dengan semua rakannya telah tiba semula di kawasan tempat tinggal mereka .
Siti Nursamawi tertawa melihat Nurzahirah memeluk tubuh kecil Sheila Asyikin dan dengan perlahan , dia memegang bahu Nurzahirah dengan lembut . " Dah macam Koala aku tengok Rara kat belakang kau . "
Sheila Asyikin hanya tertawa manja sambil cuba untuk melepaskan pelukan Nurzahirah pada tubuhnya .
" Keras badan Rara ni . " Kata Siti Nursamawi dengan tenang . " Dah macam mati dah . "
" Rara mati ke ? " Tanya Sheila Asyikin dengan nada yang terkejut namun , manja nadanya .
Nurzaharah perlahan - lahan turun ke tanah dan terus saja baring terlentang sambil mendepakan tangannya .
Wajah kakunya tetap seperti biasa namun , matanya terpejam .
Dadanya kembang dan kempis mengepam oksigen yang dipam oleh jantungnya .
Siti Aisyah pula duduk sambil terlunjur di atas tanah .
Tudungnya senget - benget dan hampir sahaja terlepas daripada kepalanya .
Dia juga memejamkan matanya sambil mengatur semula nafasnya yang berlari deras akibat jeritannya sewaktu balik tadi .
" Lepas ! Lepas tangan tu ! ! ! " Kata Naera sambil cuba melepaskan tapak tangan Mandy Chong Wei Tze daripada terus berada di atas dadanya . " ' Leeepppaaarrrgghhhssssss ! ! ! "
Mandy Chong Wei Tze jatuh ke tanah dengan posisinya masih lagi seperti sedang memeluk Naera .
Wajahnya menggeletar sedikit dengan peluh dingin membasahi wajahnya .
Nafasnya juga deras keluar daripada lubang hidungnya .
" Awak dah kenapa ? " Tanya Siti Hawa sambil tersenyum .
" Mandylah . Ada ke dia pergi cengkam ' gunung ' saya . Daripada awal tadi sampai sekarang baru dia lepas . Sakit gila . " Balas Naera dengan wajahnya yang kemerahan sambil melihat ke arah ' gunungnya ' dari arah leher bajunya . " Berbekas . Bodoh Mandy . "
" Nasib baik tak pecah . " Kata Ratni lalu dia tertawa kecil .
" Ingat apa ? Belon ke ? " Balas Naera dengan wajah masamnya yang masih lagi kemerahan lalu dia membetulkan sedikit ' penutup gunungnya ' dari luar bajunya .
" Nak biarkan diorang kat sini ke ? " Tanya Muniandy . " Budak - budak ni . Tengok dah macam ' cramp ' tu . "
Ahmadi melihat ke arah Siti Nursamawi yang berusaha menarik Nurzaharah daripada terus melekat di belakang Sheila Asyikin .
Selepas itu , dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Kejap lagi eloklah tu . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Makmi dan rakan - rakannya dikawal rapi oleh Daniel , Ikhwan , Khalid dan Fateh .
Mereka digari dengan menggunakan Gari Elemen Psikik Tujuh Lingkaran milik Fateh .
" Diorang tak nak bekerjasama . " Kata Khalid dengan tenang . Wajahnya sedikit digilis kebuntuan yang agak ketara .
" Apa tujuan korang serang dunia ni ? " Tanya Daniel dengan tenang .
Makmi dan rakan - rakannya tetap membisu seribu kata .
Daniel mengeluh lalu berjalan ke belakang dan kemudian memandang ke arah Pendekar Bayu yang kelihatan tenang .
" Sekali lagi saya tanya . " Kata Ikhwan dengan nadanya yang agak keras . " Apa tujuan korang serang dunia ni ? "
" °°° ' Anare Didie ? ' " ( Mana Didie ? ) " Tanya Vaega dengan tenang .
" Pula dah . " Kata Khalid dengan keluhannya .
" °°° ' Rangwe akwa akberta ganith Didie ' ( Kitorang nak bercakap dengan Didie ) . " Kata Arni dengan tenang . " °°° ' Anare edim ' ( Mana dia ) ? "
" Bayu . Ini mengarutlah . Takkanlah betul , diorang ni semua dari Dunia Mitos . " Kata Kol . Jeneral Corazon dengan nadanya yang jelas berbalutkan nada menyampah . " Entah budak - budak ni semua makan Dadah . "
" Kalau diorang ni makan Dadah . Awak pun makan Dadah jugalah . " Kata Sougaena Raj dengan tenang .
" Kenapa pula ? " Tanya Kol . Jeneral Corazon dengan agak pantas .
" Awak sendiri nampakkan tadi . Apa yang dah berlaku . Awak nak cakap yang itu cuma halunisasi ? " Balas Pendekar Kirai dengan lembut dan jelas . " Hologram ? Kalau Hologram atau halunisasi , habis tu , anggota awak yang kena tikam tu , berlakon ke ? "
Pendekar Bayu hanya tersengih mendengar balasan Pendekar Kirai itu .
" °°° ' Kesu uor ako , utha anreque rangwe ' ( Suka atau tak , itu permintaan kami ) . " Kata Nasja dengan jelas .
" Ini bodohlah . " Kata Vastu dengan jelas dan menyampah . " Entah diorang ni dari mana dan cakap bahasa bangang , awak semua pula cakap diorang ni dari Dunia Mitos . "
Sougaena Asyura mengeluh . " °°° Hata anghic ouko viberga asseba anre fiua ayame ringawa Didie teak nire ? ' ( Apa yang korang beri sebagai balasan kalau saya bawa Didie ke sini ? ) "
" ' Uuisshh ' . " Reaksi spontan Pendekar Bayu sambil dia tersengih memandang ke arah wajah Sougaena Asyura .
" ' Aahlah ' . Kitorang lupa . Awak ada latar belakang pasal ni . " Kata Pendekar Bara dengan senyumannya lalu dia menolak Sougaena Asyura dengan lembut ke depan .
" °°° " Ouko veberga worksato ako fiua ayame ringawa Didie teak nire ? ' ( Korang beri kerjasama tak kalau saya bawa Didie ke sini ? ) " Tanya Sougaena Asyura dengan lembut .
" °°° ' Rangwe akwil veberga worksato ganaw wakou messla ' . ( Kitorang akan beri kerjsama dengan awak semua ) . " Balas Nasja dengan jelas .
Sougaena Asyura menganggukkan kepalanya lalu dia memandang ke arah Pendekar Bayu . " Bayu . Kita panggil Didie . Itu permintaan diorang . Diorang akan beri kerjasama kalau Didie ada . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dengan tubuh yang lemah , Edy hanya mampu melihat peralatan - peralatan yang pelik yang berada di sekelilingnya .
Kedua belah tangannya telah dipasung di atas kerusi besi .
Dia ingin mengeluarkan tenaga Elemen Warna dan Cahayanya namun , dia terlalu lemah untuk berbuat demikian .
Share this novel