Rate

BAB 20 KEUNIKAN PASUKAN ELIT YANG GILA

Fantasy Series 3820

" Jangan panggil saya dengan gelaran tu lagi . " Balas Lesas dengan sopan dan lembut . " Sekarang , saya hanya berstatuskan seorang bekas banduan . "

" Tahap kegilaan yang tersendiri . " Bisik hati Rissa dengan lembut . Matanya meneliti setiap personaliti anggota pasukan Ahmadi yang sedang berseronok dengan satu makhluk yang amat menggerunkan . Pada fikirannya , dia mesti dapat menebak akan sesuatu sekiranya dia menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap visual yang telah dijelmakan di hadapan matanya .

Damgo berlari dengan pantas di atas permukaan air laut . Sesungut yang menakutkan tiba - tiba menyerangnya dengan kelajuan yang amat luar biasa . Dia menahan serangan tadi dengan hanya menggunakan Tamengnya yang berukiran abstrak .

Kedudukan Damgo amat selari dengan salah satu mulut makhluk yang menyeramkan itu . Dia yang kelihatan tenang , melemparkan Pedangnya ke udara . Dia mengawal Pedangnya itu dengan tarian jari - jemarinya . Selepas itu , Pedangnya tadi dengan cermat dan pantas tersarung semula di dalam sarungya yang terletak kemas di belakang badannya .
Dia menjelmakan beberapa tumbuhan menjalar daripada kedua tapak tangannya . Pada setiap tumbuhan menjalar itu , memiliki hujung yang tajam dan bercangkuk . Hujung tumbuhan yang tajam itu menusuk di beberapa bahagian mulut makhluk itu .

" Awak tahu tak ?! " Jerit Damgo dengan sekuat hatinya . " Kitorang dah lewat untuk ke pulau tu ! "

Damgo dengan sekuat hatinya , menarik tumbuhan yang menjalar itu dengan sekuat hati sambil menjerit dan terlolong seperti orang yang kerasukan .
Dia menjerit dengan sekuat hati . Ketika dia sedang menarik tumbuhan yang telah pun terlekat pada bahagian mulut raksasa yang menggerunkan itu , sembilan lagi tumbuhan menjalar keluar daripada setiap tumbuhan yang dijelmakannya .

Tanpa terduga oleh akal fikiran yang logik , gigi raksasa yang menakutkan itu tertarik dan tercabut lalu menuju ke arah Damgo dengan kelajuan yang terlalu pantas . Dia dengan cekap mengawal gigi raksasa tadi dengan menggunakan gerakan tarian seni bela dirinya .
Tumbuhan menjalar yang dijelmakannya tadi dengan pantas berlingkar di gigi raksasa itu dan sejurus selepas itu pula , gigi raksasa tadi , terpecah - belah menjadi serpihan - serpihan yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis daun - daun kecil .
Dia dengan mudah , menghumban serpihan gigi raksasa itu ke arah mulut raksasa tadi yang telah pun berlobang dan mengerikan .
Sebaik sahaja tekniknya tertusuk kemas di sekitar mulut raksasa yang telah berlobang tadi , dia menggengamkan tangan kirinya lalu , jalur dan lingkaran cahaya yang berwarna Hijau dan Merah menjelma di sekitar mulut raksasa itu .

Mulut raksasa yang berlubang tadi , telah ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang pelik dan menarik .

Damgo tersenyum .

" Itu Teknik Bunga Nyawa . " Kata Lesas dengan nadanya yang jelas berbaurkan kekaguman . " Teknik Bunga Nyawa akan menyedut segala yang ada untuk dijadikan makanannya . "

" Tapi setahu saya ... " Sampuk lelaki tua yang dibantu oleh Ahmadi sewaktu di jeti . "... teknik ni dah hampir pupus . Kerana , ia memerlukan pelbagai pengorbanan untuk mempelajari teknik ini. Dalam 100 orang yang mempelajarinya , hanya sembilan orang je yang dapat menguasainya . Dan dalam sembilan orang itu pula , seorang pun belum tentu dapat memahirinya dengan sempurna . "

" Pakcik Oua , dalam usia macam ni pun , daya ingatan pakcik masih lagi kuat . " Kata Lesas sambil tersenyum .

" Hanya itu je salah satu daripada dua harta yang paling berharga yang tinggal untuk saya . " Balas Pakcik Oua dengan jelas sambil memeluk isterinya . " Dan , harta saya yang paling saya sayang ialah isteri saya . "

Sebaik sahaja semua yang berada di dalam kapal itu mendengar jawapan Pakcik Oua , mereka memandang dan memeluk ahli keluarga mereka yang tercinta .

" Saya teringin sangat nak tengok kehebatan Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka . " Kata Nezza sambil tersenyum .

" Awak mungkin takkan dapat lihat kehebatan Tuanku berdua sebab , Tuanku berdua tak suka sangat nak buat macam tu . " Balas Qoill . " Tuanku berdua lebih suka , melakukan serangan yang tiba - tiba je yang terlintas di fikiran mereka berdua . "

Rissa memandang ke arah Qoill lalu melekatkan kembali matanya di paparan visual . Dia berbisik sendiri . " Serangan yang dilancarkan menakutkan dan berbahaya tapi , serangan tu tak mencederakan rakan sendiri . Dan , mereka tahu bagaiamana nak cari peluang untuk menyerang dan tahu membuka peluang untuk mereka yang lain untuk melakukan serangan . Ini bermakna , mereka berhubung di antara satu sama lain . "

Satu letupan berlaku dari dalam laut dan selepas itu , satu sepit gergasi yang dipenuhi dengan Terititip yang pelbagai jenis tercampak ke udara .
Kemudian , Vanessa Valarie melompat ke udara . Dia yang berwajah jelita dan memililki bentuk seekor Ikan Duyung yang amat cantik dan sempurna berputar lembut di udara sambil menggerakkan ke dua belah tangannya .
Tujuh ekor ikan daripada air menjelma di sekitarnya lalu dilancarkannya ke arah raksasa gergasi itu .
Satu lagi letupan yang dahsyat berlaku .
Selepas itu , dikawalnya pula Sepit gergasi tadi dan terus melemparkan Sepit gergasi itu ke arah serangannya yang pertama tadi .

Sepit gergasi itu tertusuk ke tubuh makhluk yang menakutkan itu dan menyebabkan , makhluk itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan . Suara itu bergema ke segenap penjuru .

Vanessa Valarie menjunam semula ke dalam laut . Dan selepas itu , pelbagai lagi jenis serangan muncul di atas permukaan dan dalam air hasil daripada serangan yang dilancarkan oleh Pasukan Vanessa Valarie .

Kemunculan Vanessa Valarie tadi amat mengejutkan para penumpang di dalam kapal .

" Ikan Duyung tu sekutu kita ke ? " Tanya Nezza dengan nada yang terpegun dan terperanjat . " Setahu saya , Ikan Duyung amat bencikan kita yang tinggal di darat. "

" Kebencian tu bukannya datang dari puak Ikan Duyung yang menjadi sekutu kita . Ia datang daripada puak yang lain . " Balas Veip dengan jelas.

" Kalau awak semua nak tahu... " Pintas Flaiva dengan lembut sambil tersenyum . " ... Puteri Ikan Duyung tadi merupakan antara rakan terawal Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka sejak dari Dunia Manusia lagi . "

Tiba - tiba , Sesungut yang besar dan pelik keluar daripada permukaan laut dan terus membelit Dinding Psikik Permaisuri Fiirapi .

" Pergi potong sesungut tu ! " Jerit Ahmadi dengan lantang.

Tanpa banyak bicara , Damgo bersama tujuh orang rakannya melompat ke arah Dinding Psikik itu namun belum sempat lagi mereka melakukan sebarang tindakan apa - apa , sesungut tadi hancur berkecai . Seperti dicincang oleh sesuatu .

Ahmadi melontarkan pandangannya ke satu arah . Kelihatan Putih , Paquine dan Merowran sedang terapung - apung di udara dalam keadaan yang seperti baru sahaja melancarkan serangan .
Tujuh orang lagi rakan - rakannya yang lain berada di posisi mereka . Di sekitar bahagian luar Dinding Psikik milik Permaisuri Fiirapi dalam posisi yang telah pun bersiap sedia .

" Aku sayangkan pasukan ni . " Kata Ahmadi sambil tersenyum .

" Nampaknya , kita takkan dapat menunjukkan kekuatan kita kerana , mereka yang kat luar tu , lebih tangkas daripada kita . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

" Itu ke kekuatan pasukan DiRaja ? " Tanya Lesas dengan nada yang berbaurkan kekaguman .

" Itu baru sikit je . " Sampuk. Flaiva sambil tersenyum .

Makhluk yang mengerikan itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan . Tiba - tiba , pelbagai makhluk yang berlendir muncul dari permukaan laut . Makhluk yang berwarna Hijau Kehitaman .

" Aku tak sukakan benda ni . " Bisik Ahmadi di dalam hatinya . Dia yang berada di atas badan makhluk yang mengerikan itu dengan segera menghubungi Putih . " Putih , arahkan rakan - rakan kita yang mahir dalam serangan jarak jauh buat pertahanan kat Dinding Psikik Permaisuri . "

Tanpa berlengah , Putih dengan pantas menghubungi rakan - rakannya yang mahir dalam serangan jarak jauh . Tidak lama selepas itu , satu barisan pertahanan terhasil .

" Serang Hanmon tu ! " Arah Putih dengan lantang . " Dan pastikan , makhluk celaka tu takkan sampai ke sini ! "

Kedudukan makhluk gergasi itu semakin hampir dengan kedudukan Kapal Diraja .

Ahmadi berlari di atas makhluk gergasi itu dengan wajah yang semacam dan menyampah . " Bangang betullah . Aku kena buat sesuatu untuk bunuh si busuk ni kalau tak , berkemungkinan besar bag pakaian aku dan Anak Patung gila tu mesti dah ada kat luar pintu dah . Budak Rissa tu pun lama pula dia nak keluar . "

Sheila Asyikin sedang memotong lagi dua sesungut makhluk gergasi itu . " Abang pun mesti dah tak sedap hati sekarang ni . Kalaulah si busuk ni tak mati dalam masa terdekat ni , alamatnya , memang keluarlah abang dan In dari rumah . In harap , Rissa tu boleh keluar tak lama lagi . "

" Raksasa tu semakin dekat . Pergerakan dia perlahan sebab dia dah kena rantai oleh Tuanku Pawana tadi . " kata Rissa dengan perlahan di dalam hatinya .

Putih yang sedang terapung - apung di udara memandang ke arah Ahmadi dan Sheila Asyikin . " Apa kenalah dengan Tuan aku ni . Kenapa tak bunuh je makhluk ni . Tuan Didie ni pun semacam . Dia tak gunakan kekuatan teknik rantai dia tu yang sebenar . Apa pula dia nak tunggu kali ni . "

Salah satu daripada banyaknya mulut raksasa itu terbuka luas dan memperlihatkan bulatan gigi yang berlapis yang amat mengerikan . Satu cahaya terpancar . Cahaya itu dihalakan ke arah Permaisuri Fiirapi .

" Baru kau nak menyerang ke ? " Bisik Ahmadi di dalam hatinya lalu dia berlari ke bawah dan mempertemukan ke dua belah tapak tangannya .

Kesemua anggota pasukan Ahmadi yang mengawal Kapal DiRaja yang menempatkan Permaisuri Fiirapi dan para penumpang dengan pantas meningkatkan tenaga dalaman mereka .

Ketika cahaya yang dihasilkan itu telah pun menjadi Bebola Air yang berwarna Biru Kehitaman , tiba - tiba sahaja air laut terpancut ke udara dan terus masuk ke dalam mulut raksasa itu dari segenap penjuru dan selepas itu pula , air tadi dengan sepantas kilat menjadi beku . Menjadi ais yang amat keras dan amat dingin .
Tidak lama selepas itu , Ais yang telah membeku di dalam mulut raksasa itu meletup dan telah menyebabkan , mulut raksasa itu menjadi berlubang . Dan amat menyeramkan keadaannya .

Tidak cukup dengan itu , Sheila Asyikin menghasilkan satu Bebola Api yang amat pantas hanya dalam masa yang amat singkat . Dia menendang Bebola Api tadi dengan kuat ke arah serangan Ahmadi tadi yang telah menyebabkan satu lagi letupan berlaku .

Membesar mata Lesas sebaik sahaja melihat akan serangan yang dilakukan oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin . " Macam mana Tuanku berdua boleh hasilkan serangan yang besar macam tu ? Serangan macam tu , memerlukan masa yang agak lama kerana serangan itu bukannya serangan yang biasa . "

Makhluk - makhluk kecil yang dihasilkan oleh raksasa gergasi itu berlari dengan pantas dan menyerang setiap anggota pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Namun , satu keadaan yang tidak diduga berlaku . Kesemua makhluk kecil itu tidak dapat meneruskan serangan mereka kerana mereka seperti sedang terkurung di dalam sebuah bekas yang tidak kelihatan .

Tidak lama selepas itu , satu persatu makhluk - makhluk kecil tadi terjelopok ke atas permukaan air dengan leher yang seperti dipulas dan dicekik dengan kasar .

Hose yang melihat kejadian itu turut terperanjat . " Ini serangan Psikik . Tapi , serangan ni tak cukup kuat . Serangan ni sepatutnya mampu menghancurkan makhluk bodoh ni . "

" Kucina ... " Kata Witchie dengan lembut .

" Ya , ya . Saya nampak . " Sahut Kucina dengan jelas .

Tatsumaki yang sedang terapung - apung di udara juga turut merasakan sesuatu yang menendang benaknya . " Ini serangan Kisaran Maut Psikik . Tapi , ia tak cukup kuat . "

Permaisuri Fiirapi tersenyum dan berbisik di dalam hatinya . " Nampaknya , ada seorang pahlawan yang berada di dalam Kapal ni yang perlu diasah bakatnya . "

Tiba - tiba Flaiiva bersuara . " Mana budak perempuan tu ? "

" Maksud awak Rissa ke ? " Tanya Veip .

Rissa muncul di hadapan barisan anggota pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin yang mengawal Kapal Diraja dengan tangannya dihalakannya ke hadapan . Matanya memancarkan cahaya yang berwarna Putih Kemerahan berlembayung jernih.

" Budak perempuan tu ... " Kata Paquine dengan lembut . "... apa yang dia fikirkan dengan keluar kat sini ? "

" Dia nak jadi macam kita . " Sahut Merowran . " Sebab tu dia keluar . Dia nak buktikan , walaupun dia lemah dan amat jauh di belakang kita , dia masih boleh lakukan sesuatu untuk membantu kita kat luar ni . "

Satu lagi bebola tenaga dihasilkan oleh raksasa itu namun , bebola tenaga itu seperti terhalang oleh sesuatu . Bebola tenaga itu seperti terganggu .

Witchie memandang ke arah Rissa dan melihat , wajah Rissa berkerut dan sedang bermandikan peluh . Wajahnya juga kelihatan pucat .

Rissa jatuh ke permukaan air namun , dia sempat disambut oleh Tatsumaki yang tiba - tiba sahaja muncul di hadapan Rissa .

Tatsumaki memangku Rissa . Darah mengalir dari hidung , mata , dan ke dua belah telinga Rissa .

" Saya nak jadi anggota pasukan Tuanku . " Kata Rissa dengan lemah . Nadanya bergetar .

" Semua berlindung ! " Kata Ahmadi lalu dia turun ke permukaan air dengan kelajuan yang amat pantas . Dia berdiri di hadapan raksasa itu lalu , tujuh bulatan cahaya yang berwarna Biru , Biru Muda dan Putih yang bercorak abstrak terpancar . Ditumbuknya permukaan laut dengan sekuat hatinya lalu , letupan yang amat kuat terhasil sehingga menyebabkan , raksasa itu tercampak tinggi ke udara .
Dia mengalakan tangan kanannya ke udara lalu , tujuh tunggul ais yang amat besar menahan raksasa tadi daripada jatuh semula ke dalam laut .
Selepas itu , digenggamnya tapak tangan kanannya lalu ,tujuh batang tunggul ais tadi mengeluarkan rantai - rantai yang mengikat raksasa tadi dengan kuat .
Tidak cukup dengan itu , dia menghayunkan tangannya di dari dari atas ke bawah lalu , Sebilah Pedang Angin muncul di udara dan terus menikam raksasa yang mengerikan itu .

Sheila Asyikin mengapungkan dirinya di udara . Tujuh lingkaran unik dan abstrak terhasil di bawah tempat dia terapung . Dia mengangkat ke dua belah tangannya lalu , tujuh semburan api yang amat panas terpancut dari dalam laut dan terus membakar gergasi yang telah terantai tadi .

Putih bersama - sama dengan Paquine dan Merowran dengan segera terbang untuk mengawal serangan Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Pergerakkan mereka terlalu pantas sehinggakan , hanya warna dan cahaya elemen mereka sahaja yang kelihatan .
Putih terbang mengelilingi raksasa yang terbakar itu dengan mengikut putaran arah jam manakala Paquine dan Putih pula mengikut arah yang berlawanan .

Vanessa Valarie muncul di belakang Ahmadi lalu bulatan elemen air dan ais yang abstrak muncul di sekitar tempat mereka .
Dia menemukan kedua belah tapak tangannya manakala Ahmadi pula menghalakan tapak tangannya ke udara .

Satu sangkar yang pelik tiba - tiba keluar dari dalam laut dan memenjara gergasi yang telah terbakar itu . Kemudian , tiga serampang gergasi keluar daripada dalam laut dan berputar di udara sebelum tertusuk di badan gergasi itu .

Sheila Asyikin muncul dan melutut di hadapan Ahmadi . Dia mempertemukan dan menggenggam erat tangannya . Selepas itu , beribu - ribu Bilah Api yang berwarna Merah berjalur Biru muncul di udara lalu memotong , menghiris dan mencincang badan makhluk gergasi yang telah terbakar tadi .

Melihat akan keadaan itu , seluruh anggota pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin melancarkan teknik - teknik terkuat mereka .

" Kesemua teknik - teknik yang mereka lancarkan ... " Kata Lesas dengan perlahan . "... Teknik memanipulasi Elemen . Satu teknik yang terlalu sukar untuk dikuasai . "

" Itu kehebatan para anggota Pasukan DiRaja . " Balas Coill dengan tenang sambil tersenyum .

Pada ketika itu , satu makhluk yang berasal daripada Puak Misteri yang tinggal di atas awan melihat ke arah pertarungan itu . Dan mata mahkluk itu , melihat ke arah Putih . " Putih . "

Tidak lama kemudian , api beransur - ansur padam manakala badan gergasi itu pula jatuh berketul - ketul ke laut dengan api dan bara yang masih menyala .

Putih berhenti daripada mengelilingi badan gergasi yang telah pun hangus terbakar .
Begitu juga halnya dengan Paquine dan Merowran .

" Dah , semua naik ke kapal . Kita teruskan perjalanan kita . " Arah Ahmadi dengan tenang . Tiba - tiba , dia membuat reaksi wajah yang semacam sebaik sahaja dia terlihat akan Sheila Asyikin dan Vanessa Valarie yang saling berpandangan .
Dia memanggil Putih . " Rawat Rissa . Pulihkan tenaga dia . Aku nak Witchie yang rawat dia . "

Putih menganggukkan kepalanya .

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Pada ketika itu , Nurzahirah sedang duduk bertongkat dagu di atas meja . Dia mengeluh . Buku kerja kursusnya telah pun siap namun pada riak wajahnya , tertera wajah yang kebosanan .
Dia terkejut kerana pipinya dicucuk .

" Kak Siti ni ... " Kata Nurzahirah dengan lembut . " ... kejut Rara . Kalau Rara ada sakit jantung , mungkin dah berbuih mulut Rara . "

Siti Nursamawi melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu membetulkan rambutnya yang jatuh sedikit menutupi dahinya dan tersenyum . " Berbuih je kan . Bukannya mati . "

" Akak ni , tak pegi keje ke ? " Tanya Nurzahirah .

" Akak Off-lah . " Balas Siti Nursamawi . " Keje kursus Rara dah siap ke ? "

" Dah . Baru je siap . " Balas Nurzahirah . " Tunggu tiga hari ni , macam tunggu tiga tahun . Mesti Uncle dan Kak Sheila tengah seronok kat tempat lain . "

" Kat tempat lain mendenyer . Diorang tu kat Dunia Mitoslah . " Balas Siti Nursamawi dengan jelas . " Diorang berdua tu mesti ada keje yang diorang buat kat sana . "

" Mana akak tahu ? " Tanya Nurzahirah .

" Akak tahulah . Ini akaklah . Siti Nursamawi . Kalau akak cakap diorang kat Dunia Mitos , maknanya memang diorang ada kat sanalah . Kalau diorang cakap diorang nak ke sana pun , automatic akak percaya . " Jawab Siti Nursamawi .

Mak Teh Sanggul keluar dari pintu sambil membawa dulang yang berisikan sedikit minuman dan kuih . " Siti ni . Dari dulu lagi tak berubah perangai . Tetap percaya je apa yang diorang cakap . "

" Mak Teh , Siti akan tetap percayakan diorang walau apa pun yang terjadi . " Kata Siti Nursamawi lalu mengambil gelas yang berisikan Jus Oren dan meminumnya sehingga habis . " Diorang tu , memang kat Dunia Mitos sekarang ni . Percayalah cakap Siti ni . "

Nurzahirah tergelak kecil . " Kak Siti ni , cara bercakap dah macam Kak Sheila dah . "

" Eh , mestilah . " Balas Siti Nursamawi . " Kitorang kawan dah lama tau . Dari zaman sebelum tadika lagi . Dulu kitorang bertiga je . Lepas tu , barulah kenal dengan diorang yang lain tu . "

Nenek Diana muncul dari pintu . " Dengarlah cakap Siti tu . Biar bertambah lagi orang gila kat rumah ni . Kalau Hospital Mental tak nak terima korang takpe , rumah ni ada tempat untuk korang . "

" Mak ni nak ke mana ? " Tanya Mak Teh Sanggul . " Dengan bau perfume . "

" Mak nak pergi pasar . " Jawab Nenek Diana . " Bapa budak gila berdua tu nak makan ayam masak merah katanya . "

" Nak pergi pasar pun pakai minyak wangi ke ? " Sampuk Nurzahirah perlahan .

" Onyang nak pergi dating dulu sebelum pegi beli ayam tu . Rara jangan nak sibuk . Rara tu bawah umur lagi . Rara tak faham . " Jawab Nenek Diana dengan nada yang bersahaja sambil menuruni tangga dengan perlahan - lahan . " Dah , nanti korang tolong buat apa yang patut kat dapur tu . "

" Eleh , sorang bapa budak gila tu anak mak juga . " Kata Mak Teh Sanggul .

" Sebab tu mak cakap tadi , rumah ni akan tetap terima korang kalau Hospital Mental tak nak terima korang . " Jawab Nenek Diana lagi .

" Takkan nenek nak pergi naik Bas ? " Tanya Siti Nursamawi dengan nada yang agak kuat . " Takpe , Siti boleh hantar dan temankan nenek . "

" Siti jangan nak mengade - ngade . " Balas Nenek Diana . " Ingat nenek tak tahu , Siti nak mengelak daripada buat kerja dapurkan . Dah , pergi tolong Mak Teh . Ajak Rara tu sekali . "

Siti Nursamawi tersengih sambil memandang ke arah Mak Teh Sanggul lalu membelai sanggul yang terduduk kemas . " Siti temankan Mak Teh kat dapur ye . Sayang Mak Teh . "

Mak Teh sanggul dengan pantas mencubit pipi tembam Siti Nursamawi sehingga menyebabkan Nurzahirah tertawa .

Tiba - tiba , Nenek Diana terlihat akan seekor Anjing menghidu - hidu tong sampah . " Anjing tak guna ! Kau yang selalu selongkar tong sampah tu ! "

Nenek Diana mencapai sebiji Pasu lalu dilemparkannya Pasu itu ke arah Anjing tadi .
Terpekik Anjing itu sebaik sahaja Pasu yang dilemparkannya tepat mengenai bahagian belakang Anjing itu . " Jangan datang lagi ke rumah aku ! Pergi selongkar sampah rumah orang lain ! "

" Nenek Diana tu tak tahu ke yang DNA gila tu , sebenarnya datang dari dia ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas tetapi perlahan .

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

" Korang yakin sangat ke yang Sayap Peganiex tu , sebenarnya diorang semua ? " Tanya Pendekar Bayu dengan perlahan sambil bertongkat dagu dengan wajah yang semacam . " Kitorang macam tak yakin sangatlah . "

" Uncle pun rasa macam tu . " Celah Pendekar Bara dengan nada yang bersahaja . " Diorang tu cuma setakat budak - budak gila jelah . "

" Kitorang yakin yang diorang semua tu sebenarnya adalah Sayap Peganiex . " Jawab Siti Khumairah . " Daripada bukti dan siasatan yang kitorang lakukan , kitorang yakin . Mereka tu semua adalah Sayap Pegainex . "

" Macam mana korang nak buktikan kat kitorang semua yang diorang semua tu adalah Sayap Peganiex ? " Tanya Dato' Panglima Keris Lok Tujuh .

Siti Khumairah saling berpandangan dengan Siti Nurjannah dengan Hagia Sofea .

" Kami perlukan bantuan untuk buktikan yang diorang tu sebenarnya adalah Pasukan Sayap Peganiex . " Jawab Siti Nurjannah dengan jelas .

" Bantuan yang macam mana ? " Tanya Pendekar Bara .

" Tolong berlakon . " Jawab Hagia Sofea .

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Suasana di sebuah Pulau kelihatan sesak dan hiruk - pikuk . Kelihatan kapal - kapal besar sedang berlabuh di jeti - jeti . Pada satu kawasan pula , tersadainya Kapal - kapal Lanun . Sama ada masih dalam bentuk yang elok ataupun dalam keadaan yang rosak kerana terbakar dan meletup .

Nezza memandang ke kawasan Pulau dan Rumah - rumah di kawasan yang dilewatinya dengan pandangan yang amat gembira . Bauan segar mengisi dadanya . " Cantiknya tempat ni . "

Suara keriangan bersahut - sahutan . Sama ada suara budak kecil mahupun suara orang dewasa . Semuanya mengisi ruang udara . Menambahkan lagi gembiranya suasana .

Nezza bersama ahli keluarganya berjalan dengan agak pantas kerana kegembiraan untuk mencari rumah baru mereka . Di tangan Nezza , terdapat satu nombor . Nombor rumah .
Tidak lama kemudian , dia tiba di hadapan satu rumah yang sederhana besar .

" Nezza ! " Panggil Lesas dengan agak kuat . " Kita berjiranlah ! "

Nezza hanya tersenyum gembira . Dia melihat pada rumah di hadapannya . Kelihatan Pakcik Oua dengan isterinya manakala di rumah sebelah kanannya pula adalah rumah milik Rissa .

Dalam suasana yang diselimuti oleh kegembiraan dan keceriaan itu , Ahmadi dan Sheila Asyikin muncul .

Nezza dan semua yang berada di situ dengan segera melakukan gerakan hormat .

" Dah berapa kali pesan , jangan buat macam ni . Kitorang tak berapa suka . " Kata Ahmadi lalu dia mengarahkan semua yang berada di situ berdiri semula .

" Suka tak rumah baru ni ? " Tanya Sheila Asyikin . " Dia takdelah cantik sangat tapi , Sheila harap awak semua suka . "

" Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka . " Balas Lesas sambil tersenyum lebar . " Patik sekalian amat sukakan rumah ni . Rumah ni besar dan ia memang amat cantik . "

Ahmadi dan Sheila Asyikin tersenyum gembira .

" Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka . " Kata isteri Pakcik Oua dengan nada yang bergetar namun , di bibirnya terukir sebuah senyuman . " Tadi , masa hamba sekalian masuk ke sini , Pegawai Istana ada berkata , dalam rumah ni telah tersedia segala keperluan . Baik pakaian , peralatan rumah dan isi kelengkapannya termasuklah barang - barang makanan . "

Ahmadi dan Sheila Asyikin menganggukkan kepala mereka sambil tersenyum .

" Sudilah kiranya , Tuanku berdua mencemar duli untuk makan di rumah hamba yang hina ini . " Pelawa isteri Pakcik Oua . " Sebagai tanda terima kasih daripada hamba dan suami hamba . "

" Tapi , nenek tak sihat . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut .

" Sekiranya untuk Tuanku berdua , hamba akan jadikannya ubat untuk hamba gagahkan diri . " Balas isteri Pakcik Oua .

" Hamba juga akan bantu . " Sampuk Carla , isteri Nezza dengan nada yang gembira .

" Sekiranya tidak keberatan , hamba juga akan hulurkan tangan . Sudilah makan bersama hamba sekalian . " Kata Loura , isteri Lesas .

Ahmadi tersenyum lebar lalu memandang ke arah Sheila Asyikin yang juga sedang tersenyum .

" Baiklah . Sheila pun akan tolong . " Kata Sheila Asyikin dengan nada kebudak - budakkannya .

Di satu kawasan , kelihatan Putih sedang berdiri di atas Jeti sambil melihat ke langit . Ke arah satu awan yang besar . Matanya jelas memperlihatkan warna matanya yang unik . Biru , Perak dan Putih .
Dia mengingat kembali sewaktu dia sedang melancarkan serangan bersama - sama dengan Paquine dan Merowran . Dan juga sewaktu mengawal serangan Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Dia perasan bahawa dirinya sedang diperhatikan dari atas awan itu .
Dia mengeluh . " Kita terpaksa berjauhan . Tapi , kalau sayangkan saya , kenapa tak pernah sekali pun jenguk saya kat bawah ni ? "
Dia memandang ke bawah . Biasan wajahnya terpancar di atas permukaan air . Lalu , biasan wajahnya itu bertukar menjadi wajahnya yang sebenar . " Hanya kerana saya berbeza daripada yang lain , saya disisihkan . "
Dia memejamkan matanya . Wajahnya dielimuti dengan kesedihan . Air wajahnya muram . Dia mendongakkan semula kepalanya dan membuangkan pandangannya ke awan tadi . Dan tersenyum walaupun senyumannya itu , berlapiskan tangisan dan rintihan kerinduan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience