BAB 113 - PANGGILAN KECEMASAN

Fantasy Series 4046

Ahmadi melepaskan satu keluhan yang berat dan kemudian , dia duduk di atas dahan sebatang pokok yang tinggi menjulang ke langit dengan menjuntaikan kakinya .


Kawasan hutan diselimuti dengan Tenaga Elemen Semula Jadi yang amat kuat . Tekanan Tenaga Elemen Semula Jadi itu hampir sama dengan tekanan di tempat yang menjadi penjara Siti Maisarah dahulu ."

Namun yang membezakannya ialah , Tekanan di tempat itu dimampatkan dengan menggunakan Teknik Pemampatan Tenaga Elemen manakala di kawasan hutan yang
menjadi tempat siasatannya ini pula , sedikit berlainan .

Bagaikan semua tumbuhan yang berada dalam lingkungan 1000km daripada tempat dia bertenggek , seperti dipaksa untuk mengeluarkan Tenaga Elemen Semula Jadi sebanyak itu .


" Die . Kawasan ni pun samalah . " Kata Maera melalui alat perhubungan mereka . " Pokok - pokok kat kawasan ni . Saya sendiri pun susah nak cakap . Tapi . Semua pokok kat lingkungan kawasan ni , macam dah lumpuh . ' Perasaan ' diorang dah takde . Reaksi diorang pun macam dah mati tapi sebenarnya , masih hidup . Cuma , diorang macam dipaksa untuk keluarkan Tenaga Elemen Semula Jadi yang banyak macam ni . "


" Kau langsung tak boleh nak berinteraksi ke ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Macam awak cuba berbual dengan orang strok satu badan . " Balas Maera dengan tenang dan jelas . " Nak berinteraksi , langsung tak boleh . "

Selepas itu , dia tersengih . " Macam muka Hara . Beku . "


" Aku nak kau tarik balik ayat tu nanti sebelum aku tikam muka kau . " Kata Ahmadi dengan nadanya yang bersahaja .


Maera hanya tertawa .


" Naera , kau macam mana ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Ada Pokok Keladi Hutan kat sini . Dia dah cerita kat saya apa yang berlaku . " Kata Naera dengan lembut .

Dia yang duduk bersila di hadapan Pokok Keladi liar , kelihatan sedang bertongkat dagu dengan reaksi wajah yang bersahaja . " Tapi . Bukan maklumat yang kita naklah . "


" Kau cakap apa ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas dan lembut . " Kau ada maklumat tapi bukan maklumat yang kita nak . Maksud kau apa ? "


" Kita ada saksi kejadian dan , dia tahu apa yang terjadi kat sini tapi . . . " Balas Naera dengan tenang sambil dia membelai daun Pokok Keladi Hutan itu dengan lembut . " . . . dia tak nampak siapa pelaku . "


" Macam mana ? " Tanya Adam dengan lembut .


" Dia cakap . Semua tumbuhan dalam lingkungan kawasan yang kita siasat ni , tiba - tiba je , Tenaga Elemen diorang terkeluar dengan tiba - tiba . " Kata Naera dengan lembut dan jelas nadanya . " Dalam kuantiti yang banyak . Lepas tu , semua pokok kat kawasan lingkungan ni , jadi senyap . Tapi , tak mati . Cuma dah macam lumpuh . "


" Betul tak apa yang saya cakap tadi ? " Sampuk Maera dengan agak pantas .


" Cuba kau tanya dia . Dia ada perasan tak kot - kot ada kehadiran Elemen Tenaga Makhluk Mitos atau daripada Manusia masa kejadian tu . " Kata Ahmadi dengan tenang sambil dia menghasilkan satu bebola kecil pada atas tapak tangannya yang berwarna Biru dan Putih .


" Kejap ' ek ' . " Kata Naera lalu , Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain senyap .


Siti Nursamawi merendahkan kadar suara alat perhubungan mereka lalu dia memandang ke arah Sheila Asyikin yang duduk di sisinya di atas sebatang dahan . " Kau rasa , macam mana agaknya Naera bercakap dengan pokok tu ? "


" ' Ptam ptem putput ktok tlem tlem chong dingding aiyiiii ' " Balas Sheila Asyikin dengan bersahaja lalu dia tertawa dengan manja .


" Bodohlah kau ni . " Balas Siti Nursamawi sambil dia turut tertawa .


Rakan - Rakan Sheila Asyikin yang lain juga turut tertawa sama .


" Ni bukan mengumpat depan - depan ni . Ni mengumpat dalam telefon . " Kata Siti Hawa dengan nada tawanya .


" Lain kali kalau nak ' ngumpat ' , tutup dulu ' line ' tu . Saya dengar tau . " Kata Naera dengan lembut dengan wajah semacamnya . " ' Tecik ati itew ' tau . "

Selepas itu , dia menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Dia cakap , dia tak perasan pun . Yang dia tau , kejadian tu berlaku dengan tiba - tiba . "


Ahmadi mengeluh lalu menganggukkan kepalanya sambil dia cuba menyerap Tenaga Elemen Semula Jadi ke dalam bebola yang dihasilkannya tadi . " Cuba kau tanya lagi . Ada lagi tak pokok - pokok yang dekat - dekat dengan dia yang perasan kalau - kalau ada kehadiran tenaga asing . "


" Takde . Saya dah tanya juga tadi . Sekarang ni , dia takut sebab dia risau kalau - kalau ada sesuatu yang buruk berlaku . " Balas Naera dengan lembut .


" Pelik . Kat semua Pulau ada fenomena ni . Yang buat lagi pelik . Semua ni berlaku kat betul - betul kat kawasan tengah hutan . " Kata Adam dengan lembut .


" Ai , kau ada teknik yang kita boleh guna ? " Tanya Ahmadi dengan tenang sambil dia melihat ke arah Mutiara Elemen yang telah berjaya dihasilkannya .


" Ada . ' Balas Aivira dengan pantas .


" Buat kat sini . Sekarang . Nanti , kau hasilkan Lingkaran Taisa dan jelmakan teknik tu kat semua kawasan kejadian pelik ni kat semua Pulau . " Kata Ahmadi sambil dia melihat dengan teliti ke arah Mutiara Elemen yang berwarna Hijau yang berada di antara jari telunjuk dan ibu jarinya .

Dia berbisik di dalam hati . " Memang Tenaga Semula Jadi . Tak guna betul . Apa dah jadi kat sini sebenarnya ? "

" Apa yang kita nak buat sekarang ? " Tanya Muniandy dengan jelas .

" Kita balik dulu . Kita tunggu laporan daripada teknik Aivira . " Balas Ahmadi dengan jelas lalu memecahkan Mutiara Elemen yang dihasilkannya tadi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sementara itu , pada waktu yang sama . Nurzahirah dan Nurzaharah berada di Kem Tempur Lagenos .
Mereka mengenakan Pakaian Tempur Elemen mereka .
Di sisi mereka yang menemani mereka ialah Tatsumaki , Rissa , Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah yang juga turut menjelmakan Pakaian Tempur Elemen mereka .

Shaja terapung pada sisi Nurzahirah manakala Shaza pula terapung pada sisi Nurzaharah .

Mereka juga telah pun menjelmakan Pakaian Tempur Elemen mereka .

Mereka semua sedang meneliti peta yang memaparkan kawasan bandar dan kota serta perkampungan yang telah terjejas kerana telah dijangkiti oleh Virus yang dibawa oleh Zombie .

" Hampir semua bandar , kota dan perkampungan kecil yang ada kat kawasan kerajaan kita ni dah dijangkiti oleh Pendemik Zombie ni . " Kata Nurzahirah dengan jelas dan tenang .

" Penduduk yang dapat diselamatkan pula sikit je . " Celah Nurzaharah dengan lembut . " Suspek Pembawa Virus pula terlalu ramai . "


" Kita terpaksa buat keputusan yang akan buat kita dilihat kejam . Tapi , ia adalah satu keputusan yang terbaik untuk semua . " Kata Nurzahirah dengan lembut .


Nurzaharah melihat ke arah Nurzaharah dan dapat menebak apa yang ada dalam kepala Nurzahirah .


" Jangan tengok akak macam tu . Ini keputusan yang terpaksa dan kita dalam keadaan yang terpaksa . Lagi pun . Kita masih belum jumpa vaksin untuk kekang wabak ni daripada terus merebak . " Kata Nurzahirah dengan jelas . " Kalau tanya pakcik pun . Dia mesti buat keputusan yang sama sebab , terpaksa. "

Selepas itu , dia berdiri . " Korang semua pergi ke Kem Unit Rawatan DiRaja . Tengok keadaan kat sana . "

Kemudian , dia perlahan - lahan berjalan keluar . " Saya nak jumpa Nenda Tuanku . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Keadaan di Kem Unit Rawatan DiRaja yang diketuai oleh Kucina dan Witchie berlaku keadaan yang tidak diduga .
Beberapa Pahlawan DiRaja dan beberapa penduduk awam yang dirawat bertindak terlalu agresif dan berbahaya .

Para Perawat ada yang berlari menyelamatkan diri dan ada juga yang cuba hendak menenangkan para pesakit itu .

Seorang Doktor menjerit kesakitan kerana tangannya digigit dengan liar dan kejam .

Witchie muncul dan terus sahaja memotong dan terus menghasilkan corak penyembuhan tahap tertingginya pada tangan Doktor yang ditetaknya tadi .


Kucina pula dengan pantas memberhentikan pergerakkan kesemua pesakit itu dengan Teknik Psikiknya .

" Tangan saya . . . " Kata Doktor itu dengan nada yang sedih dan terperanjat .

" Kita ada Teknologi Mekanikal Perubatan . Saya akan jamin untuk rawatan tangan awak . " Kata Witchie dengan jelas .


Kucina mengeluh kerana , dia hanya terfikir satu jalan penyelasaian namun bukanlah satu jalan penyelesaian yang mudah untuk diterima .

Dia menghampiri ke arah Witchie yang juga menghampirinya dan berbisik akan jalan penyelesaiannya .


Witchie kelihatan tidak terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Kucina itu kerana , dia juga terfikir perkara yang sama .


" Asingkan semua yang cedera dengan mereka yang hanya mengalami kecederaan yang biasa ! Pesakit yang ada simptom Zombie pun asingkan sekarang ! Hanya mereka yang mengalami kecederaan yang biasa je yang dibenarkan dalam unit ni ! " Jerit Witchie dengan jelas dan lantang . " Tunggu arahan seterusnya daripada saya ! "

" Kita kena buat sesuatu untuk halang Pendemik ni semakin merebak . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan lembut . "

" Masalahnya sekarang . Kita tak tahu mana satu Pembawa Virus tu . " Kata Tatsumaki dengan jelas . " Jumlah suspek Pembawa Pendemik terlalu ramai . Mustahil untuk Petugas Kesihatan nak periksa semua . "

" Tapi itu je jalan yang kita ada . " Kata Rissa pula dengan lembut .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Okey . Saya faham dah pasal Sayap Peganiex . Sekarang ni , saya nak tahu . Apa kerja kita kat Dunia Mitos . " Kata Santos dengan jelas dan tenang .

" Sama macam kat sini . " Balas Adam dengan jelas . " Beza dia . Kat sana , mungkin awak kena berperang guna apa yang awak ada . "

" Maksud awak ? " Tanya Santos .

" Nak tak nak . Kau kena paksa diri untuk belajar macam mana nak guna Teknik Elemen yang ada pada diri kau tu . " Kata Ahmadi dengan bersahaja .

" Tapi korang tak ajar saya lagi macam mana nak keluarkan Tenaga Elemen saya tu . " Kata Santos dengan nada yang tenang .

" Itu perkara senang . " Kata Ratni dengan jelas sambil tersenyum . " Kitorang akan bawa awak keluar untuk buat siasatan . Nanti sambil - sambil tu , kitorang ajar awak . "

" Baik . Saya faham . " Kata Santos dengan tenang dan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Cucunda , apakah cucunda telah mengkhabarkan akan buah fikiran cucunda ini kepada Raja Pawana ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

" Belum lagi Nenda Permaisuri . Cucunda ingin perkenan nenda sebelum cucunda mengkhabarkan cernaaan fikiran cucunda ini kepada Raja Pawana . " Balas Nurzahirah dengan jelas .

" Buah fikiran cucunda itu , adalah kerana kita dan rakan sekutu belum lagi menemui akan cara untuk mengekang akan wabak yang dahsyat ini . Namun , cara ini terlalu berat untuk dilaksanakan akan kerana , ia akan memberikan tamparan hebat buat kita dan akan sukar untuk diterima oleh rakyat jelata . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas . " Namun demikian , jika tidak dilaksanakan dengan segera pula , risiko yang akan kita dan rakyat jelata tanggung , juga sama besar risikonya . "

" Kerana itulah , cucunda berasa , hanya ini sahajalah cara yang kita ada untuk menghalang wabak ini daripada terus merebak . " Kata Nurzahirah dengan lembut . " Kita tidak tahu akan kebarangkalian yang kita hadapai sekiranya , mereka yang tercedera dek kerana diserang dan bertempur dengan semua Zombie itu dikumpulkan sekali bersama dengan mereka yang hanya mengalami kecederaan yang ringan . "


" Pergilah cucunda ke pasukan kita semula . Awasi setiap keadaan . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Nenda akan memanggil Raja Pawana untuk mengkhabarkan akan hal ini kepadanya . "


" Cucunda menjunjung titahnya Nenda Permaisuri . " Kata Nurzahirah dengan jelas lalu , dia berundur beberapa langkah ke belakang dan kemudian , melangkah keluar daripada Kamar Cerna .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi merebahkan tubuhnya di atas sofa panjang dan berbantalkan peha Hagia Sofea dan kemudiannya melepaskan satu keluhan .


" Berat je masalah . " Kata Hagia Sofea dengan lembut .


" Biasalah . Tak habis satu , satu . " Balas Ahmadi tenang . " Mana pandai habis . Mana semua orang ? "


" Yang lelaki , ayah bawa pergi ke Balai Raya . Ada mesyuarat katanya . " Jawab Hagia Sofea dengan jelas . " Kakak - kakak sayang ada kat dapur . "


" Akak buat apa pula ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja . " ' Ngelat ' ? "


" Banyaklah . Akak baru je habis kemas rumah . " Kata Hagia Sofea dengan lembut .

" Dua beradik nilah . Sempat lagi beromantika de amor . " Kata Siti Maisarah sambil tersenyum dan terus sahaja duduk .

" Takpelah . Selalu tu peha Mai je yang jadi bantal . Sekali - sekala biarlah Sofea pula . " Celah Siti Khumairah lalu duduk di sisi Siti Maisarah .

" Nampak dua hantu tu nanti , cemburu lagi . " Kata Siti Nurjannah pula sambil tersenyum .

" Takpelah kalau diorang cemburu pun . Adik ' kut ' . " Balas Hagia Sofea dengan lembut lalu dibelainya kepala Ahmadi yang berkelakuan seperti bayi dengan tiba - tiba . " Nanti akak bagi ' cucu ' ye . Nak ' cucu ' tak ? "

" Nak ' cucu ' . Nak ' cucu ganttt . . . ' Ahmadi tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana Hagia Sofea menekup mulutnya .

" Jangan cakap . Nanti kakak - kakak sayang ' jeles ' . " Kata Hagia Sofea dengn nada yang bergurau .

Siti Khumairah dan Siti Nurjannah tertawa dengan serentak .

" Takde masa nak ' jeles . " Kata Siti Maisarah sambil tertawa kecil .

" Entahnya . Kita punya lagi besar . " Kata Siti Nurjannah pula .

' Pak ! Pak ! Pak ! Pak ' ! " Bunyi tamparan empat das kedengaran .

" Nak lagi ? " Tanya Siti Maisarah dengan jelas . " Merapu . Dah besar ' kut ' "

Ahmadi , Hagia Sofea , Siti Khumairah dan Siti Nurjannah menggosok - gosok pipi mereka .

" Nak ' join ' ! Nak ' join ' ! " Jerit Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan manja dan serentak sambil melompat ke arah Siti Khumairah dan Siti Nurjannah .

Siti Khumairah dan Siti Nurjannah menolak Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi ke arah Hagia Sofea dan Ahmadi .

Sedikit menjerit Hagia Sofea kerana dihempap oleh Siti Nursamawi sementara Ahmadi pula ternganga kerana Sheila Asyikin jatuh di atas perutnya .

Pada ketika itulah , corak berjalur unik muncul dan bersinar pada tangan kanan Ahmadi .
Corak itu amat unik dan amat abstrak ukiran dan lingkaranya .

Ahmadi yang melihat akan corak itu sedikit terperanjat kerana , amatlah jarang Permaisuri Fiirapi memanggilnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience