Dyrad merenung ke depan . Dia tersengih apabila melihat kepala tahanan tadi , meletup dan pecah berderai .
Dia kemudiannya, tiba - tiba sahaja tersenyum manis dan dengan pantas , dia menyelesaikan urusannya di situ dan terus sahaja mengubahkan dirinya menjadi puluhan Burung Raven dan Gagak kerana , Nurzahirah dan Nurzaharah dapat mengesan akan kehadirannya di situ .
Panglima Tallat terperanjat kerana mata Pedangnya hanya dapat memotong udara dan akhirnya , mata Pedangnya itu , terlekat di atas tanah .
Puan Fiinura tersenyum . Senyuman kesyukuran bersulamkan kelegaan melihat keadaan yang telah berlaku di hadapannya .
Aqilah juga terperanjat kerana , dia didukung oleh Aivira yang sedang merenung tajam ke arah Panglima Tallat .
Para Pahlawan Aexrieca yang berada di situ juga , merasa kagum melihat kepantasan Aivira menyelamatkan Aqilah .
Kepantasan Aivira menyelamatkan Aqilah sebentar tadi , seperti kelibat Petir di udara .
Berlaku dengan amat pantas .
Aivira menurunkan Aqilah . " Dah . Pergi rehat . Biar abang uruskan mangkuk ni . "
" Tapi . . . " Kata Aqilah namun , dia terhenti kerana Aivira mula melangkah ke depan .
" Takde nak tapi - tapi . " Kata Aivira dengan tenang sambil melangkah . Matanya tajam merenung ke arah Panglima Tallat yang turut merenung tajam ke arahnya . " Abang dah ada kat sini . Biar abang yang uruskan . "
Aqilah menganggukkan kepalanya dan dengan perlahan - lahan , dia berubah kembali kepada Mode Hybrid Aexriecanya .
Aivira telah berdiri berdepan dengan Panglima Tallat .
Dia kelihatan telah pun bersedia .
" Kau tak ada beza dengan Aqilah . Hybrid macam korang . Cuma sampah . " Kata Panglima Tallat dengan jelas . " Makhluk Mitos tak sepatutnya ada perhubungan dengan Manusia . Pertalian darah yang Jijik dan kotor . "
" Otak awak sakit . Ada darah kotor . " Kata Aivira dengan jelas . " Awak nak jumpa Doktor atau , nak sampah yang berdiri kat depan awak ni , keluarkan darah tu ikut mulut awak ? Nak keluarkan darah kotor tu daripada hidung awak pun boleh . Takde masalah . Saya pakar dalam bidang tu . "
Panglima Tallat tertawa . " Jangan cakap besar . Hingus kau hijau lagi . "
Aivira tersengih . " Hingus hijau tu , antibodi untuk awak . Nak rasa ? "
Selepas itu , dia tersenyum . " Kalau dengan perempuan , bolehlah awak tunjuk kuat . Kalau betul awak kuat sangat , marilah . Potong kepala saya kalau awak mampu . Kalau tengok daripada muka , awak cuma orang tua yang cemburu je . Ke , awak tak kahwin lagi ? "
Panglima Tallat sedikit rasa tercabar dengan kata - kata yang dilontarkan oleh Aivira .
Aivira mengangkatkan penumbuk kanannya ke arah Panglima Tallat sambil tersenyum . " Nak rasa tumbukan sampah ? "
Panglima Tallat meluru ke arah Aivira dengan kelajuan yang amat pantas .
Dengan tenang , Aivira menangkap bilah Pedang Panglima Tallat dengan kedua belah tapak tangannya .
Dan kemudian dipatahkannya bilah Pedang itu dan seterusnya , dia berpusing dan menyiku wajah Panglima Tallat dengan padu .
Tidak terhenti setakat itu , dia meninju hidung Panglima Tallat dan kemudian , disepaknya perut Panglima Tallat dengan kuat sehingga menyebabkan , Panglima Tallat terseret beberapa meter ke belakang .
Panglima Tallat terlutut ke tanah dengan darah pekat mengalir daripada mulutnya .
Dengan perlahan - lahan , dia memandang ke arah Aivira dengan hidungnya juga turut mengalirkan darahnya yang segar .
Semua Pahlawan Aexrieca termasuklah Puan Fiinura dan Aqilah , terperanjat melihat kepantasan Aivira melakukan serangan tadi kerana , serangan Aivira tadi amat pantas .
Panglima Tallat berdiri dan menghasilkan sebilah Pedang Elemen .
Dia yang berada dalam Mode Tempur Aexrieca , meningkatkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang bersulamkan Tenaga Elemen Kegelapan .
Aivira berdiri dengan tenang dan bersedia untuk bertarung .
Panglima Tallat berlari ke arah Aivira dengan pantas sambil berteriak mengeluarkan suara Pahlawan Aexriecanya yang amat menakutkan .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mangsa - mangsa culik dibelenggu kerisauan dan kebimbangan .
Mereka di bawa ke dalam sebuah Stadium yang amat besar .
Semua mereka dikumpulkan di tengah - tengah padang .
Dengan kasar , Edy menarik seorang Jurukamera ke arahnya . " Aku nak . Kau arahkan semua krew kau , rakam semua . "
Jurukamera itu yang dipicit dengan ketakutan , hanya mampu menganggukkan kepalanya .
Jauh di sudut Stadium itu , mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya , telah diperhatikan oleh Putih .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ahmadi duduk bercangkung di atas sebuah bangunan .
Mindanya serabut memikirkan akan kenapa kerajaannya diserang .
Dia masih tidak dapat mencari jawapan untuk soalannya .
" Bahaya sangat ke Gabungan Kerajaan Bersekutu ni ? " Bisik hatinya .
Siapakah pengganti sebenar Akham Nessela walaupun , dia dan rakan - rakannya telah sependapat bahawa , antara Edy dan Prof . Zenderall , hanya Prof . Zenderall sahaja yang memiliki kemahiran yang sesuai untuk dipadankan dengan situasi yang kini mereka hadapi .
Ahmadi melihat ke arah kirinya kerana , Nurzahirah dan Nurzaharah sedang terbang menghampirinya .
" Pakcik , pakcik . " Kata Nurzahirah dengan lembut namun , agak pantas .
" Apahal ? Nak terberak ke ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja .
" Lempang ' kang ' , ' hah ' . " Balas Nurzaharah dengan wajah masam manjanya sambil mengagah hendak menampar wajah Ahmadi .
Ahmadi hanya tersenyum . " Berani ke nak lempang ? Sanggup ke ? Sampai hati ? "
Selepas itu dia memejamkan matanya dan berpeluk tubuh . " Mana sampai hatikan . Yelah . Pakcikkan buah hati Intan Payung kesayangan korang . "
Nurzaharah mencubit pipi Ahmadi dengan agak kuat . " Dengar dulu boleh ? "
Ahmadi membuka matanya dalam keadaan pipinya masih lagi dicubit . " Apahal ? "
" Kakak Seksi ada kat luar kawasan kerajaan kita ni . " Kata Nurzaharah dengan jelas dengan warna mata kirinya yang berkilau dan bersinar .
Ahmadi melepaskan cubitan Nurzaharah lalu dengan pantas ditariknya telinga Nurzahirah dan Nurzaharah .
" Apasal korang tak cakap awal - awal ? " Tanya Ahmadi dengan pantas .
" Yang pakcik ' dok ' merapu sasau tadi tu apahal ? " Tanya Nurzahirah dengan manja sambil menggosok - gosok telinganya .
Aivira menepis dan mengelak semua serangan yang dilancarkan oleh Panglima Tallat yang buas dan liar .
Matanya membaca semua pergerakkan yang dilakukan oleh lawannya itu .
Ketika sedang mengelak dan menepis itu , dia terlihat satu ruang terbuka dan terus merampasnya dengan menyerang leher Panglima Tallat dan kemudian ditendangnya dada lawannya itu dengan kuat dan padu .
Dia menyertakan sekali teknik serangan kegemarannya . Yang hanya dia sendiri yang mengetahuinya .
Panglima Tallat terundur ke belakang dan dengan segera menstabilkan semula posisi dan kedudukannya .
Aivira masih lagi dalam posisi ketika mana dia membuat tendangan tadi .
" Mak , kenapa abang tak berubah ? " Tanya Aqilah dengan lembut .
" Manalah mak tahu . " Balas Puan Fiinura dengan jelas .
Aivira berdiri dalam postur bersedia semula . Ada sesuatu yang sedang bermain rancak dalam kepalanya .
Semua tepisan dan serangan yang dilakukannya , disertakannya sekali dengan salah satu teknik kegemarannya ketika dia di dalam Sayap Peganiex .
Tekniknya yang berubah serangan Labah - labah kecil yang sepatutnya , menghantar maklumat kepadanya .
Maklumat berupa keadaan kekuatan Gelombang Tekanan Elemen Warna dan Cahaya seseorang .
Namun apa yang sedang mengganggu fikirannya , tekniknya itu bagaikan tidak berapa berkesan .
Kerana , maklumat yang dapat dicerna oleh derianya yang sensitif , tidak lengkap . Seperti gelombang Frekuensi Radio yang tiba - tiba sahaja terputus .
Matanya memerhatikan lawannya yang menatap tajam ke arahnya .
" Kau akan mati kat sini ! " Jerit Panglima Tallat dengan garang .
" Mesti ada sesuatu yang berlaku kat Gelombang Tenaga Elemen orang tua ni . Labah - labah kenit saya tu , macam dah mati . " Bisik Aivira di dalam hatinya . " Nampak gayanya , kena buat cara yang lain . "
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi berlari di kawasan pusat rekreasi .
" Korang berdua , pastikan kawasan kota kita dalam keadaan yang selamat . " Kata Ahmadi yang bergema di dalam minda Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi . " Arahkan kat diorang untuk berpecah dan lakukan perkara
yang sama . "
" Abang nak ke mana ? " Tanya Sheila Asyikin dengan jelas .
" Ada hal sikit dengan Rara dan Hara . " Balas Ahmadi dengan pantas . " Lepas korang semua dah pastikan keadaan memang betul - betul selamat . Pergi ke tempat Ai . "
Ahmadi memutuskan perhubungan Telepatinya dan terus sahaja terbang melayang bersama dengan Nurzahirah dan Nurzaharah .
Kelihatan Permaisuri Fiirapi yang lengkap dengan Pakaian Tempur DiRaja sedang berlari dari kawasan Istana dengan pantas menuju ke kawasan kota bersama dengan Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah .
Mereka melakukan imbasan Psikik yang pantas pada skala yang amat besar dan serentak .
Aivira menghembuskan nafasnya dengan perlahan - lahan sambil menjelmakan Sebilah Pedang Elemennya yang amat unik bilahnya .
Bilah Pedang Elemennya itu memilik corak berjalur pelik . Seperti corak gelombang frekuensi .
Panglima Tallat meluru ke arah Aivira dengan pantas dan begitu juga dengan Aivira .
Pertembungan Senjata antara dua Pahlawan itu telah menghasilkan satu gelombang Letusan Tenaga Elemen yang agak kuat .
Aivira memulakan pertarungannya dengan melibas dan menghayun senjatanya dengan pergerakkan yang kemas .
Ada sesuatu yang ingin diketahuinya . Sesuatu yang telah sedikit mengganggu akan fikirannya .
Panglima Tallat menggunakan segala kepakaran dan pengalamannya untuk bertarung dengan Aivira .
Serangannya amat keras dan bersulamkan kekuatan gelombang yang menjadi tanda tanya kepada Aivira .
Aivira pula , acap kali bilah senjatanya berlaga dengan bilah senjata lawannya , dia mencerna segala maklumat yang diperolehnya melalui corak frekuensi unik pada bilah senjatnya .
" Ini sebabnya kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya orang tua ni pelik . Ada unsur Gelombang Elemen Asing pada elemen dia . "
Bisik hati Aivira sebaik sahaja dia dapat mengetahui akan jawapan kepada persoalannya tadi . " Bodoh . Bukan semua dapat serasikan Gelombang Elemen sendiri dengan Gelombang Elemen Asing . "
Dia meningkatkan kepantasan serangannya .
Dengan sekali elak , dia menampar wajah Panglima Tallat dengan bilah Pedang Elemennya dengan sekuat hatinya .
Panglima Tallat terteleng buat seketika lalu dengan pantas , dia menoleh semua ke arah Aivira dan dia mengangakan mulutnya dengan seluas - luasnya lalu , bebola tenaga yang menggerunkan dan berjalur corak yang amat menakutkan terhasil dan terus sahaja dilancarkan kepada Aivira dengan pantas .
Aivira dengan pergerakkan yang pantas , dia menepis bebola tenaga itu ke arah atas sebelah belakangnya sambil melihat ke arah ke mana bebola tenaga itu menuju .
Dia mengecilkan sedikit matanya kerana dia terlihat kelibat tiga orang sedang melayang ke arahnya .
Sehala dan selari dengan kedudukan bebola tenaga itu .
Nurzahirah dengan pantas , ditendangnya bebola tenaga tadi dengan sekuat hatinya .
Bebola Tenaga yang dilancarkan oleh Panglima Tallat tadi menghala semula ka arah Panglima Tallat dengan pantas .
Aivira merendahkan tubuhnya dengan mencangkung sambil meletakkan kedua belah tangannya di atas kepalanya dengan Senjata Elemennya masih lagi berada dalam genggamannya .
Satu letupan yang amat besar dan kuat terhasil sebaik sahaja Bebola Tenaga itu mencumbu tubuh Panglima Tallat .
Aivira pula dengan bersahaja , dia berjalan dengan agak pantas seperti Itik dengan kedua tangannya masih lagi berada di atas kepalanya .
Selepas dia berasa kedudukannya berada dalam jarak yang selamat , dia berdiri semula sambil melihat ke arah letupan tadi yang kini dikelilingi oleh asap dan debu .
Ahmadi , Nurzahirah dan Nurzaharah mendarat di hadapan Aivira dan terus sahaja lari ke hadapan dengan pantas .
Nurzahirah dan Nurzaharah melibaskan tangan mereka lalu , asap tadi hilang ditendang angin .
Ahmadi yang berada selari dengan kedudukan Panglima Tallat yang sedang berusaha untuk berdiri semula , memijak kepala Panglima Tallat menyebabkan Panglima Tallat terbaring semula .
" Semoga berjaya Ai ! " Jerit Ahmadi sambil dia terus berlari menuju ke arah destinasinya bersama dengan Nurzahirah dan Nurzaharah .
" Saya pun sayangkan awak juga ! " Jerit Aivira kembali .
Panglima Tallat berdiri semula dengan wajah dan tubuhnya yang berlumuran darah .
Mode Tempur Aexriecanya kelihatan amat menggerunkan dalam keadaan yang sebegitu .
Aivira melenyapkan Senjata Elemennya dan kembali bersedia .
Panglima Tallat mengeluarkan Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya yang bersulamkan dengan Gelombang Elemen Kegelapan .
Pada bahagian dada Mode Tempur Aexriecanya , terhasil satu corak yang menggerunkan yang mencorakkan simbol kedaulatan Kerajaan Darkhtala .
Pada kedua belah tangannya sehingga ke paras siku , juga turut memiliki corak kegelapan yang menakutkan .
Perlahan - lahan Mode Temour Aexriecanya berubah menjadi lebih menakutkan .
Semua Pahlawan Aexrieca yang berada di situ , terperanjat melihat perubahan Panglima Tallat itu .
Perubahan pada Mode Tempur Panglima Tallat itu jelas tidak lagi seperti Mode Tempur Aexrieca yang biasa .
Ahmadi , Nurzahirah dan Nurzaharah berhenti di hadapan kaki hutan yang agak tebal .
" Kat sini ke ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .
" Kat depan tu . Yang kat pokok yang ada tiga dahan tu . " Balas Nurzaharah dengan lembut .
" Jaga pakcik . " Kata Ahmadi lalu dia perlahan - lahan berjalan meredah semak dan samun .
Nurzahirah dan Nurzaharah menghasilkan Tali Psikik pada pinggang Ahmadi .
Tali Psikik itu kelihatan seperti Rama - rama berwarna Merah dan Biru yang bersambung .
" Tak ada tali lain ke yang korang boleh buat ? " Tanya Ahmadi sambil dia terus berjalan .
" Dah orang tolong , banyak bunyi pula . Cepatlah siasat . " Kata Nurzahirah dengan nada yang bersahaja . " Apa yang Kak Dyrad tu buat kat sini . "
" Itu cara bercakap pakciklah . Janganlah tiru . " Kata Ahmadi dengan tenang .
" Pakcikkan cermin kitorang . " Kata Nurzaharah pula dengan tenang dengan wajah kakunya . " Memanglah sama . "
Permaisuri Fiirapi bersama dengan Puteri - puterinya tiba di kawasan yang terletak pada tengah - tengah kawasan Kerajaan Lagenos .
Mereka dengan serentak , menghasilkan satu corak yang amat unik dan abstrak pada kawasan mereka berdiri dan membesarkannya meliputi semua kawasan kerajaan itu .
Mereka melakukan Imbasan Psikik dengan kelajuan yang amat pantas untuk mengesan dan ' melihat ' serta meneliti segala pergerakkan dan Gelombang Minda yang mencurigakan .
Share this novel