Rate

BAB 32 SERUPA WALAUPUN BERBEZA

Fantasy Series 3820

Siti Khumairah masih menanti . Menunggu di posisinya kerana dia yakin , adiknya itu , telah merancang sesuatu . Walaupun begitu , debaran tetap menendang - nendang hatinya .
Tambahan pula , Sheila Asyikin juga masih dalam keadaan yang tenang .

" Abang takkan mati semudah tu . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang . Dia membiarkan derianya meneliti keadaan sekeliling .

Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang halus menggerunkan .

" Tengok Cincin Siti . " Kata Sheila Asyikin lagi lalu membukakan sedikit Pintu Tenaganya .

Siti Nursamawi melihat ke arah Cincinnya . Batu cincinnya memancarkan cahaya berwarna Biru yang amat terang dan bersinar .
Dia beralih semula ke posisinya dan terus kembali bersedia . " Aku janji . Aku tumbuk muka kau nanti . Aku tak suka kau buat teknik macam ni . "

Tubuh Ahmadi yang ditembusi oleh kepingan kaca tadi bersinar lalu berderai menjadi ribuan kepingan Elemen Air , Angin dan Bunga Sajli .
Sejurus selepas itu , Ahmadi muncul bersama pancaran cahaya Elemen Air dan Angin yang amat abstrak daripada air yang dijelmakannya tadi .
Dia kemudiannya menghayunkan dan melibaskan kaki dan tangannya di udara . Ribuan Teknik Elemen dan Unsurnya tadi dengan pantas melayang ke arah makhluk yang menggerunkan itu .

Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan kerana kesakitan yang teramat sangat .
Dihiris , ditoreh dan dicincang .

Ahmadi kembali semula ke posisinya . " In , serang sekarang ! "

Sheila Asyikin mempertemukan kedua belah tapak tangannya dengan kuat . " Elemen Psikik ! Kawal serangan ni ! "

Satu lingkaran bercahaya yang terlalu abstrak muncul di sekeliling makhluk yang menggerunkan itu .
Selepas itu , tiga bilah Pedang yang mana bilahnya , yang berukirkan sepasang sayap burung yang amat cantik , yang memancarkan cahaya Elemennya yang berjalurkan cahaya berwarna Biru , keluar dari lingkaran bercahaya tadi .
Kemudian , tiba bilah Pedang tadi bertukar menjadi sepasang Sayap yang amat unik dan terus mengeluarkan sambaran api yang amat panas .

Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan kerana kesakitan .

Witchie dan Kucina menemukan tapak tangan mereka ke lantai . Cahaya mereka yang berlembayung terpancar dan membentuk satu lapisan Dinding Psikik .

Manakala bagi Siti Khumairah dan dua orang rakannya pula , mereka menyentuh lantai dengan jari kanan mereka untuk membentuk satu lagi lapisan Dinding Psikik untuk menguatkan lagi teknik Kucina dan Witchie .

" Siti , serang sekarang ! " Arah Ahmadi dengan lantang . " Guna lingkaran bercahaya aku dan In ! "

Siti Nursamawi menyambut arahan Ahmadi itu dengan senyumannya . " ' Aye aye ' . "
Dia menghalakan penumbuk kanannya ke bawah dan memegang pergelangan tangan kanannya .
Tidak lama selepas itu , tujuh rantai berwarna Merah dan Kuning berjalur Biru keluar daripada corak berlingkar yang dihasilkan oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Rantai Api itu mengikat makhluk yang menakutkan itu dan sekali gus membakarnya .

Namun , serangan itu menerima tentangan daripada makhluk itu telah cedera .

Wajah Kucina dan Witchie berkerut sedikit kerana menahan serangan Psikik daripada makhluk itu .

Manakala bagi Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea pula , mereka mula terundur sedikit kerana serangan itu .

Putih dan semua rakannya yang mengawal di luar makmal pula mula bersedia untuk menerima sebarang arahan daripada Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Tuan Didie , kita tak boleh bunuh makhluk ni dengan hanya menggunakan serangan macam ni . " Kata Witchie .

" Kita kena gunakan Teknik Memanipulasi Elemen yang lebih besar . " Celah Kucina pula .

Sheila Asyikin memandang ke arah Ahmadi yang masih mengawal tekniknya . " Abang , kita tak ada pilihan . Kalau kita bunuh makhluk ni guna Teknik Memanipulasi Elemen kat sini , teknik tu akan dapat dilihat melalui satelit . "

Siti Khumairah dan dua orang rakannya semakin terundur ke belakang .

" Tuan , Tekanan Gelombang Psikik makhluk ni semakin kuat . " Kata Kucina .

" Kita tak tahu apa serangan makhluk ni nak lancarkan . Tapi , Tenaga Elemen makhluk ni mula membesar dan mengeluarkan Elemen Psikik yang kuat . " Sampuk Witchie pula .

Tiba - tiba , Hagia Sofea tercampak ke dinding makmal dengan agak kuat .

" Sofea ! " Jerit Siti Khumairah dan Siti Nurjannah dengan serentak .

" Abang ! Cepat keluarkan arahan ! " Kata Sheila Asyikin . Nadanya yang agak tegas itu telah membuatkan Siti Nursamawi memandang ke arahnya .

Melihat keadaan itu , Ahmadi dengan pantas menghasilkan corak berjalur yang amat abstrak pada lengan kanannya .
Corak berjalur itu juga muncul pada lengan Putih dan semua rakannya yang sedang berkawal di luar makmal , Kucina , Witchie dan Sheila Asyikin .

" Hasilkan Lingkaran dan buka Pintu Taisa . Aku nak korang pindahkan makmal ni ke kawasan Hutan Sunria ! " Arah Ahmadi kepada anggota Pasukannya dan Sheila Asyikin yang sedang berkawal di luar .

Putih dan semua rakannya yang berkawal di luar makmal dengan pantas melaksanakan arahan Ahmadi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nurzahirah membawa Tatsumaki dan Rissa keluar bersiar - siar .
Keadaan di Bandar Bayu seperti biasa . Sibuk dengan para penghuninya yang ke sana dan ke sini . Menuju ke arah tujuan masing - masing .

Bagi Tatsumaki dan Rissa . Mereka berdua beruntung kerana , Baju Tempur mereka yang dihasilkan dan direka oleh Sheila Asyikin kelihatan sesuai dipakai di Dunia Manusia .

" Cantiknya bandar ni . " Kata Rissa dengan jelas sambil tersenyum . " Kenderaan pun cantik . "

" Inilah bandar kitorang . " Kata Nurzahirah dengan riang . " Kalau Pakcik dan Kak Sheila tak sibuk sekarang ni , kita boleh pergi ke Cafe Pakcik . Kita makan Kek . "

" Cafe ? " Tanya Tatsumaki .

Nurzahirah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lebar . " Cafe tu macam satu tempat makan yang cantik . Makanan yang dijual kat tempat tu yang ringan - ringan macam Biskut , Roti Bakar , Kek dan macam - macam lagilah . Minuman pun semuanya sedap - sedap . "

" Oh , lebih kurang macam Barcan . " Balas Tatsumaki . " Kat tempat kitorang ada satu tempat makan nama dia Barcan . Sama juga juga macam Cafe . Cuma mungkin beza dia dari segi makanan dan minuman jelah . "

Selepas itu , mereka berhenti dia tepi sebuah Trak Aiskrim . " Abang . Rara nak Aiskrim Spesial tiga . "

" Mana Kak Iecha dan Mandy ? " Kata Penjual Aiskrim sambil tersenyum .

" Diorang ada kelas . " Jawab Nurzahirah dengan senyumannya . " Tapi hari ni , saya bawa kawan baru . "

Tatsumaki dan Rissa tersenyum .

" Nah . " Kata Penjual Aiskrim lalu memberikan Aiskrim Spesial kepada Nurzahirah , Tatsumaki dan Rissa . " Harga macam biasa . "

Nurzahirah membayar harga Aiskrim tadi .

" Sedapnya . " Kata Rissa . " Aiskrim kat dunia kitorang pun tak sedap macam ni . "

" Saya jarang makan Aiskrim , tapi kalau rasa dia macam ni . Memang saya tak boleh nak elak . Sedap sangat . " Kata Tatsumaki dengan nadanya yang jelas dibungkus dengan kegembiraan .

Nurzahirah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ahmadi mengarahkan kumpulan kecilnya menjarakkan diri mereka daripada makhluk itu .

Makhluk hasil kajian yang rahsia itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan . Sebahagian daripada fizikal makhluk itu membesar dan sebahagian lagi mengecut .
Keadaan itu menghairankan Ahmadi dan ahli kumpulannya .

Tiba - tiba , lantai makmal itu oleh merekah .

Ahmadi dan Sheila Asyikin saling berpandangan .

" Kita terpaksa . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut .

" Sheila , apa maksud kau yang korang terpaksa ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas .

" Arahkan anggota Psikik datang ke sini sekarang . In jadi ketua dulu . Abang nak cakap sesuatu kat Kak Mai dan yang lain - lain . " Kata Ahmadi dengan tenang mengeluarkan arahan .

Ahmadi memanggil Siti Khumairah , Siti Nursamawi , Siti Nurjannah dah Hagia Sofea .
Mereka semua berkumpul di satu kawasan yang agak jauh daripada makhluk yang menggerunkan itu .

" Kenapa ? " Tanya Siti Khumairah .

" Kita kat mana ni ? " Tanya Siti Nursamawi pula . " Apa maksud Sheila tadi tu ? "

" Dengar sini . " Kata Ahmadi lalu dipandangnya wajah Siti Nursamawi yang sedang memandangnya . " Aku nak , korang semua pergi berlindung . "

" Pasal apa ? " Tanya Hagia Sofea .

" Serangan Elemen yang saya dan In nak lancarkan satu serangan yang berskala besar . Jadi , impak yang mungkin akan terhasil agak berbahaya . " Jawab Ahmadi .

" Kita terima misi ni bersama jadi , kita kena selesaikan tugas ni bersama - sama . " Kata Siti Nurjannah . Agak tegas nadanya .

" Didie kena ingat . Akak bertiga dan Siti pun dah pertaruhkan nyawa kitorang untuk tugas ni jadi , biar kita tumpaskan makhluk ni bersama - sama . " Celah Siti Khumairah pula dengan tenang .

" Tapi Kak , keadaan sekarang ni , tak sama dengan keadaan kat tempat tadi . " Kata Ahmadi dengan jelas . Dan bersahaja .

" Apa maksud Didie ? " Tanya Siti Khumairah . Separuh terkejut . " Kita kat mana ni ? "

Ahmadi memalingkan tubuhnya untuk melihat ke arah makhluk yang pelik itu . " Kita kat Dunia Mitos dan Legenda . "

Sebaik sahaja Ahmadi menjawab pertanyaan itu , jelas di mata Siti Khumairah dan yang lain .
Mereka melihat kemunculan beberapa Pahlawan daripada Pasukan DiRaja Ahmadi dan Sheila Asyikin yang muncul bersama Cahaya dan Warna Elemen masing - masing .

Seorang Pahlawan Lelaki bertelinga Arnab muncul di hadapan Ahmadi . " Tuan , kitorang dah bersedia . "

" Cik Sheila akan jadi ketua . Ikut arahan dia . Aku nak jaga kakak - kakak aku dan kawan baik aku ni . " Kata Ahmadi . " Aku akan cuba buat serangan dari sini . "

Sebaik sahaja Ahmadi menghabiskan ayatnya , Pahlawan tadi lenyap .

" Kita kat Dunia Mitos ke sekarang ni ? " Tanya Hagia Sofea . Nadanya berbaurkan ketidakkepercayaan .

Belum sempat Ahmadi hendak menjawab pertanyaan itu , dinding makmal itu hancur menjadi debu dan berterbangan ke setiap penjuru .

Keadaan itu telah menyebabkan Siti Khumairah dan yang lain terlihat akan persekitaran mereka yang telah pun bertukar .

Sejurus selepas itu pula , Putih bersama dengan yang lain muncul di tempat Ahmadi berdiri .

" Aku nak , lepas diorang dah kunci pergerakkan makhluk ni , aku nak korang bunuh makhluk ni . " Kata Ahmadi mengeluarkan arahannya . " Aku tak boleh tinggalkan diorang ni semua kat sini . "

Putih menganggukkan kepalanya dan dengan sepantas kilat dia dan rakan - rakannya menuju ke arah sasaran mereka .

" Kita kena berlindung . " Kata Ahmadi lalu membawa Siti Khumairah ke arah belakang sebongkah batu yang agak besar .
Dipandangnya Siti Nursamawi . " Aku kena tolong In . Kau tolong tengok - tengokkan diorang bertiga ni . "

" Aku tak nak . " Balas Siti Nursamawi . " Apa pun yang terjadi , kita semua kena selesaikan misi ni bersama - sama . "

" Korang boleh terbunuh . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Pintu tenaga korang masih belum terbuka sepenuhnya lagi . Korang pun tahukan , kalau kita paksa tenaga kita keluar untuk lancarkan sesuatu teknik , kita boleh terbunuh . "

" Cik Siti , tolong dengar arahan Tuan Didie . Kitorang bukannya tak nak Cik dan Puan semua untuk turut serta sekali tapi , ia berbahaya bagi Cik dan Puan semua . " Celah Witchie dengan lembut .

" Dia takkan biarkan aku mati . " Kata Siti Nursamawi lalu dia melompat dari belakang batu tadi dan terus berlari menuju ke arah Sheila Asyikin .

" Terima kasihlah sangat - sangat . " Kata Ahmadi sambil menggaru kepalanya .

" Akak bertiga ni pun , setuju dengan Siti . Kita bersama - selesaikan tugas ni . " Kata Hagia Sofea . " Macam Siti cakapkan tadi . Didie takkan biarkan kitorang terkorban kat sini . "

Ahmadi mengeluh . " Witchie . Wad kau ada tetamu hari ni . "

" Jangan risau . Rawatan saya adalah yang terbaik kat dunia ni . " Balas Withie .

" Mari . " Kata Ahmadi lalu melompat ke udara dengan pantas . " Ikut belakang saya dan dengar arahan saya . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Takpelah Cik Muda Rara . " Kata Tatsumaki dengan jelas . " Lagipun , dah tentu baju - baju ni mahal . "

" Takpelah . Ini kali pertama kita bertemu . " Balas Nurzahirah sambil tersenyum riang .

" Tapi Cik Muda , takpe ke kalau Cik muda belanjakan duit Cik Muda banyak macam ni ? " Tanya Rissa pula dengan jelas lalu di memandang ke wajah Tatsumaki . " Kalau Tuan Didie dan Cik Sheila tahu nanti ,macam mana ? "

Nurzahirah memegang tangan Tatsumaki dan Rissa sambil tersenyum . " Takpe . Diorang takkan marah . Anggap je ini sebagai hadiah perkenalan kita . "

" Tapi , dah tentu baju - baju kat sini mahalkan ? " Tanya Tatsumaki dengan perlahan .

" Taklah . Kedai ni buat promosi . Diorang banyak buat promosi bulan ni . " Jawab Nurzahirah . " Dan , memandangkan ini adalah kali pertama kita bertemu , Rara nak minta tolong . "

" Minta tolong apa ? " Tanya Tatsumaki dengan jelas . " Cakap je apa . Saya dan Rissa akan tunaikan . "

" Pilihkan saya sehelai baju . " Jawab Nirzahirah dengan senyumannya yang masih belum lagi hilang daripada wajahnya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anggota Psikik Ahmadi dan Sheila Asyikin mengeluarkan Rantai dan Akar mengikut Elemen mereka yang tersendiri .
Teknik - teknik itu yang berlembayung Psikik menambahkan lagi keunikkan teknik mereka .

Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan .

" Halang makhluk ni daripada melakukan sebarang serangan . " Arah Sheila Asyikin dengan agak lantang . " Putih ! Bersedia ! "
Perubahan nada suaranya itu agak mengejutkan Siti Nursamawi , Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .
Namun , perasaan itu hanya dipendamkan di dalam dada mereka .

Tiba - tiba , dua orang daripada Pahlawan DiRaja Ahmadi dan Sheila Asyikin terlutut ke tanah .

" Tuan , makhluk ni nak ceroboh dan cuba nak mengawal minda saya ! " . Kata Jaslan . Seorang Pahlawan DiRaja bertubuh sasa berwarna Merah .

" Gelombang Elemen ni agak kuat ! " Celah Fuu pula . Pahlawan DiRaja wanita yang berwarna Kuning bertelinga Arnab yang berwarna Putih .

" Saya nak , akak bertiga jelmakan Corak Pengunci Minda kat dahi diorang ni semua . Sama macam kat dahi kitorang . " Arah Ahmadi dengan tenang .

" Baiklah . " Balas Siti Khumairah . " Janne , Sofea , korang berdua ambil alih untuk jelmakan Corak Pengunci tu . Saya tahu macam mana nak kawal makhluk tak guna ni . "

" Baiklah . Serahkan pada kitorang . " Sahut Siti Nurjannah dengan tenang .

" Die , kitorang perlu berada kat jarak yang sesuai untuk hasilkan Corak Pengunci tu . Bawa kitorang ke jarak yang agak selamat . " Kata Hagia Sofea .

Dalam sekelip mata , Ahmadi melenyapkan Siti Nurjannah dan Hagia Sofea dan memunculkan mereka semula di belakang Witchie dan Kucina .

" Kat belakang diorang tu agak selamat . " Kata Ahmadi .

Siti Nurjannah dan Hagia Sofea dengan pantas menemukan kedua belah tapak tangan mereka .

" Die , akak perlu ke bahagian atas kepala makhluk ni . Akak nak kunci Gelombang dan Tenaga Minda makhluk ni . " Kata Siti Nurjannah . " Akak rasa , itu cara yang terbaik . "

" Tapi Puan Mai , langkah tu berbahaya . Kita tak tahu apa yang bakal dilakukan oleh makhluk ni sebab , Elemen makhluk ni tak stabil . " Pintas Witchie dengan jelas .

" Tapi kalau Gelombang dan Tenaga Minda makhluk ni tak dikunci , keadaan kita akan lebih berbahaya . " Balas Siti Khumairah dengan jelas dan tenang . " Pertarungan Elemen Psikik macam ni , terlalu bahaya memandangkan lawan kita , satu makhluk yang kita sendiri pun tak tahu dari mana asal usulnya . "

" Baiklah , saya faham apa maksud Puan . Saya akan jelmakan Corak Pengunci milik saya kat sekitar makhluk ni untuk halang Elemen Psikik makhluk ni daripada terus keluar . " Celah Kucina dengan lembut . " Kawan - kawan saya juga akan bantu Puan . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Permaisuri Fiirapi sedang duduk di atas kerusi Kaca miliknya . Dia sedang menyulam bunga di atas sehelai selendang yang berwarna Merah Jambu .
Kebiasaannya , dia melakukan hobinya itu sambil bersenandung namun pada hari ini , wajahnya diselimuti satu riak yang tidak senang .
Satu perasaan yang dia sendiri sukar untuk mengungkapkannya .
Dia mengeluh lalu diletakkannya Selendang tadi di atas meja Kaca . " Ya Tuhan . Perasaan apakah yang sedang mengusap hati beta . "

Permaisuri itu berjalan dan menuju ke beranda istana tempat dia bersemayam . Dibuangkannya pandangan matanya ke depan . Memandang ke arah halaman Istananya yang nun jauh luas terbentang . Dihiasi dengan pelbagai kehijauan yang menenangkan hati yang memandang .
Dia mengeluh lagi . " Ya yang Maha Melindungi . Jika perasan ini berkait rapat dengan keselamatan anakanda beta . Lindungilah mereka dengan kuasaMu . "

Angin bayu mengusap wajah Permaisuri Fiirapi yang lembut . Selembut wajah seorang ibu .

Pintu bilik itu diketuk .

" Masuklah wahai dayang . " Kata Permaisuri Fiirapi .

Dua orang Dayang yang senantiasa menemaninya masuk ke dalam ruang itu sambil membawa minuman dan sedikit kuih untuk santapan .

Permaisuri Fiirapi berjalan masuk dan duduk semula .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kucina dan rakan - rakannya menghasilkan satu corak berlingkar di sekeliling makhluk itu .

Melihat akan corak berlingkar itu , Ahmadi terus membawa Siti Khumairah ke bahagian atas kepala makhluk yang menggerunkan itu .

Dengan pantas Siti Khumairah menghasilkan satu corak unik yang abstrak di bawah tapak tangan kanannya yang diletakkannya di atas kepala makhluk itu .
Dengan hanya mengawal mindanya , dia menjelmakan satu Corak Pengunci Minda Psikik miliknya yang amat abstrak dan unik .
Selepas itu , dia meminta Ahmadi agak turun semula ke bawah .

Ahmadi dengan segera melaksanakan arahan Siti Khumairah .

Setelah berpijak ke tanah , Siti Khumairah dengan pantas menjelmakan pula satu lagi corak yang terlalu abstrak di atas permukaan tanah .
Satu corak yang menyalakan pancaran Elemen Warna dan Cahayanya . Biru , Merah dan Merah Jambu berlembayung .
Corak itu disambungkannya dengan corak yang dihasilkan oleh Kucina dan rakan - rakan Kucina tadi .
Selepas itu , sembilan cahaya berjalur keluar dan terus masuk ke dalam kepala makhluk yang menakutkan itu .

" Gelombang dan Tenaga Minda makhluk ni saya dah kunci ! " Kata Siti Khumairah dengan jelas . " Saya nak , awak semua serang minda makhluk ni ! "

" Baiklah ! " Sahut Witchie dan Kucina dengan serentak .

Selepas itu , Witchie dan semua rakannya dengan serentak menyerang minda makhluk yang menggerunkan itu .
Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan kerana kesakitan akibat diserang secara minda oleh anggota yang Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Serangan itu menerima tentangan .

Batu dan Pokok - pokok yang berada di sekitar kawasan itu terapung ke udara dan pecah menjadi serpihan bebatuan dan kayu yang amat tajam .

Melihat akan keadaan itu , Ahmadi dengan pantas menumbuk permukaan tanah dengan tangan kanannya .

Satu Corak Berjalur Elemen Air dan Angin yang amat abstrak muncul di sekitar anggota Pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Selepas itu , sembilan Bilah Pedang Ais berselimutkan angin muncul di sekeliling anggota pasukannya mereka.

Batu dan Pokok yang telah pun menjadi serpihan tajam tadi menerjah dan melayang ke arah setiap anggota Pasukan DiRaja Ahmadi dan Sheila Asyikin namun belum sempat singgah ke sasaran , serpihan tajam batu dan pokok tadi hilang seperti ditendang oleh Angin yang berhembus .

Tiba - tiba , Siti Khumairah terbatuk sehingga mulutnya memuntahkan sedikit darah segar .

" Kak Mai ! " Jerit Ahmadi dengan agak lantang . " Apa yang dikhuatirinya pada awal tadi mula terjadi .

" Jangan risau . " Kata Siti Khumairah dengan tenang . " Akak takkan apa - apa . Akak takkan berhenti selagi akak tak dapat matikan Gelombang dan Tenaga Minda makhluk tak guna ni . "

" Tapi Puan ... " Celah Witchie . " ... Puan dah sampai ke had Puan ! "

Selepas itu , giliran Siti Nurjannah dan Hagia Sofea pula yang terbatuk - batuk sehingga terkeluar darah .

" Kita terima tugas ni bersama - sama jadi , kita akan pastikan makhluk ni mati kat sini . " Kata Siti Nurjannah pula .

" Kalau takut mati , jangan hidup . " Celah Hagia Sofea pula dengan perlahan . " Kalau takut berdepan dengan maut , jangan sesekali mengaku diri sendiri sebagai seorang Pahlawan . "

Rakan - rakan Kucina dan Witchie saling berpandangan ketika mendengar kata - kata yang terkeluar daripada mulut Hagia Sofea .

Serangan Elemen Psikik yang dilancarkan oleh makhluk itu semakin kuat sehingga menyebabkan anggota Psikik pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin mula terundur ke belakang .
Malah ada juga yang mula terlutut ke tanah .

Darah mula keluar daripada hidung dan telinga Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

Tidak mengendahkan risiko yang bakal dihadapi , Ketiga - tiga Srikandi itu mengawal minda mereka dan mengeluarkan Tenaga Minda mereka dengan serentak .
Satu pancaran Cahaya Elemen mereka meletus dan terus terukir di sekeliling makhluk itu .
Batuan tanah terapung dan terus melekat pada tubuh mahkluk itu .
Semakin lama semakin banyak .
Sehingga menjadi satu bongkah batu .

Witchie dan Kucina terkejut melihat teknik itu kerana , ia satu teknik serangan Psikik yang amat bahaya dan mampu mengundang maut terhadap pengaktifnya .

Siti Nurjannah dan Hagia Sofea memutarkan dan menekan penumbuk mereka ke tanah .
Selepas itu , Corak Flora milik mereka berdua terukir pada bongkah batu yang memenjara makhluk yang menggerunkan itu .
Bongkah batu itu menjadi remuk seperti ditekan oleh sesuatu .

" Puan Janne . Cukup ! " Kata Witchie dengan lantang . " Puan Sofea . Berhenti ! "

" Witchie ! Dengar sini ! " Kata Siti Nurjannah diselangi dengan batuknya . Darah menitik daripada hidung dan mulutnya . " Kita selaku pejuang . Selagi kita tak dapat tumpaskan lawan kita , jangan berhenti daripada berlawan . "

Tiba - tiba , bongkah batu itu diterangi dengan Corak Elemen Api yang unik .

" Aku nak jadi macam korang berdua . Selagi aku masih hidup , selagi tulah aku akan ikut macam korang . " Sampuk Siti Nursamawi pula dengan senyuman yang terukir di bibirnya . " Aku tahu , tahap korang berdua agak berlainan daripada dulu . "

Sheila Asyikin tidak berkata walaupun sepatah . Dia berdiri dan meletakkan ke dua belah tapak tangannya di bahagian belikat Siti Nursamawi .

" Aku sayangkan korang berdua . " Kata Siti Nursamawi sambil tersenyum . Dia langsung tidak mengendahkan darah yang mula mengalir daripada hidung dan lubang telinganya .

" Dengar sini semua ! " Jerit Siti Khumairah dengan lantang . " Apa pun yang terjadi , jangan tinggalkan tempat ni ! Ini arahan ! "

" Dengar arahan tu ! " Jerit Ahmadi yang telah pun cuba membuka kesemua sembilan Pintu Tenaganya . " Itu arahan daripada Kakak Aku ! Ingkar arahan itu bermakna ingkar kepada arahan aku dan Cik Sheila ! "

" Kami dengar dan kami taat ! " Balas Putih dan rakan - rakannya dengan penuh bersemangat .

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea meningkatkan tenaga dalaman mereka sehinggakan , Warna dan Cahaya Elemen mereka terkeluar daripada tubuh mereka .
Tenaga Dalaman mereka itu telah mengejutkan Putih dan rakan - rakannya .
Kerana , tenaga itu hampir sama kuatnya dengan Tenaga Dalaman Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Siti Nursamawi mengeluarkan Tenaga Dalamannya dengan bantuan Sheila Asyikin .
Oleh kerana Warna dan Cahaya , Elemen serta Unsur mereka yang hampir sama , Tenaga Dalaman mereka yang keluar daripada tubuh mereka kelihatan amat bertenaga dan agak menakutkan .

Ahmadi melihat ke arah anggota pasukannya yang semakin bersemangat sebaik sahaja mendengar arahan daripada Siti Khumairah tadi .
Dia memandang ke arah Sheila Asyikin yang membantu Siti Nursamawi . Tidak lama kemudian , dia mendapat satu isyarat daripada pandangan Sheila Asyikin .
Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya . " Aku akan selamatkan korang semua . "
Dia mengeluarkan Tenaga Elemennya .

Kesemua Pahlawan yang berada di tempat itu terperanjat . Ada yang membuangkan pandangan mereka ke arah Ahmadi .

Melihat keadaan itu , Sheila Asyikin juga mengikut langkah Ahmadi dengan mengeluarkan Tenaga Elemennya .

Ahmadi dan Sheila Asyikin membukakan kesembilan Pintu Tenaga mereka dengan serentak .

Bebola matanya memancarkan warna Biru manakala anak mata Ahmadi memancarkan cahaya yang berwarna Biru Muda . Pada bahagian anak matanya juga telah terpancarnya gabungan Corak Bunga Salji dan Molekul Elemen Air dan Angin .
Setiap helaian rambutnya juga mula bertukar warna menjadi warna Biru dan Putih .
Corak berlingkar yang amat abstrak gabungan Elemen Angin dan Air mula terbentuk di dahinya .

Bagi Sheila Asyikin pula , anak matanya memancarkan cahaya yang berwarna Kuning , Oren dan Jingga manakala anak matanya pula memancarkan cahaya yang berwarna Merah .
Pada bahagian anak matanya pula terbentuk
Elemen Api yang amat unik dan abstrak .
Sama seperti Ahmadi , setiap helaian rambutnya juga telah pun diwarnai dengan Elemen warna dan Cahayanya .
Selepas itu , corak berlingkar gabungan Elemen Api dan Unsurnya terbentuk di dahinya .

" In , jaga yang lain . " Arah Ahmadi dengan tenang . " Abang akan cuba bunuh makhluk ni . "

" Baiklah . " Sahut Sheila Asyikin . Sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya . Kesemua sembilan bilah Pedang yang dijelmakan oleh Ahmadi di sekeliling anggota pasukan mereka , memancarkan jalur cahaya yang berwarnakan Warna dan Cahaya milik Sheila Asyikin .

Ahmadi melakukan gerakan untuk menyerang . " Tak ada yang boleh lawan Air dan Angin . "
Corak berjalur Elemen gabungan Elemen Air dan Angin yang amat abstrak terhasil disekeliling makhluk yang telah pun menjadi sebongkah batu itu .
Kemudian , ribuan bebola air yang agak kecil keluar daripada corak berjalur yang dihasilkannya tadi .
Selepas itu , ribuan bebola air tadi masuk melalui rekahan bongkah batu yang memenjara makhluk yang menggerunkan itu .

" Putih dan yang lain , periksa kawasan ni . Pastikan tak ada sesiapa pun yang memerhatikan pertarungan ni . " Arah Sheila Asyikin dengan tenang .

Tanpa berlengah , Putih dan rakan - rakannya yang mengawal di kawasan luar makmal pada awal tadi pergi melaksanakan arahan Sheila Asyikin .

Bongkah batu itu bergegar dengan agak kuat . Menandakan makhluk itu masih belum lagi dapat ditewaskan walaupun , pada awalnya , bongkah batu itu telah remuk akibat serangan Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

Pandangan Siti Khumairah mula kabur namun , dia masih lagi terus mengawal tenaganya .
Kemudian , dia terbatuk . Darah keluar daripada mulutnya .

Ahmadi perasan akan keadaan Siti Khumairah itu .

Selepas itu , giliran Siti Nurjannah dan Hagia Sofea pula yang terbatuk darah .

Keadaan itu telah menyebabkan , Kucina dan Witchie tidak sengaja meleraikan teknik mereka .
Mereka berdua dengan segera menghampiri Siti Nurjannah dan Hagia Sofea untuk membantu . Dan tindakan mereka berdua itu telah menyebabkan teknik yang mereka lancarkan menjadi lemah .

Satu letusan Tenaga Psikik yang agak kuat terkeluar daripada rekahan bongkah batu itu .
Letusan itu telah mengakibatkan beberapa anggota Pasukan Psikik Ahmadi dan Sheila Asyikin terundur ke belakang .

Sedikit darah tersembur daripada mulut Siti Nursamawi .

" Siti ! " Jerit Sheila Asyikin .

" Sheila , dada aku rasa macam nak meletup . Panas . " Kata Siti Nursamawi dengan agak lemah . Dia sedikit mengah .

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea juga mula lemah . Teknik yang mereka lancarkan juga mula menjadi menjadi lemah .

Sekarang , tinggal rakan - rakan Kucina dan Witchie sahaja yang masih bertahan .
Namun , ia seperti tidak mampu untuk menandingi kekuatan makhluk itu .

Ahmadi memandang ke arah musuh mereka yang telah dikurung dengan renungan tajamnya sementara fikirannya ligat mencari penyelesaian .
Dia tidak meneruskan tekniknya sebentar tadi kerana sedar akan keadaan yang dialami oleh Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .
Sukar baginya untuk mencari penyelesaian kerana dia dan Sheila Asyikin bukanlah seorang pengguna Elemen Psikik .

Tidak lama kemudian , satu pagi letusan tenaga Psikik terhasil dan menyebabkan , mereka semua semakin terundur ke belakang .

Manakala Siti Khumairah dan rakan - rakannya pula semakin lemah .
Siti Nursamawi juga mengalami keadaan yang serupa .
Darah mula mengalir daripada mata dan telinga mereka .

" Kucina , Witchie . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Bawa kakak - kakak aku dan kawan baik aku ni ke tempat korang sekarang . "

" Baiklah . " Balas Witchie manakala Kucina pula hanya sekadar menganggukkan kepalanya .

" Biar aku dan Sheila serta yang lain uruskan makhluk ni . " Kata Ahmadi lagi .

" Akak dah cakap tadi . Akak takkan berhenti selagi makhluk ni tak ditewaskan kat sini . " Kata Siti Khumairah dengan agak lemah .

" Witchie . Pergi . " Kata Sheila Asyikin pula .

Kucina melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi Sheila Asyikin dan memegang badan Siti Nursamawi yang mula lemah .

" Kitorang takkan pergi dari sini . " Kata Siti Nurjannah .

" Apa pun yang terjadi , kitorang akan tetap bertahan kat sini . " Kata Hagia Sofea pula .

" Kucina ! Witchie ! Pergi sekarang ! " Arah Ahmadi dengan agak lantang . " Ini titah beta ! Jangan berani nak mengingkarinya ! "

" Pergi sekarang ! " Giliran Sheila Asyikin pula yang memberikan arahan . " Jangan sampai beta dan Putera Pawana menjatuhkan hukuman pada kamu berdua ! Pergi sekarang ! "

Walaupun dalam keadaan yang lemah , Siti Khumairah dan dua orang rakannya serta Siti Nursamawi terperanjat sebaik sahaja perkataan ' Beta ' , Putera Pawana ' menendang gegendang telinga mereka .

Ketika Kucina dan Witchie hendak menghasilan Pintu dan Lingkaran Taisa , satu letusan tenaga Psikik yang amat kuat terhasil .
Keadaan sekitar bergegar dan lantai tanah retak dan merekah .

Ahmadi dan Sheila Asyikin dengan pantas berlari ke depan untuk menahan serangan itu .

Namun , ketika Ahmadi dan Sheila Asyikin hendak melancarkan serangan mereka , dua suara bergema di dalam minda mereka . Suara itu amat lemah .
Satu daripada suara itu amat mereka kenali .

Bukan Ahmadi dan Sheila Asyikin sahaja yang mengenali satu daripada dua suara itu malah , Siti Khumairah , Siti Nurjannah , Hagia Sofea dan Siti Nursamawi juga amat mengenalinya . Satu suara yang amat mereka rindukan .

Pancaran cahaya terhasil dan sejurus selepas itu pula , satu letupan yang kuat tercetus .

Pada masa yang sama , Gelas Kaca yang baru sahaja hendak dipegang oleh Permaisuri Fiirapi retak .

" Ya Yang Maha Mengetahui segalanya , apakah ertinya ini ? " Bisik hati Permaisuri Fiirapi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Siti Khumairah membuka matanya dengan perlahan - lahan . Dia mendapati , dirinya sedang baring di atas katil yang berlapiskan Kain Baldu berwarna Putih .
Dia bangun dan mendapati , Siti Nurjannah , Siti Nursamawi dan Hagia Sofea sedang duduk di atas katil di sisi kanan dan kirinya .

" Kita kat mana ni ? " Tanya Siti Khumairah dengan agak lemah .

" Kita kat dalam wad Witchie . " Jawab Siti Nurjannah .

" Apa yang berlaku ? " Tanya Siti Khumairah lagi .

" Letusan Tenaga Psikik . " Jawab Hagia Sofea . " Didie dan Sheila yang selamatkan kita . "

" Mana Didie ? " Tanya Siti Khumairah .

Tiba - tiba , Witchie muncul dari sebalik Tirai Baldu yang berwarna Putih bersama dengan seorang Jururawat bertelinga Arnab .

" Syukurlah , Puan Mai dah sedar . " Kata Witchie sambil tersenyum kelegaan .
Dia berpaling kepada Jururawatnya . " Pergi panggil Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka . Khabarkan pada baginda berdua bahawa , kakanda tuanku telah pun sedar . "

Jururawat itu dengan segera keluar .

" Apa maksud awak ? " Tanya Siti Khumairah . " Kenapa panggil budak gila tu dengan gelaran ' Tuanku ' ? "

Witchie mengeluh . " Puan , saya tak boleh jawab soalan Puan . Hanya Tuan Didie dan Cik Sheila sahaja yang mampu menjawab soalan Puan itu . "

Tiba - tiba , Ahmadi dan Sheila Asyikin muncul .

" Kita kena pergi dari sini . Sekarang . Jangan nak bagi apa - apa alasan . " Kata Ahmadi dengan agak kelam - kabut . Dicubitnya pipi Siti Khumairah dengan agak kuat . " Degil . "

" Tapi kenapa ? " Tanya Siti Khumairah dengan perlahan . " Akak tak dapat nak bergerak sangat lagi ni . Badan akak tak kuat lagi . "

" Kita sambung rawatan kat rumah . " Balas Sheila Asyikin lalu membuka Tirai Baldu .

Siti Nurjannah dan Hagia Sofea memapah Siti Khumairah .

" Kita tanya Didie dan Sheila kat rumah . Sekarang ni , kita ikut je cakap diorang . " Kata Hagia Sofea .

Sewaktu Ahmadi bersama dengan yang lain hendak ke pintu wad , pintu wad yang diperbuat daripada Zamrud berwarna Kuning Keemasan itu terbuka dengan sendiri .

Alangkah terperanjatnya Ahmadi , Sheila Asyikin , Kucina dan Witchie sebaik sahaja melihat Permaisuri Fiirapi bersama dayangnya muncul di dalam wad itu .

" Apakah yang sedang berlaku ini ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Kenapa bawa orang luar untuk dirawat di dalam Wad DiRaja milik anakanda ? "

Siti Nurjannah saling berpandangan dengan Hagia Sofea dan Siti Nursamawi .

" Bonda ... " Kata Ahmadi namun dia tidak dapat meneruskan kata - katanya kerana Permaisuri Fiirapi mengarahkannya agar diam .

Permaisuri Fiirapi memandang wajah Siti Khumairah lalu tersenyum dan menghampirinya . Satu senyuman yang bersulamkan kerinduan .

Pada ketika itu , Siti Khumairah terbayangkan wajah arwah emaknya disebalik wajah lembut Permaisuri Fiirapi sehingga hatinya menyebut perkataan ' Mak ' " .

" Mata kamu tak ubah seperti mata Putera Pawana . " Kata Permaisuri Fiirapi sambil tersenyum . Ada sedikit manik kaca pada matanya .
Dibelainya pipi mulus Siti Khumairah lalu dipandangnya wajah Ahmadi . " Putera Pawana , inikah kakanda kembar anakanda yang anakanda selalu ceritakan kepada bonda ? "

Ahmadi dan Sheila Asyikin saling berpandangan kerana , mereka berdua seperti serba - salah hendak menjawab pertanyaan itu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ahmadi dan Sheila Asyikin serta yang lain bersama dengan Permaisuri Fiirapi kini sedang duduk di tengah - tengah Pusat Rawatan yang dikendalikan oleh Witchie yang di bantu oleh Kucina .
Kawasan itu tidak ubah seperti di dalam sebuah Taman Bunga . Lantainya diselimuti dengan rumput padang yang amat subur dan dihiasi dengan pelbagai pokok - pokok bunga yang tumbuh dengan lebat serta berbunga .

Permaisuri Fiirapi menganggukkan kepalanya lalu memegang bahu Siti Khumairah yang duduk di sisi kirinya . " Oleh kerana itulah , anakanda berdua membawa kakanda anakanda bersama dengan kenalan mereka ke sini ? "

" Benar bonda . " Jawab Ahmadi .

" Tapi , kenapa Witchie dan Kucina tidak salinkan pakaian mereka terlebih dahulu ? " Tanya Permaisuri Fiirapi . Dipandangnya wajah Kucina dan Witchie . " Kenapa dirawat dalam keadaan yang berlumuran darah ? "

" Bonda ... " Jawab Sheila Asyikin namun , dia terdiam kerana Permaisuri Fiirapi mengarahkannya supaya diam .

" Witchie . Jawab soalan beta tadi . " Kata Permaisuri Fiirapi .

" Ampun tuanku beribu - ribu ampun . Sembah patik berdua pacar yang hina ini harap diampun . " Kata Witchie dengan penuh dengan adab dan sopan . " Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka menitahkan agar , rawatan dipercepatkan kerana , tidak mahu akan kehadiran kakanda Tuanku berdua dan kenalan mereka ini disedari oleh Tuanku Permaisuri . "

Permaisuri Fiirapi membuang pandangannya ke arah Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Dia menggelengkan kepalanya . " Putera Pawana , apakah salah sekiranya kakanda anakanda ini berehat di istana terlebih dahulu ? "

" Tak salah tapi , anakanda tak mahu kakanda anakanda dan yang lain ini berasa hairan dengan keadaan yang berlaku sekarang ni . " Jawab Ahmadi dengan jelas . " Apatah lagi , anakanda semua baru sahaja menumpaskan satu makhluk yang belum pasti dari mana asalnya . Lagi pula , ini adalah kali pertama mereka semua ini bertandang ke dunia ini . "

Permaisuri Fiirapi mengeluh dan membelai kepala Siti Khumairah yang berselimutkan tudung dengan lembut .

" Sheila , aku laparlah . " Bisik Siti Nursamawi dengan perlahan . " Takde makanan ke ? "

Sheila Asyikin memukul bahu Siti Nursamawi dengan lembut .

" Anakanda ku Puteri Salju . " Panggil Permaisuri Fiirapi dengan lembut lalu mencium kepala Siti Khumairah . " Anakanda bersama sahabat anakanda bermalam sahaja di istana . Berehat dahulu . Memandangkan hari hampir petang . Elok sahaja berehat di sini . "

Siti Khumairah hanya menganggukkan kepalanya kerana dia tidak mampu hendak berkata apa - apa .
Daripada segi nada suara , lenggok intonasi bahasa dan daripada segi kelembutan dalam berbicara dan tingkah - laku Permaisuri Fiirapi , tidak ubah seperti arwah Emaknya .

" Dayang berdua . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Panggil Dayang Istana agar siapkan bilik persalinan . Siapkan persalinan DiRaja untuk Puteri Salju dan dua orang sahabatnya di Istana Puteri Pawaka . "

" Menjunjung titah Tuanku Permaisuri . " Balas dua orang Dayang Istana yang setia itu lalu berlalu pergi .

" Aku macam mana ? " Bisik Siti Nursamawi lagi kepada Sheila Asyikin . " Takkan aku nak pakai macam ni ? "

Ahmadi menarik telinga Siti Nursamawi dengan agak kuat .
Perbuatan Ahmadi itu dapat dilihat oleh Permaisuri Fiirapi .

" Putera Pawana . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Begitukah anakanda layan sahabat baik anakanda ? "

Ahmadi hanya menggaru kepalanya lalu mengeluh . Keluhan yang bercampurkan dengan pelbagai soalan - soalan yang akan bertandang di dalam otaknya .

" Kalau hendak diikutkan daripada pemerhatian bonda , wanita ini sudah tentu sahabat anakanda yang selalu anakanda berdua ceritakan kepada bonda . " Kata Permaisuri Fiirapi lagi dengan lembut sambil tersenyum .

Ahmadi dan Sheila Asyikin hanya menganggukkan kepala mereka .

" Puteri Pawaka , mari kita berangkat ke Istana anakanda . " Kata Permaisuri Fiirapi lalu memandang Siti Khumairah sambil tersenyum manis . " Biar bonda sendiri yang pilihkan persalina untuk Puteri Salju . "

Ahmadi mengeluh lagi .

" Putera Pawana , bonda titahkan agar anakanda pergi cari maklumat pasal makhluk itu . Tapi , balik sebelum senja . Kita akan menikmati santapan bersama - sama . " Kata Permaisuri Fiirapi lagi dengan lembut . " Ini hukuman sebab anakanda tak beritahu bonda akan kehadiran kakanda anakanda di sini . "

Ahmadi hanya menganggukkan kepalanya .

Pada ketika itu , Nurzahirah sedang rancak bercerita dengan Tatsumaki dan Rissa . Mereka berbual sambil tertawa bersama .
Turut bersama mereka ialah Pendekar Bayu dan Fateh , suami Siti Khumairah .
Tiba - tiba , keriangan mereka diganggu dengan kemunculan sehelai bulu pelepah berwarna Biru berjalur Merah .

Tatsumaki dengan pantas menyambut bulu pelepah itu dan mengaktifkannya . " Bagitahu kat anak saudara aku . Cakap kat dia , suruh bagitahu kat ayah aku . Aku dan yang lain - lain bermalam kat lapangan . Esok kitorang balik . " Suara Ahmadi jelas kedengaran sebaik sahaja Tatsumaki mengaktifkan pelepah bermesej itu .
Sebaik sahaja mesej itu tamat , bulu pelepah itu hilang .

" Macam tu ke korang hantar laporan ? " Tanya Pendekar Bayu dengan lembut .

"Tak . Yang tadi tu , cuma teknik biasa . Teknik yang selalu digunakan oleh Tuan Didie dan Cik Sheila . " Jawab Tatsumaki .

" Boleh balas tak ? " Tanya Fateh sambil tersenyum . " Maksud Pakcik , macam berbual . Boleh ke ? "

" Boleh tapi , kena guna teknik yang lain . Taknik Madah Mutiara . " Jawab Tatsumaki .

" Susah nak percaya yang korang berdua ni pun dari Dunia Mitos sebab , korang ni sebiji betul macam Manusia . " Celah Pendekar Bayu lalu menongkatkan dagunya .

" Atok kena percaya . " Balas Nurzahirah dengan agak pantas . " Ayah Fateh pun kena percaya juga . "

" Sebab ? " Tanya Fateh .

" Sebab , Pakcik Didie yang cakap . " Jawab Nurzahirah dengan pantas . ," Pakcik takkan tipu Rara . "

Nanek Diana memasuki ruang itu lalu terus melabuhkan punggungnya di atas sofa . Dia mencapai Remote Control dan terus menghidupkan TV .
" Kalau korang nak berdebat pasal betul atau tak budak gila berdua tu ... " Kata Nenek Diana lalu dihumbankannya butiran Coklat ke udara dan menyambutnya dengan mulutnya . " ... pergi ke dapur . Nenek nak tengok Drama ni . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ahmadi menunggu keputusan kajian yang sedang dilakukan oleh pasukan Pengkaji DiRaja miliknya .
Pasukan itu diketuai oleh Witchie dan dibantu oleh Kucina .
Walaupun pasukan itu masih baharu namun , pasukan itu telah banyak membantu Kerajan Lagenos dalam masalah yang berkaitan dengan kesihatan .
Dia duduk dan meletakkan kepalanya di atas meja yang beralaskan tangannya . Dia menggerak - gerakkan kakinya .
Kepalanya ligat berputar untuk mencari jawapan . Dia tahu , kakaknya yang bertiga itu dan termasuklah Siti Nursamawi , akan bertanyakan soalan yang berpakej kepadanya . Setiap satu soalan yang mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan .

Dalam Ahmadi sedang sibuk mencipta dan mereka jawapan , sebiji Mutiara muncul di hadapannya . Dia dengan segera mengaktifkan Mutiara itu dengan hanya kawalan mindanya .

" Apa kau nak ? " Tanya Ahmadi dengan agak perlahan . " Kepala aku serabut ni . Kusut . Macam pukat ikan . Kau nak apa ? Nak pelempang ke ? Pelempang aku takdelah sedap sangat tapi , boleh tahan pedas dia . Kau nak ke ? "

Tatsumaki saling berpandangan dengan Nurzahirah dan Rissa .
Manakala Pendekar Bayu hanya diam seribu bahasa dan Fateh pula hanya tersengih .

" Apa hal Pakcik ni ? " Tanya Nurzahirah dengan agak kuat . " Macam tu ke Pakcik layan Kak Tsu ? "

" Eh , Rara . Jangan salahkan Pakcik . " Jawab Ahmadi dengan nada berseloroh . " Salahkan Kak Tsu . Siapa suruh dia guna Kristal dia . "
Dia tertawa kecil . " Rara nak apa ? Nak pelempang juga ke ? "

" Kalau ayah yang nak , berani ke nak bagi pelempang ? " Celah Pendekar Bayu .

Tersentak Ahmadi sebaik sahaja dia mendengar suara Pendekar Bayu .

" Dengan budak pun , nak ajak bertekak . " Kata Fateh pula . " Korang kat mana ni ? "

" Kat lapangan kes . Kitorang tengah bermain dengan makhluk pelik dalam makmal tu . " Jawab Ahmadi . Helah sebenarnya . " Elemen makhluk tu tak stabil jadi , kena berjaga - jaga . "

" Elemen yang tak stabil ? " Tanya Fateh dengan agak tenang . " Kali pertama abang dengar ada Elemen yang tak stabil . "

" Kali ni abang dah dengar . " Jawab Ahmadi dengan bersahaja . " Kakak bertiga tu , pengguna Elemen Psikik . Diorang bertiga je yang boleh kawal makhluk tu . "

" Nak saya dan Rissa bantu ke ? " Tanya Tatsumaki .

" Tak payah . Keadaan terkawal . " Jawab Ahmadi dengan pantas . " Korang berdua temankan anak saudara aku tu . Bermalam jelah kat sana . Esok pagi korang balik . "

" Bila ayah boleh dapat laporan korang ? " Tanya Pendekar Bayu .

" Esok kot . " Jawab Ahmadi . " Tengoklah macam mana nanti ."

" Wei Die . Jaga Kak Mai tu elok - elok . Jangan bagi calar sikit pun . " Pesan Fateh sambil tersenyum . " Didie ni pun satu . Bawa diorang tu bermalam kat sana hari ni pula . "

" Kenapa pula hari ni tak boleh ? " Tanya Ahmadi . " Puasalah . Malam jumaat minggu depan ada lagi . "

" Aku sepak juga korang berdua ni nanti . Tak senonoh depan budak - budak . " Celah Pendekar Bayu . " Ni ada budak bawah umur ni . Jaga sikit maksud ayat korang tu . "

" Sepak Abang Fateh tu . Tak senonoh . Suruh puasa tak nak . Degil . " Sampuk Ahmadi sambil tertawa kecil . " Dahlah . Nanti kalau ada apa - apa , saya bagitahu . Saya putuskan hubungan ni sekarang . "

Sebaik sahaja Ahmadi menghabiskan ayatnya , Mutiara tadi hilang seperti asap yang dihembus oleh bayu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Permaisuri Fiirapi tersenyum sebaik sahaja dia memakaikan Selendang di atas kepala Siti Khumairah .
Dikucupnya kepala Siti Khumairah dengan penuh kasih dan sayang .
Dipandangnya wajah Siti Khumairah melalui biasan cermin . " Cantik Puteri bonda . "

Siti Khumairah hanya tersenyum selepas dia diberdirikan oleh Permaisuri Fiirapi .

Tidak lama kemudian , Sheila Asyikin , Siti Nurjannah , Siti Nursamawi dan Hagia Sofea keluar daripada ruang persalinan diringi oleh beberapa Dayang .

Permaisuri Fiirapi tersenyum lebar sebaik sahaja melihat akan Sheila Asyikin bersama yang lain telah pun memakai persalinan Istana .

Ketua Dayang mengarahkan semua dayang itu keluar daripada bilik persalinan itu .

" Mari kita ke ruang Istirehat . " Ajak Permaisuri Fiirapi dengan lembut dan tersenyum .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ahmadi mengeluh lalu dia berdiri dan menghampiri Witchie yang sedang meneliti laporan yang baru sahaja diberikan kepadanya .

" Apa yang korang dapat ? " Tanya Ahmadi .

" Kalau nak ikutkan laporan kajian ni , makhluk tu sebenarnya memang hasil daripada kajian makmal tapi , makhluk ni memiliki dua DNA yang berbeza . " Jawab Witchie sambil matanya terus meneliti laporan yang dipegangnya .

" Apa maksud kau ? " Tanya Ahmadi dengan tenang . " Jelaskan guna ayat yang senang aku nak faham . "

" Dua DNA yang berbeza . Dua DNA dalam satu sel . Satu DNA untuk kekalan sifat asal dan satu DNA lagi untuk menguatkan DNA yang pertama tadi . " Kata Witchie dengan lembut .

" Dalam bahasa yang mudah ? " Tanya Ahmadi .

Witchie menggaru kepalanya lalu dia mencari sesuatu .
Dia terlihat sebotol air dan dia terus mengambilnya dan berdiri di hadapan Ahmadi .
" Dalam badan Tuan , ada DNA yang memang dah terbentuk sejak azali lagi . Dalam botol ni pula , ada DNA daripada makhluk lain . Saya masukkan DNA dalam botol ni dalam badan Tuan . Jadi. dalam badan Tuan ada dua DNA yang berbeza . "

Ahmadi mengerutkan dahinya . " Boleh ke macam tu ? "

" Boleh kot . " Jawab Witchie dengan agak perlahan .

Kucina berjalan menghampiri Ahmadi dan Witchie . " DNA pertama , mengekalkan ciri - ciri DNA asal . DNA yang kedua tu pula , memiliki ciri - ciri daripada makhluk lain yang diubahsuai untuk bekerjasama dengan DNA yang pertama . Tapi , ikut daripada uji kaji yang saya jalankan tadi , DNA pertama tak serasi dengan DNA yang kedua . Mungkin tulah sebab dia kenapa Elemen Psikik makhluk tu tak stabil . "

" Ok , yang dalam otak aku macam ni . " Balas Ahmadi lalu duduk . " DNA yang kedua tu , langsung tak kacau DNA yang pertama tapi , dia berfungsi sebagai penguat kepada DNA yang pertama . "

" Betul . " Kata Kucina . " DNA kedua tu membekalkan Elemen Tenaga Warna dan Cahaya . Dan menggalakkan proses mutasi . "

" Korang cakap tadi , DNA kedua tu langsung tak kacau DNA yang pertama tadi . Kalau DNA yang kedua tu menggalakkan proses mutasi , dah tentu DNA yang kedua tu dah kacau DNA yang pertama tu . " Kata Ahmadi dengan agak tenang .

" Kan saya dah cakap tadi , DNA yang pertama tu cuma kekalkan sifat - sifat semula jadi . DNA yang kedua tu pula , berfungsi untuk menguatkan ciri - ciri DNA yang pertama . " Balas Kucina .

" Ok , apa yang dikekalkan oleh DNA yang pertama tu ? " Tanya Ahmadi .

" Lima deria . Deria bau , Dera rasa , Deria Sentuhan , Deria pendengaran dan Deria penglihatan . " Jawab Witchie . " Dan mengawal dua organ . Otak dan Jantung . "

" DNA yang pertama tu hanya kekalkan lima deria tu dan dua organ tu . " Sampuk kucina dengan tenang . " DNA yang kedua tu pula , bekalkan tenaga Elemen Warna dan Cahaya kepada lima deria rasa tu dan dua organ tu . "

" Macam yang kitorang cakapkan tadi , DNA kedua tu menggalakkan proses Mutasi . Dia akan menggalakkan proses mutasi DNA yang pertama tapi , mengekalkan lima deria dan dua organ tadi . " Celah Witchie lagi .

" Siapa pemilik dua DNA tu ? " Tanya Ahmadi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Banyaknya . " Bisik Hagia Sofea kepada Siti Nurjannah taktkala melihat juadah makan malam yang terhidang .

" Kita tunggu Putera Pawana . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan senyumannya . " Dah lama bonda tidak menikmati hidangan ramai - ramai seperti ini . "

" Bukankah setiap hujung minggu anakanda dan Kanda Putera Pawana bertandang ke sini . Kita bertiga menikmati hidangan bersama - sama . " Balas Sheila Asyikin dengan manja .

" Puteri Pawaka , anakanda dan Putera Pawana itu memang telah dewasa tapi. kadang - kala , tabiat keanak - anakan anakanda berdua itu melebihi kematangan anakanda berdua . "
Balas Puteri Fiirapi sambil tersenyum . Kata - katanya itu disambut dengan sedikit hilai tawa yang kecil .

Sheila Asyikin hanya tersenyum malu .

" Anakanda ku semua . Anggap sahaja beta seperti emak anakanda sendiri . " Kata Permaisuri Fiirapi lagi dengan lembut . " Cuma , bonda tidak menyangka. hanya Putera Pawana seorang sahaja jejaka dikalangan anakanda semua . "

" Benar bonda . " Kata Siti Khumairah dengan lembut . Walaupun perasaan malunya masih bertandang di dalam hatinya , dia melawan perasaan malunya itu kerana , dia berasa selesa akan layanan Permaisuri Fiirapi .
Baginya. segala perbuatan dan pertuturan Permaisuri Fiirapi tidak ubah seperti arwah emaknya . Walau berbeza rupa tapi , memiliki banyak persamaan .
" Hanya dia Kumbang di antara kami . "

" Apakah dia sudah memiliki sekuntum bunga di dalam hatinya ? " Tanya Permaisuri Fiirapi sambil tersenyum .

" Taman hatinya hanya memiliki taman , tapi tidak berbunga . " Jawab Siti Nurjannah juga sambil tersenyum . " Tapi , ada bunga liar yang telah tumbuh dalam taman hatinya yang dia sendiri terpaksa menjaganya . "

" Apakah maksud anakanda itu , Bunga Hutan yang dua kuntum ini ? " Tanya Permaisuri Fiirapi lalu tersenyum mekar . " Jika begitu , Putera Pawana akan memiliki masalah yang besar . "

Kata - kata Permaisuri Fiirapi itu disambut dengan gelak dan tawa .

" Benar bonda Permaisuri . " Balas Hagia Sofea dengan lembut . " Dua Bunga Hutan inilah yang kami bertiga maksudkan . "

" Kasihan . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya . " Berdoa sahaja adinda anakanda bertiga itu tidak rosak sel - sel otaknya . "

Sekali lagi kata - kata Permaisuri Fiirapi itu disambut dengan hilai dan tawa .

Tidak lama kemudian , Ahmadi tiba dengan persalinan DiRajanya .

Wajahnya ada sedikit riak wajah yang semacam namun , dia berusaha untuk memyembunyikannya .

Sheila Asyikin berbisik kepada Sheila Asyikin . " Kacaknya dia . "

" Tahu takpe . " Balas Sheila Asyikin .

Ahmadi duduk di atas kerusinya yang berhadapan dengan Permaisuri Fiirapi .

Dayang tiba lalu menuangkan minuman pada setiap gelas .

" Ini adalah kali pertama anakanda melihat , adinda anakanda ini duduk berjauhan daripada dua Bunga Hutan ini . " Kata Siti Khumairah .

Ahmadi hanya mengeluh manakala Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi pula hanya saling berpandangan .

" Jika begitu , eloklah . " Balas Puteri Fiirapi dengan lembut . " Sayangkan bunga jentik - jentikkan . Sayangkan kumbang jeling - jelingkan . Agar asmara makin membara . "

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tersenyum .

" Anakanda rasa , bonda juga telah terpengaruh dengan tiga kekanda anakanda ini . " Balas Ahmadi dengan lembut . " Mana mungkin anakanda hendak menadah madu daripada Bunga Hutan liar yang tiba - tiba muncul entah dari mana datangnya . "

" Anakanda ku Putera Pawana , biasanya , orang yang kita tidak berkenan itulah pasangan kita , walau kita berusaha untuk menafikan atau mengelak darinya . " Sambut Puteri Fiirapi dengan lembut .

" Gila . " Kata Ahmadi di dalam hatinya .

Permaisuri Fiirapi tersenyum lalu merapatkan kedua belah tapak tangannya ke atas . " Mari kita menjamu selera . Sebelum itu , kita baca doa dahulu . Putera Pawana akan membacanya . "

Kesemua mereka termasuk Dayang yang berada di situ turut menadahkan tangan mereka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pagi yang indah disirami dengan cahaya mentari yang bersinar terang . Burung juga bernyanyi dengan riang .
Kelihatan Ahmadi bersama dengan yang lain sedang berdiri di halaman Istana .
Turut berada di situ ialah Permaisuri Fiirapi dan dua orang Dayangnya .

" Jika ada kelapangan , bawalah kakanda Puteri Salju bertandang ke Istana . Bonda tidak puas bertemu dengannya . " Kata Permaisuri Fiirapi .

Ahmadi hanya menganggukkan kepalanya sambil tersemyum .

Permaisuri Fiirapi mengucup dahi Siti Khumairah . " Semoga Yang Maha Melindungi anakanda dan semua . Bonda akan merindui anakanda dan kalian semua . "
Air matanya menitis . " Perasaan ini seperti , kehilangan seorang anak walaupun , anakanda bukan lahir daripada rahim bonda tapi , bonda rasa seperti anakanda telah mengisi satu ruang yang telah lama kosong dalam diri bonda . Jika ada masa terluang . Bertandanglah ke sini . Bonda akan mencemar duli untuk masakkan makanan untuk anakanda . "

Siti Khumairah menyekah air mata Permaisuri Fiirapi lalu memeluknya . " Yang Maha mengetahui akan mempertemukan kita semula . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience