BAB 73 - KEJORA

Fantasy Series 4007

Pendekar Bayu melenyapkan Gauntlet yang dijelmakannya pada kedua belah tangannya dan kemudian , dia mengaturkan semula nafasnya .
Dia hanya memandang ke arah musuh - musuh mereka yang berlari pergi meninggalkan mereka dengan melenyapkan diri dengan pancaran cahaya Elemen Warna dan Cahaya masing - masing .


" Aku harap . Kita dapat kekalkan keadaan ni sampai Didie dan kawan - kawan dia balik . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . " Kita dapat lengahkan bangsat - bangsat ni . "


Dr . Hasyim melenyapkan Bilah Lavanya lalu , mengawal kembali nafasnya . " Ya . Saya harap macam tulah . "


Putih berjalan ke arah Pendekar Bayu sambil menyarungkan kembali Pedang Lurusnya yang disangkutkannya pada belakang badannya . " Diorang dah pergi . Sekarang ni . Anggota pasukan saya pula yang akan uruskan diorang . "


" Lama lagi ke diorang kat sana ? " Tanya Sougaena Chong Wei Lee .


Putih menggelengkan kepalanya dengan perlahan . " Itu saya tak tahu . Bergantung dengan , macam mana Tuan Didie nilai anggota pasukan dia . "


" Jawapan kau , sebiji macam jawapan anak aku . Anak aku suruh kau jawab macam tu ke ? " Kata Pendekar Bayu lalu berjalan dengan perlahan - lahan . " Dahlah . Mari terus berkawal . Geledah semua tempat yang ada Tenaga Elemen asing yang mencurigakan . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi menghasilkan satu petak panjang yang berisikan air di belakang tempat dia berdiri .

Selepas itu , sembilan klon dirinya perlahan - lahan timbul dipermukaan air yang dijelmakannya tadi.


" Abang ni gila betul . Dia nak guna Klon Elemen pula ke ? " Tanya Sheila Asyikin di dalam hatinya .


" Sheila , apa kita nak buat sekarang ? " Tanya Ikhwan dengan jelas .

Suaranya itu jelas bergema di dalam semua minda anggota pasukannya .


" Tukar strategi . Semua terpaksa serang dan tangkap abang . Yang penting , jauhkan dia dari kawasan tu . " Jawab Sheila Asyikin dengan jelas . " Siti akan bantu Sheila untuk hancurkan longkang tu . "


Siti Maisarah mengarahkan mereka semua untuk mengambil posisi mereka masing - masing dan bersedia untuk melakukan serangan .


Ratni dengan pantas menyentuh permukaan tanah lalu , tunggul - tunggul kayu yang tajam dan menakutkan muncul di bawah Ahmadi .


Ahmadi melompat ke udara . Ahmadi melirik ke arah belakangnya kerana Aivira , Maera dan Muniandy muncul di belakangnya .


Aivira , Maera dan Muniandy menyerang Ahmadi dengan serentak .


Ahmadi melenyapkan dirinya dan muncul semula di atas tunggul - tunggul kayu yang dihasilkan oleh Ratni tadi dan sejurus selepas itu , tiga klon Ahmadi menyerang Aivira , Maera dan Muninady dengan menghasilkan Letusan Gelombang Elemen Air .


Aivira , Maera dan Muniandy terpelanting dengan kuat dan terpusing - pusing di udara sebelum terhempas ke tanah .


Ahmadi menghancurkan teknik Ratni tadi dengan menukarkannya menjadi serpihan - serpihan kecil dan terus melancarkannya kepada lawan - lawannya yang merupakan anggota pasukannya .


Siti Khumairah melibaskan tangannya lalu , teknik Ahmadi tadi bertukar menjadi debuan bara yang kemudiannya lenyap ditelan udara .


Naera dan Adam berlari dengan pantas dari arah kiri dan kanan Ahmadi .


Ahmadi dengan tenang menghalakan kedua belah tangannya ke arah Naera dan Adam .


Tiba - tiba , akar berwarna Hijau Kecoklatan keluar daripada tanah untuk menghalang serangan Ahmadi .


Siti Hawa yang menghasilkan teknik tadi mengeluarkan lagi beberapa akar untuk melilit badan dan tangan Ahmadi .


Tiga klon Ahmadi meluru dengan pantas untuk melakukan serangan terhadap Naera , Adam dan Siti Hawa .


Naera dan Adam terpelanting dengan kuat manakala Siti Hawa pula terseret terkena serangan klon Ahmadi .


Ahmadi dengan tenang melepaskan dirinya dengan menjadikan akar - akar yang melilitnya tadi kepada debuan ais .


Adam berdiri dengan agak kepayahan lalu meludah liurnya yang bercampur dengan sedikit darah . " ' Woi ' Die ! Mana ada adil macam ni ! Kitorang dah lemah sedangkan kau masih ada banyak tenaga lagi ! "


Ahmadi dengan wajah semacamnya menepuk dahi .

Selepas itu , dia memandang ke arah Adam dengan reaksi wajah semacamnya dan dengan gaya bersahajanya . " Dalam perang , adil dah takde dah ! Dah tak pakai ! Kau lemah ke , kau kuat ke , dah tak penting dah masa tu ! Yang penting , macam mana korang nak pertahankan apa yang korang nak ! "


Aivira menjerit dengan suara Hybridnya yang menggerunkan lalu menudingkan jarinya ke arah Ahmadi dengan geram . " ' Woi ' Kaki Buli ! Terus - terang jelah yang awak nak buli kitorang ! "


" Apa yang dijawab oleh Raja Pawana itu , memang tepat . " Kata Raja Eartha dengan lembut . " Dalam medan perang , sama ada kita telah lemah dan musuh masih lagi mampu untuk bergerak . Kita kena tetap untuk bertahan untuk melindungi dan menpertahankan apa yang kita harus pertahankan . "


" Kau nak mati sangat ke ? ! " Jerit Siti Nursamawi dengan geram .


" Korang tak nak lulus ke ? ! " Teriak balas Ahmadi dengan jelas .


" Akak akan korek perus Didie sampai terburai ! " Kata Siti Khumairah dengan garang lalu menjelmakan Pedang Elemennya . " Jangan ingat akak tak berani nak buat macam tu ! "


Ahmadi tersenyum . " Tak kisahlah ! Nak bagi terburai ke ! Hancur ke ! Terkoyak ke ! Siat ke ! "

Dia perlahan - lahan mengangkatkan kedua belah tangannya lalu , klon - klonnya bersedia untuk bergerak . " Satu je Didie pesan ! Elak serangan Didie elok - elok ! "

Sheila Asyikin hanya mendiamkan dirinya sementara kepalanya ligat berputar untuk mengatur strategi . Ada sesuatu yang bermain di mindanya .

Matanya liar memerhatikan sekitar tempat Ahmadi berdiri .


Tiba - tiba , Ahmadi seperti tersentak . Dia seperti berfikir sambil memerhatikan semua rakannya yang berada di hadapannya satu persatu .


Melihat keadaan Ahmadi yang seperti sedang dibuai kelekaan , Ratni cuba untuk meluru ke arah kiri Ahmadi namun , Ratni tiba - tiba sahaja terhenti .

Manakala rakan - rakannya yang lain terperanjat melihat akan sebab kenapa Ratni tidak meneruskan tindakannya .


Ratni berhenti daripada bergerak dan memandang ke arah Ahmadi . Dia menghalakan tapak tangannya ke arah Ahmadi . " Okey . Okey . Relaks . Relaks. "


Ahmadi menghalakan tapak tangannya ke arah Ratni .

Bilah - bilah Anginnya yang berwarna Biru Keunguan mengelilingi leher Ratni . " Kau silap kalau kau fikir , yang aku tak kesan pergerakkan korang ! "

Selepas itu , dia berjalan ke arah Permaisuri Fiirapi namun , dia berpatah balik dan terus sahaja melibaskan kedua belah tangannya lalu , Bilah - bilah Angin yang sama berputar - putar dan mengelilingi leher - leher rakan - rakannya . "

Kemudian , di kembali berjalan ke arah Permaisuri Fiirapi .


" Semua jangan bergerak . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . Suaranya itu bergema di dalam minda semua rakannya . " Ini salah satu Teknik Bilah Angin terkuat abang . "

Matanya melirik ke bawah memerhatikan Bilah - bilah Angin milik Ahmadi itu .


" Teknik Bilah apa ni ? " Tanya Siti Maisarah dengan jelas .


" Teknik Bilah Petir Pawana . Bilah ni ada Elemen Angin dan Petir . " Balas Sheila Asyikin dengan tenang namun , matanya merenung tajam ke arah Ahmadi yang seperti berbincang dengan para Pemimpin DiRaja yang menjadi saksi akan penilaian mereka .


" Apa ? Dia boleh guna Elemen Petir juga ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan agak pantas .


" Kan Sheila dah cakap tadi . Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya abang , semuanya dah terbuka . Jadi , abang boleh gunakan semua Tenaga Warna dan Cahaya Primer , Sekunder dan Tersier abang . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas .


Selepas beberapa ketika , Ahmadi turun semula ke bawah dan bertemu dengan Pasukan Nurzahirah .


" Abang tak sedap hatilah . Tengok dia macam tengah rancang sesuatu . " Kata Daniel dengan jelas . " Abang tak berapa berkenan dengan fikiran dan cara gila dia . "


Selepas itu , kelihatan beberapa orang Jururawat dan Doktor DiRaja muncul dan menghasilkan Cahaya di sekitar Pasukan Nurzahirah .


Ahmadi kelihatan tersenyum lalu dia berjalan sambil melenyapkan semua klon dirinya .

Petak Air yang dijelmakan olehnya tadi juga turut dilenyapkannya . " Korang nak adil sangatkan ! "


" Aku tak suka senyuman dia yang satu ni . " Kata Siti Nursamawi dengan perlahan .


Ahmadi melenyapkan Bilah - bilah Angin berpetirnya yang mengelilingi di sekeliling leher rakan - rakannya .

Selepas itu , dia mula menggerak - gerakkan kedua belah tangannya .

Seperti sedang melakukan Tarian atau Bunga Silat .


Sejurus selepas itu , corak Elemen Penyembuhan mula muncul di sekitar semua rakannya .


Stephen Akio Kenzo menjerit sedikit ketika merasakan tangannya yang tercabut seperti ' termasuk ' semula ke tempatnya .

Begitu juga dengan rakan - rakannya yang lain . Mereka merasakan kesakitan yang dialami oleh mereka , semakin hilang walaupun pada tubuh mereka memiliki Corak Penyembuhan yang dihasilkan oleh Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .


Selepas beberapa detik kemudian , Corak Elemen Penyembuhan itu beransur lenyap .


Sheila Asyikin hanya memandang ke arah Ahmadi dengan renungan tajamnya .

Sesuatu yang bermain difikirannya semakin rancak berpesta .


" Aku dah rawat semua kecederaan korang dan dah pulihkan tenaga korang ! Dan , untuk nak berlaku adil ! " Kata Ahmadi dengan lantang sambil tersenyum .

Dia memanggil Pasukan Nurzahirah agar menghampirinya . " Korang semua akan bertarung dengan aku dan Pasukan Rara ! "


" Apa yang dia nak buat ni ? " Tanya Muniandy dengan perlahan .


" Tak adillah korang ramai nak serang aku seorang ! " Kata Ahmadi sambil tersenyum lebar . " Kecuali Rara , Hara , Iecha dan Mandy . Budak yang kat depan korang ni , daripada kecil hingga besar . Masa lapang diorang , lagi banyak berlatih bertarung daripada bermain l ! Aku Cikgu diorang ! "


" Sheila tak suka dengan riak wajah abang . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan jelas .


" Pasukan korang akan bertarung dengan kitorang ! Kitorang akan halang korang daripada sampai ke kawasan ni ! " Jerit Ahmadi dengan lantang . " Biar berdarah tempat ni ! "


" Adamlah tadi ni . " Kata Naera dengan jelas . " Nak adil sangatkan . Ni , dia dah adil ni . Adil mental . "


" Janganlah nak merungut . Buka deria semua . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan ada nada tegas dalam suaranya itu . " Budak - budak tu , bukannya kita boleh buat main . Diorang hebat . "


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi saling bertentang mata dengan Ahmadi .


" Bersedia semua . " Arah Sheila Asyikin dengan tenang . " Budak - budak yang kat depan ni , semuanya anak didik abang . Termasuk budak yang berempat tu . Hara sejak dia dah diselamatkan , Rara dah ajar dia sikit - sikit . Jadi , dia pun termasuk . "


Ahmadi meluru dengan pantas ke arah Sheila Asyikin .


Beberapa anggota Pasukan Nurzaharah melepaskan tumbukan mereka ke tanah lalu , pokok - pokok besar yang menjalar dan saling berpaut antara satu sama lain muncul dan menjadi benteng untuk menjadi penghalang pasukan Sheila Asyikin untuk tiba ke kawasan penamat .


Sheila Asyikin melagakan tumbukannya dengan tumbukan Ahmadi lalu , satu letusan Tenaga Elemen yang amat kuat terhasil .


Sheila Asyikin memandang ke arah belakang Ahmadi dan Ahmadi juga melakukan perkara yang sama .

Tumbukan mereka menghasilkan percikan Bara , Api , Air dan Ais .


Siti Nursamawi bergerak dengan pantas untuk membantu Sheila Asyikin .


Daniel berpandangan dengan Nurzahirah manakala Siti Maisarah pula berhadapan dengan Nurzaharah .


Daniel menjelmakan sebilah Pedang Lurus berapi berjalur Jingga manakala , Siti Maisarah pula menjelmakan sebilah Pedang Lurus berapi Merah dan Biru berjalur Kuning dan Jingga .


Nurzahirah menjelmakan tiga bilah Air berjalur Merah yang berangin manakala Nurzaharah pula , menjelmakan tiga bilah Bara Berapi berjalur Biru .

Selepas itu , bilah Senjata Elemen mereka itu masing - masing membentuk sebatang Tongkat berbilah unik yang amat cantik .


Sedikit berkerut dahi Daniel dan Siti Maisarah melihat teknik itu .


Nurzahirah dan Nurzaharah melenyapkan diri mereka dan muncul pada atas bahagian belakang Daniel dan Siti Maisarah dan terus melakukan serangan .


Daniel dan Siti Maisarah dengan pantas menahan serangan itu sehingga menghasilkan letusan Tenaga Elemen Psikik yang agak kuat terhasil .


Aivira bertarung dengan Mojack sementara Aqilah pula bertarung dengan Selviana .


Siti Nursamawi menyasarkan sepakannya ke arah kepala Ahmadi .


Ahmadi menggengam penumbuk Sheila Asyikin dan melemparkannya ke udara dan selepas itu , dia menggenggam leher baju Siti Nursamawi dan menariknya rapat ke tubuhnya . " Ini yang aku suka . Kau melawan . Macam biasa . Kau takkan menang . "


Perasaan geram memicit tubuh Siti Nursamawi lalu dengan pantas , dia menghasilkan Bilah Lavanya pada ke dua penumbuknya dan terus sahaja mengarahkannya ke kepala Ahmadi .


Ahmadi dengan pantas melemparkan Siti Nursamawi ke udara dan selepas itu , ditumbuknya permukaan tanah lalu , sinaran bercahaya yang berwarna Biru dan Putih terhasil dan terus sahaja menghala ke arah Siti Nursamawi yang beradi udara .


Satu letupan terhasil di ruang udara sebaik sahaja sinaran bercahaya yang dihasilkan oleh Ahmadi tadi menyentuh tubuh Siti Nursamawi .


Sheila Asyikin muncul untuk menyerang Ahmadi dan Ahmadi dengan pantas , meletakkan tapak tangannya ke perut Sheila Asyikin dan terus sahaja menghasilkan Bebola Tenaga Elemen Bayunya .


Sheila Asyikin tercampak dengan kuat bersama sinaran bercahaya Biru dan Putih bersama Bebola Tenaga yang dihasilkan oleh Ahmadi tadi .

Satu letupan terhasil selepas beberapa detik dia tercampak itu .


Lesas bertarung dengan Rissa yang galak dan lincah bergerak dan melancarkan serangan .

Manakala Nezza pula bertarung dengan Lawea .


Lesas menghalang dan menepis serangan Tongkat Griffin Rissa yang padu dengan menggunakan pengalamannya selaku bekas Ketua Panglima DiRaja .

Namun , dia sedikit sukar untuk membaca pergerakkan Rissa yang lincah dan agak mengelirukan .

Dia melibaskan Pedang Besarnya ke arah Rissa namun , libasannya terhenti kerana dihalang oleh Rissa dengan Elemen Psikik .


Rissa berlari dengan pantas lalu , dia melompat dan mendarat di atas bilah Pedang Lesas .

Kemudian , dia mencabutkan Tongkat Griffinnya kepada dua .

Dipandangnya wajah Lesas yang agak terperanjat . " Maafkan Rissa Pakcik ! "

Diserangnya kedua sisi batang leher Lesas dengan Tongkat Griffin yang ada pada kedua belah tangannya dengan kuat dan padu .

Selepas itu , ditendangnya pula dada Lesas dengan kedua belah kakinya sehingga menyebabkan , Lesas terhumban ke belakang .

Tidak cukup sekadar itu , Rissa berputar dan menghasilkan Bebola Elemen melalui Tongkat Griffin yang ada pada tangan kirinya dan memukulnya dengan menggunakan Tongkat Griffin yang ada pada tangan kanannya .


Letupan yang agak kuat terhasil sebaik sahaja Bebola Tenaga yang dihasilkan Rissa tadi menyentuh tubuh Lesas .


Nezza dan Lawea beradu Pedang dengan tangkas .


Lawea bertarung dalam keadaan dia terapung di udara dan sesekali menjejakkan kakinya di atas permukaan tanah sambil terus bertarung dengan pantas .


Cara Lawea yang bertarung seperti itu , menyukarkan Nezza untuk membaca pergerakkan Lawea .


Lawea berputar dengan lembut sambil menghasilkan bulu - bulu Pelepah Burung Elemen dan menghalakannya ke arah Nezza .


Nezza dengan pantas melibas - libaskan Pedangnya untuk menghalang serangan yang dilancarkan oleh Lawea .


Siti Khumairah bertempur dengan Siti Aisyah .

Mereka berdua beradu kelincahan Silat mereka .

Mereka berdua saling menikam , melibas dan dan mengintai peluang yang mereka ada .

Siti Khumairah menekan belakang lutut Siti Aisyah dan menyebabkan Siti Aisyah terlutut ke tanah .


Siti Aisyah mengunci pergerakkan kaki Siti Khumairah sehingga menyebabkan Siti Khumairah terjatuh dan terlutut ke tanah .


Selepas itu , mereka saling mengacukan Keris Elemen mereka dan bertempik dengan suara yang amat garang dan bertenaga bersulamkan renungan mata yang amat menggerunkan .


Stephen Akio Kenzo bertarung pantas dengan Laeti yang galak menepis dan mengelak serangannya .

Dia melompat ke udara sambil melakukan Hand Sealnya dan terus sahaja menyemburkan Api daripada mulutnya .


Laeti membukakan mulutnya dan terus menghasilkan gelombang suara Psikik yang memadamkan semburan api Stephen Akio Kenzo tadi .


" Kat mana jelah Didie jumpa budak - budak pelik ni . " Kata Stephen Akio Kenzo di dalam hatinya .

Sebaik sahaja dia mendarat di atas tanah , dia menjelmakan Katana Elemennya .


Laeti juga menjelmakan Pedang Elemennya .


Tatsumaki mempertahan dirinya dengan tenang daripada serangan yang diterimanya daripada Hagia Sofea .

Dia yang merupakan bekas Pahlawan DiRaja Ahmadi dengan tenang mengelak serangan Hagia Sofea .

Dia dipindahkan ke Pasukan Sayap Merah dan Biru kerana , untuk melengkapkan lagi kekuatan yang ada pada pasukan itu .


Hagia Sofea dan Tatsumaki saling berbalas serangan dengan pantas .

Tendangan mereka berlaga lalu menghasilkan letusan Gelombang Psikik dan Gelombang Elemen mereka .

Tanah diseliling mereka merekah dan bertebaran ke segenap arah .


Siti Maisarah menangkap pergelangan tangan Nurzahirah dan memusingkannya .


Senjata Elemen yang dipegang oleh Nurzahirah terlepas .


Sewaktu Siti Maisarah hendak mencapai Senjata Elemen Nurzahirah itu , Nurzahirah memandang ke arah Senjata Elemennya dan mengenyitkan mata kanannya yang tidak ubah seperti Kristal yang berwarna Biru yang memancarkan cahaya Biru yang amat cantik .


Senjata Elemen Nurzahirah tadi bertukar menjadi cahaya yang berjalur abstrak dan terus berlingkar pada badan Siti Maisarah .


Nurzahirah yang terlepas daripada pegangan Siti Maisarah berputar di atas permukaan lalu menghasilkan lagi tiga corak abstrak di sekitar Siti Maisarah .

Selepas itu , dia menjelmakan sembilan rantai Angin yang dibaluti sedikit ais untuk mengikat pergerakkan Siti Maisarah .


" Ini teknik Didie ni . " Kata Siti Maisarah di dalam hatinya . "


Daniel berlari ke arah Siti Maisarah untuk membantu namun dihalang oleh Nurzaharah .


Nurzaharah menghasilkan puluhan Rama - rama pelik yang mana , Rama - rama Elemennya itu , memiliki mata yang tidak sama saiz.

Sebelah kecil dan sebelah besar . Juga memiliki sayap yang tidak sama saiz yang menyebabkan , Rama - rama Elemennya itu terbang tidak ketentuan .


Daniel melibas - libaskan Pedang Elemennya untuk membunuh Rama - rama Elemen Nurzaharah yang pelik tadi yang sedang mengerumuninya .


" Hara ! Jangan bagi meletup Rama - rama tu ! " Jerit Nurzahirah dengan kuat lalu mengangkat kepala Siti Maisarah .


" Rara nak buat apa dengan Mak ? ! " Jerit Siti Maisarah dengan lantang .


Dengan wajah yang mati , Nurzaharah berlari ke arah Nurzahirah dan mengangkat bahagian kaki Siti Maisarah sambil mengawal mindanya untuk mengawal tekniknya tadi .


Selepas itu , Nurzahirah dan Nurzaharah berlari sambil membawa dan mengangkat Siti Maisarah di atas kepala mereka .

Mereka tertawa terkekeh - kekeh , namun , Nurzaharah yang wajahnya bagaikan kaku , hanya matanya sahaja yang terpejam dengan mulutnya yang terbuka .


Permaisuri Fiirapi dengan rakan sejawatannya yang melihat suasana dan keadaan itu daripada atas dahan - dahan pokok yang berselirat , saling berpandangan sesama mereka .


" Beta bukanlah hendak berniat untuk berkatakan sesuatu yang akan menyinggung perasaan Tuanku Fiirapi . " Kata Raja Eartha dengan lembut dan tenang . " Akan tetapi , cucunda Tuanku Fiirapi yang berdua itu , seperti tidak betul sahaja . Sempat lagi cucunda yang berdua itu bersuka ria . "


" Kalau kalian semua hendak tahu , begitulah perangai dan tabiat Raja Pawana ketika beta dan mendiang Raja Winsa , mengajarnya berlatih bertarung dahulu . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan jelas . " Ada sahaja teknik yang pelik - pelik yang digunakan dan dihasilkannya . "


" Lihat sahajalah Rama - rama Elemen itu . " Kata Ratu Jeullbea pula . " Rama - rama apakah yang seperti itu kejadiannya ? "


Ketika Nurzahirah dan Nurzaharah berlari sambil mengangkat Siti Maisarah dan menuju ke arah Ahmadi , tiba - tiba , letupan yang kuat berlaku .

Sebaik sahaja mereka keluar daripada kepulan asap yang tebal , mereka berdua berlari sambil memegang pipi mereka .


Nurzaharah memegang kedua belah pipinya dan berdiri di depan Ahmadi yang mengukirkan wajah kehairanan .

Dia dan Nurzahirah memandang ke arah Ahmadi dengan mata yang berkaca dan bergenang air mata .


" Apa hal ? " Tanya Ahmadi dengan nada hairannya .


Sheila Asykin menghapuskan teknik Nurzahirah yang membelenggu badan Siti Maisarah . " Ni mesti abang yang ajar Rara ni . Ini teknik Abang ni . "


" Bangang punya kembar . Masa - masa macam ni pun nak main - main lagi . Kan dah mendapat . " Kata Siti Nursamawi pula sambil dia menghapuskan teknik Nurzaharah yang mengganggu Daniel .


" Kakak Patung lempang . Kuat . " Kata Nurzahirah sambil menggosok - gosok pipinya .


" Kakak Pipi Tembam lempang . Dua - dua pipi . Macam ni . " Kata Nurzaharah pula lalu menepuk kedua belah telapak tangannya dengan kuat . " Sakit . "

Mata kirinya yang seperti Kristal berwarna Merah bersinar dengan cahaya yang berwarna Merah yang amat cantik .


Ahmadi menumbuk tapak tangannya dengan geram dengan dengan reaksi wajahnya yang semacam . " Mari balas balik ! "


Nurzahirah dan Nurzaharah menjerit dengan kuat sambil mengangkatkan kedua belah tangan mereka ke udara .


" Tuanku Permaisuri Fiirapi haruslah bekerja keras untuk mendidik cucunda yang berdua itu . " Kata Raja Landlack dengan lembut . " Jika tidak , sudah tentulah , sifat Raja Pawana akan melekat kepada mereka buat selamanya . "


" Jika masih ada ruang lagi di dalam kepala mereka berdua . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan jelas dan tenang .


" Arahkan semua rakan - rakan kita berundur kejap . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang . " Sheila tahu tujuan abang nak kita bertarung dengan budak - budak ni . "


Siti Maisarah menganggukkan kepalanya lalu , dia mengarahkan semua anggota kumpulan mereka berundur dengan serta - merta dan arahannya itu dipatuhi dengan segera .


Melihat keadaan itu , Ahmadi dengan segera memanggil semua anggota Pasukan Nurzahirah agar berkumpul .


" Budak - budak ni , memang gila betul . " Kata Maera dengan jelas . " Cara diorang atur serangan dan mengelak memang pantas gila . "


" Diorang buat serangan yang mengelirukan kita . " Kata Nezza dengan lembut . " Tak sangka pula saya , Tuan Didie ajar diorang buat serangan macam ni . "

Dia memandang ke arah Nezza yang berdiri di sebelahnya sambil menggosok - gosok ke dua sisi batang lehernya . " Rissa pukul batang leher saya . Nasib baik tak patah . "


" Dengar sini . Abang dah berjaya kelirukan kita . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas .


" Apa maksud awak ? " Tanya Siti Hawa dengan tenang .


" Tujuan kita nak lulus je . Dan , nak sampai ke kawasan pokok tu . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut .


" Jadi ? " Tanya Ratni dengan agak pantas .


" Kenapa pula kita kena bertarung dengan budak - budak ni ? " Tanya Sheila Asyikin dengan jelas .


" Sebab diorang halang kita untuk sampai ke situ . " Jawab Adam dengan tenang .


" Bukan . Sebab abang nak alihkan perhatian kita . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . " Abang kelirukan kita dengan pertarungan ni sedangkan , kita sepatutnya fokus kat pokok tu . "

Dia memandang ke arah Ahmadi dan pasukan Nurzahirah yang memandang ke arah mereka . " Budak - budak ni berlakon dengan menyerang kita untuk buat kita percaya yang diorang , memang betul - betul nak halang kita tapi sebenarnya , diorang cuma nak alihkan perhatian kita je sebenarnya . " Kata Sheila Asyikin lagi . " Untuk buat kita percaya , abang arahkan diorang buat serangan betul - betul . "


" Macam mana kau boleh buat kesimpulan macam ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas .


" Sebab , ini salah satu cara untuk menipu musuh . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut . " Helah . Nak kelirukan musuh , salah satu caranya , kena berlakon . "


" Macam , Kakak Patung korang dah dapat tahu strategi ni . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Habis , tu , apa abang nak buat sekarang ? " Tanya Siti Aisyah dengan jelas dan tenang .


Ahmadi berpusing dan menghadap ke arah anggota Pasukan Nurzahirah . " Kita guna serangan dalam serangan dan perangkap dalam perangkap . "

Kemudian , dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Aku tak sedap hatilah . Mojack dan Selviana . Hasilkan Lingkaran Elemen Sutera korang . Perhatikan Elemen diorang . Risau - risau kalau diorang guna Klon Elemen . "


Mojack dan Selviana menghasilkan Lingkaran Sutera Elemen pada kedua belah tangan mereka dan selepas itu , mereka menumbuk ke permukaan tanah dengan kuat .


Lingkaran Sutera Labah - labah Elemen yang amat besar terhasil di atas lantai tanah .


" Didie dah halang Stephen daripada guna Teknik Klon Elemen . " Kata Aivira dengan jelas . " Bukan dia seorang je . Siapa - siapa yang tahu guna Teknik Klon Elemen , memang tak boleh guna dah sekarang . "


" Teknik ni , salah satu teknik tertinggi Puak Aexrixa . Teknik Penjejak Elemen . " Celah Aqilah dengan tenang . " Budak Aexrieca berdua tu dah tambah Elemen Serangan dalam teknik ni . Jadi , kita tak boleh nak leka . "


" Jadi , kita tak boleh nak jalan atas tanah nilah , kan ? " Tanya Muniandy dengan jelas dan tenang .


" Lebih kurang macam tulah maksud adik saya . " Balas Aivira dengan suara Hybridnya . " Bukan tak boleh . Boleh . Tapi tak boleh leka . Sebab . Kita tak tahu serangan yang macam mana budak berdua tu letak dalam teknik ni . "


" Aku buka serangan . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Lepas aku dah buka ruang . Aku nak semua yang ada kat sini , sepahkan semua yang ada kat depan ni . "


Sheila Asyikin dan semua yang berada di situ menumpukan perhatian mereka ke arah Siti Nursamawi .

Mereka semua agak terkejut dengan kata - kata Siti Nursamawi yang menggoncang gegendang telinga mereka .


" Aku akan musnahkan tempat ni dan hancurkan teknik ni . " Kata Siti Nursamawi lagi dengan tenang .

Selepas itu , dibukakannya semua Pintu Tenaganya yang dapat dirasakannya , yang telah terbuka . " Mungkin aku takdelah sekuat Didie tapi , aku setanding dengan tahap Sheila jadi , aku akan buka ruang dan aku nak korang semua manfaatkannya . Aku tak nak kita gagal kat sini . "


Ahmadi yang memandang kumpulan Sheila Asyikin daripada jauh , dapat mengesan perubahan Elemen Warna dan Cahaya Siti Nursamawi .

Selepas itu , dia berbisik di dalam hatinya . " Pipi tembam ni . Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya dia , dah semua terbuka ke ? "

Kemudian , dia memanggil Nurzahirah dan Nurzaharah . " Rara , Hara . Perhatikan keadaan serangan . Kalau terpaksa . Guna Teknik Banshee . Tangkap siapa je yang korang berdua dapat tangkap . "

Selepas itu , dia memandang semula ke depan . " Apa pun yang terjadi , jangan tinggalkan kawasan ni . Lagi satu . Korang guna apa je Teknik yang korang nak guna . "


Nurzahirah dan Nurzaharah menjelmakan Banshee Psikik mereka berdua .


" Budak kembar tu jelmakan Banshee Psikik diorang . " Kata Hagia Sofea dengan jelas . " Mesti sebagai pertahanan . "


" Lantaklah pertahanan ke . Serangan ke . " Balas Siti Nursamawi dengan jelas lalu dia menjelmakan Lingkaran Corak Elemen Baranya pada kedua belah tangannya .

Kedua belah tangannya daripada bahagian tapak tangan sehingga ke sikunya diselubungi asap . " Siti akan pastikan , serangan ni akan luluskan kita . "

Selepas itu , dia berjalan ke depan dengan gagah . " Korang semua sedia . Aku dah penat . Aku dahaga . Lapar . Tahap kebuluran dah ni . Aku nak makan . Perut aku tak pernah menangis macam ni . "


Sheila Asyikin memandang ke arah Siti Nursamawi dengan cuba mencerna apa yang hendak dilakukan oleh Siti Nursamawi .


Berkerut dahi Ahmadi tatkala melihat Siti Nursamawi berjalan ke depan .

Cuba mencerna akan apa yang hendak dilakukan oleh Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi berjalan sambil menggerak - gerakkan kedua belah tangannya sambil kerdipan bara Elemen Warna dan Cahayanya menyusuli setiap gerakan tangan yang dilakukannya .


Sheila Asyikin tersenyum lalu melihat gerakan tangan yang dihasilkan oleh Siti Nursamawi . " Semua sedia . Sheila akan buat serangan susulan . "

Selepas itu , dia berjalan ke depan dan memastikan semua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya yang telah terbuka , terbuka sepenuhnya dan melakukan gerakan tangan yang sama dan menjelmakan corak lingkaran yang sama seperti Siti Nursamawi namun , Elemen Api .


" Semua sedia . Abang tak rasa serangan perempuan gila dua orang ni , serangan yang biasa - biasa . " Kata Daniel dengan jelas .


Ahmadi yang melihat gerakan tangan yang dilakukan oleh Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tersentak dan selepas itu , dia tersenyum .

Kemudian , dia membukakan semua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya dan menghasilkan gerakan tangan yang sama seperti Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

Sambil dia melakukannya , sambil itulah dia menjelmakan corak lingkaran Elemen Air dan Anginnya pada kedua belah tangannya .


" Air , Api dan Angin . " Kata Siti Maisarah dengan lembut . " Akak tak rasa serangan ni , serangan yang kecil . "


Siti Nursamawi melompat ke udara dengan wajah yang garang dan bersedia untuk melepaskan tumbukannya ke tanah .


Sheila Asyikin melihat ke arah Siti Nursamawi sambil bersedia untuk menantikan gilirannya .


Siti Maisarah bersama dengan yang lain masing - masing bersedia untuk mengambil peluang untuk melakukan serangan dengan bersedia .


Permaisuri Fiirapi bersama dengan rakan sejawatannya juga menantikan serangan yang hendak dilancarkan oleh Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin .


Nurzahirah dan Nurzaharah bersama Banshee Psikik mereka yang terapung di belakang mereka , berjalan dan berdiri di hadapan pasukan mereka .

Sejurus selepas itu , Siti Aisyah , Mandy Chong Wei Tze , Tatsumaki dan Rissa berdiri sebaris dengan Nurzahirah dan Nurzaharah .

Anggota pasukan Sayap Merah dan Biru yang lain pula , berdiri di belakang enam ketua mereka dengan wajah yang bersedia .


Mandy Chong Wei Tze menjelmakan lima biji Kristal Yin dan Yang yang berelemenkan Air , Api , Angin , Tanah dan Petir yang berputar di belakangnya .

Untuk menghalang daripada sebarang serangan dan kemungkinan yang akan berlaku dan yang mungkin akan menimpa pasukan mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience