Prof . Linda Josephine hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat tangannya yang basah berlumuran darah .
Di dalam genggaman tangan kanannya , terggenggamnya satu bahagian penting kejantanan seorang Lelaki .
Lelaki yang bertubuh sasa dan bertatu tadi , rebah di atas lantai sambil terus menjerit dan meraung kesakitan .
Kedua belah tangannya memegang pada kedua belah kangkangnya yang terkepit rapat oleh kedua belah pehanya .
Darah segar yang merah pekat , mengalir menerusi celahan pehanya dan membasahi lantai .
Semua yang berada di situ , Lelaki dan Wanita , mula berundur sedikit ke belakang .
Dengan aset kejantanan Lelaki Bertatu di dalam genggaman , Prof . Linda Josephine bersiul untuk memanggil Anjing - anjing peliharaannya .
Beberapa ekor Anjing datang menjengah dan menghidu tangannya dan aset yang dipegangnya dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya .
Namun , Anjing - anjing itu , persis tidak berselera dengan ' snek ' mereka yang segar itu .
Prof . Linda Josephine tertawa kecil lalu mencampakkan aset kejantan itu ke lantai dengan pergerakkan yang bersahaja . " Anjing pun tak nak . Takkan saya pula berselera nak biar ' Pistol ' jijik macam ni keluar dan masuk dalam ' Sarung ' saya ? "
Selepas itu dia berdiri sambil terus tersenyum . " Siapa lagi nak ? "
Semua yang berada di situ hanya mendiamkan diri mereka .
Prof . Linda Josephine melirik ke arah Lelaki bertatu itu lalu , kepala Lelaki bertatu itu pecah terburai .
Keadaan itu telah mengecutkan lagi perut semua yang berada di situ .
" Pergi buat kerja korang . " Kata Prof . Linda Josephine dengan jelas dan tenang .
Semua yang berada di situ bergegas melaksanakan tugasan mereka .
" Lelaki . Semua sama . " Bisik hati Prof . Linda Josephine . " Nak sedap . Tapi nak percuma . Pelacur pun ada harga . "
Selepas itu , dia berjalan ke luar dengan tangannya yang masih lagi berselimutkan darah .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hapaku ' dikakukan ' oleh Stephen Akio Kenzo .
Dia hanya mampu untuk menggerakkan matanya sahaja .
Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain , masing - masing mengambil tempat mereka .
" Dah ada jangkitan ni . " Kata Stephen Akio Kenzo selepas melihat keadaan luka pada bahagian belakang dan lengan Hapaku yang kelihatan bengkak dan bernanah . " Dan , luka dia ni macam , dia ada sakit lain . "
Selepas itu , dia memandang ke arah seorang Jururawat Lelaki yang bertelinga Kucing . " Minta rekod perubatan si Sado kecut ni . "
" Tak payah . Saya boleh cakap . " Kata Witchie dengan lembut . " Gula dalam darah dia tinggi sikit . Tak sampai tahap Diabetis tapi , dalam tahap amaran . Tekanan darah pun dah tinggi sikit . Lagi satu sebab . Kecederaan dia ni agak dalam . Tu pun jadi salah satu sebab juga kenapa lambat sembuh . "
" Tu pasal luka dia lambat sembuh . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan lembut lalu dicubitnya pipi Hapaku . " Kawal gula dan garam awak . Rajin - rajin makan ubat . Jangan kasi basah sangat luka tu . "
" Teruk kecederaan dia . " Kata Adam dengan jelas .
" Tuah menyebelahi dia . Kalau dia lambat sikit je . Dia dah takde dah kat sini . " Kata Kucina dengan lembut . " Dia dah terus jalan kat bawah . Semua budak Edy tu , Pahlawan Pelarian yang berpengelaman . "
Ahmadi menarik telinga Aivira dengan agak kuat . " Dah . Mari . Kita ke tempat yang lain pula . "
Stephen Akio Kenzo kelihat ke arah Jamnya dan kemudian , dia berkata sesuatu kepada Kucina dan Witchie sebelum dia beredar mengikut langkah Ahmadi .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Satu letupan menggegarkan satu kawasan bandar di kawasan Barat Pulau Biru .
Ibu Pejabat Polis Daerah Bunga Telang , Pulau Biru diserang oleh Prof . Zenderall .
Bunyi tembakan yang dilepaskan dengan rancak bertalu - talu kedengaran .
Sebuah Kereta Peronda terlambung lalu meletup di udara sebelum menghempap beberapa anggota Polis .
Kejadian itu dapat disaksikan oleh semua penduduk di Dunia Manusia menerusi siaran tergempar .
Prof . Zenderall berjalan di dalam Unit Senjata dengan langkahnya yang bersahaja sambil dia mengawal Gelombang Mindanya untuk menghentikan peluru - peluru yang cuba untuk mencumbu tubuhnya .
Selepas beberapa detik mengaturkan langkah , dia tiba di hadapan satu Pintu Besi .
Dia meletakkan tapak tangannya di hadapan Pintu Besi itu lalu , satu jalur bercorak abstrak yang menakutkan terhasil .
Sejurus selepas itu , letupan yang kuat berlaku sehingga menyebabkan , kawasan itu hancur bagaikan diletupkan bom .
Pada masa yang sama , Prof . Linda Josephine pula menyasarkan Ibu Pejabat Tentera Udara di daerah yang sama .
Para anggota Tentera yang melepaskan tembakan mereka , terkorban kerana peluru yang dimuntahkan oleh senjata mereka , kembali semula kepada mereka .
Seorang Askar Lelaki cuba menyerang Prof . Linda Josephine namun , serangan itu dengan mudah dapat dipatahkan .
Selepas Prof . Linda Josephine menjatuhkan lawannya itu , dia mengawal Gelombang Mindanya untuk merampas Desert EagleNV7 milik lawannya .
Bagaikan tiada perasaan , ditembaknya wajah lawannya itu dengan beberapa das tembakkan .
Selepas itu , dia berdiri dan mengawal semua pergerakkan anggota - anggota tentera yang menembaknya .
Dengan kejam , dia mengawal semua anggota tentera itu untuk saling menembak sesama mereka .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
" Kenapa kita tak boleh masuk ? " Tanya Naera dengan lembut .
" Pasal . Tempat ni , Perkampungan Misteri . Puak Putih , Puak Paquine dan Puak Merowran tinggal kat sini . " Balas Sheila Asyikin dengan manja .
" Kitorang memang tak boleh masuk ke dalam ke ? " Tanya Muniandy pula .
Sheila Asyikin menggelengkan kepalanya dengan manja . " Tak . Memang tak boleh . Kena cagar nyawa baru boleh masuk . "
" ' Wah ' . Macam tu pula . " Respon Siti Hawa dengan lembut . " Sebab ? "
" Kat dalam tu , diorang semua dalam keadaan fizikal diorang yang sebenar . Bukan dalam bentuk Manusia yang selalu kita nampak tu . " Balas Sheila Asyikin dengan nada manjanya dengan jelas .
" Diorang bukan Makhluk Mitos yang biasa ke ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas .
" Bukan . Diorang bukan jenis yang biasa . Putih , Paquine dan Merowran tu , memang Makhluk Mitos jenis yang lain . " Balas Sheila Asyikin dengan tenang dengan reaksi wajah kebudak - budakkannya . " Tak macam , Hose , Damgo atau Yasha . "
" Kucina dan Witchie tu ? " Tanya Ratni dengan lembut .
" Diorang pun sama . Bukan Manusia atau Makhluk Mitos yang biasa . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut . " Puak Kubeku , lain sikit daripada Puak Putih ni . Biarpun diorang mampu untuk meniru bentuk Manusia , tapi . Diorang tak macam Puak Putih , Paquine dan Merowran . Sebab , Puak Putih ni ada rahsia dia . Kalau Makhluk Mitos jahat atau Manusia jahat dapat tahu . Diorang akan kena buru untuk nak dapatkan keistimewaan yang ada pada Puak diorang . "
" Jadi , diorang nak nyawa untuk jadi cagaran . Kalau rahsia diorang pecah , diorang akan bunuh orang tu . " Kata Maera dengan tenang .
Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya .
" Termasuk awak dan Didie ? " Ratni dengan lembut .
Sheila Asyikin menggelengkan kepalanya . " Tak . Dulu , sebelum kitorang diambil jadi anak angkat bonda Permaisuri , kitorang pernah selamatkan Putih ,Paquine dan Merowran daripada kena culik sebab , ada Pahlawan Mitos dah pecahkan rahsia . Semua Pahlawan yang ada kat dalam kampung ni , keluar untuk bantu kitorang . Jadi . Pertempuran berlaku . Semua penculik tu kena bunuh . Takde seorang pun yang terselamat . "
" Lepas tu ? " Tanya Adam dengan tenang .
" Putih cerita kat Mak dia . Mak dia , Ketua Ratu kat dalam kampung diorang ni . Dia cerita kat mak dia , kitorang dah selamatkan diorang . Jadi , mak dia pun bermesyuarat dengan semua Pembesar . Mula - mula memang nak minta cagaran nyawa tu . " Cerita Sheila Asyikin dengan lembut . " Tapi , bila Putih cerita yang kitorang banyak bekerjasama dengan Kerajaan Lagenos dalam melawan kejahatan Kerajaan Darkhtala , diorang berubah fikiran . "
" Apa yang diorang nak ? " Tanya Aivira dengan agak pantas .
" Situasi menang - menang . Kitorang dapat tengok fizikal diorang sebenar dan dapat belajar pelbagai teknik untuk terus berlawan dengan Kerajaan Darkhtala tapi syaratnya , kitorang kena carikan tempat baru untuk diorang tinggal dan , kena berusaha untuk terus lindungi identiti sebenar mereka . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut .
" Apa kelebihan diorang ? " Tanya Siti Adam dengan tenang dengan dahinya sedikit berkerut . " Maksud saya , teknik . "
Belum sempat Sheila Asyikin membalas pertanyaan itu , dia dan rakan - rakannya dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan Makhluk Mitos yang terbang melayang dari langit .
Pahlawan - pahlawan itu , mengenakan Pakaian Tempur yang berwarna serba Putih , Biru , Biru Muda dan Perak serta Merah , Kuning dan Jingga .
Jelas menunjukkan , kumpulan Pahlawan itu terdiri daripada dua kelompok Pahlawan .
Sheila Asyikin bergegas bangun lalu berlari - lari anak dan kemudiannya , berdiri sambil mendepakan tangannya dengan manja dan tersenyum .
" Siapa diorang ni ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan perlahan . " Tekanan Gelombang Elemen Warna dan Cahaya diorang pelik ."
" Warna mata diorang pun . Lain . " Kata Naera dengan lembut .
Pahlawan - pahlawan yang muncul itu , warna mata mereka berwarna Perak , Biru dan Putih dan juga berwarna Merah , Kuning dan Jingga .
Kelihatan Sheila Asyikin seperti sedang berborak dengan kumpulan itu dan sesekali , dia berpaling kepada rakan - rakannya .
Tidak lama selepas itu , dia kembali semula kepada semua rakannya dengan senyuman .
Kumpulan itu juga bergerak menuju ke arah kawasan hutan dan memasuki ke arah dua batang pokok yang cantik yang membentuk seperti Pintu Gerbang .
" Siapa diorang tu ? " Tanya Aivira dengan jelas .
" Itu Mak Putih , Mak Paquine dan Mak Merowran . Diorang bertiga baru balik daripada buat rondaan harian . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut . " Diorang gembira kita semua kat sini . Tapi , diorang minta maaf sebab tak dapat pelawa awak semua masuk ke dalam . "
Rakan - rakan Sheila Asyikin menganggukkan kepala mereka dan ada juga yang saling berpandangan .
" Takpelah . Kitorang pun rasanya , lebih baik tunggu kat sini . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Nak gadaikan nyawa untuk sesuatu , saya rasa saya tak sanggup . "
" Saya setuju dengan dia . " Kata Maera pula . " Nyawa ada satu je . Silap langkah . Habislah . Memang kita semua akan mati tapi , saya tak nak mati dengan cara ni . "
Semua rakan Sheila Asyikin menyatakan pendapat yang sama kecuali , Siti Nursamawi .
Tidak lama kemudian , Ahmadi keluar daripada Pintu Gerbang tadi bersama dengan Putih yang dipapah oleh Paquine dan Merowran .
Putih tersenyum melihat Sheila Asyikin serta rakan - rakan Sheila Asyikin yang lain .
Naera menghasilkan satu kerusi daripada tanah dan ranting - ranting pokok untuk Putih .
Selepas itu , Putih didudukkan oleh Paquine dan Merowran dengan perlahan - lahan .
" Apa dah jadi dengan awak ? " Tanya Muniandy dengan tenang .
" Saya dan yang lain bertarung dengan Kumpulan Edy . Saya , takde masalah tapi , yang lain . Diorang kena serang dari semua arah. Diorang ramai . Enam orang Ketua Pahlawan diorang tu . Diorang guna Teknik berskala besar . Nak tak nak . Saya terpaksa bunuh semua diorang . Saya keluarkan semua tenaga saya . Paquine dan Merowran datang tolong . Kalau tak , mungkin kitorang semua dah lama takde dah . "
" Elemen Warna dan Cahaya Putih meledak . Dia guna semua tenaga dia masa tu untuk selamatkan diorang . " Kata Paquine dengan jelas . " Kalau tak , jangankan Putih , diorang pun mesti terkorban dah kat situ . Musuh ramai . "
Maera dan rakan - rakannya saling berpandangan .
" Macam mana ? " Tanya Ahmadi dengan jelas nadanya . " Cukup tak bukti ni ? "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Prof . Linda Josephine hanya tersengih sambil melihat ke arah Jet - jet Pejuang yang berada di depannya .
Wajahnya yang terdapat kesan darah , memperlihatkan lagi akan kekejamannya yang bagaikan meletus daripada terbiar dan terpendam .
Baru sahaja dia hendak melangkah , dia terhenti kerana dia dikelilingi oleh puluhan askar yang mengacukan senjata mereka ke arahnya .
Dengan senyuman , dia terus sahaja menyerang askar - askar itu .
Bunyi tembakan bertalu - talu kedengaran sebaik sahaja Prof . Linda Josphine melancarkan serangannya .
Dendangan bunyi tembakan itu , bersulamkan suara jeritan yang amat mengerikan .
Pergerakkan Prof . Linda Josephine yang amat pantas itu , sukar untuk ditumpaskan dengan hanya muntahan Peluru .
Tidak lama kemudian , serangan itu berakhir dengan tragis di mana , semua askar itu , terbaring kaku di atas lantai dalam keadaan kecederaan yang mengerikan .
Darah - darah yang berwarna merah pekat dan segar , membanjiri lantai dan perlahan - lahan mengalir ke tapak kasut Prof . Linda Josephine yang berwajah tenang namun menggerunkan .
Prof . Linda Josephine hanya tersengih dan kemudiannya , dia berpaling ke belakang melihat ke arah tujuan dan sasarannya .
Dengan hanya melibaskan tangan kanannya , puluhan Lingkaran Taisa miliknya terhasil pada bahagian bawah Jet - jet Pejuang yang terdiam kaku di hadapannya dan selepas itu , dia melenyapkan dirinya dengan membawa Jet - jet Pejuang tadi bersamanya .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Serangan yang dilancarkan oleh Prof . Zenderall dan Prof . Linda Josephine itu telah mencetuskan keadaan yang panik .
Kehilangan aset - aset keselamatan negara , ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah dan ia perlu ditangani dengan segera .
Serangan itu juga telah menimbulkan lagi pelbagai persepsi dan tanggapan bahawa , kumpulan yang diketuai oleh Edy , bekerjasama dengan kumpulan yang diketuai oleh Prof . Zenderall .
Keadaan itu telah menghantar isyarat kepada Ahmadi dan rakan - rakannya dan juga Pasela untuk sentiasa peka dengan keadaan persekitaran mereka .
Juga untuk membuat persediaan sekiranya berlaku perkara - perkara yang tidak diingini yang melibatkan kawasan tempat tinggal mereka .
Ahmadi keluar daripada rumahnya bersama dengan Sheila Asyikin , Siti Nursamawi , Nurzahirah dan Nurzaharah .
Mereka ingin menuju ke kawasan kawasan rahsia mereka untuk melenyapkan diri mereka untuk ke Dunia Mitos .
Mereka perlu ke sana untuk melihat dan meneliti segala laporan .
Siti Maisarah dan Siti Khumairah juga turut berada di belakang mereka .
Tiba - tiba , sekumpulan kecil penduduk tiba di hadapan rumah mereka dan kelihatannya , bagaikan ada sesuatu yang ingin diperkatakan .
Ahmadi dan semua yang berada di situ saling berpandangan .
Share this novel