BAB 95 - PESANAN UNTUK VASTU

Fantasy Series 4007

" Elok juga . Mak nak anak - anak mak fokus kat kerja dulu . Jodoh ada . Masa sampai , kahwin . Buat masa sekarang ni , fikir kerja dulu . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


" Pakcik pun cakap macam tu . Dia cakap , esok - esok , kalau jodoh dah sampi . Tak nak kahwin pun , kena kahwin juga . " Kata Nurzaharah dengan lembut . " Buat tak tahu je . Elok fikir pasal kerja dulu . "


" Dengan Rara pun , Pakcik cakap macam tu juga . " Kata Nurzahirah dengan jelas .


" Pakcik korang tu . Susah nak teka otak dia . " Kata Fateh dengan lembut . " Kadang gila . Kadang positif . "


" Sebenarnya , dia banyak berubah lepas dia jaga Rara . " Kata Siti Khumairah dengan jelas dan tenang . " Lepas ada Hara , perubahan dia lagi ketara . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kelihatan Vastu keluar daripada sebuah Dewan Awam yang besar . Wajahnya garang sambil dia menuju ke arah kenderaannya .

Para anggotanya juga turut menuju ke arah kenderaan mereka .


Ketika itu , Edy dan rakan - rakannya sedang memerhatikan segala pergerakkan pasukan Vastu .


Dan pada masa yang sama juga , Prof. Zenderall dan anggota kumpulannya juga bersedia untuk mengikut rentak kumpulan yang diketuai oleh Edy .


" Sayang betullah bandar ni . Bandar ni , salah satu bandar hidup kat Pulau Biru ni . Mana pernah sunyi . " Kata Ratni dengan nada suaranya yang lembut . " Sekarang ni dah jadi bandar mati . Hampir semua premis kena tutup . "


" Kalaulah . Kalau . Zombie yang kita tengok kat Dunia Mitos tu , ada juga kat sini . Bandar ni akan jadi bandar pertama yang ada semua Zombie tu . " Kata Aivira dengan tenang .


" Kenapa pula ? " Tanya Naera dengan agak pantas . " Bukan bandar yang padat dengan penduduk dulu ke yang akan ada zombie tu ? Kalau ikut logik , macam tulah . Sebab , kena ada jangkitan dari Host . Baru Pandemik merebak . "


" Bandar sunyi macam ni . Sesuai untuk virus dan bakteria berevolusi dan membiak , itu satu . Kedua , banyak tempat untuk Zombie tu main sorok - sorok . " Kata Aivira dengan lembut lalu melihat ke luar menerusi jendela . " Saya tak cakap pasal Zombie Pawn . Saya maksudkan pasal Zombie Rook ke atas . "


Ahmadi membuang pandangannya ke arah Stephen Akio Kenzo . " Steph . Zen buat Askar Biologi yang macam mana ? "


Stephen Akio Kenzo menerbangkan beberapa buah Dron Mini ke udara menerusi jendela . " Apa kita balik dulu . Duduk kat sini pun , bukannya kita boleh buat apa . "

Selepas itu , dia duduk di atas sebuah meja . " Sambil - sambil cerita kat awak semua , kita boleh tengok sekali siaran hiburan terkini secara langsung . "


Beberapa Trak dan Kereta berperisai mula bergerak untuk menuju ke destinasi mereka .


Edy dan beberapa orang rakannya menjelma di atas pintu gerbang Dewan Awam yang menjadi Kem Pertahanan sementara yang diketuai oleh Vastu .


Vastu dan semua anggota pasukan kecilnya dengan pantas keluar daripada kenderaan mereka dan terus sahaja mengacukan senjata mereka ke arah Edy dan rakan - rakannya .


Edy hanya tersenyum melihat gelagat pasukan kecil yang diketuai oleh Vastu itu .


Pada masa yang sama , kumpulan kecil yang diketuai oleh Prof . Zenderall dan Linda Josephine kelihatan di atas sebuah bangunan yang berdekatan dengan kumpulan Edy dan Vastu .


" Aku nak , korang buat seperti mana yang kita rancang . " Kata Prof . Zenderall dengan jelas . " Aku tak nak kita gagal . "


Ahmadi dan rakan - rakannya telah pun berada di dalam makmal mini bawah tanah milik Stephen Akio Kenzo .

Semua Jajan , Kuih dan muih serta minuman yang mereka ada tadi juga turut di bawa bersama .


" Dia nak buat Askar Biologi . Dia guna satu Chemical yang boleh menaikkan kadar stamina dan adrenalin . Askar yang agressif , tahan daya saing dan lebih proaktif kat medan perperangan . Dan , boleh tahan peluru . Faham - fahamlah maksud tahan peluru tu . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil dia dan rakan - rakannya melihat ke Monitor Cahaya yang memaparkan siaran Mini Dron miliknya . " Tapi , masa Ujian Kestabilan . Ciptaan dia tu gagal . Chimpanzee yang dia guna untuk uji kaji rekaan dia tu , tiba - tiba je jadi sangat agressif dan liar betul - betul punya liar . Lepas tu , mati . "


" Korang guna binatang ke buat kajian masa tu ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut dan jelas .


" Ada beberapa orang lagi . Termasuk Zen . Beratus juga yang gagal masa ujian tu . Termasuklah Zen . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan tenang sambil menganggukkan kepalanya dengan lembut . " Saya guna Tikus Makmal biasa dan Pokok je . "


" Kajian kau mati masa ujian macam tu . Depan orang ramai . Mesti malu . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas .


" Lepas tu ? " Tanya Muniandy dengan tenang . " Apa Zen buat dengan kajian dia yang mati tu . "


" Entah . Tapi , dia ada cakap kat saya dulu . Dia tetap akan buat kajian dia ni sampai jadi . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan lembut .


Sheila Asyikin berpeluk tubuh dengan memejamkan matanya dengan gaya kebudak - budakkannya .

Fizikalnya yang tidak ubah seperti budak sekolah menengah itu , duduk bersila di atas kerusi dan , dia kelihatan seperti sedang berfikir .


" Awak fikir apa tu , Sheila ? " Tanya Ratni dengan lembut .


" ' Ehm ' , Zombie tu , kira Kajian Biologi jugakan ? " Tanya Sheila Asyikin dengan manja dengan matanya yang masih lagi terpejam manja .


" ' Aah ' . Yelah . Tu salah satu hasil Kajian Biologi . Mana ada Virus atau Bakteria kat dunia ni boleh hasilkan makhluk macam tu . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Tuhan takkan cipta sesuatu untuk keburukkan Manusia . Manusia yang cipta sesuatu untuk keburukkan Manusia tu sendiri . "

Selepas sahaja dia membalas pertanyaan Sheila Asyikin , dia terdiam sejenak dan kemudiannya , dia memandang ke arah semua rakannya . " Saya rasa , apa yang ada kat kepala kita sekarang ni , mesti perkara yang sama . "


" Sebelum kita nak putuskan apa yang kita ada dalam otak kita ni . " Kata Siti Hawa dengan lembut . " Apa kat kita tengok dulu siarang langsung . "

Selepas itu , dia melekatkan pandangannya ke arah Stephen Akio Kenzo . " Ada suara tak ? "


Stephen Akio Kenzo menekan - nekan papan kekunci cahayanya .


Vastu dan para anggotanya bersedia dengan mengacukan senjata mereka ke arah kumpulan kecil Edy .


" Korang nilah . Cuak betul . Bertenanglah . Aku datang ni , bukannya nak bunuh korang . Aku cuma datang nak bagi pesanan . Pesanan ringkas tapi , padat . " Kata Edy dengan senyumannya . " Jangan sesekali nak kacau buruan aku . "


" Siapa buruan kau ? ! " Tanya Vastu dengan geram . " Didie ke Zen ? "


Edy tertawa kecil . " Bukan . Bukan Didie . Bukan . Aku tak berminat dengan Lelaki Kek tu . "


Tertawa rakan - rakan Ahmadi mendengar balasan Edy itu sementara Ahmadi hanya membuat reaksi wajah semacamnya .


" Zenderall . Jangan kacau Zen . " Kata Edy dengan jelas . " Korang boleh duduk diam - diam . Yang dah kahwin tu , boleh buat anak lagi . Yang belum ada anak , usaha lagi . "


" Apa hubungan Didie dalam kes ni ? ! Dia siapa dalam kumpulan korang ? ! " Jerit Vastu dengan lantang .


" Didie takde kaitan dengan kitorang . Aku dah cakap tadikan . Aku takde berminat dengan dia tu . " Balas Edy sambil terus tersenyum . " Aku cuma tak nak korang kacau buruan aku . Itu je . "


" Jadi , Didie memang takde kaitan dengan koranglah ? ! " Tanya Vastu lagi dengan garang .


" Tengok tu . Zen dah muncul . " Kata Muniandy sambil dia menunjuk ke arah satu monitor cahaya .


" Apa yang diorang buat kat belakang Dewan tu ? " Tanya Ratni dengan lembut .


" Diorang ramai . Berpecah . Separuh lagi ke kawasan tempat Trak dan Kereta Perisai . " Kata Aivira dengan tenang .


" Aku tak rasa diorang nak buat serangan kali ni . " Kata Ahmadi dengan lembut . " Aku rasa , diorang nak buat kejutan . "


" Kejutan ? " Tanya Sheila Asyikin dengan nada manjanya . " Apa maksud abang ? "


" Abang tak tahu . Abang cuma rasa diorang tak mungkin buat serangan hari ni . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Diorang cuma manfaatkan keadaan ni . "


" Takde . Kitorang tak berminat langsung dengan dia . " Balas Vastu lagi dengan senyumannya . " Biar pun budak dia dah bunuh enam orang budak aku . "


Ahmadi menepuk wajahnya sebaik sahaja mendengar jawapan Edy . " Bodoh kau Edy . Kau bagi aku masalah dengan pasu bodoh ni dengan jawapan kau tu "


" Bukan dengan Vastu je . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Dengan aku . Dengan semua kitorang ni sekali . "


" Budak dia dah bunuh enam orang budak kau ? ! " Tanya Vastu dengan lantang . " Apa maksud kau ' hah ' ? ! "


" Tuan Vastu ! " Tiba - tiba , salah seorang Pegawai Vastu menjerit dengan lantang dan kuat . " Ada perkara pelik berlaku . "


Vastu dan kumpulan kecilnya menoleh ke belakang dan kemudian , Vastu menoleh semua ke arah kumpulan kecil Edy tadi namun , kumpulan kecil Edy tadi telah pun lenyap daripada pandangan matan mereka .


Vastu mendengus bersulamkan kemarahannya dan selepas itu , dia berlari menghampiri ke arah Pegawainya yang menjerit tadi .


" Apahal ? ! " Tanya Vastu dengan garang .


" Trak dan Kereta Perisai kita dah hilang . " Jawab Pegawai itu dengan jelas dan terketar - ketar nadanya .


" Apa ? ! " Tanya Vastu dengan pantas .


Selepas itu , beberapa orang lagi Pegawai keluar daripada Dewan Awam itu dengan wajah yang cemas .


" Tuan ! Bekalan Senjata , Peluru dan beberapa peralatan kita yang lain dah hilang . Tiba - tiba je dah hilang . " Lapor seorang Pegawai dengan nada yang cemas .


" Bangsat ! " Kata Vastu dengan garang .


Stephen Akio Kenzo mematikan paparan pada Monitor Cahayanya dan kemudian , dia menekan sesuatu pada papan kekuncinya yang berwarna Ungu dan Indigo .

Tidak lama kemudian , beberapa Mini Dron yang diterbangkannya tadi tiba semula dan terus sahaja masuk ke dalam dinding makmal mininya itu .


" Okey . Saya mulakan dengan apa dimaksudkan oleh Edy tadi . " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Siapa yang bunuh enam orang budak Edy tu ? "


" Latiri , Putih , Kucina , Witchie , Sion , Hapaku . " Balas Ahmadi dengan bersahaja dan tenang . " Diorang buat siasatan yang aku suruh . Tapi , berasingan . Diorang tak dapat nak ditangkap untuk disoal siasat . Musuh melawan . Pertarungan sengit berlaku . Nak tak nak . Diorang terpaksa bunuh . Kesan akibat daripada pertempuran tu . Semua diorang tu , cedera parah . Budak Edy tu pula , mati . "


" Boleh percaya tak dengan kenyataan awak ni ? " Tanya Aivira dengan lembut bersulamkan dengan nada suaranya yang persis bergurau . " Kalau awak tak nak kitorang membunuh dan tak nak ada pembunuh dalam pasukan awak , kitorang pun , tak nak pembunuh jadi ketua kitorang . "


Ahmadi tertawa besar . " Kau nak buktikan ? " Aku boleh bagi . Tapi , apa cagaran yang korang ada kalau aku dah bagi bukti tu ? "


" ' Ehm ' . Bukan ' korang ' . Tapi , Ai je yang tanya tadi . " Tanya Adam dengan nadanya yang agak dibelenggu kegusaran . " Bukan kitorang . "


Ahmadi memandang ke arah Aivira bersulamkan satu senyuman . Senyuman yang agak sinis .

Selepas itu , dia mengeluarkan niat membunuhnya yang amat kuat sehingga , memaksa , Sheila Asyikin menghasilkan satu corak yang amat unik dan amat abstrak pada permukaan dinding dan lantai untuk menyembunyikan kekuatan gelombang dan tenaga niat membunuhnya tadi .


Aivira terperanjat dengan tindakan Ahmadi itu kerana , dia hanya niat bergurau .


" Aku nak dengar apa cagaran korang . Sekarang . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang .

Renungan matanya menjadi agak menakutkan dan dingin .


" Saya akan berikan taat yang betul - betul punya setia tahap gila kat awak sebagai ketua saya . " Balas Ratni dengan agak pantas dan jelas . " Jangan risau . Saya akan pastikan semua kawan kita pun macam tu . "


Ahmadi tersenyum . " Okey . Korang ingkar je dengan cagaran korang tu . Aku akan ratah - ratah nyawa korang . "


" Jangan risau . Awak jangan risau . Kitorang janji . " Kata Maera dengan jelas .


" Mari ikut aku . Kita ke Dunia Mitos . Aku akan buktikan kenyataan aku tu . " Kata Ahmadi lalu dia berjalan keluar daripada Makmal Mini itu .


" Awak ni Ai . Memang bodoh betullah . Dah tahu abang macam tu . Lagi nak main - main . " Kata Sheila Asyikin dengan manja dengan reaksi wajahnya yang berkerut . " Tengok . Apa dah jadi sekarang ? Abang dah marah tau . "


" Manalah saya sangka yang dia sentap sampai macam tu sekali . " Balas Aivira dengan pantas . " Saya tu berniat bergurau je . "


" Dia ni memang . Saja je . Bukannya awak tak tahu Didie tu macam mana . Dia kalau cakap , dia memang buat . " Celah Muniandy dengan agak pantas . " Masalah betullah . "


" Dah , dah . Mari kita ikut Didie . Lepas dah tengok bukti dia tu . Baru kita uruskan si bangang ni . " Kata Siti Nursamawi dengan lembut lalu dia mengesat bibirnya dengan menggunakan leher bajunya .

Selepas itu , dia memandang ke arah Aivira yang telah kelihatan serba -salah . " Kau Ai . Sekali lagi kau main - main macam tadi . Aku kait bibir kau dengan mata kail . "


" Dah , dah . Mari . " Kata Siti Hawa dengan lembut .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Prof . Zenderall tertawa menikmati akan kejayaan mudah mereka .

Kini , dia telah ada senjata untuk dibekalkan kepada anak - anak buahnya .


" Dengar sini ! Lepas ni , kita akan ambil peralatan yang lebih canggih daripada ini ! Untuk kegunaan korang semua ! " Kata Prof . Zenderall dengan lantang bersulamkan senyumannya .


Anak - anak buah Prof . Zenderall bersorak keriangan .


" Hidup Yang Mulia ! Hidup Yang Mulia Zenderall ! " Sorak anak - anak buah Prof . Zenderall dengan bersemangat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience