BAB 69 HALANGAN TERAKHIR

Fantasy Series 4024

Pendekar Bayu dan rakan - rakannya meneliti kawasan yang mana kedudukannya  telah diberikan oleh salah seorang anggota daripada Pasukan Putih .

            " Memang ada aktiviti perjumpaan kat sini . Kumpulan asing ni bijak . Diorang dapat samarkan kehadiran diorang kat sini . " Kata Pendekar Kuning dengan jelas .

            Pendekar Bayu berjalan perlahan - lahan dan meneliti di sekelilingnya kerana dapat mengesan kehadiran ' sesuatu ' di situ .

            " Lebih daripada tujuh orang . Tenaga Elemen diorang , boleh tahan kuat juga . " Kata Sougaena Aryan dengan tenang .

             Putih yang sedang menyentuh tanah , memandang ke arah Pendekar Bayu dan membuat isyarat tangan .

              Pendekar Bayu tersenyum dan menganggukkan kepalanya .

              " Mesti diorang muncul kat sini guna Lingkaran Taisa . " Kata Pendekar Umbut dengan jelas . " Tak pun terbang . "

              " Aku yakin . Diorang muncul dan lenyap dari sini guna Lingkaran Taisa . " Kata Pendekar Bayu dengan tenang . " Tak ada kesan perjalanan kat sini . "

              " Tak ada apa yang kita dapat lakukan kat sini . " Kata Pendekar Kirai . " Tapi , kita dapat tahu . Diorang rancang strategi kat tempat lain dan , berkumpul kat tempat lain . Berpindah - randah . "

               " Untuk elak daripada dikesan . " Kata Pendekar Kuning dengan tenang .

                Pendekar Bayu berjalan perlahan - lahan dan berdiri dengan membelakangi sebatang pokok yang agak besar . " Takpelah kalau kita tak dapat nak dapat apa - apa kali ni . "
                 Dia kemudiannya memandang ke arah Pendekar Kuning dan menghubungkan mindanya dengan minda Pendekar Kuning .

                  Pendekar Kuning menguap sambil menganggukkan kepalanya . " Baliklah . Buang masa je tunggu kat sini . "
                  Dia kemudiannya berjalan ke arah Sougaena Raj dan menepuk - nepuk bahu rakannya itu .

                 Sougaena Raj sedar akan isyarat Elektrik yang dihantar oleh Pendekar Kuning melalui bahunya .

                " Dahlah . Jom kita balik . Takde ' mende ' yang kita boleh kutip dari sini . " Kata Sougaena Raj sambil menggaru perutnya . " Kita singgah kejap kat Warung Pak Lebei . Mengidam pula nak minum Tea Tarik dia . "

                Pendekar Bayu masih berdiri membelakangkan pokok tadi dan memandang ke arah Putih buat seketika dan selepas itu , dia memandang ke arah rakan - rakannya . " Korang jelah pergi ke Warung Pak Lebei tu . Aku nak ke Warung Milah Janda . Aku rindu dengan Nasi Lemak dia . "
                 Selepas itu , dia menyalakan cahaya Elemen Warna dan Cahayanya pada matanya .

                 Satu serangan pantas menyerang Pendekar Bayu dari arah belakang dan Pendekar Bayu merendahkan tubuhnya dan menyentuh tanah .

             Pendekar Bayu mengawal angin pada sekitarnya untuk menangkap penyerangnya yang tidak kelihatan .

             Sougaena Raj mengawal rumput - rumput di sekitar mereka dan mengikat tubuh penyerang Pendekar Bayu .

             Sejurus selepas itu , Pendekar Kuning dengan pantas menghasilkan sambaran Elektrik daripada jari - jemarinya untuk merenjat musuh mereka yang tidak kelihatan itu .

              Putih pula menghasilkan Satu gelombang berwarna Putih , Biru dan Perak dan dilancarkannya ke arah sasaran mereka .
              Selepas itu , sosok penyerang tadi kelihatan .

              Pendekar Kuning menghentikan serangannya .

               Putih dengan garang , melututkan penyerang itu di hadapan Pendekar Bayu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

               Stephen Akio Kenzo melakukan Hand Seal dengan pantas dan kemudian , dia menyemburkan bebola - bebola Elektrik daripada mulutnya ke arah penghalang - penghalang mereka .

             Aivira berlari dan menyeretkan senjatanya di atas tanah lalu , jalur cahaya Warna Elemennya terpancar pada garisan seretannya tadi dan kemudian, puluhan Labah - labah bersaiz seekor Kucing keluar daripada tanah dan terus menerkam , membaham dan membunuh penghalang - penghalang mereka .

            " Jelmakan Baju Perisai korang . " Arah Daniel dengan jelas dan arahannya itu bergema di dalam minda semua anggota pasukan itu .

             Daniel mengajak Siti Maisarah berlari lebih pantas ke hadapan sambil dia dan Siti Maisarah menjelmakan Baju Perisai mereka .

            Daniel dan Siti Maisarah menghubungkan Elemen Warna dan Cahaya mereka dan menghasilkan sambaran Elemen Angin dan Api yang agak besar .

             Gelombang itu telah mengakibatkan tanah - tanah dan pokok - pokok di sekitar itu terpelanting ke segenap arah dengan kuat akibat daripada , beberapa siri letupan yang amat kuat .

             Nurzahirah , Nurzaharah dan Rissa melompat ke udara sambil menghasilkan sebiji Bebola Tenaga Elemen bersaiz Bola Sepak .
              Sebaik sahaja mereka mendarat , mereka berlari buat seketika dan terus menyepak Bebola Tenaga Elemen tadi .

             Bebola Elemen itu meluru ke hadapan dan terus menghasilkan letupan yang agak besar dan kuat .

              Tidak terhenti setakat itu , Nurzahirah , Nurzaharah dan Rissa mengawal Api daripada letupan tadi dengan menggunakan Elemen Psikik Fizikal mereka dengan menghasilkan Humanoid Elemen Psikik daripada Api tadi .
               Melalui penglihatan Psikik mereka , Humanoid itu menyerang semua penghalang mereka dengan sebilah Pedang Api yang amat menakutkan .

               " Kat sini ke kau dan Didie selalu rehat ? ! " Tanya Siti Nursamawi yang bergema di dalam minda Sheila Asyikin .

                " ' Aah ' ! Kat sinilah ! " Balas Sheila Asyikin dengan lantang .

                Mendengar jawapan Sheila Asyikin itu , Maera mengajak Muniandy , Naera dan Ratni untuk melompat ke udara dan mendarat di agak jauh belakang Humanoid tadi .
                Mereka dengan pantas menghempaskan tapak tangan mereka ke tanah lalu , sebuah rumah yang agak besar keluar daripada tanah .

                Maera dan Naera dengan pantas menghasilkan kubu penghalang pada sekitar rumah itu .

               Aivira dan Aqilah pula berlari di atas dinding kubu tadi sambil menghasilkan Jaring Sutera yang amat kuat yang tinggi menjulang ke langit sehingga menutupi bahagian atas rumah itu .

              Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin berhenti berlari dan memandang ke arah belakang mereka .

              Siti Nursamawi menghasilkan dua laras Gatling Gun 2V miliknya dan memberikan selaras daripadanya kepada Sheila Asyikin .
              Selepas itu , mereka bersama - sama melepaskan tembakan mereka .

               Lesas dan Nezza juga berhenti dan memandang ke arah belakang mereka dan dengan kuat , mereka menghempaskan Mata Pedang mereka ke tanah lalu , tujuh lingkaran cahaya Elemen Warna dan Cahaya mereka terpancar pada permukaan tanah sepanjang seribu meter dan terus menghasilkan letupan .

               Fateh , Ikhwan Khalid juga melakukan perbuatan yang sama namun , mereka melibas - libaskan Pedang mereka di udara dengan menghasilkan Libasan Elemen yang bercorakkan Jalur Letupan Elemen .

               Siti Aisyah mendarat di atas tanah dan berguling buat seketika dan kemudian , dia melepaskan Anak Panah Elemennya tinggi ke udara .
              Dengan kawalan mindanya , Anak Panah Elemennya tadi berpecah menjadi puluhan Anak Panah yang berwarna Kuning dan Hijau .
              Sejurus selepas itu , panahan petir menyambar kesemua penghalang mereka .

              Ahmadi kelihatan sedang bersandar pada perdu sebatang pokok .
              Dia berkumur dan meludah ke tanah . Nafasnya sedikit berat .

              " Aku dah cakap . Tahap ni , memang sukar sikit . Tenaga Psikik aku tak sama macam tiga ekor Makhluk Mitos tu . " Kata satu suara garau yang bergema di dalam minda Ahmadi . " Tapi kau degil . "

              Ahmadi tersengih . " Dengan guna Tenaga dan Teknik Psikik kau . Aku dah dapat habiskan latihan ni sebanyak lapan kali . Kalau Kali ni , aku berjaya juga . Dah sembilan kali aku dapat selesaikan latihan ni . "

              " Kau masih tak bagitahu lagi ke dengan Sheila , dengan rakan - rakan kau . Dengan siapa diorang akan lawan kat tempat terakhir ni ? " Tanya suara garau itu .

               " Tak . Aku tak bagitahu lagi . " Balas Ahmadi lalu meneguk minumannya . " Tapi aku dah cakap klu - klu dia. "

                " Kau memang teruk . " Kata suara garau itu sambil tertawa kecil .

                " Boleh pula kau borak ? " Tanya Ahmadi lalu duduk di atas tanah . " Kau dah habis bertapa ke ? "
                " Belum habis lagi . Aku cuma nak cakap . Anggota pasukan kau kali ni , sikit berbeza . Tak macam yang lalu dan tak macam daripada Pahlawan daripada kerajaan lain . Habis hancur pulau ni diorang kerjakan . " Balas suara garau itu dengan nada tawa yang kecil .

               Ahmadi hanya tertawa .

               " Aku nak sambung bertapa . Kau jaga diri . Gunakan pengalaman kau . Jangan Sampai terbunuh . " Kata suara garau itu .

               " Yelah . Terima kasih sebab ingatkan aku . " Balas Ahmadi sambil tersenyum .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
  
        Pendekar Bayu bercangkung di hadapan penyerangnya . " Siapa Kau ni ?

        Penyerang Misteri itu hanya mendiamkan dirinya sambil menjeling ke arah Putih .

          " Putih , awak kenal ke si bangang ni ? " Tanya Pendekar Kuning .

          " Kenal sangat . Dia ni salah seorang yang pernah berlawan dengan Tuan Didie . " Jawab Putih dengan tenang dan jelas . " Nama dia , Ginggar . "

         " Awak masih jadi haiwan peliharaan Didie ke ? " Tanya Penyerang Misteri itu dengan nadanya yang agak sinis . " Malang betul nasib awak . "

         " Lagi elok jadi haiwan peliharaan untuk makhluk yang dijadikan sebagai Khalifah daripada jadi barua kepada makhluk yang nampak pandai tapi hakikatnya , bodoh . " Balas Putih sambil tersengih .

          " Sebelum aku jadikan muka kau tu macam belacan , elok kau bagitahu aku . Apa yang kau buat kat sini ? " Kata Pendekar Bayu dengan bersahaja yang masih dalam keadaan bercangkung .

           " Satu je saya nak pesan . Jangan masuk campur dalam urusan ni atau , awak semua akan mati tak bernisan . " Balas Ginggar dengan jelas  .

           " Korang ke dalang semua serangan kat dunia kitorang ni ? " Tanya Sougaena Chong Wei Lee .

            Ginggar tertawa kecil . " Awak semua takde bukti nak sabitkan atau dakwa kitorang dalam dalam serangan tu . "

             " Aku boleh je suruh Putih selongkar kepala kau tu kalau aku nak . " Balas Pendekar Bayu dengan nadanya yang bersahaja .

             " Jangan masuk campur . Itu je pesan saya . Kalau awak semua sayangkan nyawa awak semua . " Kata Ginggar dengan tenang .
              Perlahan - lahan dia menggerakkan kedua belah tangannya yang digari ke belakang oleh Putih .

              " Awak Pahlawan Pelarian . Sepatutnya , awak dah tak ada tujuan untuk masuk dalam urusan dua dunia ni . " Kata Putih dengan jelas .

               " Kitorang tak nak dua dunia ni , jadi huru - hara . Nak tunggu korang ? Korang lembab sangat . " Kata Ginggar sambil terus menggerak - gerakkan ke dua belah tangannya dengan perlahan .

               " Tak nak jadi huru - hara . Tapi korang dah huru - harakan dunia kitorang . " Kata Pendekar Umbut dengan jelas .

               " Itu harga yang perlu dibayar untuk mencari keamanan . " Balas Ginggar dengan jelas .

               " ' Bontot ' kau , kalau kau boleh dapat keamanan dengan cara macam tu . " Balas Pendekar Bayu dengan jelas .
          Dia mengeluh lalu , dia memandang ke arah Putih yang berdiri di sisinya . " Putih , kau bawa si ' bontot ' Babun ni ke penjara korang . Aku nak korang korek kepala dia . Cari segala maklumat yang dia ada ada . "

           Baru sahaja Putih hendak memegang bahu Ginggar , dia terundur ke belakang kerana Ginggar telah memecahkan gari Elemen yang dihasilkannya .

           Ginggar menyerang Putih dengan pantas .

            Pendekar Bayu dengan segera melindungi Putih dengan menepis serangan yang dilancarkan oleh Ginggar terhadap Putih .

             Dengan wajah yang tenang , Pendekar Bayu mengangkat dan menunjukkan penumbuk kanannya ke arah Ginggar .

             Ginggar menjelmakan senjata Elemennya yang agak menakutkan .

             " Lenyapkan balik senjata kau dan , aku janji . kepala kau takkan terputus daripada badan kau . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas .

              " Lawan atau , awak memang pengecut . " Balas Ginggar dengan tenang .

              Pendekar Bayu tersenyum lalu , dia membuka Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya lalu , matanya memancarkan Cahaya Elemennya . Biru Kehijauan .

              Ginggar berlari ke arah Pendekar Bayu namun , dengan tiba - tiba sahaja dia terpelanting ke belakang kerana satu Gelombang Elemen menerjah ke arahnya dengan padu .

               Pendekar Bayu menghalakan tapak tangannya ke arah Ginggar .

               Ginggar melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi kiri Pendekar Bayu .

                Dengan pergerakkan yang pantas dan dengan langkah yang kemas , Pendekar Bayu menepis segala serangan yang dilancarkan oleh Ginggar .

                Ginggar semakin meningkatkan kepantasan serangannya kerana Pendekar Bayu masih kelihatan tetap tenang menerima segala serangannya .

                Dengan kemas , Pendekar Bayu menepis tangan Ginggar dan dengan pantas , diserangnya perut Ginggar .

                Ginggar terundur ke belakang lalu dia terlutut ke tanah sambil memegang perutnya .
                 Dipandangnya wajah Pendekar Bayu . " Siapa awak ? Serangan awak dan gaya serangan awak . Macam saya pernah lihat sebelum ni . "

                " Dia ayah Tuan Didie . " Balas Putih dengan jelas yang telah pun bersedia dengan Pedangnya .

                Berubah riak wajah Ginggar setelah dia mengetahui akan perihal hubungan Pendekar Bayu dengan Ahmadi .
               Tidak lama kemudian , dia berdiri sambil memandang ke wajah Pendekar Bayu .
                Selepas itu , dia melenyapkan dirinya sebelum sempat ditangkap oleh Putih .

                " Tak guna ! Saya lambat ! " Desis hati Putih kerana gagal menangkap Ginggar .

               " Putih , cerita kat aku . " Kata Pendekar Bayu lalu menutupkan semula Pintu Tenaganya . " Lelaki tadi tu , macam takut bila tahu aku ni ayah Didie . Apa kes ? "

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

               Malam telah bertamu . Bulan separa menyinar di dada langit bersama bintang yang sentiasa menemani sinarannya .

                 Ahmadi tersandar pada sebuah bongkah batu yang agak besar dengan dadanya berombak kencang dek kerana jantungnya mengepam udara untuk menghantar oksigen ke seluruh organ dalam badannya .
               Dia memandang ke arah lawannya yang terakhir yang perlahan - lahan hilang bersama dengan deruan angin yang berhembus perlahan .
                Selepas itu , dia sandarkan kepalanya di batu tersebut sambil mengaturkan semula nafasnya yang berderu laju mengikut rentak irama degupan jantungnya .
                Dia memejamkan matanya dan menutup semula kesemua Pintu Tenaganya untuk menenangkan kembali deria - derianya .
                " Tak guna betul . Aku tak tahu pun aku ada teknik terakhir tadi . " Desis hatinya dengan perlahan .

                 Agak jauh daripada kedudukan Ahmadi , Sheila Asyikin bersama dengan yang lain berehat di dalam ' rumah penginapan ' mereka .

               Ikhwan memberika Macis kepada Khalid selepas dia membakar rokoknya .

               " Deria - deria kita makin sensitif dengan tenaga - tenaga yang ada kat sekeliling kita . " Kata Fateh selepas dia menghembuskan asap rokoknya .

                Siti Khumairah berdehem dengan agak kuat lalu , Fateh yang duduk di bibir pintu beralih ke pagar beranda rumah itu .

                Muniandy yang ingin menghisap rokok juga berlari - lari anak dan duduk di atas tangga bersama Kopi O panasnya .

                " Tiga hari lagi , genap seminggu kita ada kat hutan gila ni . " Kata Maera dengan lembut .

                " Saya dah rindu gila dengan katil kat rumah . Tidur kat sini macam tidur atas duri . " Kata Ratni pula dengan tenang .

                Sheila Asyikin yang duduk di dalam kangkangan Siti Nursamawi sedang melihat ke arah petanya dan dia sedikit terperanjat .

                " Kau diamkan sikit kepala kau , boleh tak ? " Kata Siti Nursamawi yang sedang menyanggul rambut Sheila Asyikin . " Senget sanggul kau ni nanti . "

                 " Abang dah berjaya tamatkan latihan ni . " Kata Sheila Asyikin dengan nada kebudak - budakkannya .

                 Nurzahirah dan Nurzaharah yang sedang berborak dengan Siti Maisarah memandang ke arah Sheila Asyikin .

                Mereka yang lain yang turut berada di situ juga ada yang saling berpandangan dan ada yang melihat ke arah peta mereka .

                 " Kita dah kat tempat terakhirkan , Sheila ? " Tanya naera dengan lembut .

                 Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah Naera .

                  Sebiji Mutiara muncul di hadapan Sheila Asyikin dan dengan pantas , dia mengaktifkannya .

                  " Latihan aku dah habis . Aku tunggu korang kat tempat terakhir ni . Lusa , Permaisuri Fiirapi dan para pemimpin kerajaan yang lain akan datang ke sini untuk tunggu korang . " Kata suara Ahmadi yang keluar daripada Mutiara itu . " Siapa yang berjaya , dia akan ditabalkan sebagai Pahlawan DiRaja . Lepas tu , aku akan asingkan korang ikut gred yang aku dah sediakan . Kalau korang tak dapat habiskan latihan ni dalam minggu ni , korang masih ada seminggu lagi untuk habiskan latihan ni dan , pertabalan tu akan dibuat pada akhir minggu yang ke dua tu . "

                  " Abang okey tak ? " Tanya Sheila Asyikin dengan lembut .

                  " Tiga tulang rusuk kiri dan bahu kanan , retak . Kaki kiri terseliuh . " Jawab Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Janganlah risau . Medik DiRaja ada kat sini . "

                   " Die . Ada makan - makan tak lepas kitorang tamatkan latihan ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan agak kuat nadanya sehingga Siti Nurjannah memulas telinganya dengan agak kuat .

                  " Ada . Tapi bukan hari ni . " Kata Ahmadi lalu tertawa . " Bonda Permaisuri akan buat satu kenduri kesyukuran untuk kita dan untuk menyambut kedatangan Hara dalam Istana . "

                  Siti Nursamawi memeluk Sheila Asyikin dengan manja dan mesra .

                  " Aku tunggu korang kat sini . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Rehat . Ikut daripada peta ni . korang kat belakang aku je . Rekod baru ni . Selalu , Sheila sorang je dapat kejar aku . Ni , korang pun dapat . Aku harap dan , doakan korang semua dapat tamatkan latihan ni .

                 Selesai sahaja Ahmadi menyudahkan ayatnya , Mutiara tadi hilang bagaikan debu yang ditiup angin .

               " Kitorang dah pecahkan rekod kau . " Kata Siti Nursamawi dengan senyuman yang lebar lalu digesel - geselnya pipinya dengan pipi Sheila Asyikin .

                 Sheila Asyikin hanya tertawa kecil .

               " Dah . Rehat . Esok latihan terakhir kita . Kita kena ada tenaga yang cukup . " Kata Siti Maisarah dengan jelas dan lembut .

               " Takut pula saya . " Kata Siti Aisyah dengan lembut lalu memandang ke arah Tatsumaki .

               " Sebab ? " Tanya Tatsumaki .

               " Abang Didie yang kuat tu pun , boleh cedera macam tu . " Jawab Siti Aisyah dengan lembut . " Nasib je tau selama kita latihan ni , Kak Ratni , Kak Naera , Kak Aqilah , Ummi Sarah , Ummi Mai , Ummi Sofea dan Ummi Janne ada untuk selubungkan kita dengan Tenaga Elemen Penyembuhan . kalau tak , macam mana ? "

              " Tapi , ni kira rekod juga untuk Tuan Didie tau . " Balas Tatsumaki dengan jelas .

              " Sebab ? " Tanya Lesas yang berada di serambi dengan curut berada di bibirnya .

              " Tuan Didie , asal habis je latihan kat sini , mesti ada je tulang dia yang patah . Ni , retak dan terkehel , terseliuh je . " Balas Tatsumaki dengan jelas . " Jangankan Tuan Didie , Cik Sheila tu pun sama . "

              Ahmadi melihat ke arah kakinya yang sedang dirawat .
              Dia yang dibius separuh badan melihat ke arah kaki kirinya yang patah dan sedang di rawat oleh Medik DiRaja .

             " Tak boleh ke Tuan tak patahkan tulang Tuan kalau berlatih kat sini ? " Tanya Ciani , seorang Jururawat Wanita bertelinga dan berekor seperti Lembu .

              " Kau cakap senanglah . Cuba kau berlatih dalam hutan tu , tengok . Patah ke tak . " Balas Ahmadi dengan bersahaja .

              Seorang Jururawat Lelaki bertelinga Arnab memberikan minuman kepada Ahmadi .

              " Ada makanan tak ? " Selepas Ahmadi meneguk minumannya .

              " Ada . Kejap lagi kitorang sediakan . " Jawab Benju .

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

               Sheila Asyikin berada di depan . Betul - betul berada di hadapan satu kawasan lapang yang akan menjadi tempat ujian terakhir mereka .

               " Semua dah sedia tak ? " Tanya Sheila Asyikin dengan jelas .

               Semua yang berada di situ , telah pun bersedia untuk menempuh ujian terakhir mereka .

               " Sebelum kita masuk ni , Sheila dan pesan sikit . Tapi , penting . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang dan jelas . " Kita akan bertarung dengan makhluk yang terhasil daripada gabungan Elemen Semula Jadi dan Psikik . Segala serangan yang kita terima , tak cederakan kita secara fizikal tapi , cederakan kita secara mental . Elemen Psikik tu akan pengaruhi gelombang isyarat otak kita dan akan menghasilkan isyarat sakit ke setiap deria kita . "

              " Macam Teknik Genjutsu sayalah . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan bersahaja .

              " Genjutsu awak , hasilkan kesakitan dalam dunia palsu yang awak cipta dalam minda lawan awak dan hasilkan kesakitan sebenar . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas . " Situasi yang akan kita hadapi nanti ni , kita akan mengalami kesakitan sebenar dalam dunia sebenar . "

              " Buatkannya lebih realistik . " Kata Muniandy dengan tenang .

              " Ni , cara Psikik . " Kata Siti Nurjannah dengan tenang . " Pengguna Psikik ada kelebihan . "

               " Tak juga . Sebab , Kucina dan Witchie tu pun , separuh mati masa nak tamatkan latihan terakhir ni . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas . " Dah . Mari kita masuk . "

              " Sheila , awak tahu ke makhluk apa yang kita lawan ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .

              " Tak pasti . Dulu , latihan terakhir ni kita akan bertarung dengan satu Makhluk Elemen yang boleh tiru dan tahu teknik - teknik kita dan tahu gunakan teknik kita yang kita sendiri pun , tak tahu yang kita ada teknik yang lawan kita gunakan tu . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas . " Tapi , Abang dah cakap . Dia dah ubah hampir semua halangan yang ada kat dalam tempat ni jadi , Sheila pun , tak tahu lawan terakhir ni , macam mana . "

               Semua yang beradi di situ saling berpandangan selepas Sheila Asyikin menyudahkan jawapannya .

              Sheila Asyikin membawa kesemua yang berada di situ untuk memasuki kawasan yang akan menjadi latihan terakhir mereka .

              Satu lapisan Psikik yang tebal dengan pantas mengepung tempat itu lalu , Sheila Asyikin berserta mereka yang lain bersedia untuk memulakan latihan terakhir mereka .

               Sejurus selepas itu , lawan - lawan yang akan menjadi halangan kepada Sheila Asyikin dan kesemua yang berada di situ , keluar daripada tanah dengan wajah yang kaku namun dengan renungan mata yang amat tajam dan menggerunkan .

               Melihat kemunculan kesemua penghalang itu ,  Sheila Asyikin dan kesemua yang berada di situ terperanjat besar .

             " Didie memang dah betul - betul guna otak gila dia kali ni . " Kata Daniel dengan jelas .

             " Budak gila tu memang gila agaknya . Didie nak kita buat apa dengan hasilkan halangan macam ni ? " Tanya Ikhwan dengan tenang .

             " Ini memang , menakutkan . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan jelas . " Saya macam tak sanggup nak tamatkan latihan ni . Tak mungkin saya sanggup bunuh lawan yang macam ni . "

             " Kita tak datang sejauh ni , untuk berputus asa sekarang . " Kata Nurzahirah lalu menjelmakan Perisai Tempurnya dan Rod - rod Rama - rama Psikiknya . " Kalau inilah lawan yang Rara akan tempuh , Rara akan tamatkan latihan ni dengan bunuh yang kat depan ni dengan tangan Rara sendiri . "

             Latihan terakhir yang telah diubah oleh Ahmadi agak menakutkan rakan - rakannya .
              Apakah yang sebenarnya yang telah disediakan oleh Ahmadi ?

               Bagaimanakah pula dengan halnya kemunculan Pahlawan Pelarian yang muncul di Dunia Manusia ? Apakah tujuan sebenar kehadiran mereka ? Siapakah sasaran mereka yang sebenarnya ?

                 Dapatkah pula Pendekar Bayu menghalang usaha para Pahlawan Pelarian itu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience