BAB 80 - DAPATKAN MAKLUMAT

Fantasy Series 4007

Nurzaharah mendarat di hadapan rumah yang tidak selayaknya dipanggil rumah .

Terlalu buruk untuk dipanggil rumah dan juga terlalu usang untuk dipanggil pondok .


" Ini ke rumah Rissa ? " Tanya Laeti dengan lembut .

Nalurinya dengan pantas tersentuh dan diselubungi dengan kepiluan .


Nurzaharah meletakkan kedua tapak tangannya lalu , dengan menggunakan kekuatan Banshee Psikiknya , dia melenyapkan Dinding Elemen Psikik itu .

Selepas itu , dia berlari ke dalam rumah . Tersentuh hatinya tatkala melihat keadaan ' rumah ' itu yang terlalu teruk dan teramatlah kotor .

Dia berjalan dengan perlahan menuju ke ' bilik ' untuk mencari Rissa .

Setibanya dia di hadapan sebuah ' bilik ' , dia mendapati , Rissa sedang duduk mengiring dengan kepalanya direbahkan di atas ' katil ' .

Perlahan - lahan dia meletakkan tangannya yang masih cedera dan berbalutkan corak Elemen Penyembuhannya di atas bahu Rissa .


" Cik Muda boleh keluar dari sini . Tinggalkan saya kat sini . " Kata Rissa dengan lembut dan perlahan . " Saya lebih rela mati kat sini daripada keluar tanpa dapat kemaafan daripada Tuan Didie . "


Ghowly dan rakan - rakannya teguh berdiri di luar walaupun hujan lebat menyirami mereka .


Tatsumaki yang masih lagi lemah , hanya memandang ke tanah . Air matanya menitik bersama dengan air hujan yang membasahi tubuhnya .


Selepas itu , Mojack dan semua rakannya terperanjat melihat Nurzaharah mendukung Rissa yang bagaikan tidak lagi bernyawa .


Di dalam Kem sementara yang dihasilkan oleh Pasukan DiRaja Lagenos , penghuninya dikejutkan dengan kemunculan Ahmadi bersama dengan Pasukan Sayap Merah dan Biru .


Terperanjat besar Putih dan semua rakannya tatkala terlihat Ahmadi dan semua anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru dalam keadaan lenjun .


" Putih . Hantar diorang ni semua pulang ke Lagenos . " Kata Ahmadi lalu , dia menjelmakan corak unik dan abstrak pada tangan kanannya dan corak itu turut muncul pada tangan kanan setiap anggota pasukan Nurzaharah .

Selepas itu , corak yang terhasil pada tangan setiap anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru itu terapung di udara dan meluru ke arah tangan kanan Ahmadi . " Korang akan digantung tugas hingga tarikh yang aku akan tentukan . Sekarang . Lepas Panglima Putih hantar korang ke Kem , balik . "


Lesas dan rakan - rakannya saling berpandangan .


" Hara . Balik ke Istana . " Kata Ahmadi dengan jelas .

Selepas itu , dia dengan tenang memandang ke arah Putih . " Kau gantikan aku kat sini kejap . Aku nak ke Dunia Manusia . "

Selesai sahaja dia menghabiskan ayatnya , dia melenyapkan dirinya bersama dengan pancaran Warna Elemen dan Cahayanya .


Kucina dengan pantas mendapatkan Nurzaharah kerana dia perasan akan corak Elemen Penyembuhan dan kecederaan pada kedua belah tapak tangan Nurzaharah .


" Apa yang berlaku ? " Tanya Kucina dengan lembut dan terus sahaja menyembuhkan kedua belah tapak tangan Nurzaharah . " Kat mana Tuan Didie bawa Cik Muda Hara ? "


Witchie meletakkan Tatsumaki di atas katil dan terus memeriksa aliran Tenaga Dalaman Elemen Warna dan Cahaya Tatsumaki .

Membesar matanya tatkala mendapati bahawa , aliran Tenaga Dalam Elemen Warna dan Cahaya milik Tatsumaki bercampur - baur dan tidak stabil .

Dipandangnya pula ke arah Rissa yang bagaikan tidak lagi bernyawa namun , mata Rissa masih lagi terbuka yang dibaringkan di atas katil oleh Selviana dan Ghowly .

Dilekatkannya matanya pada wajah Mojack . " Tuan Didie bawah korang ke mana ni ? "


" Kat Pulau . " Jawab Mojack dengan agak perlahan . " Kat rumah lama Rissa . "


" Apa ? ! " Tanya Nezza dengan agak kuat dan agak pantas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bandar bayu masih lagi kelihatan meriah disirami dengan cahaya - cahaya lampu yang beraneka warna .

Para penghuninya masih lagi berpusu - pusu ke sana ke sini untuk memenuhi kehendak dan keperluan masing - masing .

Namun apa yang pasti , insiden siang tadi telah menjadi hidangan mulut yang amat panas dan segar .


Kelihatan Ahmadi berdiri dan menyandar pada batang lampu di hadapan Kedai Elektronik yang memaparkan beberapa biji Television Cahaya versi yang terkini yang memaparkan insiden siang tadi .

Dia yang mengunyah Snek Kentangnya kelihatan agak bersahaja sambil mendengar laporan berita yang tergempar itu .

Selepas itu , kelihatan dia menganggukkan kepalanya dan kemudian , dia melihat ke arah Botol Sneknya . " Dah habis ? "

Dia mengeluh lalu , dia melemparkan bekas sneknya itu ke Tong Sampah dan berjalan menuju ke arah Kedai Serbaneka .

Dia memasuki kedai itu dan terus menuju ke bahagian minuman .


" Keluar ! Kedai ni tak jual apa - apa kat Freak macam awak ! " Jerit Juruwang kedai itu dengan lantang terhadap seorang pasangan warga emas .


Ahmadi mengintai daripada celahan gantungan Paket Jeruk .


" Tolong Pakcik nak . Pakcik nak beli Ubat batuk je untuk isteri pakcik . " Kata Pakcik tua itu dengan lembut sambil memeluk bahu isterinya yang mengenakan pelindung muka .


" Ubat takde jual kat sini ! " Kata Jurujual itu dengan lantang . " Racun nak ? ! Banyak kat belakang tu ! Ubat gegat pun ada kat belakang tu . Pilih yang mana nak ! "


Ahmadi ingin berjalan ke arah pertelingkahan mulut itu namun , rakannya yang juga Ketua Unit Siasatan Jenayah Pasukan Keselamatan , Santos masuk ke dalam kedai itu .


" Apa hal ni ? " Tanya Santos dengan tenang .


" Orang tua ni Encik . Diorang ni Freak . Datang ke sini nak beli ubat . " Jawab Juruwang itu dengan tenang .


" Bagi jelah . " Kata Santos dengan lembut .


" Encik . Kita tak boleh layan Freak dengan baik . Encik tengok tak berita insiden siang tadi . " Kata Juruwang itu dengan agak pantas . " Prof . Zenderall yang kita sangkakan baik tu pun , dah bermusuh dengan Freak yang lain . Kita tak boleh nak baik sangat dengan diorang ni . "


" Itu antara Prof . Zenderall dengan Freak yang terbang tu . Tak ada kaitan dengan Pakcik dan Makcik yang nak beli ubat ni . " Ujar Santos dengan tenang . "


Ahmadi mengganggu siaran CCTV dengan Gelombang Elemennya yang amat perlahan .


" Saya tak jual . Suruh dia pergi ke tempat lain . " Kata Juruwang itu yang tetap berdegil .


" Apa kata , aku beli Ubat Batuk tu dengan harga 10 kali ganda . " Kata Ahmadi dengan tenang lalu menunjukkan Ubat Batuk yang telah pun diambilnya dan memberikan sejumlah wang dan diletakkannya di atas meja Juruwang itu .

Selepas itu , dia memberikan Ubat Batuk tadi kepada pasangan tua itu .

Selepas pasangan warga emas itu keluar , dipandangnya Juruwang tadi . " Baki duit tu , kau boleh simpan . Beli sabun ke , Peluntur ke . Cuci mulut dan lidah kau tu sikit . Tak pun , kat belakang tu ada Racun Tikus . Ubat Gegat pun ada . Pilih mana satu yang kau nak . "


" Imbas ni cepat . Saya dahaga ni . " Kata Santos lalu meletakkan sebotol Kopi di atas meja .

Selepas itu , dipandangnya Ahmadi yang melihat Komik di Rak Peragaan . " Die . Tunggu saya kat luar . "


Ahmadi keluar dan berdiri membelakangkan Kedai Serbaneka itu .

Suasana dingin agak mencengkam tulang .

Dia yang mengenakan Jaket yang agak tebal , berpeluk tubuh sambil matanya melihat ke arah Kereta dan orang yang berjalan dan lalu - lalang .


" Lama tak nampak awak . " Kata Santos dengan tenang sambil dia membuka penutup botol minumannya .


" Aku ada je . " Balas Ahmadi dengan tenang .


Santos mengajak Ahmadi berjalan dengannya .


" Kau tak kerja ke ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .


" Baru habislah . Sekarang ni aku berjaga - jaga je . Kot - kot ada panggilan daripada Ibu Pejabat . " Balas Santos sambil memasukkan botol minumannya ke dalam Jaketnya yang panjang .


" Panas kes siang tadi tu . " Kata Ahmadi dengan tenang . "


" Mau tak panas . Pasal kes tu je . Kes laporan pasal Freak , beratus lepas tu . Ada je laporan . " Balas Santos dengan tenang dan jelas . " Tak faham langsung saya dengan fikiran sesetengah orang . "


" Maksud kau ? " Tanya Ahmadi .


" Yelah . Nak label orang dengan gelaran Freak . Bagi sayalah . Freak atau normal . Itu biasa . Bukan semua Manusia dilahirkan dengan normal . Sesetengahnya dilahirkan dengan kelebihan tersendiri . " Balas Santos dengan jelas . " Kalau nak jadi atau nak buat jahat . Tak payah jadi Freak . Yang normal pun banyak buat jenayah . "


" Eloklah kalau kau fikir macam tu . Sekurang - kurangnya , ada jugalah Manusia normal yang memihak kat Manusia Freak . " Balas Ahmadi dengan sedikit senyuman menghiasi bibirnya .


" Adalah yang berpihak kat Freak . Kesian kat diorang . Dilabel dan dihina macamlah diorang tu bukan Manusia . Contohnya macam yang tadilah . " Kata Santos dengan tenang . " Nak beli ubat je kot . Bukannya nak merompak . Janganlah sampi kurang ajar sangat . Orang tua tu . "


Ketika Ahmadi dan Santos sedang bersembang itu , mereka dikejutkan dengan jeritan seorang Wanita yang dikejar oleh dua orang lelaki ke arah sebuah lorong yang bercahaya agak malap .

Mereka berdua dengan pantas berlari ke arah itu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Okey . Okey . Awak kenal dengan Penyerang tadi . " Kata Naera dengan jelas dan tenang .

Dia dan semua rakannya , berada di rumah Sheila Asyikin dan berada di ruang tamu kedua yang terletak di bahagian tingkat di mana bilik Ahmadi , Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Nurzahirah berada . " Sekarang ni , saya nak tanya . Kat mana kita nak cari maklumat pasal suspek ni . "


" Kat Dunia Mitos tapi , kat kawasan bandar yang tak elok . " Balas Sheila Asyikin dengan manja sambil dia duduk bersila di atas sofa bersebelahan dengan Siti Nursamawi .


" Apa maksud akak dengan perkataan yang ' tak elok ' tu ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan wajahnya berkerut sedikit .


Sheila Asyikin membuat reaksi wajah manjanya yang masam . " Dadah . Kongsi Gelap . Arak . Judi . ' Pompuan ' tak elok . Macam - macamlah yang tak elok . Semua ada kat situ . Kelab Malam pun ada . "


" Awak pernah ke pergi situ ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .


" Pernahlah beberapa kali . Tapi itu pun dengan abang . Kalau seorang , memang taklah . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut dan jelas . " Masa kitorang nak cari maklumat pasal kes pembunuhan kat satu bandar dekat - dekat dengan bandar tu . "


" Didie ? " Tanya Siti Nursamawi dengan tenang .


" Abang , selalu . Pasal kebanyakkannya maklumat pasal penjenayah , memang senang nak dapat kat sana . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas . " Yang penting , kena pandai . "


" Apa maksud awak ' pandai ' tu ? " Tanya Maera dengan agak pantas .


" Duit . " Jawab Sheila Asyikin juga dengan agak pantas .


" Didie beli maklumat ke ? " Tanya Adam dengan tenang .


" Tak . Abang tak pernah bayar . " Jawab Sheila Asyikin dengan manja lalu , dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Abang guna cara dia . "


" Apa cara Pakcik ? " Tanya Nurzahirah dengan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dua orang lelaki , cuba merompak seorang wanita .


" Hoi ! Hoi ! Jangan apa - apakan perempuan tu ! " Jerit Santos sambil dia mengacukan Pistol .


" Tolong ! " Jerit Wanita itu sambil menangis .


Dua orang lelaki itu hanya tersenyum sambil menunjukkan Parang yang berada di genggaman mereka .

Salah seorang daripada mereka mengacukan Parang itu ke arah wanita itu .


" Kau lindung aku . Jangan jadi bodoh nak buang peluru kau . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Banyak borang yang kau nak isi nanti . "


" Awak nak buat apa ? " Tanya Santos dengan jelas .

Selepas itu , dia mengeluh . " Awak jangan jadi bodohlah . Awak tangan kosong . Dua celaka ni berparang . Awak nak mati kat sini ke ? Harga Batu Nisan dah mahal sekarang ni . Jangan susahkan saya nak isi borang tambahan . "


Ahmadi tersengih lalu dia berlari dengan pantas dan menyerang dua perompak itu dengan kelajuan normal .

Sekejap sahaja dia dapat menewaskan dua penjenayah itu .

Selepas itu , dipandangnya wajah Santos sambil tersenyum . " Telefonlah kawan kau sekarang . "


Beberapa minit selepas itu , kelihatan sebuah Kereta Peronda tiba untuk membawa dua perompak tadi ke Balai Polis untuk tindakan selanjutnya .


Ahmadi memukul bahu Santos dengan lembut . " Okeylah . Aku nak merayap . Nak layan kepala . "


" Yelah . Jaga diri . " Kata Santos sambil menyambut salaman tangan Ahmadi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Abang dah lama tak balik . Entah apa jadi kat sana tu pun . Kita tak tahu sangat . " Kata Sheila Asyikin dengan manja . " Ni kalau abang tahu lagi yang penyerang tu Knight dari Dunia Mitos , Sheila yakin . Mesti dia pergi kat bandar tu . Kalau tak malam ni , esok . "


" Mungkin . Mungkin dia akan pergi seorang . " Celah Maera dengan agak pantas dan jelas .


Sedang Sheila Asyikin dan semua yang berada di situ berbual , mereka dikejutkan dengan kehadiran Ahmadi .


Nurzahirah dengan agak pantas beralih dan duduk di atas lantai .


" Mana satu Gelas Rara ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .


" Depan pakcik . " Jawab Nurzahirah lalu , dia menuangkan Sirap Limau Ais ke dalam Gelasnya dan memberikannya kepada Ahmadi .


Ahmadi mengeluh seketika selepas dia membasahkan tekaknya . " Mana anak orang kaya tu ? "


" Dia kat rumah Zen . Polis ambil keterangan untuk lengkapkan siasatan dan laporan pasal kes siang tadi . " Jawab Muniandy dengan jelas .


" Kau kenalkan penyerang tu ? " Tanya Siti Nursamawi dengan tenang .


Ahmadi menganggukkan kepalanya dengan agak bersahaja . " Nama dia Makmi . Knight . Pahlawan pelarian . Dia keturuan Hybrid tapi , tinggal kat Dunia Mitos . Keluarga sebelah bapa dia yang Manusia . Mak dia Bangsa Mitos . "

" Apa yang awak nak lakukan sekarang ? " Tanya Ratni dengan tenang .

" Takde apa . Tunggu Stephen . Aku nak dia aktifkan ' kembar ' kita untuk siasat ahli keluarga dia yang tinggal kat sini . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Atau pun . Korang jelah yang siasat . Tapi , pastikan takde satu pun , takde seorang pun yang tahu pergerakkan korang . "


" Takde hal . " Balas Sheila Asyikin dengan agak pantas dengan nada manjanya . " Tapi , diorang Rara ni , macam mana ? "


" Rara , Iecha dan Mandy . Ada kerja lain . Buat sementara ni . Diorang rehat dulu . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Tunggu cuti . Nanti . Abang bawa diorang bertiga ni buat kerja diorang . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience