BAB 99 - PEMBELOT LAGENOS

Fantasy Series 4007

" Pastikan akak berempat dan bonda permaisuri saling berhubung dengan pasukan Rara . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Diorang akan beri akak gambaran keadaan kota dan , bonda permaisuri akan berikan tugas kat akak berempat . Jangan risau . Bonda pakar dalam ' kerja - kerja ' macam ni . "


" Habis tu kita ? " Tanya Maera dengan jelas .


" Kita keluar . Siasat keadaan sekitar . Kita main ' intai - intai ' . " Kata Ahmadi sambil dia tersenyum lalu dia menjelmakan Baju Tempur Elemennya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pada waktu yang sama , Edy bersama dengan kumpulannya mula menculik seberapa banyak Manusia yang mereka mampu .

Tidak kira Lelaki atau Wanita , Muda atau Tua , kecil atau besar .

Semuanya mereka sambar . Demi untuk mendapatkan perhatian daripada Prof . Zenderall dan Prof . Linda Josephine .

Mereka juga menculik sekumpulan Wartawan untuk memeriahkan lagi keadaan penculikan mereka .


Keadaan itu dengan pantas tersebar ke seluruh pelosok Dunia Manusia menerusi sebaran video pendek yang dimuat turun ke Media Sosial .

Sebaran itu telah menyebabkan berlakunya keadaan panik dan arahan untuk berjaga - jaga dengan pantas dikeluarkan .


Semua Unit Pasukan Keselematan juga diarahkan untuk mengawasi setiap kawasan yang dijangkakan akan menjadi sasaran .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira berlari daripada atas bangunan ke sebuah bangunan dengan pantas sambil dia melihat ke arah tujuannya .


Jauh di belakang Aivira , kelihatan Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain yang juga sedang melompat daripada satu bangunan ke bangunan yang lain namun , mereka kelihatan tenang dan bersahaja .


" Cuba kau cakap kat kitorang . " Kata Siti Nursamawi dengan tenang . " Kenapa kita tak pergi sekali dengan Ai ? Kenapa kita nak kejar dia macam ni pula . "


" Pemberontak akan letak beberapa kumpulan kecil untuk bunuh ' Hero ' . Dalam keadaan sekarang ni . Ai akan jadi Hero . " Balas Ahmadi dengan tenang .

Selepas itu , dia mengarahkan semua rakannya untuk bersembunyi . " Kita pula . Akan jadi penyelamat untuk Hero . "


" Awak kejam betullah . " Kata Muniandy dengan tenang . " Awak Raja ' kut ' . Sheila pula Puteri . Siti pun Puteri . Korang bertigalah yang sepatutnya yang jadi Hero sekarang . "


Ahmadi meninjau ke bawah dengan perlahan - lahan . " Yang kawal tempat diserang pembelot tu , Pahlawan daripada Puak Ai . Jadi , dia memang tepat untuk ke sana . Lagi satu sebab , kalau aku atau In , atau si Pipi Tembam atau , salah seorang daripada korang yang pergi ke sana , kumpulan kecil pemberontak ni takkan berani serang kita sebab ada beza tahap . Dan , diorang kena serang kita secara serentak . Itu akan beri risiko yang lebih kepada keadaan kota . Akan bawa lebih kemusnahan dan nyawa kat kota dan penduduk awam . Aku tak nak itu berlaku . Aku kena minimumkan keadaan tu . "

Selepas itu , dia tersenyum . " Tengok tu . Ada sekumpulan kecil Pahlawan kat bawah . Baju Tempur diorang dah lain . Macam ada corak Kerajaan Darkhtala kat Baju Tempur diorang . "


" Saya tak tahu macam mana otak awak berfikir . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Awak macam dah tahu macam mana cara musuh - musuh awak buat strategi . "


Ahmadi tersenyum . " Aku bukan nak berlagak Steph . Tapi , aku boleh cakap macam ni . Kalau korang masa umur 15 tahun , korang sibuk dengan Café dan semua bagai , aku masa umur tu dah jadi Pembunuh kat dunia ni . Aku dah jadi Assassin tak bertauliah . Lepas tu , barulah In ikut aku . Tangan kitorang ni , dah basah dengan darah dalam umur yang masih muda . "

Selepas itu , dia mengarahkan semua rakannya kembali bergerak . " Lagi satu sebab . Korang tak pernah lagi kena serang serentak oleh musuh . Korang selalu ikut aku je . Jadi , aku masih tak berani lagi nak risikokan nyawa korang . "


" Saya sayangkan awak Die . " Kata Maera dengan lembut .


" Aku pun . Tapi cukup sekadar sayang . Jangan nak lebih - lebih . " Kata Ahmadi sambil tersenyum . " Aku normal lagi . "


" Awak ingat abang saya ni Gay ke ? " Tanya Naera lalu dia dan rakan - rakannya tertawa kecil .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Prof . Zenderall hanya tersengih melihat siaran berita tergempar yang mengganggu siaran Muzik yang ditontonmya .

Telinganya menangkap setiap butiran yang diinformasikan oleh Wartawan yang bertugas .


" Saya tak rasa Badut ni , nakkan Telur tu untuk sesuatu yang elok . " Kata Prof . Linda Josephine dengan lembut . " Awak dan saya dah tahu . Apa yang ada kat dalam telur tu . "


" Lantaklah . Yang penting . Kita dah ' sedut ' semua yang ada kat dalam Telur tu . " Balas Prof . Zenderall dengan jelas . " Dah sampai masa nanti . Aku akan pecahkan telur tu . Kat depan diorang . "


" Nak buat apa pecahkan Telur tu kat depan diorang ? " Tanya Prof . Linda Josephine dengan jelas . " Elok awak musnahkan je terus Telur tu . "

Dengan bersahaja , dia melabuhkan punggungnya di atas meja lalu menyilangkan kakinya . " Awak kena ingat . Dan selalu beringat Zen . Lawan awak tu , bukan bodoh . "


Prof . Zenderall tertawa kecil . " Aku akan musnahkan Telur tu kat depan diorang semua nanti . "


Prof . Linda Josephine menggerakkan kepalanya ke arah TV Cahaya . " Tu . Badut tu jemput awak ke stadium tu . Awak nak pergi ke ? "


Prof . Zenderall tertawa kecil . " Nak buat apa ? "


Prof . Linda Josephine tersengih . " Jadi , semua mangsa culik tu ? "


" Itu bukan masalah aku . " Balas Prof . Zenderall dengan jelas dan tersenyum .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira meningkatkan kepantasannya agar dia dapat tiba dengan segera .

Sewaktu dia hendak melakukan lompatan yang seterusnya , dia tidak menyedari akan dua orang musuh sedang meluru ke arahnya .


" Steph . Minta Kunai kau . Empat . " Kata Ahmadi dengan tenang .


Tanpa bicara , Stephen Akio Kenzo memberikan Kunai tadi kepada Ahmadi dan selepas itu , Ahmadi dan Sheila Asyikin dengan pantas melenyapkan diri mereka .


Hanya beberapa inci sahaja , senjata musuh hampir menyiat wajah Aivira.


Masih lagi di udara , Aivira melirik dan berpusing ke belakang dan melihat , Ahmadi dan Sheila Asyikin , sedang menahan serangan dua Pahlawan Assassin musuh yang cuba menyerangnya tadi .


Maera dan rakan - rakannya juga turut terperanjat melihat kepantasan serangan dan pertahanan itu .


Aivira mendarat di atas bangunan dengan berguling dan seterusnya bersedia untuk menantikan serangan .


Ahmadi mendengan dada lawannya dengan pantas dan padu sehingga lawannya tercampak ke arah tangki .

Selepas itu , dilemparkannya empat bilah Kunai tadi ke arah sendi siku dan lutut lawannya .


Lawan Ahmadi tadi menjerit kesakitan dan terlekat pada permukaan tangki itu .


Sheila Asyikin pula , menekan musuhnya ke dinding sebuah bangunan dan terus sahaja menangkap musuhnya dengan menjelmakan akar - akar berapi .


Ahmadi segera memanggil Pahlawan Penjaranya dan mengarahkan agar dua Pahlawan Assassin musuh tadi disiasat dengan segera .

Selepas itu , dia mengisyaratkan kepada Aivira agar terus bergerak ke arah tujuannya .


Tanpa membantah , Aivira terus sahaja menyambung kembali pergerakkannya .


Ahmadi memanggil semua rakannya dengan tenang .


" Apa yang awak nak kitorang buat ? " Tanya Naera dengan tenang .


" Cari sudut korang . Perhatikan Aivira . Pastikan dia selamat . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Buka deria korang . "


" Awak nak ke tempat lain ke ? " Tanya Ratni dengan lembut .


" Aku dan In akan buat serangan kat bawah . Korang semua kat atas sebab , dapat tengok Abang Ai dengan lebih jelas . " Balas Ahmadi dengan tenang .


" Baiklah . " Balas Adam dengan lembut .


Sementara itu , Pasukan Sayap Merah dan Sayap Biru , berlari dengan pantas melalui atas bangunan dan juga lorong - lorang jalan Kota Kerajaan Kota Lagenos .


Keadaan Kota telah sunyi dan sepi kerana arahan berkurung telah pun dikeluarkan .


Penduduk yang dibelenggu kegusaran , saling berpelukkan sesama mereka .


Rissa yang berlari dengan pantas di hadapan gerai - gerai buah , melenyapkan dirinya kerana , seorang Pembelot Kerajaan menyerangnya .

Dia menjelma semula di belakang lawannya dan , pergelutan dan pertarungan mula berlaku .


Pembelot Lagenos itu menyerang Rissa dengan kepantasan yang luar biasa namun , Rissa tetap kelihatan tenang menyambut segala serangan yang dilancarkan terhadapnya .


" Nenda , keadaan kota kita kelihatan tenang namun , ada kekuatan Elemen Tenaga Warna dan Cahaya yang bersulamkan kegelapan yang dapat cucunda kesan . " Kata Nurzahirah dengan lembut menerusi sambungan Telepatinya yang bersambung dengan semua anggota pasukannya , Nurzaharah dengan Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea , Siti Nurjannah dan Permaisuri Fiirapi .


" Pada sudut pukul satu cucunda pula , Rissa sedang bertarung dengan seorang pembelot kerajaan . " Kata Nurzaharah pula dengan jelas . " Cucunda akan mulakan pencarian musuh . "


" Cucunda berdua segerakan pencarian itu dan bila dapat ditangkap sahaja mereka , khabarkan kepada Nenda dan Bonda sekalian . Biar minda mereka dapat dibongkar dalam keadaan yang segera . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut .


" Cucunda berdua menjunjung titahnya Nenda Permaisuri . " Kata Nurzahirah dan Nurzaharah dengan nada yang serentak .

Selepas itu , mereka berdua mengaktifkan Tenaga Banshee Psikik mereka untuk mula mengesan pergerakkan Gelombang Elemen Warna dan Cahaya yang mencurigakan .


Pertarungan sengit berlaku di antara Puan Fiinura dan Aqilah dengan dua orang Pembelot Kerajaan Lagenos yang juga merupakan antara Ketua Pahlawan Puak mereka .


Puan Finura dan Aqilah telah pun berada dalam Mode Tempur Aexrieca mereka kerana , lawan mereka juga berada dalam keadaan yang sama .


Lawan Puan Fiinura menghasilkan Libasan Elemen dan Puan Fiinura dengan pantas melibaskan Pedangnya lalu , Libasan Sutera Elemen menjelma untuk mempertahankan dirinya .

Selepas itu dengan kepantasan yang luar biasa , dia melibaskan Pedangnya ke atas dan kemudian , Helaian - helaian Sutera Elemen terhasil daripada tanah dan terus sahaja menangkap lawannya .


Aqilah berpusing - pusing sambil melibaskan Dua Bilah Pedangnya untuk menewaskan lawannya .

Serangan Elemennya amat menggerunkan kerana percikkannya jelas berbahaya .


Panglima Tallat , yang menjadi pembelot itu mengelak segala serangan yang diterimanya .

Dia berundur ke belakang dan menghasilkan beberapa Bebola Tenaga Elemen dan melancarkannya ke arah Aqilah .


Dengan tenang , Aqilah menyilangkan dan melibaskan kedua belah Pedangnya lalu , beberapa Bebola Tenaga Elemen meluru ke arah Bebola Tenaga Elemen yang dihasilkan oleh Panglima Tallat tadi .


Satu letupan yang agak kuat berlaku sebaik sahaja Bebola - bebola Tenaga Elemen itu bertembung .


Sheila Asyikin mengelak serangan pantas musuhnya .

Wajahnya ' Baby Dollnya ' kelihatan amat menggerunkan .

Dengan padu , dia melekatkan lawannya ke dinding dan selepas itu , Bilah Apinya terus sahaja memaku sendi - sendi musuhnya .

Tidak mahu berlengah , dia dengan segera memanggil Pahlawan Penjaranya untuk terus membawa lawannya itu untuk disiasat .


Siti Hawa dengan padu melibas lawannya ke arah Naera dan Naera pula melibas kepala musuh tadi ke arah bawah .


Ahmadi yang berada di bawah , dengan pantas menghasilkan Lingkaran Taisa .

Musuh yang telah dilibas tadi , menjunam menerusi Lingkaran Taisa yang dihasilkannya tadi dan dia terus sahaja melenyapkannya semula .


Aivira semakin hampir ke arah tujuannya . Dia telah dapat melihat akan pertarungan Aqilah .


Tatsumaki dan Siti Aisyah telah dapat menangkap beberapa pembelot kerajaan mereka dan terus sahaja melaporkannya kepada Nurzahirah .


Begitu juga halnya dengan Rissa dengan Mand Chong Wei Tze . Mereka telah dapat menangkap lawan mereka dan juga terus melaporkannya .


Nurzahirah dan Nurzaharah turut telah berjaya menahan pembelot - pembelot kerajaan mereka dan terus sahaja melaporkannya kepada Permaisuri Fiirapi .


Permaisuri Fiirapi bersama dengan Puteri - puterinya , dengan segera menjejak Gelombang Minda musuh - musuh yang telah berjaya di tahan itu .


Puak Fiinura mencampakkan lawannya yang berjaya ditewaskannya ke arah Pahlawan - pahlawannya untuk diserahkan kepada Ahmadi .


Pertarungan Aqilah masih lagi berlaku dengan sengit .


Panglima Tallat menyerang Aqilah dengan pantas .

Tenaga Elemen Warna dan Cahaya Panglima Tallat jelas berselimutkan satu Tenaga Kegelapan yang agak menggerunkan .


Aqilah mengelak serangan Panglima Tallat dan melibaskan Pedangnya ke arah leher Panglima Tallat .

Kepantasan Panglima Tallat itu hampir setanding dengan kepantasannya .


Panglima Tallat merendahkan tubuhnya dan terus sahaja menyerang perut Aqilah dengan beberapa tumbukkan yang padu .

Tidak cukup dengan itu , dia menggunakan lututnya menyerang dagu Aqilah dan seterusnya , menyepak perut Aqilah dengan kuat .


Aqilah terseret ke belakang lalu terlutut ke tanah dengan memuntahkan sedikit darah yang segar .


Melihat keadaan itu , Panglima Tallat dengan pantas meluru ke arah Aqilah dengan mengangkatkan Pedangnya untuk dilibaskannya ke arah leher Aqilah .


Puan Fiinura berlari untuk menyelamatkan Aqilah .


Namun , kejadian yang tidak jangkakan berlaku .

Semua kepala pembelot Kerajaan Lagenos itu , tiba - tiba sahaja meletup dan pecah terburai .


Keadaan itu , telah menyebabkan Puan Fiinura menoleh ke belakang untuk melihat apakah yang sebenarnya yang telah berlaku .


Mata Pedang Panglima Tallat semakin hampir untuk memenggal leher Aqilah .


" Ya Tuhan Semesta Alam . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut namun , nadanya jelas berbaurkan nada yang amat terkejut . " Pada semua minda mereka itu , telah diisikan dengan Corak Letupan Minda Psikik . "


" Benar bonda . " Kata Hagia Sofea dengan lembut . " Nampaknya , musuh memang tidak ingin kita mengorek maklumat mengenai mereka . "


" Semua musuh ini , hanya mati dalam keadaan yang sia - sia . " Kata Siti Maisarah dengan tenang . " Apa yang mereka inginkan , tidak tercapai dan apa yang mereka lakukan , hanyalah akan menjadi sejarah hitam kepada keluarga mereka . "


Ahmadi juga sedikit dibelenggu kegusaran kerana , perkara yang sama juga turut dilaporkan kepadanya oleh Ketua Pegawai Penjaranya .

Semua kepala pembelot - pembelot itu , turut hancur berkecai .


Dari kejauhan , pada kawasan kaki hutan , di atas sebatang dahan pokok yang berdaun lebat , kelihatan Dyrad sedang berselindung .

Sedang memerhatikan akan pertarungan Aqilah dan Panglima Tallat .

Sesekali , dia kelihatan seperti sedang berbual dengan seekor Burung Raven dan juga seekor Burung Gagak yang senantiasa menemaninya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience