BAB 90 - BERTEMU SEMULA

Fantasy Series 4007

Letupan yang dihasilkan oleh Edy dan rakan - rakannya yang muncul secara tiba - tiba itu , telah mengakibatkan kawasan itu seperti diletupkan beberapa biji bom yang amat kuat .

Gegaran dapat dirasai sehingga berkilo - kilo meter jauhnya .


Jendela - jendela dan cermin - cermin kaca yang menghiasi di pelbagai sisi dan sudut yang terdapat pada bangunan - bangunan sekeliling , pecah berderai dan ada bangunan yang mengalami keretakan .


Semua itu dapat disaksikan menerusi siarang lansung yang menyebabkan , semua yang menonton tergamam dan terkesima .

Terkedu untuk berkata - kata . Hanya bibit kebencian terhadap Prof . Zenderall semakin bercambah .


Selang beberapa detik kemudian , keadaan mula kembali tenang .

Asap mengisi ruang udara bersulamkan bunyi ' alarm ' yang membingitkan telinga .


' Ahmadi ' dan ' Sheila Asyikin ' melibaskan tangan mereka untuk melenyapkan asap yang tebal yang telah menghadkan jarak penglihatan mereka .

Asap - asap tebal itu tidak mampu untuk diakses menurusi penghadang wajah mereka kecuali , hanya dapat mengesan bergerakkan sahaja .


Sebaik sahaja asap - asap tebal itu ditendang angin , mereka terperanjat melihat kemusnahan yang terpampang di hadapan mereka .


Beberapa kawah yang agak dalam terhasil dan kenderaan - kenderaan pula , tunggang dan terbalik .

Cermin - cermin bangunan juga telah rompong .

Beberapa helikopter pula ada yang tersangkut pada tingkat bangunan dan mengeluarkan asap .

Namun , apa yang lebih memeranjatkan adalah , beberapa anggota keselamatan yang diarahkan oleh ' Ahmadi ' untuk mencari perlindungan pada jarak 100 meter pada awal sebelum letupan tadi , telah terkorban akibat dihempap oleh beberapa biji kenderaan yang terpelanting ke arah mereka .


Semua yang melihat keadaan itu menerusi TV Cahaya mereka , juga turut tergamam .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzaharah terundur ke belakang kerana dia diserang oleh dua orang Pahlawan Musuh yang memiliki Banshee Psikik .


Nurzaharah melenyapkan Teknik Cemetinya dan mengaktifkan Tenaga Banshee Psikiknya .

Banshee Psikiknya yang kelihatan seperti Pontianak menjelma dengan mata kiri yang memancarkan cahaya Elemen yang berwarna Merah , Jingga dan Kuning .


Nurzahirah mendarat pada sisi kanan Nurzaharah dan terus sahaja menjelmakan Banshee Psikiknya .

Banshee Psikiknya juga hampir sama dengan Banshee Psikik Nurzaharah . Kelihatan seperti Pontianak namun , berbeza pada bahagian pakaian kerana , Banshee Psikik Nurzahirah kelihatan amat Putih berbanding Banshee Psikik Nurzaharah yang kelihatan lusuh dan menakutkan .


Juga berbeza pada warna kulit . Warna kulit Banshee Psikik Nurzahirah berwarna Putih dan Biru .Seperti lebam dan pucat warnanya .

Sementara milik Nurzaharah pula , kelihatan Merah dan sedikit kehitaman serta pucat seperti mayat .


Berbeza dengan Banshee Psikik musuh , Banshee Psikik Nurzahirah dan Nurzaharah tidak bersambung dengan tubuh mereka .


Shaja dan Shaza masing - masing berdiri di atas bahu kanan dan kiri Nurzahirah dan Nurzaharah , membukakan kesemua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka .


Dua Pahlawan musuh tadi mengarahkan Banshee milik mereka ke arah Nurzaharah dan Nurzaharah .


Nurzahirah dan Nurzaharah juga mengarahkan Banshee Psikik mereka meluru ke arah Banshee Psikik musuh sementara mereka berdua pula , menyasarkan kepada tubuh musuh mereka .


Banshee Psikik Nurzahirah dan Nurzaharah saling menjerit dan bercakaran serta bergelut dengan pergerakkan yang amat menakutkan dengan Banshee Psikik musuh mereka .


Nurzahirah dan Nurzaharah pula , saling bertarung dengan musuh mereka .

Agak sukar untuk mereka menyerang musuh mereka kerana , Tali - tali Elemen Warna dan Cahaya Banshee Psikik musuh mereka yang bersambung dengan tubuh musuh mereka , yang juga mampu untuk melancarkan serangan .


" Shaza . Awak sasarkan serangan awak kat bahagian Tali Elemen kat belakang pinggang keparat ni . " Kata Nurzaharah dengan jelas .


" Baiklah . " Balas Shaza lalu , dia mula menyasarkan serangannya ke arah yang dimaksudkan oleh Nurzaharah .


Rissa melibaskan tangannya lalu , puluhan Bilah Elemen memotong ke semua badan musuh yang berada di hadapannya .


Mandy Chong Wei Tze menghasikan Lima Bulatan Corak Elemen pada bahagian sisinya dan terus melancarkannya kepada musuh - musuh mereka .


Siti Aisyah telah turut di Medan Perang . Dia melepaskan anak - anak Panah Elemennya berselang dengan serangan fizikalnya terhadap musuh - musuh mereka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Kemusnahan yang berlaku di hadapan kita ini sukar untuk dibayangkan . Ia bagaikan berada di medan perperangan . " Lapor wartawan dengan nada sendunya .


Kelihatan Anggota Sayap Peganiex membantu mengumpulkan mangsa yang tercedera dan ada juga yang memadamkan api dengan menggunakan kelebihan mereka .


" Sayap Peganiex turut sama membantu untuk menempatkan anggota keselamatan kita yang cedera . " Kata Ketua Polis Dunia Manusia apabila ditanya oleh Wartawan . " Saya yakin bahawa , sekiranya mereka tidak tiba di sini , kemusnahan yang berlaku , akan lebih teruk lagi . "


' Ahmadi ' bersama dengan rakannya , yang menuju ke arah kenderaan mereka , diserbu oleh wartawan - wartawan .


" Encik , Encik , apa pandangan Encik akan keadaan yang sedang berlaku sekarang ni ? " Tanya salah seorang wartawan kepada ' Ahmadi ' . " Apakah Prof . Zenderall akan berjaya ditangkap ? "


" Buat masa sekarang ni . Jangan dulu buat andaian . Serangan yang berlaku tadi sebenarnya , bukan dilakukan oleh Prof . Zenderall seorang tapi , lebih daripada seorang pelaku . Kitorang akan siasat apa kaitan antara diorang tu semua . " Balas ' Ahmadi ' dengan suara EVSnya . " Soal berjaya atau tak tu . Sama seperti kes berprofile tinggi sebelum ni , kitorang akan cuba tangkap dia secepat yang mungkin . "


" Tapi , macam mana pihak Encik nak tangkap dia sedangkan , dia mampu untuk buat kemusnahan yang macam ni ? " Tanya salah seorang Wartawan lagi .


" Kitorang akan cuba elakkan daripada dia lakukan perkara macam ni lagi . Memandangkan dia dan kitorang adalah sama . " Balas ' Ahmadi ' dengan tenang .


Selepas saling bersoal jawab , Sayap Peganiex meninggalkan kawasan itu .


Ahmadi dan semua rakannya memutuskan hubungan Tenaga Elemen mereka .


" Berat betul dugaan kita masa - masa nak dekat nak raya ni . " Kata Aivira dengan jelas dan tenang . " Minggu depan dah raya . "


" Ini ' kut ' rasanya erti sebenar seorang pejuang . " Kata Adam dengan tenang .


" Apa yang kita nak buat sekarang ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .


" Kat Dunia Manusia , kita kena ikut cara arus keadaan kat sini . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan manja . " Kat Dunia Mitos pula , kita ikut arus keadaan kat sana . "


" Kat dunia ni , kita kena cari Edy dan Zen . Kalau tak silap aku tadi , Linda datang dan selamatkan Zen . Aku tak rasa diorang kenal . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Sekarang ni , kita pergi ke Dunia Mitos . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Rissa melompat ke udara dan terus menjunam ke darat sambil menghempaskan Tongkat Grififinnya ke tanah .

Corak - corak unik dan abstrak terhasil di atas permukaan tanah lalu , letupan yang menghasillkan bilah - bilah angin terhasil .

Letupan demi letupan berlaku telah menggegarkan kawasan perperangan itu .


Tidak cukup dengan itu , Rissa memusingkan Tongkat Griffinnya ke udara dan kemudian , dicucukkannya ke tanah lalu , puluhan angin - angin yang tajam , keluar dan terus menikam dan menembusi lawan - lawan mereka .


Siti Aisyah berlari dengan pantas sambil dia menjelmakan bulatan Elemen Elektrik dan Petir pada kedua belah tapak tangannya .

Setiap serangannya yang berbahaya telah menumpaskan lawan - lawan mereka .

Kemudian dia , melompat ke udara lalu , badannya memancarkan arus Elektrik yang jelas kelihatan menakutkan .

Tidak terhenti sekadar itu , panahan - panahan Petir memanah tubuhnya sehingga matanya juga memercikan arus Elektrik dan Petir yang berwarna Kuning , Hijau dan Indigo dan Ungu .

Dia mendepakan kedua belah tangannya dan selepas itu , puluhan panahan petir menyambar musuh - musuh mereka .


Tatsumaki mengapungkan ramai di kalangan musuh mereka . Ada yang ' diremuk ' dan ' dikecutkannya ' , dan ada juga yang dicampakkannya ke arah kawasan serangan Siti Aisyah .


Shaza berjaya memutuskan sambungan Elemen Banshee Psikik pada bahagian pinggang musuhnya .


Banshee Psikik Nurzaharah mengapungkan Banshee Psikik lawannya ke udara dan selepas itu , diremukkannya dan dijadikannya bulat dan keadaan itu amat menggerunkan untuk disaksikan .

Selepas itu , Banshee Psikik Nurzaharah mengangakan mulutnya dengan seluas - luasnya dan keadaan itu amat menggerunkan .

Banshee Psikik Nurzaharah menelan Banshee Psikik musuh dan mengunyahnya dalam keadaan yang menggigil dan terketar - ketar .


Dengan sekali libas , serangan Nurzahirah dan Shaja juga telah berjaya memutuskan sambungan Banshee Psikik daripada musuh mereka .


Melihat keadaan itu , Banshee Psikik Nurzahirah , dengan mata yang terpejam namun , tersenyum , dengan bibir yang juga tersenyum , Banshee Psikik Nurzahirah itu terus sahaja menerkam ke arah batang leher Banshee Psikik musuh dan mencarik - cariknya .

Bagaikan Singa buas yang kelaparan yang sedang membaham mangsanya .

Tidak terhenti setakat itu , Banshee Psikik Nurzahirah mengapungkan Banshee Psikik musuh di hadapannya dan terus menyerang bahagian dada kiri Banshee Psikik musuh sehingga tembus .

Selepas itu , Banshee Psikik Nurzaharah mengecutkan Banshee Psikik musuh dan mengangakan mulutnya yang tersenyum dengan cara yang menakutkan .


Banshee Psikik musuh perlahan - lahan tersedut ke dalam mulut Banshee Psikik Nurzahirah seperti plastik yang disedut vakum dan dalam keadaan yang amat menakutkan .


Musuh Nurzahirah dan Nurzaharah terkejut melihat Banshee Psikik mereka dimusnahkan oleh Nurzahirah dan Nurzaharah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Dah . Kita jangan masuk campur dalam urusan anak - anak bertuah tu . Lagi elok korang semua ikut aku . " Kata Pendekar Bayu lalu dia menuju ke pintu .


" Nak pergi mana ? " Tanya Dr . Hasyim dengan tenang .


" Pergi ke Tempat Penyimpanan Makananlah . " Balas Pendekar Bayu dengan jelas . " Ambil keperluan untuk berbuka . "


" ' Eh ' , bukan ada banyak lagi ke ? " Tanya Pendekar Bara .


" Bila kali terakhir kau tengok Peti Ais tu ? " Tanya Pendekar Bayu sambil dia mengenakan Selipar .


" Semalam . " Balas Pendekar Bara dengan pantas .


" Kau tak nak nampak apa yang aku nampak semalam . " Kata Pendekar Bayu dengan bersahaja . " Anak bertuah yang bertiga tu muntahkedarah semalam . Dah nak habis dah lauk kat dalam peti ais tu . "


" Dah agak dah . Betul tak cakap mak . Budak bertiga tu yang jadi Kucing Dapur semalam . Tu yang Peti Ais tu dah nak kosong tu . " Celah Nenek Diana dengan jelas dengan nada tuanya .


Pendekar Bara menepuk bahu Dr . Hasyim dan Dr . Hasyim pula memeluk bahu Dato ' Panglima Lok Tujuh .


" Mak . Nanti buat Roti Jala banyak sikit . Anak bertuah tu , kalau ada 100 biji mak buat , 101 biji dia makan . " Pinta Pendekar Bayu sebelum dia turun menuruni tangga .


" Hari - hari Didie tu makan Roti Jala , dia tak muak ke ? " Tanya Daniel .


" Itu jelah makan kegemaran dia bulan puasa ni . Tak tu , Paru Sambal , Murtabak . " Kata Siti Maisarah dengan lembut . " Bukan dia seorang je . Sheila dengan Siti pun makan benda tu juga . "


" Rara pun samalah . " Kata Hagia Sofea dengan tenang .


" Dah . Mari ke dapur . Ramai - ramai . Cepat sikit siap . " Kata Nenek Diana dengan lembut sambil menuju ke dapur . " Nenek nak tengok Drama nanti . Cinta si Gigi Tiga . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi dan rakan - rakannya telah tiba di Kem Pertahanan DiRaja Bersekutu .

Namun , perang telah pun tamat . Pihak Kerajaan Bersekutu telah berjaya menghalang percubaan musuh namun , kerosakkan tidak dapat hendak dielakkan .


" Laporan dan status . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut .


" Kita menang tapi , jumlah yang terkorban banyak . " Kata Nurzahirah dengan lembut .


" Berapa ? " Tanya Siti Nursamawi dengan tenang .


" Dah nak 3000 dah . " Jawab Nurzaharah dengan jelas . " Tak campur yang tak dikumpulkan lagi . "


" Arahkan pasukan Rara , berkawal kat kawasan panas kat sekeliling ni . " Arah Sheila Asyikin dengan jelas . " Apa - apa je yang mencurigakan , lapor kat Kak Kucina dan Kak Witchie . Diorang ada kat luar tu . Pasukan kitorang akak uruskan . "


Nurzahirah dan Nurzaharah menganggukkan kepala mereka dan melaksanakan arahan Sheila Asyikin .


" Maera dan Naera . Awak tumpukan kat Unit Medik . Tengok diorang buat rawatan dan bantu diorang rawat askar kita . Adam , Hawa dan Ratni pula . Awak bertiga pergi ke Unit Pertahanan dan Serangan . Tengok sistem pertahanan dan serangan kat sini . Tambah baik yang mana perlu . " Kata Sheila Asyikin lagi dengan nada yang jelas . " Siti dan Stephen pula , pergi ke Unit Persenjataan . Tengok mana yang perlu dipertingkatkan . Terutamanya kat Unit Gunslinger . Andy dan Ai . Pergi periksa kat Dinding Elemen kat bahagian Menara Peninjau . Baik pulih keadaan kat sana . "


Semua nama yang disebut oleh Sheila Asyikin tadi menganggukkan kepala mereka dan melaksanakan arahan Sheila Asyikin .


" Sheila akan pergi ke Unit Maklumat dan berhubung dengan semua Unit yang berkawal kat sempadan . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang . " Kita kumpul maklumat serangan . "


Sementara itu , Ahmadi perlahan - lahan melangkah di dalam sebuah hutan yang berdekatan dengan medan pertempuran yang berlangsung sebentar tadi .

Dia mengaturkan langkahnya dengan amat berhati - hati .

Kedua belah matahnya telah memancarkan Elemen Warna dan Cahayanya . Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .

Setiap helaian rambutnya juga turut diselimuti dengan warna Elemen Warna dan Cahayanya itu .


Sesosok makhluk sedang memerhatikan pergerakkan Ahmadi daripada sebalik dedaunan pokok yang merimbun .
Pandangan makhluk itu amat tajam dan memiliki aura tenaga yang amat menakutkan .


Ahmadi sedar dia sedang diperhatikan dan dia berpura - pura untuk tidak menyedari akan hal itu .


Sosok makluk itu mengekori Ahmadi jauh ke dalam hutan dan mula mencari titik buta Ahmadi untuk melakukan serangan .


Ahmadi , memperlihatkan ' ruang terbuka ' dan titik butanya ke arah makhluk yang sedang memerhatinya itu .


Dengan pergerakkan yang amat pantas , sosok itu menyerang Ahmadi dan Ahmadi dengan pantas menghalang serangan itu dengan menggunakan Dagger Aisnya yang melengkung .


" Dyrad . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Kita bertemu lagi , sayang . " Balas Dyrad dengan lembut bersulamkan senyumannya yang seksi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience