Sheila Asyikin dan Vanessa Valarie dengan segera memperlihatkan kekuatan Tenaga Elemen mereka yang sebenar dengan membukakan semua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka .
" Siti ! Hasilkan sembilan corak Lapisan Kejora kat sekeliling ni ! " Jerit Ahmadi sambil terus beradu kekuatan tumbukan dengan Dyrad yang kelihatan semakin dikawal oleh Tenaga Elemen rasukan sumpahannya .
Siti Nursamawi dengan pantas membukakan semua Pintu Tenaga Elemennya dan terus menghasilkan salah satu teknik Kejora ciptaan mereka .
Walaupun telah sembilan Pintu Elemennya yang telah terbuka , namun , dia masih sedikit ketinggalan di belakang Sheila Asyikin .
Namun , itu bukanlah penghalang baginya untuk berada sebaris dengan dua rakan dunia dan akhiratnya itu .
Selepas dia melakukan gerakan tangan yang unik , sembilan corak lingkaran yang amat abstrak dan unik terhasil di sekitar mereka .
Wajah Ahmadi dan Dyrad semakin tegang kerana mereka saling menolak serta saling beradu kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka .
Suara rintihan halus yang Ahmadi dan semua anggota pasukannya dengar melalui deruan angin semakin membuatkan mereka kehairanan .
Ahmadi tidak mahu terganggu dengan rintihan kesedihan yang bersulamkan kesakitan itu , dia mengawal minda dan perasaannya agar dia tidak dikawal oleh emosinya . " In ! Vael ! Guna teknik sembilan lingkaran Pawaka dan Samudera ! Gabungkan teknik tu dengan Tenik Kejora Siti ! "
Vanessa Valeria mempertemukan kedua belah tapak tangannya dengan kuat lalu , lima ekor Dolphine Elemen dan empat ekor ikan Clown Elemen menjelma bersama dengan semburan air di sekitar tempat dia berdiri dan terus sahaja bergabung dengan Teknik Kejora yang dihasilkan oleh Siti Nursamawi .
Sheila Asyikin pula , menjelmakan sembilan ekor Burung Elemen Api yang amat cantik dan terus sahaja menggabungkannya dengan teknik Kejora yang dihasilkan oleh Siti Nursamawi seperti mana arahan Ahmadi tadi .
Nurzahirah dan Nurzaharah yang terapung - apung di udara hanya melihat Teknik - teknik manipulasi Elemen yang dihasilkan itu .
" Bila pakcik nak ajar kita buat teknik macam tu ? " Tanya Nurzaharah dengan lembut .
" Entahlah . Tapi rasanya , kita boleh je minta pakcik ajar nanti . " Balas Nurzahirah dengan lembut . " Bukan Hara dah banyak ke teknik macam tu ? "
" Steph ! Aku tak tahu teknik apa yang kau ada tapi , aku nak kau sedia ! " Jerit Ahmadi dengan lantang .
" Takde hal ' bro ' ! " Balas Stephen Akio Kenzo lalu , dia melakukan hand sealnya dan kemudian , lima tugu Pahlawan Shinigami yang dihasilkannya tadi masing - masing memegang Katana yang amat menakutkan dan beraura mistik yang mengerikan .
" ' Woi , woi , woi ' ! Aku tak suruh kau kurung perasaan dia ! " Jerit Ahmadi dengan lantang dengan reaksi wajah semacamnya yang tegang .
" Bukan awak cakap tadi awak tak tahu ke teknik apa yang saya ada ? ! " Jerit Stephen Akio Kenzo kembali dengan nyaring .
" Memanglah aku tak tahu ! Tapi tak bermakna aku tak tahu jenis - jenis teknik puak kau ! " Balas Ahmadi dengan garang dengan wajahnya yang masih garang bersulamkan reaksi wajah semacamnya .
Stephen Akio Kenzo kembali melakukan hand sealnya dan kemudian , lima tugu Pahlawan Shinigaminya menyarungkan kembali Katana mereka dan menggantikannya dengan sejenis Tameng Kuno yang unik .
" ' Sssaakiit ' . " Suara Dyrad merintih di dalam deruan angin yang bertiup .
Semua anggota pasukan Ahmadi yang mendengar suara Dyrad terkesima .
Ahmadi berusaha untuk mengawal mindanya .
Selepas itu , dua Pahlawan Elemen Ais dan Angin muncul pada bahagian kanan dan kiri di setiap rakan Ahmadi yang tertangkap tadi dan terus sahaja menghapuskan teknik Dyrad yang menangkap rakan - rakannya .
Kemudian , Pahlawan Elemen yang dihasilkannya tadi lenyap semula .
Maera dengan pantas mengarahkan rakan - rakannya yang telah dilepaskan itu untuk bersedia pada jarak yang sesuai .
" Maafkan saya . " Kata suara Dyrad lagi yang amat sayu nada suaranya .
Ahmadi menjelmakan sembilan corak unik dan amat abstrak pada tangan kanannya lalu , cincin yang dipakainya bersinar dengan amat terang .
Selepas itu , corak tadi mula menjalar pada tangan kanan Dyrad sehingga ke bahagian bahu .
Kemudian , aura dan tenaga misteri yang dikeluarkan oleh Dyrad , kelihatan seperti terserap dan masuk ke dalam cincin yang dipakai oleh Ahmadi .
Sejurus selepas itu , empat Pahlawan Elemen Flora berelemenkan Ais dan Air yang mana , dua lelaki dan dua wanita menjelma dan terus sahaja memegangg tubuh Dyrad dengan kuat .
Ahmadi melompat ke belakang dan menanggalkan cincinnya dan membiarkan cincinnya itu , terapung untuk menyerap sebanyak mana aura misteri dan tenaga sumpahan yang di deritai oleh Dyrad .
Dia kemudian menghasilkan sembilan lapisan unik dan abstrak Teknik Kejoranya yang berelemenkan ais, air dan dan angin .
" Maafkan saya , semua . " Kata suara Dyrad yang sayu di dalam deruan angin yang kuat . " Saya tak dapat nak kawal diri saya . "
Ahmadi menjelmakan puluhan tali halus yang berwarna Perak dan tali - tali itu terus sahaja membentuk satu corak unik pada tubuh Dyrad .
Tiba - tiba , satu lembaga Pahlawan yang menakutkan menjelma di belakang Dyrad .
Wajah yang bengis dan menakutkan . Berketinggian tujuh kaki dan lengkap dengan pakaian tempur zaman kuno .
Tenaga sumpahan kuno yang dideritai oleh Dyrad membentuk seorang Pahlawan Elemen yang amat menakutkan dengan tenaga yang amat menyeramkan .
Ahmadi dan rakan - rakannya terperanjat melihat kemunculan Pahlawan itu .
Pahlawan itu melepaskan satu letusan tenaga sehingga menyebabkan semua yang berada di situ tercampak dan terseret ke belakang .
Kecuali Nurzahirah dan Nurzaharah yang terapung di udara .
Siti Nursamawi , Sheila Asyikin dan Vanessa Valarie yang mengawal teknik mereka juga terseret ke belakang sehingga teknik mereka lenyap satu persatu .
Selepas itu , Dyrad lenyap bersama dengan teknik yang dihasilkan oleh Ahmadi terhadapnya bersama dengan Tenaga Pahlawan kuno tadi dengan perkataan , " Maafkan saya . "
Teknik Elemen yang dihasilkan oleh Dyrad juga turut lenyap .
Ahmadi melihat ke arah cincinnya yang telah terjatuh di atas rumput yang mengeluarkan asap nipis bersama dengan cahaya yang semakin malap .
Dia kemudiannya , menghampiri cincinnya itu dan melenyapkannya bersama dengan keluhan .
" Siapa yang kita lawan tadi tu ? Dyrad ke atau Pahlawan lain ? " Tanya Naera dengan perlahan sambil dia meletakkan tangannya di atas bahu Ahmadi dengan lembut .
" Dyrad . Yang kita lawan tadi tu , Dyrad . Tapi tenaga yang dia gunakan tadi tu , bukan tenaga dia . " Balas Ahmadi dengan tenang .
Vanessa Valarie merendahkan tubuhnya dan mendakap Ahmadi yang kelihatan terganggu .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tersentak dengan wajah semacam mereka melihat tindakan Vanessa Valarie .
Ahmadi berdiri dengan perlahan - lahan tanpa menutupkan semula Pintu - pintu Tenaganya namun , dia melenyapkan Teknik Elemen yang digunakannya ketika dia bertarung dengan Dyrad tadi . " Dyrad cakap , dia saja - saja datang ke sini . Aku tak percaya cakap dia . Aku nak korang semua siasat setiap kawasan ni . Tengok kalau ada apa - apa yang mencurigakan . "
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dapat mengesan akan betapa sakitnya perasaan Ahmadi ketika ini .
Begitu juga dengan Vanessa Valarie yang turut merasakan perasaan yang sama .
Ahmadi melompat ke arah dahan sebatang pokok . " Rara , Hara . Korang berdua ikut pakcik . "
Selepas itu , dia bergerak untuk melakukan siasatan .
Nurzahirah dan Nurzaharah mengekori Ahmadi daripada udara .
" Mari siasat keadaan sekeliling . " Ajak Siti Hawa dengan tenang dan arahannya itu dilaksanakan oleh rakan - rakannya .
" Vael kenapa ada kat sini ? " Tanya Sheila Asyikin dengan lembut dengan atas kepalanya yang mengeluarkan asap nipis yang beralun lembut .
" Saya nak jumpa koranglah . Korang berdua . Tapi tak sangka pula dengan keadaan tadi . " Jawab Vanessa Valarie dengan jelas sambil melihat ke arah atas kepala Sheila Asyikin .
" Nak jumpa kitorang ? Kenapa ? " Tanya Siti Nursamawi dengan tenang dengan kedua belah matanya dan hidungnya yang mengeluarkan asap . " Nak ajar cara nak peluk Didie ke ? "
" Jangan nak merepek boleh ? Saya nak cakap pasal Dyrad . Saya ada terserempak dengan dia . Dia ada ada cakap sesuatu . " Balas Vanessa Valarie dengan jelas . " Mari . Kita ronda kawasan ni . Sambil - sambil tu , saya ceritakan kat awak berdua . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dyrad muncul di halaman rumahnya di dalam Hutan Kabus .
Dia jatuh terjelopok dalam keadaan yang lemah dan sedang menahan kesakitan yang teramat sangat .
Dia menggenggam rumput dengan seerat yang dia mampu sambil mengerang kesakitan .
Tubuhnya masih lagi memancarkan cahaya hasil daripada teknik yang digunakan oleh Ahmadi .
Corak yang terhasil daripada teknik itu bagaikan corak flora yang amat unik dan amat abstrak .
Corak flora itu mula terukir pada dahinya dan membentuk satu corak flora Puak Nymph , puaknya yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .
Corak pada dahinya itu kemudiannya bersinar dengan terang . Dia menjerit dengan nyaring kerana menahan kesakitan yang kuat mencengkam tubuhnya .
Jeritan kesakitannya semakin kuat ketika warna corak pada dahinya tadi berubah kepada warna Hijau , Hijau Muda dan Kuning serta Jingga .
Tidak lama kemudian , corak itu akhirnya perlahan - lahan menjalar menuju ke arah jari manis kanannya yang tersarungnya cincinnya .
Batu cincinnya bersinar dengan terang ketika jalur - jalur corak itu bagaikan masuk ke dalam Batu Cincin itu .
Selepas beberapa detik , dia tertiarap dengan lemah membiarkan kesakitan yang memijak dirinya hilang dengan beransur - ansur .
Batu cincinnya masih lagi menyalakan pancaran cahayanya yang bersinar terang dengan cantik dan akhirnya , lenyap dengan perlahan - lahan .
Dia pengsan di depan rumahnya bersama dengan beberapa ekor Raven dan Gagak yang mengelilinginya .
Tanpa disedarinya , hujung rumput - rumput yang menyentuh dirinya yang tertiarap itu , bersinar dengan cahaya yang amat malap .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Apa maksud betina tu dia nak mati dengan Didie ? " Tanta Siti Nursamawi dengan jelas .
" Manalah saya tahu . Diakan dah kena sumpah . Kalau ikut daripada penilaian saya . Masa tu , dia masih lagi dapat kawal diri dia . Sebab , masa kitorang bertarung , dia masih lagi guna teknik - teknik asal dia . Maksud saya , teknik yang memang dia punya . " Balas Vanessa Valarie dengan tenang . " Tak macam tadi . Teknik yang dia guna tadi tu . Memang dah sah - sah teknik sumpahan kuno tu . "
" Tapi , suara tu . Sheila rasa . Itu memang suara Dyrad yang sebenar . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut .
" Saya pun rasa macam tu . Dia macam dah hampir sepenuhnya dikawal oleh tenaga sumpahan tu . " Kata Vanessa Valarie dengan tenang . " Kalau tak , semua rakan kita yang kena tangkap tadi , dah lama mati . "
Siti Nursamawi berhenti daripada melompat daripada dahan ke dahan dan tindakannya itu turut diikuti oleh Sheila Asyikin dan Vanessa Valarie . " Aku dapat terima kalau dia memang tak berniat nak serang kitorang semua tadi . Tapi , aku tak suka kalau dia nak mati dengan Didie . "
" Bukan awak seorang jelah . Jangan saya , Sheila pun sama . Dan semua rakan kita pun akan rasa dan fikir perkara yang sama . " Balas Vanessa Valarie dengan lembut . " Yang saya risaukan , satu perkara je . "
" Apa dia ? " Tanya Sheila Asyikin dengan agak pantas .
" Ikut daripada apa yang saya tahu . Sumpahan ni hanya akan jadi lebih tak terkawal kalau , orang yang kena sumpah tu , berjumpa dengan seseorang yang ada hubungan perasaan dengan dia . " Balas Vanessa Valarie dengan jelas . " Contohnya , macam ahli keluarga atau pun , seseorang yang istimewa dengan dia . "
" Didie dan Dyrad tu , pernah bercinta dulu . Diorang berpisah pun , pasal sumpahan nikan . " Kata Siti Nursamawi dengan lembut lalu dia berpeluk tubuh . " Jadi , dia akan makin dikawal oleh Tenaga Sumpahan tu kalau , dia berjumpa atau terserempak dengan Didie . Ataupun , dia terserempak dengan ahli keluarga dia . "
" Betul . Sumpahan ni akan buat kita rasa kesunyian dengan memisahkan kita daripada semua yang pernah ada hubungan dengan kita . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut lalu , dia bersandar pada batang pokok dan melepaskan keluhannya . " Akhirnya , kita mati tanpa siapa yang tahu . "
" Dunia saya kat laut . Saya tak boleh sangat ada kat darat terlalu lama sebab , tanggungjawab saya lebih kat laut berbanding kat darat ni . " Kata Vanessa Valarie dengan lembut . " Saya cuma , boleh harap kat awak berdua untuk jaga Didie . "
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi memandang ke arah Vanessa Valarie .
" Sebab kau tahu , Didie akan cuba sesuatu untuk sembuhkan dia . " Kata Siti Nursamawi dengan lembut . " Aku rasa . Aku dengan Sheila dapat teka apa yang ada dalam kepala otak kau tu . "
" Kita kenal Abang dah lama . Dan kenal dia macam mana . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut . " Dia lebih utamakan orang yang dia sayang lebih daripada diri dia . "
" Sebab tu , saya perlukan awak berdua untuk sentiasa jaga dia . " Kata Vanessa Valarie dengan jelas . " Kalau dia boleh jaga kita semua berbanding dia jaga diri dia . Kenapa pula kita tak boleh jaga dia sama macam dia jaga kita semua , kan ? "
Angin yang berhembus melalui celah daun - daun hutan membelai tubuh Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Vanessa Valarie dengan lembut .
Membiarkan fikiran dan perasaan mereka larut bersama tiupan bayu yang seakan mengerti akan perbualan mereka .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kelihatan Ahmadi dan rakan - rakannya berjalan keluar daripada Kem Sempadan yang menjadi medan pertempuran semalam .
" Jom balik sekarang . Kita tengok dunia kita pula . " Kata Ahmadi dengan bersahaja nadanya .
" Saya nak mandi . Lepas tu , rehat kejap . Tidur . " Kata Siti Hawa dengan lembut . " Habis melekit ketiak . "
" Suka hati kaulah . Janji , jumpa dalam pukul lima nanti . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Yang lain pun sama . "
Nurzaharah mengangkatkan tangannya dengan manja dengan wajahnya yang kaku .
" Hara nak apa ? " Tanya Ahmadi dengan agak pantas .
Share this novel