Rate

BAB 9 GOLONGAN FREAK

Fantasy Series 3820

" Kau ingat budak ni ayam ? " Kata Ahmadi dengan nada yang bersahaja dan berdiri di hadapan Nurzahirah yang jelas kelihatan terperanjat dengan kejadian yang berlaku di hadapannya sebentar tadi .

" Tapi , kalau korang nak sangat berpukul dengan orang yang sama saiz dengan korang ... " Kata Stephen Akio Kenzo yang sedang berdiri bersandarkan dinding di belakang kumpulan penculik itu . " ... kitorang dah ada kat sini . "

Semua ahli Kumpulan Penculik itu mengacukan senjata kepada Sayap Peganiex .

" Jangan nak berlakonlah . " Kata Maera yang berdiri bergandingan dengan Naera sambil tertawa . " Korang ingat kitorang tak tahu yang korangan ni Freak . Simpan jelah peluru korang tu . Buat campur Nasi Goreng . "

" Jangan risau . Takkan ada yang tahu kita bertarung kat sini pasal , kawasan ni dah clear untuk kita bertarung . " Kata Naera dengan jelas .

Salah seorang daripada ahli kumpulan penculik itu melepaskan satu Bebola Tenaga daripada Api kepada Ahmadi namun bebola tenaga itu dengan cermat ditangkap oleh Sheila Asyikin .

" Kalau setakat Bola Tenaga macam ni ... " Kata Sheila Asyikin dengan tenang . " ... korang tak layak sebenarnya nak jadi penjenayah . "

Ketua Penculik berang dengan kata - kata anggota Sayap Peganiex yang menendang gegendang telinganya . " Serang ! "

Muniandy mengeluh lalu menumbuk lantai dengan agak malas dan agak leceh . " Tak bersemangat langsung nak bermain dengan budak - budak amatur ni . "

Letusan Tenaga Elemen Muniandy itu mengakibatkan semua musuh mereka terpelanting ke dinding dan ke siling .

Ahmadi memeluk Nurzahirah lalu melenyapkan diri mereka berdua dan muncul semula di belakang Kereta Sayap Peganiex . " Dah , adik dah selamat dah . "

" Terima kasih pasal selamatkan saya . " Kata Nurzahirah dengan senyuman . Senyuman yang bersulamkan kelegaan .

Ahmadi memegang kepala Nurzahirah dengan lembut . " Saya mesti selamat adik tak kira apa pun . " Balas Ahmadi . " Kalau tak , nanti Uncle adik pecahkan kepala kitorang . "

Nurzahirah tertawa kecil . " Uncle ke yang suruh Sayap Peganiex selamatkan saya ? "

Ahmadi menganggukkan kepalanya . " Dia terus jumpa saya dan cakap , kalau saya tak selamatkan adik , dia akan pecahkan kepala kitorang . Kitorang pun apa lagi , terus pergi sini . "

Nurzahirah tersenyum lebar .

" Nanti kita jumpa lagi . " Kata Ahmadi lalu terus melenyapkan dirinya manakala Nurzahirah pula bergegas berlari untuk berjumpa dengan anggota Polis bagi memberitahu bahawa dirinya telah pun selamat .

Ahmadi muncul di bawah pokok berhampiran dengan hujung landasan Airport Pantai Bayu Timur . Dia melihat ke arah sekelilingnya sambil terus meneliti persekitarannya dengan menggunakan derianya . Tidak lama kemudian , dia dapat mengesan sesuatu dari arah pantai berdekatan dan terus melenyapkan dirinya .

Pertarungan di antara golongan yang dianggap Freak sedang berlaku . Sayap Peganiex yang mewakili Kerajaan dengan Kumpulan Penculik yang masih belum diketahui akan status motifnya .

Sekumpulan kecil Pasela yang diketuai oleh Siti Khumairah yang dibantu oleh Siti Nurjannah dan Hagia Sofea bergerak dengan senyap di bahagian atas antara tempat kawasan pertarungan Sayap Peganiex dan kawasan pertempuran Siti Nursamawi .

Siti Khumairah mengarahkan kumpulannya berpecah . Kumpulan pertama yang diketuainya menuju ke kawasan pertarungan Sayap Peganiex manakala Kumpulan Kedua yang diketuai oleh Siti Nurjannah dan Hagia Sofea pula bergerak ke kawasan pertarungan Siti Nursamawi .

Kelincahan Stephen Akio Kenzo menyukarkan lawan - lawannya untuk menewaskannya . Dalam masa beberapa minit sahaja , dia telah melumpuhkan beberapa orang musuhnya dengan teknik Genjutsunya . Musuhnya telah hanyut di dalam minda mereka sendiri . Dia hanya menggunakan Kunai sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya .
Hanya kadang - kala sahaja dia menggunakan Elemen Petirnya untuk mengusik manja musuh - musuh mereka . Itu pun hanya sekadar seperti renjatan elektrik .

Maera dan Naera pula telah pun menangkap beberapa orang musuh dengan menggunakan salah satu daripada teknik tumbuhan mereka . Itu pun hanya sekadar menggunakan Anak Pokok Karnivor yang masih belum mampu untuk digunakan sebagai penyerang mahu pun pertahanan tapi , telah mampu untuk mengeluarkan bisa yang mampu melumpuhkan badan .
Oleh kerana Pokok Karnivor itu masih belum cukup matang , kadang - kala , anak - anak Pokok Karnivor yang memiliki pelbagai kepala yang mengerikan itu menggigit kepala musuh - musuh mereka .

" Diorang ni lambat sangat nak membesar . " Kata Maera dengan perlahan .

" Takpelah . " Celah Naera dengan gembira . " Macam ni baru nampak comel . "

Aivira pula telah pun menghasilkan Sarang Labah - labahnya yang melekit dan mempunyai racun yang melumpuhkan musuh - musuh mereka . Muniandy membantunya dengan menghumbankan beberapa orang daripada musuh - musuh mereka ke Sarang Labah - labah milik Aivira .

" Ai , kenapa awak tak keluarkan Labah - labah sekali ? " Tanya Muniandy . " Biar diorang ni rasa takut sangat sampai terkencing atau terberak . "

Aivira tertawa . " Awak ingat Labah - labah tu suka sangat ke nak bermain dengan orang yang diorang tak kenal ? "

" Labah - labah awak tu kenal ke ngan kitorang ? " Tanya Munaindy sambil mengangkatkan sebelah keningnya .

Siti Khumairah bersama kumpulan kecilnya hanya berdiri di bahagian atas tempat pertarungan Sayap Peganiex .

" Cik Mai , nampaknya kawasan ni dah clear . " Kata salah seorang anggota Siti Khumairah .

Siti Khumairah tidak membalas . Hanya membiarkan hati dan mindanya bersatu sementara menantikan matanya bekerja dengan memerhatikan setiap kelakuan anggota Kumpulan Sayap Peganiex yang sedang berseronok .

Sheila Asyikin menghumban musuh yang ditangkapnya ke arah Muniandy . Oleh kerana terkejut , Muniandy dengan pantas meninju wajah musuh yang dihumbannya tadi .

Siti Khumairah terjun ke bawah bersama anggota - anggotanya dengan cekap . " Dah puas ? "

Stephen Akio Kenzo memandang ke arah Siti Khumairah lalu merenjatkan lawannya dengan sedikit renjatan elektrik . " Cik Mai jangan risau . Semuanya dah ditangkap . "

" Korang memang selalu macam ni ke ... ? " Tanya Siti Khumairah dengan nada yang jelas . " Tak nampak professional langsung . "

" Kitorang bukan under goverment so .... " Balas Naera dengan lembut . " ... cara kita tak sama . Kitorang semua lebih suka dan gemarkan cara kitorang sendiri . Yang tak terikat dengan SOP yang menyekat kebolehan kitorang . Yang penting , apa yang kitorang buat tu tak mencedarakan diri sendiri , rakan - rakan yang lain dan orang awam . "

" Tapi mungkin korang dah mencederakan suspek . " Kata Siti Khumairah .

" Jangan risaulah . " Balas Aivira . " Kitorang cuma lumpuhkan diorang je . Lepas sejam lebih macam tu , diorang eloklah . "

" Cik Mai boleh bawa diorang ni sekarang . Kitorang akan ikut ke Pasela untuk melihat sendiri maklumat yang ada dalam kepala diorang ni . " Kata Sheila Asyikin .

***********************************************************************

Ahmadi bersembunyi di dalam belukar sambil derianya meneliti persekitarannya dengan teliti . Tenaga yang dia dan Sheila Asyikin kesan tadi masih ada di persekitaran tempat itu walaupun tenaga itu tidak lagi sekuat seperti yang mula - mula tadi . Jauh di dalam hatinya , dia perlu mencari siapakah pemilik tenaga itu kerana , tanggungjawab yang tergalas di atas bahunya dan bahu Sheila Asyikin tidak akan mampu terjangkau oleh fikiran Manusia dan sukar untuk di terima .
Dengan gerak yang perlahan , dia merangkak keluar dari belukar dan menghala ke sebatang pokok yang besar kerana pemilik tenaga tadi sedang menuju ke arah yang lain .

" Mana ketua korang ? " Tanya Siti Khumairah . " Dia tak ikut korang ke kali ni ? "

" Dia ada hal lain . " Balas Sheila Asyikin . " Saya yang ganti tempat dia sekarang . "

" Bangang betul ketua korang tu . " Kata Siti Khumairah sambil melihat ke arah penjenayah - penjenayah yang sedang digari .

Semua rakan Sheila Asyikin yang berada di situ memandang ke arahnya .

Rakan - rakan Sheila Asyikin tahu , Sheila Asyikin tidak suka sekiranya Ahmadi dihina di depannya . Begitu juga dengan Ahmadi dan Siti Nursamawi .

Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi saling melindungi dan saling mempertahankan di antara satu sama lain .

" Dia berikan awak tugas untuk mengawal semua ni . " Kata Siti Khumairah . " Memang lelaki tak guna . Sepatutnya , dia yang berada kat sini . "

" Cik Mai . " Kata Naera dengan perlahan . " Baik awak bawa semua diorang ni ke Pasela cepat dan tolong tarik balik kata - kata awak tadi . "

" Kenapa pula ? " Tanya Siti Khumairah . " Betullah . Ketua awak tu sepatutnya berada kat sini . Ini kes berprofile tinggi . Dasar lelaki yang tak bertanggungjawab . "

Naera berpandangan sesama rakan - rakannya dan kemudian memandang ke arah Maera . Dia tahu bahawa kalau bukan yang bercakap itu Siti Khumairah , sudah tentu penumbuk padu Sheila Ayikin akan melayang .

Sheila Asyikin hanya memandang ke arah Siti Khumairah dengan pandangan yang telah lama dia , Ahmadi dan Siti Nursamawi ada . Satu pandangan yang hanya difahami oleh mereka bertiga .

" Sampaikan pesanan ni kat ketua awak tu . " Kata Siti Khumairah dengan jelas . " Tolong professional sikit bila bekerja . Jangan nak berlagak mentang - mentang pihak Kerajaan dah bagi muka kat korang semua . "

Tersentap darah Sheila Asyikin ketika kata - kata Siti Khumairah menendang gegendang telinganya .

Siti Khumairah berjalan menghampiri Sheila Asyikin namun dia terhenti dengan tiba - tiba dan terperanjat kerana Sheila Asyikin mengeluarkan Tenaga Elemennya .

Naera dan rakan - rakannya yang lain turut terperanjat sama kerana belum pernah mereka merasakan Tenaga Elemen Sheila Asyikin yang seumpama itu .

Ahmadi yang sedang menyiasat tenaga misteri yang dia dan Sheila Asyikin kesan pada awal tadi juga merasakan akan tenaga Sheila Asyikin . " Aduyai , apa pula kali ni ? "

" Sheila ada kat sini ke ? " Bisik hati Siti Nursamawi . " Tenaga dia ni lain .

Siti Nursamawi bergerak menuju ke arah belakang dengan pantas dan tindakannya itu diekori oleh Adam dan Siti Hawa .

" Dengar sini . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . " Orang yang awak kutuk itu adalah lelaki yang saya hormat sepanjang hidup saya . Selain daripada keluarga saya , lelaki yang awak hina itu adalah merupakan sebab utama saya untuk terus gembira untuk menjalani kehidupan saya . Awak tak ada hak untuk hina dia . Dan kitorang tak pernah pun sesekali fikir yang dia menyusahkan kitorang . Awak pun adalah salah seorang yang saya hormat sampai saya mati . Jangan disebabkan hal ni , kitorang akan diburu sampai ke lubang cacing oleh penjenyah - penjenayah yang pernah kitorang sumbatkan ke penjara . "

Anggota Siti Khumairah menghalakan senjata mereka ke arah Sheila Asyikin yang tegak berdiri .

" Tutup semula tenaga awak !Jangan cuba nak mengugut kitorang dengan tenaga awak tu ! " Tangking salah seorang anggota Siti Khumairah dengan lantang .

" Kenapa awak marah sangat ? " Tanya Siti Khumairah dengan senyuman yang persis sindiran . " Bukannya saya hina korang pun . Lagi satu , apa yang awak mampu lakukan kalau peluru kitorang cium kepala awak ? "

Naera maju ke depan tapi dihalang oleh Sheila Asyikin .

" Pasal awak hina orang yang saya sayang . Awak hina lelaki yang sentiasa ada di sisi saya tak kira masa . " Jawab Sheila Asyikin dengan tenang . " Apa yang saya mampu lakukan ? Saya akan leburkan peluru dan senjata tu sekali . Macam garam yang disiram air . Kitorang bukannya tak tahu , Senjata yang Pasela gunakan adalah yang tercanggih . Memiliki tahap lebur yang tinggi . Tapi , ia mudah bagi saya . "

Siti Khumairah mengacukan senjatanya ke arah Sheila Asyikin dengan pantas .

Rakan - rakan Sheila Asyikin terperanjat dengan keadaan itu dan dalam keadaan yang mencemaskan itu , simbahan air yang muncul entah dari mana terus membasahi Siti Khumairah dan anggota Siti Khumairah .

Tidak lama selepas itu pula, Corak Elemen Salji dan Corak Elemen Air yang abstrak dan halus seninya yang bercahaya Putih , Biru dan Biru Muda mewarnai dan muncul di sekitar tempat Siti Khumairah dan anggota - anggotanya berdiri . Rantai - rantai yang pelik dan cantik dengan pantas mengikat tubuh Siti Khumairah dan semua anggota Siti Khumairah .

Menyedari akan hal itu , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea saling berpandangan .

" Apa hal ni ... ? " Tanya Ahmadi yang muncul di depan Sheila Asyikin bersama Cahaya Elemennya . " Bukan kita ni member ke ? "

Siti Khumairah hanya mendiamkan dirinya . Dalam hatinya , dia mengkagumi akan teknik yang dilancarkan oleh Ahmadi . Belum pernah dia melihat teknik Manipulasi Elemen seperti ini . Gabungan teknik paduan Elemen Salji dan Elemen Air yang sangat abstrak .

" Diorang nak sangat tahu ke mana perginya awak . " Kata Muniandy dengan tenang . Walhal dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya Ahmadi tidak muncul tadi .

Siti Nurjannah dan Hagia Sofea muncul di sisi Siti Khumairah namun belum pun sempat mereka berdua melakukan apa - apa , beberapa helai Pelepah Burung berwarna dan bercahaya Biru yang jelas kelihatan ketajamannya muncul dan terus menghala ke leher Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

Ahmadi menggaru kepalanya dan aksinya itu dilihat oleh Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

" Ada seseorang kat sini dan sedang menyorok dekat kawasan ni dan saya sedang menyiasat hal ni sekarang . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Bawa diorang ni semua ke Pasela dan selongkar kepala diorang semua . Semua rakan - rakan saya akan ikut ke Pasela sekali . "

Ahmadi melenyapkan semula tekniknya . " Saya tak tahu apa yang terjadi kat sini sebenarnya tapi , kawan saya ni bukannya suka - suka nak keluarkan tenaga dia tadi dan saya tahu , hal itu terjadi disebabkan ada di antara korang semua yang dah sentuh hal yang sangat peribadi bagi dia . Saya harap , hal ni tak berlaku lagi . Kita boleh menjalinkan hubungan kerjasama untuk jangka masa yang panjang atau , ia akan tamat di sini . "

Siti Khumairah tersenyum . " Bawa diorang ni ke Pasela sekarang . Kita akan lakukan Penyiasatan Minda Psikik . Kita lakukannya bersama Sayap Peganiex . " Dia seterusnya tersenyum ke arah semua rakan Ahmadi . " Kita akan berjumpa lagi . Jangan risau , kita akan bekerjasama untuk jangka masa yang panjang . "

Hagia Sofea dan Siti Nurjannah saling berpandangan sekali lagi .

Ahmadi berjalan menghampiri Sheila Asyikin lalu mengangkat dagu Sheila Asyikin .

" Apa yang awak nak cari ni sebenarnya ? " Tanya Siti Nurjannah . " Kita ada kes yang perlu diselesaikan tahu tak ? "

" Entahnya dia ni . " Celah Hagia Sofea . " Nasib baik kat luar tu dah clear dah . "

Siti Khumairah tersenyum sambil memandang ke arah Ahmadi dan Sheila Asyikin . Kelihatan Ahmadi mencium kepala Sheila Asyikin dengan lembut. " Diorang berdua tu adik - adik saya . "

Di sebuah pantai yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang itu , terdapat sesosok tubuh yang tidak sepatutnya berada di dalam Dunia Manusia sedang memerhatikan kawasan Lapangan Terbang Pantai Bayu Timur . " Aku dah jumpa korang . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience