Rate

BAB 15 HARAPAN DAN CAHAYA BARU

Fantasy Series 3820

Cahaya Sang Mentari semakin redup . Tiupan bayu yang dingin semakin terasa . Cengkerik dan Unggas malam juga mula mengambil tempat selaku penghibur malam . Rancak irama yang dinyanyikan .
Tujuh buah kapal telah pun berlabuh di tujuh buah jeti di sebuah pulau yang tidak diberikan nama . Hanya gelaran sahaja yang menjadikan pulau itu dapat dikenali . Juga digeruni . Pulau yang berbungkuskan misteri . Pulau Tanpa Cahaya .

Keadaan di dalam Penjara Hujung Kerajaan sedikit terganggu kerana sebilangan banduan cuba mencetuskan provokasi dan huru - hara . Namun , keadaan itu dapat dikawal oleh Pegawai - pegawai Penjara yang ditugaskan untuk menjaga Penjara itu .
Pegawai yang memang dilatih dengan kekerasan . Untuk kekerasan dan demi kekerasan .

" Hoi banduan dan waris banduan ! " Teriak salah seorang banduan dari balik pokok yang agak besar . " Korang ingat , semua tak guna kat luar tu dapat terima korang ke hah ?! Sedarlah sikit ! "

Banduan itu melompat ke atas batu . " Korang tu banduan ! Waris banduan ! Manalah ada orang yang nak ambil kita ni untuk berkerja ! Kita hanya akan merempat dan mengemis kat luar tu ! "

" Kau diam ! " Jerit salah seorang banduan lelaki yang tua . Hampir separuh daripada usianya telah habis begitu sahaja di dalam penjara itu . Ahli keluarganya juga turut bersama menemaninya .
Undang - undang yang amat menakutkan dan amat menyedihkan . Sekiranya seseorang itu didapati bersalah melakukan perbuatan yang boleh mengancam kedaulatan negara , si pesalah dan seluruh ahli keluarga si pesalah akan diheret ke Pulau Tanpa Warna . Menghabiskan sisa usia mereka .

Bukan banduan tua itu sahaja yang bersuara malah , hampir seluruh banduan yang lanjut usia dan waris - waris banduan turut membantah apa yang diperkatakan oleh Banduan tadi .

" Kalau kau nak lagi hidup dalam keadaan yang teruk macam ni , itu terpulang pada kau ! Makan macam tak makan ! Mandi macam tak mandi ! Tidur macam tak tidur ! " Jerit banduan tua itu . " Aku dan yang lain kat sini , dah insaf dan bertaubat ! Kitorang takkan buat kesalahan yang serupa lagi ! Kitorang dah sebulat suara , akan memohon keampunan dengan Yang Mulia Raja Winsa sekiranya keluar nanti ! Kau jangan cuba nak cetuskan huru - hara kat sini ! "

" Hoi orang tua ! Kau fikirlah baik - baik ! Kenapa pula diorang nak bebaskan penjenayah macam kita ?! Kenapa pula diorang nak bebaskan ahli keluarga kita ?! " Jerit banduan itu dengan lantang . " Kau nak tahu untuk apa ?! Untuk duitlah bodoh ! Untuk duit ! Semuanya hanya untuk duit ! Diorang akan jual kita sebagai hamba abdi ! Untuk dieksploitasi ! "

" Kau jangan cuba nak hina Yang Mulia Raja Winsa ! " Balas banduan tua itu . " Kalau sekali lagi kau hina Yang Mulia Raja Winsa , aku akan bunuh kau kat sini ! Kalau aku ditakdirkan mati kat tangan kau kat sini , aku tak kisah ! Sekurang - kurangnya , aku gembira kerana mati demi menjaga nama baik Yang Mulia Raja Winsa dan untuk membuktikan kat keluarga aku yang aku akan gembirakan diorang dengan kematian aku . Kerana aku mati demi Raja yang aku sanjungi ! "

Banduan yang cuba mencetuskan huru - hara tadi melompat ke udara dengan pantas namun , belum sempat dia mendarat , dia disambut dengan satu hentakan yang keras sehingga terhempas ke tanah dengan kuat . Banduan itu hanya mampu mengerang kesakitan .
Seorang daripada Pegawai Penjara itu mengheret banduan tadi lalu berdiri di depan banduan tua yang telah terduduk dan terperanjat kerana serangan Pegawai Penjara yang tiba - tiba sahaja muncul . " Kau dah lama kat sini jadi , aku tak salahkan kau kalau kau tak tahu apa - apa pasal benda yang telah jadi kat luar tu . Korang sama sekali telah terputus dengan apa - apa pun jenis perhubungan dan pengetahuan kat luar sana sebaik sahaja kaki korang bertapak kat pulau ni . "

Banduan tua itu berdiri dengan perlahan - lahan dan memandang ke arah Pegawai Penjara yang memakai Topeng yang amat menggerunkan .

" Raja Winsa telah tiada . Raja Winsa dah mangkat . " Kata Pegawai Penjara lalu berjalan dan mengheret banduan yang dihentaknya tadi .

Berita itu telah mengejutkan semua banduan dan waris banduan yang telah insaf . Ada di antara mereka yang mengalirkan air mata kerana sedih . Rindu . Dan perasaan yang amat bersalah .

Banduan Tua itu tersentak . Sebak mula mengusik tubuh tuanya . Ait matanya mengalir . Dia terlutut ke tanah lalu menangis . " Maafkan saya Raja Winsa . Saya tak sempat nak minta maaf . "

***********************************************************************

Ahmadi dan Sheila Asyikin berdiri di atas kapal bahagian hadapan dan ditemani oleh Permaisuri Fiirapi . Kapal itu dikawal oleh Pasukan yang diketuai oleh Putih , Paquine dan Merowran .
Sebuah pasukan yang hanya berkhidmat untuk Raja dan hanya mendapat arahan secara langsung daripada Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Anakanda ku Putera Pawana dan Puteri Pawaka . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Detik hari ni adalah detik yang bersejarah dalam kerajaan kita . Mendiang Ayahanda mesti gembira sekiranya ayahanda masih ada bersama kita . "

Sheila Asyikin tersenyum tatkala mendengar apa yang diungkapkan oleh Permaisuri Fiirapi lalu memeluk tubuh Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

Ahmadi mengisyaratkan agar pintu penjara itu di buka . Sebaik sahaja menerima isyarat daripada Ahmadi , Pegawai Penjara yang seramai sembilan orang dengan perlahan - lahan membuka pintu penjara itu yang tingginya sama seperti bangunan tujuh tingkat .

Tidak lama selepas itu , sedikit demi sedikit penghuni penjara yang mendapat keampunan daripada Permaisuri Fiirapi keluar dari dalam penjara yang hanya dipenuhi dengan kesedihan , kesuraman dan penyeksaan yang tidak dapat dibayangkan .

Ada di antara mereka yang bersujud sambil menangis
teresak - esak , ada yang menangis sambil berjalan menuju ke jeti , dan ada juga yang menangis sambil mengukirkan senyuman . Tidak kurang juga ada yang menggendong anak kecil sambil menangis dan tersenyum .

Putih mengarahkan agar lampu dibuka . Cahaya daripada Lampu Mutiara Suria menerangi kawasan jeti itu . Kawasan itu dengan pantas disirami cahaya yang terang benderang .

Kelihatan seorang ibu mengarahkan anak - anaknya agar cepat berjalan untuk naik ke kapal dengan segera . Si ayah pula sedang mengangkat beg pakaian yang lusuh di belakang badan dan di kedua belah tangannya . Wajah mereka yang kelihatan kusam mula dihiasi dengan satu harapan .
Seorang tua pula terketar - ketar mengangkat pakaian dan keperluan yang diperlukan sambil sebelah tangannya memeluk isterinya yang juga telah lanjut usia . Oleh kerana kudrat yang telah dimamah usia , si tua berkenaan jatuh sebelum tiba ke jeti namun , dia tidak membiarkan isterinya ikut terjatuh bersamanya . Kudrat tuanya telah dikerahkannya agar isterinya tidak ikut terjatuh bersamanya . Air mata tuanya menitis . Namun demi satu nawaitu yang terlahir di dalam benaknya , dia berusaha untuk terus melangkah bersama isterinya yang dicintainya . Walaupun pergerakan mereka terlalu perlahan .

Melihat keadaan itu , Ahmadi menanggalkan Jubah DiRajanya . Dia melipatkan pergelangan baju dan pergelangan kakinya malah , dia juga menanggalkan kasutnya .

Melihat keadaan itu , Permaisuri Fiirapi menjadi hairan . Namun , dibibirnya terukir satu senyuman yang lahir daripada lubuk hatinya yang paling dalam . Dia tahu apa hendak dilakukan oleh Ahmadi .

Ahmadi berjalan ke tepi kapal lalu memandang ke arah Sheila Asyikin agar turut bersamanya namun ditegah oleh Permaisuri Fiirapi .

" Adinda Pawaka seorang perempuan . Tidak manis berada di bawah sana dan dikelilingi oleh ramai lelaki . Biar sahaja dia di sini untuk menemani bonda . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut sambil tersenyum .

Ahmadi membalas senyuman Permaisuri Fiirapi lalu melompat ke udara dan terus mendarat berhampiran si tua yang terjatuh tadi .

" Biar saya tolong . " Kata Ahmadi dengan lembut sambil menggendong isteri si tua di belakangnya . " Mari kita naik ke kapal bersama - sama . "

Kehadiran Ahmadi di situ amat mengejutkan mereka .

" Kau siapa anak muda ? " Tanya si tua dengan suaranya yang terketar - ketar .

Yasha yang kebetulan berada di situ turut terperanjat sebaik sahaja dia terlihat Ahmadi di jeti berkenaan dan dia dengan segera menghampiri Ahmadi .
Setibanya dia di hadapan Ahmadi , dia terus memberikan hormat .

Tindakan Yasha itu mengejutkan para banduan yang berada di situ . Orang tua tadi terlihat akan Pendan DiRaja yang dipakai Ahmadi lalu dengan segera melakukan perbuatan yang sama sambil menangis teresak - esak .
Perbuatan orang tua itu sisusuli oleh yang lain .

" Korang semua bangun dan berdiri balik ! " Jerit Ahmadi dengan nada yang bercampur ketakutan yang agak misteri sehinggakan bulu romanya meremang . " Beta juga makhluk ! Tak layak untuk disembah ! Berdiri balik ! "

Orang tua itu menggelengkan kepalanya sambil terus menangis dengan semahunya . " Hamba yang hina telah melakukan kesalahan yang besar . Sehingga melukakan hati mendiang Yang Mulia Raja Winsa dan Yang Mulia Permaisuri Fiirapi . Hamba tak sempat nak minta ampun dan maaf kepada mendiang Yang Mulia Raja Winsa . Hamba takkan angkat kepala dan berdiri selagi Tuanku tak letakkan kaki Tuanku di atas kepala hamba sebagai tanda keampuan buat hamba yang hina ini . Tolong ampunkan hamba dan isteri hamba . "

" Beta takkan melakukannya ! Beta bukannya siapa - siapa . Hanya makhluk yang diberikan mandat untuk kalian rakyat jelata semua ! Beta hanya melakukan kerja beta ! Demi untuk sekalian rakyat ! " Kata Ahmadi dengan jelas . " Dengar apa yang hendak beta katakan ini dan tolong ingat sampai ke mati ! "

Putih dan rakan - rakannya , baik yang mengawal di atas Bahtera DiRaja yang menempatkan Permaisuri Fiirapi dan Sheila Asyikin , mahupun yang mengawal di ketujuh - buah jeti dan kapal , serta para banduan dan keluarga banduan , semuanya memusatkan pandangan dan pendengaran mereka terhadap Ahmadi .

" Beta cuma cuma menjalankan kerja beta ! Hanya meneruskan apa yang ditinggalkan oleh Mendiang ayahanda beta ! Beta hanya meminjam gelaran ini untuk sementara . Entah esok atau lusa , beta juga akan pergi menghadap yang Maha Kuasa ! Apa kalian ingin sekiranya beta mati , beta diseksa di alam kubur disebabkan apa yang kalian buat sekarang ? Jangan buat begini ! Ia menakutkan beta ! Bangun dan berdiri sekarang ! " Kata Ahmadi dengan panjang lebar dengan suaranya yang jelas dan lantang .

Ahmadi yang berasa seperti digenggam oleh satu perasaan ketakutan bersulamkan misteri yang kuat , dia dengan bersahaja namun jelas diselimuti kegeraman pada riak wajahnya , ditariknya telinga Yasha dengan kuat sehingga menyebabkan Yasha terjerit . " Kau bangun sekarang . Sebab kaulah diorang ni semua buat macam ni . "

Yasha hanya menyapu - nyapu telinganya dengan wajah yang agak semacam . Dia tidak menyangka yang Ahmadi menarik telinganya dengan kuat .
Putih dan rakan - rakannya yang mengawal Kapal DiRaja ada yang tertawa dan ada juga yang hanya tersenyum .

" Korang bangun sekarang ! " Teriak Yasha dengan lantang dengan wajah yang semacam . " Kalau tak , saya pula yang tarik telinga korang nanti ! "

Ahmadi menggaru kepalanya lalu menoleh ke belakang melihat ke arah Permaisuri Fiirapi dan Sheila Asyikin dan kemudian memandang semula ke arah sedikit daripada ribuan rakyat jelata yang kini telah berada di bawah naungannya . Ahmadi menarik nafasnya sedalam yang dia mampu dan menghembusnya dengan perlahan .

Permaisuri Fiirapi memeluk bahu Sheila Asyikin dengan lembut sambil tersenyum . " Dengar . Kanda anakanda itu tentu ingin berkata sesuatu . "

Sheila Asyikin memeluk tubuh permaisuri dengan erat .

" Lihat ke arah Kapal besar tu ! Bonda Permaisuri sedang melihat ke arah kita semua ! " Kata Ahmadi dengan tenang .

Semua bekas banduan itu memandang ke arah Permaisuri dan Sheila Asyikin dan Sheila Asyikin pula melambai ke arah mereka dengan gaya kebudak - budakkannya .

" Keluarga beta ingin melihat kalian semua bahagia ! Hidup dengan memulakan sesuatu yang baru ! Bina semula kehidupan kalian ! Ukirkan kembali senyuman kalian yang telah lama hilang ! Lupakan apa yang telah berlaku ! Apa yang telah berlaku , biarkan berlalu dan jangan dikenang semula ! Ingat baik - baik tempat ini dan jangan balik semula ke sini ! " Kata Ahmadi dengan jelas dan lantang . " Dengan nama Dzat yang memegang nyawa kita semua ! Beta mulakan dengan namaNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ! Beta , Putera Mahkota Lagenos , Raja Pawana ! Dengan ini memberikan keampunan kepada kalian semua ! "

Selesai sahaja Ahmadi menyudahkan titahnya , Putih adalah yang mula - mula sekali melakukan gerakan hormat DiRaja .

" Semoga dalam Perlindungan dan jagaan Yang Maha Melindungi , Raja Pawana ! " Kata Putih dengan penuh semangat .
Selepas itu , seluruh anggota pasukannya melakukan gerakan hormat dan melaungkan lafaz yang sama . Sejurus selepas itu pula , gerakan hormat DiRaja itu dilakukan oleh seluruh bekas banduan itu , juga diselangi dengan laungan lafaz yang sama .
Laungan yang kuat itu menyebabkan kawasan itu bergema .

Putih berdiri semula lalu mengesat air matanya namun , di bibirnya terukirkan satu senyuman . " Ya Yang Maha Mengaturkan segala sesuatu , tetapkanlah hati ku dan hati seluruh anggota pasukan ku agar tetap berada di bawah jagaan mu dan janganlah Engkau , pisahkan kami dengan Tuanku Putera Pawana dan Tuanku Puteri Pawaka . Ya Yang Maha Mengkabulkan , kau kabulkanlah doa ku . "

Selepas itu , kelihatan Ahmadi menggendong isteri si tua tadi sambil diekori oleh si tua yang berjalan di sisi kanannya .
Ketika dalam berjalan itu , di sisi kiri Ahmadi , berjalannya seorang
kanak - kanak lelaki dalam usia enam atau enam tujuh tahun . Wajah budak itu comel namun agak comot . Dia memimpin dua orang adiknya . Seorang lelaki dan seorang perempuan .

" Cepat dik , cepat naik ke kapal . Kita nak ke rumah baru . " Kata Ahmadi sambil tersenyum dengan nada mengajuk budak - budak untuk bergurau .

Budak lelaki itu tersenyum . " Jauh ke lagi rumah baru untuk mak dan ayah ? "

Pertanyaan budak lelaki itu memijak hati Ahmadi . Air matanya hendak tumpah namun dia menahannya . " Jauh . Jauh sangat . Jauh dari tempat ni . "

" Cepat dik . Kita nak pindah ke rumah baru . " Kata budak lelaki comel itu . " Kita tolong mak dan ayah kemas rumah baru ya . "

" Tak payah kemas . Abang dan kawan - kawan abang dah kemas . Bila sampai nanti , ajak adik - adik rehat . Ajak mak dan ayah
sekali ya . " Pintas Ahmadi dengan lembut .

Adik perempuan budak comel itu terjatuh di atas jeti namun , tidak melepaskan anak patungnya yang sangat kotor . Budak comel itu mendirikan semula adik perempuannya .

Ahmadi melihat ke arah ayah budak lelaki comel itu . Ditangan lelaki itu telah penuh dengan segala keperluan untuk keluarganya manakala isterinya juga membawa kain - kain dan baju .

Ahmadi yang pada ketika itu sedang menggendong isteri si tua pada belakangnya , dia merendahkan sedikit badannya dan menggendong pula adik perempuan budak lelaki comel tadi .

" Mari cepat . Kita tinggalkan tempat ni . " Kata Ahmadi kepada ayah budak lelaki comel itu sambil tersenyum .

" Terima kasih Tuanku . " Balas ayah budak lelaki comel itu sambil mengikuti langkah kaki Ahmadi dengan bersemangat .

***********************************************************************

" Betul ke akak boleh buka pintu tu ? " Tanya Siti Aisyah dengan nadanya yang bercampur keraguan . Dia mengikut ayahnya yang bertandang ke rumah Ahmadi .

" Jangan mengada - ngada Kak Siti . " Sampuk Mandy Chong Wei Tze pula sambil mengelap cermin matanya . Dia juga mengikut ayahnya ke situ .

Nurzahirah menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Entahnya Kak Siti ni . Dahlah bilik kitorang ni jauh kat atas . "

" Korang ni . Banyak bunyilah . " Balas Siti Nursamawi dengan bersahaja . " Bukannya kita naik tangga pun . Naik lif . Itu pun masih nak membebel lagi . "

" Persoalannya sekarang , akak boleh ke buka pintu tu . Kalau boleh buka , takpelah juga . " Celah Siti Aisyah .

" Korang tengok jelah nanti . Balas Siti Nursamawi acuh tidak acuh . Malas hendak melayan . " Korang juga yang nak ikut tadi . Sekarang bising pula . "

Tidak lama kemudian , Siti Nursamawi , Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze tiba di hadapan bilik Sheila Asyikin yang terletak di hadapan bilik Ahmadi .

Pada waktu yang sama , seorang wanita berkulit hitam manis telah tiba di Airport Bandar Bayu Timur . Dia mengukirkan senyuman manisnya . " Saya dah pulang ke rumah . "

Siti Nursamawi memegang tombol pintu bilik Sheila Asyikin dan mendapati ia terkunci .

" Kenapa akak masih nak putar - putar tombol pintu tu sedangkan akak tahu yang bilik ni memang berkunci ? " Tanya Siti Aisyah dengan lembut .

" Akak cuma nak dengar bunyi mekanisme tombol pintu ni . Itu je . Lain tombol , lain bunyinya . " Jawab Siti Nursamawi lalu mengambil dua klip rambut yang terpasang kemas pada rambut Mandy Chong Wei Tze .

" Akak ni dah kenapa ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze yang terkejut dengan perbuatan Siti Nursmawi .

Ketika Siti Nursamawi hendak memasukkan dua batang klip rambut yang telah pun diubahkan bentuknya ke dalam lubang tombol pintu bilik Sheila Asyikin , telinganya tiba - tiba sahaja ditarik dengan kuat .

" Korang buat apa ni ? " Tanya Siti Nurjannah dengan bersahaja namun tidak melepaskan telinga Siti Nursamawi .

" Kak Siti yang ajak . Dia cakap , dalam bilik kak Sheila mesti ada barang - barang dari Dunia Mitos . " Jawab Nurzahirah dengan pantas.

" Dia ajak kitorang untuk jadi saksi . " Sampuk Mandy Chong Wei Tze pula .

" Kak Siti cakap , mesti dalam bilik Kak Sheila tu gila cantik macam bilik Puteri dalam cerita fantasy . " Celah Siti Aisyah pula .

" Kecil - kecil lagi dah membohong ! Aku lempang juga korang ni nanti ! " Kata Siti Nirsamawi dengan agak geram . " Korang yang nak sangat ikut tadi ! "

Siti Nurjannah melepaskan telinga Siti Nursamawi namun , dicubitnya pula pipi gebu adiknya itu . " Dah besar macam ni pun masih tak berubah . "

" Dah , tepi . " Kata Siti Khumairah lalu mengeluarkan gugusan kunci daripada poket baju tidurnya dan terus membuka pintu bilik Sheila Asyikin .

***********************************************************************

Malam yang dingin mengambil tempat . Cahaya bulan purnama menyinari malam yang gelita . Taburan bintang pula menghiasi dada langit yang luas terbentang . Ditemani dengan tiupan bayu yang
sepoi - sepoi bahasa .
Tujuh buah kapal sedang berlayar di lautan . Menuju ke sebuah pulau yang akan memberikan satu harapan baru untuk penghuninya .

Kelihatan semua penumpang kapal sedang beristirehat di dalam ruang yang telah disediakan .
Ada yang berselubung dengan selimut yang kotor warnanya namun , itulah kain yang dapat menghangatkan tubuh mereka . Ada yang beralaskan dengan kain yang agak lusuh . Malah , ada yang tidur dengan berbantalkan lengan . Namun , lena mereka nyenyak .

Suara bayi menangis kedengaran . Si ibu berusaha mendodoikan bayi pertamanya . Berbisik perlahan untuk memujuk . Matanya sedikit berkaca .

" Anak akak sakit ? " Tanya Isabell . Seorang sukarelawan yang sudi membantu usaha Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Wanita itu tidak menjawab pertanyaan Isabell . Dia menundukkan kepalanya . Matanya semakin berkaca namun , dia terus mendodoikan bayinya . Dengan perlahan .

" Akak jangan macam ni . " Pujuk Isabell dengan lembut lalu memegang bahu wanita itu . " Kalau anak akak sakit , kita bagi rawatan yang sewajarnya . "

" Anak akak lapar susu . " Jawab Wanita itu dengan agak perlahan diselangi dengan tangisan seorang ibu . " Akak makan pun macam tak makan . Akak tak ada susu yang cukup untuk anak akak ni . "

" Mari ikut saya . " Kata Isabell dengan lemah lembut sambil tersenyum .

Ahmadi muncul di atas kapal yang ke tujuh . Dia perlu memeriksa keadaan anak kapal dan penumpang kapal . Dia tidak mahu berlaku sebarang masalah .
Tiba - tiba , Sheila Asyikin muncul lalu memijak kakinya dengan kuat .

" In dah kenapa ? " Tanya Ahmadi dengan perlahan kerana menahan sakit . " Kenapa tak tidur lagi ? "

" In tahu , abang nak periksa keadaan . In nak ikut . In dah cakap kat bonda . Dan bonda perkenankan . " Jawab Sheila Asyikin .

Tiba - tiba , dua orang Dayang Permaisuri Fiirapi muncul dengan Cahaya Elemen masing - masing . " Tuanku Puteri , Yang Mulia Permasuri panggil untuk menghadap . "

" Padan muka , menipu lagi . " Pantas sahaja Ahmadi menyindir Sheila Asyikin . " Dah , pergi jumpa bonda . Cakap kat bonda , abang pun suruh balik . "

Dengan wajah yang masam. Sheila Asyikin mendengar kata - kata Ahmadi dan terus sahaja melenyapkan dirinya untuk bertemu dengan Permaisuri Fiirapi .

Suasana di dalam kawasan penumpang kelihatan tenang . Semua penghuninya telah pun berehat .
Ada juga yang masih lagi terkedip - kedip mata memandang ke siling kapal .
Seorang lelaki sedang duduk bersandar . Termenung sambil memegang kepala anak sulung lelakinya . Dan kemudian , dia memandang pula ke arah isterinya yang sedang memeluk anak perempuannya . Selepas itu , dipandangnya pula ke arah anak ke tiganya . Yang sedang dipeluk oleh anak sulungnya .
Disandarkannya kepalanya ke dinding lalu memejamkan matanya .

" Kenapa tak tidur lagi ? " Tanya Ahmadi dengan lembut .

Lelaki itu terperanjat lalu hendak memberikan hormat kepada Ahmadi namun Ahmadi menegahnya .

" Hamba tak dapat lelapkan mata . Mungkin hamba tak mengantuk lagi . " Kata Lelaki itu dengan sopan . Namun sedikit gugup .

" Mari kita ke atas . " Pelawa Ahmadi sambil tersenyum dan lelaki itu menurutinya .

" Siapa nama awak ? " Tanya Ahmadi .

" Nama hamba Nezza , Tuanku . " Jawab Nazza . Dia kelihatan sedikut tidak selesa .

Tidak lama selepas itu , Ahmadi dan Nezza telah pun berada di atas kapal yang sedang membelah lautan .
Di atas kapal itu , terdapat beberapa anggota pasukan Putih yang sedang berkawal namun , kelihatan seperti bersantai . Menikmati keindahan alam malam .

Ahmadi menyapa Damgo . " Kopi ada lagi tak ? "

Damgo tanpa berlengah menuang kopi ke gelas lalu memberikan gelas yang berisi kopi kepada Ahmadi yang telah pun duduk bersila di sisinya .

Ahmadi mempelawa Nezza duduk bersamanya .

Nezaa hanya menuruti pelawaan Ahmadi namun jelas kelihatan yang dia sedang dibungkus oleh perasaan malu .

" Bukan untuk akulah . " Kata Ahmadi sebaik sahaja Damgo menghulurkan segelas Kopi . " Untuk Nezza . "

Nezza hanya tersenyum sebaik sahaja Damgo meletakkan segelas Kopi O di depannya . Senyum yang dipaksa .

" Minumlah . " Pelawa Damgo dengan lembut . " Tak payah nak malu - malu sangat . Anggap je kitorang kat sini ni macam kawan awak . "

" Jadi , apa yang awak fikirkan sampai awak tak boleh nak tidur ? " Tanya Ahmadi dengan perlahan .

Nezza tidak menjawab pertanyaan Ahmadi . Dia berasa sungguh kerdil di hadapan Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi .

" Kalau ada apa - apa yang kitorang boleh tolong , kitorang tolong . Jangan malu . " Celah Hose pula yang sedang duduk berlunjur bersandarkan pagar kapal . Di mulutnya berselitkan Curut yang bermutu tinggi .

" Tuanku , hamba sebenarnya ... " Nezza tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana disampuk oleh Putih dengan lembut .

" Tuanku Pawana tak suka dipanggil dengan gelaran macam tu . Itu perkara pertama yang perlu awak tahu tentang Raja Pawana . " Kata Putih dengan jelas . " Tuanku lebih suka kalau awak panggil dia dengan gelaran Tuan je . Tuan Didie. "

" Tapi kalau kat depan Yang Mulia Permaisuri , jangan pula awak panggil Tuan , putus kepala awak nanti . " Sampuk Kucina lalu disambut dengan sedikit tawa yang kecil .

Nezza memegang gelasnya . Dia mengeluh berat . " Hamba cuma fikirkan tentang nasib keluarga kecil hamba . "

" Maksud awak ? " Tanya Yasha dengan perlahan walaupun pada hakikat yang sebenarnya , dia dan rakan - rakannya sudah dapat menebak akan apa yang sebenarnya yang ada di dalam fikiran Nezza .

" Ada ke orang nak ambil bekas banduan macam hamba ni sebagai pekerja ? " Tanya Nezza . Dia berterus - terang . Jelas walaupun nadanya perlahan .

" Ada . " Jawab Kozie dengan pantas .

" Siapa ? " Tanya Nezza .

" Aku . " Pintas Ahmadi dengan perlahan . " Aku yang akan ambil kau sebagai pekerja . Bukan kau sorang je , semua yang berada dalam kapal ni aku akan bagi kerja dan akan dibayar gaji . "

Nezza memandang Ahmadi . Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang menepuk - nepuk gegendang telinganya .

" Tuan tak malu ? Hamba ni bekas banduan . " Kata Nezza dengan terang . " Tuan pula adalah keturunan DiRaja . Nanti apa yang akan kerajaan lain yang akan anggap kalau Tuan ambil bekas banduan macam kitorang semua sebagai pekerja . "

" Kalau kau nak tahu , diorang yang kat sini ni adalah merupakan Kapten Panglima Perang DiRaja . Yang lain pula ada berkawal kat enam lagi kapal yang lain . " Kata Ahmadi sambil tersengih . Dia memandang ke arah semua rakan - rakannya . " Dan hampir semua daripada diorang ni , bukannya yang berasal daripada keluarga DiRaja atau pun yang berasal daripada keturunan yang berwibawa seperti kerajaan lain yang wujud kat dalam Dunia Mitos ni . "

" Apa maksud Tuan ? " Tanya Nezza .

" Yasha , dan Damgo . Diorang berdua tu bekas Petani je . Kozie tu , bekas Kaki Pukul . Hidup dia tak lengkap kalau sehari tangan dia tak belasah orang . Kucina , dia tu pencuri barang kemas . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Witchie , dia tu Pembunuh Upahan . Hose tu pula bekas orang besar dalam perniagaan Black Market . "

" Dulu , hidup kitorang memang teruk . Kitorang macam tak ada terfikir langsung pasal benda - benda yang bersandarkan faktor kekeluargaan . " Sampuk Kozie dengan perlahan . " Tapi , kitorang terfikirkan satu hal yang sama . "

Nezza memandang ke arah Kozie .

" Sampai bila kitorang nak hidup macam tu . " Sampuk Yasha dengan tenang . Lalu dia tersengih . " Kitorang langsung tak sangka yang kitorang sebenarnya diintip oleh Putih . "

" Tuan Didie yang arahkan saya . Tuan Didie hairan , kenapa korang semua sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa . " Kata Putih dengan lembut . " Sebab tu kitorang diarahkan untuk mengi ntip dan mengekori korang semua . "

" Tuan Didie bagi kitorang pilihan . Sama ada nak hidup untuk menyusahkan keluarga atau nak hidup untuk membanggakan keluarga . Kitorang diberi masa seminggu untuk beri jawapan . " Pintas Witchie dengam lembut .

" Dalam masa seminggu tu , apa yang hamba semua buat ? " Tanya Nezza .

" Tuan Didie kurung kitorang dalam bilik dan dalam bilik tu pula , hanya ada satu Light Screen yang hanya memaparkan rakaman keluarga dan rakan - kitorang setiap hari . Setiap detik . " Celah Kucina dengan perlahan . Matanya berkaca . " Saya rindukan keluarga saya masa tu . Masa tulah saya dapat rasakan , betapa pentingnya menjaga hati keluarga terutama sekali ibu dan ayah . Dan mereka yang sayangkan kita . "

" Tuan Didie berikan peluang untuk kitorang . Peluang yang hanya akan datang sekali dalam seumur hidup . Tuan Didie uji bakat kitorang kat Pulau kematian . "

Nezza menganggukkan kepalanya dengan perlahan namun , dia masih diam membisu .

" Hasilnya , kitorang kat sini . Berbakti untuk Agama , Negara , Bangsa dan Keluarga . " Celah Witchie dengan lembut .

" Apa yang kitorang nak cakap ialah ... " Sampuk Merowran dengan tenang . " ... kalau sekali hidup kita berubah , dengan keinginan kita yang kuat untuk menggembirakan jiwa yang kita sayang , tak ada yang mustahil untuk kita nak ubah sekali lagi kehidupan kita . Apatah lagi demi untuk menggembirakan darah dan daging kita . Tuhan takkan membebankan hambanya dengan sesuatu yang hambanya tidak boleh buat . Dia nak tengok sejauh mana usaha dan keinginan kita untuk berubah . Tuhan takkan ubah seseorang selagi seseorang itu tak nak berubah sendiri . "

Nezza menyapu air matanya yang tumpah . " Hamba memang nak berubah . Nak ubah nasib keluarga hamba yang hamba sayang . Tapi macam yang hamba katakan tadi . Hamba risau sekiranya tak ada seorang pun yang nak ambil kitorang sebagai pekerja . "

" Jangan risaulah . Aku yang ambil korang semua sebagai pekerja . Aku yang akan bayar gaji korang . Korang bekerja bawah aku . Kerja yang aku harap korang semua akan terima dengan hati yang terbuka dan redha . " Pintas Ahmadi dengan tenang . Dia memegang bahu Nezza . " Sekarang ni , aku nak kau tenangkan fikiran kau . Bila dah sampai kat tempat baru nanti , ada banyak kerja yang nak kena buat . "

***********************************************************************

" Biasa je pun bilik Kak Sheila ni . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan perlahan . " Cuma besar jelah dari bilik Mandy . "

" Korang tak tahu . Akak dan diorang berdua tu dah lama kenal . Dari kecil lagi . Mesti ada something kat dalam bilik ni . " Balas Siti Nursamawi dengan pantas . " Korang apa tahu . Korang tak jadi lagi masa tu . Masih benih lagi . "

Tergelak Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea mendengat balasan Siti Nursamawi yang bersahaja itu .

" Siti nak tengok apa sebenarnya ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut . " Bilik Sheila ni sama je ngan bilik pompuan lain . "

" Akak pun sama gak . " Kata Siti Nursamawi . " Akak tak tahu pasal diorang tu . Zaman kecil akak tak awesome macam kitorang . "

Siti Nursamawi perlahan - lahan penutupkan pintu . Matanya liar mencari sesuatu yang dapat membuktikan firasatnya . Dan kemudian , matanya menangkap satu corak halus yang terdapat pada ruang tengah billik . Dan dia terus melihat corak itu dan tersenyum .

" Percaya tak ? " Tanya Siti Nursamawi dengan lembut sambil tersenyum . Matanya bercahaya . " Sheila ada sembunyikan sesuatu dalam bilik ni dan , hanya dapat ditunjukkan sekiranya , ada Tenaga Elemen Siti kat dalam bilik ni . "

" Mana Siti tahu ? " Tanya Siti Nurjannah .

" Zaman kecil diorang tu awesome . Mestilah senang dia nak tahu apa yang ada dalam bilik ni . " Jawab Hagia Sofea . Sambil tersenyum lebar. " Cepatlah tunjukkan kat kitorang . Akak pun tak sabar nak tengok . "

Siti Khumairah dan Siti Nurjannah melirik ke arah Hagia Sofea dengan wajah yang semacam .

Siti Nursamawi menanggalkan Sebentuk Cincin yang tersarung kemas pada jari manis kanannya dan meletakkannya di tengah - tengah corak yang dilihatnya tadi .

Batu Cincin tadi bersinar menyalakan warna elemen Siti Nursamawi . Merah , Kuning dan Jingga . Tidak lama selepas itu , tujuh jalur cahaya bersinar dan membentuk satu corak yang abstrak . Seperti gas angkasa yang membentuk sebutir bintang .
Tidak lama kemudian , gabungan simbol Air , Angin dan Salji yang amat abstrak muncul dan bersinar . Sejurus selepas itu pula , Simbol Elemen Api yang berwarna Merah , Oren dan Jingga yang terlalu indah dan abstrak muncul dan bersinar di tepi kanan dan kiri simbol elemen yang mula - mula muncul tadi .
Simbol - simbol itu mencorakkan Identiti Elemen yang hanya dapat dikenali oleh seseorang . Siti Nursamawi .

Bilik Sheila Asyikin bertukar wajah . Siti Nursamawi tersenyum riang . Wajahnya ceria . Dia berdiri dengan perlahan - lahan sambil matanya menatap perubahan yang berlaku di dalam bilik Sheila Asyikin .

Pada waktu yang sama , Ahmadi berasa sedikit suam pada pergelangan tangan kirinya lalu , dia melihat ke arah salah satu Buah Gelangnya . Buah Gelang itu tersimpan Tenaga Elemen Siti Nursamawi .
Ahmadi tersenyum .

Sheila Asyikin yang sedang berdiri di dalam bilik kapal juga melihat ke arah Batu Cincin yang tersarung kemas di jari manis kanannya . Buah Rantai itu juga menyimpan Tenaga Elemen Siti Nursamawi . Dia tersenyum lalu , air mata kerinduannya menitis dengan perlahan . Namun , dia berasa amat gembira .

" Macam mana ... " Tanya Siti Nurjannah dengan perlahan namun dia tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana dia terkesima melihat perubahan yang berlaku di dalam bilik Sheila Asyikin .

Semua peralatan dan barangan termasuk hiasan Wallpaper bilik Sheila Asyikin telah berubah .
Lampu yang pada mulanya hanyalah lampu pendafluor yang biasa kini telah berubah menjadi sembilan biji Lampu Kristal yang terlalu cantik untuk diungkapkan . Lampu Kristal itu terapung - apung tanpa sebarang halangan .
Cermin pada Meja Solek juga telah bertukar . Seperti sebuah cermin yang hanya dapat dibayangkan melalui cerita - cerita khayalan . Yang dihiasi dengan ukiran flora yang halus dan bermutu tinggi .
Lantai bilik itu pula telah berubah menjadi lantai yang unik kerana , setiap kali ada pergerakan , warna cahaya elemen Sheila Asyikin akan bersinar .

" Kak Siti betul . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan perlahan . Matanya ditarik oleh cermin fantasy milik Sheila Asyikin . " Bilik ni betul macam bilik yang selalu ada kat dalam cerita khayalan dan fantasi . "

" Banyak duit Anak Patung ni . " Kata Hagia Sofea pula .

" Kalau dia banyak duit sekali pun , dia beli kat mana Lampu yang terapung kat atas tu ? " Tanya Siti Khumairah .

" Mana ada kedai yang jual lampu macam tu . " Pintas Siti Aisyah dengan perlahan .

" Bilik ni macam bilik Puteri Istanalah . " Kata Nurzahirah dengan perlahan . " Tapi macam mana Kakak Patung tu dapat cari semua benda ni ? "

" Siti , siti rasa , mana diorang dapat semua benda ni ? " Tanya Hagia Sofea .

Namun tiada jawapan daripada Siti Nursamawi .

" Siti . " Panggila Siti Nurjannah pula namun , keadaan tetap sama . Siti Nursamawi masih membisu .

" Siti . " Giliran Siti Khumairah pula yang bersuara . Oleh kerana Siti Nursamawi masih lagi tidak membalas pertanyaan tadi , Siti Khumairah melihat ke arah Siti Nursamawi . " Ini sebab utama dia nak masuk ke bilik ni . "

Kelihatan Siti Nursamawi telah tidur di atas katil Sheila Asyikin yang berlapiskan tilam yang empuk . Dalam keadaan terlentang dan dengan mulut yang sedikit terngaga . Bercadarkan Baldu Merah yang amat lembut .
Tidurnya amat nyenyak sehinggakan , dia tidur dalam keadaan sedikit berdengkur .

" Apa kenalah dengan adik saya ni ? " Kata Siti Nurjannah dengan perlahan .

***********************************************************************

Pagi yang ceria bersinar lagi . Sang Suria tersenyum riang di atas langit dengan memancarkan cahayanya .
Kelihatan semua penumpang di ketujuh - tujuh kapal sedang menikmati akan keindahan samudera yang terbentang luas .
Anak - anak kecil terpegun melihat sekawan Ikan Terbang yang bermata lima sedang melompat dari laut ke udara .

Para penumpang kapal menikmati pagi mereka dengan perasaan tenang . Tidak lagi ketakutan yang menghantui hidup mereka . Di bibir mereka terukirkan satu senyuman . Senyuman kegembiraan .

Tiba - tiba , satu jeritan wanita kedengaran . Jeritan itu memeranjatkan semua yang berada di atas kapal .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience