BAB 91 - TEKNIK SAMA BERBEZA ELEMEN

Fantasy Series 4007

Dyrad berundur ke belakang sambil terus tersenyum memandang ke arah Ahmadi yang turut memandang ke arahnya dengan tatapan bersahaja bersulamkan waspada .

" Kau ke yang arahkan diorang serang kawasan kerajaan aku ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .

Dyrad tertawa kecil . " Bukan saya . Paga yang berikan arahan . Saya kebetulan lalu dekat sini dan , hanya melihat je . Saya ada urusan lain dekat sini . "


Ahmadi mengacukan Daggernya ke arah Dyrad . " Apa urusan kau kat sini ? "

" Awak tahukan . Bukan diri saya yang sebenar yang akan serang awak ? " Balas Dyrad sambil tertawa kecil dan mengacukan Senjata Floranya ke arah Ahmadi .

" Aku tahu . " Balas Ahmadi dengan tenang dan reaksi wajahnya berubah sedikit .

" Jadi , jangan cetuskan sesuatu yang dah kawal diri saya untuk serang awak . " Balas Dyrad dengan lembut lalu di tertawa kecil . " Tolong turunkan senjata awak . "

" Aku nak tahu . Apa urusan kau kat sini . " Kata Ahmadi dengan jelas namun masih lagi mengacukan senjatanya ke arah Dyrad .

" Rahsia . " Balas Dyrad dan kemudian dia tertunduk buat seketika sambil mengerang kesakitan .


Ahmadi bersedia untuk menghadapi serangan yang mungkin akan dilancarkan oleh Dyrad .

Jauh di sudut hatinya , Dyrad seperti hampir dikuasai Tenaga Sumpahan Kegelapan yang dihadapinya .


Dyrad memandang ke arah Ahmadi sambil tersenyum seksi .

Bebola matanya memancarkan pancaran cahaya yang berwarna Hijau , Hijau Muda , Kuning kehitaman .


" Tak elok ni . " Bisik hati Ahmadi dengan pantas .


" Saya tak dapat nak kawal diri saya . " Kata Dyrad dengan jelas dan kemudian , dia menyerang Ahmadi dengan kekuatannya yang sebenar .


Ahmadi menahan serangan Dyrad lalu , satu Letusan Tenaga Elemen yang dahsyat terhasil .


Dyrad menyerang Ahmadi dengan pantas dan padu sehingga memaksa Ahmadi meningkatkan kepantasanya untuk menepis dan mengelak serangan Dyrad .


Ketika Ahmadi menangkap penumbuk kanan Dyrad , dia mendapati cincin yang dipakai Dyrad memancarkan cahaya .

Dilekatkannya pandanganya ke wajah Dyrad yang tersenyum seksi bersulamkan kemisterian .

Dia sedikit terperanjat ketika melihat , mata Dyrad .

Pada ketika itulah , lutut Dyrad hinggap ke wajahnya dengan padu sehingga dia tercampak ke arah pokok dengan kuat .


Beberapa batang pokok patah lalu menyembah ke bumi terkena impak Ahmadi yang tercampak akibat serangan tadi .


Dyrad berlari ke arah Ahmadi dengan kelajuan yang amat pantas .


Ahmadi terlutut di tanah dengan lapisan ais yang merekah pada bahagian wajahnya .

Dia kemudiannya berdiri dan bersedia until bertarung .

Dia berbisik di dalam hatinya . " Maafkan aku Dyrad . Kau mungkin akan rasa sakit sikit . "


Dyrad melakukan libasan ke arah Ahmadi dan Ahmadi menahan libasan kaki Dyrad yang bertenaga .


Dengan pergerakkan yang pantas , Ahmadi menyerang dada Dyrad dengan pantas dan padu dengan sembilan buah tumbukkan .

Setiap tumbukannya , menghasilkan lingkaran Flora , Ais , Angin , Api dan Air yang bercorak unik pada bahagian dada Dyrad .


Dyrad terundur ke belakang dan mengawal dedauan dan rumput - rumput yang berada di sekitarnya lalu , seekor ular bersaiz gergasi yang amat menyeramkan terhasil .


Melihat teknik itu , Ahmadi melompat beberapa langkah ke belakang dan dia menghalakan tapak tangan kanannya ke atas dan kemudian , dia menggenggamkan tapak tangannya itu .

Lingkaran berwarna Putih dan Biru terhasil di sekitarnya lalu , seekor Harimau Ais dan Angin terhasil dan mengaum ke arah Dyrad dan Ular Gergasi itu .


Ular Gergasi tadi meluru ke arah Harimau Elemen Ahmadi sama seperti Harimau itu berlari dan menerkam Ular Gergasi Elemen yang menyeramkan itu .


Dyrad dan Ahmadi juga kembali meneruskan pertarungan mereka namun kali ini , mereka menyerlahkan tahap mereka yang sebenarnya .


Sheila Asyikin yang berada di Unit Maklumat bergegas keluar dan mendapati , wap sejuk berhembus keluar daripada kawasan hutan .

Derianya dengan pantas dapat meneka akan lawan Ahmadi . " Dyrad . "


Siti Nursamawi dan rakan - rakannya yang lain juga telah berada di sisinya .


" Didie lawan siapa ni ? " Tanya Siti Hawa dengan agak pantas .


" Pakcik tengah lawan Kakak Seksi tu . " Kata Nurzaharah dengan jelas .


Vanessa Valarie yang berada di kawasan berhampiran berubah kepada Mode Manusianya dan terus berlari ke arah pertarungan Ahmadi dan Dyrad .

" Perempuan bodoh ni nak apa sebenarnya daripada Didie . " Bisik hatinya .


Ahmadi dan Dyrad saling menyerang dengan kelajuan yang amat pantas .

Sambil bertarung , sambil itulah mereka mengawal Tenaga Minda mereka untuk mengawal teknik Ular dan Harimau mereka .


Dyrad mengangakan mulutnya lalu , pintalan akar pokok keluar daripada mulutnya dan meluru ke arah wajah Ahmadi .


Ahmadi melompat - lompat ke belakang dan menghalakan tapak tangannya ke arah Dyrad .

Tiupan angin berais yang berhawa dingin keluar daripada tapak tangannya lalu mencumbu tubuh Dyrad dengan padu sehingga menyebabkan Dyrad tercampak ke belakang .


Dyrad bingkas bangun kembali lalu dia menemukan ke dua belah telapak tangannya dan kemudian , satu Entiti Elemen Nymph Flora Wanita menjelma .

Satu Entiti Elemen yang amat menggerunkan dan menakutkan .

Entiti itu membesar sehingga mencapai ketinggian bangunan setinggi tujuh belas tingkat .

Dyrad berdiri di atas bahu Entiti Elemen itu dan Entiti Elemennya itu pula mengeluarkan suaranya yang amat menakutkan .


Untuk menghadapi teknik Dyrad itu , Ahmadi menjelmakan Entiti Nymph Flora Ais dan Anginnya yang berketinggian sama .

Entiti Elemen Nymph Gabungan Elemennya itu mengaum memperdengarkan suaranya yang juga amat menakutkan .


Dari kejauhan , Sheila Asyikin dan semua rakannya dapat melihat kewujudan dua Entiti Nymph Flora yang berlainan Elemen itu .

Malah , seluruh Pahlawan Kerajaan Bersekutu juga dapat melihat akan fenomena itu .


" Apa tu ? " Tanya Ratni dengan jelas dan bersulamkan kegerunan pada nada suaranya . " Teknik Manipulasi Elemen ke tu ? "


" Bukan . Itu Teknik Elemen Semula Jadi . Nampaknya , abang dah terpaksa gunakan tahap dia yang sebenarnya . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas . " Mari . "


Sheila Asyikin dengan pantas berlari bersama dengan rakan - rakannya ke arah pertarungan Ahmadi dan Dyrad .


Dyrad melompat ke tanah dan Ahmadi turut melakukan tindakan yang sama .

Selepas itu mereka saling meluru ke arah masing - masing dengan pandangan yang menggerunkan sambil menjelmakan Pedang Nymph Flora masing - masing .


Sama seperti Ahmadi dan Dyrad , Teknik Nymph , Ular Gergasi dan Harimau mereka juga meluru ke arah masing - masing .


Bunyi Lagaan Pedang Elemen Ahmadi dan Dyrad kedengaran dari kejauhan .

Setiap lagaan mereka menghasilkan percikan cahaya elemen mereka .

Mereka beradu seni Permainan Pedang mereka yang bersulamkan Serangan Elemen yang mematikan .


Libasan Dyrad dapat dielakkan oleh Ahmadi namun , libasan yang menghasilkan Libasan Elemen itu telah menumbangkan begitu banyak pokok yang berada di sekitar itu .


Nurzahirah dan Nurzaharah yang berada di hadapan dengan pantas menghasilkan Medan Psikik untuk melindungi pasukan mereka daripada terkena Libasan Elemen Dyrad itu .


Letupan berlaku sebaik sahaja Libasan Elemen itu terkena Medan Psikik yang dihasilkan oleh Nurzahirah dan Nurzaharah sehingga menyebabkan mereka berdua terpelanting ke belakang .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan pantas menangkap Nurzahirah dan Nurzaharah .


" Kuatnya . " Kata Nurzahirah dengan jelas .


" Ini kekuatan Dyrad yang sebenar . Tak jauh beza dengan kekuatan Pakcik . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas .

Selepas itu , dipandangnya wajah Siti Nursamawi . " Siti bawa pasukan kita ni ke sana . Sheila akan tolong abang . "


Siti Nursamawi menganggukkan kepalanya dan selepas itu , Sheila Asyikin dengan pantas berlari sambil menjelmakan Baju Tempur Elemennya .


Vanessa Valarie dapat mengesan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang dilepaskan oleh Sheila Asyikin .

" Sheila pun ada . Baguslah . " Bisik hatinya .


Bilah Pedang Elemen Ahmadi dan Dyrad patah akibat pertembungan mereka .

Namun , itu bukanlah tanda yang pertarungan mereka akan berhenti .

Mereka saling menyerang antara satu sama lain dengan pantas dan padu .


Begitu juga dengan Teknik Elemen mereka yang saling menyerang .


Kawasan itu bergegar bagaikan dilanda gempa bumi .


Dari kejauhan , Sheila Asyikin dapat melihat pertembungan dua Cahaya Elemen yang saling menyerang .

Dia dengan pantas menjelmakan Sayap Elemennya yang besar , indah dan gagah .


Ahmadi dan Dyrad terseret ke belakang dengan wajah yang cedera .

Darah segar mengalir daripada bibir Dyrad sementara Ahmadi pula , darah pekat yang segar mengalir daripada dahi sebelah kirinya .

Mata mereka merenung ke arah masing - masing dengan renungan tajam mereka yang bersahaja .


Selepas itu , mereka lenyap daripada tempat mereka berdiri dengan pantas dan dalam sekelip mata , mereka muncul semula dengan tumbukkan kanan mereka saling bertemu dengan padu sehingga mencetuskan letusan dan percikan Elemen Warna dan Cahaya yang dahsyat .

Ketika tumbukkan mereka bertemu itulah , Cincin yang tersarung kemas pada jari manis tangan mereka memancarkan cahayanya .


Tindakan Ahmadi dan Dyrad itu juga turut dilakukan oleh Tenaga Elemen Entiti mereka yang menghasilkan gegaran yang amat kuat pada kawasan sekitar .


Semua Pahlawan Kerajaan Bersekutu yang melihat pertarungan dua Elemen Entiti itu berasa kagum kerana , ini adalah kali pertama mereka melihat akan pertarungan teknik Entiti Elemen .

Dan mereka juga mengenali akan Elemen Entiti milik Ahmadi yang memiliki perhiasan dahi yang menyerlahkan akan hiasan seni milik Kerajaan DiRaja Lagenos .


" Tak elok ni . Kalau nasib tak baik , tempat ni boleh musnah . " Kata Putih dengan tenang .


" Saya setuju dengan awak . " Balas Merowran dengan tenang . " Kalaulah , Dyrad terus memaksa Tuan Didie untuk guna Teknik Elemen Semula Jadi pada tahap ni . Tempat ni akan tunggang - langgang . "


" Teknik Semula Jadi yang kita lihat sekarang ni , teknik tahap tertinggi . Teknik Elemen Entiti . " Kata Paquine dengan lembut dan jelas . " Habis tu , awak nak kitorang buat apa ? "


Putih berdiri . " Arahkan semua rakan kita buat corak elemen kat permukaan tanah . Tapi bukan kat sini . Kat sekeliling . " Kata Putih dengan bersahaja lalu dia mula berjalan .


" Tsu . " Panggil Paquine ke arah Tatsumaki yang sedang berpeluk tubuh dan terapung - apung dan melihat ke arah pertembungan penumbuk Entiti Elemen itu .


" Apa ? " Tanya Tatsumaki sebaik sahaja dia tiba di hadapan Paquine .


" Panggil rakan - rakan Tsu ikut kitorang buat Corak Elemen kat sekitar kawasan ni . Kalau tak , risau kot - kot musnah tempat ni nanti . " Balas Paquine dengan tenang .


Tatsumaki menganggukkan kepalanya dan dengan segera memanggil semua rakannya .


Tenaga Elemen Warna dan Cahaya milik Dyrad yang terpancar keluar daripada Cincinnya itu diselubungi dengan satu pancaran Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang amat kuat bersulamkan Tenaga Misteri yang merupakan Tenaga Sumpahan yang dideritainya .

Tidak seperti pancaran cahaya Elemen Warna dan Cahaya yang terpancar keluar daripada cincin Ahmadi yang mana lebih kelihatan neutral .


Ketika Sheila Asyikin semakin hampir di kawasan pertarungan antara Dyrad dan Ahmadi , dia terkesan akan Tenaga Elemen Vanessa Valarie .

" Baguslah , Vael pun ada . " Kata hatinya dengan tenang .


Ahmadi menjelmakan satu corak unik yang amat abstrak pada lengan kanannya yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .

Dia kemudiannya , cuba untuk menyerap Tenaga Sumpahan itu ke dalam Cincinnya dan cuba untuk menjelmakan Corak Elemen yang sama pada tangan kanan Dyrad .


Wajah Dyrad yang semakin tersenyum seksi semakin menggerunkan .

Walaupun dia tersenyum , reaksi wajahnya amat menyeramkan .

Bebola matanya walaupun diwarnai oleh warna Elemen Warna dan Cahayanya yang pernah menjadi pujian oleh seluruh makhluk mitos pada suatu ketika dulu , telah pun diselubungi dengan warna kekejaman yang tidak dapat dihuraikan oleh kata - kata .


Bunyi Percikkan Elemen yang amat dahsyat terhasil ketika pertembungan dua tumbukkan itu semakin beradu kekuatan .


Pada ketika itulah , Sheila Asyikin dan Vanessa Valarie tiba .

Terperanjat mereka berdua ketika terlihat akan pertembungan itu dan juga ketika melihat kecederaan yang dialami oleh Dyrad dan Ahmadi .


" Jangan masuk campur dulu . Tinggu arahan aku . " Kata Ahmadi yang bergema di dalam minda Sheila Asyikin dan Vanessa Valarie .


Sheila Asyikin dengan pantas melenyapkan Sayap Elemennya dan menjelmakan Bayu Tempur Elemennya pada tahap yang sepatutnya .

Vanessa Valarie juga turut menjelmakan Baju Tempur Elemennya .


Selepas itu , Siti Nursamawi pula tiba bersama dengan semua rakannya .


" Jangan masuk campur dulu . Tunggu arahan Didie atau Sheila . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Ambil tempat masing - masing dan bersedia .


Sedar akan keadaan sekeliling , Dyrad tersenyum lalu menjelmakan puluhan daun - daun yang agak besar dan panjang yang terus sahaja melilit tubuh rakan - rakan Ahmadi .

Kecuali Sheila Asyikin , Siti Nursamawi , Vanessa Valarie , Nurzahirah dan Nurzaharah serta Stephen Akio Kenzo . Mereka sempat melarikan dan melepaskan diri mereka .


Stephen Akio Kenzo melompat ke atas dahan pokok dan terus melakukan Hand Sealnya dan kemudian , pancaran dan sambaran petir berdentam - dentum di udara .

Selepas itu , sambaran dan panahan - panahan petir menyambar pada lima arah di sekeliling tempat itu .

Kemudian , lima tugu Pahlawan persis Ninja dan Samurai yang mengenakan Topeng Shinigami ( Dewa Kematian ) menjelma dan terus menghasilkan Medan Elemen Petir untuk memisahkan kawasan pertarungan itu dengan kawasan sekeliling mereka .


Nurzahirah dan Nurzaharah pula dengan segera menjelmakan ribuan Rama - rama Elemen Banshee Psikik mereka dan membentuk Teknik Sembilan Tiang Seri Elemen Banshee mereka di sekitar tempat Elemen Entiti Dyrad dan Ahmadi bertarung .

Tiang - tiang Seri Elemen Banshee Psikik milik mereka itu memaparkan sembilan wajah Banshee mereka yang memaparkan sembilan jenis reaksi .

Senyum , Sedih , Menangis , Menjerit , Marah , Tertekan , Murung , Ketawa , dan Menjerit .

Reaksi - reaksi wajah yang terhasil itu amat mengerikan .


Menyedari akan hal itu , Dyrad meningkatkan Tenaga Dalamannya .

Terjaan angin menerpa dari segenap arah dan penjuru .


Dan pada ketika itulah , Ahmadi dan semua rakannya terperanjat kerana terdengar suara disebalik terjaan angin yang bagaikan tiupan badan taufan yang tiba - tiba sahaja menjelma itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience