Kelihatan Sheila Asyikin dan semua rakannya sedang khusyuk bercerita .
Bergelak tawa dan juga bergurau - senda . Sesekali kedengaran suara Hagia Sofea berirama memarahi mereka kerana suara yang terhasil agak galak bunyinya .
Ahmadi muncul bersama dengan sinaran Elemen Warna dan Cahayanya dan terus sahaja berjalan menghampiri rakan - rakannya .
" Apa kes ? " Tanya Adam dengan jelas .
" Aku akan bertarung dengan Makmi dan rakan - rakan dia sekaligus sebab , undang - undang dunia kita tak sesuai untuk diorang tu semua . " Kata Ahmadi dengan jelas selepas dia melepaskan keluhannya . " Itu hukuman ' Barbarian ' yang masih dikekalkan kat Dunia Mitos . Biasanya untuk kes - kes macam ni . Maksud aku , jenayah yang takde akta hukuman . Tapi kat Kerajaan Lagenos , aku dah mansuhkannya . "
" Bodoh . Kenapa kau tak guna cara lain je ? " Spontan sahaja reaksi Siti Nursamawi selepas bait kata Ahmadi meluru masuk ke dalam telinganya . " Kalau kau mati terkangkang kat situ macam mana ? "
" Ini je cara dia . Takde cara lain dah . Nak hukum penggal kepala pun takde maknanya sebab , kita bukan kat Dunia Mitos dan diorang buat jenayah kat dunia kita . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Diorang semua bukannya Manusia , bangang . Diorang Hybrid . Tapi , tak sama macam Aivira . "
" Bila ? " Tanya Ratni dengan lembut dan jelas .
" Kejap lagi . Kat Stadium tu . Aku nak korang semua ikut . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Kalau aku mati kat situ . Korang akan jadi ketua untuk bunuh diorang . "
Sebaik sahaja Ahmadi menyudahkan ayatnya , Siti Nursamawi menampar pipi Ahmadi dengan kuat .
Sheila Asyikin menenangkan Siti Nursamawi dengan lembut dengan wajahnya yang yang berubah menjadi sedikit tegang .
Ahmadi hanya tersengih dan melihat ke bawah .
" Kau dengar sini . Kalau kau mati . Jangan ingat aku akan maafkan kau . " Kata Siti Nursamawi dengan geram . " Aku akan berdoa supaya roh kau takkan tenang 24 jam dan sepanjang tahun kena seksa . "
Selepas itu , dia berlalu pergi . " Macam takde cara lain . "
" Korang sedia . Kejap lagi aku bawa korang . " Kata Ahmadi dengan jelas lalu menyekah sedikit matanya yang melahirkan sedikit manik kaca akibat daripada kepedasan tamparan Siti Nursamawi tadi .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Anggota Keselamatan telah diarahkan untuk berkawal di luar Stadium , atas arahan Kol . Jen . Corazon .
Vastu menghempas pintu kenderaannya dengan perasaan geramnya .
" Macamlah aku takut sangat kat kau . " Bisik hatinya .
" Corazon ni pun satu hal juga . Yang mudah sangat nak percaya dengan semua Penghisap Gam tu dah kenapa . Bodoh . "
Selepas itu , dia menghantar mesej melalui Smartphonenya dan kemudian , dia memandu kenderaannya mengikut Trak Tahanan Pasela .
Pendekar Bayu dan semua rakannya , termasuklah Kol . Jen . Corazon , mengawal Makmi dan rakan - rakan Makmi .
Sementara itu , Khalid dan yang lain , memandu kenderaan mereka mengiringi Trak Tahanan Pasela .
" Didie kerja apa kat sana ? " Tanya Pendekar Bayu dengan tenang .
Arni tersenyum . " Dia tak bagitahu ke apa kerja dia kat sana ? "
" Tak pernah . " Balas Pendekar Bara dengan jelas .
" Kalau macam tu , kitorang takkan bagitahu kat awak semua . " Kata Makmi sambil tersenyum . " Kitorang hormat dan respek keputusan dia untuk tak bagitahu awak semua , sama macam dia respek dan hormat keputusan kitorang untuk bertarung kalah mati dengan dia . "
" Mana korang tahu dia respek korang ? " Celah Kol . Jen . Corazon . " Korang penjenayah . "
Vaega tersenyum . " Macam yang kitorang cakap kat Kuda Laut tu . Didie tu salah seorang Assassin yang kejam . Dia boleh je bunuh kitorang tadi . Tapi dia tak buat . Sebab , kitorang dan dia , sama - sama Assassin . Dia sanggup untuk bertarung dengan kitorang . Pertarungan ni salah satu budaya hukuman kat dunia kitorang . Jadi , dia dah respek dan hormat kitorang dengan cara tu . "
" Tengok daripada cara korang bercakap dan gerak badan korang , jujur saya cakap . Korang ni ada disiplin dan prinsip . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Tapi korang dah pilih jalan yang salah . "
" Kitorang ni , Pahlawan tapi , kitorang dah ambil keputusan untuk tak terikat dengan mana - mana kerajaan . " Balas Vaega dengan jelas dan tenang . " Didie ada cerita pasal perang ? "
" Ada . Perang tu akan tercetus bila - bila masa je . " Balas Sougaena Aryan dengan tenang . " Perang antara Banga Mitos dan Manusia . "
" Korang ni biar betul ? " Tanya Kol . Jen . Corazon . "
" Kitorang ambil langkah untuk lindungi dua dunia ni dengan cara kitorang . Cara yang Didie ambil lambat sangat . " Kata Makmi dengan tenang . " Risiko memang tinggi tapi , kitorang tak menyesal sedikit pun sebab , kitorang akan mati untuk melindungi dunia kitorang . Walaupun , kitorang ni Hybrid . "
" Saya dah kusut dah ni . Boleh tak korang perincikan pasal perang ni ? " Kata Kol . Jen . Corazon dengan lembut lalu dia menyalakan rokoknya .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurzaharah ditenangkan oleh Ahmadi dan Nurzahirah .
Darahnya menggelegak tatkala mendapat tahu Siti Nursamawi melempang Ahmadi seketika tadi .
Dia membukakan semua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya .
Mata kirinya marak memancarkan Tenaga Elemen Banshee Psikiknya yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga .
Pancaran matanya daripada bebola mata kirinya yang seperti Berlian yang bercahaya itu amat mengerikan .
" Akak tak patut tampar Pakcik ! Pakcik dah buat apa yang patut ! Mustahil untuk Pakcik nak jatuhkan hukuman kat dunia ni sebab takde satu undang - undang pun yang ada kat dunia ni yang boleh hukum semua penjenayah tu ! " Kata Nurzaharah dengan lantang dengan wajah bekunya .
Namun nada suaranya jelas menyerlahkan perasaannya . " Pakcik tak boleh jatuhkan hukuman kat dunia ni sebab , siapa yang Manusia percaya ? ! Pasela ? ! Kita ? ! Tak ! Manusia ! Manusia akan lebih percaya Manusia untuk jatuhkan hukuman tu berbanding Golongan Freak macam kita ! "
Nurzahirah mematahkan bilah Pedang Elemen Banshee Psikik Nurzaharah yang amat menakutkan . " Dah , dah . Kak Siti tak sengaja tu . "
" Kak Siti bukannya tak sengaja ! Dia tak tahu ! " Balas Nurzaharah dengan kegeraman dan kemaharannya yang membuak - buak . " Takde satu senjata pun yang dapat bunuh semua penjenayah tu ! Kalau Golongan Freak yang bunuh diorang , Manusia Normal mungkin akan beranggapan semua ni cuma helah ! Itu akan burukkan lagi keadaan ! Pakcik ambil keputusan tu sebab Pakcik fikirkan keadaan yang dah berlaku kat Dunia Manusia sekarang ni ! "
Siti Nursamawi hanya terdiam namun , wajahnya masih lagi tegang .
Rakan - rakannya yang lain juga turut diam seribu bahasa .
Mak Teh Sanggul juga turut terkesima mendengar apa yang dilontarkan oleh Nurzaharah .
" Ini je cara dia untuk hukum diorang ! Pakcik akan aturkan sesuatu untuk pastikan semua ni akan dipercayai oleh semua yang Pakcik benarkan untuk saksikan Pertarungan Kalah Mati tu ! " Kata Nurzaharah lagi dengan jelas dan lantang . " Hara tahu apa yang Pakcik dah rancang sebab Hara selalu ikut Pakcik kat Dunia Mitos buat strategi , rancang dan atur srategi perang kat sana ! "
Selepas itu , dia berpusing dan berjalan ke belakang dan terus sahaja melibaskan tangannya dengan geram . " Tugas kita sebagai Pahlawan Pakcik , kita kena kawal kawasan pertarungan tu ! Jangan sampai ada satu pun serangan atau seorang pun daripada kalangan penjenayah tu dapat larikan diri ! "
Carikkan Lingkaran Taisa Elemen Banshee Psikiknya yang amat menggerunkan terhasil . " Hara akan akan kumpulkan Pasukan Sayap Merah dan Biru ! "
Ahmadi menarik telinga Nurzahirah dengan spontan . " Rara pergi ikut adik . Tenangkan dia . "
Nurzahirah berlari menyusuri langkah Nurzaharah sambil menggosok - gosok telinganya .
" In . Bawa diorang nanti . Pasukan kita pun akan ada kat sana . " Kata Ahmadi lalu dia menghasilkan Lingkaran Taisa Elemen Airnya yang cantik . " Kawal Keadaan . Abang takkan setuju bertarung kalau abang tak mampu buat . "
Selepas itu , dia melangkah masuk ke dalam Lingkaran Taisa miliknya tadi dan lenyap .
" Sheila . Kitorang pun nak ikut . " Kata Mak Teh Sanggul dengan lembut .
" Nenek pun . " Kata Nenek Diana dengan nada tuanya . " Nenek dah lama tak tengok Assassin bertarung . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Prof . Zenderall melihat ke arah dua orang Saintisnya yang mengheret dan mendudukkan Edy di dalam kerusi .
Mereka memperlakukann Edy tidak ubah seperti Haiwan kajian mereka .
" Serum EZ666 tu akan dimasukkan ke dalam badan dia . Saya dah buat Serum tu jadi cecair . " Kata Prof . Linda Josephine sambil dia memegang Cawan Kopinya . " Serum tu akan mengalir ikut aliran darah dia . "
Prof . Zenderall hanya tersenyum dan mengamggukkan kepalanya . " Kau masukkan Gen dan DNA catur yang mana satu dalam serum tu ? "
" Knight . Nak seronokkan diorang , Knight memang yang terbaik . " Balas Prof . Linda Josephine lalu dia meneguk Kopinya . " Tapi , saya dah ubah sikit . Biar jadi lebih menarik . "
Prof . Zenderall tertawa kecil . " Aku suka kejutan . "
Edy menjerit semahunya sebaik sahaja Serum EZ666 itu dimasukkan ke dalam badannya melalui jarum yang terpasang pada bahagian siku kiri dan kanannya .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kol . Jen . Corazon dan Pendekar Bayu mengerutkan dahi mereka sebaik sahaja mereka melihat beberapa kumpulan kecil Wartawan yang tiba di luar kawasan Stadium itu .
Sayap Peganiex muncul di situ bersama dengan kenderaan mereka .
Klon Ahmadi dengan pantas berjalan ke arah Pendekar Bayu dan Kol . Jen . Corazon .
Vastu tiba dan terus sahaja memarkirkan Keretanya .
" Diorang akan buat liputan . Biar Manusia tahu Golongan Freak ada kaitan dengan semua ni . " Kata Vastu dengan jelas .
" Bukan aku dah cakap ke tadi , takde Wartawan . " Kata Ahmadi yang tiba - tiba sahaja muncul sambil tersenyum .
" Kau ingat aku takut dengan ugutan kau ? " Balas Vastu dengan agak pantas lalu dia meludah ke tanah .
Ahmadi mengeluh sambil tersengih . Kemudian , tiba - tiba sahaja semua peralatan semua Wartawan itu meletup dan terbakar . Seperti mengalami kegagalan Elektronik .
Termasuklah Smartphone dan Tablet yang dimiliki oleh mereka .
Selepas itu , Ahmadi berjalan masuk dengan langkahnya yang bersahaja . " Sekarang diorang boleh masuk . Aku dah cakap . Saksi . Bukannya liputan . "
Wartawan - wartawan itu tidak mempunyai pilihan . Mereka terpaksa untuk hanya melihat pertarungan itu .
Dan mereka juga mula bercerita akan mengenai jumlah kerosakkan yang mereka alami .
" Apa - apa hal . Tuntut dengan Vastu . Aku dah cakap kat dia . Aku cuma nak saksi . Bukannya nak buat liputan . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Sebab , apa yang korang saksikan nanti , mungkin akan sebabkan korang trauma dan paranoid . "
" Puas hati ? " Tanya Kol . Jen . Corazon dengan lembut kepada Vastu yang sedang menahan kegeraman .
Selepas itu , dia bersama - sama dengan Pendekar Bayu serta mereka yang lain , membawa Kumpulan Makmi untuk ke kawasan Padang .
Selang beberapa jam kemudian , Ahmadi dan Kumpulan Makmi telah pun berdepan dalam jarak yang jauh .
Namun , Kumpulan Makmi masih lagi bergari .
Selepas itu , Sheila Asyikin berserta mereka yang lain muncul di dalam ruang penonton .
Termasuklah adik - beradik Aivira dan Puan Fiinura .
Mereka semua mengambil tempat duduk mereka dengan tenang .
Tidak lama kemudian , Pasukan DiRaja Ahmadi muncul bersama dengan warna elemen Warna dan Cahaya mereka .
Mereka semua muncul di situ dalam bentuk fizikal ' Manusia ' mereka .
Mereka diketuai oleh Putih , Paquine dan Merowran .
Sejurus selepas itu , Pasukan Sayap Merah dan Biru juga muncul dalam keadaan fizikal Manusia mereka bersama dengan pancaran warna Elemen Warna dan Cahaya mereka .
Mereka diketuai oleh Nurzahirah dan Nurzaharah .
Siti Aisyah menepuk bahu Mandy Chong Wei Tze dengan lembut lalu , mereka berdua melompat ke bawah Stadium dan berlari ke arah anggota pasukan mereka .
" Mari . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut lalu ,dia dan rakan - rakannya juga turut sama mengambil tempat mereka .
Siti Nursamawi mengikut langkah Sheila Asyikin bersama dengan keluhannya .
Kemunculan - kemunculan itu disaksikan sendiri oleh kumpulan - kumpulan Wartawan itu yang rata - ratanya diselubungi dengan perasaan yang takjub .
Kelihatan Nurzahirah dan Nurzaharah sedang mengarahkan Pahlawan - pahlawan mereka dan tidak lama selepas itu , semua Pahlawan Muda itu , mengambil posisi mereka di belakang Pahlawan - pahlawan Ahmadi .
Pegawai Tertinggi Pasela yang diketuai oleh Fateh , meleraikan Gari Elemen mereka yang melingkari pergelangan tangan Makmi dan semua rakan - rakan Makmi .
Makmi tersenyun sambil dia menggosok - gosokkan pergelangan tangannya .
Dengan serentak , Putih dan semua rakannya mempertemukan kedua belah telapak tangan mereka lalu , Dinding Jernih terhasil .
Melihat kemunculan Dinding Jernih itu , Pasukan Sayap Merah dan Biru juga menghasilkan Dinding Psikik mereka untuk menjadi lapisan perlindungan .
Sementara itu , Sheila Asyikin dan semua rakannya dan Sayap Peganiex , menjadi barisan terakhir untuk menghalang segala apa yang mungkin , akan memberikan masalah kepada mereka semua .
Mereka semua duduk di atas palang besi dengan posisi yang bersahaja .
Scarlett yang mengikuti siasaran langsung mengenai akan keadaan itu sebentar tadi , menerbangkan beberapa Dron mininya ke arah Stadium yang bersejarah itu .
Dia menjadi tertanya - tanya kerana , siaran yang melaporkan kejadian itu , tiba - tiba sahaja terputus dan tergendela .
Stephen Akio Kenzo membuka satu alat yang canggih untuk mengesan sebarang alat elektronik yang ada berdekatan dengan tempat itu .
Dia bertujuan untuk menghalang sebarang percubaan untuk merakam secara tersembunyi akan pertarungan itu .
Sama seperti Scarlett , Prof . Zenderall dan Prof . Linda Josephine juga melihat akan pertarungan itu namun , tidak seperti Scarlett , dia menggunakan Satelit milik Syarikatnya .
Makmi dan rakan rakannya bersedia dengan menjelmakan Hoodie Assassin mereka sambil membukakan seluruh Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka .
Hoodie jubah mereka yang agak besar , menutupi sedikit wajah mereka .
Memperlihatkan hanya warna mata mereka yang memancarkan warna cahaya Elemen Warna dan Cahaya mereka .
Semua yang berada di situ menantikan dengan penuh debaran yang menggetarkan perasaan mereka .
Share this novel