Makmi berhempas pulas menyerang dan mengelak serangan Pahlawan Misteri yang menyerangnya .
Namun , dia bukanlah tandingan bagi Pahlawan Misteri itu .
Sekali lagi dia tercampak ke dinding bangunan dan terhempas dia atas tong sampah dan kemudian jatuh ke lantai semula .
Penyerang Misteri itu berjalan perlahan - lahan ke arah Makmi yang berlumuran darah .
" Siapa kau ? ! Jerit Makmi dengan lantang dan kuat . " Berapa aku hutang kat kau ? ! Aku bayar sekarang ! "
Penyerang Misteri itu tidak mengendahkan kata - kata Makmi dan sebaliknya , dia menghasilkan teknik yang menggerunkan pada kedua belah tangannya .
Makmi dengan sedaya upayanya , bangkit semula dan menjelmakan Sayap Elemennya yang menggerunkan .
Ahmadi dan Regresal menutupkan semula Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka dan berlari ke arah tujuan mereka di antara celahan penduduk awam yang melarikan diri .
Makmi menjerit dengan semahunya kerana Sayap Elemennya hancur bagaikan dibakar .
Dia dihempaskan ke dinding dan dibiarkan seperti terlekat dalam keadaan kedua belah tangannya terdepa .
" Berapa aku hutang dekat kau ? ! " Tanya Makmi lagi . " Aku bayar ! ! ! "
" Hutang kau memang banyak . Besar . Cuma ada satu cara je untuk langsaikan hutang kau . " Kata Penyerang Misteri itu .
" Kasitahu aku sekarang cara dia ! Aku buat ! " Balas Makmi dengan lantang .
" Nyawa kau . " Balas Penyerang Misteri itu dengan jelas . Cara dia , serahkan nyawa kau kat aku . "
" Jangan ! Jangan bunuh aku ! Aku bayar ! Aku bayar ! Berapa kau nak ! Aku bayar ! " Jerit Makmi dengan lantang dengan matanya yang terbeliak ketakutan .
Setibanya Ahmadi dan Regresal di tempat pertarungan itu , mereka terperanjat besar .
Apa tidaknya . Mereka melihat keadaan mayat Makmi dalam keadaan yang amat mengerikan .
Tubuh Makmi seperti terlekat di dinding bangunan yang bercahaya malap itu namun , kepala Makmi , daripada bahagian kepala sehingga ke pinggang , tulangnya terkeluar ke hadapan .
Dan daripada bahagian pinggang ke bawah pula masih lagi dalam keadaan yang sepatutnya .
Beberapa minit kemudian , mayat Makmi daripada bahagian pinggang itu , jatuh ke lantai dan disusuli oleh bahagian yang selebihnya .
Ahmadi dengan pantas menyiasat seluruh atom dan zarah ditempat itu dan menghasilkan visual pada mindanya .
Berkerut sedikit wajahnya ketika mendapati , penyerang yang menyerang Makmi adalah Pahlawan Darkhtala .
Dia berjalan menuju ke arah mayat Makmi dan ketika dia tunduk dan mengamati mayat Makmi , dia perasan akan sekuntum Bunga Orkid Hitam berjalur merah .
Dia berbisik di dalam hatinya . " Dyrad . "
Regresal menepuk dada kiri Ahmadi . " Mari pergi . Pasukan Keselamatan dah sampai . "
Ahmadi dengan pantas mengambil Orkid itu dan berlalu pergi bersama dengan Regresal .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hari selang berganti . Keadaan di dua dunia juga semakin membara .
Jika di Dunia Mitos perang bagaikan saban hari tercetus cuma , ' Askar Hantu ' sahaja yang belum lagi dikerahkan oleh musuh .
Di Dunia Manusia pula , keadaan semakin meruncing dengan kekecohan mula berlaku .
Rusuhan ada di mana - mana . Rusuhan dan protes yang beralasankan Freak adalah berbahaya kepada Manusia Normal .
Golongan Anti - Freak saling menjerit dengan Golongan Pro - Freak yang membela nasib Golongan Freak yang rata - ratanya memilih untuk berdiam diri .
Namun begitu , ada juga yang Golongan Freak yang terpaksa untuk membela diri dan keluarga masing - masing .
Akibat daripada keadaan itu juga , Kedai Cawan Mini Ahmadi dan Café milik Siti Maisarah , dan juga Restoran milik Muniandy , telah diboikot atas alasan , mereka mendiami kawasan perumahan yang disyaki dihuni oleh majoriti Freak .
Bukan itu sahaja , Kelas Tari Maera , Naera dan Aivira juga turut diboikot .
Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea diberhentikan kerja dengan serta - merta daripada Sekolah yang mereka ajari .
Siti Nursamawi , Ratni , Adam dan Hawa juga diberhentikan daripada terus bertugas sebagai Anggota Pasukan Keselamatan .
Syarikat Stephen Akio Kenzo pula mengalami kerugian jutaan ringgit akibat daripada ramai dikalangan Pelabur yang memilih untuk tidak lagi meneruskan kerjasama yang mengakibatkan banyak projek mega tidak dapat diteruskan dan terbengkalai .
Bukan itu sahaja malah , ramai kakitangan syarikatnya yang berhenti dan melarikan diri begitu sahaja serta menuntut wang pampasan dengan alasan , selama ini , mereka diawasi oleh orang yang menyebelahi Golongan Freak .
Syarikat milik Prof . Zenderall juga mengalami kerugian yang amat besar dan jauh lebih teruk daripada yang dialami oleh Syarikat milik Stephen Akio Kenzo .
Dengan alasan yang dianggap kukuh oleh mereka .
Prof . Zenderall adalah Golongan Freak yang amat berbahaya .
Suasana di dalam kelas Nurzahirah kecoh kerana , Nurzahirah telah diberhentikan oleh Pengetua atas alasan , dia menghuni kawasan perumahan Freak .
Ada yang mencacinya , ada yang mengkejinya dan ada juga yang menghinanya .
Terlalu sedikit yang menyebelahinya namun , dia tetap tenang membawa Beg dan buku - bukunya .
Setiap langkah yang digerakkannya di kawasan koridor kelas , cacian dan hinaan makin bersahutan .
Dia saling berpandangan dengan beberapa orang lagi Pelajar yang senasib dengannya dan mereka bersama - sama berjalan menuruni tangga .
Mandy Chong Wei Tze yang menunggu Nurzahirah di Halaman Sekolah dengan pantas berlari ke arah Nurzaharah .
Matanya merah . Air matanya mengalir daripada matanya . Bercucuran bagaikan air paip yang tidak tertutup .
" Dah . Mandy jangan menangis . " Pujuk Nurzahirah dengan lembut sambil memegang tangan Mandy Chong Wei Tze dan berjalan beriringan menuju ke luar sekolah mereka bersama dengan Pelajar - pelajar yang turut mengalami nasib yang sama dengan mereka .
Siti Aisyah yang menunggu Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze dengan pantas memeluk Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze .
Dia juga telah disingkirkan daripada meneruskan pengajian kolejnya .
Mandy Chong Wei Tze menangis di dalam dakapan Siti Aisyah .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Minggu depan dah nak Puasa . " Kata Mak Teh Sanggul dengan nada suaranya yang dicengkam kerisauan . " Mana kita nak beli juadah untuk sahur dan berbuka ? "
" Besar betul dugaan kita . Dekat - dekat nak Puasa ni . Kena boikot pula . " Kata Puan Maryam dengan lembut . " Dahlah kena boikot . Kawasan perumahan kena jaga . Nak keluar beli barang pun tak boleh ramai - ramai . Kalau dapat keluar pun , jangankan Pasaraya , Kedai Runcit pun tak sudi nak bagi kita masuk . Kalau ada pun , jual dengan harga tinggi . "
" Kedai Runcit Kak Aloyah tu pun kena boikot dah . Kalau tak , boleh beli kat tempat dia . Dia baik . " Kata Hagia Sofea dengan tenang dan jelas .
" Pasal dia ' baik ' tulah dia terpaksa tutup kedai dia . " Kata Nenek Diana dengan agak lembut .
" Nantilah tanya dekat Didie . Lepas dia habis mesyuarat kat Dewan nanti . " Kata Siti Khumairah dengan tenang . " Kot - kot dia ada apa - apa jalan pasal hal ni . "
" Saya peduli apa pasal Freak . Freak atau tak . Kita semua Manusia . " Kata seorang Belia Lelaki dengan jelas . " Kerajaan kena campur tangan . Kita dah macam kena kurung . "
" Itu saya tahu . Sekarang ni , kita ikut dulu apa yang kerajaan cadangkan . " Kata Aivira. dengan suaranya yang jelas . " Diorang dah putuskan , setiap hari , akan ada Kedai Runcit bergerak untuk pergi ke setiap lorong kawasan perumahan . "
" Tak guna juga kalau Kedai Runcit bergerak tu kenakan harga yang tinggi . " Kata seorang Makcik yang turut serta dalam mesyuarat itu . " Kita bukannya cop duit . "
" Kedai Runcit ni dicadangkan oleh Dato ' Sri Panglima Jentayu . Pemimpin nombor satu . Dia dah bagi jaminan , harga semua barang runcit tu sama dengan yang asal . " Balas Muniandy dengan jelas . " Jangan risau ye . "
" Macam mana Pakcik Jentayu dapat buat idea ni ? " Bisik Adam kepada Ahmadi yang banyak berdiam diri .
" Dia keluarkan duit dia . Beli dengan harga mahal . Jual kat kita dengan harga biasa . Sama macam harga kat kedai lain . " Balas Ahmadi juga dalam keadaan berbisik namun , dengan gayanya yang bersahaja . " Kau rasa ? "
" Macam mana pula dengan kepungan kat luar tu ? " Tanya seorang lagi Belia . Kali ini , Belia Wanita yang bertanya . " Diorang pasang Kawat Duri . Kawasan perumahan kita ni dah jadi macam Penjara . "
" Yang kat luar tu , lantaklah apa yang diorang nak buat pun . Jangan layan sangat . Diorang mati pun , biarkan je . Jangan kita yang kat dalam ni , sibuk fikir pasal diorang yang kononnya nak kawal kita . " Balas Siti Nursamawi dengan jelas . " Kita kena jaga kita . Buat macam biasa . Makanan dah disediakan dengan Kedai Runcit bergerak tu . "
" Kita kena biasakan diri dengan keadaan ni . " Celah Maera dengan tenang . " Dan , jangan sesekali nak mengada - ngada nak dekat dengan kawasan jalan masuk dan keluar Taman Perumahan ni kalau takde urusan apa - apa . "
" Kalau diorang nak masuk pula ? Macam mana ? " Tanya seorang Belia Lelaki . " Diorang tu ada je tindakan - tindakan provokasi untuk nak dijadikan sebagai , sebab kita nak bergaduh dengan diorang . "
" Cakap dekat aku . Aku dan kawan - kawan aku akan uruskan hal tu . " Kata Ahmadi dengan pantas dan bersahaja .
" Saya harap , semua ni akan kembali seperti biasa semula . " Kata seorang Lelaki dengan tenang . " Minggu depan dah nak Puasa . Takkan kita nak Puasa dalam keadaan yang teruk macam ni . "
" Saya bukan nak berlagak alim tapi , apalah sangat dengan keadaan ni . Kita masih dapat makan . Dapat minum . Dapat berborak macam ni . Masih lagi boleh saling bertukar juadah dengan jiran . " Balas Adam dengan agak pantas dan lembut . " Para sahabat junjungan besar kita . Pernah berperang dalam keadaan berpuasa . Sekarang fikir , keadaan kita yang teruk atau keadaan mereka tu lagi teruk ? Macam yang saya cakapkan tadi . Saya bukan nak berlagak alim tapi saya rasa , kita patut bersyukur sebab , masih dapat berpuasa walaupun kena sisih macam ni . "
" Satu aku nak pesan . Ingat baik - baik . Pesanan ni untuk Golongan Freak yang ada kat sini dan sampaikan kepada rakan - rakan Freak kita yang lain . " Kata Ahmadi dengan jelas dan terang . " Jangan sesekali cuba nak gunakan kelebihan yang korang ada walaupun , diorang yang kat luar tu , buat macam - macam kat korang . Kalau korang guna juga . Aku dan semua rakan aku sendiri akan serahkan korang kat diorang . "
" Tapi macam mana pula kalau diorang masuk dan cuba untuk paksa kitorang gunakan kelebihan kitorang ? " Tanya seorang Belia Lelaki .
Ahmadi tersenyum . " Sebab tu aku cakap tadi . Kalau diorang masuk . Kasitau aku dan kawan - kawan aku . Kitorang akan uruskan diorang . "
" Sekarang ni . Kita buat bodoh je . Buat macam biasa . Segala keperluan asas tetap ada . jangan risau . " Kata Muniandy dengan tenang dan jelas . " Diorang nak lawan Psikologi . Kita lawan balik guna Psikologi juga . "
" Macam mana pula dengan kawasan perpindahan yang dicadangkan oleh Dato ' Sri Panglima Jentayu untuk Golongan Freak dan Golongan yang Pro - Freak ? " Tanya seorang Belia Wanita . " Dengar cerita tempat tu dah siap . Kalau betul , bila kita akan dipindahkan ke sana ? Sekurang - kurangnya , kita dapat buat persiapan . Dengar cerita , kawasan tu kat kawasan utara kat kawasan banjaran Gunung Baluwangsa dan dekat dekat kawasan laut . "
" Tempat tu dah siap . Kita cuma tunggu tarikh untuk dipindahkan ke sana . Ye , betul . Kawasan tu kat area banjaran Gunung Baluwangsa . Dekat dengan laut . " Balas Sheila Asyikin dengan tenang . " Tempat tu luas . Lebih daripada cukup untuk tempatkan dua golongan tu . Semua penduduk kat seluruh Pulau yang ada kat dunia pun , cukup kalau nak ditempatkan kat sana . Pulau Biru ni , pulau yang paling besar . Jadi , saya harap . Semua sabar dulu ye . Tapi , dah boleh buat persiapan kecil - kecil dulu . "
" Tapi saya dengar desas - desus . Perang akan tercetus . Betul ke ? " Tanya seorang Belia Lelaki .
" Kitorang bukan orang yang sesuai untuk jawab soalan tu . Sebab , takut nanti tersalah jawab . " Balas Maera dengan lembut . " Kita tunggu jawapan daripada Sidang Media Dato ' Sri Panglima Jentayu . "
" Saya nak tanya . Takde niat apa - apa dan cuma hanya nak tahu je . Itu je . " Tanya seorang Belia Lelaki dengan lembut . " Betul ke tempat kita ni , kawasan perumahan kita ni , ramai Golongan Freak ? "
Ahmadi tersenyum . " Sebelum kitorang jawab soalan kau tu , aku nak tanya korang semua balik . Apa yang korang faham tentang istilah Freak tu dan macam mana terciptanya perkataan tu ? "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ragi menyekah air matanya sementara Rasta kelihatan sedang mendengar sesuatu daripada Doktor yang merawat Rissa .
Rissa dimasukkan ke Hospital di Pulau yang menjadi rumahnya .
Keadaannya lemah . Tubuhnya susut sedikit . Wajahnya kelihatan pucat tidak bermaya dan agak cengkung . Seleranya makannya bagaikan mati .
Kelihatan Nurzaharah , Tatsumaki , Burano dan Ghowly berlari di kawasan koridor wad dan terus sahaja masuk ke bilik di mana Rissa berada .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Istilah Freak tu dituju kepada Manusia yang dilahirkan dengan kelebihan - kelebihan yang takde pada Manusia biasa . " Kata seorang Belia Wanita dengan lembut . " Contohnya , mampu berkomunikasi dengan menggunakan minda , boleh berkomunikasi dengan tumbuhan . Ada kelebihan macam menggunakan Elemen - elemen tertentu . "
" Istilah tu makin kuat melekat kat Golongan Freak sebab , ada beberapa insiden - insiden jenayah yang dilakukan oleh golongan ni sehingga meragut nyawa . " Kata seorang lagi Belia Lelaki dengan tenang . " Sebab tu , Golongan Freak dicemuh . "
" Jadi , pada pandangan korang , Golongan Freak ni , baik ke jahat ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut . " Jawab dengan jujur . "
Share this novel