Rate

BAB 55 PERTALIAN PSIKIK KEMBAR BANSHEE

Fantasy Series 3820

Takbir Raya bergema memecah ketenangan alam maya . Hamba - hamba Maha Pencipta memuji dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmat yang diberikan .

KepadaNya segala pujian . Tuhan semesta alam . Yang Maha Esa . Tuhan yang satu .


Selesai menyelesaikan Sembahyang Raya , semua muslimin dan muslimat pulang ke rumah masing - masing selepas mereka mengucapkan ucapan raya kepada sahabat - handai serta saling jemput - menjemput antara mereka .


Kelihatan Ahmadi dan Siti Khumairah sedang menyalam tangan Pendekar Bayu dengan tangisan yang teresak - esak .

Pendekar Bayu juga menangis dengan hingus yang meleleh . Bahunya terangkat - angkat mengikut esak tangisnya .


Selepas itu , kelihatan pula Sheila Asyikin mengucup tangan Pendekar Bara .

Cara dia memohon maaf yang bercampur dengan reaksi wajah manja kebudak - budakkannya tidak ubah bagaikan remaja yang duduk di bangku persekolahan .

Sama seperti yang lain . Siti Nursamawi dan Siti Nurjannah juga mengucup tangan Dr . Hasyim dan Puan Maryam .

Siti Nursamawi meraung dengan hingus yang meleleh sambil dilihat oleh Siti Nurjannah yang berselimutkan wajah yang semacam .


Kemudian , kelihatan juga Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea saling memohon kemaafan dengan suami masing - masing .


Selepas itu , giliran Khalid dan Ikhwan bersama isteri masing - masing pula memohon segala kemaafan dengan mengucup tangan Pendekar Bayu , Pendekar Bara dan Dr . Hasyim .


Nurzahirah memeluk Siti Khumairah selepas memohon segala salah dan silap . Dia semakin gembira tatkala Fateh dan Siti Khumairah memberikannya Duit Raya .


Nenek Diana pula kelihatan sedang merajuk sambil berdiri di jendela dan dikelilingi oleh Pendekar Bayu dan ahli keluarganya yang lain yang hendak menyalam dan saling bermaafan .


Suasana di Pulau yang menjadi tempat tinggal Rissa juga tidak kurang meriahnya .

Semua rumah yang berada di Pulau itu dihiasi dengan pelbagai hiasan Aidilftri yang beraneka warna .


Kelihatan Rissa sedang mengucup tangan Rasta dan Ragi . Senyuman lebar jelas terukir pada wajah mereka .

Maklumlah . Ini adalah merupakan kali pertama mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang dan sempurna .


" Lepas ni . Kita pergi rumah Atuk Oua . Kita bawa makanan sikit . " Kata Ragi dengan lembut .


Rissa menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang menghiasi wajahnya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Diorang langsung tak cakap ke diorang pergi mana ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .

Dia yang berbaju Biru dan berseluar Jeans Hitam sedang membelah lemang di dapur .

Selepas itu , dia turun ke bawah melalui pintu dapur .


" Takde . Diorang berdua cuma cakap . Nak buat rondaan kat luar tanah jajahan tapi , tak dekat dengan kawasan tanah jajahan musuh . " Jawab Paquine yang sedang makan Buah Betik manakala Merowran pula , makan Buah Rambutan .


" Korang makanlah . Rendang . Ketupat . Lemang . Pulut . Apa makan buah je . " Kata Mak Teh Sanggul dengan lembut . " Tu Mee Goreng tu . Sedap tu . Mak Teh yang masak . "


Putih tersipu - sipu malu . " Kitorang tak biasa . "


Paquine dan Merowran juga turut tersenyum malu .


" Apa nak dimalukan ' haish ' . Korang bertiga tetamu . Makan je . " Kata Puan Maryam pula .


Ahmadi naik ke dapur semula dengan membawa sedikit rumput yang selalu diberikan kepada Kuda . " Diorang tak biasa makan makanan macam tu . "
Selepas itu , dia membuka pula Peti ais dan mengambil beberapa biji Epal dan Lobak .
Kemudian , diletakkannya di hadapan Putih . " Diorang ni . Istimewa sikit . "

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea bersama suami mereka hanya melihat Ahmadi memberikan rumput dan buah - buahan tadi kepada Putih dengan tidak tahu hendak bereaksi bagaimana .

" Kat mana Didie ambil rumput tu ? " Tanya Khalid dengan nadanya yang agak perlahan .

" Ada tumbuh liar kat belakang tu . " Balas Ahmadi lalu duduk di kerusi .

Terdengar ada sedikit keluhan .

" Jadi . Diorang berdua , dah hilanglah . " Kata Siti Nursamawi yang tersengih melihat Putih memakan rumput tadi .

" Kitorang rasa macam tulah . " Kata Paquine .

" Kat mana korang nak mulakan pencarian ? " Tanya Mak Teh Sanggul pula dengan tenang sambil matanya melekat pada Putih yang berselera memakan potongan - potongan rumput .

" Kitorang nak mula dari tempat diorang mulakan kawasan rondaan diorang . " Jawab Merowran dengan lembut . " Satu kawasan perkampungan terpencil . 77km dari kawasan perbatasan sempadan sebelah timur Kerajaan Lagenos .


" Kawasan tu , area Perkampuangan Puak Gasar , Puak Native dan Kanibal . " Kata Sheila Asyikin dengan manja . " Tapi . Takkan diorang berdua dah kena makan dekat sana ? "


" Mustahil diorang dah jadi lauk kat sana . Diorang bukannya tak reti nak pertahankan diri diorang . " Kata Ahmadi selepas dia meneguk air . " Mesti ada sesuatu yang tak elok dah berlaku kat luar sempadan tu . Ataupun kawasan yang berhampiran dengan kawasan tu . Kalau tak . Mesti diorang berdua hantar lokasi diorang kat mana . "


Tidak lama selepas itu , Aivira dan rakan - rakan Ahmadi yang lain tiba .


" Assalammualaikum . " Terdengar suara Adam memberi salam .


" Masuklah . Kat dapur ! " Jerit Siti Nursamawi dengan agak lantang .


" ' Wah ' . Meriah . Sampai Putih pun datang . " Kata Aqilah lalu dia duduk di sisi Siti Nursamawi .


" Apa kes ? " Tanya Maera .


" Aku kena pergi ke Dunia Mitos . Kucina dan Witchie dah hilang . Aku kena pergi ke sana cari diorang . " Kata Ahmadi dengan jelas tenang . " Sheila dan Siti akan ganti tempat aku kat sini . Apa - apa hal . Cakap je kat diorang . "


" Takde masalah . 'Uishh ' . Raya ke berapa dah ni . Lemang dan Ketupat ada lagi. Memang mentekedarahlah saya hari ni . " Kata Adam dengan pantas sambil dia mengambil lemang dan rendang . " Tapi . Tak apa - apa ke awak seorang je yang cari diorang ? . "


" Aku nak buat risikan sekali . Jadi . Cukup aku sorang . Tak payah ramai - ramai . Kalau aku nak bantuan . Aku hantar pesanan kat Sheila atau Siti nanti . " Jawab Ahmadi dengan jelas dan tenang . Namun ada sedikit perubahan pada nada suaranya.


" Didie boleh buat ke ? " Tanya Nenek Diana dengan jelas dan tenang . " Bukan semua kelas Pahlawan boleh buat risikan . Lebih - lebih lagi untuk menyelinap masuk ke kawasan musuh . "


Ahmadi tersengih . " Bolehlah . Jangan risau . Pasal tu Didie tak nak ramai - ramai . "


" Kalau kau dah cakap macam tu . Kitorang ikut je . Tapi . Kalau ada apa - apa masalah . Minta bantuan . Jangan pula kau dok layan sorang - sorang . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas .


Pendekar Bayu , Pendekar Bara dan Dr . Hasyim naik ke dapur melalui pintu belakang .


" Siapa yang ajar korang berkumpul kat dapur masa raya ni ? " Tanya Dr . Hasyim dengan bersahaja . " Besar ruang tamu kat depan tu . Kat tempat sempit ni juga tempat korang berkumpul . "


Pendekar Bara terlihat rumput , Lobak dan Epal di hadapan Putih . " Awak makan rumput ke ? "


Pendekar Bayu tersengih . " Kalau kau nak , ada lagi kat belakang tu . Sabit ada kat tepi Pokok Nangka . Kalau kau nak bersihkan sekali kat belakang tu pun takpe . Pakcik lagi suka . "


" Ayah . Didie nak pergi ke Dunia Mitos . Berapa hari . Didie tak tahu . " Kata Ahmadi dengan bersahaja .


" Untuk ? " Tanya Pendekar Bayu . Pendek sahaja pertanyaannya .


" Dua orang Pahlawan Didie tak pulang kem . Jadi , Didie kena tengok keadaan kat sana . " Jawab Ahmadi dengan tenang .


" Siapa yang ganti Didie kat sini ? " Tanya Pendekar Bayu .


" Anak kitorang . " Sampuk Pendekar Bara dan Dr . Hasyim dengan serentak lalu , mereka membasahkan tekak mereka dengan meneguk Air Oren .


Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin tersenyum .


" Dah agak dah . Daripada dulu . Didie takde . Pontianak berdua nilah yang ganti . " Kata Pendekar Bayu lalu dia menuang Air Sirap ke gelasnya .


" Ayah Bayu takkan jumpa lagi yang lebih layak daripada kitorang . " Kata Sheila Asyikin dengan manja sambil tersenyum .


" Takkan ada yang layak . " Celah Siti Nursamawi pula . " Tinggal Siti dengan Sheila je yang wujud . Yang lain dah pupus dah . "


" Didie sorang je ke ? " Tanya Pendekar Bayu .


" ' Aah ' . Didie sorang je . Didie nak buat risikan sekali . Tak payah nak pergi ramai - ramai . " Jawab Ahmadi dengan tenang dan jelas .


" Yelah . Pergi tu hati - hati . " Kata Pendekar Bayu lagi dengan tenang dan ada sedikit keluhan kedengaran lalu , dia terus menuju ke pintu . " Sebelum pergi . Pergi kubur mak . Sedekah doa . "


Pendekar Bara meneguk minumannya dan kemudian , dia mengekori Pendekar Bayu .

Manakala Dr . Hasyim pula mengekori dua orang rakannya itu sambil membawa gelasnya .


" Apa pun yang terjadi . Selagi tak dapat pesanan daripada aku . Korang jangan cari aku kat sana . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Bahaya untuk aku . "


" Sebab ? " Tanya Aivira .


" Merisik ni berbahaya . Silap hari bulan . Perisik boleh tertangkap dan dibunuh . " Jelas Aqilah dengan jelas . " Abang Didie tak nak kita cari dia sebab . Kalau kita tertangkap . Jangankan kita . Abang Didie pun belum tentu selamat atau dapat selamatkan kita . "


" Sebab tu aku bersyukur juga . Sebab . Selain aku dan In , korang semua kelas Pahlawan yang berbeza daripada kitorang berdua . " Kata Ahmadi lalu dia mengeluh dan kemudian , dia memandang ke arah Sheila Asyikin . " Tapi . Tak bermakna , Kelas Pahlawan macam korang . Tak boleh buat risikan . Boleh je . "

Lepas tu , dia melihat ke kanan dan ke kiri . " Mana Rara ? "


" Kat bilik dia . Bersiap katanya . Dia nak pergi rumah Mandy , lepas tu , nak ke rumah terbuka Iecha . " Jawab Sheila Asyikin dengan lembut .


" Korang ni , nak beraya kat sini ke atau nak balik terus ? " Tanya Fateh dengan jelas .


" Kitorang nak balik . Sebab , ada anggota yang balik kampung beraya . Lagi pun , kitorang kena buat rondaan kat sekeliling sempadan antara Dunia Manusia dan Dunia Mitos . " Jawab Merowran dengan jelas .


" Cepat sangat korang ni nak balik . Jangan balik dulu . Bawa makanan ni . Bagi kat kawan - kawan . " Kata Nenek Diana dengan jelas .

Kemudian , dia berjalan ke arah kabinet dapur . " Nenek tak tahu . Korang bertiga ni , spesies apa atau daripada puak apa . Tapi . Kat Kem , mesti ada yang tahu makan makanan macam ni . "


" Ada . Nenek bagi lebih sikit . Diorang kat sana ramai . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut . " Diorang suka makan makanan dunia kita . "


Ahmadi bangun dan menuju ke pintu . " Putih . Ikut aku pergi ambil rumput tu . Bagi kat mak dan adik - adik kau . Lama juga aku tak ziarah diorang . "


Putih tersenyum lalu , dia mengekori Ahmadi .


" Untuk kitorang takde ke ? " Tanya Merowran dengan mulutnya yang penuh dengan Betik .


" Korang makan apa ? " Tanya Muniandy dengan lembut sambil bertongkat dagu .


" Buah . " Jawab Paquine .


" Kat depan tu ada Pokok Rambutan , Jambu Air dan Betik . Mari kita kutip buah dia . Dah masak tu . " Kata Siti Nursamawi dengan lembut . " Ada banyak Pokok Buah - buahan kat sekeliling rumah ni . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Witchie mengarahkan kumpulan kecilnya berhenti bergerak kerana , dia ada mengesan ada beberapa pergerakkan yang pelik di hadapan .

Selepas itu , dia mengarahkan Kucina agar mencari tempat berlindung pada sebelah hadapan .


Kucina melayang dan terus sahaja bersembunyi di sebalik dinding yang menghala ke arah satu ruang.


Witchie kemudiannya melihat ke arah Siti Maisarah dan Orekna lalu melakukan isyarat tangan .


Siti Maisarah menganggukkan kepalanya dan mengajak Orekna untuk menghampiri ruang yang akan menjadi laluan mereka .


Kucina memandang ke arah Sam lalu mengarahkan Sam dan Kontra untuk menghampiri kumpulan Siti Maisarah .


Witchie dan Kucina berjalan ke depan dan mengintai ke arah tangga yang menghubungkan tingkat itu dengan tingkat yang menjadi destinasi mereka .


" Kucina dan Tuan Sam akan ke bawah . Saya dan Puan Sarah pula akan pergi ke tingkat atas . " Kata Witchie dengan jelas .


" Kitorang akan mulakan serangan . Awak semua akan bersedia . Kitorang akan arahkan awak semua untuk lancarkan serangan mengikut kumpulan masing - masing . " Kata Kucina pula dengan tenang .


Dengan pantas dan tenang , Witchie dan Kucina melakukan langkah yang pertama .


Tidak lama selepas itu , bunyi tembakan dilepaskan kedengaran diselangi dengan suara - suara yang amat menggerunkan .


Selepas beberapa detik kemudian , Siti Maisarah dan Sam mengajak kumpulan mereka untuk bergerak .


Sam dan rakan - rakannya melepaskan tembakan mereka sebaik sahaja mereka tiba di kawasan Kucina .

Bagi pengguna Elemen Warna dan Cahaya pula , mereka menggunakan serangan jarak dekat dengan menggunakan Senjata Elemen mereka .


" Pahlawan Mitos , jangan paksa tenaga awak semua . Keadaan awak semua masih belum stabil . Masih awal untuk kita kehilangan anggota . " Kata Kucina yang bergema di dalam minda anggota kumpulan yang diketuainya . " Lepaskan dan gunakan setakat mana yang termampu . "


Kucina yang berada pada bahagian hadapan , mengawal mindanya untuk menghalang pergerakan mayat - mayat dan bangkai yang masih mereput sambil menembak hancur kepala - kepala sasarannya .

Pada ketika itulah , dia dapat mengesan sekumpulan entiti yang lebih menggerunkan sedang bergerak ke tingkat itu dengan pergerakkan yang amat pantas .


" Ya Tuhan Maha Pencipta segala yang ada di langit dan di bumi . " Desis Kucina di dalam hatinya yang mula dipicit oleh kerisauan . " Makhluk apa pula ni ? "


Siti Maisarah dan Witchie bergandingan untuk menumpaskan lawan - lawan mereka yang menyerang bagaikan haiwan yang terlalu buas .

Sambil melepaskan tembakan , sambil itu jugalah mereka melancarkan serangan Psikik mereka .


" Puan . Ada makhluk yang lebih menakutkan sedang menuju ke tingkat ni . " Kata Witchie dengan tenang .


Siti Maisarah melibaskan tangannya lalu , Libasan Bilah Psikik miliknya membelah dan memotong tubuh musuh - musuhnya . " Saya tahu . Makhluk nilah yang Hara rasakan . "

" Apa Puan nak lakukan ? " Tanya Witchie dengan jelas .

" Arahkan yang lain untuk bersihkan tingkat ni . Biar kita dua je yang hadapi semua makhluk tu . " Balas Siti Maisarah selepas dia melepaskan peluru Auto - Shortgunnya tanpa henti . " Bukan untuk bunuh makhluk tu . Tapi , untuk mengetahui . Macam mana semua makhluk tu menyerang . "


" Baiklah . Saya faham . Saya akan arahkan arahan yang sama kat Kucina . " Kata Witchie dengan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kelihatan Ahmadi berada di dalam bilik Nurzahirah . Dia sedang duduk di tepi katil yang bersaiz mega sambil memegang ke dua belah tangan Nurzahirah yang sedang duduk di atas kerusi di hadapannya .

Nurzahirah memandang ke wajah Ahmadi . Hatinya agak terusik sedikit ketika dia terdengar Ahmadi akan ke Dunia Mitos untuk melakukan risikan .
Mata kanannya yang berwarna Biru kelihatan amat indah . Persis sebuah Berlian yang disinari oleh cahaya .

" Rara janganlah risau . Pakcik janji . Pakcik tak lama sangat kat sana . " Kata Ahmadi dengan lembut dan tersenyum sambil mengeratkan genggamannya pada ke dua belah tangan Nurzahirah . " Habis je kerja Pakcik kat sana . Pakcik balik . "

" Merisik kerja bahayalah . Semua orang dalam rumah ni tahu . " Balas Nurzahirah dengan lembut . " Kenapa tak ajak Kakak Patung ? Bawa Kakak Pipi Tembam ke ? "

Ahmad tersenyum . " Pasal bahayalah , Pakcik kena pergi sorang . Kalau ada teman , susah nak buat kerja ni . Sebab . Kemungkinan untuk Pakcik kena tangkap , lagi besar . Lagi pun . Dua orang kepoh tu , kena ganti Pakcik kat sini . "

Nurzahirah mengeluh . Kebimbangan amat memijak - mijak perasaannya . " Pakcik janji . Pakcik mesti pulang . "

" Mestilah . Pakcik janji . Pakcik mesti pulang . " Kata Ahmadi lalu membelai kepala Nurzahirah yang berbalutkan Tudung berwarna Biru berjalur Merah . " Kalau Pakcik takde . Siapa nak jaga Rara ? "

Air mata menitis daripada ke dua belah mata Nurzahirah . " Kalau Pakcik mati . Rara pun nak mati juga . "

Ahmadi tertawa kecil . Dicubitnya pipi Nurzahirah . " Jangan nak merepek . Dah . Jangan menangis . Jangan nak cakap yang bukan - bukan . "

" Betullah . Takpun . Rara cari siapa yang bunuh Pakcik . Lepas tu balas dendam . " Balas Nurzahirah dengan manja . " Rara kuat . "

Ahmadi tersenyum lalu dikucupnya kedua belah tangan Nurzahirah dan kemudian , dahi Nurzahirah . " Dah . Kita pergi rumah Mandy . lepas tu , kita beraya kat rumah Kak Iecha . Kunci Elemen Banshee mata kanan Rara tu . "

Nurzahirah mengunci Elemen Banshee pada mata kanannya . Perlahan - lahan keadaan mata kanannya kembali seperti biasa .

Pada waktu yang sama , ahli keluarga dan semua rakan Ahmadi yang lain sedang berada di ruang tamu .

" Dah turun dah Tuan Puteri . " Kata Siti Nursamawi sambil tersenyum lebar dengan makanan berada di dalam mulutnya .

Sheila Asyikin tersenyum sambil meneguk minumannya .

" Apa Puteri - puteri . " Balas Nurzahirah lalu mengangkat penumbuknya dengan gaya manjanya . " Tumbuk ' kang ' . Keluar darah . Tak beraya akak berdua nanti . "

Ahmadi hanya tertawa sambil membawa Nurzahirah ke muka pintu .

" Korang nak ke mana ? " Tanya Adam dengan jelas .

" Nak beraya kat rumah Iecha . " Jawab Ahmadi .

Siti Nursamawi dengan pantas membasuh tangannya manakala Sheila Asyikin pula membersihkan bibir Siti Nursamawi dengan tisu .

" Aku dan Sheila nak ikut . " Kata Siti Nursamawi .

" Guna kereta kau . Hari ni . Raya istimewa Rara . Aku nak berdua je dengan Rara hari ni . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Kitorang tak nak ada gangguan . Lebih - lebih lagi , daripada korang berdua . "

" Teruknya abang . " Kata Sheila Asyikin dengan manja .

Siti Maisarah dan Siti Nurjannah menarik telinga Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

" Bawa semua pinggan mangkuk ni kat dapur dulu . Nanti kitorang basuh . " Kata Hagia Sofea dengan lembut . " Lepas tu korang nak ke mana . Lantak korang . "

Nurzahirah tertawa kecil sambil melambaikan tangannya dan kemudian , dia menjelirkan lidahnya ke arah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Witchie dan Siti Maisarah perlahan - lahan mengaturkan langkah mereka .
Sedikit demi sedikit , mereka berdua melangkah ke depan .

" Witchie . Makhluk yang akan kita lawan ni . Saya rasa , takkan dapat kita bunuh guna senjata ni . " Kata Siti Maisarah dengan jelas dan tenang .

" Kalau kita dah takde pilihan . Kita terpaksa guna serangan fizikal . " Balas Witchie juga dengan tenang . " Tapi . Puan jangan paksa untuk keluarkan tenaga Puan . "

" Terima kasih sebab , ingatkan saya . Saya hampir lupa yang saya dah lama tak gunakan Elemen Warna dan Cahaya . " Balas Siti Maisarah sambil tersenyum . " Selalunya . Dalam keadaan macam ni . Didie selalu guna cara yang macam mana ? "

Witchie tersenyum . " Guna je teknik yang kita ada . Tapi . Jangan sampai kawan kita tercedera . "

" Dia beri korang kebebasan . Maknanya . Dia ajar korang macam mana nak kawal serangan korang . " Kata Siti Maisarah lalu , dia membukakan Pintu Tenaganya .

" Tunggu kat sini . Apa pun yang terjadi . Jangan hampiri kawasan ni . " Kata Kucina memberikan arahannya .

Kontra dan beberapa lagi Pahlawan Mitos yang lain akur dengan arahan Kucina lalu , mereka semua membukakan Pintu tenaga mereka .
Sementara itu , Sam dan rakan - rakannya yang lain pula , telah pun bersedia di tempat masing - masing .

Suara yang menggerunkan kedengaran dan semakin hampir .

Siti Maisarah menggenggamkan kedua belah penumbuknya . Bilah Api keluar daripada setiap celah penumbuknya .
Unik . Setiap Bilah Api yang dihasilkannya itu , memiliki corak identiti Elemen Warna dan Cahaya miliknya .

Witchie perasan akan Senjata Elemen Siti Maisarah itu . " Puan . Teknik Bilah Elemen memang teknik keluarga Puan ke ? "

" Ya . Teknik ni . Milik arwah mak saya . kenapa awak tanya ? " Tanya Siti Maisarah dengan jelas .

" Tuan Didie . Cik Sheila . Cik Siti pun . Suka guna teknik ni . Puan Mai baru sekali saya lihat gunakan teknik ni . " Jawab Witchie dengan jelas dan tenang . " Cik Muda Rara pun mahir guna teknik ni . Saya selalu juga lihat Cik Muda Rara berlatih dengan Tuan Didie . "

Siti Maisarah tersenyum tatkala terdengar nama Nurzahirah terkeluar daripada mulut Witchie .

" Tahap Pengawalan dan tahap kekuatan Puan , memang setanding dengan Puan Mai . Identiti Elemen Warna dan Cahaya Puan dah terukir pada Bilah Elemen tu . " Kata Witchie dengan tenang . " Tapi . Saya harap sangat Puan tak terlalu paksa diri untuk keluarkan tenaga Puan . "

" Jangan risau . " Balas Siti Maisarah dengan lembut . " Saya takdelah segila macam adik lelaki saya tu . "

" Makhluk - makhluk tu dah hampir . Saya akan buka laluan untuk Puan . " Kata Witchie dengan jelas .

" Baiklah . " Kata Siti Maisarah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Kenapa boleh jadi macam tu ? " Tanya Nurzahirah dengan tenang .

" Pakcik tak tahu sangat . Tapi . Rara dan adik terpisah secara paksa . Jadi . Keserasian Elemen Tenaga Psikik Rara dan adik , mungkin baru nak jadi serasi balik . " Jawab Ahmadi dengan tenang sambil memandu Kereta Terbangnya yang berwarna Biru . " Sekarangkan . Rara dah dapat balik Banshee Psikik Rara . Banshee Psikik adik pun , Rara dah simpan . Rara dah jaga . Tu pun mungkin boleh jadi sebab dia kot . Agaknyalah . "

" Tapi . Kedudukan Rara dan adik . Jauh kot . Adik kat Dunia Mitos . Rara pula kat Dunia Manusia . Antara dua dunia ni pula ada pemisah elemen . " Balas Nurzahirah dengan lembut . " Macam mana pula boleh berhubung ? "

" Macam yang Pakcik cakap tadilah . Pakcik tak tahu sangat sebab dia . Hal - hal yang ada kaitan dengan keserasian pertalian antara kembar ni , pelik dan misteri . Tak kisahlah , seiras atau tak . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas . " Contohnya , macam Pakcik dan Ummi Mai . Biar pun ummi tu tua beberapa minit je . Kitorang ada keserasian tenaga dan elemen . Abang Maera dan Kak Naera pun macam tu juga . "

" Dah dua kali tau . Rara macam mimpi dalam sedar macam tu . " Kata Nurzahirah dengan lembut . " Tapi yang peliknya . Rara nampak Kak Kucina dan Kak Witchie . Lepas tu . Rara macam terbang kat udara . Nampak banyak makhluk pelik dan menakutkan . "

Ahmadi membelokkan kenderaannya memasuki jalan yang membawa mereka ke kawasan perumahan Siti Aisyah . " Pakcik tak sedap hatilah . "

" Sebab ? " Tanya Nurzahirah .

" Entahlah . Pakcik pun tak tahu tapi . Tapi Pakcik rasa tak sedap hati . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Pakcik macam akan berdepan dengan keadaan yang sukar . "

Dia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan . " Kita dah sampai . "

Sheila Asyikin menutup pintu kenderaannya . Ketika dia berjalan menghampiri Siti Nursamawi dan Mandy Chong Wei Tze , dia perasaan akan Mandy Chong Wei Tze yang berbaju kurung Magenta , sedang menyentuh bahagian bawah sebatang pokok yang sederhana besarnya .
Selepas itu , dia perasan akan satu kehadiran Tenaga Elemen yang tidak sepatutnya muncul di Dunia Manusia .

" Saya dah rasa tak sedap hatilah . " Kata Maera dengan jelas .

" Ada yang tak kena dengan keadaan kawasan ni . " Celah Muniandy pula dengan tenang .

" Kak Sheila . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan perlahan dengan jarinya yang masih terus menyentuh pokok tadi .


Sheila Asyikin juga menyentuh bahagian pokok yang disentuh oleh Mandy Chong Wei Tze . " Ada tetamu yang tak diundang kat rumah terbuka ni . "

Dengan pantas dia menjelmakan Bilah Baranya dan terus menikam batang pokok tadi namun , riak wajah kehairanan menyelimuti wajahnya .


Rakan - rakan Sheila Asyikin yang lain dengan pantas mengerumuni Sheila Asyikin agar kelakuan Sheila Asyikin itu tidak dilihat oleh orang lain .


Selepas itu , Sheila Asyikin dengan pantas menikam batang pokok tadi .

Mengarah ke perdu dengan garang . Ketika tikamannya tiba pada bahagian bawah pokok itu , ditingkatkannya Tenaga Dalamannya sehingga , jelas pada telinga mereka semua yang berada di situ , terdengar erangan suara yang seperti sedang menahan kesakitan .

Tidak lama kemudian , dia menarik keluar Bilah Baranya . Jelas pada Senjata Elemennya itu yang telah pun diselimuti dengan darah .

Keadaan itu agak memeranjatkan semua rakannya .


" In . Cakap kat semua . Hati - hati . Ada tetamu dari dunia lain yang datang ke rumah terbuka ni . " Kata Ahmadi dengan tenang .

Nadanya bergema di dalam minda Sheila Asyikin . " Cakap kat diorang . Hari ni , kita mungkin akan berdarah . "


Sheila Asyikin memandang ke arah semua rakannya . " Abang nak kita bersedia . "

Ahmadi memimpin tangan Nurzahirah yang telah pun berlakon seperti tidak menyedari akan apa - apa .
Berpijaknya kaki mereka berdua dia dalam kawasan halaman rumah Siti Aisyah , Ahmadi terlihat terdapat beberapa corak Serangan Elemen yang warnanya agak malap tapi , jelas akan coraknya yang halus dan berseni .
Terselindung di sebalik pokok - pokok bunga yang renek .
Ahmadi tersenyum lalu berbisik di dalam hati . " Iecha dah bersedia . "

" Rara . Mandy . Masuk . Masuk . " Pelawa Siti Aisyah sambil tersenyum dan berlari - lari anak menyambut tetamu yang sememangnya amat dinanti - nantikannya .

Selepas berpelukkan dengan dengan Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze , dia memandang ke arah Ahmadi .


Ahmadi tersenyum . " Serahkan kat kitorang . Iecha aktifkan corak serangan yang Iecha dah pasang tu . "


Siti Aisyah tersenyum . Seperti satu bebanan telah pun terlepas daripada bahunya .


" Ayah dan Ibu dah tahu tak ? " Tanya Maera dengan perlahan .


" Dah . Iecha dah cakap tadi . Diorang hairan macam mana Iecha boleh kesan . Tapi diorang tak boleh nak kesan . " Balas Siti Aisyah dengan perlahan .


Adam mengeluh . " Dengan ahli keluarga yang ramai macam ni . Dengan tetamu lagi . Susah nak bergerak . Kecoh nanti . "

" Korang semua bersedia . Aku dan Sheila je yang sesuai dengan keadaan ni . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Korang teruskan berlakon . Biar aku dan Sheila yang cari . "
Dia bergerak menuju ke dalam rumah sambil tersenyum lebar . " Siti ikut Sheila . Yang lain . Ambil tempat korang masing - masing . Tunggu isyarat aku . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Siti Maisarah dan Witchie memegang senjata mereka dengan rapi dan kemas .

Tidak lama kemudian , beberapa makhluk pelik merangkak dengan dengan pantas .


Siti Maisarah dan Witchie melepaskan tembakan mereka .


Makhluk - makhkuk itu terundur ke belakang namun , kembali merangkak dengan lebih laju .


" Puan Mai . " Kata Witchie dengan tenang .


" Peluru kita tak beri kesan . Lindung saya . " Kata Siti Maisarah lalu , dia berlari ke depan sambil menggenggamkan kedua belah penumbuknya yang telah pun mengeluarkan Bilah Apinya .

Dia melompat dan mendarat di atas badan seekor daripada makhluk - makhluk itu dan terus membenamkan keenam - enam Bilah Apinya ke arah leher mangsanya yang pertama .

Dengan hanya sekali gerak , kepala sasarannya tergolek di atas lantai . Seperti Kelapa tua yang gugur daripada pokoknya.

Mangsanya menggelupur di atas lantai buat beberapa ketika sebelum kaku .


Beberapa tangan yang memiliki jari - jari yang runcing dan berkuku panjang cuba untuk menangkap Siti Maisarah .


Siti Maisarah dengan pantas mengelak serangan itu dan dengan pantas , menghiris tangan yang panjang tadi .

Kemudian , dia melompat ke belakang dan bersedia semula di hadapan Witchie .


Beberapa makluk pelik dan menakutkan yang seperti tidak memiliki kulit memperlihatkan diri mereka .

Makhluk itu tidak memiliki mata . Mulut yang bersaiz besar yang panjangnya dari telinga kiri ke telinga kanan .

Mulutnya terganga memperlihatkan barisan gigi yang runcing berlendir .

Lidahnya pula yang seakan - akan Lipan , terjelir - jelir dan terliuk - liuk ke kiri dan ke kanan .

Mengalirkan liur yang amat menggelikan dan meloyakan . Makhluk itu merangkak seperti seekor Harimau .

Salah seekor daripada makhluk itu melibas - libaskan ekornya yang telah dihiris oleh Siti Maisarah tadi .

Tidak lama kemudian , makhluk tadi tumbuh semula . Ekor yang berbentuk tangan .


" Ini . . . " Kata Witchie dengan perlahan dengan matanya yang merenung tepat ke arah makhluk - makhluk yang menakutkan itu .


" . . . makhluk Mitos dan Manusia . " Kata Kucina dengan jelas .

Dahinya berkerut lalu , dengan pantas dia membukakan Pintu Tenaganya .


" Apa yang diorang dah lakukan kat diorang ni semua ? " Tanya Sam lalu dia menukarkan Magazine Pelurunya . " Celaka ! Laknat ! "


Kontra memandang ke arah Sam yang sedang dibakar kemarahan ." Sam . Kalau kat kita pun diorang dah lakukan kajian . Mesti yang kita lihat kat depan kita sekarang ni pun , mengalami nasib yang sama . " Kata Kontra dengan jelas . " Tapi . Seteruk kita . . . "

Kemudian , dilekatkannya pandangannya ke arah Makhluk - makhluk yang menggerunkan yang sedang merenung ke arah mereka dengan garang . " . . . diorang lagi teruk . "


Siti Maisarah menumpukan Tenaga Mindanya untuk berhubung dengan anggota kumpulannya dan kumpulan yang diketuai oleh Kucina . " Dengar sini . Kita cuba untuk ketahui . Macam mana makhluk ni menyerang . Tapi . Kalau terpaksa . Kita bunuh je . "


" Kitorang faham . " Balas Kucina dan Witchie dengan serentak .


Siti Maisarah dengan berani , berlari dengan pantas ke arah makhluk - makhluk yang mengerikan itu .

Selepas itu , dia melompat ke arah sasarannya sambil mendepakan tangannya yang mengeluarkan Bilah Apinya .


Witchie pula berlari dengan pantas di bawah kedudukan Siti Maisarah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi memulakan pencariannya . Sambil dia meneguk minumannya , sambil itulah matanya meliar .

Cuba untuk mencari siapakah tetamu misteri dari Dunia Mitos .


Sama seperti Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi juga mengintai tetamu misteri yang bertandang .


Rakan - rakan Ahmadi yang lain . Masing - masing telah bersedia . Menunggu isyarat daripada Ahmadi .


Tidak lama kemudian , Keluarga besar Ahmadi tiba .


Ahmadi tersengih lalu , dengan pantas dihubungkan mindanya dengan Siti Khumairah .


" Akak tahu . Akak dapat rasa . " Kata Siti Khumairah dengan jelas . " Ada Makhluk Mitos kat dalam rumah ni . "


" Didie buat apa yang patut Didie buat . Kalau Didie nak . Kitorang boleh hentikan semua pergerakkan tetamu kat rumah ni . " Kata Siti Nurjannah yang bergema di dalam minda Ahmadi .


" Tuan rumah tahu tak ? " Tanya Siti Khumairah .


" Tahu . Iecha dah cakap kat Tuan rumah . " Balas Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Macam ni . Dapat je isyarat daripada Didie . Akak bertiga manipulasi pergerakan dan minda semua tetamu . "


" Takde hal . Mudah je tu . " Balas Hagia Sofea dengan jelas .


Dalam keadaan yang sedang berlakon itu , Ahmadi didatangi oleh Pendekar Kuning dengan wajah tersenyum . " Hari ni . Giliran Pakcik pula ke ? "


" Rasanya kot . " Balas Ahmadi lalu tertawa kecil . " Jangan risau . Semua kitorang dah sedia . Kakak yang bertiga tu akan hentikan semua pergerakkan dan manipulasi minda semua tetamu kalau ada berlaku apa - apa nanti . "

Dia meneguk minumannya . " Ahli keluarga Pakcik yang lain macam mana ? "


" Diorang dah tahu . Ada yang boleh terima dan ada yang cuma anggap yang semua ni bahan jenaka je . " Kata Pendekar Kuning dengan tenang . " Iecha yang dapat kesan . Dia kesan macam mana . Pakcik tak tahu . "


Ahmadi tersenyum . " Pasal tu saya masukkan dia dalam pasukan saya . "

Ketika matanya sedang liar memerhatikan para tetamu yang hadir , matanya terlekat pada seorang tetamu yang berkelakuan agak pelik daripada tetamu yang lain .

" Pakcik sedia . Mungkin saya dah jumpa tetamu yang tak diundang ni . " Katanya lalu dia perlahan - lahan menghampiri sasarannya dan menghubungi Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah .


Tetamu yang berkelakuan agak ganjil tadi , tidak perasan dirinya sedang diperhatikan oleh Ahmadi yang sedang menghampirinya .


Aivira dan Stephen Akio Kenzo yang berada pada tingkat atas pula dapat melihat dengan jelas pergerakkan Ahmadi yang agak pantas ibarat Harimau yang sedang mengintip dan menjejaki mangsanya .


" Ai . Apa kelas Pahlawan awak kat Dunia Mitos ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan jelas .


" Saya Pahlawan Native . " Jawab Aivira dengan tenang . " Puak Aexrieca . Antara Puak Native yang wujud kat sana . "

Kemudian , dia terlihat pula akan pergerakkan Sheila Asyikin yang juga sama seperti Ahmadi . " Saya tak tahu . Didie dan Sheila ni . Kelas Pahlawan yang mana satu . "


Adam dan Siti Hawa pula sedang berada di halaman rumah bersama dengan tetamu yang lain .


" Abang tak rasa hidup kita , masih sama macam dulu . " Kata Adam dengan jelas . Dia berdiri di sisi Siti Hawa .


" Nyawa kita dah dalam ancaman bahaya . " Balas Siti Hawa dengan lembut dan tenang . " Kita tak boleh buat apa bang . Ini jalan yang kita pilih . "


Pada ketika itu , Siti Aisyah sedang berbual - bual dengan Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze .


Lelaki yang agak berkelakuan tadi menjilat - jilat Puding yang sedang dipegangnya . Tiba - tiba , dia terhenti kerana Ahmadi telah pun menghunuskan Keris Picit Elemen yang berwarna Biru Keputihan pada perutnya . " Kau takkan dapat apa - apa kat sini . Pergi balik semula ke dunia kau ! "


" Macam mana kau tahu aku menyamar kat sini ? " Tanya Lelaki Misteri itu . " Manusia bangsat ! "


" Kitorang tak jilat makanan . Bodoh ! " Kata Ahmadi lalu , dia menghantar isyarat pada Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah .


Dengan pantas , semua tetamu yang menghadiri rumah terbuka Pendekar Kuning itu kaku . Mengeras . Seperti Patung Perhiasan . Bagaikan Patung Peragaan .


Melihat keadaan itu , rakan - rakan Ahmadi yang lain dengan pantas bersedia .

Pendekar Kuning mengarahkan isteri dan ahli keluarganya yang bertandang agar pergi ke ruang yang selamat namun , ada beberapa ahli keluarganya yang seperti tidak mengendahkannya dan cuba untuk merakam detik itu dengan Telefon Pintar masing - masing .

Namun , Telefon Pintar yang mereka pegang tiba - tiba sahaja pecah berderai menjadi serpihan .


Nurzahirah hanya tersengih .


" Pergi dari sini atau , kepala awak terpisah daripada badan awak ! " Kata Sheila Asyikin dengan jelas memberikan amaran .


Siti Nursamawi pula telah mengarahkan Bilah Lavanya ke arah perut sasarannya dan Sheila Asyikin .


Renungan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menjadi tajam sambil Sheila Asyikin menghunus Bilah baranya yang berwarna Merah dan Kuning Kejinggaan ke arah leher sasarannya dan Siti Nursamawi .


Tidak lama selepas itu , tiga orang tetamu yang salah seorang daripada mereka adalah seorang wanita , cuba untuk melarikan diri dengan terbang ke luar rumah namun , mereka di halang dengan pantas oleh Nurzahirah , Ahmadi dan Sheila Asyikin yang muncul dan terapung di hadapan mereka .


Nurzahirah yang terapung bersebelahan dengan Almari Kayu Jati yang dihiasi cermin membuka kunci Elemen Banshee Psikik pada Mata Kanannya .

Dan pada ketika itulah , satu lagi fenomena pelik berlaku .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzaharah yang sedang duduk di atas kerusi sambil membuka helaian buku yang memperlihatkan anatomi haiwan sedikit terperanjat .

Jelas pada pandangan matanya . Dia dapat melihat akan kejadian yang berlaku di rumah Pendekar Kuning .

Dia memegang kepalanya dengan menggunakan ke dua belah tangannya dengan perlahan . " Kenapa ? Gila ? "

Selepas itu , dia dapat melihat , pandangan dialihkan pada Siti Aisyah yang sedang memegang Busur Panah Elemen yang telah pun bersedia untuk bertempur .

Dia menyengetkan sedikit kepalanya ke kanan . " Terbang ? " Kemudian , dia melihat pula akan kehadiran Ahmadi yang melayang sambil menghunuskan Senjata Elemen ke arah musuh . " Pakcik berlawan . Kenapa ? "

Selepas itu , dia melihat pula musuh Ahmadi tadi menyerang Ahmadi namun , dapat dielak oleh Ahmadi .

Tiba - tiba , sebuah dulang melayang ke arahnya . Jelas dapat dilihatnya . Dia seperti mengelak dulang tadi .

Matanya sedikit membesar tatkala terlihat akan biasan pada cermin . " Kakak . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience