Rate

BAB 59 PLOT DIRANGKA

Fantasy Series 3820

Bagaikan pertalian darah yang telah bersatu kembali , Nurzaharah dan Banshee Psikiknya saling berpelukkan .

Keadaan itu telah menyebabkan suasana menjadi sedikit hiba sehingga dada bagaikan sesak dengan pancuran air mata .


" Tunggu lama . Rindu . Sekarang . Dah jumpa ' badan ' . " Kata Banshee Psikik Nurzaharah dengan perlahan .


Nurzaharah menganggukkan kepalanya . " Sekarang . Kita dah jumpa . "


Siti Nursamawi yang saling berdakapan dengan Sheila Asyikin mengesat sedikit manik kaca pada tebing kelopak matanya .

Manakala Sheila Asyikin pula telah pun menangis dengan teresak - esak .


Begitu juga dengan Adam dan semua rakannya yang lain yang turut sama merasakan akan keadaan yang hiba itu .


Semua yang berada di situ juga turut sama tumpang gembira dengan ' perjumpaan ' yang amat menyentuh hati itu sambil , ada di kalangan mereka melafazkan kesyukuran kepada Maha Yang Menentukan Segala sesuatu .


Kecuali , Ahmadi dan Nurzahirah yang hanya membuat reaksi wajah yang semacam .


Nurzahirah mengalihkan pandangannya ke arah Banshee Psikiknya yang menangis tersedu - sedu dengan hingus yang meleleh .


" Awak dah kenapa ? " Tanya Nurzahirah dengan perlahan .


" Saya sedih . Adik dah jumpa ' badan ' dia . " Jawab Banshee Psikik Nurzahirah dengan esakan dan sedu - sedannya . " Awak tak gembira ke ? "

Dia memusingkan badannya sambil mengesat air mata dan hingusnya . Kemudian , ditudingnya Nurzahirah . " Awak ' badan ' yang jahat ! Awak langsung tak gembira dan langsung tak sedih walau sikit pun ! "


Ahmadi menghasilkan corak Banshee Psikik pada tangannya dan terus mencubit pipi Banshee Psikik Nurzahirah dengan agak kuat sehingga , kepala Banshee Psikik Nurzahirah agak terangkat sedikit .

Tindakannya itu juga telah mengakibatkan kepala Nurzahirah turut terangkat sama .


" Pakcik pun jahat ! Saya tengah sedih dan gembira tau ! " Kata Banshee Psikik Nurzahirah dengan agak kuat .

Selepas itu , dipandangnya wajah Ahmadi dan Nurzahirah bersilih ganti . " Awak dan pakcik sama je . "


" Korang berdua sama jelah . Jangan nak mengada . " Kata Ahmadi dengan nadanya yang bersahaja . " Jangan nak banyak bunyi sangat . "

Kemudian , dia memandang ke arah semua yang berada di situ dengan reaksi wajah semacamnya . " Kita tutup dulu siaran sedih ni . Kita fokus balik kat tujuan utama . "


" Tak buat makan - makan ? Baru jumpa ' badan ' . " Kata Banshee Psikik Nurzaharah dengan jelas . " Baru jumpa . Kena makan . Tak makan . Letih . "


Nurzaharah menganggukkan kepalanya sebagai tanda menyokong apa yang diperkatakan oleh Banshee Psikiknya .


" Kita tolong semua orang dulu . Lepas kita tolong . Baru kita makan . " Kata Nurzahirah dengan jelas .

Selepas itu , diletakkannya belakang tapak tangannya dan menepuk - nepuk lembut perut Ahmadi yang masih lagi membuat reaksi wajah semacamnya dengan lembut . " Pakcik bawa makanan banyak . Lepas dah tolong , Hara nak makan sampai esok pun boleh . "


" Awak jahat ! Awak tak ' seppp' . . . " Kata Banshee Psikik Nurzahirah dengan nada geram bersulamkam manja namun , dia tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Nurzahirah menumbuk perutnya dengan kuat sehingga dia terpelanting dan tercampak ke dinding sebelum dia terjatuh ke lantai dengan keadaan yang agak menakutkan .


Genggaman tumbukan Nurzahirah berasap dan mengeluarkan sedikit angin yang berhawa dingin . " Bolehkan ? "


Nurzaharah dan Banshee Psikiknya menganggukkan kepala mereka dengan agak laju sambil mengapungkan diri mereka dan terus berselindung di belakang Siti Maisarah .


Ahmadi melirikkan matanya ke arah Nurzahirah dengan reaksi wajah yang agak terperanjat .

Selepas itu , dibelainya kepala Nurzahirah . " Jangan tunjuk perangai Pakcik tu sangat . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sekumpulan makhluk bersayap kelihatan terbang membelah udara di sebalik kegelapan malam .

Membawa bersama perasaan kebencian yang menebal .


Eaglang , yang sedang berkawal dan bersembunyi di atas puncak sebatang pokok telah menyedari akan hal itu dan terus menghubungi Raqueen .


" Awak pun nampak ke ? " Tanya Raqueen dengan jelas di dalam minda Eaglang .


" Nampak . Banyak juga . Lebih daripada sembilan . " Jawab Eaglang dengan tenang .


" Kucina dan Witchie takde kat sini . Kita panggil Latiri . " Kata Raqueen dengan lembut .


" Betul . Awak hubungi dia sekarang . Cakap kat dia , ajak Hapaku sekali . " Balas Eaglang lalu dia melompat tinggi ke udara dan terus mengepakkan sayapnya yang besar dan gagah . " Lepas tu , awak jejak lokasi saya . "


" Baiklah . " Kata Raqueen dengan jelas .


Latiri yang baru sahaja habis mengajar dia Akademi Pahlawan , merebahkan badannya di atas katil lalu menggeliat dan menguap seperti seekor Kucing .

Selepas itu , dia mengambil bantalnya dan meletakkannya di atas matanya .

Kakinya yang tersilang , digoyangkannya mengikut rentak gerakkan ekornya yang meliuk - liuk .

Ketenangannya itu tiba - tiba sahaja terhenti dan selepas beberapa minit kemudian , dia bangun semula dan terus melenyapkan dirinya .


Hapaku sedang membantu isterinya di dapur sambil bergurau senda .

Turut sama di ruang itu adalah anak lelaki dan perempuan mereka yang masih kecil .


Dalam suasana yang gembira dengan gelak dan tawa itu , ketukan pada pintu telah menyebabkan suasana menjadi senyap seketika .


" Siapa pula yang ketuk pintu masa - masa macam ni ? " Tanya Hapaku dengan agak perlahan .


" Kawan abang kot . " Balas Herion dengan lembut .


Hapaku berjalan dengan sedikit pantas ke arah pintu . Dia agak terperanjat sedikit sebaik sahaja dia membuka pintu , dia terlihat Latiri berdiri di depannya .


Latiri adalah berasal daripada Puak Kirahuba . Dalam kalangan ' Spesies ' ataupun ' keluarga ' yang sama dengannya , Puak Kirahuba adalah dihormati kerana kemahiran dan keberanian mereka di dalam belantara .

Dalam kedudukan hierarki pula , Puak Kirahuba terletak pada kedudukan yang kedua selepas Puak Kirahanabi .


" Ada misi penting ke sampai awak datang ke rumah saya ni ? " Tanya Hapaku dengan tenang selepas dia bersalaman dengan Latiri .


Latiri tersenyum ketika dia terlihat Hapaku memakai apron berwarna Merah Jambu dan berbunga - bunga . " Awak pandai masak ke ? "


" Esok - esok kalau awak dah kahwin . Awak jumpa saya . Saya ajar awak cara nak bahagiakan rumah tangga . " Balas Hapaku sambil tersenyum . " Apahal awak datang ni ? "


" Ada sekumpulan makhluk bersayap terbang kat ruang udara Dunia Manusia . Raqueen hubungi saya tadi . " Jawab Latiri dengan tenang . " Dia dan Eaglang dan jejak kumpulan tu . Kucina dan Witchie takde . Jadi , diorang berdua nak awak dan saya ikut diorang . "


Hapaku mengeluh lalu menganggukkan kepalanya dan tersenyum .

Seketika kemudian , dia masuk semula ke rumah dan menutup pintu .

Dia agak terpaku selepas melihat isteri dan dua anaknya yang sedang melihat ke arahnya .


" Lepas kita makan malam , boleh ? " Tanya anak lelakinya dengan lembut.


Hapaku menganggukkan kepalanya lalu tersenyum . Senyuman yang agak tawar namun , bersulamkan rasa kesyukuran .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Stephen Akio Kenzo menekan papan kekuncinya dengan kuat lalu , dia bangun dan berjalan ke arah dinding .

Selepas itu , ditendangnya bahagian bawah dinding tadi dengan agak kuat .

Kemudian , dinding tadi terbuka dan memperlihatkan satu makmal kajian yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden dan canggih di dalam sebuah ruang yang di kelilingi dengan dinding kaca yang amat tebal .

Dia menjerit dengan kuat sambil mengangkatkan tangannya ke atas dan melentikkan badannya ke belakang dengan perasaan keterujaan yang teramat sangat .

Tiba - tiba , sebuah kerusi melayang ke arahnya dengan deras dan mencumbu wajahnya dengan padu .


" Awak dah kenapa ? ! " Tanya Hagia Sofea dengan lantang . " Sekali lagi awak menjerit macam tu , jangan nak kata rakan awak yang ada kat sini ! Didie pun takkan dapat tolong awak ! Ingat ! Ini amaran terakhir ye ! "


Tergigil - gigil Stephen Akio Kenzo cuba bangun semula sambil dia menganggukkan kepalanya .


" Dah . Dah . Jangan tengok . " Kata Orekna lalu menyuapkan makanan ke mulut anaknya .


" Awak ni pun satu . Yang awak menjerit macam Babun kena sula tu apahal ? Padan muka awak . " Kata Adam lalu dipapahnya Stephen Akio Kenzo dan mendudukkannya semula di kerusi . " Sedap tak makan kerusi ? "


" Sedaplah juga . Keras . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan perlahan sambil mengesat darah daripada hidungnya . " Tapi , kuah - kuah takde . "


Ahmadi sedang duduk di jendela sambil menghadap ke luar .

Melihat ke arah Zombie - zombie yang bergerak di dalam kepekatan malam .

Dia menghembuskan asap PODnya dengan perlahan sambil fikirannya ligat berfikir akan cara untuk keluar daripada Dinding Psikik itu dengan selamat .

Dia tidak boleh menggunakan Lingkaran Taisa kerana keadaan Tenaga Elemen Semula Jadi yang telah menyebabkan risiko menjadi terlalu tinggi .


Fateh duduk bersebelahan dengan Ahmadi lalu menyalakan rokoknya .


Nurzahirah mengagihkan makanan kepada anggota pasukannya yang sedang berkawal .

Dia dibantu oleh Rissa dan Mandy Chong Wei Tze .


" Makanan lebih takde ke ? " Tanya Siti Aisyah dengan lembut . " Sikit ni . "


" Sibuk nak makan lebih . " Balas Mandy Chong Wei Tze dengan membuat wajah yang masam . " Gemuk nanti . Bising . "


" Kasar betul layanan . " Kata Tatsumaki lalu goyangnya tangan Siti Aisyah . " Nanti Iecha cakap kat Tuan Didie . Tukar pelayan . Layanan kasar . Hospitaliti tak memuaskan . "


" Nanti Iecha cakap . " Kata Siti Aisyah dengan lembut dengan nada yang dibuat - buatnya . Persis menyindir . " Muka je lawa . Tapi kasar . "


" Dahlah tu . Bagi je kat kakak berdua tu , sama macam yang lain . " Kata Nurzahirah dengan lembut . " Esok . Kita bubuh sikit daging Zombie kat luar tu kat makanan diorang . Biar mati . Ada kawan Zombie kat luar tu nanti . " Kata Nurzahirah dengan jelas lalu dia beralih ke arah anggota pasukannya yang lain . " Jadi . Takdelah kita rasa bersalah kalau kita bunuh diorang berdua tu nanti . "


" Janganlah sentap . " Kata Siti Aisyah lalu dia dan Tatsumaki tertawa .


Siti Khumairah dan Hagia Sofea menyediakan sedikit Vitamin untuk diberikan kepada semua yang berada di situ untuk dimakan selepas makan malam .


Manakala Siti Nurjannah pula merekod segala maklumat kesihatan semua yang berada di situ .

Dia dibantu oleh Kucina dan Witchie .


" Ayah macam mana ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut sambil membantu Siti Khumairah . " Nenek Diana . "


" Sihat . Ayah macam tulah . Dengan perangai dia . Memukat . Memancing . Macam dulu juga . Menjala . " Kata Siti Khumairah dengan jelas . " Nenek Diana . Didie dan Sheilalah kawan bertengkar dia . Rara pun kadang , gaduh - gaduh manja juga . Ni , dah Pakcik Hasyim pun dah duduk semula dengan kita . Budak berempat tulah yang jadi tempat gaduh dia . "


" Larat lagi ke Nenek Diana tu ? " Tanya Siti Maisarah .


Hagia Sofea tertawa kecil . " Akak tak tengok lagi hari tu . Nenek Diana pergi tukar atap rumah . "


Siti Maisarah dan Siti Khumairah tergelak kecil .


" Kenapa tak panggil Didie je suruh ganti . Anak lelaki kot . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


" Nenek Diana lagi marah dia jangan tukar . Dia nak tukar sendiri . " Kata Siti Khumairah bersulamkan nada tawanya . " Malam tu . Nenek Diana minta urut belakang dia dengan Rara dan Sheila . "


" Didie dah merokok ke Mai ? Akak tengok berkepul asap . Korang berdua tak tegur dia ke ? " Tanya Siti Maisarah dengan nada yang lembut .


" Dulu dia merokok . Lepas saya dan Mai tegur dia cukup - cukup . Dia tukar pula pergi Rorok Elektronik tu . " Balas Hagia Sofea dengan tenang . " Selamat katanya . Entah ' tang ' mana selamatnya pun , kitorang pun tak tahu . Dah berbakul kitorang tegur Kak . Ada je alasan dia . "


" Suami Sofea merokok tak ? " Tanya Siti Maisarah lagi . " Kalau Fateh . Akak tahu lama dah . Masa Mai bertunang pun dah nampakkan . "


" Merokok juga Kak . Tu pun dah berbuih mulut tegur . " Kata Hagia Sofea dengan jujur . " Dah cakap dah . Kalau nak merokok , kat luar . Jangan dalam rumah . Busuk . "


Siti Maisarah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum . " Siapa yang hantar Rara kalau nak pergi sekolah ? "


" Didielah . Pergi balik Didie yang ambil . Kalau Didie tak dapat nak ambil . Dia balik dengan Mandy dan Iecha . " Jawab Siti Maisarah dengan lembut . " Tapi kalau dia balik dengan budak berdua tu , dia tak balik terus pergi rumah . Dia singgah kat Kedai Didie dulu . Lepas tu nanti baru diorang balik sama - sama . "


" Didie ada Kedai ke ? " Tanya Siti Maisarah dengan agak pantas . " Kedai apa dia buka ? "


" Kedai Kek Cawan . Kecil - kecil je . Kat Bandar Bayu . " Kata Hagia Sofea . " Kedai akak tulah . Kan besar kedai akak tu . Dia buka sikit . Sayang kedai akak tu . Besar . "


" Pandai ke dia buat Kek ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut .


" Bukan dia yang buat . Sheila tu yang buat semua Kek tu . " Kata Siti Khumairah dengan jelas .


" Berkongsilah . " Balas Siti Maisarah dengan lembut .


" ' Aah ' . Berkongsi . Semua hiasan kedai tu , Anak Patung tu punya Idea . Tapi , kalau menu , Didie yang tentukan . Sheilakan masak apa je jadi . Tu yang diorang buat keputusan untuk buka kedai tu . " Kata Hagia Sofea dengan lembut .


Nurzaharah duduk di atas kerusi sambil menggoyang - goyangkan kakinya .


" Tunggu Raralah tu . " Kata Hagia Sofea sambil menggerakkan kepalanya ke arah Nurzaharah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Prof . Zenderall berdiri di atas bangunan syarikatnya dengan mengenakan pakaian serba hitam dan juga topeng hitam yang hanya menampakkan bahagian matanya .

Selepas itu , dia berlari dan terus melompat ke udara .


Dari atas bangunan yang sama namun pada kawasan yang berlainan , kelihatan Linda Josephine sedang memerhatikan Prof . Zenderall dari jauh sambil berpeluk tubuh .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Hara , tak tidur lagi ke ? " Tanya Siti Khumairah dengan lembut .


" Tunggu kakak . Nak borak . " Jawab Nurzaharah dengan lembut .


Siti Maisarah hanya tersenyum sambil membelai rambut Nurzaharah . " Borak je la dengan Ummi Mai . "


" Borak apa ? " Tanya Nurzaharah dengan jelas . " Tak tahu . Bukan kakak , Ummi Mai . Kalau kakak . Hara tahu . "


" Apa - apa je . " Kata Siti Khumairah sambil tersenyum .


" Nak tanya kakak . Kalau kat rumah . Hara , mak . " Kata Nurzaharah dengan agak perlahan . " Ada baju ? "


Siti Khumairah tersenyum lalu memegang tangan Nurzaharah . " Ada . Mak pun ada . Kakak yang beli tau . "


" Beli ? Beli , apa ? " Tanya Nurzaharah lagi . " Tak faham . "


Baru sahaja Siti Khumairah hendak menjawab pertanyaan Nurzaharah , tiba - tiba sahaja Ahmadi , Nurzahirah dan Rissa muncul di jendela dengan memanjat .


Ahmadi , Nurzahirah dan Rissa terjatuh ke lantai dan terus sahaja duduk bersandar dengan melunjurkan kaki .

Mereka kelihatan tercungap - cungap dengan bermandikan peluh .

Manakala Ahmadi pula , tertawa terkekek - kekek bersama cungapannya .


Nurzahirah memukul Ahmadi dengan bawah penumbuknya dengan agak kuat dan geram . " Pakciklah ni ! Kalau Pakcik tak kentut kuat tadi , takdelah Zombie tu kejar kita ! "

" Ada ke spesies kentut , ketuk dulu kalau nak keluar ? Takdekan . " Balas Ahmadi lalu ditolaknya bahu Nurzahirah .


" Saya bersyukur sebab Tuan dah bebaskan kitorang dari pulau yang menakutkan tu . " Kata Rissa dengan jelas lalu mengelap peluh pada wajahnya . " Tapi , kadang - kadang , saya tak faham . Macam mana Tuan boleh jadi Raja kitorang dan ditakuti oleh semua musuh kita . Tuan macam orang tak siuman . "


" Yang pertama , aku kacak . Kedua , aku bijak . Ketiga , aku handal . " Balas Ahmadi dengan bersahaja .


" Dahlah ! " Kata Nurzahirah lalu dia berdiri . " Esok , kalau Pakcik buat hal lagi ! Pakcik tangkaplah sorang - sorang ! "


" Pakcik tak salahlah . " Kata Ahmadi lalu dia berdiri dan dia sempat menolak pipi Rissa dengan lembut . " Dah . Pergi ikut Cik Muda Rara . "

Selepas itu , dia berjalan menuju ke arah Air Minuman ditempatkan


" Kenapa ? " Tanya Siti Khumairah dengan lembut sebaik sahaja Nurzahirah dan Rissa duduk di sisi Nurzaharah .


" Pakciklah , buat hal . Rara dan Rissa dah elok buat perangkap untuk tangkap Zombie tadi . Boleh pula Pakcik kentut . Kuat pula tu . " Balas Nurzahirah dengan jelas . " Kena kejarlah kitorang tadi . "


Tergelak kecil Siti Maisarah dan Siti Khumairah tatkala mendengar jawapan Nurzahirah .


" Macam orang gila Rara dan Rissa lari tadi . " Kata Nurzahirah lagi . " Pakcik boleh bantai gelak masa dia berlari tadi . "


" Malang betul nasib Rissa dapat Raja yang gila . " Kata Siti Khumairah dengan lembut sambil tersenyum .


Rissa hanya tersenyum dan tertawa kecil .


" Rara dan Rissa rehat dulu ! Esok kita sambung ! " Jerit Ahmadi daripada pintu kaca makmal .


" Cik Muda , saya rehat dulu ya . " Kata Rissa dengan lembut lalu berdiri . " Esok kita sambung lagi . "


Nurzahirah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum .


Rissa merendahkan sedikit tubuhnya dan menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat .


" Kan saya dah cakap . Kalau kita berdua je . Tak perlulah hormat macam tu . " Kata Nurzahirah dengan lembut .


Rissa hanya tersenyum . " Tak boleh . Cik Muda memang dah anggap saya kawan tapi , Cik Muda Rara tetap Puteri Muda . Saya tak boleh lepasi batas tu . "


Siti Maisarah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya . Kemudian , dia mengucup kepala Rissa . " Pergi rehat dulu . Esok ada kerja . "


Rissa merendahkan kembali sedikit tubuhnya dan menundukkan kepalanya dan kemudian , dia berlalu pergi .


Nurzahirah mengeluh . " Rara tak sukalah macam ni . Kena hormat bagai . Rara bukannya siapa - siapa pun . "


Siti Maisarah memeluk bahu Nurzahirah dengan lembut . " Rara rasa , Pakcik suka tak dia kena hormat macam tu ? "


" Tak . " Pantas sahaja Nurzahirah menjawab . " Pakcik mana suka layan sangat dengan benda - benda macam ni . "


" Jadi , cuba Rara fikir . " Kata Siti Maisarah dengan lembut lalu dia sentuhnya hujung hidung Nurzahirah . " Rara rapat dengan Pakcik . Mesti Rara tahu . "


" Mesti Pakcik buat tak tahu je . Dalam hati pakcik . ' Lantaklah . Bukan aku yang suruh korang hormat aku . Korang yang nak . ' " Balas Nurzahirah lalu tersenyum . " Mesti Pakcik rasa dan fikir macam tu . "


Siti Maisarah dan Siti Khumairah tertawa kecil .


" Laparlah . Mak dah makan ke ? Ummi Mai dah makan ? " Tanya Nurzahirah dengan lembut . " Hara dah makan ke ? Ummi Sofea dah makan ? "


" Dah . Semua dah . " Kata Siti Khumairah . " Rara tak makan sekali ke dengan diorang tadi ? "


" Tengah bagi makanan tadi . Lupa nak makan . " Balas Nurzahirah lalu tersengih .


" Hara , dah makan . Tapi . Nak makan lagi . " Kata Nurzaharah dengan jelas . " Nak makan dengan kakak . "


Nurzahirah tersenyum lalu dia berlari - lari anak ke tempat Ahmadi meletakkan bagnya .

Dan disusuli oleh Nurzaharah .


" Itukan bag Pakcik . " Kata Siti Maisarah dengan jelas .


" Kak Sarah , ada ketikanya . Apa barang Didie , itu juga barang Rara . Apa barang Rara , barang Didie juga . " Balas Hagia Sofea dengan jelas . " Sheila pun tak boleh sentuh . Itu perkara pertama yang akak kena tahu . "


Nurzahirah tersenyum lalu dia memandang ke arah Nurzaharah sambil memegang dua cawan Mee Segera .


" Ini , sedap ? " Tanya Nurzaharah dengan lembut .


" Sedap sangat - sangat . " Jawab Nurzahirah sambil tersenyum lebar .


" Tu perangai korang berdua tu . " Kata Siti Maisarah dengan lembut . " Masih selalu ke makan makanan segera macam tu ? "


Siti Khumairah dan Hagia Sofea hanya tersengeh di depan Siti Maisarah .


" Apa yang kau merepek ni ? " Tanya Ahmadi yang duduk atas meja sambil berpeluk tubuh .


" Saya bukannya nak merepeklah . Mengarut pun tak . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan bersahaja .

Dia menunjuk ke dadanya sambil tersengih " Ni siapa ? "


Dengan pantas sahaja wajah Ahmadi bereaksi satu macam . " Professor . "


" Habis tu ? Kenapa awak nak bangkang cakap Professor ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .


" Aku bukannya membangkang tapi , mustahillah . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Mustahil ataupun tak . Bukti , ada kat luar tu dan , makhluk yang korang lawan siang tadi . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan tenang . " Kalau awak nak kaji sendiri pun tak ada masalah . "

Lalu , dia berjalan ke arah satu Kabinet dan mengeluarkan satu beg darah . " Macam mana ? "


" Macam mana kau boleh jumpa jawapan ni sedangkan , kau tak korek - korek lagi badan semua Zombie tu ? " Tanya Ahmadi dengan jelas . " Kau tak tengok lagikan apa yang ada kat dalam semua Zombie tu ? Macam mana kau boleh tahu , atau sebab , atau faktor yang menyebabkan semua Zombie tu , menyerang ? "


" Ni siapa ? " Tanya Stephen Akio Kenzo lalu menunjuk ke dadanya sekali lagi .


" Professor . " Jawab Ahmadi dengan bersahaja sambil matanya ternaik ke atas dan menggoyangkan kepalanya .


" Jadi ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan nadanya yang jelas .


Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo berjalan keluar dari dalam makmal itu dengan membawa sekali beberapa Bag Darah .


" Korang nak ke mana ? " Tanya Siti Nurjannah . Di belakangnya , kelihatan Siti Maisarah sedang memarahi akan Siti Khumairah , Hagia Sofea , Nurzahirah dan Nurzaharah .


Nurzahirah dan Nurzaharah hanya memandang ke bawah sambil memegang cawan Mee Segera mereka .

Kemudian , Nurzaharah memberikan cawan Mee Segeranya kepada Nurzahirah .

Nurzahirah hanya tersenyum dan tertawa kecil namun , dia kembali kaku kerana Siti Maisarah menjerkahnya .


" Nak beramah - mesra dengan jiran kita yang kat luar tu . " Balas Ahmadi dengan bersahaja .


" Dah malam kot . " Kata Siti Nurjannah dengan agak kuat .


Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo mengenakan Night Vision Google canggih pada mata mereka .


" Kejap je . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas sambil tersenyum . " Janganlah Risau . Saya jaga adik ipar kesayangan akak ni . "


Dengan pantas tangan Ahmadi melibas wajah Stephen Akio Kenzo .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Eaglang dan Raqueen bersembunyi di sebalik dahan yang lebat sambil menyatukan Elemen mereka dengan Elemen Semula Jadi .

Mereka berdua menanti akan kehadiran Latiri dan Hakupa .


Prof . Zenderall yang mengesan akan pergerakkan yang mencurigakan , bergerak dengan perlahan di sebalik dahan sambil matanya memerhatikan sasarannya .


Tidak lama kemudian , Eaglang dan Raqueen perasan ada pergerakkan pada semak dan samun di sebalik kegelapan malam .


Latiri dan Hakupa bergerak bagaikan Harimau yang sedang memerhatikan mangsanya .


Prof . Zenderall berdiri lalu , melompat ke tanah dan dapat merasakan kehadiran Tenaga Elemen yang sedang berkumpul .

Dengan tenang , dia menyatukan Elemennya dengan elemen persekitarannya dan terus melompat ke dahan sebatang pokok dan dengan pantas mengesan semula sasarannya .


" Yang Mulia , bila kita nak bunuh makhluk keparat tu ? " Tanya Makmi . Seorang Assasin dari Dunia Mitos .

Berwajah bengis dan bertubuh sasa serta berkulit berwarna Maroon . " Saya dah tak sabar nak kelar leher dia . "


" Sabar . Kita tak boleh terburu - buru . Kita kena berjaga - jaga dengan orang yang ada kat sekeliling dia . " Kata Edy dengan jelas dan tenang . " Dia dikelilingi dengan rakan - rakannya yang bukan calang - calang . Dan , Didie . "


" Betul juga apa Yang Mulia cakapkan tu . " Kata Sham dengan tenang . " Lagi satu hal , dia rapat dengan Stephen Akio Kenzo . "


" Apa yang hebat sangat dengan semua kawan dia tu ? " Tanya Lolita dengan tenang .

Juga Assasin dan Gunslinger wanita dari Dunia Mitos . " Apa yang hebat sangat dengan Stephen tu ? "


" Stephen Akio Kenzo . Puak dia yang lahirkan , tiga puak Pahlawan yang hebat kat Dunia Manusia ni . " Jawab Sham dengan jelas dan tenang . " Setiap Puak tu pula , memiliki keupayaan yang masing - masing daripada pelbagai jenis teknik . "

Selepas itu , dia mengeluh dan melihat ke arah Lolita . " Tiap satu Pahlawan daripada tiga puak tu , menguasai satu atau lebih Elemen Warna dan Cahaya dan , memiliki keupayaan mengawal satu atau lebih Elemen Gabungan . Didie pula . Awak tahu siapa . "


" Habis , tu ? " Tanya Makmi dengan tenang . " Puak Stephen tu ? Apa kelebihan dia pula ? "


" Puak Stephen . Puak dia , mampu untuk mengawal Elemen 12 Zodiak Lunar dan Yokai . Tapi , bukan semua Pahlawan daripada Pahlawan Puak dia tu , mampu untuk mengawal dan menguasai dua teknik ni . " Jelas Sham lagi dengan jelas . " Tapi , semua Pahlawan daripada Puak Stephen ni , mampu untuk menguasai apa yang dikuasai dan dimiliki oleh puak - puak yang mereka wujudkan tu . Dan teknik diorang tu , lagi kuat . "


" Kita akan guna taktik lain untuk ajar Zender . " Kata Edy dengan jelas . " Kita abaikan semua kawan dia tu dulu . Dan jangan sampai Didie tahu . Kita akan serang dia dengan gunakan apa yang ada di sekelilingnya . "


Eaglang dan Raqueen saling berpandangan manakala Latiri dan Hapaku pula , mendengar segala bait - bait perkataan apa yang sedang diperbualkan oleh Kumpulan Edy dengan teliti .


" Siapa pula Badut - badut ni ? " Bisik hati Prof . Zenderall . " Korang nak bunuh aku ke ? Aku ambil telur Dinosour jer kot . Atau , korang ni ada hajat yang lain . "


" Aku dah rancangkan sesuatu . Dia akan ditentang oleh orang kat sekeliling dia . Semua kawan dia takkan dapat tolong dia . Dengan apa cara sekali pun . " Kata Edy dengan jelas . " Korang cuma perlu cetuskan satu keadaan je dan , ambil kesempatan tu untuk bunuh dan seksa dia dengan perlahan - lahan sampai , dia mati . "


" Macam mana ? " Tanya Rohan .


Edy tersenyum lebar . Dia dan semua rakannya dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan Gajah yang sedang mencari tempat untuk berehat .


Kehadiran kawanan Gajah itu juga telah memeranjatkan Raqueen , Eaglang , Latiri , Hapaku dan juga Prof . Zenderall .


" Celaka ! " Desis hati Prof . Zenderall dengan geram kerana , Kumpulan Edy telah pun hilang daripada pandangan matanya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Seperti biasa , Matahari masih lagi memancarkan pancarannya sambil ditemani dengan angin yang berhembus lembut .


Siti Maisarah bersama dengan yang lain , kelihatan sedang menikmati sarapan mereka .

Sambil memusatkan pandangan dan pendengaran mereka ke arah Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo .


Wajah dan pakaian Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo kelihatan agak kotor sedikit .


" Maksud awak , Zombie kat luar tu mampu untuk hidu bau darah kita dan sensitif dengan bunyi . " Kata Muniandy dengan jelas dan tenang . " Macam mana awak berdua boleh tahu sedangkan , kita tak buat apa - apa kajian lagi ? "


" Dia ni siapa ? " Tanya Ahmadi sambil dia menggerakkan kepalanya ke arah Stephen Akio Kenzo yang berdiri dan bersandar pada dinding kaca Makmal .


" Professor . " Jawab Muniandy dengan agak menyampah nadanya .


" Rakan - rakan baru kita ni , dapat hidu bau darah kita dalam jarak lebih kurang dalam 21 kaki atau lebih kurang , bersamaan dengan enam atau tujuh meter jarak Zombie tu daripada kita . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Kawan - kawan kita yang busuk tu , sensitif dengan bunyi . "


" Macam Jerung pula dah . Tak pun macam Lintah atau Pacat . Boleh hidu - hidu bau darah pula . " kata Maera pula lalu menghirup minumannya . " Habis tu , apa yang ada dalam semua mayat dan bangkai tu sampai boleh ' hidup ' balik ? "


" Tiga jenis Virus zaman purba . Zaman Jurrasic . Yang digabungkan dengan dengan empat jenis Virus moden dan , sejenis Virus yang saya tak pasti . Tapi saya rasa , Kucina dan Witchie boleh bantu saya untuk kenalpasti Virus ni . " Kata Stephen Akio Kenzo lalu dia meletakkan satu alat canggih pada tapak tangannya dan kemudian , alat itu menjelmakan imej sejenis Virus tiga dimensi .


" Ini Virus Zopangus . Kat Dunia Mitos ni , ada sejenis Virus Kulat . Kalau kita dijangkiti oleh Virus ni , badan kita akan ditumbuhi dengan selaput fungus . Kalau tak dirawat dengan sebaiknya , Virus ni akan merebak ke bahagian otak dan organ pernafasan . " Kata Witchie dengan jelas . " Dan , kita akan mati . Badan kita akan jadi baja kepada Virus tu . "


" Selalunya . Virus ni ditemui pada bangkai - bangkai haiwan dan pada kawasan penempatan yang kotor yang dipenuhi dengan haiwan - haiwan perosak . " Kata Kucina pula dengan tenang . " Tapi . Saya tak pernah nampak tuan buat kajian . Bila masanya Tuan buat ? "


" Ai , dia ni siapa ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja .


" Professor . " Jawab Aivira lalu menyandar pada Kerusi dengan wajahnya berselimutkan reaksi menyampah .


Kucina dan Witchie hanya saling berpandangan lalu mengangkat kedua belah bahu mereka .


" Hipotesis saya . Virus - virus tu dah kawal otak semua musuh kita . jadi , segala pergerakkan atau tindakan diorang , dikawal sepenuhnya oleh Virus tu . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Semua data , rekod , dan segala perincian kajian pasal semua Zombie ni saya dah baca . "

Dia mengeluh lalu menepuk - nepuk lehernya . " Ada enam jenis Zombie . Tapi , hanya tiga je yang mampu berevolusi . Tiga jenis Zombie yang boleh berevolusi ni , perlukan semua jenis Nutrien yang ada pada darah Manusia dan Makhluk Mitos . "


Dahi Ahmadi berkerut sedikit sebaik sahaja dia mendengar ayat ' enam jenis Zombie ' yang dituturkan oleh Stephen Akio Kenzo .


" Didie dah kenapa ? " Tanya Hagia Sofea dengan jelas .


Ahmadi hanya menunjal - nunjal tepi dahinya dengan jari telunjuknya dengan lembut .


" Macam mana awak boleh tahu semua ni ? " Tanya Sam dengan dahinya sedikit berkerut . " Kalau ikut logik . Awak perlukan kajian untuk nak dapatkan semua kesimpulan yang awak cakapkan tadi , kan ? "


" Adam , siapa saya ? " Tanya Stephen Akio Kenzo lalu berpeluk tubuh .


" Yang bercakap ni , Stephen Akio Kenzo . Seorang Saintis dan Professor . Sekarang ni , kat Dunia Manusia . Dia ketua semua Saintis dan Professor . " Kata Adam dengan wajah yang menyampah .


" Menyampah betul saya dengar . Sekali lagi korang buat macam tu , saya lempar kerusi ni kat muka korang . " Kata Fateh dengan jelas . " Cakap je apa lagi yang awak jumpa dalam Komputer tu . "


" ' Jeles ' . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Cuma sekarang ni , saya tak tahu macam mana Virus ni merebak . "


" Witchie cakap tadi , salah satu Virus tu , sejenis Kulat . " Kata Nobenta dengan jelas dan tenang . " Jadi , mesti daripada Spora , kan ? "


" Kalau daripada Spora , kita yang ada kat dalam bangunan ni , dah lama dah mati . Sebab , Spora , bila dah tiba masa , dia akan memencarkan benih dia . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Benih - benih daripada Spora tu mesti terkeluar daripada hembusan nafas daripada hidung dan mulut . Tapi , kawan - kawan baru kita ni , dah mati . Mana boleh bernafas lagi dah . "


" Virus - virus tu tersebar melalui cecair . Tak kisahlah . Liur ke . Darah ke . Atau , lendir yang ada kat badan Zombie tu ke . " Balas Ahmadi dengan jelas .


" Kalau nak buktikan jawapan tu . Kita kena lakukan kajian . Kalau tak . Sukar nak buktikan jawapan awak tadi . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang .

Selepas itu , dipandangnya wajah Ahmadi .


" Susah apanya . Kau ada kat sini . Kau Professor kot . " Balas Ahmadi lalu ditenungnya wajah Stephen Akio Kenzo .


Setelah berselang detik Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo saling bertenung mata , Stephen Akio Kenzo menggelengkan kepalanya .


" Saya tak nak . Tak nak . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Bahaya sangat . "


" Kakak - kakak dan abang - abang ni ada kat sini . Witchie dan Kucina pun ada . Aku pasti kau selamat . " Balas Ahmadi dengan tenang .


" Korang cakap pasal apa ni ? " Tanya Ikhwan dengan jelas .


Pada masa yang sama , Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin berjalan ke jendela dan terus sahaja membuka jendela .


" ' Uish ' , Zombie - zombie tu , garang . Macam ' ghimau ' . " Kata Sheila Asyikin dengan nada manjanya . " Takut Sheila . "


" Koyak - koyaklah badan kau Steph . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas .


Ahmadi dengan segera menggenggam leher baju Stephen Akio Kenzo .


" Janganlah macam ni . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil cuba melepaskan genggaman Ahmadi pada leher bajunya .


" Awak sorang je yang ada teknik macam tu . " Kata Muniandy lalu dia berjalan menuju ke jendela . " Kita takde masa yang banyak Steph . Makin lama kita kat sini . Makin bahaya situasi yang kita akan kita hadap . Nak buat wasiat tak ? "


Aivira tersenyum lebar . " Kalau awak mati kat sini . Kitorang minta kat Pakcik Jentayu buat satu Monumen awak kat Pulau Bayu . Sebagai peringatan . "

Selepas itu , dia dan semua rakannya tertawa .


" Akak lempang juga korang ni ! Ada cakap macam tu pula ! " Herdik Siti Maisarah dengan garang .


Nurzaharah menggoyang tangan Nurzahirah dengan lembut . " Mak garang . Hara takut . Tak pernah tengok mak marah . "


" Jangan takut . Akak ada . " Balas Nurzahirah dengan lembut sambil ditepuknya dadanya dengan lembut .


" Apa yang dok bisik - bisik tu ? ! " Tanya Siti Maisarah dengan jelas .


" Rara cakap kat adik . Jangan takut . Nanti kita balik rumah . " Jawab Nurzahirah dengan jelas sambil tersenyum .


Nurzaharah memandang ke wajah Nurzahirah dan berbisik . " Kakak tipu . "


" ' Shhh ' . " Balas Nurzahirah menyuruh agar Nurzaharah diam .


" Tapi . Bahaya untuk kesihatan mental saya . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas lalu menolak Ahmadi selepas Ahmadi melepaskan leher bajunya . " Macam penderaan mental . "


" Kau jangan nak rendah diri sangat boleh tak ? Banyak bunyi pula . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Aku kenal kau bukan semalam . Dah bertahun . Aku tahu kat bahagian mana badan kau yang kena kurap dulu . "


Kata - kata Ahmadi itu disambut dengan sedikit gelak tawa yang kecil .


Siti Maisarah menggelengkan kepalanya . " Korang ni . Dah macam tak tahu nak berbahasa . "

Kemudian , dia memandang ke arah Siti Khumairah dan Hagia Sofea yang duduk di sisi kanan dan kirinya . " Korang berdua dah tak ajar Didie , Sheila dan Rara ke , macam mana akak ajar korang berdua ? Atau , korang berdua dah lupa ? "


Siti Khumairah dan Hagia Sofea hanya saling berpandangan dan hanya membisu .


" Aku tahu . Maksud kau tu . Tapi . Aku rasa . Kesan ' Genjutsu ' puak kau lagi kuat daripada efek teknik ni . " Kata Ahmadi dengan tenang .

Dipegangnya bahu Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Aku tahu kau boleh buat . Kau jangan nak buat - buat rendah diri . Kau sebenarnya nak sesuatu sebagai balasankan ? "


Stephen Akio Kenzo mengeluh lalu dia menepuk bahu Ahmadi . " Pastikan ' balasan ' tu berbaloi . " Selepas itu , dia berjalan ke arah jendela yang telah terbuka luas untuknya .


" Kau ingat aku apa ? " Tanya Ahmadi dengan jelas . " Gay ke ? "


" Saya tak cakap pun awak lelaki macam tu . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang lalu dia membuat Isyarat tangannya .

Selepas itu , letupan kecil kedengaran dan asap menjelma . Empat Klon dirinya muncul daripada sebalik asap tadi dan terus meluru ke arah bawah . " Tapi lepas awak dah putus dengan awek lesung pipit tu . Saya tak pernah nampak jalan - jalan dengan mana - mana perempuan lagi . "


" Aku tak ingat pun yang aku pernah ada perasaan atau , pernah jejakkan kaki dalam dunia macam tu . " Balas Ahmadi lalu dia memandang ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah . " Rara dan Hara sedia . Lepas ni , giliran korang berdua pula tolong pasukan kita untuk rangka strategi . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience