Suasana tenang menyelimuti keindahan di Pulau Bayu .
Baik di Pantai , Pelabuhan para Nelayan , Pasar Basah dan Kering , Bandar mahupun di desa .
Penduduknya yang kelihatan riang , ke sana dan ke sini membawa tujuan kehidupan masing - masing .
Sedangkan , mereka tidak tahu , keamanan dan kedamaian yang mereka kecapi sejak bergenerasi , telah cuba untuk dirobek oleh makhluk - makhluk dari dimensi lain dan juga daripada kalangan Manusia sendiri .
Syukur dengan kebijaksanaan Yang Maha Mengatur Segalanya , menggerakkan hati Kumpulan Pendekar Bayu dan Kumpulan Putih agar sentiasa peka pada perubahan Tekanan Elemen di sekitar mereka .
Di kediaman Pendekar Bayu pula , kelihatan Nenek Diana sedang berborak - borak dengan Puan Maryam dan Mak Teh Sanggul .
" Sunyi semacam je rumah ni bila diorang semua takde . " Kata Puan Maryam dengan lembut .
" Tulah . Kalau tak . Ada je suara menjeritlah . Suara mengadulah . Suara marah - marahlah . " Celah Mak Teh Sanggul dengan jelas . " Lebih - lebih lagi budak bertiga gila tu . Ada je yang nak dijeritkan . "
" Penuh Peti Ais tu Siti takde . " Sampuk Nenek Diana dengan suara tuanya . " Kalau tak . Mesin makan tu , ada je yang dimasaknya . "
Kemudian , dia membasahkan tekaknya dengan meneguk Kopi O panas . " Entah lulus ke gagal diorang tu kat sana . "
" Mak , mak pernah ke pergi ke Dunia Mitos tu ? " Tanya Mak Teh Sanggul dengan lembut .
Nenek Diana tersenyum lebar menayangkan gigi palsunya yang putih dan bersinar .
" Ceritah kat kitorang . Macam mana zaman Makcik dulu kat sana . " Kata Puan Maryam pula .
Baru sahaja Nenek Diana hendak membuka mulutnya , tiga Gelas Seramik yang berwarna Merah dan Biru tiba - tiba sahaja pecah .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Satu letupan besar berlaku sebaik sahaja Siti Nursamawi menjunam ke bawah .
Sambaran Api berlava memercik ke segenap arah memaksa Nurzahirah dan anggota pasukannya menghasilkan Medan Psikik untuk melindungi diri mereka .
Kerdipan - kerdipan cahaya seperti kerdipan bintang yang berwarna Merah , Jingga dan Kuning mula menari - nari di udara .
Ahmadi mengerutkan dahinya kerana tidak menyangka akan serangan itu .
Dia yang menyilangkan kedua belah tangannya di hadapan wajahnya tahu , Siti Nursamawi sedang dirasuk dengan amarah .
Baru sahaja dia hendak mengaturkan langkahnya , satu serangan susulan berlaku .
Puluhan Bebola Tenaga Elemen Api yang diselubungi kerdipan corak dan manik - manik warna yang selalu terdapat pada kelahiran sebutir bintang , menyerang ke arah Ahmadi dengan bertalu - talu .
Permaisuri Fiirapi dan rakan - rakan seangkatannya , melompat tinggi ke udara dan mendarat di atas bumbung rumah itu .
Dengan pantas , mereka semua menghasilkan satu Dinding Psikik tahap tertinggi mereka yang layak dengan status mereka , untuk melindungi rumah itu daripada rebah menyembah ke lantai bumi .
Serangan susulan telah menyebabkan pokok - pokok berselirat yang dijelmakan tadi tumbang dan ranap menyembah bumi dan selepas itu , hilang bersama dengan pecahan Elemen Warna dan Cahaya dan akhirnya , lenyap ditelan oleh asap yang tebal .
Pasukan Sayap Merah dan Biru pula masing - masing meningkatkan kekuatan Medan Tenaga mereka untuk mempertahan diri masing - masing .
Ahmadi menumbuk ke tanah dengan padu lalu , satu letupan berantai berlaku diselangi dengan letupan kecil yang memercikkan pancaran cahaya seperti cahaya Bintang yang berwarna Biru dan Putih .
Tidak lama kemudian , setelah beberapa detik berselang .
Dengan pergerakkan yang tidak dirancang namun serentak , Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melibaskan tangan mereka di udara .
Tidak lama selepas itu , asap - asap tebal dan nipis lenyap bagaikan disedut oleh udara .
Ahmadi saling bertentang mata dengan Sheila Asykin dan Siti Nursamawi .
Renungan mata mereka amat menakutkan .
Sheila Asykin dan Siti Nursamawi yang berdiri bergandingan , mengeluarkan niat membunuh mereka sehingga , letusan gelombang niat membunuh mereka itu , dapat dirasai oleh semua yang berada di situ .
Merasakan niat membunuh Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi itu , Ahmadi juga melakukan tindakan yang sama .
Letusan Gelombang terhasil sebaik sahaja dia mengeluarkan niat membunuhnya .
Aivira , antara yang tercampak akibat letupan besar tadi , berdiri daripada sebalik timbunan dahan pokok dengan perlahan .
Sheila Asyikin meluru ke arah Ahmadi dan disusuli oleh Siti Nursamawi dengan pantas .
Ahmadi juga berlari ke arah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan kelajuan yang sama .
Sheila Asyikin melenyapkan dirinya menyebabkan , Ahmadi berkerut .
Dengan pantas , dia merendahkan tubuhnya ke tanah kerana Sheila Asyikin menyerang dan menyasarkan serangan itu ke kepalanya .
Dia berputar di atas permukaan lalu menahan tendangan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang amat kuat dan padu sehingga dia terpaksa bertahan di atas tanah walaupun dia terseret sedikit .
Dengan pergerakkan yang pantas , Ahmadi , Sheila Asykin dan Siti Nursamawi saling menyerang antara satu sama lain .
" Mari ! " Ajak Daniel dengan kuat lalu , dia bersama anggota kumpulannya berlari dengan pantas menuju ke kawasan penamat .
Mandy Chong Wei Tze mengapungkan dirinya bersama dengan lima biji Mutiara Yin dan Yang berputar - putar di belakangnya .
Selepas itu , dia melepaskan Bebola Tenaga Elementalnya yang berunsurkan Api , Angin , Air , Tanah dan Petir ke arah kumpulan Siti Maisarah .
Letupan demi letupan berlaku akibat serangan Mandy Chong Wei Tze itu .
" ' Haishhh ' . Geramnya saya ! " Kata Maera dengan lantang lalu dia melibaskan Pedang Akar Jantannya lalu Bebola Tenaga Elemennya ke arah kumpulan Nurzahirah .
Serangannya itu telah menambahkan lagi ketegangan yang sedia ada .
Siti Maisarah berlari dengan bertenaga lalu dia menyeretkan Pedang Elemennya ke tanah dan melibaskannya ke udara lalu , corak - corak abstrak Elemen Api dan Angin menjelma dan menuju ke arah kumpulan Nurzahirah .
Selepas itu , puluhan lidah api dan rantai - rantai yang panas membara bersulamkan dengan angin yang panas keluar dari tanah dan meluru ke arah setiap anggota Pasukan Sayap Sayap Merah dan Biru .
Menyedari akan hal itu , Nurzahirah dan Nurzaharah menghasilkan Bilah - bilah Angin dan Api Elemen Banshee Psikik mereka yang menakutkan .
Mereka memotong semua rantai yang dijelmakan oleh Siti Maisarah .
Mata mereka berdua telah pun memancarkan pancaran Warna dan Cahaya Elemen mereka .
Namun , mata kanan Nurzahirah dan mata kiri Nurzaharah , kelihatan lebih terang warnanya dan seakan - akan seperti sebiji Kristal dan Berlian yang amat cantik .
Tidak seperti warna mata Ahmadi yang mana walaupun , semua Pintu Tenaganya telah terbuka semua , pancaran Warna Elemen pada bebola matanya , hanya kelihatan seperti sebiji Guli yang diperbuat daripada Mutiara Kaca yang bersinar .
" Musnahkan pertahanan diorang ! " Jerit Sheila Asyikin dengan lantang .
Daniel , Fateh , Khalid dan Ikhwan memukul ke tanah dengan Bilah Pedang Elemen mereka lalu , puluhan Bilah - bilah Elemen menjelma dan meluru ke arah Pasukan Sayap Merah dan Biru .
Lesas dan Nezza juga melakukan serangan yang sama namun , libasan Bilah Elemen mereka diakhiri dengan letupan yang besar dan kuat .
Tatsumaki yang terapung di udara mengawal letupan itu dengan Elemen Psikiknya .
Dia mengumpulkan api - api yang terhasil daripada letupan tadi dan memasukkan corak Elemen Letupannya .
Siti Aisyah menjelmakan Busur Panah Elemennya dan terus memanah ke arah teknik yang dihasilkan oleh Tatsumaki tadi .
Tekniknya itu dengan pantas bergabung dengan teknik Tatsumaki dan menghasilkan Bebola Tenaga Berapi yang memiliki Anak - anak Panah Elemen yang diselubungi dengan petir yang berwarna Kuning dan Ungu .
Bebola Elemen Psikik itu juga turut memercikan percikan Petir Serangan Elemennya .
Menyedari akan hal itu , Siti Nursamawi mempertingkatkan kepantasan serangannya terhadap Ahmadi .
Tumbukan padunya menghinggap tepat pada pipi Ahmadi dan tendangannya juga tepat menghinggap ke dada Ahmadi .
Ahmadi tercampak ke belakang dengan deras akibat serangan Siti Nursamawi yang padu itu .
" Sheila ! Kau pecahkan serangan budak seksi tu ! Aku nak bagi Didie hadiah ! " Kata Siti Nursamawi dengan garang lalu , dia menghalakan kedua belah tangannya ke arah Ahmadi .
Serpihan - serpihan alat Senjata Elemen yang amat kompleks menjelma di sekitar kedua belah tangannya .
Sheila Asyikin melompat ke udara sambil menghasilkan Bebola Elemen Api yang mengandungi Bilah - bilah Api Elemennya .
Selepas itu , dia terus sahaja melancarkannya ke arah Tatsumaki .
Bebola Tenaga Elemen Api Sheila Asykin bertembung dengan Bebola Elemen Psikik Tatsumaki .
Satu letupan besar berlaku yang diselangi dengan serangan Bilah - bilah Api , Anak - anak panah Elemen dan sambaran Petir yang menggila .
Kesemua mereka yang bertarung di situ menghasilkan Medan Tenaga mereka untuk berlindung .
Siti Nurjannah menjelmakan Dinding Tanah yang dibentuknya menggunakan Elemen Psikiknya untuk melindungi Siti Nursamawi .
Serpihan - serpihan Senjata Elemen bercantum dan bergabung di sekeliling kedua belah tangan Siti Nursamawi sehingga ke paras siku .
Selepas itu , sejenis Senjata Elemen yang menakutkan namun kelihatan amat canggih dan moden , terbentuk pada kedua belah tangannya .
Kemudian , Bebola Tenaga Lava dan Peluru Elemen dilepaskannya bertalu - talu ke arah Ahmadi .
Letupan demi letupan berlaku akibat daripada serangan Siti Nursamawi itu .
Sheila Asyikin juga melepaskan Bebola Tenaga Elemen Apinya ke arah Ahmadi tanpa henti dari atas udara .
Setelah beberapa minit berselang , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menghentikan serangan mereka .
Keadaan kembali tenang namun , diselubungi asap tebal dan nipis .
Siti Khumairah dan Hagia Sofea melibaskan tangan mereka lalu , asap - asap tadi hilang ditendang angin .
Satu lubang yang agak besar terhasil di mana tempat Ahmadi diserang tadi dan tempat itu masih lagi menghembuskan asap - asap yang nipis dan dikelilingi oleh manik - manik api dan bara .
Ahmadi dengan perlahan , memanjat ke tebing lubang tadi dan selepas itu , dia perlahan menegakkan badannya .
Tubuhnya kelihatan seperti merekah . Seperti ada lapisan yang melindungi tubuhnya.
Serpihan - serpihan yang ada pada wajah dan sebahagian tubuhnya , jatuh berkeping - keping ke tanah dan bertukar menjadi air .
Matanya menjamah ke wajah Siti Nursamawi dengan satu renungan yang amat menakutkan bersulamkan sengihan .
" Macam mana dia boleh berdiri lagi ? " Tanya Naera dengan lembut . " Serangan tadi tu kuat ' kut ' . "
Membesar mata Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melihat Ahmadi yang masih lagi mampu untuk berdiri .
" Abang lapiskan badan dia dengan Elemen Ais untuk bertahan daripada serangan tadi . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan kata - katanya itu jelas bergema di dalam minda semua anggota kumpulannya .
Baru sahaja Siti Nursamawi hendak berkata , dia terbang ke udara dengan pantas kerana tendangan Ahmadi yang tiba - tiba sahaja muncul di hadapannya .
Sheila Asyikin yang terkejut dengan serangan itu tidak dapat berbuat apa - apa kerana Ahmadi memegang kakinya dan melemparkannya ke bawah .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamwi bertembung di udara dan menjunam ke bawah bersama - sama dengan kelajuan yang amat pantas .
Siti Maisarah , Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea dengan pantas meletakkan tapak tangan mereka ke tanah lalu , menghasilkan Gelombang Psikik pada permukaan dan dalam tanah .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi disambut oleh tanah yang telah menjadi lembut seperti belon dan mereka berdua melambung ke udara lalu , mereka berdua kembali mendarat di atas tanah dan kembali bersedia .
" Dia tumbuk tendang dagu aku . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas sambil memegang dagunya .
Stephen Akio Kenzo melakukan Hand Sealnya lalu , petir - petir yang berwarna Ungu dan Indigo menyambar tubuh Ahmadi .
Ahmadi menjerit dengan sekuat hatinya .
" Awak dapat dia ! " Jerit Aivira dengan gembira dengan suara Hybridnya .
Baru sahaja Stephen Akio Kenzo hendak tertawa , Ahmadi muncul di hadapannya dengan senyuman lebarnya yang satu macam .
Ahmadi dengan bersahaja , melompat dan menghalakan punggungnya di depan wajah Stephen Akio Kenzo .
Selepas itu , sambaran petir keluar daripada punggungnya .
Menjerit Stephen Akio Kenzo dengan kuat akibat daripada serangan yang pelik itu .
Siti Nursamawi berlari ke arah Ahmadi dan disusuli oleh Sheila Asykin .
Pertarungan Ahmadi antara Sheila Asykin dan Siti Nursamawi kembali berlaku .
Maera dan Adam menarik Stephen Akio Kenzo yang rebah ke tanah dengan tubuh
yang berasap dan dengan rambut yang tegak berdiri .
" Tak payah lawan budak - budak ni ! " Kata Ratni dengan nyaring . " Kita main dengan diorang ! "
" Kita tangkap dan ikat diorang ! " Jerit Adam dengan lantang .
" Setuju ! " Kata Naera dengan jelas dan semua anggota kumpulannya juga menyatakan persetujuan mereka .
" Sasaran pertama ! Budak kembar bertuah tu ! " Kata Siti Maisarah dengan lantang .
Siti Maisarah dan Daniel masing - masing bertarung dengan Nurzahirah dan Nurzaharah .
Pertarungan mereka berlangsung dengan pantas dan bertenaga .
" Ai ! Sarang Labah - labah tadi dah hilangkan ? ! " Jerit Stephen Akio Kenzo dengan lantang .
" Dah hilang dah ! " Teriak Aivira dengan nyaring . " Siti dah hapuskan masa dia buat serangan tadi ! "
Stephen Akio Kenzo menjelmakan puluhan klonnya .
Siti Khumairah berlari sambil memasukkan cahaya Elemen Warna dan Cahayanya ke dalam tanah setiap kali dia melangkah .
Klon - klon Stephen Akio Kenzo berlari dengan pantas sambil menjerit .
Namun , bukanlah berlari untuk bertarung tetapi , seakan - akan berlari untuk mengejar .
Maera menjelmakan puluhan Ular Daun Elemen pelbagai saiz untuk mengejar dan menyerang setiap anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru .
Melihat teknik Maera itu , Naera menjelmakan puluhan Kaktus yang juga untuk mengejar dan menangkap rakan - rakan Nurzahirah dan Nurzaharah .
" Berani nak serang mak ! " Kata Siti Maisarah dengan lantang . " Tak takut ke ? ! "
" Inikan pertarungan ! " Balas Nurzahirah lalu dia mengelak serangan Siti Maisarah .
" Jangan nak tunjuk garang sangat ! " Kata Daniel dengan lantang . " Ayah lempang nanti ! "
Nurzaharah mengelak serangan Daniel dengan pantas dengan kemas lalu , dia membiarkan Banshee Psikiknya sahaja yang bertarung dengan Daniel . " Hantu lawan ! Hara tengok ! Lempang Hantu . Jangan Hara ! "
" Mak sumpah nanti ! " Jerit Siti Maisarah dengan lantang .
" Apa mak ni ! " Balas Nurzahirah dengan pantas . Dahinya berkerut . " Mana adil macam tu ! "
Nurzaharah memandang ke arah Siti Maisarah dengan wajah kakunya yang agak comot . " Sumpah ? "
Siti Nursamawi menyerang dada Ahmadi dengan semahunya dan bertalu - talu tanpa henti dengan padu sehingga menyebabkan , Ahmadi terundur ke belakang .
Selepas itu , dia berputar dan melakukan libasan pada bahu Ahmadi .
Sheila Asyikin mengambil gilirannya untuk menyerang Ahmadi .
Diserangnya dagu , dada , perut dan abdomen Ahmadi dengan padu .
Selepas itu , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan serentak , menumbuk perut Ahmadi dengan kuat sambil melepaskan sambaran Api dan Lava yang menyebabkan , Ahmadi tercampak dan terseret di atas tanah sebelum satu letupan berlaku .
Siti Nursamawi terlutut dengan nafasnya yang kemengahan .
Kemudian , dia terbatuk - batuk yang memercikan percikan darah yang segar .
Sheila Asyikin dengan pantas memegang belakang dan dada Siti Nursamawi . " Jangan lawan lagi . Siti pergi je ke kawasan penamat . Biar Sheila je lawan abang. "
Siti Nursamawi meludahkan darahnya ke sisi kirinya lalu , dia mengesatkan bibirnya yang diselaputi dengan darahnya . " Aku tak nak . Aku tak puas hati lagi . Dia nak sangatkan . "
Ahmadi berdiri sambil memegang perutnya yang berasap lalu , dia terlutut ke tanah sambil terbatuk - batuk .
Bibirnya mengalirkan darah yang segar , mengalir ke dagunya .
Dia memandang ke arah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi lalu mengesat darah pada bibirnya . " Marah betul Pipi Tembam ni . "
Siti Nursamawi berdiri semula lalu , dia berlari dengan pantas ke arah Ahmadi dan disusuli oleh Sheila Asyikin .
Siti Khumairah dan Siti Nurjannah bertarung dengan Tatsumaki dan Siti Aisyah .
Namun tidak seperti sebelumnya , mereka berdua masing - masing memegang sebatang Rotan Elemen .
Dengan tenang , mereka berdua mengelak dan menepis serangan Tatsumaki dan Siti Aisyah yang pantas .
Dengan serentak , mereka berdua menghayunkan Senjata Elemen mereka itu .
Siti Aisyah menjerit dan melentikkan pinggangnya kerana dilibas oleh Siti Khumairah manakala Tatsumaki pula melentikkan badannya juga kerana dilibas oleh Siti Nurjannah .
" Beta langsung tidak mengerti akan cara serangan ini . " Kata Raja Eartha dengan jelas . " Akan tetapi , mereka semua itu boleh fikirkan cara seumpama ini walaupun pada awalnya , mereka bertarung bagaikan hendak berbunuhan sesama mereka . "
" Mereka guna cara mereka dan telah mengetahui akan strategi Raja Pawana yang hendak mengelirukan mereka . " Kata Raja Areel dengan tenang . " Mereka hanya perlu fokuskan kepada kawasan penamat ini dan , hanya perlu untuk menewaskan ataupun melumpuhkan serangan para Panglima Cilik ini . "
" Itu memanglah betul . Akan tetapi . Lihatlah di kawasan itu . " Kata Ratu Jeullbea dengan lembut . " Si bertiga itu , tidaklah bermain pada hemat beta . Mereka bersungguh untuk menumpahkan darah . "
" Kerana , sekiranya mereka tidak menewaskan Raja Pawana , sudah tentu . Ada sahaja helah yang akan digunakannya . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .
" Marilah kita turun semula . " Kata Raja Landlack dengan jelas . " Kita perhatikan sahaja kanak - kanak ini ditangkap oleh mereka bagaikan permainan Ayam dan Helang . "
Dua tumbukkan padu Ahmadi menghinggap pipi kanan dan kiri Siti Nursamawi dan Siti membalas tumbukkan itu dengan tiga tinjunya .
Satu pada pipi kanan Ahmadi dan dua pada rusuk kiri Ahmadi .
Sheila Asyikin menyerang Ahmadi dengan tendangannya ketika dia terapung di udara dan selepas itu , dia menendang pula Ahmadi dengan bergerak dengan menggunakan kedua belah tangannya di atas tanah .
Ahmadi menangkap dan menarik kaki Sheila Asyikin yang menyebabkan , Sheila Asykin terkangkang lalu , ditinjunya wajah comel Sheila Asykin .
Selepas itu , dia terpelanting ke belakang kerana serangan lutut Siti Nursamawi pada dahinya .
" Anak derhaka ! " Kata Siti Maisarah dengan lantang . " Mak sumpah nanti ! "
Nurzahirah mengelak serangan Siti Maisarah yang pantas lalu berputar untuk melibaskan Senjata Elemennya .
Nurzaharah mula berasa sedikit kegusaran pada hatinya lalu , dia memanggil Banshee Psikiknya .
" Anak mak derhaka ! " Jerit Siti Maisarah dengan garang . " Mak sumpah . . . "
Belum sempat Siti Maisarah hendak menghabiskan sumpahannya , Nurzahirah menghentak - hentakkan kakinya dengan manja .
" Apa mak ni ! Mana adil main macam tu . Main sumpah - sumpah ! " Kata Nurzahirah dengan manja sambil mengerutkan dahinya dengan manja .
Siti Maisarah tergelak lalu , dia menepuk ke tanah dengan kuat dan kemudian , puluhan Rantai - rantai Psikik Fizikalnya mengikat Nurzahirah dan Banshee Psikik Nurzahirah .
" Kenapa ? Tak nak lawan ? " Tanya Banshee Psikik Nurzaharah dengan lembut .
" Tak payah . Nanti mak sumpah . " Balas Nurzaharah dengan pantas .
Selesai sahaja dia menghabiskan ayatnya , dia dan Banshee Psikiknya diikat oleh Daniel dengan teknik yang sama .
" Kita kalah ? " Tanya Banshee Psikik Nurzaharah . " Saya boleh lepas . Nak ? "
" Kalah . Tak apa , kalah dengan mak , kalah dengan ayah , okey . " Balas Nurzaharah dengan wajah kakunya . " Menang , tapi jadi batu . Tak guna . "
Siti Maisarah tertawa lalu mengangkat Nurzahirah pada tangan kanannya dan Nurzaharah pada tangan kirinya .
Di berlari sambil tertawa riang ke garisan penamat . " Cepat bang ! Kita dah nak menang ni ! "
Daniel berlari sambil tertawa bersama Siti Maisarah .
Nurzahirah dan Nurzaharah bersama dengan Banshee Psikik mereka , hanya mampu untuk mendiamkan diri sambil dibawa lari oleh Siti Maisarah .
Nurzahirah membuat wajah manja yang tidak berpuas hati manakala Nurzaharah pula , tetap dengan wajah kakunya .
Klon - klon Stephen Akio Kenzo menangkap dan memegang setiap anggota pasukan Nurzahirah lalu , klon - klon itu akan bertukar kepada arus elektrik dan merenjat mereka semua .
Lesas menangkap pergelangan seorang anggota Pasukan Nurzahirah dan kemudian , dilemparkannya jauh entah ke mana dengan tawa garaunya .
" Lesas ! Ni lagi satu ! " Jerit Nezza lalu menghumbankan seorang lagi anggota Pasukan Nurzahirah kepada Lesas untuk dicampak .
Siti Aisyah dan Tatsumaki berlari - lari sambil memegang anggota badan mereka yang dirotan oleh Siti Maisarah dan Siti Nurjannah dengan kuat .
Daniel dan Siti Maisarah melompat ke garisan penamat lalu menjerit keriangan .
Mereka berdua memberdirikan Nurzahirah dan Nurzaharah di atas tanah lalu menari - nari mengelilingi mereka .
" Tak adil . Mak main tipu . " Kata Nurzahirah dengan manja dengan riak wajah yang tidak berpuas hati . " Mana boleh main sumpah - sumpah . "
Siti Maisarah tergelak kecil .
" Akak . Mak , ayah . Tak boleh lawan . Dosa . " Kata Nurzaharah dengan jelas dan tenang . " Nanti jadi batu . Nak , jadi batu ? Hara , tak nak . "
" Hara diam . ' Kang ' nanti akak yang sumpah Hara . " Kata Nurzahirah dengan nada manjanya .
" Tak boleh . Kakak , tua . Tapi , tak boleh sumpah . " Balas Nurzaharah dengan agak pantas .
Nurzahirah meronta - ronta kerana dia dan Nurzaharah masih lagi diikat oleh Daniel dan Siti Maisarah .
Aqilah memegang Selviana dengan kuat lalu dia berjalan ke arah Aivira yang berlari ke arahnya sambil menghalakan tangan Mojack ke arah Selviana yang telah ditangkap tadi .
Selepas itu , mereka berdua mempertemukan tangan Selviana dan Mojack lalu membalut tangan Mojack dan Selviana dengan Benang Sutera Labah - labah mereka .
" Berjodohlah korang lepas ni . " Kata Aivira sambil tertawa lalu dia tertawa sambil berubah kepada Mode Manusianya .
Selepas itu , dia mengajak Aqilah untuk terus berlari .
Aqilah menepuk - nepuk kepala Mojack sambil tersenyum . " Semoga berbahagia sehingga umur korang cukup . "
Selepas itu , dia berlari ke arah Aivira juga sambil , berubah kepada Mode Mitosnya .
Siti Nurjannah dan Siti Khumairah mengawal Rotan Elemen mereka untuk merotan Siti Aisyah dan Tatsumaki sambil berlari melompat ke garisan penamat .
Setibanya mereka di situ , mereka menjelirkan lidah mereka ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah .
Lawea jatuh ke tanah sambil menjerit - jerit kerana dikerumuni oleh Ular - ular Daun Elemen .
Manakala rakan - rakannya yang lain pula , ada yang menjerit kerana dipeluk dan ditangkap olek Kaktus - kaktus yang pelik .
Dari atas udara , Hagia Sofea mendarat di kawasan penamat sambil membawa Mandy Chong Wei Tze yang dalam keadaan pelik kerana telah terhenti pergerakkannya olehnya .
Dia meletakkan Mandy Chong Wei Tze di atas tanah dan melenyapkan tekniknya dan menyebabkan , Mandy Chong Wei Tze terhuyung - hayang dan kemudian jatuh di atas tanah .
" Senangnya tangkap korang . Ingatkan susah . " Kata Hagia Sofea lalu tertawa .
Mandy Chong Wei Tze perlahan - lahan berdiri dan hanya membuat muka sambil menggosok - gosokkan kedua belah tangannya .
Ahmadi jatuh terlentang di atas tanah dengan kuat kerana dijatuhkan oleh Siti Nursamawi .
Dengan garang , Siti Nursamawi duduk berkangkang di atas badan Ahmadi dan terus menumbuk wajah Ahmadi semahunya sementara sebelah lagi tangannya menggenggam leher baju Ahmadi .
Ahmadi melindungi wajahnya dengan menggunakan kedua belah tangannya daripada tumbukkan Siti Nursamawi yang amat kuat sehinggakan , beberapa tumbukkan Siti Nursamawi yang padu itu tepat mencumbu wajahnya .
Dijatuhkannya Siti Nursamawi ke tanah dan gilirannya pula di atas Siti Nursamawi .
Ditinjunya wajah Siti Nursamawi dengan kuat .
Selepas itu , dia terpelanting kerana ditendang oleh Sheila Asyikin dengan padu .
Dia tercampak dan terguling - guling di atas tanah sambil memegang rusuknya akibat ditendang oleh Sheila Asyikin tadi .
Dengan perlahan , Sheila Asyikin membantu untuk memberdirikan Siti Nursamawi .
Siti Nursamawi berdiri dan meludahkan darahnya yang mula memasuki mulutnya akibat bibirnya yang telah cedera .
Dengan wajah yang bengkak dan lebam , dengan bibir yang telah mengalirkan darah , Sheila Asyikin berlari ke arah Ahmadi dengan pantas .
Ahmadi menepis serangan Sheila Asyikin dan mereka berdua saling berbalas serangan .
Ahmadi mencekik leher Sheila Asyikin dengan kuat dan Sheila Asyikin dengan pantas , menendang tangan Ahmadi dengan padu .
Sheila Asyikin yang terlepas daripada pegangan Ahmadi dengan pantas menumbuk perut Ahmadi .
Belum sempat Ahmadi membalas serangan Sheila Asyikin itu , tumbukkan Siti Nursamawi yang kuat pula hinggap ke pipinya sehingga dia terpelanting dan tercampak ke tanah dengan kuat .
Stpehen Akio Kenzo berjalan ke arah rakan - rakannya sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya dengab wajah yang ' control macho ' .
Lesas dan Nezza pula masing - masing membawa beberapa orang rakan - rakan Nurzahirah yang telah pun mereka ikat dengan Tali Elemen mereka .
Kehadiran mereka telah melengkapkan dan telah menamatkan ujian dan penilaian mereka .
" Jangan nak gembira sangat . Didie tak tumbang lagi tu . " Kata Ikhwan dengan jelas .
Sheila Asyikin mengunci leher Ahmadi dengan tangannya sementara Siti Nursamawi pula , berasa di atas tubuh Ahmadi dan melepaskan tumbukkannya ke wajah Ahmadi .
Selepas itu , Siti Nursamawi melompat ke tepi sementara Sheila Asyikin menjarakkan dirinya daripada Ahmadi .
Sheila Asyikin dengan pantas menjelmakan corak abstrak dan unik disekeliling Ahmadi yang menyebabkan Ahmadi yang mengerang kesakitan , terapung di udara .
Selepas itu , dihalakannnya kedua belah tapak tangannya ke arah Ahmadi lalu , corak abstrak dan unik terhasil di hadapan kedua belah telapak tangannya tadi dan terus melancarkan Bebola Elemen Api yang dikelilingi oleh kerdipan - kerdipan cahaya seperti bintang di dada langit .
Siti Nursamawi juga menghalakan tapak tangannya ke arah Ahmadi dan melancarkan teknik yang sama namun , dia menghasilkan Bebola Elemen Lavanya yang juga dikelilingi oleh kerdipan - kerdipan cahaya Bintang .
Selepas itu , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melancarkan teknik mereka ke arah Ahmadi .
Bebola Tenaga Elemen Api dan Lava milik Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tepat menghinggap tubuh Ahmadi dan menerbangkannya ke jauh ke kawasan hutan bersama dengan sinaran dan pancaran Api dan Lava yang berkerdipan .
Selepas itu , dengan langkah yang lemah , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melompat dan berlari ke arah garisan penamat bersama satu letupan yang kuat .
Sejurus selepas letupan itu berlaku dan asap tebal menghiasi kawasan di mana Ahmadi tercampak tadi , satu kejadian yang tidak diduga berlaku .
Yang menyebabkan , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi terhenti daripada bergerak dan memandang ke arah kawasan di mana Ahmadi tercampak tadi .
Suhu sejuk dengan pantas bertiup ke segenap penjuru .
" Jangan pedulikan dia . Mari cepat . " Kata Siti Nursamawi lalu dia dan Sheila Asyikin kembali meneruskan larian mereka dengan langkah yang lemah .
Permaisuri Fiirapi dan rakan - rakannya melihat ke arah tempat di mana Ahmadi tercampak tadi .
Mata mereka memerhatikan segala tindak dan tanduk Ahmadi dan menilainya dengan pengalaman mereka .
" Amatlah pelik segala tindakan Raja Pawana . Baginda Pawana boleh sahaja menggunakan Pakaian Tempur Elemennya ketika bertarung . Kerana , Puteri Pawaka dan Puteri Semarak telah pun menggunakannya . " Kata Raja Landlack dengan jelas . " Akan tetapi , mengapakah Raja Pawana tidak menjelmakannya sementara lawannya , menggunakannya ? Apakah Baginda Pawana hanya ingin melakukan provokasi semata -mata ? "
" Itulah yang dilakukannya . Dia hendak memberitahu bahawa , tanpa Baju Tempur Elemennya , lawannya tidak akan mampu untuk menewaskannya . " Balas Raja Areel dengan tenang . " Kita semua sedia maklum akan kekuatan yang ada pada Raja Pawana dan tahu akan apa yang telah mampu dilakukannya . "
" Itu memanglah benar . Jika dinilai , Puteri Pawaka dan Puteri Semarak Api adalah hampir sama tahap kekuatan mereka dengan Raja Pawana . " Kata Ratu Jeullbea dengan lembut . " Namun demikian , sekiranya beta tidak salah , hanya ada seorang yang sama tahap dengan Raja Pawana selain daripada Akham Nessela yang telah mati itu . "
" Tidaklah salah apa yang Tuanku Jeullbea katakan itu . Benar . Selain daripada Akham Nessela yang celaka itu , ada seorang yang sama tahap kekuatannya dengan Raja Pawana . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan tenang dan lembut .
Stephen Akio Kenzo dan semua yang ada di sekitarnya melihat ke arah Ahmadi .
" Steph , bukan yang macam ni ke , yang kita tengok kat rumah awak dulu ? " Tanya Muniandy dengan perlahan . " Masa kita dapat tengok Didie dan Sheila terbang , masa hari kita selamatkan Rara masa dia kena culik tu . "
Stephen Akio Kenzo menganggukkan kepalanya dengan lembut . " Ya . Tapi , ni macam tak sama dengan yang kita tengok hari tu . "
Tatsumaki tersenyum . " Itu kekuatan tahap tertinggi Tuan Didie . "
" Apa maksud awak ? " Tanya Nezza dengan jelas . " Takkan daripada tadi , Tuan Didie tak gunakan sepenuhnya tenaga dia . "
" Saya tak tahu macam mana nak jawab soalan tu . Sebab , kitorang yang tinggal kat sini , tak kenal dengan Tuan Didie yang tinggal kat Dunia Manusia . " Jawab Tatsumaki dengan jelas . " Yang kitorang tahu . Selama Tuan Didie jadi Ketua kitorang , dia tak pernah dan jarang nak tunjukkan kekuatan sebenar dia . Bukan dia je . Cik Sheila pun sama . Diorang tak suka . "
" Sukar betul nak faham Tuan Didie ni . Kalau ikut logik . Kita semua akan tunjuk kekuatan sebenar kita dengan lawan . " Kata Lesas dengan tenang .
" Diorang bertiga ada personaliti yang pelik sikit . " Kata Siti Maisarah dengan jelas dan lembut . " Diorang selalu buat benda yang bukan diorang cakap . Contoh diorang nak buat perkara A , tapi diorang akan buat perkara B untuk selesaikan perkara A . Sedangkan , perkara A , boleh diselesaikan dengan perkara A tu sendiri . "
" Macam , korang perlukan Pemutar Skru untuk masukkan Skru tapi , korang guna Pisau untuk masukkannya . Sedangkan , korang ada Pemutar Skru tu tapi , korang tak gunakannya . " Celah Siti Khumairah dengan lembut . " Korang gunakan Pemutar Skru tu , untuk ketatkan Skru tu je . "
" Susah nak faham diorang bertiga ni . Personaliti diorang macam Puzzle . " Kata Hagia Sofea pula . " Puzzle yang berterabur . Susah nak pasang dan susah nak teka gambar dia . "
" Tapi , diorang memang sama . " Kata Siti Nurjannah pula . " Kalau korang dapat kenal personaliti salah seorang daripada diorang , maknanya , korang belum kenal lagi personaliti diorang tu . Diorang macam , satu personaliti individu yang terpisah kepada tiga . Korang perlu kenal ketiga - tiganya sekali . "
" Saya angkat bendera putih . Saya tak mampu . " Kata Muniandy dengan agak pantas . " Didie tu pun dah boleh buat kepala kitorang berdenyut . Nak kenal dua orang tu lagi , bergegar sel - sel otak kitorang . "
" Selama kat Sayap Peganiex pun , diorang suka buat teknik penyelesaian masalah yang pelik - pelik . " Kata Naera pula .
Ahmadi berdiri di dalam kuntuman bunga Ais yang dihasilkannya . Kuntuman - kuntuman bunga Ais yang dihasilkannya amat cantik dan mempersonakan .
Dia yang berada di dalam kelopak Bunga Orkid Ais , perlahan - lahan keluar dengan pandangan matanya yang kosong .
Permaisuri Fiirapi dan Siti Maisarah mengenali akan Bunga Orkid Ais yang dijelmakan oleh Ahmadi itu .
" Tsu , tenaga Sheila tu , dah hampir sama dengan Didiekan ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut . " Sheila dapat tak buat teknik macam tu ? "
" Kebanyakkan teknik yang Tuan Didie buat , Cik Sheila pun mampu buat . " Jawab Tatsumaki dengan jelas . " Tapi , sama macam semua Pahlawan kat dunia ni , diorang pun ada teknik istimewa diorang sendiri . "
Sheila Asyikin yang lemah , memandang ke belakang dan melihat ke arah Ahmadi .
" Kau apahal ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas . " Kau tak nak tamatkan benda bangang ni ke ? "
" Siti pergi dulu , Sheila tak rasa abang akan biarkan kita lulus dengan mudah . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas .
" Kau jangan nak . . . " Belum sempat Siti Nursamawi menghabiskan ayatnya , dia tercampak ke belakang kerana ditolak dengan agak kuat oleh Sheila Asyikin .
Ahmadi meluru ke arah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan pantas sambil menjelmakan tunggul - tunggul Ais untuk menewaskan dan menghalang pergerakkan Sheila Asyikin yang berlari ke arahnya .
Sama seperti Ahmadi , Sheila Asyikin berlari dengan kelajuan yang pantas sambil menjelmakan lidah - lidah Api yang panas membara untuk menghancurkan segala halangan yang dijelmakan oleh Ahmadi .
Keadaan di sekeliling Ahmadi dan Sheila Asyikin dikelilingi oleh bongkah - bongkah Ais dan bongkahan Api yang amat menakutkan yang tiba - tiba sahaja muncul .
" Ini teknik Manipulasi Elemen ke ? " Tanya Aivira dengan jelas .
" Ye . Ini teknik Manipulasi Elemen . Kalau kita dah berada kat tahap Tuan Didie dan Cik Sheila , kita pun mampu buat teknik macam ni . " Balas Tatsumaki dengan jelas .
" Korang semua yang kat dalam Pasukan DiRaja boleh ke buat teknik ni ? " Tanya Aqilah dengan tenang .
" Boleh . Biarpun tahap kitorang tak sama . Tuan Didie dan Cik Sheila paksa kitorang untuk mahir gunakan teknik ni sebab , semua Panglima Kegelapan , pakar dalam teknik ni . " Jawab Tatsumaki dengan jujur .
" Kenapa awak tak guna masa pertarungan tadi ? " Tanya Maera dengan tenang .
Tatsumaki merenung ke arah pertembungan Ahmadi dan Sheila Asyikin yang telah mengakibatkan tanah - tanah dan segala bongkahan yang mereka hasilkan hancur dan terbang ke segenap penjuru .
Renungannya menjadi sedikit tajam dan agak menakutkan . " Sebab , teknik ni hanya ada satu tujuan . Tujuan dia , untuk membunuh . "
" Apa ? ! " Tanya Nurzahirah dengan agak kuat nadanya manakala semua yang berada di situ juga turut terperanjat mendengar jawapan yang diberikan Tatsumaki .
Ahmadi dan Sheila Asyikin bertempur tanpa senjata . Namun , serangan mereka amat berbahaya .
Sheila Asyikin berputar di udara lalu , beberapa ekor Burung Api yang amat cantik menjelma dan meluru ke arah Ahmadi .
Ahmadi berputar di permukaan tanah lalu , dia melibaskan tangannya dan selepas itu , beberapa Ikan Ais meluru ke arah Sheila Asyikin .
Pertembungan antara Ikan Ais dan Burung Api itu berlaku dengan dahsyat .
Siti Nursamawi berdiri dengan perlahan - lahan sambil merenung ke arah pertarungan antara Ahmadi dan Sheila Asyikin . Wajahnya yang lemam dan bengkak serta luka dan calar balar dibasahi dengan peluh kepenatannya .
Dia menenangkan mindanya lalu , dia meningkatkan dan mengerahkan seluruh tenaganya dan selepas itu , satu letusan Tenaga Elemen berlaku .
Letusan Tenaga Elemen itu agak kuat sehingga kawasan permukaan tempat Siti Nursamawi berdiri menjadi kawah dan merekah .
Siti Nursamawi terapung dengan menggenggamkan , kedua belah tangannya yang didepakannya .
Warna Elemen Cahaya dan Warnanya bersinar dengan terang dan menyelubungi dirinya .
Kemudian , dia meluru ke arah pertarungan Sheila Ashikin dan Ahmadi .
" Daripada dulu lagi , saya tak faham betul . " Kata Hagia Sofea dengan lembut lalu berpeluk tubuh . " Macam mana diorang bertiga ni , boleh dapat , atau capai sesuatu yang yang sama atau hampir sama ? "
" Macam yang Janne cakap tadi . Diorang macam satu personaliti individu yang terpisah kepada tiga . " Kata Ikhwan dengan jelas .
Siti Nursamawi melibaskan tangannya dan , dia berjaya menjelmakan beberapa Burung Elemen yang hampir sama bentuk dengan Burung Elemen yang dihasilkan oleh Sheila Asyikin .
Perbezaannya cuma , Burung Elemennya memilik baraan api .
Ahmadi mengawal mindanya dengan tenang sambil mengawal Teknik Elemennya untuk menewaskan Teknik Elemen Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
Pergelutan antara Ikan - ikan Ais dan Burung - burung Api dan Bara itu berlaku dengan amat dahsyat .
Beberapa ekor Burung - burung Elemen itu melepaskan Bebola Api dan Bara ke arah Ahmadi yang menyebabkan beberapa letupan berlaku .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi mengaturkan nafas mereka sambil memandang ke arah kawasan Ahmadi yang diselubungi oleh asap yang agai tebal .
Seketika kemudian , angin berhembus menendang asap yang mengelilingi Ahmadi .
Keadaan Ahmadi telah mengejutkan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi serta semua yang menyaksikan pertarungan itu .
" Aku tak suka tengok teknik dia ni . Kalau dengan orang dia pun aku tak berkenan . Dengan Teknik Elemen ni pun , aku dah cukup meluat dah . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas dengan wajah menyampahnya .
" Sheila pun sama . Rasa macam nak je pijak - pijak Teknik Elemen abang ni . " Balas Sheila Asyikin juga dengan nada menyampahnya .
Permaisuri Fiirapi mengeluh dengan reaksi wajah ayu jelita dan semacamnya .
" Budak gila tu . Dia sengaja tu . " Kata Siti Maisarah dengan jelas .
Ahmadi tersenyum sambil mengawal dua ekor Ikan Duyung betina yang terhasil daripada Elemen Ais dan Air yang mengelilinginya dan juga dua Pahlawan Elemen Wanita yang memegang sebilah Pedang Daun yang juga dijelmakannya daripada Ais dan Air.
Dua ekor Ikan Duyung Betina itu seakan - akan wajah Vanessa Valarie sementara dua Pahlawan Wanita itu pula iras - iras seperti Dyrad namun , dengan pakaian yang lebih sopan .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi mengubahkan Burung - burung Elemen mereka menjadi sama seperti mereka .
Dengan wajah yang garang bersama dengan Bilah - bilah Api dan Bara yang amat menakutkan .
Selepas itu , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi mengarahkan Pahlawan Elemen mereka untuk menyerang Ahmadi dan Ahmadi mengarahkan Pahlawan Elemennya untuk bertarung dengan Teknik Elemen Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
Dua ekor Ikan Duyung Betina tadi pula mengililingi Ahmadi .
" Ikan Duyung . Bersifat melindungi . Kelembutan yang bersulamkan kekerasan pada pertahanan dan serangan . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan jelas . " Elemen Abang Didie , Air dan Angin . Tak hairan kalau Abang Didie , hasilkan Teknik Ikan Duyung macam tu sebab , Ikan Duyung salah satu Makhluk Elemen Air yang hebat . "
" Tapi , Ummi Sarah tak rasa yang Didie , hasilkan Teknik ni . Mesti dia belajar dengan Puteri Ikan Duyung tu . " Kata Siti Maisarah dengan jelas .
" Macam mana pula mak boleh yakin dengan pendapat mak tu ? " Tanya Nurzahirah dengan perlahan .
" Mak tahulah . Mak jaga dia daripada besar tapak tangan lagi . Sama dengan yang dua orang lagi tu . " Balas Siti Maisarah dengan agak pantas . " Lagi satu . Pakcik ada cerita sesuatu kat mak . "
" Apa dia ? " Tanya Siti Khumairah dengan pantas .
" Rahsia . " Balas Siti Maisarah dengan senyumannya .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi berundur ke belakang lalu , mereka berdua dengan serentak menghasilkan Corak Elemen Letupan Api dan Bara yang menghala ke arah Ahmadi .
Ahmadi dengan pantas memanggil semula Teknik Elemennya .
Sekali lagi Letupan Api dan Bara berlaku .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi semakin keletihan .
Siti Nursamawi juga mula merasakan sendi - sendi tubuhnya menjadi sedikit panas .
Sebaik sahaja asap yang terhasil daripada letupan tadi ditiup angin , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melihat Ahmadi melindungi dirinya dengan sepasang Sayap Elemen Ais yang amat cantik .
Ahmadi dengan perlahan - lahan , mengepakkan Sayap Aisnya yang besar dan kelihatan amat gagah .
" Siti ada dah ada Sayap Elemen tak ? " Tanya Sheila Asyikin dengan .
" Ada . " Jawab Siti Nursamawi dengan ringkas . " Aku dapat hasilkan Sayap Elemen tu masa kat dalam hutan tu . "
Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya . " Kita akan tewaskan abang hari ni . Walau kita terpaksa patah - patahkan badan abang . "
" Aku suka cadangan tu . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Aku nak cuci otak dia . Aku nak buang Vanessa dan Dyrad daripada dalam otak dia . "
" Sheila akan tolong . " Balas Sheila Asyikin lalu , dia dan Siti Nursamawi mengeluarkan dan meningkatkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka yang masih bersisa .
Tidak lama selepas itu , sepasang Sayap Elemen Api terbentuk pada kedua belah belikat Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
Sama seperti Ahmadi , Sayap Elemen yang dijelmakan oleh mereka berdua juga amat besar , indah dan kelihatan amat gagah .
Sayap Elemen Api yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga .
Perbezaannya cuma , Sayap Elemen Sheila Asyikin menghasilkan percikkan Api manakala Sayap Elemen Siti Nursamawi pula menghasilkan percikkan baraan api .
" Korang nak tahu tak sesuatu tak ? " Tanya Siti Maisarah dengan tenang .
" Apa dia ? " Tanya Naera dengan lembut .
" Kita kena buat sesuatu untuk tamatkan ujian ni . " Balas Siti Maisarah dengan jelas . " Kalau tak , kita akan berada kat sini sampai esok , lusa , tulat . Pertarungan ni akan makan masa yang banyak . "
" Akak nak bawa kitorang tolong Sheila dan Siti ke ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .
" Itulah yang kitorang buat tadi . " Celah Siti Aisyah dengan tenang . " Kalau kitorang tak saling membantu tadi , takde maknanya kitorang dapat duduk kat sini . "
Mandy Chong Wei Tze menganggukkan kepalanya . " Kitorang semua saling menolong tadi . Kalau tak kerana bantuan semua anggota pasukan kitorang tadi , mungkin , sampai sekarang ni pun , kitorang masih lagi tak sampai ke sini . "
" Kita sepasukan . " Kata Siti Maisarah dengan lembut lalu , dia membukakan semua Pintu Tenaganya yang dia dapat rasakan , yang telah terbuka . " Sebagai sebuah pasukan , kita kena tolong Sheila dan Siti sebab , diorang berdua tu , Ketua kita . "
Dengan tenang , dia berlari dengan pantas ke arah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
Nurzahirah memukul bahu Nurzaharah yang sedang berborak dengan Banshee Psikiknya dengan lembut . " Nak ikut tak ? "
" Mana ? " Tanya Nurzaharah dengan wajah kakunya dengan kepalanya yang disengetkannya sedikit .
" Janne , Sofea . Kita ambil kedudukan yang agak jauh . " Kata Siti Maisarah dengan lembut lalu , dia membukakan semula Pintu - pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya .
Dapat dirasakannya dengan jelas , kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya bertambah . " Kita bagi ruang kat Kak Sarah untuk menyerang . "
" Tak payah nak atur strategi sangat . Kita buat cara Sayap Peganiex . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil tersenyum lalu dia berdiri .
Rakan - rakannya yang lain juga turut berdiri sama . " Cara lama . Cara kitorang . "
" Kalau budak - budak ni , anak murid Didie . Jadi , kitorang ni semua Senior dioranglah sebab , daripada dulu lagi , dia pun banyak ajar kitorang macam mana nak kawal Elemen Warna dan Cahaya kitorang . " Kata Siti Hawa dengan lembut sambil tersenyum . " Beza dia , mungkin , dia ajar kitorang ikut acuan moden dunia kita , diorang pula , dia ajar ikut keadaan kat sini . "
Maera tertawa " Cakap banyak tak guna . " Selepas itu , dia melompat ke udara dan sebaik sahaja dia mendarat ke tanah , dia terus berlari ke depan .
Tindakannya itu disusuli oleh semua rakan - rakannya .
" Inilah yang hendak dilihat oleh Raja Pawana . " Kata Raja Landlack dengan jelas .
Nurzahirah dan Nurzaharah berlari dengan pantas bersama dengan Banshee Psikik mereka .
" Tuanku semua , lihat . " Kata Ratu Jeullbea dengan agak terperanjat nadanya sambil dia melihat ke arah satu Makhluk Elemen Api yang amat cantik , melayang turun daripada udara .
" Itu . . . " Kata Raja Areel dengan lembut namun , dia tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana dia juga tidak dapat menyangka akan dapat menyaksikan kemunculan Makhluk Elemen itu .
Makhluk Elemen itu berbentuk seperti seekor Burung yang amat cantik .
Memilik sayap yang lebar dan besar serta berekor yang amat panjang .
Burung itu memperdengarkan suaranya yang nyaring namun mempersonakan .
" Itu Nixen Der Ireaven . Burung Elemen Warna dan Cahaya yang berelemenkan Psikik Fizikal . " Kata Raja Eartha dengan jelas yang bersulamkan keterujaan . " Ya Tuhan Yang Esa yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi . Selama ini , Burung Elemen hanyalah Lagenda sahaja . "
Burung Nixen Der Ireaven itu meluru ke arah Siti Maisarah dengan terus sahaja memasuki tubuh Siti Maisarah dari arah belakang .
Siti Maisarah yang dapat merasakan satu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang amat kuat , terus berlari sambil pada bahagian kedua belikatnya dan pada bahagian belakang pinggangnya , menjelmanya Sayap dan Ekor yang dimiliki oleh Burung Nixen Der Ireaven tadi .
Ahmadi yang perasan akan perubahan pada Siti Maisarah itu dengan pantas , meluru ke arah Siti Maisarah dengan kelajuan yang deras bersama dengan pandangan matanya yang menggerunkan .
Namun , dia tiba - tiba sahaja melompat ke belakang kerana satu letupan berlaku tepat - tepat pada tempat dia berlari tadi .
" Lawan Pakcik , Rara ! " Kata Nurzahirah dengan lantang lalu dia dengan pergerakan yang amat tangkas dan pantas menyerang Ahmadi .
Ahamdi mengelak dan menepis segala serangan yang dilancarkan oleh Nurzahirah .
Aivira dan semua yang berada di situ , kagum bercampur terperanjat melihat pertarungan yang berlaku antara Ahmadi dan Nurzahirah .
Pertarungan itu amat pantas dan serangan yang dilancarkan pula amat berbahaya .
Nurzahirah berundur ke belakang lalu diganti oleh Nurzaharah .
Nurzaharah menyasarkan tumbukannya ke arah perut Ahmadi namun , dia melenyapkan dirinya dan muncul di atas kepala Ahmadi dan melakukan libasannya .
Hampir sahaja Ahmadi tidak dapat membaca serangan Nurzaharah itu dan dia berjaya menepis serangan Nurzaharah .
Namun , dia sedikit berasa pelik bersulamkan kekaguman melihat teknik bertarung Nurzaharah yang muncul dan lenyap itu .
Nurzaharah berundur dan digantikan dengan Siti Aisyah .
Ahmadi bertarung pula dengan Siti Aisyah yang pantas melakukan serangan kilatnya .
Langkah Silat Siti Aisyah kelihatan amat kemas dan tangkas bersulamkan derangan serangannya yang padu .
Ahmadi mengelak tusukan Keris Kilat Kuning Siti Aisyah yang pantas menuju ke arah wajahnya dan memukul pergelangan tangan Siti Aisyah .
Keris Kilat Kuning Siti Aisyah terlepas dan disambut oleh Ahmadi .
Siti Aisyah berundur dan terus mengubahkan Keris Petir Kuningnya tadi menjadi arus Petir dan Kilat dan cuba untuk merenjat tubuh Ahmadi .
Ahmadi dengan pantas , mengawal teknik tadi dan cuba untuk memulangkannya semula kepada Siti Aisyah namun , tindakannya itu terhenti kerana dihalang oleh Tatsumaki .
Tatsumaki menggerakkan tangan Ahmadi dengan menyerang tubuh Ahmadi sendiri .
Ahmadi dengan pantas menjelmakan corak abstrak yang unik pada dahi dan pergelangan kedua belah tangannya sehingga ke paras sikunya .
Corak Elemen Psikik Pawana . Corak itu membolehkannya untuk menggunakan Elemen Psikik Elemennya namun , ia tidaklah sama dengan kekuatan yang dimiliki oleh Pengguna Elemen Psikik .
Akan tetapi , ia mampu untuk menghalang serangan Elemen Psikik sekiranya digunakan dengan sebaik mungkin .
Ahmadi menggagalkan usaha Tatsumaki tadi lalu , ditukarkannya teknik Petir Siti Aisyah tadi kepada Elemen Petir Pawananya dan terus sahaja melemparkannya ke arah Tatsumaki .
Tatsumaki yang terperanjat dengan serangan itu , diselamatkan dengan kemunculan corak Yin Yang yang dijelmakan oleh Mandy Chong Wei Tze .
Siti Maisarah berdepan dengan Ahmadi lalu , mereka berdua saling berbalas serangan .
Pertarungann Silat Cekak yang kemas bersulamkan kekerasan dan kegarangan pada setiap serangan .
Setiap serangan dan pergerakkan mereka , diiringi dengan lembayung warna Elemen Tenaga Warna dan Cahaya mereka berdua .
Jurang kepantasan Ahmadi dan Siti Maisarah , amat ketara perbezaannya malah , perbezaan kekuatan serangan antara mereka juga jelas kelihatan .
Namun , Siti Maisarah memiliki kelebihan pada kekuatan Elemen Psikik .
Ahmadi terundur dan terseret ke belakang selepas diserang bertalu - talu oleh Siti Maisarah dengan serangan Elemen Psikik Fizikal .
Siti Maisarah menjelmakan Bilah - bilah Burungnya dan terus sahaja mengubahkannya menjadi Bilah Api Psikik dan seterusnya menyambungkannya menjadi kepingan - kepingan Bilah Api Psikik yang panjang serta berapi .
Siti Khumairah dan Siti Nurjannah melibaskan Elemen mereka ke arah kaki Ahmadi yang menyebabkan , Ahmadi terlutut ke tanah .
Tidak cukup dengan itu , Hagia Sofea pula mendepakan kedua belah tangan Ahmadi .
Ahmadi dengan pantas menjelmakan Baju Tempur Elemen Tanahnya ketika , Siti Maisarah hendak membelitnya dengan menggunakan kepingan Bilah Api tadi .
" Maaf ' bro ' ! " Kata Stephen Akio Kenzo dengan pantas sambil melakukan Hand Sealnya lalu , kepingan - kepingan besi muncul di sekeliling Ahmadi dan terus membaluti tubuh Ahmadi namun , kepingan - kepingan besi itu cair kerana Ahmadi menjelmakan Elemen Apinya .
Stephen Akio Kenzo menjelmakan arus Elektrik dan Petir dan terus sahaja menyucukkannya ke tubuh Ahmadi yang bersarungkan Baju Tempur Elemen Tanahnya . " Tanah lemah kalau bertemu dengan Petir ! "
" Aku pijak kau Steph ! " Jerit Ahmadi dengan kuat .
Selepas itu , dia menjelmakan pula corak Elemen Angin dan Tanah pada Baju Tempur Tanahnya untuk melemahkan teknik Stephen Akio Kenzo .
Selepas itu , Ahmadi cuba untuk berdiri .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menjelmakan corak berlingkar di sekitar Ahmadi lalu , rantai - rantai Api dan Bara membelit dan berlingkar pada tubuh Ahmadi untuk menggagalkan usaha Ahmadi untuk berdiri .
" Menyerah kalahlah ' woi ' ! " Jerit Siti Nursamawi dengan lantang . " Badan aku dah sakit - sakit ni ! "
" Padan dengan muka kau ! " Balas Ahmadi dengan suaranya yang lantang .
Nurzahirah dan Nurzaharah menggunakan Teknik Banshee Psikik mereka untuk menekan tubuh Ahmadi kembali ke tanah .
Ahmadi menjerit lalu dia menjelmakan corak elemen yang amat rumit dan abstrak di sekitar ke semua mereka .
Sheila Asyikin yang sedar akan kemunculan corak yang dihasilkan oleh Ahmadi itu dengan pantas memandang ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah . " Rara , Hara ! Musnahkan permukaan tanah ni ! Sekarang ! "
Dengan menggunakan Teknik Banshee , permukaan di sekitar Ahmadi dan rakannya , dengan pantas berubah menjadi , seperti tanah gembur yang menjadikan corak yang dihasillkan oleh Ahmadi tadi , terputus lalu lenyap .
Tatsumaki meningkatkan Tenaga Dalamannya lalu , seluruh tubuhnya dikelilingi dengan warna Hijau . Termasuklah pada bebola matanya .
Selepas itu , puluhan pokok - pokok daripada kejauhan , tercabut dan meluru ke arah Ahmadi bertalu - talu .
" Berundur ! " Jerit Siti Khumairah dengan lantang dan arahannya itu dengan pantas dipatuhi .
Suara jeritan Ahmadi hilang ditenggelami oleh bunyi pokok - pokok yang menimpanya .
Tidak cukup dengan itu , sepasangan tangan gergasi dijelmakan oleh Tatsumaki yang menakutkan , muncul dan menekan kawasan pokok - pokok tadi dengan kuat .
Khalid , Fateh , Daniel , Ikhwan , Lesas dan Nezza melibaskan pedang mereka ke tanah dengan sekuat hati mereka untuk menghalang Ahmadi daripada dapat meloloskan dirinya .
Aivira bersama rakan - rakannya yang lain pula , masing - masing menghasilkan corak Elemen Letupan mereka dan menghalakannya ke arah Ahmadi .
Letupan demi letupan berlaku yang menghembuskan debuan asap bercampur tanah yang berselerakkan ke sana dan ke sini .
Tatsumaki menghalakan tapak tangan kanannya ke arah Ahmadi yang telah pun ditenggelami oleh pokok - pokok dan selepas itu , dipukulnya belakang tapak tangan kanannya yang dihalakannya ke arah Ahmadi tadi lalu , pokok - pokok tadi semakin termasuk ke dalam tanah .
" Saya harap dia tak mati . " Kata Maera dengan lembut .
" Tuan Didie nak bunuh kita semua tadi . " Kata Tatsumaki dengan jelas dengan matanya yang berwarna Hijau . " Sebab tu , Cik Sheila arahkan Cik Muda Rara dan Cik Muda Hara untuk musnahkan permukaan tanah tadi untuk halang serangan Tuan Didie . "
" Dia nak kita mati ke ? " Tanya Ratni dengan lembut .
" ini ujian penilaian untuk Pahlawan DiRaja yang akan melindungi dua dunia . Jadi , Tuan Didie akan lakukan apa yang dia mampu untuk gagalkan kita . " Kata Tatsumaki dengan jelas . " Walaupun , dengan cara , membunuh kita . "
Dia mengeluh . " Saya tak sangka yang Tuan Didie paksa saya untuk guna Teknik Manipulasi Elemen Psikik saya tadi . "
" Kalau macam tu , apa kata kita lari sebelum dia timbul keluar ? " Tanya Naera sambil tersengih .
" Mari . " Kata Hagia Sofea lalu , mereka semua berlari menuju ke arah kawasan penamat .
Ketika mereka semua sedang berlari itu , permukaan tanah yang mereka pijak , bergegar bagaikan dilanda gempa bumi .
Ketika Siti Maisarah bersama yang lain berlari ke arah kawasan penamat , puluhan batu - batu karang yang tajam yang berwarna Biru , Putih , Magenta dan Cyan keluar daripada tanah .
" Selamatkan Kakak Patung dan Kakak Pipi tembam ! " Arah Nurzaharah dengan lantang lalu , dia dan Nurzaharah berputar menghadap ke arah puluhan batu - batu karang yang masih lagi keluar daripada permukaan tanah . " Sayap Merah dan Biru ! Halang serangan ni ! Hancurkan semua ni ! "
Selepas itu , semua anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru berdiri sebaris dan terus sahaja meningkatkan Tenaga Elemen Psikik masing - masing .
" Serang ! " Jerit Nurzahirah dengan lantang lalu , dia bersama seluruh anggota pasukannya , melepaskan Gelombang Psikik yang amat kuat untuk menghancurkan seluruh bebatuan karang yang dijelmakan oleh Ahmadi .
Teknik Batu Karang Ais yang dijelmakan oleh Ahmadi hancur berterbangan .
Permaisuri Fiirapi melihat ke atas siling di mana dia dan rakan - rakannya berdiri kerana , dia terdengar seperti seseorang yang sedang terbatuk - batuk .
Suara terbatuk itu agak keras bunyinya namun , agak ditenggelami oleh bunyi sekeliling yang agak kuat .
" Tuanku Permaisuri , apakah orang yang berada di atas bumbung ini , orang yang sama mereka lawan ? " Tanya Raja Eartha dengan agak jelas bersama sengihannya .
Permaisuri Fiirapi hanya mengangggukkan kepalanya . " Nampaknya , begitulah . "
" Jadi selama ini , mereka semua ini hanya bertarung dengan Teknik Elemen Fizikal sahaja ? " Tanya Ratu Jeullbea dengan lembut lalu menepuk dahinya . " Jangankan mereka . Kita juga diketuai oleh seorang Raja yang amat gila cara pemikirannya . "
Raja Eartha , Raja Areel , Raja Eleaind dan Raja Landlack hanya tertawa .
" Orang lelaki . Tahu hanya menipu sahaja . Tak cukup dengan menipu perempuan , malah dengan mereka ini juga hendak menipu . Tidaklah pernah jujur . " Kata Ratu Jeullbea dengan jelas lalu berpeluk tubuh bersama dengan wajah ayu jelitanya yang bereaksikan reaksi menyampah .
" Ini helah wahai rakan sejati beta . Tidaklah sama dengan penipuan pada perasaan . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas .
" Ia sama pada beta . " Balas Ratu Jeullbea dengan agak pantas .
" Iyalah . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas mengalah .
" Janganlah dibangkang apa yang diperkatakan oleh Ratu Jeullbea itu . " Kata Raja Eleaind dengan perlahan . " Kita tidak akan menang . "
Raja Landlack , Raja Areel dan Raja Eartha menganggukkan kepala mereka .
Ahmadi yang duduk di atas bumbung terbatuk darah . " Diorang ni . Memang nak bunuh aku ke ? "
Nurzahirah dan Nurzaharah menghempaskan kedua belah tapak tangan mereka lalu , Banshee Psikik mereka melepaskan beberapa gelombang ke arah Ahmadi yang pada fikiran mereka telah terperangkap .
Permukaan tanah bertukar seperti ombak laut yang agak tinggi dan selepas sahaja ombak tanah itu tiba pada pokok - pokok yang memerangkap Ahmadi , keadaan disekitar tempat itu menjadi seperti ditekan oleh sesuatu dengan kuat .
Sekali lagi Ahmadi terbatuk dan termuntah darah . " Bodoh betul Teknik Banshee Psikik ni . Kuat betul . Lebih kuat daripada Teknik Psikik Tahap Tertinggi . "
Selepas beberapa detik kemudian , Nurzahirah mengarahkan semua anggota pasukannya berlari meninggalkan tempat itu .
Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi berdiri bersama semua rakan - rakannya melihat ke arah tempat Ahmadi ditangkap .
" Saya tak sangka . Kita perlukan kekuatan semua orang untuk tangkap Tuan Didie . " Kata Nezza bersama dengan nafasnya yang agak deras .
" Sheila seorang tak boleh nak tangkap dia . " Kata Ratni dengan jelas .
" Ini beza abang dengan Sheila . Kekuatan kitorang lebih kurang sama je tapi , abang ada cara pemikiran yang pelik . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut . " Abang boleh terfikir cara serangan yang baru ketika dalam bertempur . "
" Saya akan bedah kepala dia dan klon otak dia . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Lepas tu , saya akan gabungkan otak dia dengan kita semua . "
" Aku setuju . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas dan agak pantas . " Gabungkan dengan aku dan Sheila dulu dan lepas tu , baru korang . "
Nurzahirah dan semua anggota pasukannya berkumpul dengan Siti Maisarah berserta yang lain .
" Kita dah lulus ke ? " Tanya Rissa .
" Tak tahu . " Balas Tatsumaki dengan pantas . " Itu terpulang pada penelitian dan penilaian Permaisuri Fiirapi berserta Raja - raja yang menilai kita . "
Permaisuri Fiirapi bersama dengan rakan - rakan sejawatannya melemparkan senyuman kepada Siti Maisarah serta kepada yang lain .
Ahmadi berjalan perlahan - lahan ke tepi bumbung bersama mulutnya yang dilekati dengan kesan darahnya .
Kesan darah itu juga terdapat pada bahagian leher dan dada bajunya . " Korang memang nak bunuh aku ke ? "
Siti Nursamawi bersama dengan rakan - rakannya , berserta dengan semua yang berada di situ terperanjat melihat Ahmadi yang berdiri di hujung bumbung rumah yang menjadi kawasan penamat ujian mereka .
" Kau kat sini ? ! " Jerit Siti Nursamawi dengan garang . " Habis tu , yang kitorang lawan tadi tu siapa ? ! "
Ahmadi tersengih lalu , dia melompat ke tangga dan terus sahaja melakukan gerakan Hormat DiRaja . " Ampun Tuanku beribu ampun . Sembah beta harap diampun . Telah tamatlah sudah akan ujian penilaian ini . Maka keputusannya , beta serahkan pada Tuanku sekalian untuk memutuskannya . "
" Berdirilah wahai Raja Pawana . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Bawalah mereka semua pergi pulihkan kembali tenaga mereka . Akak tetapi , janganlah dipulihkan kecederaan yang ada pada tubuh badan mereka . Biar ia menjadi tanda peringatan kepada mereka bahawasannya , mereka telah menjalani ujian di pulau ini . "
Ahmadi menundukkan kepalanya buat seketika sebagai tanda dia akur dengan arahan Permaisuri Fiirapi .
" Ratu Jeullbea ada sedikit pesanan buat kamu wahai Raja Pawana . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan reaksi wajah jelita semacamnya .
Ahmadi memandang ke arah wajah Ratu Jeullbea yang ayu dan seksi jelita dengan sebelah keningnya sedikit terangkat .
" Beta tahu , kamu adalah lelaki yang baik . Akan tetapi , janganlah gemar melakukan tipu dan daya sebegini lebih - lebih lagi , pada wanita . " Kata Ratu Jeullbea dengan lembut namun tegas . " Jika sahaja kamu ini suami beta , sudah tentulah jantung Tuanku akan ditembusi oleh oleh Pedang beta , seperti mana beta melakukannya terhadap mendiang suami beta . "
Ahmadi tercengang dan mindanya menjadi beku mendengar kata - kata yang dilontarkan oleh Ratu Jeullbea .
Manakala Raja Eartha , Raja Landlack , Raja Eleaind dan Raja Areel hanya tertawa sambil menutupkan mulut mereka .
" Beta tidak suka melihat lelaki melakukan penipuan sebegini terhadap wanita . " Kata Ratu Jeullbea dengan jelas .
" Tapi , ini helah . " Kata Ahmadi dengan agak perlahan nadanya bersama dengan sengihannya yang seperti kerang busuk .
" Ia sama sahaja pada beta . " Kata Ratu Jeullbea sambil berdiri dengan agak rapat di hadapan Ahmadi .
Permaisuri Fiirapi menepuk bahu Ratu Jeullbea . " Sudahlah . Marilah kita ke Balai Penghadapan . "
Raja Eleaind dan Raja lainnya menyusuli langkah Permaisuri Fiirapi dan Ratu Jeullbea .
Raja Areel menepuk bahu Ahmadi sambil tersenyum . " Janganlah Tuanku ambil hati . Ratu Jeullbea itu agaknya , masih lagi terkesan dan fobia dengan sejarah perkahwinannya dahulu . "
Ahmadi hanya tersenyum lalu dia menuruni anak tangga untuk bersama dengan anggota pasukannya . " Dah . Mari berambus ke dalam . Pulihkan tenaga korang lepas tu , kita dengar keputusan korang . "
" Aku benci kau . " Kata Siti Nursamawi lalu dipijaknya kaki Ahmadi .
Ahmadi hanya tersenyum lalu berjalan ke arah ruang perubatan .
" ' Wui ' gila . Kitorang lulus ke ? " Tanya Maera dengan lembut .
" Manalah aku tahu . Itu bukan bidang kuasa aku . " Kata Ahmadi lalu dia memanggil semua anggota Unit Perubatannya untuk merawat rakan - rakannya .
" Pakcik ni teruk tau . Seksa dan tipu kitorang . " Kata Nurzahirah sambil dia membenarkan seorang Jururawat memulihkan tenaganya .
" Ni kalau tak lulus . Terus terang saya cakap . Jangankan Siti . Saya pun akan cabut nyawa awak . " Kata Siti Hawa dengan lembut dan jelas .
Ahmadi meletakkan gelasnya di atas meja selepas dia menyudahkan minumannya .
Selepas itu , dia duduk rapat antara Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin . " Aku rasa korang luluslah . Janganlah risau . Kalau korang tak lulus , korang boleh ambil ujian ni lagi . "
" Tengkorak kau ! " Balas Siti Nursamawi dengan pantas sebaik sahaja dia menghabiskan satu Jug jus perahan buah . " Kau seronok ke bergelut dengan aku dan Sheila ? ! Seronok tumbuk muka kitorang ? ! "
" Muka kau macam Pau . Sedap je tumbuk . " Kata Ahmadi lalu dia tertawa .
Dengan pantas sahaja Siti Nursamawi berdiri berkangkang di hadapan Ahmadi dan terus menumbuk wajah Ahmadi dengan padu .
Sheila Asyikin juga turut menumbuk wajah Ahmadi dengan kuat . " Ambik ni ! Ambik ni ! "
Ahmadi hanya melindungi wajahnya .
Jururawat - jururawat yang memulihkan tenaga Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melarikan diri dan menjerit .
" Dah , dah . Biarkan diorang . Diorang berdua tu takkan puas hati kalau diorang tak dapat lepaskan geram diorang . " Kata Siti Khumairah dengan agak kuat . " Biarkan je . Lepas tu nanti , bermanjalah tu balik . "
Selepas beberapa jam berselang , Siti Maisarah bersama semua rakannya. kelihatan sedang berlutut di hadapan Ahmadi , Sheila Asyikin , Permaisuri Fiirapi dan semua pemimpin kerajaan yang bernaung di bawah naungan Kerajaan Lagenos .
Turut berada di situ adalah para Pembesar dan Para Ketua Panglima Kerajaan daripada seluruh kerajaan yang bernaung di bawah Panji Kedaulatan Kerajaan Lagenos .
Permaisuri Fiirapi mengeluarkan Pedang DiRajanya dan perbuatannya itu turut diikuti oleh para rakan sejawatannya .
Kemudian , mereka semua menghalakan Pedang DiRaja mereka ke arah Pasukan Ahmadi .
" Dengan ini , beta , Permaisuri Fiirapi bersama dengan Raja - raja yang bernaung di bawah pemerintahan Kerajaan Lagenos , dengan ini , menganugerahkan , kepada setiap Anggota Pasukan Sayap Peganiex dan setiap anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru dengan jawatan , Pahlawan DiRaja Lagenos . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas .
" Sayap Peganiex ? " Tanya Adam dengan amat perlahan .
" Nama Sayap Peganiex tu , saya rasa , budak gila tu dapat daripada dunia ni . " Kata Naera dengan jelas . " Tapi , nama Peganiex tu , kitorang memang suka . "
" Kalian , para Pahlawan DiRaja Lagenos , hanya boleh mengikuti titah yang hanya diberikan oleh beta , Raja Pawana , Puteri Pawaka dan para kekanda mereka serta titah yang dititahkan oleh Puteri Semarak Api , Puteri Muda Pawana dan Puteri Muda Pawaka . " Kata Permaisuri Fiirapi lagi . " Jika kalian didapati mengingkari titah ini , kalian akan dihukum bunuh . "
Selepas itu , Ahmadi menjelmakan beberapa corak unik dan abstrak di hadapannya dan kemudian , dia mengarahkan corak yang dijelmakannya itu ke arah , tangan kanan setiap anggota pasukannya yang telah dilantik sebagai Pahlawan DiRajanya yang baru .
Corak itu terukir cantik dan indah pada setiap tangan kanan setiap anggota Pasukan DiRajanya yang baru sahaja dilantik .
" Tekanan Tenaga ni , kuat . " Kata Naera dengan perlahan .
" Dengarlah sini wahai Pahlawan beta semua . " Kata Ahmadi dengan lantang dan bertenaga . " Tugas kalian adalah untuk melindungi keamanan di dua dunia . Sama ada hidup , atau mati . Kalian semua adalah Pahlawan terbaik dikalangan yang terbaik yang dipilih sendiri oleh beta dan Puteri Pawaka . "
" Bangga pula saya . " Kata Siti Hawa dengan perlahan .
" Bagi setiap anggota Pasukan Sayap Peganiex , kalian adalah wakil beta di Dunia Mitos dan di Dunia Manusia . Kelak , kalian semua akan bekerjasama dengan para Ketua Panglima DiRaja yang bernaung di bawah naungan kedaulatan Kerajaan Lagenos . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas . " Bagi pasukan Sayap Merah dan Biru pula , kalian adalah kekuatan kepada Pasukan Sayap Peganiex . "
" Kami dengar dan kami taat kepada titahnya Raja Pawana ! " Kata Siti Nursamawi dengan lantang dan , kata - katanya itu disambut oleh semua rakan sepasukannya dengan kelantangan yang sama .
Lesas memandang ke depan , tepat ke arah Ahmadi dengan linangan air mata yang mengalir daripada matanya .
Jelas dapat dilihatnya , bayangan mendiang Raja Winsa , berdiri di sisi Ahmadi yang tersenyum padanya .
Dia berbisik di dalam hatinya . " Saya akan pastikan . Keturunan saya akan berkhidmat kepada negara ini . "
Selepas itu , Ahmadi menjelmakan sembilan jenis Pedang Elemen yang memiliki corak abstrak dan unik dan kemudian , dia menjelmakan lagi sembilan bilah Keris Elemen dan seterusnya dia menggabungkan Senjata - senjata Elemen itu tadi .
Sejurus selepas itu , sebilah Pedang Elemen yang berbilah lurus yang amat cantik dan memiliki corak yang amat unik dan terlalu abstrak dan kompleks , terhasil .
Cahaya yang menyelubungi Pedang Elemen itu amat indah dan bergemerlapan .
Dipegangnya Pedang Elemennya itu dan dihunuskannya ke arah para Pahlawan DiRajanya . " Dengan ini , beta menggelarkan , kalian adalah Pahlawan Dua Dunia . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bunyi Gendang dan suara bunyi - bunyian menghiasi halaman kawasan Pengumuan DiRaja .
Pokok - pokok di sekelilingnya juga , dihiasi dengan pelbagai hiasan yang indah .
Kawasan Tetamu DiRaja juga turut dihiasi dengan perhiasan yang mempersonakan .
Para tetamu daripada kalangan rakyat jelata dan dari serata kerajaan naungan Kerajaan Lagenos , memenuhi kawasan itu sambil menikmati segala hidangan yang disediakan .
" Mana Rissa ? " Tanya Ragi dengan lembut . Matanya dibuka oleh keterujaan dan perasaan bangganya . " Akak tak nampak dia . "
Loura tersenyum . " Akak sabar ye . Seingat saya , diorang kena bersiap dulu dan tunggu isyarat untuk keluar menghadap ke arah para tetamu . "
" Tak sangka dapat tengok para Pemimpin daripada kerajaan lain . " Kata Carla sambil tersenyum .
Dia membawa anak - anaknya untuk melihat Nezza berserta yang lain ditabalkan .
" Semuanya dengan kemuliaan dan kebaikan yang diberikan oleh Yang Maha Mengatur Segala , melalui Tuan Didie , Cik Sheila dan Permaisuri Fiirapi . " Kata Rasta dengan jelas . " Jika tidak , kita takkan dapat melihat dan merasai semua ni . "
" Sedap betul air ni . " Kata Pakcik Oua sambil tersenyum .
Isteri Pakcik Oua memukul tangan Pakcik Oua . " Awak ni . Janganlah minum dulu . Diorang tak keluar lagi , air minuman awak dah habis . "
Ragi , Carla dan Loura tertawa .
" Dengan ini , diumumkan , kehadiran Raja - raja yang dihormati . Mencemar duli untuk menyaksikan Pertabalan DiRaja . " Kata Pengumum DiRaja .
Raja Eleaind , Raja Areel , Ratu Jeullbea , Raja Eartha , Raja Bumire dan Raja Landlack memberikan lambaian dan senyuman mereka kepada para hadirin yang bersorak gembira .
" Seterusnya , kehadiran Raja Taduka dan Puterinya , Puteri Sitaju berserta Putera - putera dan Puteri - puterinya , mencemar duli untuk turut menyaksikan Majlis Pertabalan DiRaja yang bersejarah ini . " Kata Pengumum DiRaja lagi dengan bersemangat .
" Beta tidaklah berkenan dengan pertabalan ini . " Kata Raja Taduka bersama senyuman dan lambaiannya ke arah para tetamu yang hadir dan bersorak .
Sama seperti Raja Taduka , Puteri Sitaju juga menyorokkan perasaannya dengan senyuman dan lambaian mesranya yang plastik . " Beta juga amatlah sama perasaannya yang bermain di benak beta . Jika tidak kerana akur akan titahnya Tuanku Permaisuri , tidaklah ingin beta mencemar duli ke sini . "
Pintu Bangunan Pertabalan dibuka oleh dua orang Dayang Istana wanita yang bertelinga Arnab lalu , Permaisuri Fiirapi keluar dengan senyumannya lebarnya dan memberikan lambaian .
" Cantiknya Permaisuri kita . " Kata Carla sambil menepukkan tangannya .
Kemudian , Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea , Siti Nurjannah , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi keluar dan berdiri sebaris dengan Permaisuri Fiirapi .
Mereka mengenakan Busana DiRaja yang amat cantik berserta Makhkota DiRaja mereka .
" Pertabalan Puteri - puteri Kerajaan Lagenos . . . " Kata Pengumun DiRaja yang disambut dengan sorakan bersemangat daripada para hadirin . " . . . diumumkan , Puteri Psikik Bayu , Puteri Psikik Salju , Puteri Psikik Saga , Puteri Psikik Bara . "
Setiap kali nama - nama itu diumukan , sorakan dan keriangan semakin bertambah .
" Yang kita kenali , yang juga kita sayangi , Puteri Pawaka dan . . . " Kata Pengumum DiRaja lagi sambil tersenyum lebar . " . . . Puteri Semarak Api . "
Para hadirin bersorak dan sambil melihat ke arah Puteri - puteri Kerajaan Lagenos yang telah pun ditabalkan .
Selepas itu , Nurzahirah dan Nurzaharah tampil bersama senyuman mereka .
Mereka berdua berdiri di hadapan Siti Maisarah bersama dengan senyuman mereka .
Mata mereka kelihatan seperti normal kerana Ahmadi mengarahkan mereka agar mengunci mata sebenar mereka .
" Dan . Kerajaan Lagenos juga memiliki Puteri Muda . " Kata Pengumum DiRaja dengan lantang bersulamkan senyumannya . " Diumumkan . Puteri Muda Pawana dan Puteri Muda Pawaka . "
Para hadirin bersorak sambil bertepuk tangan malah , ada yang tersenyum melihat kehadiran Nurzahirah dan Nurzaharah .
" Inilah , Puteri - puteri yang menjadi penerus kepada Kerajaan Lagenos . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lantang sambil tersenyum . " Bersyukur kepada Yang Maha Mengurniakan yang telah , memberikan Puteri - puteri ini kepada kita . Putera dan Puteri - puteri beta akan meneruskan Legasi beta . "
" Daulat Tuanku Permaisuri . Daulat Tuanku Putera Lagenos . Tuanku Puteri Lagenos . Daulat Tuanku Puteri Muda Lagenos . " Kata Pengumum DiRaja dengan bersemangat dan kata - katanya itu disambut dengan kelantangan .
" Rasa jijik mulut beta hendak menyebutkannya . " Kata Raja Taduka dengan jelas .
" Beta juga sama . Seperti hendak keluar segala isi perut beta . " Balas Puteri Sitaju dengan mukanya yang meluat .
Tidak sama seperti Raja Taduka dan Puteri Sitaju , Putera - putera dan Puteri - puteri mereka melaungkan perkataan tadi dengan amat bersemangat bersulamkan senyuman kegembiraan .
Selepas itu , Pasukan Sayap Peganiex keluar dengan Pakaian Tempur DiRaja masing - masing .
Mereka menuju ke arah dataran dengan wajah yang garang .
Langkah mereka bertenaga bersulamkan pandangan yang menggerunkan .
Kehadiran mereka sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa riang dan gembira tadi .
Digantikan dengan suara - suara halus yang saling berbicara .
" Ini adalah Pasukan Sayap Peganiex . Pasukan yang akan melengkapkan Pasukan DiRaja Lagenos . Dan Ketua Para Panglima Kerajaan Lagenos . " Kata Pengumum DiRaja dengan lantang .
Kemudian , Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melompat ke udara sambil bertukar kepada Baju Tempur DiRaja mereka dan mendarat di hadapan rakan - rakan mereka .
Tindakan Siti Maisarah bersama dengan yang lain - lain tadi telah menyebabkan , para tetamu saling berbicara dan tidak kurang juga ada yang menunjukkan reaksi terperanjat melihat , Puteri - puteri mereka juga turut akan turun ke Medan Perang sekiranya diperlukan .
Selepas itu , Pasukan Sayap Merah dan Biru pula keluar dan menuju ke tempat yang sama namun berbeza tempat ketinggiannya , keluar dan berjalan dengan langkah yang bertenaga .
Mereka yang diketuai oleh Siti Aisyah , Mandy Chong Wei Tze , Tatsumaki dan Rissa berdiri dengan renungan mata yang menggerunkan .
" Ini adalah . Pasukan Sayap Merah dan Biru . Pasukan yang akan menjadi Ketua Para Pahlawan yang ada di dalam Kerajaan Lagenos dan , juga menjadi pembantu kepada Pasukan Sayap Peganiex . " Kata Pengumum DiRaja dengan lantang dan jelas .
Sama seperti tadi , Nurzahirah dan Nurzaharah melompat ke udara sambil bertukar kepada Baju Tempur DiRaja mereka dan mendarat di hadapan pasukan mereka .
Sekali lagi para hadirin terperanjat kerana , Puteri Muda Lagenos juga turut sama mengambil tempat di Medan Pertempuran sekiranya tenaga dan khidmat mereka diperlukan .
Rasta dan Ragi kelihatan teruja melihat Rissa yang berada di dalam Pasukan DiRaja .
Begitu juga halnya dengan Carla dan Loura .
Sementara Pakcik Oua dan isterinya , tersenyum bangga .
Tidak lama kemudian , Ahmadi muncul bersama dengan Baju Tempur DiRajanya .
Dengan wajah yang tenang bersulamkan dengan renungan mata yang tajam , dia berjalan ke depan lalu berdiri di hadapan dua pasukannya .
" Pasukan yang hebat ini , diketuai sendiri oleh Raja yang kita sayangi . Raja Pawana . " Kata Pengumum DiRaja dengan lantang .
Kehadiran Ahmadi itu disambut dengan sorakan dan tepukkan yang gemuruh .
Para hadirin khususnya rakyat Kerajaan Lagenos , berasa teruja kerana Raja , Puteri , dan Puteri Muda mereka bukan sahaja menjadi penerus kepada Takhta Kerajaan Lagenos malah , juga menjadi Ketua Pahlawan bagi kerajaan mereka .
Ahmadi mengangkatkan sedikit tangannya agar para tetamu , diam buat seketika .
Para tetamu senyap dan memusatkan pandangan mereka ke arah Ahmadi .
Ahmadi menjelmakan Persalinan DiRajanya bersama dengan Mahkota Kebesaran Lagenos yang terletak elok di atas kepalanya .
Wajahnya yang kelihatan garang tadi bertukar menjadi mesra . " Segala pujian bagi Tuhan yang satu . Segala pujian bagiNya dan hanya padaNya . Salam Junjungan kepada kekasihNya yang dikirimkanNya , dan yang dianugerahkanNya kepada kita . "
Permaisuri Fiirapi dan Siti Maisarah tersenyum mendengar Titah pembukaan Ahmadi .
" Terima Kasih beta ucapkan kepada Tuanku bonda Permaisuri Fiirapi , yang berbesar hati untuk membuat pertabalan pada hari ini . Terima kasih juga kepada Raja Taduka dan Puteri Sitaju berserta Putera dan Puteri Tuanku berdua yang sudi mencemar duli untuk menyaksikan upacara Pertabalan ini . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Juga jutaan terima kasih beta ucapkan kepada , Raja - raja dan Ratu yang menjadi sekutu kepada Kerajaan Lagenos kerana , sudi mencemar duli dan menambahkan lagi suasana ria pada majlis pada hari ini . "
" Rasa tenang je dengar Tuan Didie cakap macam tu . " Kata Carla dengan lembut .
" Pertabalan ini bukanlah untuk dibangga . Bukanlah juga untuk dicanang sehingga ke akhir hayat . Akan tetapi . Ia adalah satu beban yang digalas dan akan dibicarakan pada hari perhimpuan besar kelak . " Kata Ahmadi lagi dengan tenang . " Apakah yang menggalas beban ini , berlaku adil atau tidak . "
" Sejak bila dia jadi matang ni ? " Tanya Daniel dengan perlahan .
" Kan ? Meremang juga bulu roma saya dengar dia cakap macam tu . " Kata Khalid dengan jelas .
" Keamanan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbanan para Pahlawan kita . Darah mereka menyirami tanah bertuah ini agar kita , dapat menikmati pepohon keamanan yang disemai mereka . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Tidaklah mampu , beta sekalian , bukan beta sahaja , bahkan , Raja sekalian yang menjadi sekutu kita juga tidak mampu untuk mempertahankan keamanan ini tanpa , bantuan daripada kalangan rakyat jelata yang beta kasihi sekalian . Kalian , para rakyat jelata adalah , sumber kekuatan beta sekalian . "
Raja - raja dan pemimpin yang mendengar ucapan Ahmadi saling tersenyum dan menganggukkan kepala mereka .
Manakala sekalian tetamu juga turut tersenyum sama kerana , berasa mereka dihargai dan tersenarai dalam ucapan itu .
" Kita sama sahaja . Beza hanya pada status dan kuasa . Kita mati tetaplah ditanam pada tanah yang sama . Berkain kapankan kain yang sama . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang .
" Didie yang kita jaga dah besar . " Kata Siti Khumairah dengan lembut bersulamkan senyumannya .
" Macam nak menangis pula saya . " Kata Hagia Sofea dengan nada yang bersulamkan nada terharu .
" Jika ada kesilapan pada tingkah dan laku beta sekalian , tegurlah . Jika kelihatan berlakunya kebongkakkan , ketidakadilan dan berlakunya kesombongan , tegurlah . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas dan tenang. " Teguhnya sebuah kerajaan adalah hasil daripada , ikatan yang kukuh antara Pemerintah dan yang diperintah . Bersama - samalah kita berganding bahu untuk , terus memastikan segala keamanan dan kedamaian yang kita kecapi selama ini , berkekalan . "
Para tetamu menganggukkan kepala mereka mendengar kata - kata Ahmadi .
Ahmadi tersenyum . " Apakah kalian , rakyat jelata yang dikasihi sekalian , gembira dengan layanan para Pelayan Istana ? "
" Gembira ! ! ! " Jerit para hadirin dengan bersemangat dengan gembira .
" Apakah hidangan santapan pada hari ini , membangkitkan selera kalian ? " Tanya Ahmadi lagi dengan senyuman .
" Amat menyelerakan ! ! ! " Balas para hadirin dan ada suara yang mengatakan , cuaca sedikit menyengat panasnya .
Ahmadi tersenyum . " Panas ? "
Para tetamu yang terdiri daripada kalangan rakyat jelata membalas pertanyaan Ahmadi dengan mengatakan , hanya panas rahmat dan ada juga yang mengatakan cuaca agak menyengat panasnya .
Ahmadi tersenyum lalu , dia perlahan - lahan mengangkatkan kedua belah tangannya ke hadapan dan kemudian , corak yang amat rumit , abstrak dan amat kompleks yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih , Merah , Jingga , Kuning dan Perak , menjelma pada seluruh permukaan kawasan Dataran Pengumuman DiRaja itu .
Sejurus selepas itu , suasana di tempat itu , bertukar menjadi bersalji yang berwarnakan warna yang dijelmakan olehnya tadi .
Suasana dengan serta - merta bertukar menjadi amat menyamankan .
Semua yang berada di kawasan itu terkesima melihat keadaan itu .
Raja Eartha berdiri lalu mengangkatkan gelas Peraknya . " Yang Maha Melindungi selamatkan Raja Pawana ! "
Laungan Raja Eartha itu disusuli oleh rakan - rakan sejawatannya dan kemudian diikuti oleh para hadirin dengan laungan yang amat bersemangat .
Selepas itu , semua tetamu dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan .
Saling beramah - mesra , saling bergurau - senda dan saling menyantuni antara mereka .
Ahmadi bersama dengan para Raja berborak bersulamkan senyuman pada bibir mereka .
Para anggota Pasukan Sayap Peganiex juga saling bertukar cerita bersama dengan para Ketua Panglima Lagenos dan juga para Ketua Panglima dari naungan jajahan Kerajaan Lagenos .
Bagi anggota Pasukan Sayap Merah Biru pula , mereka saling berkongsi detik yang ceria itu bersama dengan ahli keluarga mereka .
Para Putera dan Puteri Raja Taduka dan Puteri Sitaju pula kelihatan sedang bersuai kenal dengan Siti Maisarah berserta dengan yang lain dengan penuh kelembutan dan kesopanan yang terserlah .
Meninggalkan Ayahanda dan Bonda mereka yang sedang menikmati hidangan yang disediakan .
Kelihatan Rissa berlari - lari anak sambil tersenyum mendapatkan Rasta dan Ragi .
Dengan air mata yang terharu , Ragi memeluk dan mencium pipi dan dahi Rissa manakala Rasta pula , membelai kepala Rissa sambil tersenyum lebar .
Loura dan anak lelaki dan perempuannya memeluk Lesas dengan erat .
Nezza juga saling berpelukkan dengan ahli keluarganya .
Selepas itu , mereka semua saling menjamu selera bersama dengan Pakcik Oua dan isteri .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kelihatan Daniel , Siti Maisarah dan Nurzahirah saling berdakapan dengan Nurzaharah .
" Hara belajar bagus - bagus ye sayang . Jangan susahkan nenda . " Pesan Siti Maisarah dengan nada yang terharu .
Nurzaharah yang dalam persalinan DiRaja , mengesat air mata Siti Maisarah dengan lembut .
Dengan wajah yang kaku , dia perlahan - lahan menggelengkan kepalanya . " Mak , jangan risau . Hara , belajar . Belajar banyak - banyak . Nanti , pandai macam kakak . "
Nurzahirah tersenyum lalu dipegangnya kedua belah tapak tangan Nurzaharah dengan lembut . " Cuti nanti , balik tau . "
Nurzaharah menganggukkan kepalanya dengan agak laju . " Cuti , Hara balik . Nanti , akak tengok . Hara dah pandai cakap . "
Tersenyum Ahmadi mendengar kata - kata lembut Nurzaharah itu .
Tidak lama selepas itu , selepas saling mengucapkan selamat tinggal , Ahmadi menjelmakan corak Lingkaran Taisanya yang amat rumit dan amat kompleks .
Kemudian , dia melenyapkan dirinya bersama yang lain untuk pulang semula ke Dunia Manusia .
Meninggalkan Permaisuri Fiirapi dengan Nurzaharah .
" Marilah kita berangkat semula ke Istana wahai Puteri Muda Pawaka . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .
Nurzaharah menganggukkan kepalanya lalu , dia berjalan bergandingan dengan Permaisuri Fiirapi dan diiringi oleh empat orang Dayang Istana .
Ditemani oleh bayu yang berhembus lembut dan dihiasi dengan dedaunan yang menari - nari di ruang udara yang gugur daripada pohon .
Share this novel