Aivira menghasilkan satu corak berjalur unik dan abstrak pada dahinya dan corak berjalur unik dan abstrak itu turut terhasil pada Labah - labah yang dijelmakannya tadi .
Sejurus selepas itu , balutan Sarang Labah - labah yang membalut Panglima Tallat bersinar dan kemudian , mengembang buat seketika .
Aivira menggenggam kedua belah tapak tangannya selepas itu , balutan Sarang Labah - labah itu menguncup semula bersama dengisan buas Labah - labah milik Aivira .
" Dia dah mati ke ? " Tanya Aqilah dengan tenang .
Belum sempat Aivira hendak menjawab soalan itu , kepalanya digosok - gosok oleh Muniandy .
" Hebat awak Ai . " Kata Muniandy dengan jelas . " Tak pernah sepanjang hayat kitorang tengok teknik awak yang macam ni . "
Stephen Akio Kenzo berjalan menghampiri balutan Sarang Labah - labah itu .
Selepas itu , dia meneliti helaian sutera yang dihasilkan itu dengan agak teliti .
Kemudian , dia menganggukkan kepala dan menggoyang - goyangkan jari telunjuknya dengan agak perlahan .
" Mesti ada sesuatu yang ada kat dalam kepala dia . " Kata Adam dengan jelas .
" Dia nak buat apa ? " Tanya Aivira dengan suara Hybrid Aexrieca Mode Tempurnya . " Dia dah mati . "
" Dia Saintis . Adalah tu sesuatu yang ada kat dalam kepala dia . " Kata Ratni dengan lembut . " Awak jaga - jaga Ai . Jangan sampai dia buat awak jadi Katak kajian dia . Dia bukannya betul sangat . "
" Korang ingat saya pekak ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Saya tak minat dengan kajian bidang Anatomi Biologi biarpun saya ada kepakaran dalam bidang tu . Saya minat kat benda - benda lain . "
Nurzahirah , Ahmadi dan Nurzaharah mendarat di mana rakan - rakan mereka berada .
" Ai , dia dah mati ke ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .
" Dah . Dia bunuh diri . Bukan kitorang yang bunuh . " Balas Aivira dengan tenang .
" Simpan mayat dia dulu . Aku nak Stephen , Kucina dan Witchie untuk buat ' Post - mortem ' . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Sekarang ni , aku nak . Kita balik ke Istana , berkumpul dan balik ke dunia kita . "
" Lain macam terburu - buru awak ni . " Balas Maera . " Apa kes ? "
" Edy dah culik ramai Manusia . Kita kena selamatkan diorang . " Jawab Ahmadi dengan tenang .
" Apa ? ! " Reaksi spontan Siti Nursamawi dan beberapa orang rakannya dengan serentak .
" Aku cerita nanti . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Kita balik ke Istana dulu . "
Selepas itu , dia berjalan ke arah Puan Fiinura .
" Makcik arahkan beberapa orang Pahlawan Aexrieca untuk buat tinjauan kat jarak 700km dari kawasan ni . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Zombie - zombie tu dah ada yang bergerak ke arah ni . Pastikan semua Zombie tu tak dekat dengan kita . "
Selepas itu , dia memandang pula kepada Aqilah . " Aqilah . Kau siasat kawasan yang mak kau tinjau tu . Siasat kalau ada Pahlawan musuh yang ada dekat - dekat kawasan tu . Dan , hantar maklumat ni kat semua Unit Maklumat Kerajaan Bersekutu . Pastikan diorang pun buat perkara yang sama . Cakap , ini arahan daripada aku . "
Puan Fiinura dan Aqilah menganggukkan kepala mereka .
Nurzahirah menggoyangkan tangan Nurzaharah dengan lembut dan berbisik . " Bila Pakcik dapat maklumat tu ? Tadi kita dapat maklumat , daripada Abang Putih jekan . Itu pun , pasal penculikan tu je . "
" Ada sesuatu yang Pakcik tak kongsi dengan kita . " Balas Nurzaharah dengan perlahan . Juga berbisik .
Ahmadi menghadap semula kepada semua rakannya . " Sekarang kita balik ke Istana dulu . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Semua mangsa culik semakin dicengkam kegusaran kerana ada di antara mereka yang telah dikasari kerana melawan .
Seorang Wanita ditarik dengan kasar dan ditekan ke dinding sementara Edy , hanya melihat dan membiarkan keadaan itu berlaku .
Wanita itu menggelengkan kepalanya sambil meraung dan menangis semahunya serta merayu .
Tidak diendahkan , Wanita itu diseret ke arah satu pintu .
Wanita itu meraung dan menjerit meminta tolong .
Melihat keadaan itu , semua mangsa culik itu semakin dihimpit ketakutan dan cemas .
Tiba - tiba , Lelaki yang menarik Wanita itu tadi , terpelanting dengan kuat dan tercampak ke dinding dengan kuat .
Edy yang menyedari akan kejadian itu dengan pantas berdiri dan disusuli oleh rakan - rakannya yang lain .
" Ada seseorang kat sini . " Kata Edy dengan jelas .
" Tapi , siapa ? " Tanya Sham dengan agak pantas .
" Seseorang yang dapat masuk ke dalam Stadium ni tanpa disedari . . . " Balas Edy dengan tenang . " . . . cuma ada satu kelas Pahlawan yang dapat buat macam tu . Assassin . "
Selepas itu , dia memerhatikan keadaan sekeliling mereka . Matanya liar meneliti persekitaran mereka . " Aku tak rasa , Assassin ni . Assassin yang biasa . Tak ada Assassin yang dapat buat serangan jarak jauh macam tadi . Kecuali , Assassin yang sama tahap dengan Didie , Sheila dan Pahlawan DiRaja diorang . Tahap Tertinggi . "
Marco dan rakan - rakannya saling berpandangan .
" Pergi cari penyerang ni . " Kata Edy dan arahannya itu dengan pantas dilaksanakan oleh rakan - rakannya .
" Awak nak ke mana ? " Tanya Prof . Linda Josephine dengan lembut . " Nak pergi ke jemputan tu ke ? "
Prof . Zenderall tersenyum . " ' Aah ' . Tapi , aku tak masuk . Aku tunggu Penyelamat datang dan lepas tu , aku akan buat kerja aku . "
" Awak nak buat apa ? " Tanya Prof . Linda Josephine lagi lalu , dia meniup kukunya yang digilapnya . " Menyanyi ? "
Prof . Zenderall tersenyum dan dengan lembut , dia belainya pipi Prof . Linda Josephine yang mulus tanpa cela . " Aku pula yang nak menculik . "
Prof . Linda Josephine menghasilkan beberapa duri hitam yang panjangnya hampir tiga inci daripada pipinya dan dan duri itu menembusi tangan Prof . Zenderall . " Saya tak suka badan saya kena sentuh oleh Lelaki . Terutamanya , Lelaki macam awak . "
Prof . Zenderall tertawa kecil lalu dia menarik tangannya yang dibasahi dengan darahnya daripada pipi Prof . Linda Josephine . " Kau memang liar . "
Selepas itu , dia melihat ke arah beberapa lubang pada tangannya yang terus mengalirkan darahnya yang segar dan pekat .
Kemudian , dia tersenyum ketika melihat lubang - lubang lukanya itu tertutup kembali dan kemudian , dia meninggalkan Prof . Linda Josephine sambil terus tersenyum . " Ingat cakap aku . Aku akan jinakkan kau . "
Prof . Linda Josephine tersengih . " Dalam mimpi pun takkan akan jadi Zen . Tapi takpe . Angan - angan tu percuma . "
Ahmadi dan semua rakan - rakannya telah muncul semula di hadapan rumahnya .
" Steph . Aku nak kau ' setting ' semua klon kita . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Klon kita tu , guna sistem AI kan ? "
" ' Aah ' . Saya guna sistem Ai . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Tapi , saya tak aktifkannya sepenuh lagi . "
" Aku nak kau akftifkannya pada tahap maksimum . Pastikan , Klon Ai kita tu , dengar cakap kita je . Setahu aku , Teknologi AI ni boleh reka sistem dan fikiran diorang sendiri . Aku tak nak , diorang lawan cakap kita . Aku tak nak benda tu . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Aku bagi masa sejam , cukup tak ? "
" Lebih daripada cukup . " Balas Stephen Akio Kenzo lalu , dia bergegas berlari ke arah rumahnya .
" Kak Sarah dan yang lain , pergi cakap kat Ayah . Panggil beberapa Pegawai Tahap Tertinggi Pasela . Jangan ramai . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Pasela jadi kumpulan ' Back - up ' . "
Siti Maisarah menepuk bahu Siti Maisarah lalu , mereka semua naik ke rumah .
" Siti , Adam , Hawa dan Ratni . Aku nak korang pakai baju Kalis Peluru korang . " Kata Ahmadi lagi dengan tenang . " Korang buat ' acah - acah ' kononnya , korang masih ' berbisa ' . "
Siti Nursamawi , Adam , Siti Hawa dan Ratni tersenyum .
" Kita , yang kumpulan original Sayap Peganiex . Kita tunggu Stephen . Tak
payah nak bersiap atau nak bergaya sangat . " Kata Ahmadi lagi . " Kita buat biasa je . "
" Kitorang ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze sambil mengangkatkan tangan kanannya .
Ahmadi tersenyum . " Korang pun sama . Jangan nak lawa sangat . Pakai macam ni je . "
Nurzahirah dan Nurzaharah saling berpandangan sesama mereka dan Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .
Edy berjalan dengan perlahan - lahan sambil matanya memerhatikan sekelilingnya dengan cermat .
Bunyi deruan angin tiba - tiba sahaja melintas di telinganya dan dia menoleh ke arah bunyi itu .
Dahinya berkerut bersulamkan kegeraman kerana , wayar - wayar Senjata Canggih milik syarikan Prof . Zenderall yang dicurinya , telah pun putus .
Dia dengan geram yang teramat sangat , dicekiknya leher seorang Lelaki dan menjelmakan Senjata Elemennya .
Keadaan menjadi tenang . Sunyi . Sepi . Hanya sesekali bunyi deruan kenderaan dari luar Stadium yang berkumandang .
Edy melambungkan Lelaki tadi dan terus sahaja menghayunkan senjatanya .
Baru sahaja Senjata Elemennya hendak melekat pada tubuh Lelaki itu , Lelaki tadi lenyap dan kembali pada kedudukan asalnya .
" Celaka ! " Desis hati Edy dengan geram yang meluap - luap . " Siapa dia ni ? "
Makmi yang merangkak pada batang - batang besi , tiba - tiba sahaja jatuh ke bawah bagaikan disepak dengan kuat .
Selepas itu , bunyi siren kenderaan Pasukan Keselamatan yang berkumandang , sedikit mengejutkan Edy dan anggota kumpulannya .
Penduduk Pulau Bayu dikejutkan dengan laporan kehadiran kenderaan - kenderaan anggota Kumpulan Sayap Peganiex yang sedang meluncur deras di atas jalan raya .
Bukan itu sahaja malah , empat buah Superbike berkuasa tinggi juga dilaporkan mengekori rapat akan kenderaan Kumpulan Sayap Peganiex .
Beberapa buah kenderaan juga dilihat mengekori kenderaan - kenderaan tadi .
Makmi berdiri sambil memegang tangannya dengan wajah sedikit berkerut .
" Korang semua ! Pergi layan polis dan Askar - askar tu ! " Kata Edy dengan jelas dan lantang .
" Habis tu ? ! Celaka yang tak guna ni ? ! Macam mana ? ! " Tanya Arni dengan geram .
" Biar aku yang cari ! " Balas Edy dengan jelas .
Ahmadi dan Klonnya masing - masing menunggang Superbike berwarna Hitam berjalur Merah ,Putih ,Biru dan Perak .
Mereka berdua memecut dengan deras memotong dan mencelah di antara kenderaan dengan cekap dan kemas .
" Lajunya akak bawa . " Kata Siti Aisyah sambil dia menggenggam tali keledarnya .
" Ni ' slow 'lah . Kalau akak bawa motor akak , lagi laju dari ni . " Kata Siti Nursamawi yang cekap mengawal keretanya menyusuri jalan yang agak sibuk .
Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze menjerit ketika Siti Nursamawi membuat Drift ketika hendak mengubah lorong sementara Nurzaharah pula , hanya membuat reaksi wajah kakunya tanpa mengeluarkan sedikit pun suaranya .
Sheila Asyikin membunyikan hon Superbikenya ketika dia melintasi Siti Nursamawi .
Adam yang membawa Siti Hawa mengekori rapat kenderaan Siti Nursamawi sambil kepala mereka bergerak lembut melayan rentak irama Rock Metal .
Maera , Naera , Muniandy , dan Ratni pula masing - masing mengawal Superbike mereka dengan penuh cermat walaupun , mereka menunggang bagaikan Pelumba Litar .
Ratni melakukan Wheelie ketika dia dapat memintas Muniandy dan terus sahaja meluncur laju ke depan .
" Tak guna punya Kaki Fitnah . " Bisik hati Muniandy dan dia meningkatkan kelajuannya .
Stephen Akio Kenzo pula membawa Keretanya dengan pantas membelah jalan . Dia mengejar kepantasan Siti Nursamawi dan Adam .
" Budak - budak nilah . Boleh pula diorang berlumba . " Kata Fateh dengan jelas .
Edy menghasilkan Bebola Tenaganya dan menghalakannya ke arah tebusan . " Tunjukkan diri kau , celaka ! Kalau tak , berkecai diorang ni semua ! "
Para anggota keselamatan mula mengambil tempat mereka dan mengepung stadium itu .
Pasukan Gerakan Taktikal Khas juga dengan segera mengambil tempat mereka untuk mula memasuki zon panas .
Pasukan Medik juga mula bersedia untuk membuat rawatan awal sekiranya semuanya berjalan dengan lancar .
Kesemua mereka mula menunggu isyarat untuk memulakan tugas dan misi mereka .
Vastu yang turut serta dalam misi itu berjalan sambil membawa senjatanya dan kemudian , dia menoleh ke arah kanannya kerana Ahmadi dan klonnya telah tiba .
Klon Ahmadi dengan tenang , memberhentikan kenderaannya dan berjalan menuju ke arah Kol . Jeneral Corazon .
" Jarakkan pasukan Gerakan Taktikal Khas . Diorang hanya akan buat keadaan akan jadi lebih teruk lagi . " Kata Klon Ahmadi dengan suara Electronic Voice System . " Kawal tempat ni je dah cukup . "
Ahmadi dengan langkah yang tenang , dia berjalan menghampiri klonnya .
" Apahal Mangkuk Hayun ni ada kat sini ? Campak dia jauh - jauh . " Kata Vastu dengan geram .
" Elokkan bahasa awak . Orang yang awak panggil Mangkuk Hayun ni , ketua Sayap Peganiex . " Kata Klon Ahmadi dengan tenang bersulamkan tegas pada nadanya . " Dia ketua kitorang . "
Ahmadi hanya tersengih lalu dia berjalan ke arah Stadium dan mula menghantar isyarat gelombang minda pada Putih .
Selepas itu , anggota pasukan Ahmadi yang lain juga telah tiba .
Kol . Jeneral Corazon dan Vastu yang melihat kehadiran Sayap Peganiex itu jelas kelihatan terpinga - pinga .
Apatah lagi melihat kehadiran Nurzahirah , Nurzaharah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .
Pasukan Pasela juga tiba dengan jumlah anggota yang agak ramai .
Mereka mengenakan Pakaian Seragam Taktikal yang agak canggih .
Mereka diketuai oleh Pendekar Bayu .
" Arahkan budak - budak kau buat kawalan kat luar Stadium . " Kata Pendekar Bayu dengan tegas .
" Kau nak buat apa ? Korang cuma Organisasi Rahsia Kerajaan yang dah pencen dan dah tak berguna . " Balas Kol . Jeneral Corazon dengan agak keras nadanya .
" Kau wujud dan bertapak kat jawatan kau sekarang ni pun , sebab organisasi ni . Kau jangan lupa tu . " Balas Pendekar Bayu dengan tenang dan jelas . " Kitorang yang naikkan kau dan sekarang , kau nak lupa daratan ? Boleh . Aku takde hal .Tapi aku tahu . Kau bukan bodoh sangat . Kau tahu , yang boleh urus
yang kat dalam tu , kitorang je . "
Share this novel