Rate

BAB 19 BUKAN KEKUATAN SEMATA - MATA

Fantasy Series 3820

Vivian melenyapkan dirinya dengan pantas namun , dia tidak sempat menghentikan perbuatan Sheila Asyikin yang amat memeranjatkannya .
Matanya sedikit membesar memandang ke arah genggaman tangan Sheila Asyikin dan ke permukaan air yang berkocakkan lembut . Bersilih - ganti .
Perbuatan Sheila Asyikin itu telah memecahkan tebing air matanya . Nafasnya memberat kerana bercampur dengan nafas amarahnya dan juga rasa kesedihan yang bercampur dengan perasaan kegeraman yang teramat sangat .

Sheila Asyikin melepaskan helaian rambut Vivian daripada genggamannya dan , helaian rambut itu terbang disapu bayu yang berhembus manja . Dia hanya tersenyum sinis dengan matanya yang berbaurkan pancaran amarah sindiran yang amat menyakitkan hati .

Vivian hanya mampu melihat setiap helaian rambutnya yang terapung - apung dan melentok - lentok lembut di permukaan air yang berkocakan .

" Rambut aku . " Kata Vivian dengan perlahan . Suaranya bergetar halus . " Rambut aku dah rosak . "

" Seronokkan ? " Kata Sheila Asyikin lalu tertawa kecil bagaikan ingin bermain dengan api yang sedang marak .

" Kau tahukan rambut perempuan tu diibaratkan seperti Mahkota yang amat berharga bagi setiap perempuan ?! " Tanya Vivian dengan kegeraman memicit nada suaranya .

" Tahu . " Jawab Sheila Asyikin dengan jelas lalu tertawa kecil . Persis menyindir . " Sebab tu Sheila potong rambut awak . Awak tak layak ada rambut yang cantik macam tu . Sebab , hati awak tu busuk . Busuk gila . Lebih busuk daripada kentut dan tahi awak sendiri . "

" Kau akan menyesal ! " Teriak Vivian dengan lantang . Dia meluru ke arah Sheila Asyikin dengan linangan air matanya yang mengalir deras .

Ahmadi melancarkan Bebola Air ke arah Paga dan Paga menahannya dan menyebabkan , satu letupan berlaku .

Paga terundur ke belakang . Selepas itu , dia mendongakkan kepalanya kerana Ahmadi menyerangnya dari atas .
Dia terlutut kerana kerana menahan serangan Ahmadi yang amat kuat kuat .

Dan akibat daripada serangan itu , Pedang Ahmadi patah .

Ahmadi dengan pantas melompat dan berguling - guling ke belakang dan berlari seperti orang yang kemabukkan . Terhuyung - hayang kerana mencari Pedang yang baru .
Dihalakannya tangan kanannya ke arah salah satu daripada ramainya mayat yang bergelimpangan lalu , sebilah Pedang terbang ke arahnya dan dia dengan pantas menggenggam Pedang tadi dan terus melutut di permukaan air . Dia kembali bersedia untuk meneruskan pertarungannya .

Wajah Ahmadi membuat reaksi semacam sambil melihat ke arah Pedang yang baru sahaja 'dipinjam'nya tadi . " Diorang ni takde ke yang berelemen macam aku ? Asyik Elemen Gabungan Warna dan Cahaya je ni . "

Satu makhluk daripada Elemen Air muncul dari dalam air dan terus menyerang Ahmadi . Namun , Ahmadi sempat mengelak serangan itu dan melakukan serangan balas .
Ahmadi melompat ke belakang dan terus menghumbankan Pedangnya ke arah mata makhluk tadi dan sasaran itu tepat .
Makhluk tadi mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan . Amat padan dengan bentuknya yang menakutkan .
Tidak cukup dengan itu , Ahmadi melibaskan kedua belah tangannya di udara lalu , bilah - bilah air dengan pantas membelah dan menghiris badan makhluk tadi .
Dia terdiam . Renungan matanya menjadi tajam . Ada sesuatu yang tidak kena dapat dirasakannya ketika dia menerima serangan dan membalas semula serangan makhluk tadi .
Dan kemudian , dia teringat semula ketika dia hendak melakukan serangan ke arah mata makhluk tadi . Anak mata makhluk yang menyerangnya tadi , memiliki tiga anak mata yang bersambung .

Paga menggunakan kesempatan ini hendak menyerang Ahmadi . Dia dengan ganas menghayunkan Pedangnya ke perut Ahmadi dan Ahmadi pula dengan pantas meghayunkan penumbuk kanannya yang telah mengeluarkan bilah - bilah angin yang amat tajam .

Tiba - tiba , satu letupan yang agak besar telah berlaku . Sebuah kapal musuh meletup . Dan , satu sosok terhumban dari arah letupan itu dan terus tercampak ke arah Paga .

Ahmadi menjarakkan dirinya manakala Paga pula menyambut seseorang yang tercampak ke arahnya tadi . Dia terperanjat kerana orang yang disambutnya itu adalah , kekasihnya . Vivian .

Paga amat terperanjat kerana , Vivian sedang menahan kesakitan di dalam pelukkannya dan , rambut Vivian juga telah menjadi pendek .
Belum pernah dia melihat , Vivian dalam keadaan sebegitu . Dalam keadaan yang amat tertekan , terdesak dan telah pun dikawal oleh perasaan marah .

Sheila Asyikin tiba - tiba sahaja muncul di udara dan bersedia untuk melancarkan serangan .
Ahmadi menghalang usahanya dengan memyambut serangannya dan , melenyapkan diri mereka dan muncul semula pada jarak yang agak selamat .

Ahmadi memandang ke arah Sheila Asyikin lalu mengeluh perlahan . " Patutlah Anak Patung ni marah . "
Diambilnya Pedang Sheila Asyikin dan terus memusnahkannya .

Vivian berdiri semula dengan nafas yang agak berat . Direnungnya Sheila Asyikin . Air matanya telah kering dek kerana kehangatan perasaan marah dan kegeramannya . " Aku akan kunyah roh kau ! "

" Awak ingat , Sheila ni Chewing Gum ke awak nak kunyah - kunyah ?! " Balas Sheila Asyikin . " Baik awak pergi makan sampah ! Sampah banyak kuman yang elok untuk rambut awak tu ! "

Vivian semakin digigit oleh perasaan marahnya . Dia meluru ke arah Sheila Asyikin namun dia terhenti manakala Paga pula terperanjat besar kerana , suara Raja yang amat mereka sanjungi sedang bergema di dalam minda mereka .
Di sekitar tempat mereka berdiri pula , munculnya satu corak cahaya yang berjalur menggerunkan .

Ahmadi dan Sheila Asyikin juga turut terperanjat sama . Apa tidaknya , corak yang tiba - tiba sahaja muncul itu mengeluarkan tenaga yang amat mereka kenali .
Seorang Raja dari kerajaan kegelapan yang telah mereka tumpaskan dan telah pun mereka penjarakan atas bantuan mendiang Raja Winsa .
Akham Nassela .

" Paga , Vivian . " Kata Akham Nassela dengan perlahan . " Korang berdua memang Panglima aku yang setia . "

" Tuanku , tuanku dekat mana ?! " Tanya Paga .

" Aku kat dalam Penjara . Penjara Kristal Kalas . " Jawab Akham Nessela . " Aku nak , korang berdua , bawa Pahlawan korang berundur sekarang . "

" Tapi tuanku , kitorang nak balas dendam demi tuanku . " Balas Vivian pula . " Kitorang takkan berundur selagi tak penggal kepala diorang berdua ni . "

" Paga , Vivian . Aku tahu korang marah tapi , semarah - marah dan bencinya korang , aku lagi marah dan benci pada kat diorang berdua tu . Korang takkan faham . " Kata Akham Nessela . " Tapi , jawab soalan aku ni . Macam mana korang nak lawan dengan diorang ? "

Paga dan Vivian terdiam lalu berpandangan .

" Didie dan Sheila . Diorang berdua tu memang berasal dari Dunia Manusia tapi , mereka berdua bukanlah Pahlawan Elemen Cahaya dan Warna macam korang . Mereka berdua adalah Pahlawan Tujuh Warna yang jarang wujud kat dunia kita atau kat dunia diorang . " Kata Ahkham Nessela . " Didie , dia memiliki dua Elemen Warna dan Cahaya iaitu , Biru dan Putih yang berelemenkan Angin dan Air . Dan Elemen Gabungan dia pula ialah Ais . Sheila pula , dia memiliki tiga Elemen Warna dan Cahaya iaitu , Merah , Kuning dan Jingga yang berelemenkan Api . Elemen Gabungannya pula ialah Lava . Mereka berdua mampu memanipulasi Elemen yang ada pada sekitar mereka untuk hasilkan Elemen Gabungan yang baru kalau diorang nak . "

Paga dan Vivian hanya memandang ke arah Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Dan korang berdua pula adalah Pahlawan Elemen Warna dan Cahaya . Memang sukar untuk korang nak tumpaskan diorang . " Kata Akham Nessela lagi . " Dengar sini . Aku nak , korang berundur dulu buat masa ni . Pergi cari Dyrad . Hanya dia seorang je yang tahu macam mana nak kesan tenaga aku . Lepas tu , kumpulkan semua rakan kita dan berkumpul di Lembah Carkai . Aku akan beritahu korang strategi aku . "

Paga dan Vivian menganggukkan kepala mereka dan tidak lama kemudian , Paga menjelmakan satu corak yang menakutkan di atas corak yang dihasilkan oleh Akham Nessela manakala Vivian pula dengan pantas menghubungi semua Pahlawan mereka dan arahan untuk berundur terus dikeluarkan .

" In , pergi arahkan semua masuk ke dalam Dinding Psikik bonda dan , arahkan semua anggota pasukan kita berkubu kat luar . Abang ada rasa tak sedap hati sikit . " Arah Ahmadi dengan perlahan . " Arahkan pasukan Vanessa berjaga - jaga kat bawah . "

Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya dan terus menghubungi rakan - rakannya dan anggota pasukan mereka .

Dalam sekelip mata , semua musuh mereka telah melenyapkan diri . Meninggalkan segala barangan dan peralatan perang mereka . Malah , membiarkan rakan - rakan mereka ditangkap .

" Bawa semua tahanan perang ke dalam Dinding Psikik . " Arah Putih dengan jelas . Dia selaku Pembantu Ahmadi meneliti keadaan sekitarnya dengan teliti .

Paquine dan Merowran mendarat di sisi kanan dan kiri Putih lalu memandang ke arah wajah Putih .

" Putih , apa yang awak fikir ? " Tanya Merowran dengan jelas dan tenang .

" Kita tak ada pilihan kalau yang bakal muncul nanti , salah satu daripada Makhluk Penjaga daripada Akham Nessela . " Celah Paquine pula dengan tenang .

" Saya nak minta cuti daripada Tuan Didie dan Cik Sheila nanti kalaulah yang akan muncul ni , salah satu daripada Makhluk Penjaga Akham Nessela . " Kata Putih . " Mesti badan saya akan sakit - sakit nanti . "

Selesai sahaja Putih menghabiskan ayatnya , dia ditumbuk dan ditendang oleh Paquine dan Merowran .

" Tak bermotivasi langsung ! " Tengking Merowran .

" Awak tu ketua kitorang tau tak !? " Jerit Paquine pula . " Menyampah pula saya ! "

Bunyi ombak bernyanyi ditelinga . Tiupan bayu menyapa tubuh . Permaisuri Fiirapi keluar dari dalam kapal dan berasa hairan .

Mata bundar Permaisuri Fiirapi memerhatikan kawasan sekeliling . Derianya meneliti setiap geseran tenaga yang terdapat di dalam kawasan Dinding Psikiknya . Tidak berpuas hati dengan apa yang dapat dicernanya , dia meluaskan pula penelitiannya sehingga ke luar kawasan Dinding Psikiknya .
Sambil meneliti dan menilai , matanya menyapa setiap angota Pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin .
Matanya sedikit membesar sebaik sahaja , dia dapat mengesan satu tenaga yang amat dahsyat . Dan dia segera menghubungi Ahmadi .

" Anakanda , bonda dapat kesan Tenaga Kowaii . Tenaga itu ada di sekitar kawasan ini. " Kata Permaisuri Fiirapi di dalam minda Ahmadi dan Sheila Asyikin . " Anakanda ku berdua , Kowaii adalah makhluk - makhluk yang menjaga Akham Nessela . "

" Bonda , tolong siap bersedia . Bonda mesti dah tahu bagaimana kekuatan Kowaii . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas .

" Janganlah khuatir wahai anakanda ku berdua . Kita akan menghadapinya bersama - sama . " Balas Permaisuri Fiirapi .

Tidak lama selepas itu , satu letupan dari dalam laut berlaku . Letupan itu telah menghasilkan satu ombak yang amat besar .

Permaisuri Fiirapi dengan pantas mengawal ombak tadi dengan menghalakan tangan kirinya . Dia dibantu oleh dua orang Dayang setianya .

Ombak itu telah menyebabkan Kapal DiRaja Lagenos terlambung - lambung dipukul ombak .

Para penumpang dibelenggu kerisauan . Ada yang terjerit kerana terperanjat .

" Apa yang dah berlaku ?! " Tanya Nezza .

Veip dengan pantas mengintai dari celah daun untuk melihat keluar dan terlihat , para anggota mereka telah berada di sekitar kawasan mereka dalam keadaan yang sedang bersiap sedia .

" Flaiiva , tolong hubungi Hose . Tanya dia status kat luar tu . " Pinta Veip dan Flaiva melaksanakan permintaan Veip .

Kelihatan Flaiva seperti orang yang sedang terkejut .

" Apahal ? " Tanya Coill .

Flaiiva memandang ke arah Veip dan Qoill lalu mereka bertiga menganggukkan kepala mereka .

Tiba - tiba , seorang remaja wanita berusia dalam lingkungan lima belas tahun bersuara . " Tadi satu letupan berlaku dan sekarang , Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka sedang berdiri di barisan hadapan . "

" Mana awak tahu ?! " Tanya Nezza .

Qoill yang mendengar kata - kata remaja perempuan tadi melihat ke arah remaja wanita itu . Mata remaja wanita itu telah menjadi sedikit Putih Kemerahan yang berlembayung .

" Awak ni pengguna Psikik . " Kata Qoill .

Tiba - tiba , Ahmadi muncul di dalam ruang itu dan terus menutupkan tenaganya kerana dia takut sekiranya dia dapat dikesan oleh Permaisuri Fiirapi .
Dia menghampiri remaja wanita tadi dan terus merendahkan tubuhnya .

" Siapa nama adik ? " Tanya Ahmadi dengan lembut .

" Nama saya Rissa . " Jawab Rissa . "

" Tolong jangan apa - apakan dia Tuanku . " Kata Ayah Rissa dengan pantas . " Hanya dia seorang sahaja anak hamba . Tolong jangan hukum dia . Hukumlah hamba . "

" Hanya dia seorang je harta saya dan suami saya yang ada . Tolong jangan apa - apakan dia . " Celah Emak Rissa pula .

" Jangan nak merepeklah . " Balas Ahmadi dengan nada yang bersahaja . " Takkanlah saya nak penjarakan dia semata - mata pasal dia curi - curi tengok perperangan kat luar tu . Saya dapat kesan apa yang dibuat ni dari sejak awal lagi . "

Rissa memandang ke arah wajah Ahmadi .

" Bagi tahu saya satu sebab kenapa awak buat macam ni ? " Tanya Ahmadi dengan lembut . " Awak masih muda untuk benda macam ni . "

" Saya nak jadi Pahlawan . " Jawab Rissa dengan pantas . " Saya nak tebus kesalahan Ayah saya dengan berkhidmat untuk Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka sampai saya mati . "

Ahmadi tersenyum lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .

" Kalau Tuanku anggap saya masih terlalu muda untuk semua ni , macam mana pula dengan remaja yang bernama Tatsumaki tu ? " Tanya Rissa dengan perlahan . " Apa kelebihan yang ada pada dia yang tidak ada pada saya ? "

" Semua anggota pasuka DiRaja Lagenos yang berkhidmat dibawah saya , saya dan rakan saya yang nilai sendiri . Saya tak perlukan hanya keberanian dan kebijaksanaan semata - mata tapi , saya juga perlukan seorang Pahlawan yang ada ciri - ciri yang saya nak . " Jawab Ahmadi lalu berdiri dan berjalan ke tengah ruang itu .
Dia kemudian menjelmakan satu cermin daripada Ais dan Kristal Ais . Kemudian , cermin itu memaparkan barisan hadapan anggota pasukannya .

Kucina perasan akan dirinya diperhatikan lalu berpusing ke belakang . " Tuan nak curi - curi tengok saya ke ?! Cakap ngan budak tu , kalau dia asyik nak curi tengok perang kat luar ni lagi , saya bawa dia ke sini untuk tolong saya ! Saya tak nak bekerjasama dengan Kucing busuk ni ! "

Membesar mata Ahmadi kerana dia tersalah sasaran visual lalu dia menepuk dahinya manakala Veip , Flaiiva dan Qoill pula hanya saling berpandangan .

Witchie tersentak . " Awak ingat , saya nak sangat ke bekerjasama dengan Kucing yang tak mandi macam awak ?! Bau busuk awak tu dah ganggu hidung saya tau ! "

" Saya mandilah ! " Jerkah Kucina . " Saya mandi tiga kali sehari ! Kalau saya nak jumpa Tuan Didie , saya mandi selama sejam tau ! "

" Untuk apa awak nak jumpa Tuan Didie ?! " Tanya Witchie dengan lantang . " Oh , awak nak ngorat Tuan Didie ye ?! "

" Suka hati sayalah kalau nak jumpa dia ! " Balas Kucina dengan nyaring . " Yang awak sibuk apahal ? Awak ingat , dengan tubuh badan awak yang seksi tu , awak boleh ngorat Tuan Didie ke ?! "

" Jadi awak ingat , dengan mandi sejam tu boleh ngorat Tuan Didie ke 'hah' ?! " Balas Witchie pula .

" Awak tu cuma cemburu dengan saya ! " Balas Kucina dengan nyaring . " Awak cemburu sebab Tuan Didie berikan saya hadiah besar masa Birthday saya hari tukan ?! "

" Awak tu yang cemburu kat saya ! " Teriak Witchie semula . " Awak cemburu pasal Tuan Didie berikan saya Loceng Kristal Ais masa birthday sayakan ? Awak jangan nak menipulah ! Entah - entah , hadiah tu hadiah tu awak yang sendiri beli ! "

" Itu hadiah dari Tuan Didie tau ! Saya tak tipu ! " Jerit Kucina .

" Woi , Pedang ni pun hadiah daripada Tuan Didie jugalah ! " Teriak Yasha dari jauh . " Boleh tak jangan anggap korang tu istimewa sangat ! Kita semua dapat hadiah dari Tuan Didie dan Cik Sheila masa hari jadi kita ! "

" Awak diam ! Jangan masuk campur ! " Balas Witchie dengan garang . " Ini urusan pompuan ! "

" Saya akan cakap kat Cik Sheila yang awak sebenarnya nak ngorat Tuan Didie ! " Teriak Kucina .

" Bila masanya saya nak ngorat Tuan Didie ?! " Awak jangan nak reka cerita ! Awak tu yang nak ngorat Tuan Didie . Sebab tu awak jumpa diakan ?! " Herdik Witchie .

" Wei , saya hantar laporan siasatan sayalah ! " Jerit Kucina dengan sekuat hatinya .

Masing - masing tidak mahu mengalah dan bertolak ansur , Kucina dan Witchie bergelut seperti budak - budak di atas permukaan air . Disertakan dengan bunyi Kucing yang sedang bergaduh .

Ahmadi melenyapkan semula tekniknya lalu memandang semula ke arah Rissa sambil menggaru kepalanya . " Saya perlukan seseorang yang gila . Sama macam Kucing yang tak siuman tadi . Semua anggota pasukan saya ada tahap kegilaan yang tersendiri . Kalau Rissa boleh buktikan yang Rissa ada ' kegilaan ' yang saya nak , saya akan bagi awak peluang untuk belajar di Akademi Ketenteraan DiRaja . "

Ahmadi melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi kanan Sheila Asyikin .

" Ehm , apa maksud Tuanku Pawana tadi ? " Tanya Nezza .

Qoill mengeluh lalu dia menjelmakan ribuan Kristal Kaca bersaiz nano lalu tekniknya tadi telah hilang entah ke mana dan selepas itu , dia menjelmakan pula visual 3D yang memaparkan seluruh anggota pasukannya .
Termasuklah , Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Apa yang saya buat ni sebenarnya salah tapi ... " Kata Veiip sambil tersengih memandang ke arah adiknya . Flaiva dan Coill . " ... awak semua boleh lihat sendiri apa yang dimaksudkan oleh Tuan Didie . "

Tiba - tiba , Tatsumaki muncul dan terus sahaja menghampiri Rissa yang mendiamkan diri .
Dia merendahkan dirinya . " Tuan Didie telah cerita kat saya mengenai awak melalui Telepati . Tuan Didie cakap , awak seorang yang menarik . Saya harap , awak boleh rebut peluang ni sebab , pasukan saya perlukan seorang anggota baru . "

Sebaik sahaja Tatsumaki menghabiskan ayatnya , dia memegang bahu Rissa sambil tersenyum . Selepas itu , dia melenyapkan dirinya dan muncul semula di posisinya .

Selepas itu , giliran Sheila Asyikin pula muncul sambil tersenyum dan terus sahaja memegang tangan Rissa . " Mari ikut saya . Kita sepak punggung makhluk jahat yang nak datang ni . "

Belum sempat Rissa berdiri , Ahmadi muncul dan melepaskan pegangan tangan Sheila Asyikin dan Rissa lalu menarik telinga dan mencubit pipi Sheila Asyikin .

" Abang ni dah kenapa ? " Tanya Sheila Asyikin dengan manja sambil menyapu pipi dan telinganya . " Kalau tak bawa Rissa keluar , macam mana dia nak buktikan yang dia sebenarnya ada kegilaan yang kita nak ? "

" Itu dia kena buktikan sendiri . " Kat Ahmadi lalu dibuangkannya pandangannya ke arah Rissa dan tersenyum . " Tatsumaki perlukan anggota baru jadi , kalau dia dapat buktikan yang dia betul - betul nak jadi salah seorang daripada kita , dia kena buktikan sendiri . "
Selepas itu , dia melenyapkan dirinya membawa bersama Sheila Asyikin .

" Tuan bertiga , saya nak bertanya sesuatu . " Kata seorang lelaki yang sebaya dengan Nezza . " Kenapa Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka tak pilih anggota daripada kalangan Kerabat DiRaja atau daripada kalangan Bangsawan ? Seperti semua kerajaan yang wujud kat dunia kita ni . Kerajaan kita dulu pun selalu melantik ramai daripada golongan yang berwibawa sebagai Pahlawan . "

" Tuanku berdua tak suka . Dan , apa yang dilakukan oleh Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka dapat sokongan daripada para Pembesar kita dan daripada Yang Mulia Tuanku Permaisuri sendiri . Malah , Baginda Permaisuri sendiri yang menentukan siapa yang sepatutnya yang bertanggungjawab untuk menggalas mana - mana tanggungjawab di dalam kerajaan kita . " Jawab Coill dengan sopan . " Kalau awak semua nak tahu , ramai daripada kitorang yang berkhidmat sebagai Ketua Panglima DiRaja berasal daripada golongan bawahan . Contohnya , dua Kucing tadi . Dan ia disokong penuh oleh Baginda Permaisuri dan para Pembesar kita . "

Mata Vanessa Valarie merenung ke depan . Dia tahu , seekor makhluk daripada 13 ekor makhluk yang menjaga Akham Nessela akan muncul kerana , dia dapat merasakan akan kekuatan makhluk itu.
Dia sebenarnya berasa takut sedikit kerana , daripada pengalamannya dan juga daripada pengetahuannya , Makhluk - makhluk penjaga Akham Nessela berlemenkan Warna dan Cahaya yang berteraskan kegelapan semata - mata .

Tiba - tiba , satu gelombang meletus dari dalam laut yang menyebabkan , hampir semua anggota pasukan Vanessa Valarie tercampak ke belakang .
Gelombang itu telah mencetuskan satu ombak yang agak kuat dan tinggi sehingga menyebabkan , Permaisuri Fiirapi sekali lagi menghulurkan bantuannya .

Tatsumaki bersama dengan rakan - rakannya yang amat mahir dengan pengawalan Psikik juga turut membantu .

Manakala bagi Ahmadi dan Sheila Asyikin pula bersama - sama dengan anggota pasukan mereka , hanya membuat medan tenaga bagi menghalang rempuhan air yang menendang diri mereka .

" Rempuhan air tu terlalu kuat . Mustahil untuk dihalang dengan hanya menggunakan Medan Tenaga yang biasa . Kata seorang lelaki yang bekas berkhidmat sebagai seorang Pahlawan . " Nampaknya , diorang semua bukannlah Pahlawan yang biasa . "

Rissa hanya melekatkan matanya pada imej visual yang tertera .

Dada langit tiba - tiba sahaja menjadi mendung . Angin bertiup sedikit kencang . Pusaran awan perlahan - lahan terbentuk di langit . Bunyi petir mula bersahut - sahutan .

Dalam keadaan yang mula berkocakkan itu , tiba - tiba sahaja satu persatu anggota pasukan Vanessa Valarie ditarik oleh sesuatu . Namun sebagai Pahlawan , mereka tidak membiarkan diri mereka ditawan begitu sahaja . Mereka perlu melawan . Bagi mereka , biar mati berlawan , daripada mati tanpa melawan .

Beberapa letupan berlaku . Impak letupan itu begitu kuat sehingga , memercikkan air laut dipermukaan .

" Vael , apa yang berlaku ?! " Tanya Ahmadi melalui Telepati .

" Pasukan saya kena serang ! " Balas Vanessa Valarie .

Baru sahaja Ahmadi hendak melompat ke dalam air , dia ditegah oleh Vanessa Valarie . " Jangan ! Tanggungjawab awak berada di atas ! Biar saya dan anggota pasukan saya yang uruskan serangan ni ! "

Belum sempat Ahmadi hendak membalas kata - kata Vanessa Valerie , satu makhluk tiba - tiba sahaja muncul dari dalam permukaan laut .
Makhluk itu setinggi bangunan 13 belas tingkat . Badan yang berlumut serta berlendir . Memiliki 13 belas mulut dan dalam setiap 13 mulut memiliki tiga baris gigi yang berbentuk bulatan dan menakutkan .
Memiliki 13 belas sulur bercangkuk yang berfungsi seperti Tentakel Sotong . Membelit mangsa dengan kejam dan terus masuk ke dalam mulut yang menggerunkan .
Makhluk itu memiliki satu mata yang agak pelik . Mata yang memiliki tiga kelopak yang ditumbuhi dengan bulu - bulu yang tajam dan kasar . Biji mata makhluk itu pula , seperti terbelah tiga .

Para penumpang yang melihat akan fenomena itu pula terperanjat . Malah , dapat mendengar setiap perbualan yang diutarakan oleh setiap anggota pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Putih , Paquine dan Merowran dengan pantas menghampiri Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Macam mana ni tuan ?! " Tanya Putih .

Ahmadi mengeluh lalu tersenyum . " Apa kata kita buat pertandingan ? "

" Apa ?! " Tanya Paquine dan Merowran dengan serentak .

" Aku tak main - mainlah . " Kata Ahmadi lalu memanggil semua anggota pasukannya . " Siapa dapat naik ke atas mata mahkluk bagang ni. aku bagi cuti sebulan . Cuti bergaji . "

Semua yang ada di dalam ruang penumpang itu terkejut sebaik sahaja mendengar kata - kata Ahmadi .

" Siapa yang dapat butakan mata makhluk hodoh ni , dapat cuti seminggu dengan gaji . Yang dapat hancurkan mata makhluk ni , dapat cuti tiga hari dengan gaji . " Kata Ahmadi lagi dengan bersahaja sambil memandang ke arah semua anggota pasukannya . " Yang kalah , kena buat satu kerja . Kerja yang penting . "

" Baiklah . " Sahut Hose . " Peraturan ? "

" Bebas . " Jawab Sheila Asyikin dengan pantas . " Macam biasa . Buatlah apa pun yang penting tak cederakan rakan dan , boleh gunakan helah . "

Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang amat menggerunkan . Matanya berlari - lari kecil di dalam kelopak matanya . Memang cukup mengerikan .

" Dan aku nak bagi contoh kat korang ... " Kata Ahmadi lalu memandang ke arah Sheila Asyikin . " ... Putih , keluarkan Bebola Tenaga kau . "

Putih melakukan apa yang diperkatakan oleh Ahmadi .

" Dan , aku dan dan Cik Sheila korang pula , akan masukkan tenaga kitorang kat dalam ni . " Kata Ahmadi lalu dia dan Sheila Asyikin memasukkan sedikit tenaga mereka ke dalam Bebola Tenaga milik Putih .
" Lepas tu , aku nak kau sasarkan Bebola Tenaga kau ni ke salah satu mulut makhluk hodoh ni sekuat hati kau . " Arah Ahmadi lalu dia dan Sheila Asyikin serentak memandang ke depan .

Selepas itu , Putih dengan sekuat hati menendang Bebola Tenaganya seperti seorang Penjaga Gol menyepak Bola ke arah makhluk yang akan menjadi sasaran mereka semua .
Satu letupan berlaku sebaik sahaja Bebola Tenaganya hinggap ke mulut makhluk itu yang tidak memiliki bibir .

" Aku dan Sheila pergi dulu . " Kata Ahmadi sambil menjelirkan lidahnya ke arah Putih lalu dia dan Sheila Asyikin melenyapkan diri mereka dan muncul semula di tempat serangan Putih tadi .
Terdengar hilai tawa Ahmadi dan Sheila Asyikin dari kejauhan .

" Tak guna ! " Jerit Putih dengan kuat . " Tuan dan Cik dah perdayakan kitorang ! "

" Saya nak cuti sebulan ! " Jerit Kucina sambil meluru pantas ke arah musuhnya .

" Jangan harap ! " Kata Witchie lalu menarik kaki Kucina menyebabkan Kucina tersembam ke permukaan air . " Awak tu tak layak nak dapat cuti tu ! "

Witchie berlari dengan pantas .

Putih mengapungkan dirinya lalu dirinya disinari dengan cahaya yang berwarna Perak , Biru dan Putih . " Cuti sebulan tu milik saya ! "

Putih dengan pantas mengejar Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Kita tak boleh kalah dengan makhluk kaki empat tu ! " Kata Paquine lalu dia bersama dengan Merowran berlari dengan pantas sambil badan mereka berdua disinari dengan cahaya Merah , Kuning dan Jingga .

Sulur bercangkuk mahkluk itu yang amat menakutkan menyerang setiap anggota pasukan Ahmadi namun , serangan itu dapat dielak .

Hose menetak permukaan air lalu , satu cahaya kilasan sebilah Pedang yang besar menetak tubuh makhluk itu .
Satu letupan berlaku dan letupan itu hampir menyebabkan Damgo tercampak ke dalam mulut makhluk itu .

" Hoi ! Hati - hati sikit ! " Jerit Damgo lalu kembali berlari .

Sebaik sahaja kaki Ahmadi dan Sheila Asyikin bertapak di atas badan makhluk yang dipenuhi dengan pelbagai jenis Teritip itu , mereka berdua dapat merasakan sesuatu .
Ahmadi memandang ke arah Sheila Asyikin yang sedang menghentak - hentakkan kakinya dia atas badan makhluk itu seperti kanak - kanak yang sedang bermain di lopak - lopak air .

Sheila Asyikin memandang ke arah Ahmadi . " Abang , apa kita turun dulu ?! "

Ahmadi menghubungi semua anggota pasukannya melalui Telepati dan tidak lama selepas itu , kesemua mereka telah berada kembali di atas permukaan air .

" Mana Yasha ? " Tanya Ahmadi .

Kedengaran suara jeritan Yasha dan Hose dari jauh lalu Ahmadi bersama - sama rakan - rakannya memusatkan pandangan mereka ke arah suara jeritan tadi .
Kelihatan , Yasha sedang menarik tangan Hose yang telah terbenam separuh di dalam badan makhluk yang mengerikan itu .

" Tarik saya Yasha ! " Jerit Hose dengan lantang . " Kalau saya mati kat sini , saya bunuh awak ! "

" Macam mana dia nak bunuh kawan dia kalau dia dah mati ? Dia tu betul ke ? "Tanya salah seorang daripada rakan Nezza .

Yasha menjerit dengan sekuat hatinya dan tidak lama kemudian , Hose terhumban ke arah pasukannya semula .
Dia meludah ke arah bekas Hose disedut tadi dan terus melenyapkan dirinya untuk berkumpul semula dengan semua rakannya .

" Jadi , apa pandangan korang ? " Tanya Ahmadi .

" Pertama , jangan sampai tersedut oleh si busuk ni . Badan dia macam pasir jerlus . " Jawab Kucina dengan lembut .

" Kedua , kita kena pastikan , tangan dia yang banyak tu tak sampai kat kita kalau tak , kita akan jadi makanan dia . " Celah Damgo pula .

" Yang ketiga , kita kena halang pergerakkan si busuk ni . Kalau korang perasan , jarak dia ni dah makin dekat dengan kita . " Sampuk Ahmadi pula .

Sheila Asyikin menghubungi Vanessa Valarie untuk memberitahu akan arahan Ahmadi dan tidak lama kemudian , beberapa tali bercahaya berelemenkan Warna Elemen dan Cahaya daripada beberapa anggota pasukan Vanessa Valarie terkeluar daripada air dan terus mengikat badan makhluk itu .

Sulur - sulur bercangkuk makhluk yang menakutkan itu menyerang pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin sehingga memaksa mereka lari bertempiaran seperti orang gila untuk menyelamatkan diri .

" Apa yang diorang buat tu ? " Tanya seorang tua . " Perangai diorang langsung tak sama dengan apa yang kita semua lihat sebentar tadi . "

Tiba - tiba , satu Bebola Tenaga muncul daripada salah satu sulur paut makhluk itu dan dilancarkan ke arah Peramisuri Fiirapi dalam kelajuan yang amat pantas .

Namun , Ahmadi dengan pantas memulangkan semula Bebola Tenaga tadi dengan menyepak Bebola Tenaga itu dengan kuat .

Satu letupan yang sangat kuat berlaku sebaik sahaja Bebola Tenaga itu mencium salah satu daripada banyaknya mulut yang dimiliki oleh makhluk itu .
Suara yang menggerunkan bergema di ruang udara .

Semua yang berada di dalam ruang penumpang itu terperanjat sebaik sahaja melihat Ahmadi menendang semula Bebola Tenaga itu . Apa tidaknya , Bebola Tenaga itu terlalu besar saiznya sekiranya hendak dibandingkan dengan hanya satu tendangan .

" Tuanku Pawana memang kuat . " Bisik Nezza di dalam hatinya .

Ahmadi tersenyum lalu dia mendarat di atas kelopak Bunga Psikik yang dijelmakan oleh Permaisuri Fiirapi . Dia dengan pantas membukakan Pintu Tenaganya ke tahap yang sepenuhnya .
Warna rambutnya telah pun diwarnai dengan Warna Elemennya . Cahaya pada bebola matanya juga sama terangnya seperti mata Sheila Asyikin .
Debuan salji yang membentuk pusaran jelas terpancar di matanya .

Ahmadi muncul semula di hadapan pasukannya . " Pertandingan masih berjalan . Tapi sebelum tu , kita kena potong semua tangan si busuk ni . "

Sebaik sahaja Ahmadi menghabiskan ayatnya , dia menjerit lalu memegang kakinya kerana kakinya dipijak oleh Sheila Asyikin yang telah pun berlari pantas ke arah makhluk itu .

Dengan pandangan yang menakutkan , Sheila Asyikin dengan pantas mengelak serangan libasan sulur paut makhluk yang menakutkan itu .
Sambil berlari , dia menemukan kedua belah tapak tangannya lalu , tujuh bilah Api bercakera tujuh muncul dan mengelilingi dirinya .
Dia melompat ke belakang kerana tentakel - tentakel kecil cuba menyerangnya . Ketika berada di atas udara , dia melancarkan tiga bilah api bercakeranya tadi ke arah salah satu sulur paut makhluk itu .
Bagaikan bilah pedang yang membelah kain sutera , ketajaman Bilah Api bercakera yang dilancarkan olehnya tadi dengan mudah memotong sulur paut yang menjadi sasarannya .

Makhluk itu mengeluarkan suaranya yang menyeramkan seperti sedang mengalami kesakitan yang teramat sangat .
Satu sulur pautnya jatuh ke permukaan air lalu tenggelam .

Sheila Asyikin terus berlari untuk mencari sasarannya yang seterusnya .

" Anak Patung ni memang gila betul . " Bisik hati Ahmadi lalu dia menghalakan tapak tangannya ke depan . Corak Elemen Air yang abstrak dan unik terpancar di sekeliling tempat makhluk itu muncul .
Dan selepas itu , dia mengggenggam tapak tangannya tadi . Tidak lama kemudian , 70 puluh Rantai yang berwarna Biru Keputihan muncul dari dalam air dan terus merantai badan makhluk yang menggerunkan itu .
Kemudian , dia menumbuk permukaan air dengan penumbuk kanannya yang menyebabkan , corak abstrak dan unik tadi bersatu dengan setiap Tali Elemen yang dijelmakan oleh setiap anggota Pasukan Vanessa Valarie .

Ahmadi berdiri semula . " Dah . Aku dah hentikan pergerakan makhluk ni . Pergi potong semua tangan si busuk tu . "

Lelaki berbadan sasa yang mengiyakan apa yang diceritakan oleh Permaisuri Fiirapi ketika Permaisuri Fiirapi menceritakan bagaimana Ahmadi dan Sheila Asyikin menjadi pewaris Kerajaan Lagenos terperanjat . " Pengawalan minda yang baik diperlukan untuk mengekalkan kekuatan teknik yang digunakan oleh Tuanku Pawaka . Ikut daripada pengalaman saya , semua jenis Teknik yang berasaskan corak dan jalur abstrak dan unik memerlukan pengawalan minda yang terbaik dan dalam keadaan yang tenang . "

" Maksud awak , Tuanku Pawaka masih dalam keadaan tenang walaupun dalam keadaan sekarang ? " Tanya Nezza .

" Betul . " Jawab lelaki sasa itu . " Bukan senang nak hasilkan teknik macam tu kalau tak ada pengawalan minda yang baik dan tenang . "

" Panglima Lesas, daya penilaian awak masih tak ubah seperti dulu . " Puji Veip dengan senyuman .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience