Rate

BAB 5 BENIH PERMULAAN

Fantasy Series 3820

Tujuh bulan telah berlalu . Fenomena ' Perasaan Kebencian ' yang telah menyebabkan Ahmadi dan rakan - rakannya menjadi sedikit gelisah telah menyepi .

Namun demikian , tidak bagi Ahmadi dan Sheila Asyikin . Mereka berdua tetap berwaspada dengan mengarahkan Pasukan Pahlawan Mitos yang diketuai oleh Putih agar tetap sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku dengan meneruskan penyiasatan terhadap fonemena itu .

Ahmadi dan Sheila Asyikin mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu .

Pagi yang indah . Cahaya Sang Mentari menyinari alam dengan sinarannya yang cerah gemilang . Angin pukul 10.00AM yang berhembus perlahan menyegarkan lagi pagi para penghuni Pulau Biru .

Jalan raya tidak sibuk kerana belum sampi waktu puncak . Lampu isyarat menjadi tanda pengguna jalan kaki untuk menyeberangi jalan . Kelihatan Ahmadi dan rakan rakannya sedang menyeberangi jalan dengan karakter masing - masing . Dengan gaya yang tersendiri .

" Kenapalah jalan tu rosak . Tak pasal - pasal kita terpaksa jalan kaki ke sana . " Kata Aivira seolah - olah merungut . " Kalau kita naik kereta sekarang ni ,tentu kita dah sampai kat sana dah . "

" Boleh tak awak berhenti merungut ? " Celah Muniandy yang berjalan dengan kedua belah tangannya diletakkannya di belakang kepalanya . " Apa kata awak just enjoy je . "

" Lecehlah . " Balas Aivira . " Dahlah ramai orang kat bandar ni . "

" Macamlah awak tak pernah langsung ke bandar kalau time hari perayaan . " Pintas Muniandy . " Time tu kan ramai orang kat bandar ni . "

" Itu lainlah bengap . " Balas Aivira . " Itu musim perayaan . Memanglah ramai . Tapi sekarang ni langsung tak ada sebarang perayaan pun . Tapi orang dah ramai dah . "

Muniandy mengeluh . " Macam nilah Ai . Apa kata awak ikut macam Maera dan Naera tu . Relaks je . Sambil sembang lagi . "

Aivira melihat ke arah Maera dan Naera yang berjalan seperti biasa sahaja . Sambil bercerita sesama sendiri dan kadang - kala tertawa bersama . Memperlihatkan betapa akrabnya perhubungan adik beradik di antara Maera dan Naera .

" Mesra je adik beradik tu . Takde pun nak merungut bagai . Awak tu je yang emosi tak tentu pasal . Bengong tak kena tempat . " Kata Muniandy lalu tertawa kecil .

" Diorang tu lain , saya lain . " Balas Aivira . " Lagi pun , diorang tu memang macam tu . Lagi satu , tak kuasa nak bercerita dengan awak . Bukan seronok pun . "

" Baiklah kalau macam tu . " Kata Muniandy lalu terus tertawa kecil . " Apa kata awak ikut macam Didie dan Sheila kat depan tu . "

Aivira membuang pandangannya ke arah Ahmadi dan Sheila . Terus sahaja wajahnya menjadi semacam .

Ahmadi dan Sheila Asyikin berjalan dengan riang dan gembira sambil berpegangan tangan . Sheila Asyikin berjalan seperti budak - budak dengan melompat - lompat kecil sambil memegang tangan Ahmadi manakala Ahmadi pula melayan kerenah Sheila Asyikin yang tidak ubah seperti budak - budak yang periang walaupun usia mereka sebaya . Sambil menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri .

Wajah Aivira menjadi geram . " Awak agak - agaklah sikit kalau bercakap tu ! "

Muniandy tertawa terbahak - bahak sambil menekan perutnya .

" Diorang berdua tu tak siuman tau tak ?!" Awak boleh tengok sendiri ! " Kata Aivira dengan nada geram yang meluap - luap tidak tertahankan lagi kerana Muniandy masih lagi mentertawakannya lalu dia menuding ke arah Ahmadi dan Sheila Asyikin . " Awak tengoklah sendiri diorang tu ! Dengan perangai macam tu ! Macam orang gila ! Diorang buat jalan ni macam diorang yang punya ! Langsung tak hiraukan orang sekeliling ! Lagi pun , buat apa nak berpegangan tangan dengan awak ?! "

" Woi korang berdua ! " Jerit Maera yang telah pun berada di seberang jalan bersama Ahmadi , Sheila Asyikin dan Naera . " Korang cepatlah sikit berjalan tu ! "

" Korang diam ! " Jerit Aivira dengan geram . " Jangan masuk campur . Ini antara saya dan Andy ! "

Muniandy masih lagi tertawa .

" Apa hal diorang tu ? " Tanya Ahmadi .

" Entahlah diorang . " Jawab Maera .

" Saya nak awak minta maaf dengan saya sekarang ! Awak dah guriskan perasaan saya ! " Jerit Aivira .

" Hoi ! " Jerit seorang pengguna jalan raya kepada Aivira dan Muniandy kerana mereka berdua berdiri di tengah - tengah jalan raya . " Tepilah sikit ! Jangan buat kacau kat sini ! Saya dah lambat nak pergi ke tempat kerja tau tak ! Tepilah ! "

" Yang awak lambat bangun tu kenapa apa hal ?! " Jerit Muniandy dengan lantang .

" Sekali lagi awak sound kitorang macam tu , saya pecahkan kereta awak ! " Tengking Aivira juga dengan berang .

Pengguna jalan raya tadi terlihat seorang Anggota Polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu lalu membunyikan hon keretanya . " Polis , tangkap orang gila ni ! "

Mendengar sahaja jeritan itu , Aivira dan Muniandy dengan pantas berlari mengejar Ahmadi dan rakan - rakan mereka yang lain .

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea sedang duduk di bawah Pokok Mangga yang berbuah dengan lebat .

" Bila kita nak ke HQ ni ? Tanya Hagia Sofea . " Bila dah lama sangat kerja kat luar ni , macam dah malas nak balik ke HQ . "

" Lusa . " Jawab Siti Khumairah dengan lembut .

" Saya bukannya nak mengada - ngada tapi ... " Kata Siti Nurjannah dengan perlahan . " ... bukan kita sepatutnya dapat cuti ke lepas buat siasatan ni ? "

" Awak ni ... " Pintas Hagia Sofea sambil tertawa kecil . " ... takkan tak puas lagi berehat ? "

Siti Khumairah tersemyum . " Itu saya tak pasti . Semua keputusan terletak kat tangan semua Pemimpin Pasela . "

" Tapi saya yakin . " Kata Hagia Sofea dengan perlahan . " Ada sesuatu yang tak kena dengan diorang semua dan saya pasti , diorang tetap akan menjadi suspek utama kita . "

" Saya pun fikir macam tu . " Celah Siti Nurjannah pula . " Diorang macam mengesyaki sesuatu pasal kita . "

" Kalau nak kaitkan diorang semua tu dengan Sayap Peganiex , diorang memang langsung tak ada kaitan dengan Kumpulan Penyiasatan tu . Kita langsung tak jumpa apa - apa yang boleh kita kaitkan diorang dengan kumpulan tu . " Kata Siti Khumairah dengan jelas .

Hagia Sofea dan Siti Nurjannah saling berpandangan lalu mereka berdua memandang ke arah Siti Khumairah .

" Kita dah siasat dengan terperinci tapi langsung tak jumpa apa pun . " Kata Siti Khumairah dengan lembut . " Tapi , ada sesuatu yang pelik pasal malam kita pergi ke rumah Stephen hari tu . "

" Saya rasa saya tahu apa dalam kepala awak tu . " Kata Hagia Sofea dengan tenang . " Malam tu , suasana dalam Bilik Permainan tu pelik . "

" Ada satu tenaga yang menyamankan dalam ruang tu . Macam Tenaga Semula Jadi tapi , tak mungkin tenaga yang banyak macam tu ada kat tempat tu sebab , kita bukannya kat dalam Hutan yang dikelilingi oleh Alam Semula Jadi . Kita kat dalam kawasan Bandar . Benda macam tu memang tak masuk akal . " Kata Siti Nurjannah lagi .

" Ada lagi yang pelik dari itu . " Kata Siti Khumairah dengan lembut dan jelas .

" Apa dia ? " Tanya Hagia Sofea dengan pantas .

" Didie dan Sheila yang kita lihat pada malam tu bukannya diorang yang sebenar . " Jawab Siti Khumairah dengan jelas .

" Saya sependapat dengan Mai . " Celah Siti Nurjannah dengan lembut . " Saya kenal Didie dan Sheila tu . Diorang dah macam darah daging saya sendiri . "

" Itu saya tak sure sangat tapi yang saya dapat rasakan pada malam tu , kita macam telah diperdayakan . " Kata Hagia Sofea .

Siti Nurjannah menganggukkan kepalanya . " Dan kita bertiga pula , membenarkan ia berlaku . "

" Yang lebih buruk lagi ialah ... " Celah Siti Khumairah dengan lembut . Angin bayu berhembus menerbangkan hujung kain tudungnya yang berwarna Peach . " ... saya seperti diperdayakan oleh adik - adik saya sendiri dan , dan adik - adik saya tu pula seperti menyembunyikan sesuatu daripada saya . "

Siti Nursamawi duduk di atas kerusi di dalam ofisnya . Matanya merenung ke atas mejanya yang kosong . Hanya dihiasi oleh fail - fail laporan yang diberikan kepadanya untuk diteliti dan dicerna .

Ada satu perasaan aneh yang membelenggu dirinya . Satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan olehnya . Tapi apa yang dia pasti , perasaan itu bukan hanya melibatkannya seorang tetapi , ia melibatkan dua orang rakan sejatinya . Rakan sehidup sematinya . Dunia dan akhirat . Rakan yang menjadi keriangan dan kegembiraannya . Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Frame gambar yang menyalakan gambar Ahmadi dan Sheila Asyikin sewaktu mereka berada di Sekolah Menengah dahulu dicapai oleh Siti Nursamawi . Dipandangnya dengan pandangan kerinduan yang terlalu mendalam . Kerinduan yang telah lama dipendamkannya .

" Die , Sheila ... " Kata Siti Nursamawi di dalam hatinya . " ... aku tahu , apa pun yang akan berlaku , kita tetapkan bersama sehingga ke mati . "

Ketukan pintu menyedarkan Siti Nursamawi daripada bisikan perasaannya dan memandang ke arah pintu dengan perlahan - lahan .

Pintu dikuak dengan perlahan . Adam dan Siti Hawa melangkah masuk dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir mereka . Mereka berdua menghampiri Siti Nursamawi lalu duduk di kmatas kerusi . Hanya meja yang menjadi pemisah di antara mereka .

Siti Nursamawi tersenyum lalu meletakkan kembali Frame Gambar yang tadi memasuki ke dalam dunia sanubarinya .

" Awak rindukan diorang . " Kata Siti Hawa dengan lembut .

Siti Nursamawi menganggukkan kepalanya . " Sangat rindukan diorang .Tapi tak tahu kenapa , aku dah tak boleh nak contact diorang . Diorang tak contact aku . Tapi , setiap bulan dan setiap birthday aku , diorang tak pernah miss hantar hadiah . "

" Kenapa pula macam tu ? " Tanya Adam .

Siti Nursamawi hanya tersenyum . " Aku tak tahu tapi , diorang tak pernah lupakan aku sebab , setiap bulan diorang hantar Kek kegemaran aku . "

" Tapi tak pernah pula kitorang nampak ada Abang Posmen ke atau sesiapa pun yang hantar sesuatu kat awak . " Sampuk Siti Hawa dengan lembut .

Siti Nursamawi tersenyum lalu meletakkan tapak tangan kanannya di atas meja . Satu corak yang abstrak dan bercahaya terpancar dengan agak terang . " Diorang hantar guna teknik ni . "

Siti Nursamawi melenyapkan tekniknya tadi .

" Awak tak boleh nak contact diorang tapi , diorang masih hantar Kek kegemaran awak pada setiap bulan . Dan , tak pernah miss hantar Kek kegemaran awak pada setiap birthday awak . " Kata Adam dengan jelas . " Pelik . "

" Tapi aku tahu , diorang ada sebab yang kukuh kenapa diorang buat macam ni . " Balas Siti Nursamawi dengan yakin .

Selesai sahaja Siti Nursamawi menghabiskan ayatnya , satu corak yang abstrak terukir di atas mejanya lalu menjelmakan sebiji Mutiara yang berwarna Merah berjalur Biru .

Kemunculan Mutiara itu mengejutkan Adam dan Siti Hawa .

" Mutiara apa yang besar macam tu ? " Tanya Adam dengan perlahan .

" Dari diorang ke ? " Celah Siti Hawa pula .

Siti Nursamawi menyentuh Mutiara tadi dan memasukkan sedikit tenaga Merahnya ke dalam Mutiara tadi . Tidak lama selepas itu , Mutiara tadi bersinar dengan indah dan mengeluarkan suara . Suara Sheila Asyikin .

" Siti , ini Sheila . Abang suruh Sheila hantar pesanan ni kat Siti sebab kitorang ada kesan sesuatu yang agak pelik . " Suara Sheila Asyikin yang kebudak - budakkan itu jelas kedengaran . " Tolong bagitahu kat Adam dan Hawa juga tau . Diorangkan satu team dengan Siti . Kak Janne yang beritahu kat kitorang . "

Adam dan Siti Hawa saling berpandangan lalu memandang ke arah Siti Nursamawi yang kelihatan tenang .

" Kalau boleh , jangan gunakan Teknik Telepati untuk berhubung buat masa ni sebab , ada tenaga pelik dari seseorang yang cuba nak kesan jejak Tenaga Telepati tu . Individu tu akan cuba nak masuk ke dalam fikiran kita dan akan try untuk mencari sesuatu melalui memori kita . " Ujar Pesanan Suara Sheila Asyikin lagi . " Tolong beritahu kat Adam dan Hawa juga tau . "

Tiba - tiba , Mutiara tadi berubah warna . Menjadi warna Biru , Biru Muda dan Putih berjalur Merah . Kali ini , suara Ahmadi pula yang kedengaran . " Siti , kitorang tau kau sibuk tapi , aku nak korang bertiga hati - hati kat sana . Jangan tunjuk sangat siapa diri kita yang sebenarnya kecuali jika terpaksa . Aku tak pasti kalau Adam dan Hawa boleh buat tapi kalau boleh , gunakan deria . Aku dan In kat sini rindukan dan sayangkan kau sangat - sangat dan kitorang harap korang sentiasa sihat dan happy kat sana . "

Siti Nursamawi tersenyum lalu mengesat air matanya yang sedikit tumpah . Adam dan Siti Hawa juga turut tersenyum sama .

" Lepas ni , Mutiara ni akan lenyap . Halakan Cincin kau ke arah Mutiara ni . Cahaya dan Tenaga Mutiara ni sebenarnya Cahaya yang sama dengan Cahaya dan Tenaga yang ada kat Batu Delima kita . Ia akan buatkan Tenaga Elemen dan Warna kau lagi stabil dan kuat . Okeylah Siti , nanti kalau ada maklumat lebih , aku suruh Anak Patung gila ni hantar kat kau . " Kata Suara Ahmadi lagi . " Semoga kita bertemu lagi . "

Tidak lama selepas itu , Mutiara tadi lenyap dan Siti Nursamawi melakukan seperti apa yang dipesan oleh Ahmadi . Cahaya dan Tenaga dari Mutiara tadi ' masuk ' ke dalam Buah Delima yang menjadi batu Cincinnya yang terukir indah . Anak Matanya berkelip buat seketika memancarkan cahaya yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga .

" Semua dah terjawab . " Kata Siti Hawa dengan jelas . " Patutlah selama ni , kalau kita guna Teknik Telepati untuk berhubung , gelombang perhubungan kita tu terganggu . "

Adam menganggukkan kepalanya . " Saya ingatkan gelombang perhubungan kita yang tak stabil rupa - rupanya , memang ada gangguan . "

Belum sempat Siti Nursamawi bersuara , ketukkan di pintu menahannya .

" Masuk . " Kata Siti Nursamawi .

Seorang Wanita muda berpakaian kemas memasuki ofis Siti Nursamawi lalu memberikan tabik hormat kepadanya , Adam dan Siti Hawa .

" Kapten , perjumpaan untuk Kapten bertiga dengan Pemimpin Tertinggi akan bermula sebentar lagi . Kapten bertiga dipanggil untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat sekarang . " Kata Wanita Muda tadi dengan jelas .

" Baiklah , kami akan ke sana . " Kata Siti Hawa dengan lembut .

Sebaik sahaja Wanita Muda tadi keluar , Siti Nursamawi menyandarkan tubuhnya ke kerusi . " Malasnya aku nak pergi . "

Siti Hawa tersenyum lalu menghampiri Siti Nursamawi dan membangunkannya . " Dah , awak tu ketua kitorang . Cepat . "

Ahmadi , Sheila Asyikin , Muniandy , Maera , Naera dan Aivira berdiri di hadapan Bangunan Scientist for Future .

" Aku dan In selalu lalu kat kawasan ni tapi , sekali pun kitorang tak pernah masuk ke dalam bangunan ni . " Kata Ahmadi dengan jelas .

" Saya pun sama . " Kata Muniandy . " Restoran keluarga saya selang tiga bangunan dari bangunan ni tapi , sekali pun saya tak pernah hantar pesanan kat dalam bangunan ni . "

" Bukan korang jelah . " Celah Maera dengan tenang .

" Ini bangunan Sains yang terbaik yang pernah wujud kat dalam Dunia kita . " Celah Aivira . " Untung betul anak orang kaya tu dapat kerja kat sini . "

" Sheila jadi segan pula nak masuk . " Ujar Sheila Asyikin dengan perlahan .

" Tengoklah kenderaan yang ada kat sini . " Sampuk Naera pula dengan jelas . " Mewah dan mahal . "

" Tapi kalau kita tak masuk ... " Kata Ahmadi dengan perlahan dan lembut . " ... kecil hati pula Stephen kat kita nanti . Anak orang kaya tu yang jemput kita ke sini . "

Sementara itu di dalam sebuah bangunan kerajaan , Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa sedang bertemu dengan pemimpin atasan mereka .

" Korang bertiga akan dipindahkan ke Pulau Biru . " Kata Dato' Gerarrd dengan jelas . " Dengan serta merta . Di sana nanti , korang akan diberi tugas yang besar dan berat . "

" Apa ? " Tanya Siti Nursamawi dengan pantas manakala Adam dan Siti Hawa pula saling berpandangan . Terperanjat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience