Rate

BAB 36 PERANGKAP III

Fantasy Series 3820

Lamora berdiri lalu bersedia untuk bertarung semula . Dia sendiri tidak tahu sama ada , seseorang yang berada di sebalik debu dan asap itu adalah individu yang sama dibelasahnya sebentar tadi .
Apa yang dia pasti adalah , seseorang yang berada di sebalik debuan asap itu , telah mengeluarkan satu Tenaga Elemen Hybrid yang belum pernah dirasakannya sebelum ini .

Puan Finura hendak meluru ke arah tempat pertarungan Aivira namun dihalang oleh Ahmadi .

" Aivira dalam bahaya . " Kata Puan Finura . Riak kerisauan jelas memicit wajah keibuannya .

" Jangan risau . " Balas Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Ai tu kawan rapat saya . Dia bukan mudah nak tumbang kalau setakat pukulan lemah macam tu . "

Aqilah mendarat di sisi Ahmadi . " Lemah ? Tuanku nampak sendiri Lamora dah belasah abang saya tu teruk - teruk ! Saya nak pergi bantu abang saya ! "

Sebaik sahaja Aqilah hendak berlalu pergi untuk membantu Aivira , Siti Nursamawi muncul dan terus memeluk leher Aqilah . " Bertenanglah . ' Ala ' kau ni . Abang kau tu bukannya pondan . Dia takkan tumbang punya . Kau percayalah cakap aku . Dia saja je tu . Dia nak nampak bergaya depan kau . Itu je . Kitorang dah lama kenal . Kitorang faham dengan perangai masing - masing . "

Selepas itu , giliran Sheila Asyikin pula yang menjelma . " Kalaulah Aivira tu tak dapat nak lawan Lamora tu , dari awal pertarungan diorang lagi , Aivira tu dah kalah dah . "

Lamora masih lagi merenung ke arah debuan asap tadi .

" Pukulan awak kuat tapi ... " Kata Avira dengan tenang dan jelas dari sebalik debuan dan asap yang terbang bebas di udara . " ... tumbukkan tu tak ada perasan . "

Sebaik sahaja Aivira selesai mengungkapkan kata - katanya , hembusan angin meniup debuan dan asap tadi .
Kini , susuk tubuh Aivira telah jelas kelihatan . Dan , dia telah pun berubah kepada Mode Hybrid Aexrieca .
Tubuhnya memiliki tujuh warna . Berkilat . Persis warna Metallic . Matanya yang lapan pasang tersusun unik . Bulat dan berkilat .
Lapan segmen bertulang yang menyerupai kaki Labah - labah yang dikeluarkannya daripada bahagian bawah belikatnya juga kelihatan lebih unik .
Aivira menghembuskan nafasnya dengan agak perlahan .
Daripada belakang kepalanya , keluarnya struktur tulang yang perlahan - lahan membentuk satu perisai kepala yang unik . Seperti satu topeng yang hanya memperlihatkan bahagian mata , hidung dan mulutnya sahaja .
Yang membuatkan topeng itu lebih unik ialah , pada bahagian mulutnya , daripada bawah telinga kiri dan kanan , terukirnya satu barisan gigi yang menggerunkan .

" Biar saya tunjukkan . " Kata Aivira dengan jelas dengan suara Hybridnya . " Macam mana ketua saya ajar kitorang tentang kekuatan perasaan . "

Selesai sahaja Aivira menghabiskan ayatnya , dia dengan pantas melakukan serangannya .

Lamora tercampak ke belakang dengan deras akibat serangan tangan kosong Aivira .

Tumbukkan Aivira begitu padu walaupun kelihatan biasa .

Lamora melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi kiri Aivira dan menyerang Aivira .
Aivira mengelak serangan Lamora dan melakukan serangan balas .

Tumbukkan Aivira terlalu pantas untuk dielak dan ditepis oleh Lamora .
Wajah dan badan Lamora menjadi sasarannya .

Darah segar terpancut keluar daripada mulut Lamora sebaik sahaja lutut Aivira menyerang perutnya .

Aivira menendang Lamora dengan kuat dan menghadiahkan Bebola Elemennya ke arah Lamora .

Letupan terhasil sebaik sahaja Bebola Elemenn yang dilancarkan oleh Aivira menyapa tubuh Lamora yang sasa .

Melihat akan keadaan itu , Aqilah melaungkan satu laungan pelik . Dan laungan itu disambut dengan bersemangat oleh seluruh anggota pasukan Puan Finura , anggota pasukan Hybrid yang diketuai oleh Aqilah dan anggota pasukan DiRaja yang diketuai oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Ahmadi menyapu - nyapu kepala Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan lambut .
Kemudian , dia melompat ke udara dan disusuli oleh Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

Sebaik Ahmadi mendarat di kawasan musuh , dia melakukan putaran 360° dengan menyentuh hujung kaki kanannya ke tanah . Dia melakukan satu bulatan yang penuh .
Cahaya Elemennya yang membentuk bulatan terpancar di atas tanah . Selepas itu , satu corak yang unik dan abstrak terhasil .
Kemudian , wap dingin berhembus .

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi muncul di sisi kanan dan kiri Ahmadi dan terus sahaja melepaskan tumbukkan mereka ke tanah .
Satu corak yang abstrak dan unik yang bercahayakan Elemen mereka berdua terbentuk di dalam bulatan yang dihasilkan oleh Ahmadi tadi .
Selepas itu , mereka bertiga mempertemukan kedua belah penumbuk mereka sebelum menyentuh ke tanah dengan ke dua belah tapak tangan mereka .
Kemudian , bara berapi pula mula muncul dan berterbangan di udara .
Mata mereka memancarkan Warna Cahaya dan Elemen mereka .
Selepas itu , mereka lenyap daripada pandangan mata .

Satu persatu musuh tercampak ke segenap arah dengan deras . Ada yang tercampak ke arah bebatuan yang besar dan ada juga yang tercampak dengan kuat ke arah rakan mereka sendiri .
Setiap musuh yang tercampak itu hanya mampu mengerang kesakitan . Pada setiap anggota tubuh musuh yang mereka serang , diselimuti Ais dan kesan melecet serta kesan melepuh yang agak teruk .

Kecuali Aivira , semua Pahlawan yang berada di situ terperanjat melihat teknik yang dilancarkan oleh Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .
Manakala bagi Pahlawan yang berada di pihak musuh pula , mereka hanya mampu mengerang kesakitan sebaik sahaja menerima serangan yang terlalu pantas dan padu .
Mereka bertiga bagaikan pancaran kilat . Muncul untuk melancarkan serangan dan lenyap untuk mencari sasaran yang seterusnya .

Puan Finura dan Aqilah saling bersandar namun dalam keadaan yang bersedia . Mereka berdua baru sahaja menumpaskan lawan mereka .

" Mak , itu ke kawan rapat Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka yang ayah dan mak pernah cerita dulu ? " Tanya Aqilah .

" Ya . " Balas Puan Finura . " Diorang bertiga tu memiliki keserasian Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang pelik . "

Aivira berjalan menuju ke arah Lamora yang berusaha untuk berdiri . Dia masih lagi dalam keadaan tenang .

Lamora menyerang Aivira dan Aivira mengelak serangannya dengan mudah .

Aivira menepis tumbukkan Lamora dan terus menyerang dada dan perut Lamora .

Sekali lagi Lamora tercampak ke belakang dan terus terlutut di atas tanah dengan darah segar yang terpancut keluar daripada mulutnya .
Matanya memandang ke tanah .

Selepas beberapa detik saling berbalas serangan , pihak musuh mula berundur sedikit demi sedikit .

" Jangan kejar ! " Arah Siti Nursamawi dengan jelas . Nadanya jelas berbaurkan nada seorang Ketua Pahlawan . " Biarkan diorang lari ! Tahan musuh yang masih mampu untuk berlawan ! "

" Dengar cakap Siti ! " Arah Ahmadi dengan lantang . " Ikut arahan dia ! "

Sebaik sahaja Ahmadi mengarahkan sedemikian , semua anggota pasukan yang menumpahkan darah dan kesetiaan mereka kepada Kerajaan Lagenos dengan segera melaksanakan arahan Siti Nursamawi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fateh meletakkan Alat Medik di atas sebuah dulang besi yang dipegang oleh seorang Jururawat bertelinga Arnab . Dia mengeluh . Ada sesuatu yang bermain dimindanya .
Dia berborak mengenai sesuatu kepada Jururawat yang ditugaskan untuk membantunya oleh Permaisuri Fiirapi .
Selepas itu , dia berjalan menghampiri salah satu daripada tebusan yang sedang dirawat . Dia memeriksa denyutan nadi tebusan itu .
Selepas itu , dia berkata sesuatu kepada Jururawat tadi dan kemudian , Jururawat itu berlalu pergi .
Dia berdiri dan berjalan menghampiri Siti Khumairah dan Permaisuri Fiirapi .

" Tuanku Permaisuri , mereka ini semua bagaikan diseksa . Kebanyakkan daripada mereka ini mengalami kehilangan darah yang agak banyak . " Kata Fateh . " Mereka telah terlalu lemah . "

" Langkah Putera Pawana untuk menghantar mereka ini semua ke sini , memang sesuatu yang tepat . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan jelas dan lembut . " Sekiranya mereka ini lewat untuk dihantar ke sini , sudah tentu nyawa mereka bagaikan telur di hujung tanduk . "

" Bonda , mereka ini semua mengalami kejutan pada kecederaan mereka . Kecederaan yang mereka alami bagaikan disengajakan . " Kata Siti Khumairah pula .

Belum sempat Permaisuri Fiirapi membalas kata - kata Siti Khumairah , telinga mereka bertiga ditarik oleh satu suara .
Apabila mereka menoleh ke arah suara itu , mereka terlihat akan salah seorang daripada tebusan itu berusaha untuk bangun .

Siti Khumairah dengan segera berlari - lari anak dan terus membantu tebusan itu dengan menyandarkannya .

" Awak kena berehat . " Kata Siti Khumairah dengan lembut untuk memujuk .

" Lepaskan saya . " Kata tebusan itu dengan lemah sambil meronta - ronta dengan lembut meminta agar dilepaskan . " Saya nak menghadap kepada Tuanku Permaisuri . Tolong lepaskan saya . "

Tebusan itu memandang ke arah Siti Khumairah . " Awak ni Manusia . "

Siti Khumairah tersenyum manis . " Awak berehat dulu . Awak tak sihat . "

" Bawa saya bertemu dengan Tuanku Permaisuri . " Pinta tebusan itu memegang bahu Siti Khumairah . Wajahnya berselimutkan wajah kerisauan . " Saya perlu sampaikan sesuatu . "

" Beta Permaisuri Fiirapi . Khabarkan sahaja di sini , wahai gadis yang berani . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

" Tuanku . " Kata wanita itu . " Pihak musuh yang ditentang oleh Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka sekarang ini telah merancang sesuatu . "

Siti Khumairah memegang bahu tebusan itu dengan lembut . " Apa maksud awak ? "

" Pihak musuh ingin melepaskan Akham Nessela . " Jawab tebusan itu .

Tersentak Permaisuri Fiirapi sebaik sahaja jawapan tebusan itu memasuki lubang telinganya . " Apa bukti yang awak ada ? "

" Hamba seorang pengguna Psikik . Hamba sempat memasuki minda salah seorang daripada Pembantu Pahlawan yang menculik hamba dan rakan - rakan hamba . " Jawab tebusan itu dengan jelas . "

" Kenapa awak semua ditangkap ? " Tanya Fateh dengan lembut . " Sewaktu laporan awak semua telah ditangkap ini diterima , semua ni dipercayai bertujuan untuk melakukan satu ritual kuno untuk menyelamatkan Raja Kegelapan tu . "

" Beta juga telah dimaklumkan akan hal ini oleh Putera Pawana dan Puteri Pawaka . " Celah Permaisuri Fiirapi .

Tebusan itu menggelengkan kepalanya dengan riak wajah yang risau . " Tidak . Itu semua tak betul . Ini cuma untuk melengahkan dan mengganggu tumpuan Tuanku Pawana dan Tuanku Pawana . "

" Ya Tuhan Ku Semesta Alam . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas . Dari riak wajahnya , jelas dia teringatkan sesuatu .

" Kenapa bonda ? " Tanya Siti Khumairah .

" Sejak daripada pertabalan adinda anakanda yang berdua itu untuk menjadi Raja dan Puteri untuk kerajaan ini , pihak musuh telah mengetahui bahawa , adinda anakanda yang berdua itu telah mengawal dua dunia ini dengan ketat . Apatah lagi dengan pasukan khas dan istimewa yang Putera Pawana dan Puteri Pawaka tubuhkan , semua penjuru dua dunia ini terkawal dengan rapi . " Jawab Permaisuri Fiirapi dengan jelas . "

" Jadi , semua ini perangkap ? " Tanya Siti Khumairah .

" Ini untuk mengalihkan tumpuan mereka berdua . " Kata Fateh . " Bonda Permaisuri , bolehkah anakanda berdua tahu , dimanakah Raja Kegelapan itu dipenjarakan ? "

" Dia dipenjarakan di dalam Kristal Kalas . Dan diletakkan di dasar satu jurang yang amat dalam di tengah lautan . " Jawab Permaisuri Fiirapi dengan jelas . " Di Dunia anakanda , jurang itu dikenali dengan nama Jurang Hilack . "

" Sekiranya ini benar , tumpuan adinda anakanda yang berdua itu akan terganggu kerana , mereka berdua perlu bertarung dengan musuh . " Kata Siti Khumairah dengan jelas dan tenang . " Pihak musuh akan mengambil peluang ini untuk membebaskan semula Raja Kegelapan tu . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pasukan Ahmadi dan Sheila Asyikin telah berjaya menawan musuh mereka . Sementara musuh - musuh mereka yang lain , mereka lepaskan . Biarkan begitu sahaja .

" Saya hairan dengan Tuan Didie . " Kata Hose dengan jelas . " Kenapa tak bunuh je semua diorang tu ? "

" Bukan mudah kita nak meneka sesuatu yang tersurat . " Balas Damgo dengan tenang lalu menyarungkan Pedangnya . " Saya rasa , Tuan Didie ingin menyampaikan sesuatu yang halus kepada semua musuh - musuh kita . "

Lamora berusaha untuk berdiri . Darah mengalir keluar daripada hidung dan mulutnya . Dia sedikit mengah .

" Semua orang awak , dah berjaya ditawan dan ditewaskan oleh semua rakan saya . " Kata Aivira dengan jelas . " Menyerah kalah sekarang dan saya berjanji . Awak takkan diapa - apakan . "

Lamora menjerit . Dia melepaskan seluruh Tenaga Elemennya .

Ketika itulah Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi perasan akan sesuatu .

" Die , Tenaga Elemen ni sama macam Tenaga Elemen makhluk dalam kaca yang kita lawan hari tu . " Kata Siti Nursamawi .

" Aku tahu . " Balas Ahmadi . Ringkas sahaja .

" Apa kita nak buat ? " Tanya Sheila Asyikin .

" Arahkan semua anggota kita , bawa semua yang ada di sini ke jarak yang lebih selamat . Aku tak nak diorang cedera . Kalau nak diikutkan daripada pertarungan kita hari tu , Tenaga Elemen ni memang kuat . " Jawab Ahmadi . " Biar kita berempat yang tewaskan si busuk ni . "

Siti Nursamawi dengan segera bertemu dengan Puan Finura . Selepas beberapa detik berbicara , Puan Finura menganggukkan kepalanya .
Selepas itu , dia kembali bertemu semula dengan Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Lamora diselubungi oleh Tenaga Elemennya yang mengandungi Cahaya Berwarna Hitam .
Matanya menjadi Putih . Hanya memiliki satu titik merah . Daripada tubuhnya , keluar sesungut pelik yang berlendir .

Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi muncul di tempat Aivira berdiri .

" Dah boleh membunuh tak ni ? " Tanya Aivira lalu dengan jelas .

" Yang ni boleh . " Jawab Siti Nursamawi dengan agak pantas . " Yang ni , memang nak bunuh kita . "

" Cara bermain ? " Tanya Sheila Asyikin .

Ahmadi menggaru kepalanya . "Serang satu persatu . Buka peluang untuk yang lain melancarkan serangan . Jangan bagi Cicak spesies baru ni berehat . "

Lamora berdiri dalam keadaan yang pelik . Tubuhnya menjadi semakin pelik dan menggerunkan . Nafasnya berhembus kuat seperti seekor Lembu yang sedang naik minyak .

Ahmadi melakukan serangan permulaan . Dia melenyapkan dirinya dan muncul di hadapan Lamora dan terus sahaja melancarkan serangan .

Ahmadi dan Lamora saling berbalas serangan . Namun yang agak menghairankannya ialah , Lamora tidak menggunakan sebarang senjata . Lamora hanya melancarkan serangan tangan kosong .
Mereka berdua saling berbalas tumbukkan dan tendangan .
Tumbukkannya yang sebanyak tujuh kali mencumbuh tubuh Lamora dan menyebabkan Lamora terundur ke belakang . Selepas itu , dia melenyapkan dirinya .

Giliran Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi pula yang melancarkan serangan . Serangan mereka amat bertenaga .
Sama seperti tadi , mereka bertiga juga saling berbalas serangan .

Ahmadi yang melihat akan keadaan itu menjadi semakin hairan . Bagaimana Lamora , dalam keadaan yang agak besar dan kelihatan berat itu , mampu mengelak dan melakukan serangan yang agak pantas .

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menendang Lamora dengan padu dan selepas itu , mereka berdua melenyapkan diri mereka .

Aivira melenyapkan dirinya dan muncul di atas Lamora . Dia melibas kepala Lamora dengan kuat namun , Lamora hanya berganjak beberapa tapak sahaja .

Lamora mengaum mengeluarkan suaranya yang menggetarkan jiwa bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya dan mengeluarkan seluruh tenaga dalamannya yang pelik .
Letusan tenaga terhasil dan telah menyebabkan Ahmadi , Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Aivira terseret ke belakang kerana menahan gelombang tenaga dalaman yang dikeluarkan oleh Lamora .

Hose cuba untuk mara ke depan namun di halang oleh Eaglang .

" Awak berdiri di tempat awak . Awak lihat sendiri , bagaimana letusan tenaga yang dilepaskan oleh Lamora tadi . " Kata Eaglang dengan jelas namun tenang nadanya . " Ingat , siapa yang selamatkan kita semua masa kita semua berkawal kat Dunia Manusia semasa Tuan Didie dan yang lain bertarung dengan makhluk dalam kaca hari tu . "

Hose terdiam . Dia terkenang kembali peristiwa itu .

Ahmadi dan rakan - rakannya masih masih lagi di dalam posisi yang bertahan .

Bagi Puan Finura pula , ini adalah masanya untuk dia melihat semula , bagaimana kegilaan Didie dan rakan- rakannya .

" Aqilah . Ada sebab kenapa mak dan ayah tak nak Aqilah dan adik tak ikut sangat perangai abang . " Kata Puan Finura dengan jelas dan tenang .

" Sebab apa ? " Tanya Aqilah lalu memandang ke arah Puan Finura .

" Sebab , abang dan semua rakan dia memiliki tahap keterujaan yang amat pelik . " Jawab Puan Finura sehingga menyebabkan Hose dan semua yang berhampiran memandang ke arahnya .

" Apa maksud Panglima ? " Tanya Damgo .

Senyuman lebar terukir di wajah Ahmadi , Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Aivira .
Senyuman yang telah lama lenyap daripada wajah mereka .

" Mereka teruja terhadap sesuatu yang boleh membuatkan mereka terbunuh . " Kata Puan Finura . " Pergi bersedia . Kita tak tahu apa yang akan terjadi . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Permaisuri Fiirapi keluar daripada wad selepas tebusan tadi ditidurkan . Dia bersama dengan Siti Khumairah dan Fateh menuju ke arah Istana milik Ahmadi .

" Kita bertiga akan pergi menghadap kepada Raja Astornia dan Permaisuri Farya . Kita bertiga perlu sampaikan perkhabaran ini kepada baginda berdua . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

" Anakanda dan suami anakanda akan mengiringi bonda untuk bertemu dengan baginda berdua . " Balas Siti Khumairah .

Selepas beberapa detik melangkah , Permaisuri Fiirapi bersama dengan Siti Khumairah dan Fateh tiba di satu ruang . Namun , ruang itu terkunci dengan satu Corak Kunci Elemen .
Pada corak itu , terukirnya satu corak cahaya yang berukirkan corak beberapa jenis flora .

" Adinda Pawana telah mengunci ruangan ini . Bermakna , mereka telah melakukan satu perancangan . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas . Namun pada nadanya , jelas yang dia sedang dipicit kegusaran .

" Kenapa kita ke sini ? " Tanya Fateh .

" Dalam ruangan inilah Adinda Pawana mengaturkan strategi pertahanan dan serangan selepas dia berbincang dengan Adinda Pawaka dan semua Panglima Perang pasukan adinda anakanda berdua itu . " Jawab Permaisuri Fiirapi .

Pada ketika itu , muncul dua ekor makhluk berupa Manusia namun pada saiz yang kecil . Hanya sekitar tiga inci sahaja .
Makhluk kecil itu memiliki sepasang sayap seperti seekor Rama - rama yang cantik . Dan berjantikan Wanita .

" Ampun Tuanku Permaisuri . Patik dua beradik dititahkan agar menjaga ruang ini daripada sesiapa pun . " Kata salah seorang daripada makhluk itu .

" Beta adalah Permaisuri kerajaan ini dan bonda kepada Raja dan Puteri kepada seluruh rakyat di dalam kerajaan ini . " Balas Permaisuri Fiirapi . " Apakah beta juga tidak dibenarkan untuk memasuki ruang ini ? "

" Patik dua beradik mempertaruhkan nyawa untuk melindungi ruangan ini . " Kata makhluk itu lagi . Kata - katanya itu jelas menunjukkan yang mereka berdua adalah Pahlawan . " Sekiranya Tuanku tahu akan tiga kata kunci untuk memasuki ruangan ini , patik berdua akan mengizinkan Tuanku masuk , sekiranya tidak , patik berdua akan terkorban di sini . Dan itu tidak akan patik berdua kesali kerana , patik berdua berkorban demi Raja dan Puteri yang patik berdua sanjungi . "

" Bonda , biar anakanda yang uruskan hal ini tapi , izinkan anakanda menggunakan bahasa ' mesra ' yang anakanda selalu gunakan untuk adinda anakanda yang bertiga itu . " Celah Siti Khumairah .

" Bonda pertaruhkan harapan bonda kepada anakanda . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan nada yang berbaurkan harapan .

Siti Khumairah memegang tangan Fateh dengan lembut lalu memandang ke arah dua orang makhluk bersayap itu . " Kalau saya tahu kata kunci tu , saya nak korang berdua minta maaf dengan Permaisuri . "

" Kami berdua tak dibenarkan bercakap dengan orang yang tak dikenali . Bahaya . " Balas salah seorang lagi daripada dua ekor makhluk bersayap itu .

" Siapa yang cakap macam tu ? " Tanya Fateh sambil tersengih .

" Mak dan ayah kitorang . " Jawab makhluk bersayap itu lagi .

" Tak payah nak cakap banyak . " Kata Siti Khumairah lalu mencekakkan pinggangnya . Gayanya tidak ubah seperti dia memarahi Nurzahirah . " Kata kunci tu ialah Coklat , Strawberi dan Beri Biru . Dah , benarkan kitorang masuk . Kalau tak , saya lempang Raja dan Puteri korang tu . "

" Awak ni siapa ? ! Macam mana awak tahu kata kunci tu ? !" Tanya makhluk bersayap itu dengan agak kuat kerana terperanjat . " Tak ada siapa pun yang mampu buat apa - apa kat Tuanku Pawana dan Tuanku Pawaka sebab , Tuanku berdua tu Pahlawan yang hebat ! "

" Saya ni kakak diorang berdua . " Balas Siti Khumairah . " Dah , jangan nak banyak bunyi lagi . Kalau tak , dengan korang berdua sekali saya lempang . Buka Kunci Elemen ni sekarang . "

" Shaja , Shaza , buka Kunci Elemen ini sekarang sekiranya kata kunci yang dituturkan oleh kakanda Raja dan Puteri beta ini benar . " Sampuk Permaisuri Fiirapi .

Shaja dan Shaza mengeluh lalu membuka Kunci Elemen itu .

Sebaik sahaja Permaisuri Fiirapi memasuki ruangan itu bersama dengan Siti Khumairah dan Fateh , dia sedikit terperanjat lalu mengeluh .
Keluhannya itu tidak ubah seperti keluhan seorang Emak .

" Patutlah adinda anakanda itu tidak mahu sesiapa pun memasuki ruangan ini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Bilik ini bersepah . Tidak berkemas . "

Siti Khumairah dan Fateh hanya berdiam diri .

" Shaja dan Shaza . Beta hendak kalian berdua kemaskan ruang ini sekarang . Sementara beta dengan anakanda dan menantu beta ini meneliti perancangan Putera Pawana . " Titah Permaisuri Fiirapi .
Kemudian , dipandangnya wajah Siti Khumairah dan Fateh . " Tegur sikit adinda anakanda yang bertiga itu . Jangan dimanjakan sangat . Bonda perhatikan , mereka bertiga itu tidak ubah seperti budak - budak sahaja . "

" Menjunjung titah bonda . " Balas Siti Khumairah dan Fateh dengan agak serentak .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lamora berhempas pulas menghalang serangan Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi yang bertali - arus .

" Tak guna . " Kata Damgo lalu tersengih dan tertawa kecil . " Tuan Didie dan rakan - rakan dia tak beri peluang langsung kat Lamora untuk menyerang . "

" Awak sendiri pun sedar , Lamora mampu melancarkan serangan yang agak besar dan berbahaya pada tahap dia sekarang ni , sebab tu Tuan Didie dan rakan - rakan dia tak nak bagi peluang langsung kat Lamora . " Pintas Hose .

" Saya iri hati dengan Manusia . " Celah Yasha dengan lembut . " Manusia mampu melepaskan tenaga dalaman dan mengawal tenaga dalaman mereka dengan sempurna . "

" Pasal itulah agaknya , mendiang Raja Winsa menabalkan dan memilih Manusia sebagai Raja kita yang baru . " Sampuk Kucina pula

" Ada satu sebab kenapa kita kena sayangkan Tuan Didie dan rakan - rakan dia . " Tiba - tiba sahaja Witchie bersuara .

" Apa dia ? " Tanya Hose .

Puan Finura tersengih . " Sebab , Didie dan kawan - kawan dia semua tu , tetap gembira walaupun diorang tahu , nyawa mereka berada di dalam genggaman maut yang sentiasa mengintai . Dan , memberikan yang terbaik . "

" Didie , tepi ! " Jerit Aivira lalu melibas tubuh Lamora dengan Pemukul Besbol yang dihasilkannya dengan Sutera Labah - labahnya .

Melihat Lamora terseret ke belakang , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menendang tubuh Lamora ke udara dengan padu .

Ahmadi muncul di udara dan terus memukul tubuh Lamora dengan Pemukul Besbol Ais miliknya yang menyebabkan Lamora terhempas ke tanah dengan kuat .

Ahmadi dan rakan rakannya berkumpul dan memandang ke tempat Lamora terhempas tadi .

" Awak rasa dia dah mati tak ? " Tanya Aivira dengan jelas .

" Dia tu penjahat . " Balas Siti Nursamawi dengan tenang . " Penjahat takkan mati dengan mudah . "

" Mana kau tahu ? " Tanya Ahmadi dengan pantas . " Kau pernah jadi penjahat ke ? "

" Kat filemkan selalu macam tu . " Balas Sheila Asyikin . " Filem yang In dan Siti tengok hari tu pun , penjahat dia susah nak mati . "

" Jangan terpengaruh dengan cerita filem boleh tak ? " Balas Aivira .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Nampaknya , Putera Pawana sudah dapat menjangkakan akan detik ini dan telah melakukan persediaan awal . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Malah , adinda anakanda berdua itu juga telah dapat bekerjasama dengan rakan - rakannya . "

" Tidak sangka , dia mampu untuk merancang strategi yang agak rumit seperti ini . " Kata Fateh lalu memandang ke arah Siti Khumairah .

" Melihat kepada strategi ini , adinda anakanda itu sudah tentu telah meneliti segala aspek untuk memastikan strategi ini berjaya . " Kata Siti Khumairah pula dengan lembut .
Selepas itu , dia memandang ke arah Shaja dan Shaza yang baru sahaja selesai mengemas ruang itu . " Cuma , anakanda tertanya , apakah diorang berdua ni pun , salah seorang daripada anggota Pasukan DiRaja juga . "

" Tidak . Mereka berdua ini adalah merupakan anggota pasukan baru yang dibentuk oleh Putera Pawana dan Puteri Pawaka . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut lalu melihat kembali ke arah Meja Strategi . " Nampaknya , Putera Pawaka telah mengarahkan rakannya daripada Puak Gokanduba untuk mengawasi Jurang Hilack . Dan daripada Dunia Manusia pula , adinda anakanda berdua itu telah mengarahkan rakan - rakannya untuk mengawasi kawasan itu dari atas laut . "

" Bonda , siapakah Puak Gokanduba itu ? " Tanya Siti Khumairah .

" Mereka adalah Puak Ikan Duyung yang menjadi sekutu kita . Disebabkan Putera Pawana menjadi rakan kepada Puteri kerajaan itu , mereka telah menjadi rakan sekutu kita yang amat akrab . " Jawab Permaisuri Fiirapi sambil tersenyum . " Tapi , Puteri Pawaka tidak berapa suka dengan Puteri Ikan Duyung itu . "

" Sebab ? " Tanya Siti Khumairah .

" Sebab kecil sahaja . Cuma perasaan seorang wanita . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ahmadi dan rakan - rakannya memandang ke arah tempat Lamora terhempas tadi . Mereka tetap dalam keadaan yang bersedia . Risau akan menerima serangan yang tiba - tiba .

Dalam keadaan yang agak genting itu , belalai berlendir tiba - tiba sahaja keluar daripada tempat meraka berdiri dan terus melilit leher mereka dengan kuat .

Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan pantas mempertemukan kedua belah tapak tangan mereka lalu , Bilah Angin muncul di sekitar mereka dan memotong belalai berlendir itu .
Manakala Aivira pula , kaki Labah - labah yang dikeluarkannya daripada bawah belikatnya dengan pantas mencucuk belalai tadi yang menyebabkan , belalai berlendiri itu melepaskan lehernya dan masuk semula ke tanah selepas bergetar dan meliuk - liuk keras buat seketika .

Serangan yang tiba - tiba itu telah menyebabkan satu senyuman lebar yang agak pelik terukir di bibir mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience