" Atuk tahu . Kenapa Tuan Didie korang tu , tak buang korang daripada Pasukan ni walaupun , korang semua dah langgar peraturan yang sangat besar dan ia merupakan kesalahan yang amat berat . " Kata Pendekar Bayu dengan lembut . " Sebab , kekuatan dan kebolehan korang semua , amat diperlukan untuk memastikan , keadaan dua dunia ni , terkawal . "
Semua yang berada di situ bagaikan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Pendekar Bayu itu .
" Memang dia ada cakap kat Atuk yang korang ni , Pahlawan tapi , pada Atuk , korang semua tetap masih muda . Darah dan perasaan korang masih panas . " Kata Pendekar Bayu dengan lembut . " Belajar cara nak kawal perasaan marah korang . Ingat satu perkara . Salah satu ciri - ciri Pahlawan yang hebat , bukan pada kekuatan semata - mata . Tapi , juga pada sifat sabar dan kemampuan pada pengawalan sifat perasaan yang ada pada kita. Kenal pada perasaan korang , korang akan dapat kawal perasaan korang . "
Para anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru menganggukkan kepala mereka .
" Membunuh atau dibunuh . Atuk suka dengan slogan tu . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas sambil tersenyum . " Selagi nyawa korang belum terancam , selagi itulah , korang jangan bunuh musuh korang . Bukan dalam semua pertarungan kita kena membunuh . "
Pendekar Bayu memandang ke arah semua anggota Pasukan Nurzahirah sambil tersenyum . " Ingat . Sentuhan dan serangan pada perasaan adalah satu teknik yang amat kuat . "
" Tuan Atuk ke yang ajar kat Tuan Didie pasal teknik serangan berkaitan dengan perasaan ni ? " Tanya Kasswari dengan lembut nada suaranya .
Seorang remaja wanita yang sebaya dengan Nurzaharah .
Pendekar Bayu tersenyum . " Arwah isteri atuk ajarkan teknik ni pada atuk dan , atuk ajar kat anak - anak atuk . Dan , seorang anak atuk tu , turunkan pula ilmu ni kat korang semua . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Janganlah keras hati sangat . Hukum diorang pasal diorang langgar Kod Etika DiRaja tu je . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang dan jelas . " Pasal kes Rissa ni . Awak maafkan dia . Psikologi dia terganggu mungkin sebab, dia tak sangka awak hukum diorang kat Pulau Penjara awak tu . "
Ahmadi mengeluh lalu dia menganggukkan kepalanya . " Mungkin aku dah terlampau sikit . "
" Takdelah . Tak melampau pun . Cuma , macam yang saya cakapkan tadilah . Emosi Rissa terganggu sebab , dia ada macam Fobia kat tempat tu . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Memori kita macam , ada laci . Laci Memori . Laci - laci Memori ni akan terbuka sendiri mengikut keadaan yang tertentu . Ada yang kita boleh tutup dan buka ikut suka hati , dan ada yang hanya terbuka kalau ada satu - satu sebab yang buat Laci Memori tu terbuka . Tak kisahlah , sama ada Laci Memori suka atau yang kita tak suka . "
" Aku hukum diorang kat Pulau Penjara tu dan dah sebabkan Memori Laci dia kat Pulau tu terbuka . " Kata Ahmadi dengan lembut .
Stephen Akio Kenzo tersenyum dan menganggukkan kepalanya lalu dia menepuk bahu Ahmadi dengan lembut . " Saya korek daripada mak dan ayah dia tadi . Rissa dah anggap awak macam lebih daripada sekadar Raja . Dia anggap awak macam , abang atau Pakcik dia . "
" Banyak masa kau nak korek benda - benda macam ni . " Balas Ahmadi lalu dia tertawa kecil .
" Apalah sangat kalau setakat bab - bab kes Psikologi ni . Dalam tanganlah . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan tenang .
Selepas itu , dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam saku seluarnya .
Dia turut memandang ke hadapan bersama Ahmadi yang turut menikmati pemandangan yang saujana mata memandang daripada atas bangunan Hospital .
Dia melepaskan satu keluhan . Keluhan yang berat sambil dia menjamah asap - asap halus yang jauh di kaki langit . " Yang penting . Bukan Psikologi yang berat dan negatif yang , boleh membawa awak berperang dengan minda dan perasaan awak sendiri . Sampai , awak sendiri tak tahu nak buat keputusan . Sama ada awak perlu cederakan perasaan awak atau , awak perlu selamatkan perasaan awak tapi pada masa yang sama , awak cederakan perasaan awak . "
" Lain macam ayat madah pujangga kau tu . Makan dalam . " Balas Ahmadi dengan tenang dan lembut . " Kau bergaduh dengan Scarlett ke ? "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dyrad berjalan menuju ke biliknya yang dihiasi dengan pelbagai dekorasi yang pelik dan menakutkan .
Namun pada pandangan matanya , itulah dekorasi yang terindah yang pernah dihasilkannya .
Lampu Lampu Meja yang diperbuat daripada Kepala Wanita yang diawetkannya .
Lampu Siling yang diperbuat daripada bebola - bebola mata yang menakutkan .
Dan pelbagai lagi hiasan yang ngeri dan menyeramkan .
Dia duduk di hadapan cermin soleknya yang dihiasi dengan tangan - tangan mangsa pilihannya .
Dibukanya lacinya dan dia memandang ke arah sebutir Kristal Hitam bersadur Berlian Merah yang menyimpan sebentuk Cincin yang cantik dan indah .
Diapungkannya cincin tadi dan disarungkannya pada jari manis tangan kanannya .
Aura Tenaga Elemen yang menakutkan terkeluar sebaik sahaja cincin itu tersarung kemas pada jari manis kanannya .
Dia tersenyum . " Takkan ada sesiapa pun kat dunia ni yang akan dapat awak . Awak akan mati bersama saya , sayang . Itu janji saya . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Rissa membukakan matanya dengan perlahan - lahan .
Matanya menjamah siling Hospital yang berwarna Putih .
Tidak lama selepas itu , bau ubat - ubatan perlahan - lahan menyapa lubang hidungnya .
Dengan pantas mindanya dapat meneka di mana dia sedang berada .
Dia mengeluh dengan perlahan dan dengan lemah , dia mengalihkan pandangannya ke arah kanannya .
Dengan matanya yang layu tidak bermaya , dia sedikit terperanjat kerana terlihat akan Ahmadi , sedang lelap di atas Sofa panjang yang berwarna Hijau .
Dia berusaha untuk bangun dan dia mendapati bahawa , sebelah tangannya memiliki hos kecil yang mengalirkan air .
Dia cuba untuk menanggalkan hos kecil itu .
" Kau cabut hos tu , aku patah - patahkan jari kau . " Kata Ahmadi dengan nadanya yang bersahaja dengan sebelah tangannya terletak di atas dahinya dengan matanya yang terpejam rapat . " Kalau kau tak percaya , kau buat . "
Rissa menghentikan niatnya dan melekatkan pandangannya ke arah ke dua belah kakinya yang berselimutkan kain Putih yang tidak tebal dan tidaklah nipis .
Ahmadi berdiri dan terus sahaja mengambil kerusi dan duduk di tepi katil Rissa .
Rissa hendak menoleh ke arah Ahmadi namun , kepalanya terasa berat untuk berbuat demikian .
Hanya air matanya sahaja yang terus menitis dengan perlahan .
" Kau menangis macam ada orang yang kau sayang dah mati . " Kata Ahmadi lalu diambilnya sehelai tisu dan mengelap air mata Rissa dengan lembut dan perlahan . " Siapa yang mati ? "
Rissa menggelengkan kepalanya . Selepas itu , dia melepaskan keluhannya . " Saya cuma . Nak minta maaf . Saya takut . Saya mati tak sempat nak minta maaf dengan Tuan . "
Ahmadi tersenyum . " Aku takkan maafkan kau . "
" Saya tahu saya dah buat Tuan marah . Saya merayu kat Tuan . Tolong maafkan saya . Tolong ampun saya . " Kata Rissa lagi dengan lembut dan lemah nadanya . " Saya sanggup buat apa je . Asalkan Tuan ampunkan saya . "
" Betul ni , kau sanggup buat apa je ? " Tanya Ahmadi sambil tersenyum .
Rissa menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Apa je . Saya sanggup buat apa je . "
" Baiklah . Aku setuju terima permohonan maaf kau . " Kata Ahmadi dengan senyumannya sambil mengangkat dagu Rissa agar memandangnya .
" Saya sanggup lakukan apa je . " Kata Rissa sambil memandang ke mata Ahmadi .
" Baiklah . " Kata Ahmadi lalu dia dengan bersahaja , dicubitnya pipi Rissa dengan agak kuat . " Yang pertama , kau kena makan ubat . "
Rissa tersenyum lalu dia menganggukkan kepalanya .
" Bila kau dah sihat nanti , baru aku maafkan kau . Selagi kau tak sihat . Jangan mimpi yang aku akan maafkan kau . " Kata Ahmadi dengan wajah geramnya .
Rissa tersenyum lalu menyekah air matanya . " Beri saya tempoh empat hari . Saya akan sembuh seperti sediakala . "
" Banyak awak punya empat hari . Saya nak awak sembuh esok . " Kata Nurzahirah yang masuk ke dalam wad Rissa . " Awak dah buat dua kesalahan . Yang pertama . Langgar Kod Etika . Yang kedua , awak dah risaukan saya sangat - sangat . "
" Apa hukuman Rara kat budak ni ? " Tanya Ahmadi sambil tersenyum .
" Rara nak dia sihat esok . Tak nak sampai empat hari . Empat hari tu lama sangat . " Balas Nurzahirah dengan reaksi wajah geramnya yang manja . " Biar dia tahu . Susahnya nak jaga kesihatan "
" Padan muka kau . " Kata Ahmadi dengan geram lalu ditolaknya pipi Rissa dengan lembut dan manja . " Menyusahkan orang je . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Di dalam Kem Pahlawan , kelihatan Makhluk Mitos sedang bersorak kerana Lesas dan Pendekar Bayu sedang beradu tenaga dengan bergusti lengan .
Pendekar Bayu tertawa dengan terbahak - bahak kerana Lesas langsung bukan tandingannya .
Dan beberapa detik kemudian , dia berteriak kerana dia memenangi acara ringan itu .
Lesas tersenyum sambil dia memegang bisep dan trisepnya .
" Siapa lagi ? " Tanya Pendekar Bayu sambil tersenyum .
Di dalam rumah Rissa , kelihatan Siti Maisarah sedang menenangkan Ragi yang masih lagi gundah dan gulana mengenangkan nasib yang menimpa Rissa .
Sementara Daniel pula , kelihatan sedang bercerita dengan Rasta .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi pula , kelihatan sedang berkata sesuatu kepada anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru .
Tatsumaki meletakkan kepalanya di bahu Siti Aisyah dengan tangisannya yang baru sahaja reda .
Nurzahirah pula yang baru sahaja balik daripada melawat Rissa , dengan riak wajah yang semacam , dia menyedari akan sedang diekori oleh Nurzaharah .
Ke mana sahaja dia pergi , dia akan mendapat Nurzaharah mengekorinya .
Baik di beranda Istana , sehinggalah ke ruang tamu biliknya dan di dalam bilik air , dia akan mendapati kehadiran Nurzaharah yang sedang mengekori dan mengintainya .
Sehinggalah ketika dia berdiri di ruang tamu utama Istana , wajah geram manja semacamnya bergetar . " Hara nak apa ? ! "
Jeritan Nurzahirah itu telah memeranjatkan Permaisuri Fiirapi yang sedang berjalan hendak keluar daripada bilik peraduannya . " Ya Tuhan Semesta Alam yang Esa , apa sahajalah cucunda beta yang berdua itu lakukan lagi ? "
Nurzaharah yang sedang bersembunyi di dalam pokok hiasan di mana, hanya mata kirinya yang merah menyala kelihatan , menunjukkan wajahnya yang kaku . " Nak minta maaf . "
" Nak minta maaf , minta maaf jelah ! Nak jadi hantu ikut akak ke sana sini tu buat apa ? ! Akak seram sejuk tau ! " Jerit Nurzahirah dengan lantang dengan wajah geram manjanya . " Esok Hara mati ! Hara tak sempat nak minta maaf ! Berasap kubur , baru tau ! "
" Boleh ? " Tanya Nurzaharah yang wajahnya muncul betul - betul di atas lantai di hadapan ke dua belah kaki Nurzaharah .
Tindakan Nurzaharah itu telah menyebabkan Nurzahirah menjerit kerana terperanjat .
Permaisuri Fiirapi bergegas menuruni tangga dan dia ditemani oleh dua orang Ketua Dayang setianya .
" Ya Tuhan Yang Esa . Cucunda beta berdua ini ada sahaja tingkah mereka . "
Dia mempercepatkan langkahnya sebaik sahaja melihat , Nurzahirah sedang bergelut manja dengan Nurzaharah di atas sofa .
" Geramnya akak dengan Hara ! " Kata Nurzahirah sambil memukul Nurzaharah dengan bantal sofa .
Nurzaharah hanya melindungi wajahnya daripada terus dilanyak oleh Nurzaharah .
Permaisuri Fiirapi dengan pantas menarik telinga Nurzahirah dan Nurzaharah .
Nurzahirah menghentak - hentakkan kakinya manakala Nurzaharah pula tertunduk sambil tangannya memegang tangan Permaisuri Fiirapi yang menarik telinganya dengan kuat .
" Apakah hantu yang merasuk tubuh cucunda berdua ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut tanpa melepaskan telinga Nurzahirah dan Nurzaharah . " Katakan pada nenda . Biar nenda halaunya keluar . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kemeriahan dan kegembiraan yang mengisi suasana Kem Pahlawan menjadi senyap kerana salah seorang Pahlawan di bawah Pasukan Lesas dan Nezza telah menangkap pengintip musuh .
Pahlawan itu dengan segera membawa Pengintip Musuh itu bertemu dengan Lesas .
Lesas dengan garang , mengangkat dagu Pengintip Musuh itu untuk melihat wajahnya .
Pendekar Bayu juga turut melihat wajah Pengintip Musuh yang telah berjaya ditangkap itu .
" Siapa ketua awak ? ! " Jerkah Lesas dengan garang .
" Awak ingat awak boleh dapat jawapan tu ke ? ! " Balas Pengintip Musuh itu juga dengan garang .
Pendekar Bayu tersenyum lalu dihempasnya kerusi ke kepala Pengintip Musuh itu dengan kuat . " Sekarang cakaplah . Siapa ketua kau . Kitorang takde masa nak berborak dengan kau . "
Terperanjat Lesas melihat tindakan Pendekar Bayu itu .
Ahmadi yang baru sahaja tiba di Kem itu hanya berjalan menghampiri Pendekar Bayu dengan reaksi wajah semacamnya .
" Kenal ke ? " Tanya Pendekar Bayu dengan tenang .
Ahmadi mengamati wajah Pengintip Musih yang sedang mengerang kesakitan itu lalu dia mengeluh .
Selepas itu , dia bertinggung . " Jauh kau datang . Kau cari aku ke ? "
"Awak dah bunuh Makmi . " Kata Pengintip Musuh itu . " Awak kena bertanggungjawab atas perbuatan awak . "
Ahmadi menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Kepala otak kau aku yang bunuh dia . Pahlawan Darkhtala yang bunuh dia . Aku dan Regresal jadi saksi malam tu . "
" Mustahil . Takde lagi Pahlawan yang boleh bunuh dengan cara kejam macam tu selain daripada awak dan Pahlawan - pahlawan pelik kau tu . " Balas Pengintip Musih itu sambil memandang ke wajah Ahmadi .
" ' Wui ' bangang . Maklumat yang kau dapat tu , tak tepat . Kau pergi tanya Regresal sendiri kalau kau tak percaya . " Kata Ahmadi dengan bersahaja . " Aku dan dia cari Makmi malam tu . Bila kitorang jumpa dia , dia dah mati dan keadaan mayat dia , dah jadi macam tu dah masa kitorang sampai . "
Share this novel