Rate

BAB 14 CUKUP AKU SEORANG

Fantasy Series 3820

Stephen Akio Kenzo perlahan - lahan mengaturkan langkahnya sambil matanya menjamah setiap hasil laut yang diperagakan di atas meja peragaan pasar. Suasana riuh - rendah mengasak - asak di telinganya . Laungan suara peniaga untuk menarik perhatian pembeli seperti lagu dan irama .
Keadaan biasa yang berlaku di dalam setiap pasar di dunia .

Stephen Akio Kenzo berjalan sambil di dalam dadanya terniat satu rencana yang telah pun dilafazkan bersama doanya . Ketika dia melewati bahagian buah - buahan , dia terkejut kerana seseorang cuba merampas beg kertas yang berisikan daging lembu segar daripada pelukkannya .

" Bengong awak ! " Kata Stephen Akio Kenzo sambil tersenyum lalu cuba menumbuk perut Muniandy . "

" Relaxlah Steph . " Kata Muniandy sambil tertawa kecil . " Awak beli apa ? Selalunya , orang gaji rumah awak yang beli barang dapur . "

" Owh ... " Balas Stephen Akio Kenzo . " ... saya beli daging sikit . Lepas tu nak call awak semua . Saya ingat nak buat BBQ sikit kat rumah Didie . "

Muniandy terkesima . Dia mengajak Stephen Akio Kenzo untuk beralih ke tepi sedikit . " Saya pun sebenarnya nak buat macam tu . Saya dah beli sikit daging dan dah bawa sikit buah kat dalam kereta saya . Saya rasa bersalah pasal hal semalam . "

Stephen Akio Kenzo menganggukkan kepalanya . " Jangan risaulah Andy . Kita tau , dia dan Sheila tu macam mana . Kita kenal diorang bukan sebulan dua . Dah lama . Dah bertahun . Dari sejak kecil lagi . "

" Tapi saya rasa , nada dan ayat saya semalam tu macam melampau sikit . Saya rasa macam kali ni , Didie dan Sheila tu mesti terasa sikit . Tu yang saya rasa nak buat makan - makan sikit dan minta maaf kat diorang . "

Stephen Akio Kenzo tersenyum lalu menepuk bahu Muniandy dengan lembut . " Jom , lepas kita dah siapkan semua , baru kita call diorang yang lain . "

Muniandy tersenyum .

***********************************************************************

Siti Nursamawi bergegas keluar daripada biliknya yang terletak di Kawasan Perumahan Polis Pulau Biru . Dia tinggal bersama dengan Siti Hawa .

Siti Hawa yang terdengar bunyi langkahan Siti Nursamawi dengan bersahaja menjengahkan kepalanya dan menyebabkan , Siti Nursamawi terlanggarnya . Dia terundur terhuyung - hayang ke belakang seperti otang gila lalu terduduk di atas kerusi .

" Awak ni dah kenapa ? " Tanya Siti Hawa lalu membetulkan kain tudungnya .

" Yang kau tu kenapa nak jadi Lipas ? " Tanya Siti Nursamawi kembali sambil membuka Peti Ais dan mengambil Jus Strawberry dan terus meneguknya . " Kau nak intai apa ? "

" Cantik dress . " Kata Siti Hawa sambil membuka ikatan tali kain apron . " Nak ke mana ? "

Siti Nursamawi menghabiskan airnya dan terus melemparkan kotak jusnya ke dalam tong sampah dan kemudian , dia sendawa kuat dengan bersahaja .

Tertawa kecil Siti Hawa melihat telatah Siti Nursamawi . " Macam manalah awak nak dapat boyfriend kalau perangai macam ni . "

" Ada aku kisah ? " Siti Nursamawi memeriksa ikatan rambutnya yang diikatnya dengan gaya Pony tail . Rambutnya yang lurus sehingga ke paras belakang lutut kelihatan lebat dan cantik . " Aku nak pergi jumpa kakak aku kat rumah Didie . Aku nak jumpa Didie dan Sheila . "

" Saya nak ikut . " Balas Siti Hawa . " Bosanlah duduk rumah kalau awak tak ada . "

" Pergilah bersiap . " Kata Siti Nursamawi . " Kau tu dahlah bersolek pun berjam - jam . "

Siti Hawa hanya tertawa kecil lalu memeluk Siti Nursamawi dari belakang yang berjalan menunju ke pintu .

" Ingat , jangan lama ! " Jerit Siti Nursamawi sambil mengenakan Sneakers . " Lebih dari 15 minit , aku tinggal . Busuklah kau dalam rumah ni ! "

" Kejap je ! " Jerit Siti Hawa kembali .

Tidak lama kemudian , Siti Nursamawi dan Siti Hawa telah pun berada di serambi dan kelihatan , Siti Hawa mengunci pagar pintu .

" Cepatlah . " Kata Siti Nursamawi yang menuju ke Kereta terapungnya yang berwarna Merah . " Lembab betul . "

" Tunggulah kejap . " Kata Siti Hawa yang baru sahaja hendak memakai stoking .

Adam yang menunggang motor terlihat akan Siti Hawa dan Siti Nursamawi lalu terus singgah . " Korang ni nak ke mana ? "

" Kau dari mana ? " Tanya Siti Nursamawi yang berdiri bersandarkan keretanya .

" Tak pakai Helmet pula tu . " Sampuk Siti Hawa pula . " Tak sayang nyawa . Atau awak dah tak sayang saya lagi dah . "

" Hawa ni , ke situ pula . Saya dari warung Tok Seman tu . Makan Nasi Lemak dia . Rasa dia memang tak ada yang dapat lawanlah . Masih tangkap leleh . Panjang betul umur Tok Seman tu . " Kata Adam dengan tenang . " Korang nak ke mana ? "

" Rumah Didie . " Jawab Siti Nursamawi . "

Adam dengan pantas memecutkan motornya . " Jangan jalan dulu ! Saya nak ikut ! "

***********************************************************************

Ketika Stephen Akio Kenzo dan Muniandy menuju ke tempat Parkir Kereta , mereka berdua terserempak dengan Maera dan Naera yang kebetulan juga menuju ke tempat yang sama .

" Korang nak ke mana ? " Tanya Muniandy .

" Kitorang nak ke rumah Didie . " Jawab Maera dengan pantas lalu memandang wajah Naera . "Naera nak saya minta maaf dengan Didie dan Sheila pasal hal semalam . "

Muniandy dan Stephen Akio Kenzo saling berpandangan .

Maera menganggukkan kepalanya . " Mungkin cara dan nada saya semalam tu agak melampau sikit . "

Muniandy mengeluh . " Saya perasan awak pun macam sindir diorang berdua semalam . Tak tahulah sama ada semalam tu cuma khayalan saya ke atau apa tapi , body language diorang semalam berubah sebaik saja awak dan saya cakap macam tu . Riak wajah dan nada suara diorang pun terus jadi semacam . "

" Sebab tu saya nak abang saya ni pergi beli barang untuk buat BBQ sikit . Nak buat BBQ kat rumah Didie tu . Sekurang - kurangnya , untuk memulakan sesuatu yang baik . " Celah Naera dengan tenang . " Ada sesuatu yang buatkan saya rasa , ada sebab kenapa diorang macam tersindir semalam sedangkan , kita semua tahu , diorang berdua tu bukannya senang nak rasa macam tu . "

" Apa dia ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan pantas .

***********************************************************************

" Dah banyak berubahlah Bandar Bayu ni . " Kata Adam yang dari tadi matanya menjamah melihat keadaan setiap tempat yang dilalui .

" Jalan pun dah banyak cabang . " Celah Siti Nursamawi sambil matanya melihat ke arah ElecMaps yang memaparkan imej 3D jalan yang mereka lalui untuk ke Rumah Didie . " Kalau tak ada benda ni , mungkin susah kita nak ke sana . "

" Tengok taman tu . " Kata. Siti Hawa ke arah sebuah restoran masakan tradisional yang elok tersusun dan terurus di dalam sebuah taman yang dihiasi dengan pelbagai pokok - pokok yang cantik dan tumbuh dengan subur . " Dulu masa kita sekolah menengah , cuma warung - warung kecil je . Sekarang dah jadi restoran . "

" Korang rasa kedai Mee Soup tempat kita selalu lepak dulu tu ada lagi tak ? " Tanya Adam .

" Tak ada lagi kot . " Jawab Siti Hawa dengan pantas .

" Kau jangan main cakap je Siti . " Sampuk Siti Nursamawi dengan pantas dan sambil tersenyum . " Cuba kau tengok tu . ' Restoran Mee Sup ' .

Tertawa kecil Adam dan Siti Hawa sebaik sahaja mereka melihat tempat makan yang menjadi salah - satu tempat mereka berkumpul sewaktu mereka masih di alam persekolahan dulu , masih lagi bertapak dan kini , telah bertukar menjadi sebuah Restoran .

" Dulu pakai Kereta Sorong je . " Kata Siti Nursamawi sambil tersenyum .

" Rindunya saya kat Bandar Bayu Timur ni . " Kata Siti Hawa pula .

" Siapa yang tak rindukan tempat ni Siti . " Sampuk Adam dengan perlahan . " Kita semua dilahirkan dan dibesarkan kat tempat ni . Membesar kat sini . Sekolah kat sini . Ponteng sekolah pun kat sini . Berdarah kat sini . Bergaduh ngan budak dari sekolah lain pun kat bandar ni juga . "

Siti Nursamawi dan Siti Hawa tergelak kecil .

" Kita semua berpisah lepas habis belajar . Kita nak kejar impian masing - masing . " Kata Adam lagi .

" Tak sangkakan . " Celah Siti Hawa dengan lembut . " Perjalanan hidup kita dah bawa kita pulang semula ke sini . "

" Takdir . " Sampuk Siti Nursamawi . " Perjalanan takdir kita bawa kita pulang semula ke sini . "

***********************************************************************

" Bila pula masanya diorang keluar ?! " Tanya Aivira separuh menjerit kerana terperanjat . " Selalunya diorang berdua tu hilang masa hujung minggu je . "

" Diorang berdua tu takde inform korang ke ? " Tanya Siti Nurjannah dengan tenang sambil dia menyiram pokok - pokok bunga yang tumbuh renek yang sedang mekar berbunga . " Kitorang ingat korang keluar bersama . "

" Korang bergaduh ke ? " Tanya Hagia Sofea pula yang duduk di atas tangga sambil bertongkat dagu .

Belum sempat Aivira bersuara , bunyi hon kereta memeranjatkan mereka semua yang berada di situ .

" Lain macam je kedatangan korang ni . Korang datang time diorang berdua tu tak ada kat rumah . " Kata Hagia Sofea . " Satu lepas satu . Korang ada perselisihan faham ke ? "

" Apa yang awak buat kat sini Ai ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan nada yang kehairanan lalu dia memandang ke arah Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea bersilih ganti . " Kak Mai , Didie dan Sheila ada kat rumah tak ? "

" Diorang keluar . Tiga hari . " Jawab Aivira . Nadanya ada berselitkan nada kehampaan . " Akak bertiga ni pun tak tahu diorang tu pergi mana . "

***********************************************************************

Bunyi daging bakar menari - nari di telinga manakala bunyi ais yang digaul bersama Jus Oren menyanyi - nyanyi . Bau Durian pula mengasak - asak di lubang hidung .
Mereka semua sedang duduk di bawah sebatang Pokok Mangga yang lebat dan rendang sambil ditemani oleh angin yang bertiup lembut .

" Akak tak marah kalau korang semua ada rasa macam cuak dengan adik akak yang berdua tu kalau melibatkan Cerita - cerita Mitos dan Lagenda diorang . " Kata Siti Khumairah dengan lembut . " Pasal akak lebih tahu macam mana perasaan yang korang rasa tu berbanding korang sendiri . "

Muniandy dan rakan - rakannya hanya mendengar kata - kata Siti Khumairah .

" Akak bukan nak maksudkan yang akak nak , korang semua percaya apa yang diorang berdua tu cakap dan cerita tu betul tapi , apa yang akak nak cakap kat sini ialah , korang dengar je apa yang diorang cakap dan cerita tu . Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Jangam simpan kat otak dan hati . Biar terus keluar . Betul atau tak , itu perkara nombor dua . "

" Mungkin korang rasa korang dah tak tahan lagi kot dengan cerita diorang tu . " Celah Hagia Sofea . " Kalau tak , Andy dan Maera takkan terlepas cakap dengan nada yang macam tu . "

" Tak tahulah Kak Sofea , saya pun tak tahu macam mana nak cakap tapi , saya dan Andy betul - betul rasa serba - salah sekarang ni . " Balas Maera .

" Saya pun sebenarnya sependapat dengan Kak Mai dalam hal ni sebab ... " Celah Naera pula sambil tanganya membalik - balikkan daging lembu yang dipanggang di atas pemanggang . " ... tapi semalam , Didie ada cakap sesuatu yang buatkan saya terfikir yang diorang berdua tu pun sebenarnya tak terniat langsung nak cakap pasal Cerita Mitos dan Lagenda tu . Macam , diorang pun sebenarnya terlepas cakap . "

" Apa dia ? " Tanya Siti Khumairah dengan lembut .

" Lepas je dia cakap pasal hal Bangsa Mitos tu , dia nak kitorang segera lupakan apa yang dia cakap demi persahabatan kitorang . Dia cakap dengan jelas . " Balas Naera dengan perlahan dan lembut .

" Jelas sangat dan korang boleh nilai sendiri dari situ . " Sampuk Siti Nurjannah . " Dia pun mungkin terlepas cakap . Kalau tak , takkan dia nak korang segera lupakan apa yang dia cakap . "

Mereka semua dikejutkan oleh bunyi hon kereta .

***********************************************************************

Permaisuri Fiirapi kelihatan berang dan sedang duduk di atas Singgahsananya . Matanya menjamah ke arah Adik Iparnya dan Isteri Adik Iparnya .

" Kenapa Adinda berdua ingkar dengan titah yang diperintakan oleh Putera Mahkota Pawana ?! " Kata Permaisuri Fiirapi dengan garang . Segarang seperti seekor Singa Betina . " Apa Adinda berdua ingin melihat berlaku kekecohan di penjara itu ?! "

" Yang Mulia Permaisuri ! " Kata Raja Taduka . " Adinda berdua cuma ingin memberitahu yang peraturan baru itu , sememangnya tidak boleh digunakan sama sekali ! Peraturan yang sedemikian rupa tidak pernah digunakan kat mana - mana kerajaan yang wujud kat Dunia Mitos ini ! "

" Itu benar Yang Mulia Permaisuri ! " Sampuk Puteri Sitaju . " Suami patik cuma ingin membantu ! Apatah lagi dengan undamg - undang baru yang diutarakan itu sama sekali tidak masuk akal ! Ia mengarut ! "

" Apa Adinda berdua ingin kita disayangi dan dihormati kerana kekerasan kita atau disayangi kerana kasih dan sayang kita ?! " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lantang . " Beta telah meneliti undang - undang baru itu dan tidak menemui satu pun yang tidak baik mengenainya ! Undang - undang itu disokong oleh para pembesar DiRaja yang berwibawa ! Sebelum mempersetujuinya , Beta dan para Pembesar telah pergi sendiri ke pulau hukuman tu dan melihat sendiri keadaan di sana ! Undang - undang baru itu memang amat diperlukan ! "

" Kenapa pula Putera Mahkota Pawana tidak membenarkan Adinda dan adinda - adinda patik yang lain untuk memberikan titah sedangkan kitorang juga punya hak untuk memberikan arahan ?! " Kata Raja Taduka lagi . Jelas menunjukkan yang dia tidak berpuas hati .

" Benar Yang Mulia Permaisuri ! " Sokong Puteri Sitaju . " Kenapa Putera Mahkota Pawana berbuat begitu sedangkan Suami patik adalah adik kepada Mendiang Raja Winsa ! Suami patik ada hak untuk memberikan arahan ! "

" Adinda berdua dengarkan ini baik - baik ! Jangan sesekali pernah lupakan hal ini ! Putera Mahkota Pawana dan Puteri Mahkota Pawaka telah ditabalkan sendiri oleh mendiang Raja Winsa sebagai Raja yang baru dan disokong oleh para Pembesar Istana serta seluruh kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan kita ! Malah , disayangi oleh seluruh rakyat jelata disebabkan , pembaharuan yang berteraskan kasih dan sayang yang dibawa oleh kedua - dua mereka ! " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lantang dan garang . Kegarangannya begitu terselah . " Anakanda beta berbuat demikian kerana beta masih lagi bernafas ! Sebab tu Putera beta itu tidak mengizinkan siapa pun selain daripada beta yang memberikan titah selagi mereka berdua tidak balik ke sini ! "

" Mereka berdua 'buk ...' ! " Raja Taduka tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana dia dan isterinya dapat merasakan niat membunuh yang amat luar biasa yang dikeluarkan oleh Permaisuri Fiirapi .

" Jangan hina Putera dan Puteri beta . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan tenang namun nada amarannya jelas kedengaran . " Menghina mereka , sama seperti menghina mendiang Raja Winsa dan Beta sendiri . "

Raja Taduka dan Puteri Sitaju hanya mendiamkan diri mereka . Hanya membiarkan kegeraman memijak - mijak setiap inci perasaan dan tubuh mereka .

" Putih , Paquine , Merowran . Apa lagi titah Putera beta ? " Tanya Permaisuri Fiirapi .

" Itu sahaja Yang Mulia Permaisuri . Hamba bertiga yang hina ini sedia menurut perintah Permaisuri sehingga ketibaan Putera Mahkota Pawana . " Balas Putih dengan lembut . Dia , Paquine dan Merowran sejak tadi dalam posisi melutut hormat .

Raja Taduka dan Puteri Sitaju keluar sambil memandang ke arah Putih , Paquine dan Merowran . " Dasar makhluk tak guna ! "

Turut mengekori dari belakang ialah adik Raja Taduka iaitu Raja Sutahari dan Puteri Miulan .
Raja Sutahari dan Raja Miulan hanya berdiam diri tanpa kata .

" Pergi ke Pelabuhan dan Siapkan yujuh buah Kapal . Kita akan laksanakan arahan Putera beta . " Titah Permaisuri Fiirapi .

" Menjunjung Perintah Tuanku Permaisuri . " Kata Putih , Paquine dan Merowran dengam serentak lalu melenyapkan diri mereka .

***********************************************************************

" Aku bukannya apa tapi , apa yang korang buat sampai perhubungan persahabatan ni jadi macam ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas . " Diorang ada paksa korang untuk percayakan cerita diorang ke ? Takdekan . Susah sangat ke nak dengar cerita diorang berdua tu ? "

Ada sedikit rasa tidak selesa menggenggam perasaan Siti Nursamawi . Hatinya berdegup kencang . Dahinya pula berkerut sedikit .

" Kitorang bukannya macam awak Siti . " Balas Aivira . " Kitorang kadang tu macam dah malaa nak layan cerita diorang tu . "

" Aku nak tanya , semenjak aku tak ada , berapa kerap sangat diorang berdua tu bercerita pasal Bangsa dan Makhluk Mitos kat korang ? " Tanya Siti Nursamawi .

" Dah jarang sangat . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan perlahan .

" Dah tu ? , kenapa korang nak sindir - sindir diorang macam tu ? " Tanya Siti Nursamawi lagi . " Daripada korang sindir diorang macam tu , lagi elok korang cakap je yang diorang tu penipu . "

" Siti. ni , nak naik angin pula . Diorang datang ni nak selesaikan masalah . Bukannya nak keruhkan lagi keadaan . " Bidas Siti Nurjannah dengan agak kuat . " Selalu sangat nak bela Didie dan Sheila tu . Ni akak nak tanya ni . Pernah ke Siti lihat atau boleh tak Siti buktikan yang Didie dan Sheila tu memang ada kaitan dengan Makhluk Mitos ? Tak banyak sikit pun jadilah . Paling cun pun , sesuatu yang boleh buat kitorang kat sini tertanya - tanya . "

" Terus - terang akak cakap , akak tak dapat nak kesan diorang kat mana - mana . " Sampuk Siti Khumairah dengan lembut . " Diorang dah macam hilang . "

" Hah , apa lagi . Buatlah sesuatu untuk bela rakan sejati Siti tu . Jangan bising macam tin kosong je . " Sindir Hagia Sofea pula . " Bising je tak guna kalau tak dapat nak buktikan apa - apa . Lagi elok duduk kat kuaters . Tidur . "

Siti Nursamawi rasa tercabar dengan kata - kata Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea . Dia dengan segera mengapungkan dan mengumpulkan bara - bara api dari tempat pemanggang untuk menghasilkan sebutir Mutiara yang berwarnakan Elemennya . Merah , Jingga dan Kuning .
Selepas itu , dia memejamkan matanya dan menyebabkan satu letusan Gelombang Tenaga Elemennya terhasil . Letusan Tenaga Elemennya itu telah menyebabkan perasaan Ahmadi dan Sheila Asyikin bergetar halus .
Dia membukakan kembali kelopak matanya .

" Bidadari Gila , kau ok ke ? " Tanya Ahmadi dari kejauhan dan agak terburu -buru . " Siapa kacau kau ? "

" Abang dan Sheila dapat rasakan Letusan Tenaga Elemen Siti . Siti ok ke ? " Sampuk Sheila Asyikin pula .

Kehadiran suara Ahmadi dan Sheila Asyikin itu mengejutkan kesemua mereka yang berada di situ .

Siti Nursamawi tersenyum lalu air matanya tumpah membasahi pipinya manakala yang lain pula agak terperanjat . Dia menyapu air matanya dengan perlahan .

" Aku rindukan korang . " Kata Siti Nursamawi sambil tersenyum menahan nada tangisnya . " Aku kat rumah korang ni . "

" Kau menangis ke ? Tanya Ahmadi . " Kau jangan nak tipu aku . Kau menangiskan . "

" Yelah . Memang aku menangis . " Jawab Siti Nursamawi dengan pantas namun terus tersenyum . " Aku datang tapi korang tak ada kat rumah . Aku nak jumpa korang . "

" Siti jangan nangis tau . Kejap je kitorang ni . Tiga hari je . Lepas tu , kita boleh jumpa . " Kata Sheila Asyikin persis memujuk . " Nanti kalau kita dah jumpa , Sheila suruh abang buatkan Kek Strawberry gergasi untuk Siti . "

" Wei Anak Patung Gila , mana nak cari tepung dan Strawberry sekarang ni ?! " Tanya Ahmadi . " Semua dah mahal tau tak . Kek saiz sederhana cukuplah . "

" Dengan Siti pun nak berkira ke ?! " Jerit Sheila Asykin dengan nada kebudak - budakkannya . " In tak kira , kalau abang tak buatkan Kek Strawberry gergasi tu untuk Siti , sama macam abang dah mungkir janji di antara kita bertiga tau ?! "

" Pula dah . " Kata. Ahmadi lalu mengeluh . " Yelah , yelah . "

" Korang kat mana ni ? " Tanya Siti Nursamawi .

" Sheila boleh beritahu tapi , Siti mesti janji jangan beritahu kat siapa - siapa pun . " Kata Sheila Asyikin . " Ini rahsia kita bertiga je . "

" Mestilah . Takkan aku nak cakap . Diorang yang lain pun bukannya nak percaya sangatkan . " Balas Siti Nursamawi . Cuba memulangkan balik peluru yang telah mencumbu perasaannya tadi . Dia tersenyum sinis . " Cakaplah , korang kat mana . "

" Kitorang kat Dunia Mitos sekarang ni . Tadi kitorang minum kat satu gerai buah . Sekarang ni kitorang singgah kat satu Kedai Serbaneka dan Cenderamata . " Kata Ahmadi . " Anak Patung gila nilah . Getah rambut dia putus . Entah macam mana boleh putus . Menyusahkan betullah . "

" Dah memang nak putus pun , abang punya pasallah semua . Abang yang tak nak belikan In Getah rambut baru . " Sampuk Sheila Asyikin dengan manja .

" Belikan aku satu , Getah rambut aku pun dah lama dah ni . Dah kusam dah warna dia . " Pinta Siti Nursamawi .

" Yang ni cantik . Sesuai dengan kau . " Kata Ahmadi dengan nada yang gembira . " Ada tiga biji Strawberry Kristal . Tapi Strawberry dia kecil pula . "

" Yang tu memang cantik tapi yang ni lagi cantik dan memang sesuai dengan Siti . " Sampuk Sheila Asyikin dengan manja . " Tengok ni , Strawberry Kristal dia ada dua warna . Merah , Biru , Merah . Sama macam kita bertiga . In , abang dan Siti . "

" Aku nak yang tu . " Celah Siti Nursamawi dengan pantas yang bersulamkan senyuman yang semekar kuntuman bunga walaupun dia tidak dapat melihat bentuk Getah rambut yang dimaksudkan oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Kejap . Strawberry Kristal ni macam Kristal Elemen . Kristal yang hampir lesap kat Dunia Mitos ni . Kejap ye , aku nak tanya dulu penjual dia ni . Kalau betul , aku belikan satu untuk kau dan satu lagi untuk In . Kau tunggu kejap . " Kata Ahmadi .

Pakcik , Kristal Strawberry ni diperbuat daripada Kristal apa ye ? Kalau tak silap saya , Kristal ni macam Kristal Orc . " Tanya Ahmadi .

Di dalam sebuah Kedai Serbaneka dan Cenderamata , kelihatan Ahmadi dan Sheila Asyikin sedang mengisyaratkan agar identiti mereka tidak disebut .

" Betul tu . Ia diperbuat daripada Kristal Orc . Kristal yang dah hampir pupus . Gelang rambut ni direka khas dan dengan penuh penuh teliti . Setiap butir Kristal ni diikat dengan Tenaga Alam Semula Jadi . " Kata Pemilik Kedai dengan jelas .

Siti Nursamawi berserta rakan - rakannya dan yang lain dapat mendengar dengan jelas setiap butiran yang diperkatakan dan yang diperbualkan .

" Kristal Orc adalah salah satu Kristal kuno yang istimewa . Ia mampu meniru Warna Cahaya Elemen seseorang . Strawberry ini akan bersinar dengan cantik . Persis sinaran bulan purnama dan bintang yang berkelipan dengan cantik dikala malam hari . " Kata Pemilik kedai lagi .

" Baiklah . Beri saya dua . " Kata Ahmadi .

Pemilik Kedai Tersenyum . " Baiklah , memandangkan ini adalah bekalan yang terakhir yang ada dalam kedai dan dalam kerajaan ni , saya akan bungkuskan hadiah ini dengan cara yang sepatutnya . " Kata Pemilik Kedai lagi .

Siti Khumairah saling berpandangan dengan Siti Nurjannah dan Hagia Sofea lalu ke arah Maera dan rakan - rakan Maera yang lain .

" Boleh saya tahu , siapa lagi seorang yang akan menjadi pemilik satu lagi Gelang rambut ni ? " Tanya Pemilik Rambut dengan lembut dan sopan .

" Dia cuma seorang wanita yang kuat makan . " Kata Ahmadi dan menyebabkan semua yang berada berdekatan Siti Nursamawi tersenyum dan ada juga yang tertawa kecil . " Tapi , kehadirannya sama pentingnya dengan kehadiran Sheila di dalam hati saya . Saya perlukan dia , sama seperti saya perlukan Sheila . "

Sheila Asyikin tersenyum dan menganggukkan kepalanya dengan gaya kebudak - budakkannya . " Nama dia Siti . Siti Nursamawi . Pompuan yang paling cantik kat dunia . Sheila pun tak boleh nak lawan kecantikkan dia . "

Tersenyum lebar Siti Nursamawi apabila dia mendengar sendiri kenyataan yang diperkatakan oleh Ahmadi .

" Siti . " Kata Ahmadi dengan lembut. " Aku harap kau suka dengan hadiah ni . "

" Belum pernah lagi aku tak terima apa yang kau bagi . Apa yang kau bagi , semuanya aku terima . " Balas Siti Nutsamawi dengan lembut .

" Ye la . " Kata Ahmadi sambil tersenyum . " Aku dan In tak tahu bila masanya yang kita dapat berkumpul semula macam dulu tapi , aku dan In akan berusaha untuk jumpa dengan kau . Walaupun aku dan In terpaksa korbankan apa yang kitorang ada . "

" Betul cakap abang . " Celah Sheila Asyikin . " Siti sabar dulu tau . Bila sampai masanya nanti , kita akan berkumpul semula dan takkan terpisah lagi . "

" Aku akan tunggu masa tu . " Balas Siti Nursamawi dengan lembut .

" Siti , aku dan Sheila terpaksa pergi dulu . Aku akan hantar Gelang Rambut ni sekarang . Nanti kita sembang lagi ye . " Kata Ahmadi dengan suaranya yang jelas .

" Siti jaga diri ye . " Sampuk Sheila Asyikin .

" Wei Die , jaga Sheila tu elok - elok . Kalau aku nampak ada sikit je parut kat badan dia , aku toreh - toreh badan kau . " Kata Siti Nursamawi .

" Macam mana Didie nak hantar ? " Bisik Siti Nurjannah kepada Siti Khumairah .

" Guna Pintu Portal ke ? " Tanya Hagia Sofea pula .

" Aku jaga dia lebih daripada aku jaga diri aku sendiri . " Balas Ahmadi dengan jelas .

Sebaik sahaja Ahmadi menghabiskan ayatnya , Beboba Bara yang dihasilkan oleh Siti Nursamawi tadi , bersinar dengan terang dan tidak lama selepas itu , Corak Identiti Elemen Ahmadi dan Sheila Asyikin menjelma dan terus terukir dengan indah . Corak itu mengeluarkan haba dingin yang berwarna Biru dan Merah Kekuningan .

Tidak lama selepas itu , Bebola Bara tadi berterbangan bagaikan pasir yang ditiup bayu dan meninggalkan satu bekas logam yang berhiaskan Emas , Kristal dan Intan yang menjadikan bekas logam itu begitu indah . Bekas logam itu berisikan Gelang Rambut yang terlalu indah untuk diungkapkan dengan kata - kata .

" Cantiknya bekas hadiah tu . " Kata Siti Hawa dengan perlahan namun jelas daripada reaksi wajahnya , dia begitu mengkagumi akan keindahan bekas itu .

Situ Nursamawi meletakkan Gelang rambut tadi di atas tapak tangan kanannya . Tidak sampai tujuh saat , Gelang Rambut yang berbuahkan Strawberry Kristal yang diperbuat dari Kristal Orc itu memancarkan warnanya dengan terang . Seperti warna Metallic yang bergemerlapan .

" Saya pernah terbaca dalam satu Ensiklopedia Bangsa Mitos , hanya ada satu Kristal yang wujud kat Dunia Mitos yang menjadi rebutan para wanita kat sana . Kristal tu memang menjadi kegilaan kat dunia tu sekiranya Kristal tu dijadikan alat perhiasan diri . " Kata Aivira dengan jelas . " Tapi , itu cuma mitos dan legenda je . Tak ada bukti lagi setakat ni . "

" Jadi , cukup tak bukti ni ? " Tanya Siti Nursamawi sambil memakai Gelang rambut tadi .

" Akak tak tahu macam mana Siti boleh kesan Didie hanya dengan Letusan Tenaga tapi macam yang cakapkan tadi , akak tak boleh nak kesan diorang kat mana - mana . " Kata Siti Khumairah dengan tenang .

Maera dan yang lain hanya mendiamkan diri mereka .

" Korang yang lain , tak ada nak cakap apa - apa ke ? " Tanya Siti Nursamawi .

Muniandy hanya saling berpandangan dengan rakan - rakannya yang lain .

" Entah ini kebetulan atau tak tapi , semalam , masa berlakunya fenomena tenaga misteri tu ... " Kata Adam dengan tenang . " ...dia tahu Didie ada kat tengah laut . Dan bila dia nak buktikan yang Didie memang ada kat laut tu , Didie tiba - tiba je hubungi kitorang guna Telepati . "

" Kan aku dah cakap , firasat aku kat Didie dan Sheila tak pernah meleset walau sikit pun . " Sampuk Siti Nursamawi dengan tenang . Walaupun hari disirami oleh cahaya matahari , Kristal Strawberri yang dipakainya tetap bersinar dan berkilau .

" Awak percaya ke yang diorang berdua tu memang betul - betul kat Dunia Mitos sekarang ni ? " Tanya Naera dengan perlahan .

" Aku percaya . Walaupun aku tak pernah lihat seorang atau seekor pun makhluk dari dunia tu tapi aku percaya diorang ada kat dunia tu . Aku percayakan diorang dengan nyawa aku sendiri . " Jawab Siti Nursamawi . " Dari aku kecil sampailah aku besar dan sampailah aku mati nanti , aku tetap percayakan diorang . Aku tak peduli apa yang orang lain nak cakap pasal diorang . Kalau tak ada seorang pun yang nak percayakan diorang . Biar aku seorang je yang percayakan diorang . Itu dah cukup untuk diorang . "

" Tapi , kenapa Siti tetap percayakan diorang walaupun Siti tak pernah lihat sendiri dengan mata Siti macam mana rupanya Dunia Mitos tu ? Bagaimana bentuk fizikal dan rupanya Makhluk Mitos tu ? " Tanya Siti Nurjannah dengan nada yang amat tertanya - tanya dengan sikap adiknya itu .

" Bukan itu je , macam mana awak boleh percayakan diorang pasal benda ni sedangkan awak sendiri tak tahu sama ada Dunia Mitos tu wujud ke tak ? " Tanya Hagia Sofea pula .

" Aku pun tak tahu tapi apa yang aku pasti , diorang tak pernah tipu aku . " Jelas Siti Nursamawi lalu mencapai sebiji Epal Red Lady . Dia mengesat Epal tadi menggunakan lengan baju kirinya dan kemudian menggigitnya . " Itu yang aku rasa . "

" Tapi saya akak masih tak faham . " Kata Siti Nurjannah .

Siti Nursamawi tersenyum . " Cara diorang bercerita pasal Makhluk dan Bangsa Mitos tetap sama . Tahap keterujaan diorang tu masih sama macam waktu kitorang kecil dulu . Aku tak pernah bosan . Tak berubah walau sikit pun . Tapi , kalau orang yang menipu untuk benda atau topik yang sama , tahap keterujaan tu semakin lama akan semakin berkurangan dan akhirnya akan lenyap . Tak macam diorang . Semakin lama semakin menarik . "

Siti Khumairah tersenyum lalu memeluk bahu Siti Nursamawi dan mencium lembut kepala Siti Nursamawi . " Terima kasih sebab terus percayakan diorang . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience