BAB 109 - ASSASSIN

Fantasy Series 4033

Edy yang lemah mengerahkan kudratnya yang masih bersisa .

Dia mengetapkan giginya sambil menggenggamkan tangannya menahan kesakitan yang teramat sangat .

Dan akhirnya , dia terdongak ke atas sambil menjerit dengan semahu hatinya dengan seluruh tubuh badannya dilingkari oleh urat - uratnya yang timbul bagaikan akar - akar pokok yang melingkari dan mencengkam lantai bumi .


Dalam pada itu , Prof . Zenderall dan Prof . Linda memfokuskan perhatian mereka ke arah pertarungan Ahmadi .

Siaran yang disaksikan mereka menerusi Satelit mereka dapat melihat daripada sudut - sudut yang berbeza .


Dalam masa yang sama juga , Mini Drone milik Scarlett juga tiba dan terus sahaja memasuki ke perkarangan Stadium dan mendarat pada kedudukan yang agak jauh .

Dia memfokuskan rakaman itu untuk melihat dengan lebih jelas akan keadaan itu dan , dia dapat melihat akan kehadiran Stephen Akio Kenzo di situ .


Ahmadi melepaskan satu keluhan lalu , dia menjelmakan Assassin Hoodienya yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .

Hoodienya yang agak besar juga hanya memperlihatkan separuh daripada wajahnya .

Matanya marak memancarkan warna Elemen Warna dan Cahayanya .


Makmi dan rakan - rakannya , menjelmakan Senjata Elemen mereka dan mula bersedia untuk menyerang Ahmadi .


Dengan hembusan nafas yang berhawa dingin , Lingkaran Ais menjelma pada kedua belah tangan Ahmadi dan menghasilkan dua bilah Dagger Ais yang melengkung .


Sham memulakan pertarungan dengan berlari sambil menghasilkan perdu - perdu Pokok Elemen yang berpintal - pintal dan tindakannya itu , disusuli oleh rakan - rakannya yang lain yang juga turut menghasilkan teknik yang sama mengikut Elemen Warna dan Cahaya masing - masing .


Pintalan - pintalan perdu dan banir Pokok Elemen menutupi kawasan pertarungan itu dan berhenti pada hujung kawasan dan bahagian atas Dinding Elemen dan Dinding Psikik .


Ahmadi yang masih berdiri tegak , melenyapkan dirinya dan menghasilkan Lingkaran Taisa gabungan Elemen Ais , Angin dan Air sebanyak sembilan lingkaran dan kemudian , puluhan Bilah Angin , Ais dan Air meluru ke arah perdu dan banir Pokok Elemen itu untuk memusnahkannya .


Sebaik sahaja hampir separuh perdu - perdu dan banir - banir Pokok Elemen yang berpintal itu dimusnahkan , barulah kelihatan Ahmadi dan Makmi dan rakan - rakan Makmi , berlari dan melakukan aksi Parkour di balik ranting - ranting dan dahan - dahan berpintal yang masih bersisa .


Pertembungan Sentaja Elemen antara Ahmadi dan Sham , menghasilkan satu Letusan Elemen yang amat kuat sehingga menerbangkan sisa - sisa perdu dan banir Pokok Elemen tadi .


" Kejap . Kalau tahap diorang ni macam ni , maksud saya , semua Pahlawan Pelarian ni , bukan Didie . " Kata Muniandy dengan tenang dan jelas . " Kenapa masa kita bertarung dengan diorang , tak nampak langsung tahap kekuatan diorang ? "

" Sebab , kita muncul serentak dan buat serangan bertali arus , jadi diorang semua agak kebingungan dengan serangan kita . " Jawab Sheila Asyikin dengan jelas . " Kita dapat bertarung dengan diorang tapi , kita tak dapat nak tangkap diorang . Masa abang suruh Sheila lenyapkan semua orang , abang dah tangkap diorang semua terlebih dahulu . "


Ahmadi bertempur dengan Makmi , Arni dan Sham sekaligus dengan pergerakkan yang amat pantas dan senyap .

Tiada tempikan semangat , jeritan mahupun laungan .

Hanya dentingan Senjata Elemen mereka sahaja yang kedengaran .


Vaega menghasilkan seekor Harimau Kumbang Elemen daripada Elemen Tumbuhan dan Air .


Harimau Kumbang Elemen itu mengaum dan menerkam ke arah Ahmadi dengan garang .


Ahmadi melompat dan berputar ke belakang dan kemudian , sebaik sahaja dia mendarat semula , dia memutarkan kedua - dua bilah Daggernya lalu , Dagger sebelah kanannya menjelma menjadi seekor Ular Sawa Batik yang agak besar daripada Elemen Ais dan terus sahaja melahap kepala Harimau Kumbang Elemen tadi dan terus sahaja melilitnya .

Manakala Dagger sebelah kirinya pula , juga bertukar menjadi Ular Sawa Elemen yang sama namun , berlingkar pasa tubuhnya dan memandang ke arah Vaega dengan renungan yang menggerunkan .


Harimau Kumbang milik Vaega tadi , bertukar menjadi Ais dan terus sahaja berkecai menjadi ketulan - ketulan Ais dan seterusnya lebur menjadi air .


Ular Sawa Elemen Ais yang menyerang tadi , bertukar semula menjadi Dagger dan kembali semula ke tangan Ahmadi manakala Ular Sawa elemen yang sama tadi , masih kekal berlingkar pada tubuhnya .


Arni meluru ke arah Ahmadi dengan kelajuan yang amat pantas .


Makmi dan Marco mula muncul dengan tiba - tiba di belakang Ahmadi dan terus sahaja menghasilkan Libasan Elemen gabungan Tanah dan Api .


Ahmadi melepaskan Letusan Elemen Ais dan Air untuk menghalang serangan itu .

Tidak cukup setakat itu , dia juga menghasilkan puluhan Bilah Angin daripada Ular Sawa Elemennya tadi dan terus sahaja melancarkannya .


Letupan Elemen berlaku sebaik sahaja Teknik Elemen itu bertembung dan , Bilah - bilah Angin tadi tercampak ke segenap arah akibat ditepis oleh Kumpulan Makmi .


Bilah - bilah Angin itu menembusi lapisan Dinding yang pertama dan terlekat sehingga separuh pada lapisan Dinding yang kedua .


Melihat keadaan itu , Stephen Akio Kenzo melakukan Hand Sealnya dengan lantas lalu , dia memukul ke tanah .

Kemudian , 13 Tiang Totem Yokai miliknya keluar daripada tanah dan terus sahaja menghasilkan lapisan dinding yang ketiga .


Scarlett yang melihat tindakan Stephen Akio Kenzo itu hanya mendiamkan dirinya .

Sakit hatinya masih membara kerana , dia sama sekali tidak menyangka bahawa , dia bercinta dan berkasih sayang dengan Freak .

Dan yang menambahkan lagi sakit hatinya adalah , Stephen Akio Kenzo sama sekali tidak memberitahunya akan hal itu .


Corak Letupan Elemen terhasil disekitar tempat Ahmadi berdiri lalu , satu letupan berlaku .


Makmi dan rakan - rakannya melenyapkan diri mereka kerana , sebaik sahaja asap ditendang angin , Ahmadi tidak ada di situ .


Selepas beberapa detik berselang , dentingan Senjata Elemen kembali kedengaran namun , bunyi itu berkumandang dari dalam kawasan banir dan perdu Pokok Elemen yang telah pun patah dan tumbang pada bahagian atasnya .


Semua yang menyaksikan pertarungan , tercengang . Kata - kata mereka berterabur di dalam minda mereka dan sukar untuk disusun untuk dilontarkan .

Mereka hanya mampu menyaksikannya dengan perasaan takjub dan terkesima .


Beberapa orang menghampiri Puan Fiinuran dan Aqilah .


" Assalammualaikum , saya Elly Amira , daripada Stesen TV One Information .


Siti Maisarah menoleh . Dia tidak ikut serta bersama dengan Sheila Asyikin serta yang lain kerana dia ingin menemani Nenek Diana yang berdegil untuk ikut serta .

Mak Teh Sanggul dan Puan Maryam juga turut berada sama di situ .


" Waalaikumussalam . Awak ni , anak Pak Brahim ke ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut sambil tersenyum .


Elly Amira tersengih . " ' Aah '. "


Puan Maryam mengeluh dan memandang ke arah Mak Teh Sanggul , dan kemudian , dipandangnya wajah Elly Amira. " Kenapalah korang ni , kalau ada masalah yang timbul , mesti korang semua ada . "


Elly Amira tersengih . " Mungkin pasal tali pusat kitorang semua ni bersambung ' kut ' . "


" Elly nak tahu apa ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut sambil memanggil Elly Amira untuk duduk di sisinya .


Elly Amira duduk di sisi kiri Siti Maisarah dengan tenang . " Kenapa diorang buat keputusan nak berterus - terang kali ni ? Yang saya tahu , diorang rahsiakan pasal status Freak diorang . "


" Ni kena rekod tak perbualan ni ? " Tanya Nenek Diana sambil dia mengunyah Popcorn .


Elly Amira tersenyum . " Tak . Saya buat catatan yang mana perlu dan akan tapis yang mana perlu . Lagi pun , semua peralatan kitorang dah rosak tadi . Didie yang rosakkan . "


" Mana Elly tahu Didie yang rosakkan semua peralatan tu ? " Tanya Puan Maryam dengan lembut .


" Didie gaduh mulut dengan Vastu tadi . Didie cakap , dia nak saksi je , bukannya buat rakaman keadaan yang sekarang ni . " Balas Elly Amira dengan lembut . " Lepas tu , tiba - tiba je semua peralatan kitorang meletup macam ada kerosakan elektronik . Saya yakin , Didie yang buat . "


Siti Maisarah tersenyum dan menganggukkan kepalanya . " Akak boleh jawab semua pertanyaan Elly , tapi , bukan semua akak boleh beritahu , okey ? Sebab , untuk melindungi keselamatan awam . "


" Baik . Saya setuju . " Balas Elly Amira sambil tersenyum . " Akak boleh mulakan dengan soalan saya yang pertama tadi . "


Marco berlari dengan cekap dan kemas di atas perdu - perdu dan banir - banir Pokok Elemen yang berlingkar .

Dia menggelongsor buat beberapa ketika sebelum dia berdiri dan bersedia dengan berdiri di balik banir Pokok Elemen yang agak besar .

Kedudukannya yang agak hampir dengan Dinding Elemen , dapat dilihat oleh mereka yang dibenarkan untuk menyaksikan pertarungan itu .


Ahmadi melompat dan berlari di atas banir - banir Pokok Elemen dan seterusnya berlari ke arah kedudukan Marco .


Marco yang terlebih dahulu bersedia , dia dengan pantas menikam Ahmadi yang meluru ke arahnya dengan kelajuan yang deras .


Namun , sesuatu yang memeranjatkan berlaku , Ahmadi keluar daripada Banir Pokok Elemen itu dan terus sahaja menyilangkan Daggernya ke arah leher Marco .

Dia yang hanya keluar sehingga bahagian dadanya itu , memperlihatkan jalur corak Elemen Flora pada Jubah Hoodie Assasinnya .


" Ada permintaan terakhir ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .


" Awak perdayakan saya dengan Teknik Elemen awak . " Kata Marco dengan jelas . Nadanya sedikit pun tidak menunjukkan sebarang kegentaran .


" Itu , antara perbezaan aku dengan korang . " Kata Ahmadi sambil dia mengeratkan genggaman pada Senjata Elemennya .

Sambil dia menuturkan bait katanya itu , Elemennya yang berlari tadi , bertukar menjadi debuan Salji .


Semua yang ada situ , terperanjat melihat , kepala Marco , terjatuh ke tanah dengan hanya sekali gerakan yang dilakukan oleh Ahmadi .


" Didie dah tunjukkan tahap dia kali ni kat kita . " Kata Siti Hawa dengan lembut .


Selepas itu , Vaega melancarkan serangan ke arah Ahmadi dengan pantas sehingga memaksa Ahmadi untuk keluar daripada Banir Pokok Elemen itu .


Vaega melihat ke arah Ahmadi yang bertenggek di atas akar pokok dalam keadaan yang bersedia .

Di sisi kaki kanannya , terletaknya kepala Marco yang telah pun terpisah daripada tubuh .

Dia bersedia untuk melakukan lompatan serangan ke arah Ahmadi .


Ahmadi meluru ke arah Vaega dengan kelajuan yang amat pantas .


Ketika Ahmadi masih lagi berada di antara udara dan tanah , Arni muncul dan melibaskan Senjata Elemennya ke arah Ahmadi .


Dengan pergerakkan yang cekap , Ahmadi berpusing di atas tanah dan mengubahkan Hoodie Assassinnya kepada Pakaian Assassin tempurnya yang lebih kelihatan futuristik .


Bagaikan tidak memiliki sebarang perasaan , ditusuknya Dagger kirinya ke arah perut Vaega sehingga tembus dan terus sahaja melibaskannya .


Terkeluar segala isi perut Vaega sebelum dia terjatuh ke tanah , tergeletak seperti Ikan di atas daratan sebelum dia akhirnya , kaku .


Tidak terhenti di situ , Ahmadi mengelak serangan Arni yang pantas .

Dia melenyapkan Dagger Elemennya dan mula mengaktifkan empat Dagger Elemen yang memancarkan cahaya yang bersilang di belakangnya .

Merah , Biru , Hijau dan Kuning . Pada bahagian tengah belakangnya pula , cahaya Putih , Biru , Biru Muda dan Perak juga bersinar .

Dan lebih misteri, cahaya itu mengeluarkan wap seperti Wap Ais .


Arni dan Ahmadi saling bertempur dan melakukan serangan .

Tanpa bunyi suara , jeritan ataupun herdikan suara .

Hanya pergerakkan dan serangan yang menakutkan sahaja yang disajikan oleh mereka .


Ketika mengelak serangan Arni , Ahmadi menarik Dagger Elemennya yang berwarna Hijau .

Cecair Cahaya yang memancarkan cahaya Hijau terpercik .

Dilibaskannya Dagger Elemen Hijaunya itu ke arah Arni dengan pantas .


Arni di terlutut di atas tanah sebaik sahaja dia terkena hirisan Dagger Hijau Ahmadi .

Badannya menggigil sambil dia memegang abdomen kanannya .

Hoodie Assassinnya lenyap memperlihatkan wajahnya yang berkerut sedang menahan kesakitan yang terus memijak dan memicit tubuhnya .

Dia menjerit dengan semahu dan selantang yang di boleh sambil dia terkapar - kapar di atas tanah seperti Ikan yang dipanggang hidup - hidup di atas baraan api .

Selepas beberapa detik kemudian , dia tidak lagi bergerak . Kaku .

Wajahnya menakutkan . Matanya terbeliak ke atas . Mulutnya ternganga luas dan besar serta menjada herot . Tubuhnya mengeras .

Kulitnya juga bertukar menjadi Hijau Kehitaman .


Bagaikan tidak ada apa - apa yang berlaku , Ahmadi menghasilkan jalur Elemen Flora yang unik pada tubuhnya dan masuk semula ke dalam banir Pokok Elemen .


Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah bagaikan tidak sanggup melihat Arni yang terseksa tadi .

Bukan itu sahaja , mereka agak sedikit terganggu melihat bagaimana Ahmadi yang tidak teragak - agak memisahkan kepala Marco dan merobek perut Vaega sehingga terburai segala isi dan perut .


" Mak teknik apa yang Abang Didie tu guna ? " Tanya Aqilah dengan lembut .


" Entahlah . Mak pun tak tahu . Tapi , mak nak Aqilah ambil pertarungan ni sebagai perhatian sekiranya Aqilah berdepan dengan Assassin . " Balas Puan Fiinura dengan jelas dan tenang . " Tapi , mak rasa . Itu Teknik Racun Dagger . Setiap Assassin , ada teknik - teknik racun diorang yang tersendiri . "


" Itu yang membezakan Assassin dengan Pahlawan yang lain . Assassin , pembunuh yang beracun . " Kata Nenek Diana dengan jelas dengan nada tuanya . " Racun tu , macam mainan je buat diorang . "


" Kalau macam nilah , cara Didie buat hukuman dan , kalau macam nilah cara dia buat kerja dia kat sana . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas . " Dia memang tak menipu kalau dia cakap , dia membesar dengan bergelumang dengan darah . "


Pendekar Bayu menganggukkan kepalanya . " Aku tak tahu nak cakap apa . Aku cuma , orang tua yang gagal . Tapi , aku tahu . Dan yakin . Didie membesar dalam persekitaran yang memaksa dia untuk bertindak kejam macam ni . Untuk lindungi orang yang dia sayang . "


Prof . Zenderall dan Prof . Linda Josephine hanya menyaksikan pertarungan itu dengan bersahaja sambil mengunyah Snek .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience