Rate

BAB 17 ANUGERAH

Fantasy Series 3820

Dengan gerak tangan yang lemah gemalai , ibarat Penari tarian tradisional yang mengasyikkan , Permaisuri Fiirapi dan dua orang Dayangnya mengawal tiga belas Bebola Tenaga yang dilancarkan oleh musuh . Mereka mengawalnya semudah menuang air ke gelas .
Selepas beberapa detik , Bebola Tenaga musuh tadi telah pun berubah warna mengikut Warna Elemen mereka bertiga dan kemudian , Bebola Tenaga itu dilancarkan kembali ke arah musuh .

Sasaran itu tepat . Satu lagi letupan berlaku sehingga memaksa pasukan yang diketuai oleh Sheila Asyikin mencipta Medan Tenaga untuk berlindung .

Permaisuri Fiirapi hanya tersenyum .

Pasukan Archer dan Gunslinger Ahmadi dan Sheila Asyikin melancarkan serangan mereka bertali - arus manakala Pasukan Pahlawan Ikan Duyung pula membuat serangan dari bawah laut .

Pahlawan Ikan Duyung musuh ramai yang tercedera akibat serangan balas Permaisuri Fiirapi tadi dan telah mengakibatkan , ramai di antara mereka yang berundur sedikit ke belakang .
Tidak lama kemudian , satu pancaran cahaya yang berwarna Hijau Metallic bersinar menyelubungi mereka dan tidak lama selepas itu , mereka kembali pulih seperti biasa . Satu teknik penyembuhan yang luar biasa milik Unit Medik Pahlawan Ikan Duyung Puak Badkanduja .

Melihat keadaan itu , Sheila Asyikin dengan pantas menghubungi Vanessa Valarie . " Vael , hapuskan Unit Medik dan Unit Serangan Jarak Jauh diorang . Kalau tak , sampai hujung tahun pun , kita takkan menang . "

" Awak uruskan hal kat atas . " Balas Vanessa Valarie dengan tenang sambil mengelak serangan musuh lalu melepaskan satu gelombang air ke arah musuhnya dan menyebabkan , musuhnya tercampak ke permukaan dan terus ke udara . " Saya akan buat kekecohan kat dalam laut ni . "
Dia terus mengumpulkan tujuh anggota pasukannya termasuk dia sendiri untuk menghapuskan Unit Medik pasukan musuh . " Saya akan pastikan , unit tu akan dihapuskan . "

Sheila Asyikin meluru dengan pantas ke arah pasukan musuh dan dia ditemani oleh beberapa anggota pasukannya . " Sheila pula akan kucar - kacirkan musuh kat atas ni . "

Ahmadi bertarung dengan dua orang musuh . Fagindas dan Looki . Pertarungan itu kelihatan sengit . Dia mengelak serangan musuhnya dengan pantas .
Seketika kelihatan dia menyerang dan ada ketikanya dia menepis dan menahan serangan musuhnya .
Dia terundur sedikit kebelakang kerana impak yang diterimanya sewaktu menahan serangan dua orang musuhnya yang amat keras .

Fagindas mengeluarkan Pedang Lurusnya yang berukiran menakutkan manakala Looki pula menjelmakan Wandnya .
Fagindas adalah merupakan Knight manakala Looki pula adalah Elemental .

" Nasib kau memang malang sebab bertemu dengan kitorang berdua ! " Kata Fagindas dengan lantang . " Lautan ni akan jadi kubur kau dan kawan - kawan kau ! "

Looki membukakakan Pintu Tenaganya dengan semaksima yang mampu . " Awak takkan dapat lepaskan diri kali ni ! "

Ahmadi hanya merenung tajam ke arah dua orang musuhnya dengan wajah yang garang . Namun , dia masih lagi tidak mahu membukakan Pintu Tenaganya .
Dia berdiri tegak menanti serangan musuhnya yang dia yakin , memang ingin membunuhnya . Dia dengan perlahan mendepakan tangannya lalu , dua bilah Pedang yang terbaring kaku di atas lantai kapal terbang ke arahnya .

Fagindas dan Looki menyerang Ahmadi dengan pantas dan Ahmadi pula telah bersedia untuk menerima dan menyerang dua orang musuhnya itu .

Tatsumaki terapung - apung di udara dengan Cahaya Elemennya menyelubungi dirinya . Dia dengan garang menyerang musuhnya dengan senjata musuhnya sendiri .

" Tatsumaki ! Berhenti buat macam tu ! " Kata Witchie dengan agak lantang di dalam minda Tatsumaki . Dia adalah Srikandi Psikik tahap tertinggi . " Pergi siasat apa yang ada dalam kapal musuh ! Saya ada kesan beberapa tenaga yang bercampur - baur ! "

" Baik ! " Sahut Tatsumaki lalu mendarat di atas lantai kapal . Dia dengan pantas melancarkan satu serangan . Dia mengapungkan ramai di kalangan musuh - musuh mereka dan terus melemparkannya ke lautan yang luas .

Putih , Paquine , dan Merowran . Tiga pahlawan yang berasal daripada Puak yang misteri . Hanya mereka yang berkait rapat dengan Puak Misteri sahaja yang tahu akan bentuk fizikal mereka bertiga dan , hanya Ahmadi dan Sheila Asyikin sahaja yang tahu di mana letaknya tempat asal mereka bertiga .
Tumbukan Putih yang padu menyebabkan musuhnya terhempas ke dinding sebelum terjatuh ke lantai . Tiba - tiba , dia melayangkan pula satu sepakan yang kuat ke arah seorang musuh yang tiba - tiba saja melayang ke arahnya .

" Tepat ! " Kata Paquine dengan riang . " Seratus markah untuk Putih yang kacak dan gagah ! "

" Janganlah nak main - main ! " Jerit Putih dengan geram lalu , sekali lagi dia melepaskan satu tumbukkan yang keras ke arah musuhnya yang tidak tahu dari mana datangnya .

" Seratus markah lagi untuk Putih yang tampan dan bergaya ! Satu tumbukkan tak ada tandingannya ! " Kata Merowran pula dengan gembira .

Belum sempat Putih hendak memarahi Merowran , dia , Paquine dan Merowran dengan pantas mencari tempat perlindungan kerana mereka dihujani oleh beberapa anak panah .

" Tuanku Permaisuri . " Kata salah seorang Dayang Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Nampaknya , tak ada lagi serangan yang sampai ke sini . "

" Betul Tuanku . " Celah seorang lagi Dayang Permaisuri Fiirapi dengan tenang . " Pasukan Anakanda Tuanku memiliki kelebihan dalam pertempuran ini . "

Permaisuri Fiirapi tersenyum mendengar pujian itu . " Kalau macam tu , kita boleh kekalkan Dinding Psikik ni . Pergi ke tempat penumpang dan katakan pada Pegawai kat situ , tenangkan para rakyat jelata dan minta mereka bersabar sedikit lagi . "

" Tuanku Permaisuri , ada baiknya hanya seorang saja yang pergi ke sana kerana , sekiranya Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka tahu yang Tuanku Permaisuri bersendirian di atas ini , hamba berdua khuatir yang mereka berdua akan murka nanti . " Balas Dayang Permaisuri yang pertama dengan jelas .

" Siapa yang akan tahu ? " Tanya Permaisuri dengan lembut .

Dua orang Dayang Permaisuri itu melihat ke arah Menara Kawalan dan kelihatan Eaglang dan Raqueen sedang berdiri di situ .

" Itu Pahlawan dari Puak Kiira . Antara Ketua Panglima kerajaan kita . Mesti ada sebab kenapa mereka berdua tak ikut serta dalam pertempuran kat sana . " Kata salah seorang Dayang Permaisuri .

" Kalau macam tu ... " Kata Permaisuri Fiirapi dengan tenang dan lembut . " ... mari kita pergi ke sana bersama - sama . "

Dua orang Dayang Permaisuri Fiirapi yang setia itu saling berpandangan . Mereka berdua bagaikan tidak percaya apa yang telah mereka dengarkan .

Ahmadi menahan sepakkan padu Fagindas dan kemudiannya dia mengelak libasan Pedang Fagindas .
Selepas itu , dia merendahkan pula badannya ke lantai kerana serangan Elemen Looki .
Dia memutarkan Pedang yang diambilnya tadi ke arah Fagindas dan Looki dengan hanya menggunakan kawalan mindanya . Serangannya itu telah menyebabkan , Fagindas dan Looki terundur ke belakang .
Dia memegang semula Pedangngnya dengan kemas lalu melenyapkan dirinya dan muncul semula di belakang Fagindas dan Looki lalu membuat serangan pantas .
Bunyi lagaan Pedang kedengaran .

Dua orang musuh tercampak ke kapal dengan deras akibat serangan Sheila Asyikin . Rambutnya yang seketika tadi diikatnya Ponny Tail telah pun tersanggul kemas .


Dengan langkah yang teratur , Permaisuri Fiirapi memasuki kawasan penumpang kapal dan dia diiringi oleh dua orang Dayang setianya .

Para penumpang terkejut melihat kehadiran Permaisuri Fiirapi . Apa tidaknya , selama ini , mereka hanya mampu melihat Golongan Istana hanya melalui perarakan Pesta Keramaian .
Bagi para bekas banduan dan waris - waris mereka pula , ia bagaikan satu peristiwa yang diluar jangkaan mereka . Selama mereka berada di ' Pulau Tahanan ' yang menakutkan itu , mereka sering kali mendengar bahawa , Golongan Istana adalah golongan yang menakutkan . Tidak berhati perut . Dan kenyataan itu menjadi khabar angin yang agak popular dikalangan tahanan pulau itu .

Veip dan rakan - rakannya dengan pantas menyiapkan satu singgahsana untuk Permaisuri Fiirapi dan dua orang Dayang Istananya bersemayam .

Sebaik sahaja Permaisuri Fiirapi melabuhkan punggungnya , dia tersenyum memandang ke arah para rakyatnya yang dikasihinya . " Apa khabar kalian rakyat beta sekalian ? "

Satu letupan berlaku akibat serangan yang dilancarkan oleh kedua belah pihak .

Kucina berlari dengan pantas di atas permukaan air dengan wajahnya yang garang . Matanya tajam merenung ke arah musuhnya . Namun ada sedikit keanehan pada dirinya . Dia melilitkan ekornya yang panjang di pinggangnya .
Dia mengeluarkan Tenaga Elemennya sebelum dia melompat ke udara . Dia mendarat semula dan terus melepaskan satu tumbukan ke permukaan air dengan padu .
Satu corak abstrak yang indah terpancar di atas permukaan air dan terus menuju ke arah musuh - musuhnya .
Satu lagi letupan yang agak kuat berlaku . Air laut terpancut ke udara . Dia menggoyang - goyangkan tubuhnya kerana disimbahi oleh air laut . " Waaahhh ! Air kotor ! "

Witchie yang bertarung berhampiran dengan Kucina hanya memandang dengan wajah yang geram lalu menjerit . " Awak tak mandi ke ? ! "

" Saya mandilah ! " Balas Kucina dengan lantang . " Kucingkan memang tak suka air ! Itu normallah ! "

Witchie melompat dan mendarat di hadapan Kucina . " Habis tu , kenapa tak suka air ? ! "

" Sejuk ! " Balas Kucina . " Awak lainlah ! Awak Kucing Bangsawan ! Mandi air panas ! Awak takkan faham perasaan kitorang ! Kucing Jalanan macam saya ni mana suka air sejuk macam ni ! "

" Wei , saya pun Kucing Jalanan juga tau ! " Jerkah Witchie dengan geram . " Awak tu memang tak suka mandi ! Syampoo awak kat bilik air tu dah berbulan - bulan tak habis - habis ! "

" Tapi awak tinggal kat lorong orang - orang kaya ! " Jerit Kucina dengan nyaring . " Siapa suruh awak beli Syampoo tu ? ! Syampoo tu tak sesuai dengan saya tau tak ? ! Kulit kepala saya banyak kelemumur lepas guna Syampoo tu ! Awak saja nak kenakan sayakan ? ! "

" Awak yang nak sangatkan guna jenama tu , lepas tu nak salahkan saya pula ? ! " Teriak Witchie dengan geram . " Itu salah awak , bukan salah saya ! "

" Awak yang beli dan itu memang salah awak seratus peratus ! " Balas Kucina .

Tiba - tiba , satu letupan berlaku di bawah tempat mereka bertekak dan menyebabkan , mereka tercampak ke udara .

Tatsumaki menyelinap di antara pertarungan yang berlaku . Dia menyiasat tenaga apa yang dirasa oleh Witchie dan kini , dia berada di atas kapal yang menjadi gelanggang pertarungan Ahmadi dengan Fagindas dan Looki .
Dia mendapati , di ruang itu terdapat satu pintu yang menuju ke bawah dan dia terus memasukinya . Dia tersenyum kerana , kawasan itu tidak dikawal oleh musuh .
Dia terbang ke dalam dan dapat merasai satu tenaga yang bercampur - baur . Dia terlihat satu pintu yang bermangga . Dengan menggunakan Daya Psikiknya , dia menghancurkan mangga pintu itu dan terus memasuki ruangan itu .
Matanya sedikit membesar sebaik sahaja dia terlihat apa yang sedang menendang matanya . Nalurinya tersentak dan terus sahaja menggelegak .

Ahmadi menampar pipi Fagindas dengan Pedangnya dan menendang perut Looki . Dia kemudiannya melompat ke belakang dan terus memotong udara .
Dua Bilah Angin menuju ke arah Fagindas dan Looki .

Fagindas dan Looki tercampak ke belakang dengan kuat akibat menahan serangan Ahmadi tadi .
Mereka berdua dengan garang , melenyapkan diri mereka . Tindakan mereka itu telah menyebabkan reaksi wajah Ahmadi berubah menjadi semacam .

Tanpa dijangka , Ahmadi dengan pantas merendahkan tubuhnya ke belakang dengan membuat reaksi wajah yang terkejut semacam kerana terperanjat dengan serangan pantas Fagindas dan Looki .
Dia terpaksa mengelak serangan dua orang musuhnya itu dengan agak terburu - buru . Sekejap dia melompat dengan mengangkangkan kakinya . Ada ketikanya pula , dia berdiri dengan hanya menggunakan sebelah kakinya . Malah , dia juga terpaksa duduk dengan merapatkan kedua belah lututnya ke dadanya dengan tangannya yang memegang dua bilah Pedang , dirapatkannya ke sisi kanan dan kiri dahinya dengan memejamkan matanya serapat yang mungkin .

Serangan pantas Fagindas dan Looki yang gila itu telah membawa pertarungan itu ke permukaan air . Percikkan panas letusan Tenaga Elemen terhasil .

Oleh kerana terpaksa mengelak dengan terburu - buru , Ahmadi dengan tanpa terduga , membuat serangan yang agak diluar jangkaan . Satu serangan yang sebenarnya , hanya terlintas di fikirannya .
Dengan hanya mengintai peluang , dia dengan pantas menarik jambang Fagindas yang panjang dengan sekuat hatinya yang menyebabkan , Fagindas menjerit . Manakala bagi Looki pula , diramasnya telinga kiri Looki dengan sepuas hatinya dan menariknya dengan semahunya yang turut menyebabkan , Looki memejamkan matanya sambil menjerit .
Selepas itu , dia melompat - lompat ke belakang dengan agak bergaya namun , kakinya pula tersalah langkah dan akibatnya , dia terseret ke belakang dalam keadaan yang terbalik dengan kepalanya terteleng dan dengan kaki yang terkangkang . Kaki kanan yang terlurus ke atas manakala kaki kirinya pula terbengkok menghala ke belakang .
Dia terjelopok ke atas permukaan air selepas terhempas ke kapal dan terus berdiri semula dengan wajah yang semacam dan selepas itu , dia berlari ke belakang kapal dengan larian yang pelik .

Fagindas dan Looki mengejar Ahmadi .

" Sheila , apa yang awak nak buat dengan Pahlawan Ikan Duyung Badkanduja ni ? ! " Tanya Vanessa Valarie dengan agak kuat di dalam minda Sheila Asyikin .

Sheila Asyikin yang bertarung di udara menerajang musuhnya ke permukaan air dengan ganas dan mendarat semula . " Vael tangkap diorang ni semua . Adilinya di kerajaan Vael . Sumbat diorang ni semua ke Penjara Laut Pulau Tanpa Warna . Hanya itu tempat yang sesuai untuk diorang ! "

Fagindas dan Looki berhenti berlari kerana , Ahmadi telah hilang dari pandangan mata mereka .

Kucina dan Witchie berdiri di atas permukaan air dengan wajah yang basah . Rambut mereka agak sedikit kusut . Dan ada sedikit kesan hitam pada wajah , tangan dan pakaian mereka .

" Kita sambung kat rumah nanti . " Kata Witchie dengan agak tenang . " Kita kerjakan diorang ni dulu . "

Kucina menggeleng - gelengkan kepalanya untuk mengeringkan rambut dan wajahnya . " Baiklah . "

Kucina dan Witchie berdiri dan bersedia . Kuku jari mereka memanjang sehingga tiga inci . Gigi taring mereka juga telah memanjang sehinggakan , walau mereka merapatkan bibir mereka sekali pun , hujung gigi taring itu tetap kelihatan .
Pada bahagian hujung mata mereka pula , terdapat satu garisan yang memancarkan Cahaya Elemen mereka yang memanjang ke belakang . Satu garisan yang terdapat pada semua spesies Kucing yang wujud di dunia .

Persis halilintar , Kucina dan Witchie masuk ke dalam kawasan musuh dan terus melakukan serangan yang pantas .

Semua penumpang hanya diam membisu . Mereka masih lagi diselimuti dengan perasaan yang tidak percaya dengan apa yang mereka lihat .

Salah seorang Dayang Istana yang menemani Permaisuri Fiirapi memanggil beberapa Sukarelawan lalu berkata sesuatu .

" Beta harap , kalian semua selesa dalam pelayaran ni . Kita akan menuju ke sebuah Pulau yang amat cantik . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lemah - lembut . " Apakah , layanan Pegawai dan Sukarelawan semua baik - baik saja ? "

" Semua baik saja . " Kata salah seorang penumpang . " Diorang dah layan hamba semua dengan baik . "

" Girang hati beta mendengarnya . " Balas Permaisuri Fiirapi sambil tersenyum . " Apa kemudahan juga baik dan cukup ? "

" Baik dan cukup Yang Mulia Permaisuri . " Kata salah seorang penumpang wanita . " Semua kemudahan ni dah lebih daripada cukup sebenarnya . "

Permaisuri Fiirapi terus mengukirkan senyuman . " Bagaimana pula dengan layanan Putera beta terhadap kalian semua ? "

" Amat baik Tuanku Permaisuri . " Jawab Nezza dengan perlahan namun jelas . " Baginda Tuanku telah mengajak hamba minum Kopi bersamanya semalam . Hamba dan rakan - rakan Baginda Tuanku bercerita sehingga larut malam . "

Jawapan Nezza itu telah menyebabkan semua penumpang memandang ke arahnya . Mereka bagaikan tidak percaya .

" Betul ke ? " Bisik isteri Nezza , Carla . Perlahan . Berbisik. " Abang jangan nak buat cerita . "

" Betullah . Abang tak tipu . " Balas Nezza . Agak bersungguh - sungguh nadanya .

" Benar Tuanku Permaisuri . " Celah Coill dengan sopan . " Tuanku Pawana mengajaknya untuk bersembang semalam sambil minum Kopi bersama - sama dengan rakan - rakan hamba sekalian . "

" Apa yang dibualkan ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut lalu mempelawa dua orang Dayangnya untuk duduk di sisinya . " Sudilah kiranya berkongsi dengan semua rakan - rakan yang ada di sini . "

" Baginda Tuanku menasihati hamba . Sekiranya tiba di Pulau itu nanti , Baginda Tuanku nak hamba berusaha bersungguh - sungguh demi isteri dan anak - anak hamba . " Kata Nezza dengan tenang dan jelas . " Bukan itu je , Baginda Tuanku juga menasihati beta agar , menghantar anak - anak hamba yang telah cukup umurnya ke Sekolah yang telah disediakan di Pulau tu . "

" Macam mana nak hantar ke sekolah ? " Tanya salah seorang lelaki tua . " Sekolah tu perlukan duit yang banyak . Kita mana ada duit . "

" Baginda Tuanku cakap . Sekolah tu percuma . Sehinggalah kita telah kukuhkan keadaan ekonomi keluarga kita dan ekonomi Pulau tu . Lepas tu , barulah kita akan dikenakan bayaran . " Kata Nezza .

" Sekolah tu apa ? " Tanya seorang lelaki yang sebaya dengan Nezza .

" Baginda Tuanku cakap , Sekolah tu satu tempat untuk mendidik anak - anak kita supaya tahu membaca , mengira dan menulis . Bila dah pandai semua tu , anak - anak kita akan diuji sejauh mana kefahaman mereka . " Jawab Nezza dengan tenang dan teruja . " Lepas tu pula , anak - anak kita akan diajar macam - macam perkara . "

" Tapi untuk apa ? " Tanya seorang wanita muda .

" Untuk membantu keluarga dan diri mereka sendiri bila mereka telah dewasa nanti . " Jawab Nezza .

" Apa yang ada kat Pulau tu ? " Tanya seorang lelaki pula yang sebaya dengan Nezza .

" Kat Pulau tu ada pekerjaan untuk kita . Kita akan diambil sebagai pekerja oleh Baginda Tuanku Pawana sendiri . " Jawab Nezza dengan jelas dan yakin .

Permaisuri Fiirapi tersenyum . " Benar . Ia adalah rencana anakanda beta sendiri dan ia langsung tak ada kena - mengena dengan beta . Beta mempersetujui akan rencana anakanda beta kerana , ia adalah satu rencana yang hanya menyampaikan pesanan kepada semua mahkluk yang wujud di dunia ini . Pesanan itu ialah , kasih dan sayang . "

" Manusia . Makhluk yang sempurna . " Celah lelaki tua yang dbantu oleh Ahmadi . " Saling menyayangi diantara mereka . "

" Makhluk yang sempurna ? Apa maksud Pakcik ? " Tanya seorang lelaki yang sebaya dengan Nezza . " Diorang tu tak jahat ke ? "

" Makhluk jahat ada di mana - mana . Baik daripada kalangan Manusia ataupun daripada kalangan kita sendiri . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Manusia makhluk yang sempurna kerana mereka dikurniakan akal dan fikiran . "

" Tapi , kita juga dikurniakan dengan akal dan fikiran . " Celah salah seorang belia wanita .

" Tapi tidak sesempurna Manusia wahai anak muda . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan jelas dan tenang . " Hanya Manusia yang dilantik sebagai Khalifah di muka bumi ini dan , ia tertulis di dalam Kitab Suci yang menjadi panduan sehingga ke akhir zaman . Ia sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti bahawa mereka itu adalah satu Makhluk yang istimewa dan cukup sempurna . "

" Apa keistimewaan Manusia ? " Tanya Nezza .

" Manusia dikurniakan dengan fizikal yang unik dan istimewa . Setiap pergerakan Manusia amat teliti . Malah , postur badan Manusia juga amat baik dan seimbang . Tidak ada cacat celanya . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas dan lembut . " Tidak seperti kita . Ada yang pelbagai bentuk fizikalnya dan memiliki pergerakkan yang terbatas . "
Pada ketika Permaisuri Fiirapi mengungkapkan ayatnya , pada masa yang sama di Dunia Manusia , kelihatan Naera sedang menunjukkan langkah tari yang baru kepada anak - anak didiknya .

" Kita juga memiliki pelbagai unsur . Kita ada yang berelemenkan Api , Air , Tanah dan angin . " Kata Salah seorang remaja perempuan .

" Tapi hanya satu atau dua elemen sahaja wahai anak gadis yang jelita . Ia dapat dikenali melalui warna mata dan warna kulit kita . Dan ada yang berasal dari Puak tertentu , warna elemen itu dapat dilihat melalui warna rambut kita . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan tenang dan jelas . " Manusia pula . Mereka memiliki kesemua empat elemen itu dan tidak dapat dilihat melalui luaran semata - mata . Dan ia agak sukar untuk dikenali kerana , mereka mampu untuk menyembunyikannya . "
Ketika ini , kelihatan Nenek Diana sedang memarahi Nurzahirah manakala Siti Khumairah pula menyebelahi Nurzahirah . Siti Nursamawi pula ketawa melihat wajah monyok Nurzahirah dan selepas itu , Siti Nurjannah pula memarahi Siti Nursamawi . Hagia Sofea pula sedang membelek sebuah Majalah Fesyen .

Sheila Asyikin melepaskan satu gelombang elemennya yang menyebabkan beberapa orang musuhnya terpelanting entah ke mana . Selepas itu , dia menghubungi salah seorang rakannya .

Tiba - tiba sahaja Looki dan Fagindas terpelanting ke belakang dengan kesan pukulan di wajah mereka . Mereka berdua dengan
pantas bangun semula untuk melihat siapakah yang telah menyerang mereka .

" Sedap ? " Tanya Ahmadi sambil tersenyum dengan memegang dua batang Dayung sampan yang sederhana panjangnya .

Looki dan Fagindas dengan pantas menyerang Ahmadi dan Ahmadi pula dengan pantas mengelak dan melakukang serangan balas terhadap serangan yang dilancarkan oleh Fagindas dan Looki .

" Tuanku Permaisuri , bentuk fizikal dan kewujudan kita juga menarik . Malah , kita kelihatan unik . Dan kita juga mewakili elemen yang dianugerahkan kepada kita sejak azali lagi oleh Yang Maha Mengasihani . " Celah seorang lelaki tua dengan jelas .

" Tapi , tidak sempurna seperti yang dianugerahkan kepada Manusia . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Pada seorang Manusia , memiliki empat empat elemen sekali gus dan , pada setiap manusia juga memiliki sifat atau ciri - ciri yang ada pada setiap keindahan yang ada di dunia ini . "

Dalam ketika Permaisuri Fiirapi sedang berdiskusi dengan para rakyat jelatanya , seorang Ketua Panglima wanita muncul dan terus melakukan hormat kepada Permaisuri Fiirapi .

" Dyzlee , apa yang anakanda beta arahkan kepada kamu sehingga kamu muncul di sini ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

" Mohon sembah hamba harap diampun . " Balas Dyzlee dengan jelas nadanya . " Tuanku Pawaka mengarahkan hamba untuk mengawal Tuanku Permaisuri . "

Permaisuri Fiirapai hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya .

Dyzlee , seorang Ketua Panglima yang sepasukan dengan Putih . Tangan kirinya telah putus sewaktu berlakunya perang yang telah menjadi titik permulaan akan kehadiran Ahmadi dan Sheila Asyikin di Dunia Mitos . Dunia yang penuh dengan misteri .
Dan kini , tangan kirinya itu telah diganti dengan Tangan Mekanikal yang agak unik dan istimewa . Hasil rawatan yang diberikan oleh Witchie .

Dyzlee menebalkan lagi lapisan yang ada di sekeliling ruang penumpang itu agar bunyi letupan perang yang terhasil di luar tidak dapat didengari oleh para penumpang . Secara terus .

" Mohon sembah hamba harap diampun . " Kata Nezza dengan lembut dan sopan . " Mohon diizin hamba mengajukan satu soalan . "

Permaisuri Fiirapi tersenyum . " Tanyakanlah . Beta akan menjawab dengan sejujurnya .

" Bagaimana Tuanku Didie menjadi Raja sedangkan , Baginda seorang Manusia ? " Tanya Nezza .

Permaisuri Fiirapi tersenyum . " Baiklah . Dua orang Dayang Beta dan empat orang Ketua Panglima Tentera kerajaan kita yang berada di sini , akan menjadi hakim dan saksi kepada jawapan beta . Kerana mereka semua , telah berada pada hari , bagaimana terjadinya dan terciptanya sejarah yang telah menjadi permulaan kepada Putera Pawana dan Puteri Pawaka menjadi anak angkat Beta dan mendiang Raja Winsa . Dan , pertabalan menjadi Raja untuk sekalian rakyat jelata . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience