Nurzahirah dengan bersahaja , menjelmakan dua buah Kerusi daripada Elemen Angin dan kemudian , dia perlahan - lahan mendudukkan Nurzaharah .
Selepas itu , dia mengeluh . Keluhan yang dipeluk dengan kepenatan .
Kerusi Angin yang dijelmakan oleh Nurzahirah itu , tidaklah sempurna bentuknya kerana , Tenaga Elemen Warna dan Cahaya Nurzahirah yang telah menjadi lemah .
Namun , ada sedikit Elemen Ais telah terbentuk pada Kerusi Elemen Anginnya itu .
Nurzahirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi pada sisi kanan Nurzaharah lalu , mengeluh kepenatan yang bersulamkan kecelaruan yang berserabut di dalam kepalanya dan , memandang ke arah halangan yang disediakan oleh Ahmadi yang kelihatan amat berbahaya .
" Kenapa ? Tak nak menang ? " Tanya Nurzaharah dengan lembut .
Wajahnya yang kaku langsung tidak tereaksi oleh rasa sakit yang dialaminya .
" Cuba Hara tengok halangan tu . Halangan tu bahaya . Silap langkah , mati kat sini . " Balas Nurzahirah dengan lembut lalu memandang ke arah Ahmadi yang menanti mereka di hujung kawasan lapang itu . " Ini bukan Elemen Psikik . Ini Halangan Fizikal . "
Kemudian , dia tertawa kecil melihat ke arah wajah Nurzaharah .
" Kenapa ? " Tanya Nurzaharah dengan jelas walaupun nadanya itu berselimutkan keletihan . " Hara , lucu ? "
" Mungkin tulang rusuk kiri Hara tu dah retak atau dah patah . Akak tahu , Hara rasa sakit sangat . " Kata Nurzahirah dengan lembut sambil memegang bahagian kiri abdomen Nurzaharah . " Muka Hara tu . Tak berubah langsung . "
Mandy Chong Wei Tze melompat - lompat ke belakang dan selepas sahaja dia mendarat , dia melibaskan tangannya di hadapannya lalu , Elemen Tumbuhan Elemental keluar daripada tanah dan terus sahaja melilit jelmaannya .
" Tangkap . Rampas senjata dan musnahkannya lepas tu , bunuh jelmaan kita ni sampai hancur dan , pecahkan Mutiara pelik yang ada kat dalam tengkorak jelmaan kita . " Kata - kata Nurzahirah masih lagi terngiang - ngiang dalam mindanya .
Dia memusatkan perhatiannya lalu , dia melakukan gerakan Tai - Chi Elementalnya dengan kemas .
Corak Yin Yang muncul pada bahagian belakang dan di tempat dia berdiri yang mencorakkan lima jenis Tenaga Elemental . Air , Tanah , Api , Angin , dan Petir .
Jelmaan diri Mandy Chong Wei Tze meluru dengan pantas dan sebaik sahaja jelmaan itu tiba pada satu jarak , jelmaan diri Mandy Chong Wei Tze itu terhenti lalu , corak yang sama juga muncul pada sekitar Mandy Chong Wei Tze dan jelmaannya berdiri .
Mandy Chong Wei Tze menggerak - gerakkan tangannya dengan lembut dan kemas lalu , corak lima elemen yang dijelmakannya tadi terapung dan bergerak ke arah lima penjuru jelmaannya dan dia sendiri .
Selepas itu , dia berlari dan menyerang lawannya yang telah pun berjaya ditangkapnya .
Dirampasnya Wand jelmaannya dan terus sahaja mematahkannya .
Tidak mahu sekadar berhenti di situ , langkah dan pergerakkan Tai Chinya yang lemah gemalai bersulamkan kekerasan , diserangnya tubuh jelmaannya dengan semahunya .
Kemudian , dia melompat ke belakang sambil menghayunkan kedua belah tangannya lalu , unsur - unsur Elemental yang dijelmakannya tadi menyerang jelmaannya dengan unsur yang telah pun dijelmakannya tadi .
Stephen Akio Kenzo dan jelmaannya saling bertahan dengan Samurai Elemen mereka .
Dengan pergerakkan yang pantas , sebelah tangannya melakukan Hand Seal lalu , corak Elemen Petir terhasil di sekitar tempat dia dan jelmaannya berdiri dan selepas itu , Petir dan arus Elektrik yang berwarna Ungu , Indigo Kemerahan terhasil dan terus sahaja menyambar jelmaannya .
Dengan kekuatan yang masih bersisa , dilenyapkannya Samurai Elemennya dan menggantikannya dengan dua bilah Pedang pendek Elemen yang lurus bilahnya .
Dipotongnya tangan jelmaannya sehingga terputus dan terus merampas Senjata Elemen lawannya itu .
Kemudian , ditikamnya dada jelmaannya sehingga Senjata Elemen yang dirampasnya tadi menembusi dada jelmaannya dan mematahkan hulu Senjata Elemen yang dirampasnya tadi .
Tidak terhenti di situ , dia menghasilkan empat klon dirinya dan terus sahaja menikam jelmaan dirinya dengan menggunakan Katana Elemen Petir yang menghasilkan arus Petir dan Elektrik yang amat panas .
Siti Hawa bergerak ke arah belakang jelmannya dan kemudian , dengan hanya sekali libas , tangan jelmaannya terputus dan jatuh ke tanah .
Ditetaknya senjata jelmaannya sehingga pecah berderai dan selepas itu , dia dengan pantas menghasilkan akar - akar pokok yang berwarna Hijau kebiruan dan terus sahaja menangkap jelmaannya .
Tubuh jelmaannya bagaikan mengecut . Seperti Anggur yang sedang dikeringkan .
Mandy Chong Wei Tze menggenggam Mutiara yang telah dapat dilihatnya melalui rekahan kepala jelmaannya yang bagaikan tanah yang merekah dan terus sahaja memecahkannya .
Sejurus selepas itu , jelmaannya pecah berderai dan memancarkan cahaya yang bergemerlapan dan mula mengelilingi dan menyelubunginya .
Sebaik sahaja cahaya itu berhenti menyala , dia yang terasa amat keletihan melihat ke arah satu lorong yang terhasil di hadapannya dan dia bergerak ke arah lorong itu dengan langkah yang longlai .
Tongkat Griffin milik Rissa lenyap sebaik sahaja cahaya yang mengelilingi tubuhnya lenyap .
Dia terduduk terlunjur dengan darah segar mengalir daripada celah bibir dan lubang hidungnya .
Nafasnya berhembus deras dan keras . Dia melihat ke arah kaki kirinya yang kelihatan sedikit pelik keadaannya .
" Patah . " Katanya di dalam hatinya lalu , dengan amat perlahan , dia menghalakan tapak tangan kanannya ke arah kaki kirinya untuk menghasilkan Corak Penyembuhan namun , corak yang terhasil tidak sempurna dan terang kerana Tenga Elemennya telah hampir sampai ke puncaknya .
" Kita kena fikir sesuatu kalau nak lepasi halangan ni . " Kata Nurzahirah dengan perlahan .
Nurzaharah berdiri dengan perlahan - lahan . " Fikir . Esok , tak habis . Cuba dulu . Tengok . "
Spontan sahaja Nurzahirah menarik telinga Nurzaharah . " Banyak Hara punya cuba . Hara nak berdiri pun susah . Kita fikir dulu . "
" Ye . " Kata Nurzaharah sambil menggosok telinganya dan kemudian , dia terpandang ke arah Mandy Chong Wei Tze yang menghampiri mereka berdua dengan langkah yang longlai . " Kakak Mandy , menang . "
Nurzahirah dengan segera mendapatkan Mandy Chong Wei Tze dan memimpinnya dan kemudian , dia mendudukkannya di atas kerusinya .
" Apa pula yang kat depan ni ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze selepas dia mengeluh keletihan .
" Halangan terakhir . " Balas Nurzahirah dengan jelas .
" Abang Didie nak kita mati ke ? Ini bukan halangan . Ni membunuh ni . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan nada yang perlahan namun jelas . " Saya dah tak larat . "
Siti Aisyah terlutut . Darah segar memancut daripada mulutnya . Perlahan - lahan dia mengesat bibirnya dengan menggunakan hujung kain Tudungnya yang hampir tertanggal .
Dia mengangkat wajahnya yang dhiasi dengan calar dan balar .
Dibuangkannya pandangannya ke arah lorong yang terbuka di hadapannya .
Siti Nursamawi meninju wajah jelmaannya dengan padu dan bertubi - tubi sehingga tumbukkan terakhirnya , telah memecahkan kepala jelmaannya .
Sebaik sahaja dia terlihat Mutiara daripada serpihan kepala jelmaannya , dia dengan pantas memecahkannya .
Sejurus selepas cahaya yang bergemerlapan memasuki tubuhnya dari segenap arah yang terhasil daripada tubuh jelmaannya , dia terlentang .
Dadanya berombak . Turun dan naik mengikut irama jantung yang mengepam nafasnya .
" Aku pijak muka kau Didie . Sampai hati kau buat aku macam ni . " Bisik hati Siti Nursamawi .
Tatsumaki perlahan - lahan berjalan . Langkahnya tempang . Pada tangan kanannya terdapat Corak Elemen Penyembuhan .
Dia menoleh ke kiri kerana dia terdengar bunyi seperti orang melangkah dan terlihat akan Siti Aisyah yang berjalan dengan langkah yang longlai dan terjatuh lalu tertiarap .
Dengan pantas dia menghampiri Siti Aisyah walaupun dia juga hampir tidak mampu lagi untuk berjalan .
Siti Aisyah melihat ke arah Tatsumaki yang berusaha untuk memimpinnya .
" Awak tak apa - apa ke ? " Tanya Tatsumaki dengan nada yang kedengaran lemah dan berusaha untuk memimpin Siti Aisyah .
" Saya dah tak larat sangat nak berjalan . Saya betul - betul letih . " Balas Siti Aisyah . " Awak macam mana ? "
" Tangan kanan saya patah . " Kata Tatsumaki dengan tenang dan berusaha untuk memimpin Siti Aisyah .
Wajahnya berkerut menahan kesakitan yang dialaminya . " Kita jalan sama - sama . "
Dia berusaha untuk memimpin dan membawa Siti Aisyah bersama namun , dia juga jatuh ke tanah . " Tak laratnya saya . "
Dari kejauhan , Mandy Chong Wei Tze menjelmakan Elemen Tumbuhan dan menghasilkan hamparan rumput seperti Permaidani pada bahagian bawah tubuh Siti Aisyah dan Tatsumaki .
Akibat dek kerana Tenaga Elemennya yang semakin lemah , hamparan itu tidak terapung dan terbang seperti yang sepatutnya sebaliknya , seperti Permaidani yang seperti sedang ditarik sahaja .
" Awak dah banyak kali berlatih kat sini pun , keadaan awak masih teruk juga . " Kata Siti Aisyah dengan nada lemahnya dengan wajahnya dihalakannya ke arah Tatsumaki yang juga sedang memandangnya .
" Tahap tadi , memang lain . Tak macam latihan kitorang sebelum ni . " Balas Tatsumaki .
Nurzahirah dan Nurzaharah membantu untuk mendudukkan Siti Aisyah dan Tatsumaki di atas Kerusi Angin Nurzahirah .
" Kita rehat kejap . " Kata Nurzahirah dengan lembut .
" Apa pula ni ? " Tanya Tatsumaki dengan tenang lalu dia meludahkan liurnya yang bercampur darah .
" Halangan terakhir . " Jawab Mandy Chong Wei Tze .
" Apa ? ! " Tanya Siti Aisyah dengan agak terperanjat nadanya walupun jelas , nadanya itu berbungkuskan kepenatan .
Dengan geram yang membaluti setiap inci tubuh badan , Tatsumaki berdiri lalu menjerit . " Tuan nak bunuh kitorang ke? ! "
Ahmadi tersenyum lalu dia menghasilkan Kerusi Meja Ais lalu dia menepuk tangannya buat beberapa kali .
Selepas itu , seorang Dayang Istana membawa sebuah Jug yang agak besar dan kemudian menuangkan air ke dalam Gelas .
Ahmadi meneguk minumannya dan kemudian , dia menghalakan Gelasnya dan mengangkatkannya sedikit ke arah Tatsumaki lalu ketawa berdekah - dekah .
" Raja Pawana sengaja hendak mengapi - apikan perasaaan Srikandi - srikandi itu . " Kata Raja Landlack dengan lembut .
" Tengok Pakcik . Saja . Dia tahu . Kita semua , haus . Jahat . " Kata Nurzaharah dengan lembut .
" Awak semua ! " Jerit Rissa dengan nada lemahnya .
Dia perlahan - lahan terbang ke arah Nurzahirah dengan yang lain dalam keadaan yang seperti terbuai - buai .
Nurzahirah yang melihat keadaan Rissa terbang dalam keadaan seperti dibuai oleh angin itu tersentak .
" Rara tahu macam mana nak lepasi halangan ni . " Kata Nurzahirah dengan tenang dan memandang ke arah Ahmadi yang sedang menunggu mereka .
Sheila Asyikin menjelma pada bahagian belakang jelmaannya yang telah berjaya di tangkapnya .
Selepas itu , ditikamnya leher jelmannya pada bahagian kiri dan kanan dengan menggunakan Dagger Elemen Apinya yang melengkung .
Kemudian , dibenamkannya Bilah Apinya pada bahagian belakang kepala jelmannya dan terus menariknya ke arah atas .
Dengan pantas , dia berputar dan menjelma pada bahagian hadapan jelmaannya yang telah pun cedera parah dan terus sahaja menikam Bilah Apinya ke arah dada jelmaannya dan serentak menghasilkan satu corak abstrak pada sekitar tempat dia dan jelmaannya berdiri .
Sejurus selepas itu , Rantai Lingkaran api keluar daripada corak yang dihasilkannya tadi dan terus sahaja mengikat dan menusuk setiap inci tubuh dan sendi jelmaannya .
Tidak lama selepas itu , sambaran lidah api membakar jelmaannya .
Sambaran dan baraan api yang panas itu telah menyebabkan jelmaannya merekah dengan pantas .
Sebaik sahaja dia terlihat akan pancaran cahaya daripada Mutiara yang ada di dalam kepala jelmaannya .
Dia terus melancarkan beberapa bebola tenaga daripada jarinya untuk memecahkan Mutiara itu .
Sebaik sahaja Mutiara itu pecah dan jelmaannya berubah menjadi debuan cahaya bergemerlapan memasuki tubuhnya , dia terus sahaja jatuh terlentang dengan nafasnya yang deras .
" Nasib dapat kalahkan , kalau tak . Memang terpaksa guna teknik tu . " Bisik hati Sheila Asyikin . " Jahat abang . Jumpa nanti . Nak picit muka dia kuat - kuat . "
" Tenaga kita dah tak kuat . " Kata Rissa dengan lemah .
" Boleh . Kita semua ni anak didik Pakcik . Dia yang ajar kita teknik pelik tu . " Balas Nurzahirah dengan tenang . " Rara rasa , teknik tu memang berguna sekarang . "
Rakan - rakan Rissa yang lain juga telah tiba di situ . Ada yang mengalami patah tangan dan terkehel sendi .
Hanya Nurzahirah sahaja yang tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius .
Permaisuri Fiirapi melihat ke arah Ahmadi yang sedang menggaru kepala .
Selepas itu , dia memandang ke arah semua rakan sejawatannya . " Nampaknya , pada latihan kali ini , dimenangi oleh Pahlawan - pahlawan muda . "
Nurzaharah berjalan ke hadapan dan mula mengapungkan dirinya dan selepas itu , dia mula terapung dengan terhuyung - hayang seperti orang mabuk .
Siti Aisyah mengeluh . " Ini tenaga saya yang terakhir . Kalau teknik ni tak berjaya . Awak semua kena angkat saya . "
Kemudian , dia mengapungkan dirinya dengan perlahan .
" Jangan risaulah . " Kata Tatsumaki yang telah pun terapung . " Saya akan bawa awak bersama - sama . "
Tidak lama kemudian , Nurzahirah bersama dengan rakan - rakannya yang lain mula terbang seperti kawanan Lebah namun , dalam keadaan yang terhuyung - hayang .
Stephen Akio Kenzo berusaha untuk berdiri . Dia yang kemengahan , jatuh dan terlutut ke tanah . Dia memandang ke arah hadapan kerana satu lorong telah terbuka untuknya .
" Kalau ada lagi halangan lepas ni . Tak tahulah apa jadi . Badan saya dah tak larat . " Bisik hatinya lalu dia memegang bahu kanannya . " Dah tercabut ni . "
Aivira bergayut pada dahan dan ketika dia hendak melekatkan Sutera Labah - labahnya pada sebatang lagi dahan , Sutera Labah - labahnya itu tiba - tiba sahaja seperti tali benang yang terputus lalu dia tersungkur di atas tanah dan terus sahaja berubah kembali kepada Mode Fizikalnya .
" Rasa macam nak matilah . " Katanya dengan perlahan .
Dia berusaha untuk berdiri dan berjalan dengan lemah dan sedikit tempang .
Pada bahagian peha kanannya terukir satu corak pemulihan milik keluarganya .
Selepas itu , dia menoleh ke belakang kerana dia terdengar suara yang memanggil namanya .
Stephen Akio Kenzo menghampiri Aivira dengan senyuman keletihan .
" Awak macam mana ? " Tanya Aivira dengan tenang .
" Tangan kanan ni dah tercabut daripada bahu . Jari kanan saya ada yang patah rasanya . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Awak ? "
" Peha saya patah . Kaki kanan saya terseliuh . " Jawab Aivira dengan lemah nadanya .
" ' Woi ! " Sapa Muniandy dengan sedikit kuat . Tangannya memegang abdomen kirinya yang terukirkan Corak Penyembuhan .
Tidak lama selepas itu , Maera tersembam ke tanah lalu disusuli oleh adiknya kembarnya , Naera .
Siti Hawa juga mula keluar daripada dinding hutan dengan senyuman keletihannya dan selangi oleh Ratni
Kemudian , disusuli oleh Aqilah .
Kesemua mereka juga semua memiliki Corak Elemen Penyembuhan masing - masing pada bahagian tubuh badan mereka yang mengalami kecederan sama ada patah , ataupun terseliuh .
Selepas itu , Adam pula menyusul dalam keadaan yang tersenyum keletihan .
Sheila Asyikin keluar daripada dinding hutan bersama senyuman manjanya dan disusuli oleh Siti Nursamawi yang masing - masing mengukirkan senyuman keletihan mereka .
Tidak seperti yang lain , mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius .
Kemudian , giliran Kumpulan Siti Maisarah pula yang keluar daripada dinding hutan bersulamkan senyuman kemenangan mereka .
Mereka juga menghasilan Corak Elemen Penyembuhan pada bahagian tubuh badan mereka yang cedera .
Lesas dan Nezza melengkapkan ujian itu dan menghadirkan diri sambil tersenyum sambil mereka memegang anggota tubuh mereka yang mengalami kecederaan .
Ahmadi berpeluk tubuh melihat Kumpulan Nurzahirah yang mengelak halangan - halangan fizikal yang disediakannya dengan pantas , dan cekap .
Dia mengangguk - anggukkan kepalanya buat seketika melihat anak - anak didiknya mengelak segala halangan yang berbahaya yang disediakannya .
Permaisuri Fiirapi menggelengkan kepalanya melihat pasukan Nurzaharah terbang terhuyung - hayang mengelak segala rintangan yang berbahaya itu .
" Apa sahajalah Raja Pawana ajar kepada mereka . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .
Raju Jeullbea tertawa kecil lalu memegang tangan Permaisuri Fiirapi . " Mestilah satu teknik yang gila . Akan tetapi . Tuanku Permaisuri lihatlah sendiri . Teknik pelik ini telah membolehkan mereka mengelak segala halangan yang berbahaya itu dengan mudah . "
Nurzahirah bersama dengan kumpulannya mengelak halangan - halangan berbahaya yang disediakan oleh Ahmadi untuk mereka .
Bilah - bilah tajam yang berpusing dan berputar dari segenap arah , kayu - kayu dan besi yang melayang entah dari mana yang berbuai keras , gerudi gergasi yang menikam - nikam udara , pemukul - pemukul gergasi yang berputar - putar , semburan - semburan api , Patung - patung Pahlawan yang sentiasa menyerang dan pelbagai lagi peralatan - peralatan dan serangan - serangan yang berbahaya .
Nurzahirah mengawal derianya untuk mengesan dan mengelak pergerakkan segala halangan itu .
Namun , pada satu jarak , dia dan anggota kumpulannya terpaksa berhenti dan berlindung .
Ketika hendak mencari tempat berlindung itu , hampir sahaja kepala Burano terkena Penukul Gergasi .
Nasib sahaja Rissa sempat menariknya dengan hanya menggerakkan tangannya .
Pergerakkan segala halangan itu terlalu pantas untuk dielak .
Siti Aisyah menundukkan kepalanya sambil sebelah tangannya diletakkannya di belakang kepala Tatsumaki yang juga turut berlindung bersamanya .
Nurzahirah memandang ke arah Ahmadi yang duduk bersahaja bersulamkan reaksi wajah yang tenang .
" Kita tak boleh terus berlindung ! Kita kena bergerak ! " Kata Rissa dengan lantang lalu mengesat darah yang mengalir daripada hidungnya .
Nurzahirah dan Nurzaharah memandang ke arah anggota kumpulan mereka yang rata - ratanya telah lemah dan terlalu letih untuk bergerak .
Beberapa Pahlawan Batu menyerang Ghowly dan dia dengan pantas menghancurkan Pahlawan - pahlawan Batu itu dengan Bebola Tenaganya .
Selepas itu , dia terlentang selepas batuk yang nemancutkan darah segar .
Selviana dengan pantas melenyapkan dirinya dan menjelma di sisi Ghowly dan terus sahaja memangku kepala rakannya itu .
Satu lagi Pahlawan Batu bergerak ke arah Tatsumaki dan Siti Aisyah dengan pantas .
Siti Aisyah yang menyedari akan hal itu dengan segera menarik Tatsumaki dan menghalang serangan itu dengan cara yang tidak diduga sama sekali .
Tindakannya itu telah mengejutkan semua yang berada di situ , termasuklah Permasuri Fiirapi dengan rakan sejawatannya .
Tatsumaki yang terperanjat dengan keadaan itu dengan memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Siti Aisyah yang sedang menahan kesakitan .
Namun , Ahmadi masih sahaja tetap duduk dengan bersahaja .
Darah yang memancut keluar daripada bahu kanan Siti Aisyah mengalir dan membasahi bajunya .
Tatsumaki dengan geram , dihancurkannya Pahlawan Batu itu dengan hanya menggenggamkan tangannya ke arah Pahlawan Batu itu .
Selepas itu , dicabutnya Bilah Pedang yang masih tertusuk pada bahu Siti Aisyah dan membuangkannya ke tanah .
Siti Aisyah jatuh ke tanah dalam keadaan yang sangat lemah .
" Kenapa awak halang macam tu bodoh ! " Tanya Tatsumaki bersama air matanya yang mula terbit pada kelopak matanya .
Siti Aisyah tersenyum dengan lemah . Senyuman yang berselitkan kesakitan .
" Tidaklah Beta berapa berkenan dengan keadaan ini . " Kata Raja Eleaind dengan jelas . " Apakah sebenarnya yang Raja Pawana hendak pastikan . "
" Apakah yang ada di dalam minda Raja Pawana sebenarnya . " Kata Raja Areel dengan lembut . " Semua Pahlawan muda ini telah pun kehilangan tenaga dan sukar untuk meneruskan ujian ini . Sepatutnya , mereka telah lulus akan halangan dan ujian ini . Akan tetapi , kenapa pula Tuanku Pawana menyediakan halangan yang berbahaya ini pada peringkat akhir ujian ini ? "
" Patik berasa , Tuanku Pawana hendak menilai sesuatu . " Balas Raja Eartha dengan lembut dan tenang . " Latihan dan ujian ini bukanlah hanya semata - mata hendak memberikan kelayakan kepada mereka sebagai Ketua Panglima DiRaja . Akan tetapi , ia lebih daripada sekadar itu . "
Nurzahirah dan Nurzaharah berpandangan buat seketika lalu , mereka menganggukkan kepala mereka .
Mereka berdua membuka dan mengeluarkan Tenaga Psikik mereka yang masih bersisa dan cuba untuk menghentikan pergerakkan semua halangan yang berbahaya itu namun , mereka hanya dapat memperlahankannya sahaja .
Ahmadi tersenyum melihat keadaan itu dan menganggukkan kepalanya .
" Cepat ! Keluar daripada sini dan tamatkan ujian ni ! " Jerit Nurzahirah dengan lantang . " Cepat ! "
" Tapi , macam mana dengan Cik Muda berdua ? ! " Jerit Rissa juga dengan lantang .
" Cepat ! Lari ! Tak tahu ! Berapa lama boleh tahan ! " Balas Nurzaharah dengan lantang dan jelas sambil dia memegang abdomen kirinya .
Dia kemudiannya terbatuk dan termuntah darah . " Cepat ! "
Mandy Chong Wei Tze dengan pantas berlari dan mengajak semua anggota pasukan mereka untuk segera menuju ke tempat penamat .
Siti Aisyah yang mengalami kecedaran dipapah oleh Tatsumaki .
Selviana tersungkur di atas permukaan tanah dengan darah segar mengalir daripada hidung dan mulutnya .
Dengan Tenaga Elemen yang masih bersisa , Mandy Chong Wei Tze melemparkan Selviana ke kawasan penamat .
Bukan dia sahaja malah , dia melakukannya terhadap semua rakannya .
Ketika dia hendak melakukannya terhadap Tatsumaki dan Siti Aisyah , dia hanya dapat melakukan teknik itu terhadap Tatsumaki sahaja kerana dia terlutut ke tanah kerana kehabisan tenaga .
Dia terbatuk - batuk darah sebelum dia akhirnya dia jatuh tertiarap .
Siti Aisyah berusaha untuk berlari dan mendapatkan Mandy Chong Wei Tze .
Sebaik sahaja dia tiba , dia dengan sedaya upaya memimpin Mandy Chong Wei Tze yang hampir sahaja tidak mampu untuk bergerak .
Nurzahirah dan Nurzaharah berusaha untuk mengeluarkan seluruh tenaga mereka untuk memastikan seluruh anggota pasukannya berjaya keluar dari kawasan itu dengan selamat .
" Beta rasa , beta tahu apa yang hendak dinilai oleh Raja Pawana . " Celah Raja Landlack dengan jelas .
" Sudilah kiranya berkongsi akan fikiran itu . " Kata Raja Eartha dengan tenang . " Pada fikiran Beta , Beta dan Raja Areel tidak dapat mencerna apakah yang sedang dinilai oleh Raja Pawana dalam ujian yang terakhir ini . "
" Tepat sekali . Beta agak sukar untuk mencerna tujuan Raja Pawana dalam ujian yang terakhir ini . " Kata Raja Areel dengan lembut .
Ahmadi hanya melihat Tatsumaki dan Rissa membawa rakan - rakan mereka yang mengalami kecederaan ke kawasan penamat .
" Rissa , awak jaga diorang . Saya akan selamatkan diorang . " Kata Tatsumaki dengan jelas dan lemah .
Wajahnya yang dipenuhi dengan kesan calar dan balar dibasahi peluh , berkerut kerana menahan rasa letih yang teramat sangat berselimutkan rasa sakit pada setiap sendi tubuh badannya .
Rissa menganggukkan kepalanya dan melihat ke arah Tatsumaki yang sedang mengeluarkan sisa - sisa tenaganya .
Tatsumaki terapung dan mengeluarkan seluruh tenaganya yang bersisa dan berusaha untuk membantu Nurzahirah dan Nurzaharah yang sedang bergelut menyelamatkan Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah sambil terus mengawal pergerakkan halangan - halangan itu .
" Abang ni gila betullah . " Kata Sheila Asyikin dengan manja walaupun nadanya itu berbaurkan keletihan .
Lesas memandang ke arah halangan - halangan itu dengan dahinya yang berkerut kepenatan . " Seumur hidup saya . Saya tak pernah lagi jumpa makhluk yang pemikiran dia berserabut kreatif macam Tuan Didie ni . "
" Otak awak dah tak betul tu . " Kata Khalid dengan jelas . " Ini bukan kreatif . Ini mental namanya . "
Maera duduk bertinggung dan kemudian melepaskan keluhan . " Kenapalah dia tak boleh berfikir macam orang biasa . "
" Pergerakkan halangan - halangan ni peliklah . " Kata Aqilah yang terlihat pergerakkan Pahlawan - pahlawan Batu yang mana , pergerakkan Pahlawan - pahlawan itu bagaikan tersekat - sekat . " Macam kena halang oleh Tenaga Psikik . "
Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin berjalan ke arah kiri mereka untuk melihat kawasan halangan - halangan itu dengan lebih baik .
Nurzahirah dan Nurzaharah mengawal Tenaga Minda dan Tenaga Banshee Psikik mereka dengan sedaya upaya mereka sambil mereka berdua masing - masing membawa Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah .
Tatsumaki mengangkat kedua belah tangannya ke depan dan menghalakan kedua belah tapak tangannya ke atas untuk membantu usaha Nurzahirah dan Nurzaharah .
Melihat usaha Tatsumaki itu , Nurzahirah dan Nurzaharah mempertingkatkan kelajuan mereka .
Tiba - tiba , Tatsumaki menjerit dengan semahunya dan jaraknya semakin rendah semula ke permukaan .
Darah segar mengalir daripada mulut , lubang hidung dan telinganya .
Namun , dia masih tetap meneruskan usahaya .
Melihat keadaan Tatsumaki yang masih tetap berusaha , Rissa mengeluarkan sisa Tenaga Psikiknya untuk membantu usaha Tatsumaki .
Dia menemukan kedua belah tapak tangannya di atas permukaan tanah lalu , beberapa Tiang Totem Fauna Psikik Fizikal muncul dari dalam tanah dan selepas itu , tali - tali yang berpintal keluar daripada setiap ukiran haiwan yang terdapat pada Tiang - tiang Totem tadi dan terus mengikat pergerakkan semua halangan - halangan yang berbahaya itu .
Wajahnya berkerut untuk mengawal Mindanya dengan sebaik mungkin .
Nurzahirah dan dan Nurzaharah berlari dengan sedaya upaya mereka sambil memimpin Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .
Darah mengalir daripada hidung mereka berdua . Nafas mereka juga menjadi semakin berat . Degupan jantung mereka juga menjadi lebih pantas .
Selepas beberapa langkah bertapak , mereka berempat terjatuh ke tanah .
Ghowly yang mengalami kecederaan perlahan - lahan mengeluarkan tenaganya dan menghasilkan bulatan bercorak di bawah Rissa dan Tatsumaki .
Selepas itu , Burano dan Lawea juga melakukan tindakan yang sama dan perbuatan mereka berdua itu disusuli oleh rakan - rakan mereka yang lain .
Mereka semua memberikan dan berkongsi bekalan Tenaga Psikik mereka yang terakhir kepada Tatsumaki dan Rissa .
Rissa perlahan - lahan berdiri dengan darah yang masih mengalir daripada hidungnya lalu , dia mempertemukan kedua belah tapak tangannya dengan kuat .
Dia menangis kerana menahan kesakitan yang menggoroti setiap inci tubuh badannya .
Namun begitu , dia terus berusaha untuk membantu .
Tidak lama selepas itu , beberapa lagi Tiang Totem Fauna muncul .
Manakala Tatsumaki pula , kembali terapung dan kembali mengawal pergerakkan segala halangan itu .
Urat - urat mula kelihatan dan terukir pada bahagian dahinya .
Dahinya berkerut menahan kesakitan yang mengunyah - ngunyah setiap inci tubuh badannya .
Namun begitu , perkongsian Tenaga Psikik itu tidak mampu untuk menghentikan pergerakkan halangan - halangan yang berbahaya itu .
" Korang bertiga , tamatkan ujian ni . Takpe . Akak boleh cuba lagi . " Kata Siti Aisyah dengan lemah .
Mandy Chong Wei Tze terbatuk dan sedikit termuntah darah . " Kita masuk bersama . Keluar bersama . "
Dia berusaha untuk bangun . " Akak jangan banyak bunyi . "
Siti Aisyah juga turut berusaha untuk bangun semula . Dia meludahkan liurnya yang bercampur darah . " Kenapalah korang ni semua ni degil sangat ? "
" Tanya Abang Didie . " Balas Mandy Chong Wei Tze dengan agak perlahan . " Dia yang ajar kita jadi degil macam dia . "
Dalam rasa kesakitan yang mencengkam tubuh , Siti Aisyah tersenyum lalu , dia memandang ke arah Ahmadi yang masih menanti akan ketibaan mereka .
Dia menganggukkan kepalanya . " Ye . Abang Didie yang ajar . "
" Saya dan Hara akan bawa Mandy dan Kak Iecha keluar . " Kata Nurzahirah dengan tenang dan lemah . " Jangan banyak bunyi . "
Air matanya mula mengalir perlahan menuruni ke pipinya .
Nurzaharah hanya mendiamkan diri . Matanya memandang ke arah rakan - rakannya yang berusaha membantu mereka .
Beberapa Pahlawan Batu menyerang kumpulan Nurzahirah dari belakang namun , Pahlawan - pahlawan Batu itu dihancurkan oleh Mojack dan Selviana .
Mojack dan Selviana jatuh terlentang . Tidak lagi mampu untuk bergerak .
Hanya dada mereka sahaja yang berombak kencang mengikut detak degupan jantung mereka .
Rissa menjerit mengeluarkan seluruh tenaganya bersama dengan linangan air matanya .
Dua Pahlawan Batu menyerang ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah namun , Pahlawan itu dihancurkan oleh Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze dengan menggunakan Serangan Elemen mereka .
Dalam kepayahan , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze berdiri sambil memandang ke arah Ahmadi .
Selepas itu , mereka berdua menghalakan penumbuk mereka ke arah Ahmadi dengan perlahan dengan dahi yang berkerut menahan kesakitan .
Ahmadi tertawa kecil lalu , dia memanggil Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze dengan hanya menggerakkan jarinya .
" Rara akan selamatkan semua . " Kata Nurzahirah dengan perlahan sambil air matanya menitis .
Seluruh tubuh badannya terasa sakit . Sendi - sendinya terasa kebas dan berdenyut .
Dia memandang ke arah rakan - rakannya dengan linangan air mata . Tubuhnya menjadi semakin kebas .
Matanya bagaikan dapat membaca riak wajah Ahmadi yang sedang memandang ke arah mereka .
Nurzahirah dan Nurzaharah mengalihkan pandangan mata mereka ke arah rakan - rakan mereka yang berhempas pulas membantu mereka .
Pandangan mereka bersilih ganti antara Siti Aisyah , Mandy Chong Wei Tze , Ahmadi dan rakan - rakan mereka .
Jelas di mata mereka , rakan - rakan mereka ada yang telah terbatuk dan termuntah darah kerana mengeluarkan seluruh Tenaga Elemen mereka lebih daripada yang sepatutnya .
Lebih - lebih lagi apabila mereka memandang ke arah Rissa dan Tatsumaki yang berusaha untuk membantu mereka untuk menghentikan segala pergerakkan halangan - halangan yang berbahaya itu .
Bagaikan berkongsi minda , mereka berdua memejamkan mata mereka dengan perlahan - lahan .
" Rara/Hara akan selamatkan semua . " Bisik hati Nurzahirah dan Nurzaharah dengan nadanya yang lemah .
Kumpulan Sheila Asyikin ada yang terseret ke belakang kerana terkena Gelombang Letusan Tenaga Psikik yang tiba - tiba sahaja meletus .
Angin sejuk yang bercampur dengan hawa yang panas juga menyapa tubuh mereka dengan kasar .
Suasana tenang dan damai , bertukar menjadi ribut bersulamkan Petir dan Guruh yang bersahutan .
" Ini Tenaga Psikik Rara dan Hara ! " Kata Siti Maisarah dengan agak lantang dan jelas . " Apa dah jadi kat depan tu ? ! "
" Bukan Tenaga budak kembar tu je yang ada . " Kata Siti Khumairah dengan jelas dan tenang . " Tenaga Iecha dan Mandy pun ada ni . "
Suasana tiba - tiba sahaja bertukar menjadi berangin .
Angin yang menghembuskan tiupan angin sejuk dan panas bagaikan cuba menerbangkan apa yang ada di sekitar .
Kilat dan Petir juga mula mengganas .
Ahmadi yang pada awalnya berekasi bersahaja , mula mengerutkan dahinya . Dia berdiri sambil melihat ke arah Nurzahirah , Nurzaharah , Mandy Chong Wei Tze dengan mata yang terkesima yang dibaluti dengan keterujaan .
Sayap Rama - rama Elemen muncul pada bahagian kedua belah belikat Nurzahirah dan Nurzaharah .
Sayap Elemen itu amat cantik kerana mengukirkan Corak Elemen Warna dan Cahaya mereka .
Mereka yang menundukkan kepala mereka menggenggamkan kedua belah tangan mereka dengan erat .
Siti Aisyah yang sedang menahan kesakitan , kelihatan terapung sambil Petir dan Kilat yang berwarna Kuning , Hijau , Jingga dan Ungu , menyambar - nyambar tubuhnya berulang kali .
Sayap Elektrik berpetir terbentuk pada kedua belah belikatnya . Sayap Petir Elemennya itu dihiasi dengan Emas .
Sayap Elemen Petir itu amat cantik dan juga menakutkan .
Mandy Chong Wei Tze yang juga sedang terapung mendepakan kedua belah tangannya sambil Sayap Elemental muncul pada kedua belah belikat dan bahagian pinggangnya .
Kemunculan Sayap Elemental itu telah menjadikan jumlah Sayap Elemental yang dimilikinya sebanyak empat pasang Sayap .
Permaisuri Fiirapi bersama para jemputannya berdiri dengan reaksi wajah yang terperanjat .
" Ini mustahil . Tenaga cucunda Tuanku Permaisuri yang berdua itu dan , dua Panglimanya itu , tidaklah sepadan dengan tubuh dan badan mereka . " Kata Raja Landlack dengan jelas . " Malah . Puteri Muda Lagenos berdua itu dan Pahlawannya itu juga amatlah jelas telah keletihan . Bagaimanakah mereka berempat masih mampu mengeluarkan Tenaga Elemen Psikik dan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya dan Tenaga Elemental yang sebegini kuat ? "
Corak unik dan abstrak terukir pada dahi Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .
Corak unik dan abstrak yang menyerlahkan identiti Elemen Warna dan Cahaya mereka .
" Sudah tentulah , baginda muda berdua itu dan dua orang Pahlawannya itu memiliki bakat Kepahlawanan pada diri mereka . " Kata Raja Eleaind dengan tenang dan jelas . " Jika tidak , perkara sebegini rupa tidak mungkin akan berlaku . "
Sayap Rama - rama Elemen pada yang terhasil pada kedua belah belikat Nurzahirah dan Nurzaharah tadi mula dihiasi dengan helaian pelepah Sayap Burung yang amat cantik .
Setiap helaian Sayap Burung itu memiliki jalur Warna dan Cahaya Elemen mereka berdua .
Dengan perlahan - lahan , mereka berdua mengepakkan Sayap mereka yang cantik tadi lalu , Sayap mereka itu dihiasi dengan bebatuan yang indah seperti Emas , Intan , Permata , Zamrud , Mustika , Akik dan juga Mutiara .
Sayap mereka yang amat cantik itu berwarna Merah dan Biru .
" Patutlah Raja Pawana menamakan Pasukan ini , Pasukan Sayap Merah dan Biru kerana , dia tahu akan kelebihan yang dimiliki oleh Puteri Muda Lagenos ini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut namun , nada suaranya itu jelas berselimutkan kegembiraan dan keterujaan .
Nurzahirah dan Nurzaharah perlahan mengangkat wajah mereka dan memandang tepat ke arah Ahmadi yang sedang juga sedang memandang mereka dengan pandangan yang agak tajam .
Pada ketika itu , corak abstrak yang amat indah terukir pada dahi mereka berdua .
Corak itu mengukirkan corak identiti Cahaya dan Warna Elemen dan juga corak Banshee Psikik mereka .
Mata mereka berdua memancarkan Cahaya dan Warna Elemen mereka berdua dengan amat terang dan bergemerlapan .
Selepas itu , mereka berdua mengapungkan diri mereka dengan mengepakkan Sayap Elemen mereka yang terhasil daripada campuran bentuk Sayap Rama - rama dan Sayap Burung yang amat besar dan cantik tadi .
Ahmadi yang sedang melihat akan perubahan dan teknik yang digunakan Nurzahirah , Nurzaharah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze dengan renungan tajamnya pada awal tadi , bertukar kepada senyuman .
Tiang Totem Fauna yang dijelmakan oleh Rissa tadi lenyap dan telah menyebabkan pergerakkan segala halangan - halangan tadi bergerak semula .
Rissa terjatuh ke tanah dengan nafasnya yang tercungap - cungap .
Tatsumaki juga jatuh ke tanah dan terlentang lalu dia termuntah darah .
Tumbangnya Rissa dan Tatsumaki itu telah menyebabkan pergerakkan segala halangan yang berbahaya itu kembali bergerak dengan kelajuan yang seperti sedia kala .
Segala halangan - halangan yang berada pada kawasan sekitar Nurzahirah , Nurzaharah , Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah hancur seperti pasir sebaik sahaja menghampiri tubuh mereka .
Dengan wajah geram yang bercampur marah dan sedih , dia mengajak Nurzaharah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze terbang ke arah Ahmadi dengan kelajuan yang amat pantas .
Mereka mengelak segala halangan - halangan berbahaya itu dengan pantas .
" Pergerakkan Puteri Muda Lagenos berdua itu pantas . " Kata Raja Areel dengan nadanya yang berbalutkan sedikit kekaguman . " Panglimanya yang berdua itu juga tidak kalah hebatnya . "
Stephen Akio Kenzo melihat melalui celah - celah halangan . " ' wui ' , korang tengok kat depan tu . "
Ratni mengerutkan dahinya dan mengecilkan matanya . " Budak berempat tu . "
Sheila Asyikin melihat ke atas permukaan rumput dan terlihat akan garisan warna yang agak halus . " Kita tak boleh nak pergi jauh daripada garisan cahaya ni . "
Dengan wajah manjanya yang telah pun bertukar masam , dia mengeluh . " Jahat betul abang . "
" Kenapa ? Apa pula dia buat kali ? " Tanya Ikhwan dengan jelas .
" Abang hasilkan sembilan lapisan Dinding Halimuna Elemen Cahaya dan Warna dia . Dia tak bagi kita masuk ke dalam . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut .
" Sembilan ? Tanya Maera .
Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya dengan manja lalu memandang ke arah Maera . " Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya abang , semuanya dah terbuka . Maksud dia kat sini , abang tak nak kita masuk kat dalam ni . "
" Sebab ? " Tanya Siti Nurjannah dengan lembut .
" Entah . " Kata Sheila Asyikin dengan bersahaja dan manja .
" Kau tak boleh pecahkan ke dinding bodoh dia ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan agak geram nadanya .
Sheila Asyikin berpeluk tubuh bersulamkan wajah manjanya yang kusut dan masai . " Boleh tu boleh tapi , Sheila bawah satu tahap daripada abang . Sheila kena guna seluruh tenaga Sheila yang ada sekarang ni , untuk pecahkan dinding ni tapi , Sheila tak boleh gerenti yang dinding ni boleh pecah . "
Lesas berjalan menghampiri garisan cahaya itu . " Tuan Didie ni , kalaulah dia jahat . Saya yakin . Senang - senang je dia boleh tumbangkan mana - mana kerajaan yang dia nak . "
Selepas itu , dia meletakkan tapak tangan kanannya pada permukaan dinding cahaya yang tidak kelihatan itu .
Tiba - tiba , beberapa tangan yang pelik dan menakutkan , berkuku tajam dan bersisik menariknya untuk masuk ke dalam dengan kasar .
" Tarik saya ! Tarik saya ! " Jeritnya sekuat hati kerana terperanjat .
Muniandy dan Aivira yang berdiri berhampiran dengan Lesas dengan pantas menarik tubuh Lesas .
" Tangan apa tu ? ! " Tanya Aivira dengan jelas .
" Awak pergi letak leher awak kat dinding halimunan tu dan tanya . " Balas Muniandy dengan spontan .
Kumpulan Nurzahirah terbang dan melayang dengan pantas mengelak segala halangan yang berbahaya itu .
Nurzaharah yang mengalami kecederaan , mendaratkan kakinya di atas salah satu halangan itu dan kemudiannya , dia melompat dengan sekuat hatinya meluru ke kawasan penamat dan akhirnya , dia terseret dan tergolek sebelum dia kemudiannya dapat berdiri semula dengan lemah .
Dia memandang ke belakang dan menggunakan tenaga terakhirnya untuk menghasilkan Rantai Rama - rama Elemen dan melancarkannya ke arah Mandy Chong Wei Tze .
Mandy Chong Wei Tze menyambar Rantai Rama - rama Elemen Nurzaharah tadi .
Nurzaharah menarik Mandy Chong Wei Tze dengan sekuat hatinya .
Mandy Chong Wei Tze terhempap di atas badan Nurzaharah dan kemudiannya , Sayap Elemen mereka lenyap .
Dada mereka berombak dengan kencang .
Nurzahirah memegang tangan Siti Aisyah dengan kuat dan terus melemparkannya ke kawasan penamat .
Siti Aisyah melayang dengan pantas dan mendarat dan selepas itu , dia terlari - lari anak sebelum Sayap Elemennya lenyap daripada kedua belah belikatnya .
Dia memegang bahunya yang cedera dan terlutut ke tanah .
Selepas itu , dia menghampiri Nurzaharah yang membantu Mandy Chong Wei Tze dengan langkah yang lemah dan terhuyung - hayang .
Nurzahirah mendarat ke tanah dan melenyapkan Sayap Elemennya .
Dia berjalan ke arah Ahmadi yang juga memandangnya dengan wajah yang tersenyum bersahaja .
" Apahal ? " Tanya Ahmadi dengan nada bersahajanya .
Nurzahirah mengesat sisa air matanya lalu dipukulnya Ahmadi dengan manja bercampur geram .
Selepas itu ditunjukkannya penumbuknya dengan geram dan manja di depan wajah Ahmadi yang tersenyum .
Ahmadi tersenyum lalu memanggil Unit Pasukan Perubatannya untuk memberikan rawatan kepada Pasukan Sayap Merah dan Biru .
" Mana yang ada patah - patah , bawa masuk ke dalam . " Kata Ahmadi dengan lembut dan tenang . " Si Kakak tu , aku rasa , korang cuma perlu pulihkan tenaga dia je . "
Ketua Unit Perubatan Ahmadi itu menganggukkan kepalanya .
" Rawat kawan - kawan saya dan adik saya dulu . " Kata Nurzahirah dengan cemas walaupun nadanya berbalutkan keletihan yang jelas kedengaran . " Saya tak apa . "
" Mereka semua , lulus . " Kata Raja Areel dengan lembut . " Akan tetapi , beta masih tertanya - tanya akan alasan Raja Pawana menyediakan halangan terakhir ini . "
Raja Landlack menganggukkan kepalanya . " Mereka semua adalah Pahlawan yang hebat . Amat beruntunglah Kerajaan Lagenos memiliki pelapis yang berbakat . "
" Sebab itulah , beta telah mewujudkan Akademi Pahlawan kerajaan beta melalui bantuan Permaisuri Fiirapi . " Kata Ratu Jeullbea dengan lembut . " Silibus pembelajaran juga telah diperhalusi dengan menggabungkan pembelajaran Akademi DiRaja Lagenos dengan pembelajaran Akademi DiRaja beta . "
" Beta juga telah merencanakannya sejak beberapa bulan yang lalu . " Kata Raja Areel dengan jelas . " Dengan kuasa Yang Maha Mengizinkan segala , Akademi DiRaja beta juga akan mula beroperasi . "
Ahmadi mengeluh lalu , dia melangkah ke depan . Dia melenyapkan semua halangan berbahaya tadi dengan membenamkannya ke tanah .
Kini , walaupun dari kejauhan , dia sedang bertarung renungan dengan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
" Penilaian ini akan jadi lebih menarik . Kita semua akan melihat bagaimanakah Raja Pawana hendak menghalang Ketua - ketua Panglimanya . " Kata Raja Eartha dengan lembut .
Warna mata Ahmadi telah bertukar warna kepada Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .
Warna rambutnya juga turut diwarna dengan warna yang sama .
Selepas itu , puluhan Pahlawan Batu keluar daripada tanah .
" Dia memang betul - betul gila ni . " Kata Siti Hawa dengan lembut .
" Abang Didie nak kita mati kat sini ke ? " Tanya Aqilah pula dengan lembut .
" Sheila rasa , Sheila tahu apa yang abang nak sebenarnya kat halangan yang terakhir ni .. " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . Nada manjanya telah hilang . Renungan matanya juga menjadi semakin tajam .
Pahlawan - pahlawan Batu itu mula bergerak dan bersedia dengan senjata masing - masing .
" Dia nak apa ? " Tanya Siti Khumairah dengan lembut . " Nak pelempang ? "
Tertawa kecil mereka semua yang berada di situ .
Sheila Asyikin memusingkan badannya dengan manja . " Bukanlah . Abang nak tengok sejauh mana kita kat sini , boleh lepasi semua halangan terakhir ni . Sheila tak tahu nak cakap macam mana . Tapi macam , dia nak tengok , sejauh mana dan sepantas mana kita boleh buat strategi untuk lepasi halangan ni . "
Tertawa Siti Nursamawi mendengar kata - kata Sheila Asyikin . " Kepala ' hangguk ' dia strategi . "
Dia kemudiannya , berjalan untuk memasuki kawasan halangan terakhir mereka .
Namun dia , ditarik manja oleh Sheila Asyikin .
" Siti sabar dulu . Dengar Sheila nak cakap . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan jelas . " Kita takkan menang kalau kita hancurkan semua Pahlawan Batu ni . "
" Sebabnya ? " Tanya Adam dengan jelas .
" Sebab , Abang yang kawal semua Pahlawan Batu ni . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . " Kalau kita hancurkan satu Pahlawan Batu ni , Abang boleh gantikannya semula dengan Pahlawan Batu yang baru atau , mungkin yang lagi teruk lagi , dia boleh buat beberapa Pahlawan Batu yang baru dengan setiap kehancuran satu Pahlawan Batu ni . "
" Saya faham . Macam , awak semua boleh bunuh Klon Elemen saya tapi , saya boleh gantikannya dengan Klon yang baru sebab , saya yang cipta Klon saya tu . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang .
" Secara kasarnya yang abang faham , kita kena tewaskan Didielah . " Kata Khalid dengan jelas . " Tapi , Sheila ' sorang ' je yang sama tahap dengan Didie , walaupun , beza satu tahap jekan . Takpun , Siti . "
" Sheila akan buat strategi dan semua kena ikut . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut lalu , memusingkan semula tubuhnya dan memandang ke arah Ahmadi . " Sheila rasa , semua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya Sheila dah terbuka . "
Nurzaharah melompat - lompat di hadapan Nurzahirah . " Badan , tak sakit . Dah hilang . Kakak Arnab ubat . "
Banshee Psikik Nurzaharah melayang - layang di belakang Nurzaharah . " Tinggal sini . Belajar sini . Belajar ubat . Nanti , boleh ubat sendiri . "
Rissa menggerak - gerakkan kedua belah kakinya . Selepas itu , dia tersenyum dan memandang ke arah Nurzahirah .
Siti Aisyah melihat tempat kecederaan yang dialaminya di hadapan cermin .
Namun yang dilihatnya , hanyalah kulitnya sahaja . Mulus tanpa bekas . " Hebat betul . Parut pun takde . "
" Ini rawatan Elemen Penyembuhan . Saya tak faham sangat pasal rawatan ni . Saya bukan bidang ni . " Kata Tatsumaki dengan lembut sambil menggerak - gerakkan tangan dan kakinya . " Diorang rangsang sel untuk mempercepatkan penyembuhan dengan menggunakan Elemen Tubuh kita . "
" Hara belajar kat sini , jangan lupa belajar teknik ni tau . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan lembut sambil tersenyum .
" Cik Muda Hara belajar kat sini ke ? " Tanya Ghowly dengan jelas .
Nurzahirah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum . " Hara tinggal dan belajar kat sini . Kalau dah cuti nanti , dia baliklah ke Dunia Manusia . "
" Belajar kat Akademi ke ? " Tanya Rissa dengan matanya yang dibuka keterujaan .
" Rissa jangan nak mimpilah . Cik Muda Hara ni Cucunda Permaisuri . " Kata Tatsumaki dengan jelas lalu dia duduk rapat di sisi kiri Siti Aisyah . " Dia belajar kat Istanalah . "
Selepas itu , dipukulnya bahu Siti Aisyah dengan lembut . " Awak jangan buat macam tu lagi . Macam nak tercabut nyawa saya tau . "
Siti Aisyah tertawa lembut .
Salah seorang Ketua Jururawat yang bertelinga seperti Arnab dan berjantikan Wanita menyapa Nurzahirah dengan lembut . " Cik Muda Rara . Bawalah anggota pasukan Cik Muda minum dan makan sedikit hidangan . Lepas tu , boleh keluar untuk mendengar keputusan ujian ni . "
Ahmadi berdiri tegak melihat kumpulan Sheila Asyikin yang kelihatan seperti sedang berbincang .
" Tenaga kita dah tak banyak . Jadi , kita kena ikut strategi Sheila . " Kata Fateh dengan jelas .
" Macam yang Sheila cakap tadi . Sasaran kita yang sebenar , Abang Didie . Fokus kat Abang . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang . " Tapi , jangan abaikan deria . Kena sentiasa peka . "
" Dengan tangan tercabut macam ni , saya tak boleh janji . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas .
" Kita semua cedera . Kita tak boleh nak banyak bunyi sangat . " Kata Aivira dengan tenang .
" Jangan banyak cakap boleh tak . Kakak korang yang bertiga ni akan hasilkan corak Elemen Penyembuhan Psikik kat badan korang yang cedera tu . Sekurang - kurangnya , korang boleh bertahan sementara akak buka jalan untuk Sheila dan Siti . " Kata Siti Maisarah dengan lembut bersulamkan ketegasan . " Akak dah lama tak berpukul dengan Didie . "
Sheila Asyikin tersenyum lalu dia berpusing menghadap Ahmadi yang telah bersedia untuk melancarkan serangan .
Selepas itu , dia mengajak Siti Nursamawi untuk memasuki kawasan ujian terakhir itu .
Bertapak sahaja kaki Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi pada kawasan itu , para Pahlawan Batu itu meluru dengan pantas .
Siti Maisarah berlari dengan pantas ke hadapan dengan wajah yang garang antara Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
Tindakan Siti Maisarah itu sedikit memeranjatkan Ahmadi kerana , dia tidak menyangka , yang akan membuka serangan adalah Siti Maisarah .
Sambil berlari , Siti Maisarah menemukan kedua belah telapak tangannya dengan rapat lalu , satu Pahlawan Elemen Psikik Fizikal Api Wanita bersaiz gergasi terhasil .
Pahlawan Elemen Psikik Fizikal Api gergasi itu setinggi bangunan tujuh tingkat dan terhenti sehingga ke paras pinggang dek kerana kekangan Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya yang telah lemah .
Dengan kemas , dia yang berada di tengah - tengah Pahlawan Elemennya itu menghayunkan kedua belah tangannya .
Pahlawan Psikik Fizikal milik Siti Maisarah melibaskan dua belah Pedang Berapi ke arah para Pahlawan Batu milik Ahmadi .
Ahmadi mengangkatkan kedua belah tangannya untuk menghasilkan semula Pahlawan - pahlawan Batu itu namun , dia terpaksa melompat ke belakang kerana , dia hampir sahaja terkena Peluru Elemen .
Dia tersenyum dan sekali lagi dia mengelak namun kali ini dengan menggunakan Dagger Aisnya .
Kunai Elemen milik Stephen Akio Kenzo tercucuk di atas tanah dan dia terus sahaja memusnahkannya .
Siti Nursamawi melompat ke udara dan menjunam semula ke tanah sambil melepaskan tumbukan padunya .
Jalur Apinya terhasil dan terus menghasilkan letupan berantai yang meluru ke arah Ahmadi .
Permaisuri Fiirapi dan para tetamunya berdiri lalu masing - masing menghasilkan Medan Tenaga untuk mengelak daripada terkena serpihan letupan .
" Apakah Rumah ini dapat bertahan lama wahai Permaisuri ? " Tanya Raja Eartha dengan jelas . " Bergegarlah sudah Rumah ini dek kerana serangan ini . "
" Tidaklah beta tahu . Berdoa sahajalah mereka semua tidak menghancurkan tempat ini . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan tenang .
" Apa dah jadi kat luar tu ? " Tanya Lawea dengan jelas .
" Mesti diorang dah bertarung habis - habisan macam kita juga . " Kata Banshee Nurzahirah dengan jelas .
" Awak jangan nak menyampuk boleh tak . " Kata Nurzahirah dengan nadanya yang bersahaja . " Itu ayat sayalah . "
" Kita samalah . " Balas Banshee Psikik Nurzahirah dengan mata dan bibir tersenyumnya .
" Mari kita tengok . " Kata Siti Aisyah lalu berlari keluar .
Stephen Akio Kenzo bertarung dengan gagah walaupun sebelah tangannya tidak dapat bergerak dengan baik .
Dibelah dan dipenggalnya Pahlawan - pahlawab Batu yang menyerangnya .
Siti Nursamawi melepaskan beberapa das tembakkan ke arah Ahmadi namun , beberapa Pahlawan Batu melindungi Ahmadi dengan berkorbankan diri .
Siti Maisarah mengawal Pahlawan Elemen Psikik Fizikal Apinya dengan menghempaskan kedua belah tapak tangannya ke permukaan tanah .
Tindakannya itu telah menyebabkan satu letupan yang agak besar terhasil disulami dengan sambaran api yang juga agak besar .
Letupan itu telah menghancurkan semua Pahlawan Batu itu .
Serangan itu telah menyebabkan dia sedikit terbatuk darah .
Ahmadi menghasilkan satu lapisan Ais yang mengelilinginya untuk melindungi dirinya .
Kawasan itu dikelilingi api yang marak menyala .
" Tidaklah beta menyangka , Kekanda Sulung Raja Pawana itu seorang Pahlawan Elemen Psikik Fizikal . Tidaklah ramai dikalangan Pahlawan Psikik Fizikal yang masih wujud dan mampu menghasilkan teknik dan serangan sebegini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas . " Tahulah beta , Puteri Muda yang berdua itu mewarisinya daripada bondanya . "
Siti Maisarah terlutut lalu terbatuk darah . Pahlawan Elemen Psikik Fizikalnya perlahan - lahan lenyap .
Keadaan itu dimanfaatkan oleh Ahmadi dengan menghasilkan semula Pahlawan - pahlawan Batunya .
Namun , baru sahaja dia dapat hendak mencapai jumlah Pahlawan - pahlawan batunya seperti yang awal tadi , dia terundur ke belakang kerana terkena serangan Bebola Tenaga Elemen Psikik .
Siti Maisarah menepuk kedua belah tapak tangannya dengan kuat lalu , gelombang berapi yang membentuk Kepala - kepala Singa terhasil dan terus menghancurkan Pahlawan - pahlawan Batu yang dihasilkan oleh Ahmadi .
" Ini macam , Anak Patung gila tu punya strategi ni . " Bisik kecil hati Ahmadi sambil dia mengelak serangan Bebola Tenaga yang dilancarkan kepadanya .
Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah yang menghasilkan corak Elemen Penyembuhan pada setiap tubuh badan anggota kumpulan mereka , mengawal minda mereka dengan sebaik yang mungkin .
Mereka dengan serentak , melibaskan senjata mereka di hadapan mereka .
Sejurus selepas itu , ribuan Pedang Elemen Psikik meluru ke arah Ahmadi dan kawasan sekitar .
Permaisuri Fiirapi dan Ratu Jeullbea melompat ke tanah dan terus menghasilkan Medan Tenaga Psikik untuk melindungi mereka .
" Ini adalah , ujian yang paling berbahaya yang kita pernah saksikan . " Kata Raru Jeullbea dengan lembut .
Permaisuri Fiirapi menggelengkan kepalanya dengan lembut . " Kadang - kala , beta sendiri tidak dapat mencerna akan cara yang diguna pakai oleh Raja Pawana . "
Khalid , Fateh , Ikhwan , Lesas dan Nezza menghempaskan Senjata mereka ke tanah lalu , libasan Bilah Pedang Elemen meluru ke arah Ahmadi .
Ahmadi menghalakan sebelah tangannya ke hadapan lalu , Bilah - bilah Pedang Elemen tadi pecah berderai bagaikan kaca yang terhempas ke lantai .
Petir berwarna Indigo dan Ungu menyambar Ahmadi dan Ahmadi terus menghasilkan Putaran Bayu untuk melindungi dirinya .
Sambaran petir tadi berpecah ke segenap arah .
Nurzahirah dan semua anggota pasukannya terkesima . Terpegun . Kagum dengan serangan itu .
Stephen Akio Kenzo keluar daripada suasana yang kelam dan kabut itu dan terus sahaja menyerang Ahmadi .
Ahmadi menyambut serangan itu dengan tenang dan menyerang dada Stephen Akio Kenzo dengan Tumbukan Bayunya .
Stephen Akio Kenzo terundur dan terhuyung - hayang ke belakang lalu , lenyap seperti asap .
" Klon . " Bisik Ahmadi di dalam hatinya .
Aivira muncul dan terus menyerang Ahmadi bertubi - tubi .
Ahmadi menepis dan mengelak serangan pantas Aivira dan kemudian , dia dengan pantas , meletakkan tapak tangannya ke dada Aivira .
" Maaf Ai . " Kata Ahmadi sambil tersenyum . " Bukan mudah kau nak kalahkan aku . "
Aivira tercampak ke belakang dan terguling - guling di atas tanah kerana terkena Gelombang Angin Ahmadi .
Dalam suasana yang berasap itu , Pahlawan - Pahlawan Batu itu berundur .
Muniandy yang sedang bertahan daripada serangan , sedikit dipukul oleh rasa kehairanan tatkala melihat semua Pahlawan Batu itu berundur .
Hagia Sofea melibaskan tangannya di udara lalu , asap - asap yang menyelubungi kawasan itu menghilang disapu udara .
Ahmadi merenung ke arah wajah anggota kumpulan Sheila Asyikin yang ditendang keletihan .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menjunam dari udara lalu , mereka berdua merenung tajam ke arah Ahmadi .
" ' Woi ' bangang ! Kau apahal ? ! Bukan kau cakap ujian latihan kat hutan tu ujian yang terakhir ke ? ! " Jerit Siti Nursamawi dengan lantang bersulamkan nadanya yang geram yang membara . " Sekarang ni apa pula ? ! Kau nak bunuh kitorang ke ' hah ' ? ! "
Ahmadi hanya mendiamkan diri dengan warna matanya yang memperlihatkan pendiriannya .
Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .
Sheila Asyikin menghembuskan nafasnya yang jelas kelihatan haba yang panas .
Matanya merenung tajam ke arah wajah Ahmadi .
" Aku takkan bagi korang menang dan lulus dengan mudah ! Aku nak tengok , sejauh mana korang boleh halang aku ! " Kata Ahmadi dengan jelas . " Bukan senang dan mudah tanggungjawab dan cabaran yang akan korang bawa kalau korang semua jadi Ketua Panglima DiRaja aku nanti ! "
" Kau tak nampak ke kitorang dah . . . " Siti Nursamawi tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana Sheila Asyikin menghalangnya dengan hanya mengangkatkan sedikit tangannya .
" Apa peraturan abang ? ! " Tanya Sheila Asyikin dengan lantang .
" Bunuh atau dibunuh ! " Balas Ahmadi dengan jelas .
Siti Maisarah menjelmakan Corak Telepati Psikik sembilan corak pada dahi mereka semua . " Sheila , apa rancangan Sheila ? "
" Sheila dan Siti akan serang abang . Abang - abang yang bertiga , serang jika ada peluang , dan kakak bertiga pula , serang dan tangkap abang . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang . " Yang lain , paksa abang keluar dari kawasan tu . Lagi jauh abang dari kawasan tu , lagi besar peluang untuk kita menang . "
Aivira dan semua yang berada di situ , bersedia untuk bertarung dengan Ahmadi .
Aivira dan Aqilah berubah kepada bentuk Mode Tempur Axrieca mereka walaupun , Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka semakin berkurangan dan hampir tidak mampu untuk bergerak .
" Kakak bertiga kena kawal Tenaga Minda akak untuk kawal Corak Penyembuhan ni . Kalau tak , kita takkan mampu untuk bergerak . " Kata Siti Hawa dengan lembut .
" Jangan nak banyak bunyi . Itu kerja kitorang . " Kata Siti Nurjannah dengan jelas dan tegas . " Korang tangkap Psikotik tu dan tamatkan semua ni . "
" Korang terganggu dengan semua Pahlawan Batu ni ke ? ! " Tanya Ahmadi dengan jelas .
Selepas itu , dia melenyapkan semua Pahlawan Batu itu dengan menenggelamkan semua Pahlawan Batu itu ke dalam tanah .
Adam tersenyum . " Dia sindir kita . "
Sheila Asyikin meluru ke arah Ahmadi . Pergerakkannya terlalu pantas . Dia bagaikan lenyap daripada tempat dia berdiri dan muncul di hadapan Ahmadi dengan menggenggam sebilah Dagger Api yang lurus .
Baru sahaja dia hendak melibaskan senjatanya ke leher Ahmadi , tiba - tiba sahaja dia terpelanting semula ke belakang dengan kuat .
Dia tergolek - golek di atas tanah beberapa kali dengan kuat dan terus sahaja tercampak ke arah sebatang Pokok yang besar .
Pokok itu tumbang ke tanah bersama bunyi yang menendang gegendang telinga .
Ahmadi kelihatan dalam posisi baru sahaja selesai melepaskan tendangannya .
Matanya terpejam .
Semua yang berada di situ terperanjat dengan keadaan itu .
Mereka semua bagaikan tidak percaya melihat Ahmadi , membalas serangan Sheila Asyikin dengan amat kuat .
Kerana , mereka tidak pernah melihat Ahmadi memukul Sheila Asyikin .
Siti Nursamawi yang dipukul oleh rasa geram melihat Ahmadi menyerang Sheila Asyikin dengan kuat dan padu , berlari dengan pantas ke arah Sheila Asyikin lalu disusuli oleh anggota pasukannya yang lain .
Sheila Asyikin berdiri dengan perlahan lalu mengesat bibirnya yang dibasahi sedikit darah .
Dia memegang abdomen kirinya yang terasa sejuk .
" Abang tak main - main . " Bisik hatinya dengan jelas .
Siti Nursamawi melompat dan mendarat di sisi Sheila Asyikin . " Kau tak apa - apa ke ? "
Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya .
" Bangsat betul ! Berani dia pukul kau depan mata aku ! " Kata Siti Nursamawi dengan geram .
" Dengar semua . Abang tak main - main kali ni . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas lalu dia menajamkan pandangannya ke arah Ahmadi yang masih berdiri tegak memandang ke arah mereka .
" Jadi , kita kena lawan dia ke ? " Tanya Maera dengan jelas .
Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya . " Ini cara kitorang berlatih . Nak menang , kena kalahkan dia . Kena cederakan dia . Ini antara sebab kenapa kitorang belajar Corak Penyembuhan Elemen . "
Lesas menghelakan nafasnya dan kemudian , dia memandang ke arah Fateh , Khalid dan Ikhwan .
" Dia nak lantik kita sebagai Ketua Panglima DiRaja dia . Jadi , dia takkan bagi kita menang dengan mudah . " Kata Fateh dengan jelas . " Ketua Panglima kena mampu untuk menewaskan musuh - musuh yang mungkin jauh lagi kuat daripada dia . "
" Kalau kita dapat tangkap dan tewaskan dia , bermakna , kita mampu jadi Pahlawan yang mampu untuk melindungi kerajaan ni . " Kata Khalid juga dengan nada yang jelas . " Bukan je kerajaan ni . Tapi , dunia ni . Sebab , perperangan yang tercetus ni , melibatkan dua dunia . "
" Bukan senang nak jadi Ketua Panglima . Seorang Ketua , kena berpengetahuan dalam segala hal untuk membentuk strategi . " Kata Ikhwan pula dengan tenang .
" Dengar , kita buat strategi tadi . Kita paksa abang keluar dari tempat tu . Abang akan halang kita daripada sampai ke situ . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . " Kalau terpaksa cederakan dia . Cederakan je dia . Sebab , dia akan sanggup untuk lihat kita semua bermandikan dengan darah kita sendiri . "
" Apa maksud awak ? " Tanya Ratni dengan lembut .
" Jangan awak semua lupa . Kitorang berdua adalah Raja dan Puteri kat Dunia ni . Ada ketikanya , kitorang terperangkap dalam keadaan di mana , kitorang terpaksa untuk membunuh . Sama macam kita bunuh musuh - musuh kita dalam perang hari tu . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas . " Keadaan dan semua pengalaman pertempuran kitorang kat dunia ni , dah jadikan hati kitorang sedikit kering . "
" Aku percaya apa kau cakap tu . Sebab , dia dah serang kau macam tadi kat depan mata aku dan kat depan semua orang . " Kata Siti Nursamawi dengan geram . " Aku akan balas balik berkali - kali ganda nanti . "
Sheila Asyikin tersenyum lalu berjalan dengan perlahan . " Jangan cakap je . Tunjuk . "
Selepas dia menghabiskan ayatnya , dia berlari dengan pantas sambil mengeluarkan niat membunuhnya .
Matanya tajam memandang ke arah Ahmadi .
" Jangan cabar aku Sheila . " Kata Siti Nursamawi lalu dia berlari dengan pantas mengejar Sheila Asyikin .
" Kita ikut rancangan Sheila tadi . Intai peluang untuk tewaskan Didie . " Kata Hagia Sofea dengan jelas .
" Rara tak sangka , Pakcik serang Kakak Patung . " Kata Nurzahirah dengan lembut . " Pakcik tak pernah pukul Kakak Patung . Jangankaj herdik , nak cubit marah pun tak pernah . "
" Pakcik jahat . Kena hukum . Kita korek mata Pakcik . " Kata Banshee Psikik Nurzaharah dengan jelas . " Mata dia . Buat rantai . Satu Kakak Kakak Ikan , satu Kakak Seksi. "
Nurzahirah menarik telinga Nurzaharah dengan pantas dan agak kuat .
Nurzaharah menggosok - gosok telinganya dengan laju lalu menarik leher baju Banshee Psikiknya dan selepas itu , dihempaskannya Banshee Psikiknya ke tanah .
Tidak cukup dengan itu , dia memijak - mijak dan menendang Banshee Psikiknya . Gaya dan tindakannya tidak ubah seperti seorang kaki buli .
Namun , kedua - duanya dengan wajah yang tidak bereaksi .
" Saya tak faham . Kenapa Tuan Didie nak buat macam ni . Kalau ikutkan pengalaman kitorang dulu . Kita sepatutnya dah lulus . " Kata Tatsumaki dengan lembut . " Sekarang ni . Saya tak yakin dengan keputusan kita sama ada , kita lulus , ataupun tak . "
" Serabut fikir benda ni . " Kata Siti Aisyah dengan jelas .
" Beta telah mengerti akan kenapa Raja Pawana melakukan tindakan ini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas .
Ahmadi menahan serangan Sheila Asyikin yang padu dan telah menghasilkan satu letusan Gelombang Tenaga yang kuat .
Renungan mata Ahmadi dan Sheila Asyikin bertemu .
Renungan mata yang memperlihatkan ketenangan yang bersulamkan pandangan dan reaksi wajah yang menakutkan .
Share this novel