Adam mengelak dan menepis serangan Vaega yang amat liar dan ganas . Namun , dia tetap kelihatan tenang meskipun ada ketikanya , dia meningkatkan kepantasan pertahanan dan serangannya .
Dia yang menggunakan Tumbuk Lada , bergerak kemas bersama dengan seni Silat Garis Laksmananya .
Wajahnya tegang dan garang . Renungannya tajam dan menggerunkan .
Dilibaskannya Senjata Elemennya dengan pergerakkan yang pantas .
Vaega terundur ke belakang dan
merenung ke arah Adam yang melakukan Bunga Silatnya yang kemas namun mengandungi persediaan serangan yang tersurat .
Muniandy dan Ratni pula , masing - masing menggunakan Silambam .
Pergerakkan serangan mereka amat padu dan bertenaga .
Serangan - serangan mereka berjaya mematahkan segala serangan mereka .
Begitu juga dengan Aivira , Maera dan Naera .
Mereka bertempur dengan Free Style Martial Art mereka yang bagaikan Petarung Jalanan sambil melakukan serangan .
Ahmadi menyerang pergelangan tangan Edy yang telah menyebabkan , Dagger yang dipegang Edy terlepas daripada genggaman .
Edy melenyapkan Daggernya itu dan berputar di udara dan melakukan libasan kakinya ke arah Ahmadi .
Ahmadi menahan serangan Edy yang padu itu dengan tenang namun , dia tetap berwaspada kerana , Edy juga adalah Assassin sepertinya .
Prof . Zenderall melihat pertarungan itu dengan cermat . Dia tidak mahu kehadirannya di situ dapat dikesan .
Dia menyatukan Gelombang dan Tekanan Elemen Warna dan Cahayanya dengan Gelombang Tenaga Alam Semula Jadi .
Selepas itu , dia bersedia untuk merampas peluang sekiranya , peluang itu telah terhidang di hadapan matanya .
Sheila Asyikin dengan garang , melibaskan Dagger Baranya dengan pantas bersulamkan satu pancaran cahaya yang berwarna Merah Kejinggaan .
Apa yang menariknya , libasan cahaya itu kelihatan seperti cecair .
Lawan Sheila Asyikin terpelanting ke belakang lalu tercampak ke tanah dan menjerit kesakitan .
Badannya kaku dan kebas . Senjata yang dipegang terlepas daripada genggaman .
Pendekar Bayu dan rakan - rakannya serta semua yang berada di situ , hanya dapat mendengar suara - suara pertarungan .
Mandy Chong Wei Tze menepis libasan kaki lawannya dan terus sahaja melakukan serangannya yang bertali arus tanpa henti .
Serangannya menjurus kepada serangan Titik Elemen lawannya .
Lawannya tercampak ke belakang sebaik sahaja dia menyempurnakan serangannya yang amat padu .
Musuh yang menjadi lawan kepada Mandy Chong Wei Tze tercampak ke tanah sambil mengerang kesakitan .
Dia hendak berdiri semula namun , dia terhenti daripada bergerak kerana , Mandy Chong Wei Tze telah pun meletakkan hujung Tongkat Elemennya ke leher musuhnya itu .
" Awak takkan dapat lawan saya . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan jelas dan tenang .
Sougaena Chong Wei Lee yang melihat akan pertarungan itu , dengan segera mengarahkan agar beberapa orang anggota Pasela memberkas lawan Mandy Chong Wei Tze .
Nurzahirah dan Nurzaharah saling menyerang musuh mereka bersilih dan ganti .
Musuh mereka bagaikan tidak mampu untuk melihat pergerakkan serangan mereka .
" Memang nampak sangat . Didie yang ajar diorang . " Kata Siti Khumairah dengan jelas dan tenang . " Gaya - gaya tu , memang gaya dan teknik Didie . "
Siti Nursamawi meninju dagu lawannya sehingga menyebabkan lawannya tercampak ke udara .
Selepas itu , dia melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi lawannya ketika lawannya itu masih lagi di udara .
Dengan padu , dilibasnya perut lawannya sehingga lawannya itu tercampak ke tanah .
Kemudian , dia dengan bersahaja , memijak dada lawannya dengan Kasut Taktikal yang dipakainya dan mengacukan Terakol Elemennya ke wajah lawannya .
" Kau bergerak , aku bocorkan kepala kau . " Katanya dengan lembut namun , tegas .
Dia akhirnya , memanggil anggota Pasela untuk membuat tangkapan .
Edy tercampak ke dinding selepas dia menahan Libasan Elemen Ais yang dilancarkan oleh Ahmadi .
Tidak mahu mengalah , dia meneruskan pertarungannya dengan Ahmadi .
Ahmadi mengelak serangan Elemen Tanah yang dilepaskan Edy ke arahnya .
Selepas itu , dia melakukan serangan terhadap bahagian dada Edy sebanyak tujuh kali serangan jarinya .
Edy terundur semula ke belakang dan dia terlutut .
Darah segar mengalir daripada mulutnya .
Dia merenung ke arah Ahmadi dengan darahnya yang membasahi dagunya .
" Kau silap besar sebab cuba nak buat huru - hara kat sini . " Kata Ahmadi dengan tenang namun , wajahnya tegang .
Dia berjalan ke arah Edy dengan langkahnya yang berwaspada .
Edy melibaskan tangannya lalu , pasir - pasir berterbangan dan meluru ke arah Ahmadi .
Ahmadi melompat ke belakang untuk mengelak serangan itu .
Dengan pantas , Edy menjelmakan Sayap Elemennya dan terbang ke udara .
Ahmadi yang melihat akan percubaan Edy yang bagaikan hendak melarikan diri itu , dengan pantas terbang untuk menangkapnya .
Ketika Edy tiba di atas ruang bumbung Stadium itu yang terbuka , lehernya digenggam oleh Prof . Zenderall yang telah berubah kepada satu Entiti Asap dan Bayang .
Tiada siapa yang mengenali akan Prof . Zenderall kerana , tiada siapa yang mengetahui akan penyamarannya itu .
Ahmadi yang melihat keadaan itu , tersentak dan dia terapung sambil melihat ke atas .
" Aku akan pastikan , kau akan jadi pertunjukkan yang terbaik untuk aku persembahkan kepada Didie . " Kata Prof . Zenderall dengan suaranya yang telah pun bertukar menjadi amat menggerunkan .
Mulut Edy ternganga dengan luas . Lidahnya terjelir panjang . Matanya terbeliak dan terjegil .
Dia meronta - ronta untuk bernafas kerana lehernya dicekik dengan kuat oleh Prof . Zenderall .
.
Dengan mata yang berwarna Merah kehitaman , Prof . Zenderall memandang ke arah Ahmadi .
Selepas itu , dia menjelmakan puluhan Corak Elemen Letupan pada sekitar kawasan padang Stadium itu dan juga di kawasan luar Stadium .
Semua Pasukan yang berada di luar kawasan Stadium juga hairan dengan kewujudan Corak Letupan Elemen yang menyeramkan itu .
Ahmadi yang menyedari akan serangan itu , dengan pantas melayang turun semula untuk menyelamatkan semua yang berada di situ .
" In ! Lenyapkan semua yang ada kat sini dan munculkan balik kat luar ! Sekarang ! " Jerit Ahmadi dengan lantang .
Sheila Asyikin yang turut akan perasan akan kemunculan serangan itu , dengan pantas melakuan arahan Ahmadi .
" Siti ! Arahkan semua yang ada kat luar tu jauhkan diri daripada kawasan ni ! " Kata Ahmadi yang bergema di dalam minda Siti Nursamawi . " Sekarang ! "
Siti Nursamawi dengan lantang melaksanakan arahan Ahmadi .
" Kak Mai , panggil semua anggota Pasela ! Buat Kepungan Psikik ! Tutup Stadium ni , sekarang ! " Kata Ahmadi yang bergema di dalam minda Siti Khumairah .
Dengan pantas , Siti Khumairah memanggil semua Anggota Pasela yang berelemen Psikik termasuklah Siti Maisarah untuk mengepung kawasan itu dengan Dinding Psikik .
Ketika Siti Khumairah bersama dengan anggota - anggota Pasela baru sahaja hendak menghasilkan Dinding Elemen Psikik mereka , Dinding Keluli bersadur Kaca yang berwarna Hitam menjelma dan memerangkap Stadium itu .
Pada permukaan Dinding Keluli bersadur Kaca Hitam pula , terpancarnya corak Elemen Letupan yang lebih abstrak dan lebih menggerunkan .
" Jangan hiraukan ! " Jerit Khalid dengan lantang . " Kepung Stadium ni ! "
Ahmadi yang masih lagi berada di dalam Stadium bersejarah ribuan tahun itu , sedikit terperanjat melihat dirinya terperangkap di dalam Stadium .
Dia boleh sahaja hendak keluar namun , dia tidak mahu Stadium yang menjadi salah satu tapak dan tanda bersejarah di Pulau Biru yang menjadi tempat kelahirannya itu , musnah begitu sahaja .
Suasana menjadi gelap , dan semakin gelap dan akhirnya , menjadi gelap gelita .
Aivira menumpukan Elemen Aexriecanya pada matanya dan memerhatikan kawasan persekitaran itu dan dia terlihat akan Entiti Hitam dan Bayang yang masih lagi mencekik Edy di tengah udara .
Dia dengan pantas , melompat ke atas Van pasukan Medik dan memanggil seorang Jurukamera Lelaki . " Yo , Abang Kacak . Tengok kat atas Stadium . "
Jurukamera itu dengan pantas menghalakan Kameranya ke atas Stadium .
Semua yang berada berdekatan dengan Monitor cahaya dan menyaksikan laporan itu di rumah , terkesima tatkala melihat kehadiran Entiti Bayang dan Bayang yang bermata Merah menyala itu .
Apatah lagi ketika melihat Edy , berhempas - pulas untuk bernafas , bagaikan seekor Ikan yang terkapar - kapar di atas daratan .
Tidak lama kemudian , bunyi letupan bergema . Letupan itu amat kuat sehingga kebanyakkan anggota Pasela terpaksa mengerahkan Tenaga Dalaman Elemen Warna dan Cahaya mereka untuk menahan gelombang letupan itu .
Letupan itu bertubi - tubi sehingga tanah yang dipijak bagaikan bergelombang dan beralun dengan kuat .
Gegarannya terlalu kuat sehingga ada di kalangan mereka yang terhuyung - hayang dan terjatuh .
Renungan mata Sheila Asyikin menjadi tajam . Derianya cuba mencerna akan Gelombang dan Tekanan Elemen Warna dan Cahaya milik Ahmadi .
Selepas itu , dia tersenyum . Dia melepaskan keluhan kelegaan .
Siti Khumairah melihat ke arah Buah Gelangnya dan Hagia Sofea pula , melihat ke arah Batu Cincinnya .
Siti Nursamawi dan Nurzaharah juga melihat ke arah Batu Cincin mereka .
Nurzaharah melihat ke arah Buah Gelangnya .
Selepas itu , mereka semua juga akhirnya tersenyum .
Nurzaharah pula , hanya mampu tersenyum pada batinnya kerana , tidak terzahir senyumannya itu pada zahir wajahnya yang kaku .
Asap tebal terperangkap di dalam kepungan Dinding Psikik itu .
Keadaan menjadi sepi . Sesepi malam yang gelap gelita .
Kemudian , pada permukaan asap yang berkepul - kepul dan terkepung itu , terpancarnya satu corak yang amat unik dan abstrak yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih dan Perak .
Cahaya corak itu bersinar dengan terang dan selepas itu , asap yang terkepung itu , perlahan - lahan bertukar menjadi salji .
Salji itu kemudiannya , lenyap dan muncul semula di atas semua pasukan yang berada di sekitar kawasan Stadium yang bersejarah itu .
Kawasan itu bagaikan dilanda Musim Salji dengan kehadiran Salji - salji itu .
Pada ketika itulah , mereka semua terperanjat tatkala melihat , kawasan di dalam Kepungan Psikik itu , berlakunya satu keadaan yang tidak terduga .
Sekuntum Bunga Raya yang amat besar daripada Ais yang berwarna Biru Kemerahan , melindungi Stadium bersejarah itu .
Pada tengah kelopak Bunga Raya Ais itu pula , terbentuknya Bunga Rafflesia Ais yang berwarna Biru Muda dan Kemerah - merahan sebagai perlindungan tambahan pada Stadium itu .
Pada bahagian luar Stadium itu pula , berdiri megahnya satu struktur binaan bangunan yang memiliki sembilan tiang daripada Ais , yang memaparkan seni ukiran Flora dan Akuatik .
Persis corak pada zaman Renaissance dan Gothic .
Kelihatan Ahmadi berdiri tegak sambil melihat ke arah Prof . Zenderall yang juga melihat ke arahnya .
Semua yang menyaksikan keadaan itu , terkesima dengan cara Ahmadi melindungi Stadium tertua di Dunia Pelangi itu .
Beberapa detik berselang , Ahmadi melenyapkan dirinya dan muncul semula pada bahagian atas , tepat - tepat di tengah - tengah Pelindung Psikik yang dihasilkan oleh Anggota Pasukan Pasela .
" Bayu . Saya tak rasa , anak awak ni , main - main kat Dunia Mitos tu . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan lembut dan jelas seperti berbisik . " Teknik ni , bukannya mudah nak buat . "
" Aku tak tahu nak cakap apa . Aku gagal sebagai ayah dia . Aku selalu abaikan dia masa dia kecil dulu . Selalu marah dia , pukul dia sebab , nakal dia , liar . Dia kalau dah naik hantu sebab , jiran atau kawan - kawan dia usik dia atau , usik Siti dan Sheila sebab takde mak , kalau kakak - kakak dia ni takde , arwah semua diorang tu Didie kerjakan . " Balas Pendekar Bayu dengan tenang . Namun , ada sedikit kekesalan yang terpendam pada nada suaranya . " Aku tak tahu apa yang dia lalui selama ni . Sampailah masa kita tahu dan yakin . Dunia Mitos dan penduduk dunia tu , betul - betul wujud . "
" Aku pinjam Badut ni kejap ! " Kata Prof . Zenderall dengan jelas dengan suaranya yang amat menyeramkan . " Aku ada urusan sikit dengan dia ! Nanti aku pulangkan balik ! "
Selepas itu , dia melenyapkan Edy entah ke mana .
" Kau nak buat apa dengan dia ? ! " Tanya Ahmadi dengan jelas .
Prof . Zenderall hanya tersenyum . " Aku nak ' hiaskan ' diri dia untuk detik perjumpaan kita yang sebenar nanti ! "
Ahmadi memerhatikan gerak tubuh Prof . Zenderall dengan teliti .
Firasatnya membuat kesimpulan bahawa , sosok Gelap dan Bayang yang ada di hadapannya ini , tidak berhasrat untuk melakukan serangan selanjutnya . " Kita dah jumpa sekali kat Dunia Mitos ! Keputusan pun kita dah buat ! Lagi pun , daripada gerak badan kau , aku dah tahu siapa kau yang sebenarnya ! Apa lagi yang kau nak ? ! "
Prof . Zenderall tertawa lalu , dia menjelmakan Sayapnya yang besar , lebar dan menakutkan . " Itu perjumpaan kat sana ! Baguslah kalau kau dah tahu siapa aku ! Nanti , kita akan bertemu lagi untuk melengkapkan permainan yang menarik ni ! Jangan risau ! Aku dan pasukan aku dah sediakan pelbagai hiburan untuk hiburan kau dan pasukan kau ! "
Ahmadi hanya mendiamkan dirinya dan otaknya ligat berputar untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan stabil .
" Aku pulang dulu ! " Kata Prof . Zenderall sambil tersenyum lalu , dia melenyapkan dirinya bersama dengan Letusan Elemen Warna dan Cahayanya .
Ketika itulah , Ahmadi dapat kesimpulan bahawa , Entiti Gelap dan Bayang itu adalah Makhluk Kegelapan yang dijumpanya ketika , dia dan semua anggota pasukannya bertarung di bawah Panji Kerajaan bersekutu yang membawa kepada , persetujuan akan untuk bermain Catur Kegelapan .
Dia juga telah menyimpulkan jawapan bahawa , Lelaki itu adalah Prof . Zenderall .
Sheila Asyikin memberikan isyarat kepada Siti Maisarah untuk melenyapkan semula Dinding Psikik yang anggota Pasela hasilkan tadi .
Sebaik sahaja Teknik Ahmadi itu lenyap kesemuanya , semua yang berada di situ , dan yang berada di rumah , sekali lagi ditendang oleh perasaan terkesima dan takjub kerana , pada luar kawasan Stadium itu , telah dikelilingi oleh Kawah yang besar tanpa menjejaskan sedikit pun , struktur tembok Stadium itu .
Semua anggota pasukan Ahmadi dan Sayap Peganiex berjalan ke arah Stadium dan disusuli oleh dua kumpulan kecil Wartawan .
Mereka semua berjalan ke arah tebing kawah itu yang kelihatannya agak dalam .
Share this novel