Rate

BAB 2 BERMULANYA PERMAINAN

Fantasy Series 3820

Stephen Akio Kenzo saling berpandangan dengan rakan - rakannya . Ahmadi , Sheila Asyikin , Maera , Naera , Muniandy dan Aivira . Mereka semua agak terganggu dengan apa yang berlaku pada mereka pada ketika ini . Sesuatu yang agak sukar untuk mereka menerimanya kerana , ia telah melibatkan ahli keluarga mereka sendiri .

" Macam mana sekarang ni ? " Tanya Aivira yang memandang ke Skrin Cahaya . " Apa yang kita nak buat sekarang ? "

" Hal ni dah jadi rumit sikit pasal hal ni melibatkan orang yang rapat dengan kita . Kita tak boleh main - main dengan perkara ni . " Sampuk Muniandy dengan jelas .

" Tapi , apa yang Pasela nak dari kita dan kenapa diorang nak syak kat kita ? " Tanya Naera dengan lembut . " Takkan pasal kita dah berjaya godam sistem pertahanan komputer milik Pasela ? "

" Tak mungkin pasal hal tu sebab , saya dah pastikan jejak kita takkan diketahui langsung dan saya dah padam semuanya . Kita bergerak dalam bayang . Mustahil untuk Pasela nak kesan semua tu dan , sistem komputer diorang sekarang ni mesti dah dalam masalah sekarang sebab virus - virus ciptaan saya dah serang sistem komputer diorang . Dalam hari ni je , dah lebih daripada enam kali hacker diorang dah try nak hack sistem komputer kita tapi , dalam masa tujuh saat macam tu , virus - virus ciptaan saya akan serang sistem komputer diorang . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan panjang lebar dan jelas .

" Jadi , mustahillah diorang tahu yang kita dah berjaya pecah masuk dalam sistem pertahanan komputer diorang . Pasal , mesti diorang beranggapan , ia adalah satu Sistem Pertahanan yang biasa bagi sebuah Kumpulan Penyiasatan . " Sampuk Maera .

Stephen Akio Kenzo menganggukkan kepalanya . " Lebih kurang macam tulah maksud saya tadi . "

" Kau dah habis pecah ke kod data sulit yang kita berjaya ambil hari tu ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja .

Ahmadi dan rakan - rakannya duduk dengan cara seperti budak lepak . Dengan cara masing - masing .

" Dah tapi saya belum baca lagi . " Jawab Stephen Akio Kenzo .

Tiba - tiba , Komputer Kecemasan milik Stephen Akio Kenzo berbunyi dan dengan pantas dia menyentuh Monitor Cahaya Komputernya yang canggih itu .

Kereta milik Siti Khumairah memasuki halaman kediamannnya yang seluas sebuah Padang Bola Sepak .

" Guys , Kak Mai dan rakan - rakan dia datang . " Kata Stephen Akio Kenzo .

Terperanjat Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain sebaik sahaja mendengar kata - kata yang terhambur keluar daripada mulut Stephen Akio Kenzo .

" Kita tak boleh nak larikan diri tanpa sebab yang kukuh . Diorang akan lebih syak wasangka dengan kita nanti . " Kata Maera dengan tenang .

" Habis tu kalau diorang lepak dengan kita macam mana ? " Tanya Naera . " Saya yakin , diorang bukan je nak siasat pasal body language kita tapi , diorang akan siasat semua yang ada dalam bilik ni . Kita semua adalah Pengguna Elemen , korang tentu faham maksud saya . Kita sebagai penyiasat pun gunakan teknik dan cara yang sama . "

" Tapi , diorang tak ada macam apa yang kita ada . " Pintas Stephen Akio Kenzo .

" Apa ? " Sepantas kilat Muniandy mencelah .

" Diorang tak ada ketua yang gila dan diorang tak gila macam kita semua . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan sambil tersenyum lalu memandang ke arah Ahmadi . " Die , apa plan awak ? "

" Kita boleh lari dari sini dan lepak tempat lain tanpa diorang sedar pun yang kita sebenarnya dah larikan diri . " Jawab Ahmadi dengan tenang dan bersahaja . " Lagi pun , kita tak bawa kenderaan ke sinikan . Lagilah senang . "

" Habis tu kalau diorang tanya kita pergi mana , kita nak jawab apa dengan diorang ? " Tanya Aivira dengan pantas .

" Diorang takkan tanya sebab , Stephen akan bantu kita untuk hilangkan jejak kita . " Jawab Ahmadi dengan lembut . " Mula - mula , aku akan gunakan teknik aku dan Sheila . Teknik yang menggunakan Tenaga Semula Jadi . Tenaga Alam Semula Jadi boleh menghilangkan jejak Tenaga Elemen seseorang . "

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea menaiki tangga menuju ke Game Zone milik Stephen Akio Kenzo .

Ahmadi menjelmakan dua butir Mutiara yang berwarna Merah dan Biru . " Ini Mutiara Earchari . Mutiara yang menyimpan Tenaga Alam Semula Jadi . "

Siti Khumairah dapat mengesan Tenaga Elemen Ahmadi lalu dia saling berpandangan dengan Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

" Steph , aku nak kau gunakan Teknik Klon kau . Jumlah dia sama banyak dengan kita lepas tu , gunakan Teknik Cermin kau . Sebelum kau jadi Saintis , kau pernah jadi pelakon yang hebat . Aku nak kau berlakon . Jadi kitorang . " Kata Ahmadi lagi .

Kedudukan Siti Khumairah dan rakan - rakannya semakin hampir .

" Aku akan bawa korang ke Kapal aku . " Kata Ahmadi .

" Diorang akan dapat kesan tenaga awak nanti . " Kata Maera dengan pantas .

" Kita takkan dapat dikesan . " Sheila Asyikin mencelah dengan pantas dan lembut bersulamkan nada kebudak - budakkannya .

Siti Khumairah dan rakan - rakannya semakin hampir.

" Mustahillah . " Sampuk Muniandy . " Untuk menggabungkan Tenaga Elemen sendiri dengan Tenaga Alam Semula Jadi bukannya mudah . "

" Ini bukannya teknik yang biasa . " Balas Sheila Asyikin yang membela Ahmadi . Sentiasa membela Ahmadi .

Siti Khumairah memegang tombol pintu dan menguaknya dengan perlahan - lahan . Dia melihat Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi . Kelihatan Ahmadi masih lagi memegang Mutiara Earchari .

" Ehm , apa yang akak - akak buat kat sini ? " Tanya Ahmadi dengan nada yang kehairanan .

" Owh , ehm , kitorang nak relaxkan kepala . Tu yang kitorang datang sini . Kat sinikan banyak game . " Balas Siti Khumairah sambil tersenyum .

Siti Nurjannah berjalan ke Meja Billiard . " Dah lama akak tak main benda ni . Rindu pula . "

Siti Nursamawi mengerutkan dahinya . " Akak main benda ni ? " Sejak bila ? "

Hagia Sofea menuju ke sebuah Pemain Muzik . " Muzik apa yang awak dengar ni Steph ? Macam tak best je . Semuanya Muzik Opera lama . Lagu - lagu Heavy Metal takde ke ? "

Naera mengerutkan dahinya . " Akak suka dengar muzik - muzik macam tu ke ? "

" Sheila , temankan akak Fantasy Great Fighter . " Ajak Siti Khumairah sambil tersenyum .

Sheila Asyikin memandang lalu membalas senyuman manis Siti Khumairah . " Boleh je . Kalau kalah , akak kena belanja Sheila dan Abang makan . "

" Deal " Balas Siti Khumairah sambil terus tersenyum .

Stephen Akio Kenzo memulakan permainan mereka . Dia berlakon dengan sebaiknya agar ia tidak dikesan oleh Siti Khumairah dan dua orang rakan Siti Khumairah .

" Sekarang , kita relax . Bertenang . " Kata Ahmadi sambil tersenyum lebar . " Diorang bertiga tu takkan dapat jejak kita kat sini . "

Ahmadi dan Sheila Asyikin melenyapkan diri mereka berdua dan membawa bersama semua rakan mereka dan muncul semula di atas kapal pelayaran milik Ahmadi .

" Whoa . " Kata Aivira dengan spontan . " Saya tak tahu macam mana awak dan Sheila bawa kitorang kat sini tapi , teknik awak berdua ni memang lain daripada Teknik Pintu Portal saya . "

" Memandangkan kita dah dapat larikan diri ... " Celah Naera dengan lembut . " ... jadi kita nak lepak dekat mana sekarang ? "

" Apa kata , kita ronda bandar ni ? " Pantas sahaja Muniandy menjawab . " Kes pasal Tenaga Misteri tu tak terjawab lagi . "

" Saya bukan nak bantah cadangan awak tu tapi , kitakan dah sebulat suara yang kita takkan lakukan sebarang siasatan buat sementara waktu . " Sampuk Maera dengan perlahan . " Lagipun , Pasela dah start nak siasat kita . Kita tak boleh beri ruang untuk Pasela bongkar misi dan identiti kita . "

" Betul juga cakap Maera . " Celah Stephen Akio Kenzo . " Kita tak boleh nak gunakan Perhubungan Minda . Selain daripada risau dijejaki oleh Pasela , ada tenaga lain yang try nak putuskan Perhubungan Minda kita tu . "

" Habis tu , takkan kita nak lepak kat sini je ? " Tanya Naera seperti tidak berpuas hati . " Bosan gila . Elok balik rumah . "

" Apa kata kita shopping ? " Sheila Asyikin menyampuk dengan nada dan reaksi yang gembira . " Kat Blue Glass Emporium ada sale hujung bulan sekarang . "

" Betul kata awak . " Sahut Naera dengan gembira . " Nasib baik awak ingatkan saya . "

Maera mengeluh lalu membuat reaksi wajah yang semacam lalu tersenyum kecil . " Nampaknya , kita kena ikut dua orang ni pusing satu bangunan . "

" Nak buat macam mana ? Malam ni pun bukannya ada bola live kat tv . " Celah Aivira .

" Ala , korang temankan kitorang jelah . " Sampuk Naera dengan lembut . " Lagi pun , barang lelaki pun ada sale juga sekarang ni . "

Ahmadi melompat ke Jeti . " Dahlah tu . Jom gerak . "

Suasana di dada laut kelihatan tenang . Pergerakkan alunan air laut yang berkejar - kejaran menambahkan lagi kedamaian . Namun begitu , tidak ada yang menyedari tentang satu gelombang kebencian mula tersebar dari dalam laut ke udara . Untuk menghasut sesiapa sahaja yang memiliki sifat kebencian dan kedukaan yang tidak tertimbang oleh seketul darah yang bergelar hati . Bulan penuh mula kelihatan sedih walaupun memantulkan cahaya si Sang Matahari yang tetap bersinar .

Beberapa sosok lembaga yang dianggap mitos oleh kebanyakkan rakyat berenang pantas di dalam laut . Menyiasat satu pergerakkan yang luar biasa dan misteri . Sesuatu yang mereka khuatiri yang mampu menggugat ketenteraman dunia mereka dan Dunia Manusia . Sesuatu yang akan mengganggu keseimbangan di antara dua dunia .

Seorang remaja wanita yang berumur 18 tahun sedang gigih berlatih memanah . Pergerakkannya pantas dan lincah . Setiap sasaran latihannya tidak pernah tersasar .

Remaja wanita itu berlari dari dahan ke dahan lalu melepaskan Anak panah terakhirnya . Tepat tanpa tersasar sedikit pun . Dia melompat ke tanah untuk menamatkan sesi latihannya . Dia mengaturkan nafasnya . Tiba - tiba dia merasakan sesuatu yang tidak kena disekelilingnya . Dia mendongak ke langit .

Cahaya bulan yang mengambang penuh kelihatan mengasyikkan . Akan tetapi , ada yang tidak kena dengan cahaya bulan penuh itu .

Pada waktu yang sama , Siti Nursamawi sedang duduk di bibir jendela biliknya . Sambil meminum Teh Hijau panas . Dia juga sedang menatap ke arah bulan mengambang penuh yang terang - benderang .

Sambil mendongak ke bulan , kata - kata Ahmadi dan Sheila Asyikin terngiang - ngiang di telinga Siti Nursamawi . Satu lagenda dan mitos daripada Bangsa Mitos . " Bangsa Mitos percaya , bulan juga memiliki perasaan . Bila dunia mula dijentik oleh satu unsur kejahatan yang jelas bersulamkan kehitaman , bulan akan sedih kerana bimbang akan nasib yang akan menimpa kepada makhluk yang bernafas di Dunia Mitos dan Dunia Manusia . Hanya mereka yang memiliki sifat - sifat Elemen Warna dan Cahaya yang semula jadi sahaja yang mampu dan dapat merasainya . "

" Didie , Sheila ... " Bisik hati kecil Siti Nursamawi . " ... aku tahu , korang berdua pun rasa macam yang apa yang aku rasa sekarang ni . "

Ahmadi merenung bulan dari dalam jendela Blue Glass Emporium . Matanya tidak berkelip . Dia hendak membukakan derianya tetapi dia takut akan dikesan oleh Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea . Dia terpaksa menggunakan naluri hatinya .

Stephen Akio Kenzo perasan akan tindak - tanduk Ahmadi lalu dia menghampiri Ahmadi . " Apa hal bro ? "

" Ada sesuatu yang tak kena dengan suasana malam ni . Macam ada satu tenaga yang akan mencetuskan satu pertembungan tenaga dan elemen . Pertembungan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya . " Balas Ahmadi dengan tenang dan jelas tanpa menoleh ke arah Stephen Akio Kenzo .

Stephen Akio Kenzo membuangkan pandangannya ke arah bulan yang mengambang penuh . " Saya berasal daripada puak pahlawan yang mengambil bulan sebagai simbol kelembutan dan Matahari sebagai simbol semangat kepahlawanan . Pahlawan yang menyebarkan dan memperjuangkan keamanan dan keadilan melalui kelembutan yang bersulamkan semangat kepahlawan yang panas . Bulan yang memantulkan cahaya Matahari untuk menjadi lampu dikala malam yang dibungkus kegelapan . "

" Keseimbangan . " Pintas Ahmadi dengan tenang . " Tak boleh lebih dan tak boleh kurang . "

" Bulan macam berasa sedih . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Macam ada sesuatu yang yang tak elok akan berlaku . Macam melibatkan Tenaga dan Elemen Warna dan Cahaya . "

Rakan - rakan Ahmadi yang lain juga sebenarnya menyedari akan hal itu dan mereka perlahan - lahan saling berpandangan di antara satu sama lain dan akhirnya mereka semua menghampiri Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo .

" Kita kena keluar dari sini . " Kata Maera memberikan cadangannya . " Kita tak boleh nak bercerita sangat pasal Elemen Warna dan Cahaya kat sini . Korang pun tahukan , kita ni dianggap dan dilabel sebagai Golongan Freak yang mesti dijauhi . Kita kena tetap rahsiakan perkara ni . "

" Semua ada bawa T.S.P ? " Tanya Sheila Asyikin .

Ahmadi dan semua rakan - rakannya menganggukkan kepala mereka .

" Kita pergi ke belakang Emporium ni . Kawasan belakang bangunan ni gelap . Kita siasat apa yang sedang berlaku . "

" Macam mana kalau kita bertemu dengan Pasela ? " Tanya Muniandy mengutarakan kebimbangannya .

" Kita keluarkan tenaga kita hanya ketika hendak menjelmakan T.S.P . " Sahut Aivira dengan pantas . " T.S.P yang simpan segala kelengkapan dan sut kita . Jadi , Pasela takkan dapat kesan tenaga kita dalam masa yang sesingkat itu . "

" Tapi , kita kena bersedia sekiranya kita ditakdirkan bertemu dengan mana - mana anggota Pasela . " Pintas Naera dengan jelas .

" Jangan aktifkan sistem perhubungan . Pasela akan siasat apa je gelombang satelit . Kita tak nak dijejaki . " Sampuk Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Malam ni , kita terpaksa menggunakan kemahiran fizikal . "

" Jangan risau . " Balas Stephen Akio Kenzo . " Kitorang belum pernah lagi mengecewakan awak dan Sheila . "

Ahmadi menganggukkan kepalanya dengan lembut . " Kalau semua dah bersedia , kita bergerak sekarang . "

" Tapi tunggu kejap . " Pinta Naera lalu berlari ke Cashier .

" Kitorang nak bayar barang dulu . " Kata Sheila Sheila Asyikin lalu mengejar Naera sambil membawa bakul membeli - belahnya .

Ahmadi mengeluh kecil lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Belum sempat Maera hendak menjerit untuk memarahi Naera , Aivira dengan pantas menekup mulut Naera dan menyebabkan Maera meronta - ronta untuk dilepaskan .

" Sabar Maera . " Kata Muniandy yang membantu Aivira .

Maera masih lagi meronta - ronta untuk melepaskan diri .

" Orang akan tengok kat kita nanti bengap ! " Kata Aivira dengan laju kerana geram.

Maera tidak mengendahkan pujukan dan nasihat Aivira dan Muniandy . Dia hanya terua meronta - ronta .

Ahmadi memandang ke arah Stephen Akio Kenzo manakala Stephen Akio Kenzo pula hanya memandang ke arah Ahmadi lalu mengangkatkan kedua belah bahunya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience