Rate

BAB 18 SETERU DARI JAUH

Fantasy Series 3820

Fagindas dan Looki terhempas ke permukaan air akibat tendangan dan sepakan Ahmadi yang agak kuat . Mereka berdua bangun semula dan terus menyerang Ahmadi dengan pantas .

Serangan Elemen Looki tersasar . Satu serangan lutut Ahmadi mencium perutnya . Tidak cukup dengan itu , satu tumbukkan Ahmadi yang padu tertancap di pipinya da mengakibatkan , dia terhempas ke permukaan air dengan keras .

Ahmadi mengelak libasan Pedang Fagindas yang kehausan darah . Serangan Fagindas agak liar dan terlalu bahaya . Dia merendahkan badannya dan terus menendang dagu Fagindas .
Fagindas terhumban ke udara . Ahmadi dengan pantas melibaskan tendangannya ke arah Fagindas yang menyebabkan , Fagindas tercampak dan menghempap Looki .
Tidak cukup dengan itu , Ahmadi melompat ke belakang lalu , dia mengahasilkan beberapa Bebola Air melalui percikkan air dan terus dilancarkannya ke arah Looki dan Fagindas .
Satu letupan berlaku .

" Awak tak boleh tinggalkan kitorang kat sini ! " Kata Leona dengan agak kuat . Sinaran pertolongan jelas terpancar di matanya yang sedikit berair .

Tatsumaki hanya mengetapkan giginya kerana menahan kegeraman yang mencumbui dirinya . Matanya menjamah ke arah wanita - wanita yang menjadi tahanan Fagindas . Satu keadaan yang dia percaya . Akan terperangkap di dalam ruang ingatannya buat seumur hidupnya .

" Mereka telah diperlakukan dengan perbuatan yang amat keji oleh Fagindas . Kita kena selamatkan diorang ni semua . " Kata Leona dengan jelas .
Dia adalah salah seorang Sukarelawan yang menjadi tahanan Fagindas sewaktu mereka di serang dengan tiba - tiba .

" Tunggu sebentar . " Kata Tatsumaki . " Saya akan hubungi senior saya . "

Sheila Asyikin terseret ke belakang kerana mengelak serangan yang tiba - tiba . Apabila dia melihat ke arah penyerangnya , dia tersenyum . Senyuman yang sinis . " Vivian . "

" Sheila . " Balas Vivian dengan nada yang sinis . " Tak sangka dapat jumpa kau kat sini . "

" Tak nak balas dendam ke ? " Tanya Sheila Asyikin sambil tersenyum .

" Aku akan cacatkan wajah kau ! " Jerit Vivian lalu dengan pantas meluru ke arah Sheila Asyikin sambil membukakan Pintu Tenaganya ke tahap yang maksima .

Sheila Asyikin juga meluru dengan pantas ke arah Vivian sambil membukakan Pintu Tenaganya ke tahap yang maksima . Kerana dia tahu , Vivian bukanlah seorang pahlawan yang biasa .

Pertembungan lengan mereka menghasilkan satu Letusan Tenaga yang agak kuat sehinggakan , air laut di sekitar kawasan mereka berdua terpancut ke segenap arah .

Witchie yang berganding bahu dengan Kucina sedikit tersentak kerana dihubungi oleh Tatsumaki melalu Telepati .

" Apa ? ! " Tanya Witchie dengan agak terkejut nadanya .

" Anak - anak kapal dan Sukarelawan yang yang kena serang tu , diorang tu semuanya dalam keadaan yang baik je tapi , keadaan tahanan yang lain ni yang tak berapa sedap sikit nak dengar . " Lapar Tatsumaki yang bergema di dalam minda Witchie .

Witchie mendengar dengan teliti apa yang dilaporkan oleh Tatsumaki . Kemudian , dia memandang ke arah Kucina yang sedang meninju wajah lawannya dengan bertubi - tubi . " Awak tunggu kat situ . Tunggu balasan dari saya . " Balas Witchie dengan tenang . " Kawal kapal tu . Jangan bagi sesiapa pun masuk . Dan awak patut tahu apa yang perlu awak lakukan . "

" Baiklah . " Sahut Tatsumaki . " Saya tahu apa yang hendak dilakukan . "

" Tuan Didie . " Kata Witchie . Suaranya yang lunak berbaurkan rasa ketegasan bergema di dalam minda Ahmadi . " Saya ada benda nak laporkan kepada Tuan . "

" Apa dia ? Cakaplah cepat . Aku sibuk ni . Layan tetamu . " Balas Ahmadi dengan agak cepat . Dia bertarung sambil mendengar laporan yang hendak disampaikan oleh Witchie .
" Baiklah , macam ni . " Kata Ahmadi lalu di serangnya dagu Looki dengan lututnya manakala Fagindas pula , ditendangnya sebanyak dua kali . " Kau suruh Kucina bawa tiga orang pergi ke Kapal Utama dan ambil apa yang patut dan lepas tu , bawa semua barang tu ke Kapal Lanun tu . Kalau diorang dikesan oleh Baginda Permaisuri , laporkan kepada Baginda dan , minta pendapat daripada Baginda . Lagi satu , pastikan takde sorang pun dari kalangan musuh yang berada dalam kapal tu . Bawa Kapal tu ke dalam Dinding Psikik Baginda Permaisuri . Aku akan suruh Putih , Paquine dan Merowran tolong diorang . "

Witchie memutuskan talian Telepatinya dan terus menyambungkan Talian Mindanya dengan Kucina .

Pertarungan Sheila Asyikin dan Vivian berlangsung sengit . Serang menyerang dan saling mengelak serangan kelihatan . Ketangkasan yang tiada tandingannya .
Mereka bagaikan hanya menyerang angin namun , itu bagi mereka yang hanya sekadar melihat . Sekiranya diteliti , serangan dan pertahanan mereka diselangi dengan Serangan Elemen .

Tumbukkan padu Vivian menghinggap di pipi Sheila Asyikin dan Sheila Asyikin membalas serangan itu dengan satu tumbukkan di wajah Vivian dan dua serangan lutut di bahagian rusuk dan perut Vivian .

Vivian terundur ke belakang lalu terlutut di permukaan air . Tidak mahu mengalah . Dia dengan pantas menepuk ke permukaan air untuk menghasilkan percikkan air . Dan selepas itu , percikkan air tadi diubahnya menjadi Bilah - bilah kayu yang amat tajam dan terus melancarkannya ke arah Sheila Asyikin .
Gabungan Elemen Tanah dan Air .

Sheila Asyikin merendahkan tubuhnya dan terus melibaskan tangan kirinya lalu , satu Lidah Api yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga membakar hangus Bilah - bilah kayu tadi .
Dalam keadaan yang hampir melutut tadi , dia dengan pantas melibaskan kakinya ke belakang kerana Vivian menyerangnya dari arah belakang .

Serang - menyerang kembali berlaku .

Vivian menyerang Sheila Asyikin dengan amat pantas . Setiap serangannya mengandungi niat untuk membunuh . Namun , itu tidak mematahkan semangat Srikandi yang mengalir di dalam darah Sheila Asyikin .
Dia melepaskan satu tumbukkan yang padu dari atas namun dia tersasar dan tumbukkannya itu terlekat di permukaan air . Ketika dia melihat Sheila Asyikin melompat - lompat ke belakang , dia dengan pantas menghasilkan satu corak abstrak yang berwarna Coklat dan Hijau Kebiruan di atas permukaan air dan menghalakannya ke arah Sheila Asyikin .

Sheila Asyikin perasan akan serangan Vivian lalu dia mengaktifkan Buah Gelangnya yang menyimpan sedikit Tenaga Elemen Ahmadi . Sebaik sahaja kakinya mendarat , corak serangan Vivian tadi telah pun berada di bawah tapak kakinya .

Satu letupan yang kuat berlaku .

Ahmadi tahu yang Sheila Asyikin telah pun menggunakan sedikit daripada Tenaga Elemennya yang tersimpan di dalam Buah Gelang Sheila Asyikin tadi . " Anak Patung tu macam dah jumpa dengan seseorang yang penting je . "

Makhluk Mitos yang dipenjara di dalam sebuah Penjara Kristal di dalam sebuah jurang laut yang paling dalam tersenyum . ' Dia ' dapat merasakan tenaga yang dikeluarkan oleh Sheila Asyikin . Lalu berkata di dalam hati . " Kau masih ada lagi kat dunia aku . Dasar Manusia celaka . "

Ahmadi menendang Looki dengan kuat dan merampas Wand Looki lalu mematahkannya . Selepas itu , dia melenyapkan dirinya dan muncul semula di hadapan Fagindas lalu menyepak wajah Fagindas .
Dia kemudiannya , membekukan Pedang Fagindas yang telah jatuh daripada pegangan Fagindas .

Looki bangun dengan perlahan - lahan dan dia terlutut . Wajahnya berkerut menahan kesakitan .

Tiba - tiba , seorang Pahlawan muncul di hadapan Looki dan Fagindas . Kemunculan Pahlawan itu telah menyebabkan Looki dan Fagindas sedikit terperanjat .

Ahmadi yang melihat kemunculan Pahlawan itu pula membuat reaksi wajah yang semacam . " Mesti badan aku sakit - sakit lepas ni . Matilah aku macam ni . "

" Korang takkan dapat tewaskan dia . " Kata Paga . Dia memandang ke arah wajah Ahmadi dengan bengis . " Biar aku tentang dia . "

" Tapi ... " Balas Looki namun dia terdiam kerana Paga telah pun membukakan Pintu Tenaganya ke tahap yang maksima dan juga mengeluarkan niat membunuhnya .
Malah , dia juga telah pun menjelmakan Baju Tempurnya yang agak menakutkan . Jelas memperlihatkan yang ia diselimuti dengan unsur kejahatan .

" Dia bukan lawan korang . " Kata Paga dengan jelas . Dia menjelmakan Pedangnya Lurusnya yang berukirkan seekor makhluk yang amat menakutkan pada bilahnya .
Warna matanya juga telah pun bersinar dengan terang . Cahaya yang berwarna Hijau Kemerahan ." Kan , Didie ? "

" Habislah aku macam ni . " Desis hati Ahmadi . " Kalaulah perang ni berlarutan , aku takut je yang bag pakaian aku dan In dah ada kat depan pintu . "

" Aku tak suka kau berada kat sini . Lebih baik kau berambus dan balik ke dunia kau ! " Kata Paga dengan lantang .

Ahmadi mengeluh dengan reaksi wajahnya yang masih lagi semacam . " Ya , macamlah aku suka terjumpa kau kat sini ! Lebih baik kau berambus dan bermain dengan botol susu kau ! "

Paga meluru dengan pantas ke arah Ahmadi bagaikan Keret Api yang meluncur laju di atas landasan .

Ahmadi berdiri tegak menunggu serangan Paga yang dia tahu , serangan itu adalah serangan yang amat berbahaya . " Ayah , Uncle Daus , jangan marah kitorang ye kalau balik lewat sehari . "

Paga melompat ke udara dan terus menetak ke arah Ahmadi namun , tetakannya itu tersasar . Dia menghalakan bilah Pedangnya ke sisi kerana , dia disepak oleh Ahmadi .
Akibat kerana sepakan itu , dia terseret sedikit . Dia memandang ke arah Ahmadi yang telah berdiri dan bersedia .

Ahmadi berdiri sambil menggenggamkan kedua belah penumbukknya . Dari penumbuknya sehingga ke paras lengannya , telah pun diselimuti dengan suhu yang amat dingin manakala pada bahagian celah jari - jemarinya yang tergenggam pula , keluarnya bilah - bilah angin yang amat tajam .

" Dia tak keluarkan senjatanya . " Kata Paga dengan geram di dalam hati .
Tidak mahu berlengah , dia dengan pantas melenyapkan dirinya .

Ahmadi mengeluh dengan perlahan . Kemudian , dia dengan tenang menyambut tendangan Paga .

Satu pertarungan yang dahsyat berlaku . Ahmadi dan Paga saling melakukan serangan dan bertahan serta tepis - menepis .

Paga menyerang Ahmadi seperti orang gila . Tetakkannya terlalu berbahaya dan kehausan darah . Setiap serangannya juga amat pantas dan kuat .
Namun , itu tidak menggoyahkan Ahmadi .

Ahmadi dengan tenang menyambut semua serangan yang dilepaskan oleh Paga . Dia dengan tiba - tiba , melenyapkan Bilah Anginnya . Dan tindakannya itu menghairankan Paga .
Ahmadi melompat ke belakang lalu mengambil sebilah Pedang yang tertanam tegak di atas seorang mayat musuhnya yang terlentang kaku di atas permukaan air . Dan dia dengan bersahaja , mengacukan Pedang tadi ke arah Paga . " Aku bukan Knight macam kau tapi aku rasa , setakat nak lukakan badan kau yang sasa macam Ketam tu , boleh rasanya . "

Paga terasa tercabar dengan kata - kata Ahmadi lalu dia melenyapkan dirinya .

Ahmadi yang melihat akan teknik itu hanya mendiamkan dirinya lalu mengeluh dan berkata di dalam hati . " Aku paling tak suka dengan teknik serangan macam ni . "

Ahmadi menghalakan bilah Pedangnya ke belakang kerana Paga menyerangnya dari arah belakang .

Sheila Asyikin terlutut di atas permukaan air dengan kesan terbakar pada kesan bajunya . Wajahnya juga ada kesan terbakar . Dia menggigil sedikit .

Vivian berjalan ke arah Sheila Asyikin yang telah terlutut lemah lalu dihunuskannya Pedangnya ke arah kepala Sheila Asyikin .

Sheila Asyikin mengangkatkan kepalanya lalu memandang ke arah Vivian .

Dengan tanpa belas kasihan , Vivian menetak kepala Sheila Asyikin dengan garang namun , sebaik sahaja Mata Pedangnya mencium rambut Sheila Asyikin , dia tersentak kerana Sheila Asyikin tiba - tiba sahaja bertukar menjadi air lalu , air tadi dengan pantas menjadi tujuh rantai yang berwarna Biru Kemerahan dan terus merantai tubuh Vivian .
Namun , belum sempat rantai itu menjadi ketat , Vivian dengan pantas menghasilkan Ceracak Kayu yang amat tajam di setiap inci badannya dan tekniknya itu berjaya memusnahkan teknik Sheila Asyikin .

Selepas itu , Vivian menjarakkan dirinya dengan melompat - lompat ke belakang . Tanpa dia menduga , setiap Cincin Rantai yang pecah tadi berubah menjadi Bilah - bilah Api yang panas membara dan terus menyerangnya .
Dia terpaksa mengelak serangan itu dengan agak terburu - buru dan beberapa bilah yang berapi tadi menghinggap ke bahagian lengan dan abdomennya .

" Tolong berterima kasih sikit . " Kata Sheila Asyikin yang berdiri di belakang Vivian . " Jangan mimpi nak hodohkan wajah Sheila ni . "

Vivian memandang ke arah Sheila Asyikin . Dia berasa geram kerana Sheila Asyikin langsung tidak mengalami apa - apa kecederaan .

Paga terundur ke belakang kerana manahan sepakan Ahmadi dan selepas itu , dia terpaksa menangkis pula serangan Pedang Ahmadi yang pantas .

Ahmadi menetak dan menghayunkan Pedangnya ke permukaan air dan selepas itu , Bilah Air yang berwarna Biru dan Putih Kemerahan terhasil dan terus menyerang Paga .

Paga menahan serangan itu dengan menyilangkan tangannya dan dia terundur kebelakang kerana serangan itu .
Masih dalam keadaan tangan yang bersilang , dia memandang ke arah Ahmadi yang masih teguh berdiri .

Berlainan kawasan bertarung , Paga dan Vivian menggenggam erat Hulu Pedang mereka lalu , satu corak yang bercahayakan Elemen mereka telah menghasilkan jalur cahaya yang menyerlahkan Ukiran yang terdapat pada Bilah Pedang mereka .
Satu ukiran makhluk kegelapan yang amat menakutkan .

" Paga , Vivian . " Kata Makhluk Mitios yang dipenjara di dalam Penjara Kristal sebaik sahaja dia dapat mengesan Tenaga Elemen Paga dan Vivian . Salah seorang daripada Ketua Panglimanya . " Aku tak sangka , korang masih lagi menggunakan dan mengekalkan Teknik Kegelapan kerajaan aku . "

Bukan gerakan yang dirancang namun dengan rentak dan gaya yang sama , Ahmadi dan Sheila Asyikin menggosokkan Bilah Pedang mereka dengan tapak tangan mereka lalu , Cahaya Elemen Mereka telah menghasilkan corak yang pelik pada Bilah Pedang mereka kerana , Pedang yang mereka gunakan bukanlah senjata mereka . Dan ia adalah kepunyaan Pahlawan dari pasukan Paga dan Vivian yang telah terkorban .
Dan kerana itu , Bilah Pedang itu telah retak sedikit . Pedang itu tidak dapat menahan kekuatan Elemen Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Makhluk Mitos yang dipenjara di dalam Kristal itu sedikit tersentak namun dia sedikit teruja kerana dapat mengesan tenaga yang dikeluarkan oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin . " Korang berdua ni memang tak guna . Dasar Makhluk Celaka . Manusia yang tak guna . Manusia memang tak guna . "
Oleh kerana telah berada di dalam penjara itu bertahun lamanya , dia tidak mampu untuk menggunankan seluruh tenaganya . Dia hanya mampu menyeimbangkan Tenaga Dalamannya . Dia dengan gerak perlahan , menemukan kedua belah penumbukknya dan cuba menghubungi Paga dan Vivian .

" Begitulah ceritanya bagaimana Tuanku Putera Pawana dan Tuanku Puteri Pawaka menjadi anak angkat mendiang Raja Winsa dan beta dan telah ditabalkan menjadi Raja yang baru bagi rakyat jelata semua . " Kata Permaisuri Fiirapi menghabiskan ceritanya sambil tersenyum .

" Apa yang diceritakan oleh Baginda Permaisuri itu benar dan bukan satu pembohongan . " Kata salah seorang lelaki berbadan sasa dan berjambang . Rambutnya panjang sehingga ke bahu . Dia memeluk isterinya yang sedang demam dan sedang memangku dua orang anaknya . Seorang lelaki dan seorang perempuan .

Semua yang berada dalam ruang itu membuangkan pandangan mereka ke arah lelaki tadi .

" Hamba salah seorang daripada Ketua Panglima kerajaan ini yang termakan dengan segala pembohongan yang dihidangkan oleh Raja Kegelapan itu. Pada masa itu , hamba hanya menurutkan kata hati hamba yang telah terpedaya dengan segala fitnah busuk itu . Sehinggalah pada ketika hamba sendiri yang berdepan dengan Tuanku Pawana dan ingin membunuhnya , Tuanku Pawana telah berkata sesuatu kepada hamba dan kata - kata itu telah menikam semangat dan hati hamba pada masa itu . Dan kata - kata itu , hamba lekatkan dalam ingatan hamba . " Kata lelaki berbadan sasa itu lagi sambil matanya digenangi dengan air mata penyesalannya .
Dia menarik nafasnya yang berat kerana bersulamkan seribu tangisan kekesalan . " Aku bukannya nak bunuh kau . Kitorang sanggup turun ke medan perang ni sebab nak sedarkan korang balik . Kitorang bukanlah seperti apa yang korang sangka dan fikirkan . Itu semua bohong dan fitnah . Demi masa depan anak - anak dan isteri kau , pergi minta ampun dengan Raja kau sekarang . Kau masih tak terlambat lagi untuk buat macam tu . "

Nezza menganggukkan kepalanya . " Tuanku memang baik hati . Kalau dia nak bunuh awak , mesti dia dah buat macam tu pada masa tu . "

Lelaki berbadan sasa itu tersenyum . " Salah seorang daripada rakan Tuanku Pawana masa tu hendak memenggal hamba namun , Tuanku Pawana menghalangnya . Hamba ada ternampak rakan Tuanku Pawana itu ketika kita hendak naik ke kapal ni . Lelaki itu bermata Putih dan Perak . "

" Lelaki yang awak nampak tu , memiliki tiga warna pada matanya . Putih , Biru dan Perak . Nama dia Putih . Dia berasal daripada Bangsa Mitos yang misteri . Dia adalah salah satu daripada Bangsa Mitos pertama yang menjadi rakan baik Tuanku Pawana . Selepas itu , barulah Paquine dan Merowran . " Celah Dyzlee dengan jelas .

" Kalau nak diikutkan logik akal , buat apa baginda hendak dan sanggup turun ke medan perang tu sedangkan , Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka boleh je lari dari sini dan pulang ke Dunia diorang semula . " Kata Flaiva pula .

" Betul kata Tuan . " Sampuk salah seorang tahanan wanita dengan jelas . " Buat apa Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka nak turun berperang sedangkan , baginda berdua boleh je lari dan tinggalkan kita semua . "

" Salah satu sebab kenapa baginda berdua tak tinggalkan dunia ni kerana , perasaan kasih sayang . " Celah Qoill . " Baginda berdua begitu sayangkan dunia ni dan kita semua . Sebab tu baginda berdua tak tinggalkan dunia ni . Bagi baginda berdua , makhluk dan kehidupan yang wujud dalam Dunia Mitos sangat menarik dan unik sedangkan , penciptaan Manusia dan Dunia Manusia itu sendiri berjuta kali lebih unik berbanding apa yang kita ada kat Dunia Mitos ni . "

" Sebab utama kenapa anakanda beta berdua tu tak tinggalkan dunia ni kerana perasaan tanggungjawab . " Sampuk Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Perasaan bertanggungjawab itulah yang telah mendorong baginda berdua melanggar titah mendiang Raja Winsa agar pulang ke Dunia Manusia sedangkan , punca utama perang itu berlaku adalah disebabkan iri hati dan cemburu serta nafsu yang bersarang di dada . "

Permaisuri Fiirapi tidak meneruskan kata - katanya kerana Kucina tiba - tiba sahaja muncul bersama tiga Pahlawan dibawah arahannya .

" ' Ehm ' ... ' Aaa ' ... Apa saya nak tadi ye ... " Kata Kucina bermundar dan mandir di hadapan Qoill . Dia menyentuh - nyentuh dahinya dengam jari telunjuknya . " ' Haa ... ' ya , baru saya ingat . Saya nak beberapa Sukarelawan pompuan . Bawa Baju Pompuan dan air minuman untuk sekurang - kurangnya 30 orang . Saya nak Pompuan dan Baju Pompuan je . Pergi sekarang . "

" Untuk siapa semua tu ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut . Suara Permaisuri Fiirapi itu bagaikan sepakan padu yang memandang gegendang telinga Kucina sehingga memaksa Kucina menoleh ke arah Permisuri Fiirapi .

" ' Waaaa ' , Ampun patik harap diampun Tuanku Permaisuri . Patik tak perasan yang Tuanku berada dalam kapal ni ! " Kata Kucina dengan pantas lalu membuat gerakan hormat DiRaja . " Patik akan beritahu apa yamg sedang berlaku . Melalui Telepati . "

Qoill , Flaiiva dan Veip saling berpandangan dengan Dyzlee lalu mereka melihat Permaisuri Fiirapi menganggukkan kepala . Seperti sedang memahami sesuatu .

" Baiklah . Beta faham . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas lalu berdiri . " Beta nak , semua apa yang diperkatakan oleh Panglima DiRaja Kucina tadi dilaksanakan segera . "

Beberapa Sukarelawan wanita bergegas melaksanakan arahan itu .

" Kucina , siapa yang kawal kapal tu sekarang ? " Tanya Permaisuri Fiirapi .

" Panglima Putih , Panglima Paquine , Panglima Merowran dan Panglima Muda Tatsumaki . " Jawab Kucina .

" Beta nak , mereka berempat dan termasuk awak sekali pergi bantu Putera dan Puteri beta . Biar beta sendiri yang uruskan perkara ini memandangkan hal ini berkaitan dengan hal wanita . Tentang hal keselamatan di sini , biar mereka yang berada di sini yang menjaganya . lagi pula , beta sendiri pun ada di sini . " Kata Permaisuri Fiirapi lagi .

" Patik menjunjung titah . " Kata Kucina lalu melenyapkan dirinya untuk bertemu dengan rakan - rakannya semula .

" Tetap berada di sini . Selagi tak ada titah daripada beta atau pun daripada Putera dan Puteri beta . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan tegas .

Tidak lama selepas itu , Permaisuri Fiirapi melenyapkan dirinya bersama dengan dua orang Dayang Istananya .

Veip menyelak daun yang menutupi jendela di ruang itu lalu terlihat akan kepulan asap dan teknik - teknik letupan yang terhasil daripada Teknik Elemen .

" Wei korang , Permaisuri nak kita layan tetamu kat luar tu . Baginda Permaisuri dan rakan - rakan kita yang lain akan jaga tempat ni . " Kata Kucina sebaik sahaja dia muncul di hadapan Paquine .

Tanpa berlengah , Putih , Paquine dan Merowran melenyapkan diri mereka dan selepas itu , barulah Tatsumaki dan Kucina .

Ahmadi mengelak dan menahan serangan Paga lalu , dia memutarkan Pedangnya di sekelilingnya kerana kehadiran Peluru Elemen yang sesat .

Gunslinger musuh dan Gunslinger yang di bawah arahan Ahmadi dan Sheila Asyikin saling berbalas tembakkan .

Bukan Ahmadi sahaja malah , Sheila Asyikin , Paga dan Vivian juga melakukan perkara yang sama .

Vivian mengambil kesempatan itu untuk melakukan serangan terhadap Sheila Asyikin .
Dia menjelmakan Tunggul Pokok yang amat tajam dari bawah dasar laut sehingga menyebabkan , Sheila Asyikin terpaksa melompat ke udara dalam keadaan yang kelam - kabut . Melihat keadaan itu , dia terus melenyapkan dirinya dan muncul di hadapan Sheila Asyikin .
Dihayunkannya Pedangnya ke arah leher Sheila Asyikin namun Sheila Asyikin sempat mengelak tetapi , Getah Rambut yang mengikat sanggul Sheila Asyikin terputus .

Sheila Asyikin terapung di udara dan perlahan - lahan dia terjunam ke bawah dengan kepalanya menghala ke permukaan laut .

Vivian yang gagal memenggal kepala Sheila Asyikin hanya melihat keadaan itu dengan rasa geram yang menggigit setiap inci tubuhnya .
Disebalik itu , dia sebenarnya tidak tahu yang dia sebenarnya telah pun menekan suis kemarahan Sheila Asyikin . Sifat kemarahan dari sisi yang lain .

Sanggul rambut Sheila Asyikin terlerai . Rambutnya yang lurus dan panjang sehingga ke bahagian tumit mengerbang . Dia menstabilkan semula kedudukannya dengan mencucukkan Pedangnya ke batang Tunggul Kayu yang tingginya mencucuk ke dada langit .
Dia berkedudukan seperti orang yang sedang berlutut dan sedang bersedia untuk menyerang. Agak lama juga dia dalam posisi sebegitu . Dengan membiarkan rambutnya menutupi sebahagian wajahnya . Dan membiarkan Sang Bayu meniup api kemarahannya yang baru sahaja terbakar .
Perlahan - lahan , ditenungnya wajah Vivian . Namun kali ini , dengan warna mata yang agak berlainan . Matanya memancarkan cahaya berwarna Merah , Kuning dan Jingga yang amat terang dan berkilau . Seperti kilauan sebutir Permata yang disinari cahaya . Malah , pada matanya juga telah memperlihatkan seperti terdapat percikan Bara Api yang panas membara yang membentuk pusaran .
Satu gelombang terkeluar dari tubuhnya . Dia mengeluarkan niat membunuhnya yang sebenar sehinggakan , Ahmadi yang sedang bertarung dengan Paga dapat merasakannya .
Setiap helaian rambutnya mula bertukar mengikut Warna Elemennya .

Vivian membalas renungan Sheila Asyikin . Dia sebenarnya agak terganggu dengan niat membunuh Sheila Asyikin sebentar tadi . Dia mengeratkan genggaman senjatanya .
Kemudian , dia terperanjat kerana Sheila Asyikin telah pun hilang daripada pandangan matanya . Yang tinggal kini hanyalah kesan terbakar di tempat Sheila Asyikin terhenti sebentar tadi .

Satu tumbukan yang amat padu hinggap ke pipi Vivian sehingga menyebabkan dia terjunam ke permukaan laut dengan kelajuan yang amat deras .
Dalam keadaan terjunam begitu , satu libasan menghempap ke perutnya yang menyebabkan , sedikit percikan darah terpancut keluar daripada mulutnya .
Selepas itu , dia merasakan kaki kirinya dipegang dengan kuat dan kemudian , dia merasakan pula yang dia dicampakkan ke permukaan laut dengan kuat .
Dia tahu yang dia akan terjunam . Dia dalam keadaan yang terpaksa sempat menghasilkan lapisan daun - daun pokok di belakangnya untuk mengurangkan risiko kecederaan yang akan diterimanya .

Air laut terpancut ke udara sebaik sahaja tubuh Vivian menyentuh ke permukaan laut .

" Anak Patung tu dah marah nampaknya . " Bisik hati Ahmadi lalu dia menghasilkan satu gelombang dingin dan dilancarkannya ke arah Paga .

Paga mengelak serangan itu dengan melompat ke udara .

Vivian terlutut di atas permukaan air yang dilitupi dengan dedaun pokok yang koyak berselerakan . Dia termengah - mengah . Badannya menggigil sedikit kerana menahan bisa serangan yang diterimanya tadi .
" Tak mungkin aku akan kalah dengan Manusia ! " Gerutu hatinya kegeraman . " Mustahil aku akan kalah ! "

Kemudian , Vivian terpaksa mengelak serangan libasan Bilah Api yang berangin dan berhawa sejuk yang tiba - tiba sahaja muncul dan menyerangnya .

Satu letupan berlaku sebaik sahaja Bilah Api yang berhawa dingin tadi terkena ke Kapal Lanun musuh .

Vivian berdiri dan berdepan dengan Sheila Asyikin yang telah pun bersedia untuk menyerangnya .

Sheila Asyikin yang pada mulanya berwajah tenang kini , telah pun kelihatan garang . Renungannya menjadi tajam . Penumbukknya juga telah pun diselimuti dengan wap panas dan kelihatan sikit
kemerah - merahan .

Tapi , ada satu perkara yang menghairankan Vivian . Sheila Asyikin masih belum mengeluarkan dan menggunakan senjatanya .

Tidak mahu terganggu dengan perkara itu , Vivian meluru dengan pantas ke arah Sheila Asyikin . Namun , dia terhenti kerana , Sheila Asyikin telah pun berada di belakangnya dan sedang memegang rambutnya yang berwarna Hijau Kebiruan .
Sejurus selepas itu , matanya membesar sebaik sahaja dia mendengar satu bunyi . Satu bunyi yang akan menyebabkan , dia akan membenci Sheila Asyikin buat seumur hidupnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience