Rate

BAB 49 PERTEMBUNGAN DUA CAHAYA BERLAINAN WARNA

Fantasy Series 3820

Putih , Paquine dan Merowran menghantar isyarat kepada Panglima Malein dan Vanessa Valarie .


Sebaik sahaja mendapat isyarat . Vanessa Valarie dan Panglima Malein terus sahaja menyeragamkan Gelombang dan Tekanan Elemen Warna dan Cahaya milik mereka berdua dengan Putih , Paquine dan Merowran .


Lingkaran cahaya yang unik dan abstrak muncul disekeliling medan pertempuran .


Keadaan itu dapat disaksikan oleh semua anggota keselamatan Dunia Manusia yang berada pada Kapal - kapal perang yang cuba untuk memasuki kawasan pertempuran .

Ada beberapa orang yang cuba untuk mengambil gambar sebagai bukti namun , peralatan Elektronik mereka tiba - tiba sahaja gagal berfungsi .


Scarlet yang turut dapat menyaksikan fonemena corak abstrak itu juga tergamam .

Namun . Apa yang dia yakin . Arahan Stephen Akio Kenzo tadi mesti ada kaitan dengan fenomena itu .


Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Dyrad masing - masing berundur ke belakang dengan renungan mata yang menyeramkan .


" Korang nak pindahkan medan pertempuran ni ke ? " Tanya Dyrad dengan perlahan . Riak wajahnya , yang pada awal pertarungan amat menggoda kini , telah pun bertukar kepada riak wajah yang menyeramkan . " Jangan ingat . Kalau korang pindahkan kawasan pertarungan ni . Korang akan menang , sayang . "


" Menang atau pun tak . Kau ingat wajah aku baik - baik . Simpan dalam kepala kau yang bangang tu . " Balas Siti Nursamawi dengan jelas . " Aku akan jadi mimpi ngeri untuk sepanjang hidup kau . "


" Berlagak selagi mampu . Wanita yang berdiri di depan korang berdua ni yang akan jadi mimpi ngeri korang . " Kata Dyrad dengan dengan jelas .

Selepas itu , dia tertawa kecil , lalu dia mengapungkan dirinya . " Saya akan pastikan . Air mata awak berdua akan mengalir sehingga kering . "


Tanpa berlengah , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi meluru dengan pantas ke arah Dyrad seperti mana Dyrad juga meluru dengan pantas ke arah mereka berdua .


Corak Elemen Warna dan Cahaya bersinar dengan terang di sekitar kawasan pertempuran .


Meninggalkan keadaan cuaca yang masih lagi menggila dan berbahaya .


Selepas beberapa ketika kemudian , semua fenomena alam yang telah dimanipulasi itu beransur - ansur lenyap .


Meninggalkan seribu pertanyaan kepada Pasukan Armada Keselamatan Manusia yang cuba untuk memasuki kawasan pertempuran itu .


Pendekar Bayu dan semua rakannya juga turut dapat merasakan Tenaga Elemen Ahmadi dan semua rakan Ahmadi serta Tenaga Elemen yang pelik , yang mereka semua dapat rasakan sejak daripada awal tadi pun telah lenyap .


" Tenaga diorang dah lenyap . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . " Diorang semua dah takde kat sini . "

Renungan matanya menjadi tajam sedikit . " Diorang dah pindahkan pertarungan tu . "


" Maksud awak ? " Tanya Pendekar Umbut dengan agak pantas .


" Diorang dah pindahkan pertarungan tu ke tempat lain . " Celah Pendekar Bara dengan tenang .


" Diorang teruskan pertarungan tu kat Dunia Mitos . " Sampuk Dr . Hasyim dengan lembut . " Itu maksud Bayu . "


" Macam mana korang yakin dengan pendapat korang tu ? " Tanya Pendekar Kuning .


" Hanya Dunia Mitos je yang sesuai untuk pertarungan macam ni . " Kata Dato ' Panglima Lok Tujuh . " Yakin ke tak . Kalau kita dah nampak makhluk daripada dunia tu masa bertempur kat Paya hari tu . Maksudnya . Dunia diorang juga mesti wujud . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ketua Panglima musuh rebah ke permukaan tanah . Kaku . Tidak bergerak .

Darah segar mengalir dan meresap ke tanah . Melalui kecederaan pada lehernya .


Fateh mengangkat kepala Panglima Musuh yang telah pun dipenggalnya .


Pasukan DiRaja dibawah pimpinan Fateh bersorak dengan penuh bersemangat .

Manakala pihak musuh pula terperanjat melihat kepala salah seorang daripada Ketua Panglima mereka telah pun terpenggal .


" Archer ! Serang ! " Teriak Fateh memberikan arahan .


Hujan Panah daripada ke dua belah pihak mula menghiasi dada langit .


Beberapa pahlawan daripada Pasukan Fateh menghasilkan tiupan angin untuk menghalang terjaan anak - anak panah musuh .


Pihak musuh juga melakukan serangan yang serupa .


Beberapa Gunslinger dan Knight daripada Pasukan Fateh melompat ke udara dan terus sahaja mendarat di dalam kawasan musuh .

Selepas itu , mereka semua melepaskan Serangan Elemen bertaraf tinggi sehingga menyebabkan satu letupan kuat terhasil .


" Biar apa pun yang terjadi ! Jangan biarkan Panji DiRaja jatuh ke tanah ! " Jerit Fateh dengan lantang . " Kalau ia terjadi ! Saya sendiri yang akan penggal kepala dia ! "


Panji - panji DiRaja daripada ke dua belah pihak berkibar megah bersulamkan pekikan yang bersemangat .


Kelincahan Fateh , Ikhwan dan Khalid bermain senjata ketika menumpaskan lawan mula menjadi perhatian .

Keadaan itu telah menyebabkan mereka bertiga mula menjadi sasaran .


Menyedari akan hal itu , Khalid melompat ke udara lalu berputar sambil melibas - libaskan Parangnya ke arah musuh mereka .

Libasan Parangnya telah menghasilkan Libasan Parang Elemen yang menakutkan .

Ramai daripada kalangan musuh terkorban terkena serangannya .


Tidak mahu ketinggalan , Ikhwan melemparkan Badiknya ke arah lawan .

Dikawalnya Badiknya itu dengan menggunakan Pengawalan Mindanya dengan sebaiknya untuk menumpaskan lawan - lawan mereka yang menyerang bagaikan kerasukkan .

Tidak cukup dengan itu , dia juga menyerang musuh - musuh mereka dengan menggunakan Keris Picitnya .


Khalid pula . Memenggal , memotong dan menetak musuh - musuh mereka .

Hanya dengan sekali serangan , musuh yang cuba untuk menentangnya akan berakhir dengan kesudahan yang nyata . Mati .

Tidak seperti Fateh dan Ikhwan . Dia menggunakan dua bilah Parang yang unik hulunya .

Ketangkasan dan kecekapannya menahan , menangkis dan menyerang lawannya mula menggentarkan lawannya .


Dalam keadaan yang berkecamuk itu , langkah Silat Fateh , Ikhwan dan Khalid tetap kemas dan terjaga .


Hose yang bergandingan dengan Damgo perasan akan langkah lemas Silat tiga Pendekar daripada Dunia Manusia itu .


" Damgo . Kalau tak silap saya . Tuan didie dan Cik Sheila pun pandai Seni Bela Diri macam Tuan Fateh tukan ? " Tanya Hose sambil dia mematahkan leher lawannya dengan ganas .


Damgo menjatuhkan musuhnya ke tanah dan selepas itu , ditetaknya wajah musuhnya tanpa ada sedikit pun rasa belas dan kasihan . " Ada . Tapi , bukan yang macam tu . "


Kucina dan Witchie bergandingan dengan Latiri . Pergerakkan mereka terlalu pantas dan ganas .

Habis berselerakkan mayat - mayat musuh mereka tergeletak kaku di atas tanah .

Dengan kecederaan yang amat menakutkan .


Latiri bergerak di hadapan lalu , dia mengaum dengan ganas .

Selepas itu , Kucina dan Witchie berlari ke hadapan dari arah sisi kanan dan kirinya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dari kejauhan , bunyi letupan dan kepulan asap kelihatan .


" Pertarungan telah dipindahkan . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas .


" Bersedia . Anakanda akan mengetuai pasukan ini . " Balas Siti Khumairah dengan jelas dan tenang lalu , memacu Kudanya untuk memecut dengan lebih laju .


Pada ketika itulah . Dari arah belakang . Permaisuri Fiirapi dapat melihat satu bayangan . Satu sosok diri seseorang . Seorang wanita .

Sesorang yang pernah menemani dirinya . Seseorang yang pernah dia tawarkan janji yang amat besar .

Sebelum bayang seseorang itu hilang bagaikan angin .


Akham Nessela melompat ke udara lalu menemukan ke dua belah telapak tangannya dengan kuat .

Sejurus selepas itu , puluhan makhluk yang berwarna Hitam yang memiliki sayap muncul .

Makhluk Hitam yang muncul itu dengan dengan pantas bergabung dengan Pahlawan daripada Bangsa Harpy yang menyebelahi Akham Nessela .


Melihat kemunculan semua makhluk itu , Ahmadi menyalakan lingkaran dan corak unik pada lengan kanannya .

Dan gelombang yang terhasil daripada lingkaran dan corak itu tadi , telah memberi isyarat kepada Putih , Paquine dan Merowran .


Tanpa berlengah , Putih , Paquine dan Merowran dengan pantas , menghantar isyarat kepada semua Ketua Panglima mereka . Pahlawan Mitos Misteri .

Untuk turut serta di dalam pertempuran itu .


Tidak lama kemudian , puluhan anggota pasukan Putih , Paquine dan Merowran muncul di udara .

Pertempuran terus sahaja berlaku .


Semua fenomena itu dapat dilihat oleh Pasukan Siti Khumairah .


" Itu Pasukan Pahlawan Misteri . Nampaknya . Pertempuran ini sememangnya amat sengit . " Kata Ratu Jeullbea .


Stephen Akio Kenzo mencucukkan mata Samurai Elemennya ke tanah lalu , lingkaran Elektrik merenjat musuh - musuhnya sehingga hangus terbakar .


Maera melompat dan terus sahaja merebahkan musuhnya . Dan selepas itu , dibenamkannya mata Pedangnya ke leher musuhnya .

Kemudian , dia berguling pula untuk mengelak libasan musuh .

Dijatuhkannya musuhnya ke tanah dan terus sahaja menetak kepala musuhnya sehingga terbelah .


Ahmadi dan Akham Nessela bergelut dan saling berbalas serangan .


Akham Nessela melibaskan Pedangnya ke udara dan menghasilkan Libasan Pedang Elemen .


Ahmadi juga dengan pantas melibaskan tangannya ke udara dan menghasilkan Libasan Pawana .


Letusan Tenaga meletus sebaik sahaja kedua - dua teknik itu bertembung sehingga mencampakkan Ahmadi dan Akham Nessela dengan agak kuat ke belakang .


Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Dyrad masing - masing bertentang mata dengan renungan yang amat menakutkan .

Wajah mereka penuh dengan kesan luka dan lebam .
Kemudian , mereka bertiga meluru ke arah masing - masing dan terus sahaja menghasilkan serangan elemen .


Pertembungan itu telah menyebabkan Letusan Tenaga Elemen sehingga mencampakkan Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Dyrad ke arah bukit berbatu .


Naera terlutut kerana menahan tetakan pedang lawannya .


Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze yang berada berdekatan dengan kawasan pertarungan Naera dengan pantas membantu Naera .


Siti Aisyah dengan cekap memanah lawan Naera . Sasarannya tepat terkena pada mata musuh - musuh Naera .


Mandy Chong Wei Tze pula dengan pantas melibaskan Wandnya sehingga menyebabkan musuh - musuh Naera tercampak ke belakang dengan kuat .


Selepas itu , Siti Aisyah melancarkan serangannya . Anak - anak panah yang tercucuk pada mata musuh - musuh Naera tadi meletup dan mengeluarkan Elektrik berwarna Kuning Kehijauan dan menyambar beberapa lagi orang musuh - musuh mereka yang berada berdekatan .


" Akak tak apa - apa ke ? " Tanya Siti Aisyah sambil dia membantu Naera untuk berdiri sementara Mandy Chong Wei Tze pula melindungi mereka .


Naera menggelengkan kepalanya . " Terima kasih sebab tolong akak . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Fateh melibaskan Pedang Kersaninya ke arah leher musuh dengan garang sehingga menyebabkan kepala musuhnya terpelanting ke tanah .

Selepas itu , ditunggangnya Kuda musuhnya dan terus sahaja memerangi lawan mereka .


Suara pekikan dan lolongan membingitkan telinga .


Ikhwan melompat ke udara dan menetak kepala lawannya dengan sekuat hatinya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Akham Nessela terjatuh tergolek daripada sebongkah batu yang agak besar .

Dia terbatuk - batuk dengan keras . Darah memancut daripada mulutnya .

Ketika dia berusaha hendak berdiri , dia dapat merasakan keanehan pada bahagian sendi tubuhnya dan pada bahagian sebelah kiri dadanya .


Ahmadi juga berusaha untuk berdiri sambil mengesat darah segar yang mengalir daripada mulutnya . " Aku kena lengahkan masa dia dan ganggu fikiran dia . Kalau tak , sia - sia je badan aku sakit - sakit macam ni . "

Dalam keadaan yang agak kemengahan , dia berusaha untuk berdiri dan cuba untuk kembali bersedia . " Harap - harap . Serangan Angin aku kat Dunia Manusia tadi berjaya . "


Dyrad berdiri dan menjelmakan sebatang Tongkat yang mana pada bahagian hujung sebelah atas , terpasang kemas seketul tengkorak yang memiliki 13 tanduk pelbagai saiz .

Kemudian , ditingkatkannya tenaga dalamannya dan mengetukkan tongkat tadi ke tanah .

Sejurus selepas itu , Puluhan Pahlawan Kegelapan muncul .

Pahlawan Kegelapan yang berkepala haiwan yang menggerunkan .


" Betina ni memang gila betul . Dia boleh panggil lagi Pahlawan dia untuk tolong dia kat sini . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas .


" Ini baru sikit . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang . " Dia ada beratus Pahlawan lagi . "


Dyrad mengarahkan semua Pahlawan tadi untuk untuk berhimpun di belakangnya .


" Aku bukannya nak cakap apa . " Kata Siti Nursamawi dengan tenang lalu ditingkatkannya Tenaga Dalamannya .

Tenaga Elemen Ahmadi yang disimpannya telah bergabung dengan Elemen Warna dan Cahaya miliknya .

Menjadikan Bilah Lavanya memiliki corak berjalur Biru berselimutkan Bayu . " Tapi . Dengan jumlah kita sekarang ni . Kita takkan dapat menang dengan mudah . "


" Kita perlukan satu pasukan yang besar . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang .

Sama seperti Siti Nursamawi , dia juga meningkatkan lagi Tenaga Dalamannya sehingga Elemen Ahmadi yang disimpannya juga bergabung dengan Elemen Warna dan Cahayanya .

Menjadikan Bilah Baranya memiliki corak berjalur Biru berselimutkan Angin . " Semua ni adalah Ketua Panglima di bawah pimpinan Dyrad . "


Ahmadi yang sedang bertempur dengan Akham Nessela perasan akan Gelombang dan Tekanan Tenaga pasukan yang baru sahaja dipanggil Dyrad itu .

Dengan pantas dia menjarakkan dan melompat ke belakang .

Direnungnya wajah Akham Nessela dengan pandangan yang menakutkan .


Akham Nessela tertawa . " Kau pun tahukan . Dyrad bukannya Pahlawan Elemen yang sebarangan . Kalau tak . Dia takkan jadi Pahlawan Kesayangan aku . "


" Tak guna betul . Masa semakin suntuk . Teknik aku yang aku gunakan tadi belum boleh dilancarkan lagi . " Desis Ahmadi sambil dia memerhatikan bahagian sendi dan bahagian dada sebelah kiri Akham Nessela .


" Perempuan ni mampu musnahkan mana - mana Kerajaan yang dia nak . " Kata Akham Nessela lagi .


Walaupun dalam keadaan yang lemah dan Tenaga Elemen yang telah tidak stabil . Dihubungkannya Tenaga Mindanya dengan semua anggota Pasukannya . " Korang semua berundur dan berkumpul kat belakang aku . Sekarang . "


Tanpa berlengah . Semua anggota Pasukan Ahmadi dengan segera berhimpun dan menjelma di belakang Ahmadi .

Termasuklah Pasukan Putih , Paquine dan Merowran yang bertarung di udara yang menjelma pada bahagian atas .


Walaupun tiada yang terkorban namun , keadaan rakan - rakan Ahmadi dan keadaan anggota pasukan yang diketuai oleh Putih , Paquine dan Merowran telah dipenuhi dengan kesan - kesan luka yang mengalirkan darah - darah yang segar .

Termasuklah Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze yang masih muda .


" Iecha dan Mandy . Abang nak korang balik . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Abang tak nak korang berada sekali kat sini . "


" Iecha tak nak balik . Iecah nak berada sekali dengan semua . " Balas Siti Aisyah dengan jelas .

Dia masih lagi memegang kemas Busur Elemennya . Dengan bersedia memegang Anak Panah Elemennya . " Lagipun , daripada awal lagi Iecha dah ada sekali kat sini . "


" Mandy pun sama . " Sampuk Mandy Chong Wei Tze . " Hidup biar bersama . Kalau terkorban pun . Biar terkorban bersama . "


" Korang ni memang gilalah . " Balas Ahmadi .


" Pasal abang yang ajar kitorang jadi gila macam ni . " Balas Siti Aisyah dengan pantas bersulamkan dengan nada tawa kecilnya . " Jadi , jangan salahkan kitorang . "


" Kalau macam tu , jangan salahkan abang kalau abang buat sesuatu kat korang berdua . " Balas Ahmadi sambil tersenyum .


Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze dengan pantas memandang ke arah Ahmadi dengan reaksi wajah yang satu macam .


Ahmadi dengan pantas menjelmakan Lingkaran Taisa di kawasan Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah .


Dengan sekelip mata , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze lenyap daripada pandangan dan muncul semula di dalam Taman Elemen milik Ahmadi .


Kemunculan Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze itu telah mengejutkan Nurzahirah dan Rissa kerana mereka terhempap oleh Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .


" Awak buat sesuatu yang betul . " Kata Adam dengan jelas .


" Aku harap korang semua masih ada tenaga lagi untuk bermain . " Kata Ahmadi sambil mengeluh dan menganggukkan kepalanya lalu , dia kembali memandang ke arah Akham Nessela . " Perang ni akan jadi lebih sukar . Pahlawan Kegelapan yang baru sampai ni , semuanya berpangkat Ketua Panglima . "


" Tak kisahlah . Ketua Panglima ke . Ketua Darjah ke . Pengawas ke . " Kata Maera sambil dia cuba untuk mengaturkan nafasnya . " Diorang akan mati katak kat sini . Awak ingat cakap saya ni . "


Dyrad muncul di sisi kiri Akham Nessela .


" Manusia bangsat dan Makhluk Mitos yang celaka ! " Teriak Akham Nessela dengan nyaring . " Macam mana sekarang ? ! Jumlah korang lebih sedikit berbanding kitorang ! "

Kemudian dia ketawa dengan kuat dan berdekah - dekah . " Aku tawarkan korang pilihan ! Ikut aku dan aku akan bagi kekuatan yang korang sendiri tak pernah rasakan ! "

Dia membenamkan hujung Pedang besarnya ke tanah . " Korang hanya jadi boneka yang bodoh kalau ikut telunjuk Manusia yang celaka tu ! "


" Kau berilah dunia ni sekali kat aku ! Aku takkan hinakan maruah aku untuk tunduk sembah hormat kat kau ! " Teriak balas Panglima Malein dengan garang . " Kau makhluk terkutuk yang paling tercela yang pernah lahir kat dunia ni selepas terbuangnya ketua segala kejahatan diusir ke bumi ! "


" Malein ! Apa yang korang dapat kalau ikut Manusia yang celaka tu ? ! " Jerit Dyrad dengan lantang .


" Persahabatan ! Kesetiaan ! Keamanan dan kedamaian ! " Jerit Vanessa Valarie pula dengan garang .

Walaupun mulutnya dan Panglima Malein tidak terbuka namun , suara mereka dengan jelas kedengaran . " Korang hanya melakukan kerosakan di atas muka bumi ni ! Menindas kerajaan yang lemah ! Dan memperdayakan mereka untuk memuaskan nafsu serakah korang yang bertuhankan kebinatangan ! "


" Manusia bukan makhluk yang boleh dipercayailah bodoh ! Diorang tu makhluk yang boleh berubah dalam sekelip mata ! Siang dialah kawan korang ! Petang nanti ! Diorang akan tikam belakang korang tanpa belas kasihan ! " Jerit Dyrad dengan sekuat hatinya . " Dah berapa banyak bangsa kita mati disebabkan kehadiran diorang berdua bertandang ke dunia ni ! "


" Apa bezanya dengan kita ? ! Bangsa kita pun ada yang baik dan ada yang jahat ! Jangan terlalu bangga dengan bangsa kita ! Ramai bangsa kita dah mati disebabkan korang berdua yang melakukan fitnah untuk memburukkan Bangsa Manusia ! Korang ingat Bangsa kita tak ada yang melakukan kejahatan kat Dunia Manusia ke ' hah ' ? ! " Tengking Aqilah dengan garang dan ganas .


" Nampaknya ! Didie dan Sheila dah cuci otak korang ! " Kata Akham Nassela dengan lantang . " Aku akan bersihkan otak korang tu ! Dah kotor sangat ! "

Dia kemudiannya mengacukan senjatanya ke arah Ahmadi . " Aku akan hancurkan binatang peliharaan kau sekali ! "


" Jangan hina Tuanku Pawana di depan saya ! Makhluk terkutuk ! " Balas Putih dengan lantang . " Lebih baik menjadi binatang peliharaan berhatikan Manusia daripada menjadi Makhluk Mitos tetapi berhati binatang macam awak ! "


Paquine dan Merowran menoleh ke belakang kerana deria pendengaran mereka berdua dapat mendengar derapan kuda dari kejauhan .

Senyuman mekar terus sahaja terukir di bibir mereka berdua .


" Putih , cuba awak lihat kat belakang . Siapa yang sampai . "Kata Merowran dengan jelas .


" Pasukan DiRaja . " Kata Putih sebaik sahaja dia melihat ke belakang .

Jelas pada pandangan matanya . Panji - panji Perang DiRaja kelihatan gagah di tengah - tengah Pasukan DiRaja itu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Bertenang semua . Bertenang dulu . Tutup semua Pintu Tenaga awak semua . " Kata Rissa dengan agak cemas walaupun pada riak wajahnya bersulamkan kehairanan dengan kemunculan Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze . " Diorang berdua ni Cik Muda Iecha dan Cik Muda Mandy . Diorang ni . Rakan Cik Muda Rara . Sepasukan dengan kita . "


Burano dengan segera mengarahkan agar rakan - rakannya menutupkan semua Pintu Tenaga mereka .


" Kak Iecha dan Mandy ni dari mana je ? " Tanya Nurzahirah dengan jelas . " Dengan luka dan lebam ni . " Bergaduh ke ? "


Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze memandang wajah Nurzahirah dan Rissa bersilih - ganti .

Kemudian ke arah Burano dan semua yang berada di situ .


" Apa hal ? " Tanya Nurzahirah lagi .


" Kita dalam keadaan perang sekarang ni ! " Kata Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze dengan serentak dan senada bersulamkan nada kehairanan yang bercampur dengan kegeraman yang teramat sangat . " Korang semua tak tahu ke ? ! "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Semua Ketua Panglima yang berada di pihak Ahmadi memberi laluan kepada Pasukan DiRaja yang baru sahaja tiba .


Sebaik sahaja tiba di barisan hadapan , Permaisuri Fiirapi dan Raja - raja yang lain memandang tajam ke arah Akham Nessela dan Dyrad .


" Selamat tiba ke Medan Perkuburan wahai Permaisuri , Raja dan Ratu yang bijaksana ! " Kata Akham Nessela dan lantang berserta senyuman sombongnya .


Raja Areel dengan pantas menjelmakan corak dan jalur cahaya Flora yang unik di kawasan pasukan itu .

Selepas terpadamnya kembali corak dan jalur itu , semua anggota Pasukan Ahmadi kembali bertenaga .


Kecuali Ahmadi yang tenaganya tidak pulih sepenuhnya .


Puteri Fiirapi pula dengan pantas menghubungkan Tenaga Minda mereka semua agar mereka sentiasa dapat berhubung .

Siti Khumairah yang masih lagi berada di atas Kuda memegang bahu Ahmadi lalu , bahu adik kembarnya yang dipegangnya tadi diterangi dengan cahaya berwarna Biru .


Biji - biji Mutiara yang telah tidak lagi bercahaya di atas dahi Ahmadi kini telah kembali memancarkan cahaya . Namun , jumlah yang menyinarkan cahaya hanya sebanyak tiga sahaja .

Manakala sebiji Mutiara hanya malap cahayanya . Tiga lagi Mutiara tidak lagi memancarkan cahaya .


" Ratu Jeullbea ! Alangkah girangnya hati beta ! Dapat bertentang mata dan bersua muka dengan Tuanku ! " Kata Akham Nessela dengan jelas . Berselimutkan senyuman yang sinis . " Janganlah Tuanku mencemar duli untuk ikut serta ke dalam pertempuran ini ! Kelak nanti , cacatlah rupa paras Tuanku yang cantik dan jelita itu ! "

Kemudian , dia tertawa dengan kuat dan lantang . " Molek saja Tuanku ikut beta balik ke istana beta ! Menjadi Permaisuri beta ! Kita perintah dunia ini bersama - sama ! "


Ratu Jeullbea hanya tersengih sambil menggeleng - gelengkan kepalanya .

Kemudian , dia menjelmakan Baju Tempur DiRaja miliknya .

Sebagai tanda dia telah pun bersedia untuk bertempur .


Akham Nessela tertawa . " Apakah fikiran Tuanku juga telah diracuni oleh dua orang Manusia yang celaka itu ? ! "


" Akham Nessela ! Jagalah lidah Tuanku daripada menghamburkan kata - kata yang kesat kepada anakanda beta ! " Tengking Permaisuri Fiirapi dengan lantang dan garang .

Dia menjelmakan baju Tempur DiRaja miliknya . " Bersedialah untuk bertemu dengan Yang Maha Kuasa ! "


Raja Eleaind dan rakan - rakan seangkatannya juga menjelmakan Baju Tempur DiRaja milik masing - masing .


" Apakah yang diberikan dan ditawarkan oleh si celaka itu kepada Tuanku berdua ? ! Apakah sesuatu yang sukar ditolak dan telah dapat memuaskan keinginan Tuanku berdua ? ! " Kata Akham Nessela lagi dengan jelas . Jelas berbaurkan sindiran . " Dan apakah pula yang tawarkan kepada Raja - raja sekalian ? ! Apakah sesuatu yang menyelerakan daripada Dunia Manusia ? ! "


Maera memukul bahu Ahmadi dengan lembut . " Kalau bukan ni semua Psikologi Perang . Dah lama saya maki Beruk ni . "


Ahmadi hanya tersengih . " Kau menang kalau kau dapat buat dia serang kita dulu . "


" Kenapa nak buat macam tu ? " Tanya Muniandy lalu merengangkan otot - otot lengannya . " Kalau ikutkan hati . Nak je saya pijak semua muka diorang ni . "


" Awak dapat lemahkan semangat lawan awak , kalau awak dapat lemahkan Psikologi lawan awak . " Celah Adam dengan lembut dan tenang . " Dalam sejarah pun dah ada bukti Psikologi perang terbukti dapat melemahkan dan menewaskan musuh . Paling kurang pun . Dapat menipu musuh . "


" Tak guna pun kalau awak jelaskan kat si Kaki Hendap tu . Mana dia nak faham . Cuba awak cerita pasal macam mana nak menghendap . Dah tentu senang dia nak faham dan hafal . " Celah Ratni dengan jelas . " Masa sekolah dulu , ponteng . Dah bodoh macam ni . Barulah terhegeh - hegeh nak tanya itu ini . "


Sheila Asyikin dan rakan - rakan wanitanya yang lain hanya tertawa kecil mendengar kata - kata Ratni .


Muniandy kemudiannya menghelakan nafasnya . " Kalaulah saya ada diberi satu peluang . Untuk bunuh seseorang . Si Kaki Fitnah ni dulu yang saya bunuh . "


" Macam mana awak nak bunuh dia kalau , dengan dia pun awak dah kalah Psiko ? " Celah Aivira lalu dia dan rakan - rakannya lelakinya tertawa .


" Janganlah Tuanku menghamburkan kata - kata berbaurkan penghinaan kepada Raja Pawana dan Puteri Pawaka ! Berhentilah daripada terus mencanang - canang cerita yang tidak benar ! " Jerit Raja Areel dengan lantang sambil mengacukan Pedang Lurusnya ke arah Akham Nessela . " Kedatangan Tuanku berdua ke dunia kita sama sekali tidak membawa sebarang rancangan jahat bersama ! "


" Benar apa yang diperkatakan oleh Raja Areel itu , wahai si celaka bangsat ! " Pintas Raja Eartha pula . " Patik sekalian termasuklah Permaisuri Fiirapi sendiri ! Telah memeriksa minda Raja Pawana dan Puteri Pawaka ! Tidaklah ditemukan apa - apa seperti mana yang Tuanku dakwakan itu ! "


" Kepala korang kena geledah ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo perlahan seperti berbisik . " Siapa yang selongkar ? "


" Permaisuri Fiirapi . Disaksikan oleh semua Raja yang bernaung dibawah kerajaan ni . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas lalu menggaru kepalanya .


Akham Nessela tertawa . " Penyakit apakah yang telah menjangkiti Tuanku semua ? ! " Kenapa perlu ada Manusia untuk turut sama memerintah dunia kita ? ! Tidakkah cukup dengan hanya kita sahaja ? ! "


" Dengar sini wahai si Durjana Akham Nessela ! " Kata Raja Landlack dengan kuat dan lantang . " Manusia adalah makhluk yang sempurna ! ia telah tertulis di dalam kitab Samawi yang menjadi pegangan sehingga ke akhir zaman ! Tidakkah ia menjadi satu penghormatan sekiranya kita dapat belajar daripada makhluk yang sempurna untuk menjadikan dunia ini lebih baik daripada sebelumnya ? ! "


" Apalah kalian Raja - raja dan Pemimpin yang berwibawa telah tunduk dengan makhluk yang terkutuk itu ? ! " Jerkah Akham Nessela dengan geram . " Disebabkan mereka sempurnalah mereka bertukar menjadi makhluk yang berbahaya ! Mereka akan tukar dunia ini menjadi dunia mereka ! Apakah kalian telah sanggup menggadaikan maruah kalian semua ? ! "


" Janganlah bongkak dan angkuh bila berbicara ! Celaka durjana ! Kelak penduduk langit dan bumi akan menyumpah diri Tuanku ! Janganlah sesekali berbangga diri dengan diri kita ! " Tengking Ratu Jeullbea dengan lantang dan garang . " Elok kiranya Tuanku balik sahaja ! Habiskan sisa - sisa hidup dengan hanya duduk diam ! "


" Kalian sudah menempah kubur kalian dengan bekerjasama dengan makhluk yang berhatikan binatang ! " Kata Akham Nessela dengan lantang .

Dia mengeluarkan Tenaga Dalaman dan niat membunuh yang amat luar biasa . Renungan matanya menjadi semakin menakutkan . " Marilah kita bermatian di sini ! Pertahankanlah penyelamat kalian ! Kerana beta akan mencabut nyawanya ! "


" Aku dah tak tahan dengar si bangang ni asyik hina - hina kita . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas .

" Kau nak balas balik ke ? " Tanya Ahmadi .


" Mestilah aku nak . " Balas Siti Nursamawi dengan pantas .


" Siti nak cakap apa ? " Siti Aisyah pula dengan lembut .


" Puteri Semarak Api . Apakah yang ingin anakanda perkatakan ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan tiba - tiba .


Siti Nursamawi tersengih lalu menggaru kepalanya . " Titahkanlah anakanda . Biar anakanda balas balik . Pasti dia akan mulakan serangan . "


" Permaisuri Fiirapi . Titahkanlah kepada anakanda tuanku yang seorang ini . Jika dinilai daripada personaliti , wajah dan nada suara dan gaya pertuturannya . Anakanda tuanku yang satu ini . Boleh menyebabkan si celaka itu memulakan serangan . " Celah Ratu Jeullbea dengan lembut .


" Tingkah lakunya amatlah serupa dengan Raja Pawana dan Puteri Pawaka . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan tenang lalu mengeluh . " Puteri Semarak Api . Pergilah lontarkan perkataan anakanda . "

Kemudian , jelas pada pandangan matanya , Ahmadi menjelmakan sebiji Mutiara berwarna Biru .


Kelihatan Ahmadi seperti berkata sesuatu pada Mutiara yang dijelmakannya tadi dan selepas itu , Mutiara tadi dengan pantas terbang ke atas lalu lenyap .


" Awak buat apa tu ? " Tanya Aivira yang perasan akan perbuatan Ahmadi .


" Aku hantar pesanan kat Rara . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Mesti Iecha dan Mandy dah cerita kat diorang pasal keadaan sekarang ni . Aku tak nak dia risau . "


Siti Nursamawi yang berdiri di sisi kanan Ahmadi tersenyum lalu , dikucupnya bahu Ahmadi manakala Ahmadi pula dengan pantas menarik telinganya dengan manja yang geram .

Selepas itu , dia berjalan ke depan .


" Hoi bangang ! Kau apa hal menyalak macam binatang kat situ ? ! Kau dah kalahlah , bodoh ! Terima jelah kenyataan yang kau sebenarnya dah kalah ! " Jerit Siti Nursamawi dengan lantang dan jelas . " Pergilah balik ke Istana kau ! Habiskan masa - masa tua kau yang ada lagi tu ! "


" Hoi bangsat ! Kau jangan nak perlekehkan aku ! Aku tak pernah kalah dengan mana - mana Pahlawan ! Baik dari Dunia Manusia ataupun dari dunia ni ! " Balas Akham Nessela dengan garang . " Tarik balik kata - kata kau tu sebelum aku pisahkan kepala kau daripada badan kau ! "


Siti Nursamawi tertawa nyaring . Jelas menyindir . " Kalau kau tak pernah kalah , kau takkan hidup menyewa tak berbayar dalam penjara kau tu ! Bangsat ! " Balas Siti Nursamawi dengan jelas . " Jangankan Permaisuri Fiirapi ! Semua Raja dan pemimpin yang ada kat sini pun ! Termasuklah kitorang semua ! Tahu yang kau dah kalah dan dipenjara dalam Kristal Kalas ! "


" Tapi aku dah bebas ! " Teriak Akham Nessela dengan geram . Perasaan geramnya itu telah menggenggam tubuh badannya .


Siti Nursamawi tertawa lagi . " Kau ada pergi sekolah ke tak ! ? Dahlah bodoh ! Sombong lagi ! " Jerit Siti Nursamawi sambil tersenyum . " Bukan kau yang pecahkan Kristal Kalas tu ! Haiwan peliharaan kau yang tak cukup kain tu yang lepaskan kau ! "


" Awak jangan nak hina - hina Yang Mulia Akham Nessela depan saya ! Makhluk tak guna ! " Tengking Dyrad dengan lantang . " Saya cincang badan awak nanti ! "


Siti Nursamawi tertawa lagi sambil menepuk - nepukkan tangannya . " Sayangnya kau dengan Raja kau ye ! "


" Yang Mulia Akham Nessela yang pecahkan penjara tu ! Saya hanya menawarkan bantuan saya ! Ini bermakna , Yang Mulia Akham Nessela yang pecahkan penjara yang lemah tu ! " Kata Dyrad dengan lantang .


" Macam nilah ! Kalau kau sayang sangat dengan Raja kau bodoh ni ! " Kata Siti Nursamawi sambil tersenyum . Senyuman yang menyindir . " Bawa dia balik ke Istana korang ! Bagi dia badan kau ! Buat anak ! Lepas tu hidup diam - diam ! jangan menyusahkan kitorang ! Faham ? ! "


" Jaga sikit mulut awak ! " Tengking Dyrad dengan geram . " Saya bukannya murahan ! "


" Marah ke ? ! " Kata Siti Nursamawi dengan kuat dengan nada dan reaksi wajah yang menyindir . " Kau bukannya perempuan ! Kau memang layak jadi perempuan murahan ! Betina tak guna ! "


" Puteri Tuanku Permaisuri yang satu ini . Lancangnya bukan calang - calang . " Kata Ratu Jeullbea dengan lembut . " Terasa bingit telinga beta mendengarnya . Seperti masak telinga beta mendengarnya . "


Permaisuri Fiirapi hanya melepaskan keluhan . " Ya . Beta juga berasa begitu . Bakat yang satu ini . Sememangnya semula jadi . "

Kemudian , dia membuangkan pandangannya ke arah Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea yang sedang menggaru kepala .


" Siapkan bala tentera korang ! " Kata Akham Nessela dengan lantang . " Aku akan pastikan ! Tak ada seorang pun korang akan hidup ! "


" Tak payah susah - susah nak bersiap untuk lawan kau ! " Jerit Ahmadi lalu melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi Siti Nursamawi .

Selepas itu , disusuli oleh Sheila Asyikin .


" Nak tewaskan kau ! Cukup aku seorang ! Lepas aku dah bunuh kau ! " Jerit Ahmadi dengan jelas lalu menjelmakan Pedang Lurus Elemennya . " Aku akan tukarkan Istana kau tu menjadi sebuah Istana yang indah yang dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang indah - indah ! Untuk Tuanku Permaisuri Fiirapi ! Kalau Tuanku Fiirapi tak nak ! Aku bagi kat Tuanku jeullbea ! "


" Beta takkan jatuhkan maruah beta untuk tinggal dalam Istana yang sebegitu rupa ! " Celah Ratu Jeullbea dengan jelas dan lantang . " Hanya layak dijadikan sebagai tempat melepaskan hajat sahaja ! Busuk dan menjijikkan ! "


Akham Nessela menjerit dengan kuat sambil meluru ke arah Ahmadi dengan pantas .


" Serang ! ! ! " Arah Dyrad lalu mengarahkan tongkatnya ke arah pasukan Ahmadi .


" Serang ! ! ! " Kata Ahmadi dengan kuat sambil dia berlari ke arah Akham Nessela .


Kedua - dua pasukan meluru ke arah masing - masing dengan garang .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi kembali bertemu dengan Dyrad .


Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah bertarung sambil menunggang kuda .


Begitu juga halnya dengan Permaisuri Fiirapi dengan rakan - rakan seangkatannya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Mandy Chong Wei Yze sendawa dengan kuat selepas dia membasahkan tekaknya .

Selepas itu , dia mengambil seketul kuih dan terus menggigitnya . " Jadi . Pasal ada Tenaga Semula Jadi kat dalam nilah korang tak boleh nak rasa apa yang berlaku kat luar tu ? "


Siti Asiyah mencubit pipi Mandy Chong Wei Yze . " Jangan mengunyah sambil bercakap . Tak elok . "

Kemudian dia mengeluh lalu , membetulkan Tudungnya dan perlahan . Selepas itu , dia mengeluh . " Jadi , daripada tadi korang asyik bersembang jelah . "


" Yelah . Manalah kitorang tahu dah berperang kat luar . " Kata Nurzahirah dengan lembut lalu memandang ke arah Rissa .


" Betul tu . Kitorang daripada tadi takde rasa apa -apa pun . Tenang je . " Kata Rissa pula dengan lembut dan jelas .


Ghowly membuangkan pandangannya ke atas . Bahagian atas kawasan taman itu yang dhiasi dengan dahan - dahan pokok yang berdaun lebat . " Langit cerah je . Takde pun tanda - tanda ada perang . "


Tiba - tiba , sebiji Mutiara berwarna Biru yang agak besar muncul di hadapan Nurzahirah .


Nurzahirah dengan tenang mengambil Mutiara yang tiba - tiba sahaja muncul itu .


" Macam pernah nampak Mutiara yang macam ni sebelum ni . " Kata Rissa dengan lembut . " Tak silap saya . Ni yang macam Panglima Muda Tatsumaki jelmakan masa saya dan dia bermalam kat rumah Cik Muda hari tu . "


" Betul . Tapi , ni lain sikit rasanya daripada yang hari tu . " Balas Nurzahirah sambil dia memerhatikan Mutiara itu .


" Apa maksud Cik Muda Rara ? " Tanya Burano .


" Ini bukan daripada Kak Tsu . " Jawab Nurzahirah dengan lembut . " Ini daripada Pakcik . "

Selepas itu , dia memasukkan sedikit tenaganya untuk mengaktifkan Mutiara tadi .


Mutiara itu bersinar dengan terang dan mengeluarkan sedikit wap dingin . Kemudian , suara Ahmadi kedengaran . Bersulamkan suara dan hiruk - pikuk serta suara Siti Nursamawi . " Rara . Dengar sini . Sekarang ni . Pakcik , Ummi Mai , Ayah Fateh dan ahli keluarga kita yang lain . Sedang berperang . "


Semua yang berada di situ saling berpandangan setelah terdengar suara Ahmadi .


" Pakcik nak . Rara , pastikan pasukan Rara dalam keadaan bersiap - sedia berjaga - jaga . Semua yang ada kat situ , adalah Pahlawan . " Kata suara Ahmadi lagi dengan jelas . " Jangan risau pasal kitorang kat sini . Kitorang pasti akan menang . "


Selepas itu , Mutiara tadi lenyap menjadi debuan salji dan hilang bersama letusan berwarna Biru dan Putih .


" Cik Muda Rara , apa yang kita kena lakukan sekarang ? " Tanya Larrow dengan jelas . " Kita nak keluar pun tak boleh . Kita tak dapat nak kesan apa - apa tenaga pun kat luar tu disebabkan oleh Tenaga Semua Jadi yang ada kat dalam taman ni . "


Mandy Chong Wei Tze membersihkan Cermin Matanya . Kemudian , dia mengeluh . " Dah calar cermin dia . "


" Kuat ke musuh kita ? " Tanya Nurzahirah dengan lembut .


" Kuat sangat . Pakcik Rara tu bertarung macam orang gila . Kakak Patung dan Kakak Pipi Tembam pun . Diorang berlawan macam kerasukkan . Kawan - kawan kita yang lain pun sama . " Jawab Siti Aisyah dengan jelas . " Akak dengan Mandy pun . Kalau kitorang tak berhati - hati . Mungkin kitorang dah takde dah kat sini . "


Pantas sahaja Mandy Chong Wei Tze memukul bahu Siti Aisyah . " Takde insurans betul mulut . Kalau masin macam mana ? "


Nurzahirah mengeluh dengan reaksi wajah yang satu macam sambil menggaru kepalanya . " Kecuali Kak Iecha dan Mandy , semua yang ada kat sini Pengguna Elemen Psikikkan ? "


" Betul . " Jawab Burano .


" Rara nak buat apa ? " Tanya Siti Aisyah dengan lembut . " Jangan cakap yang Rara nak keluar . Nak kena lempang ? "


Nurzahirah hanya tertawa kecil sambil tersengih - sengih .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Para Ketua Panglima daripada kedua - dua belah pihak masing - masing menunjukkan kepakaran mereka bermain senjata dan kepakaran dalam Teknik Pengawalan Elemen .

Bunyi lagaan pedang dan letupan membingitkan telinga .


Raja - raja yang menyebelahi Ahmadi amat tangkas dan cekap bermain senjata .

Walaupun menunggang Kuda , mainan Pedang dan Senjata Elemen mereka terlalu sukar untuk ditandingi oleh musuh .


Raja Eleaind melontarkan Lembingnya ke arah arah musuh . Lontarannya terlalu kuat sehingga tembus tubuh beberapa orang musuh .

Dikawalnya Lembingnya tadi dengan menggunakan Pengawalan Mindanya sambil dia bertarung dengan menggunakan Pedang .

Selepas dia menumpaskan beberapa orang lawannya , dia melompat ke udara dan kembali memegang Lembingnya .

Kemudian , dia kembali mendarat dan terus memukul ke tanah dengan kuat .

Beberapa lingkaran bercahaya terhasil dan terus sahaja menghasilkan rantaian letupan yang agak kuat .


Ratu Jeaullbea terjatuh ke tanah kerana Kudanya ditikam musuh . Namun begitu , dia dengan pantas bersedia dan terus kembali bertarung .

Berbekalkan Tameng dan Pedang , dia begitu tangkas membunuh lawan - lawan mereka yang berani untuk bertarung dengannya .

Seorang demi seorang musuh telah tewas ditangannya .


Perasan akan keadaan itu , beberapa orang Ketua Panglima musuh lelaki dan wanita menyerang Ratu Jeullbea dengan pantas .


Tanpa gentar , Ratu Jeullbea dengan tenang menyambut semua serangan itu . Pergerakkannya juga menjadi semakin pantas .

Dalam keadaan yang cemas itu , Siti Hawa dan Aqilah tiba untuk membantunya .


Dalam keadaan yang berkecamuk itu . Kelihatan Aivira , Muniandy dan Maera berada di udara sambil bersorak dengan riang .

Berpijak sahaja kaki mereka di permukaan medan perperangan . Serentak dengan itu jugalah mereka menghentakkan senjata mereka ke tanah .

Corak berjalurkan Elemen Gabungan milik bertiga telah menghasilkan letupan berantai yang bertalu - talu .

Selepas itu , mereka bertiga dengan pantas menumpaskan musuh - musuh mereka .


Raja Areel dan Raja Eartha bersama - sama menumpaskan musuh - musuh mereka .

Ketika mereka sedang bertarung dengan musuh , mereka perasan akan teknik yang dilancarkan oleh Aivira , Muniandy dan Maera tadi .


" Wahai Panglima semua ! Pertahankan Panji - panji DiRaja Kerajaan kita ! Jangan biarkan ia jatuh ke tanah ! " Tiba - tiba sahaja suara Ahmadi berkumandang di dalam minda setiap semua Pejuang berpihak kepada keamanan dua dunia . " Pertahankannya demi keselamatan dan keamanan dunia kita ! Pertahankannya demi mereka yang telah memberikan kepercayaan kepada kita ! "


" Awak jangan risau ! Awak hapuskan si bangang tu ! " Balas Naera dengan garang dan lantang . " Pasal Panji - panji DiRaja ni ! Kitorang akan uruskannya ! "


" Awak jangan fikirkan pasal Panji - panji DiRaja ni ! Awak kerat - kerat Raja Kegelapan tu ! " Sampuk Adam pula dengan jelas . " Kitorang akan bantu untuk mempertahankan Panji - panji ni ! "


Tiba - tiba , panahan petir memanah anggota Pasukan DiRaja .

Sehingga menyebabkan ada yang terpelanting . Malah , ada juga yang terus jatuh ke tanah dan meronta - ronta buat seketika sebelum menjadi kaku.

Panahan Petir tadi dihasilkan oleh beberapa orang Pahlawan musuh .


Melihat keadaan itu berlaku , beberapa Ketua Panglima daripada Pasukan DiRaja dengan pantas melakukan serangan pantas .

Mereka menghasilkan beberapa corak berjalur yang berwarna Ungu , Megenta dan Kuning .

Selepas itu , panahan petir terus sahaja memanah beberapa Ketua Panglima Pasukan Kegelapan .


Tidak lama selepas itu , rentetan letupan Serangan - serangan Elemen semakin kedengaran .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Fateh dengan garang melibaskan senjatanya ke arah musuh - musuhnya .

Wajah dan pakaiannya telah pun disimbahi oleh darah - darah yang segar .


Begitu juga halnya dengan Khalid dan Ikhwan yang garang menentang musuh .


Fateh menepis kaki lawannya dan terus sahaja menyerang perut lawannya .

Dengan hanya sekali libas , tangan lawannya yang memegang Panji Pasukan Kegelapan jatuh ke tanah bagaikan Kelapa yang gugur dari pohon .

Selepas itu , musuh yang diserangnya tadi tidak mahu mengaku kalah .

Dia dengan tenang , menyepak dada lawannya dengan kuat dan selepas itu dengan hanya sekali gerakan .

Lawannya jatuh terjelopok ke tanah dengan kesan kelaran pada leher .

Dengan pantas tangannya memegang panji tadi dan terus merampas Kuda yang telah pun tidak bertuan .


Khalid yang terlihat akan kemenangan itu tersenyum lebar . " Pahlawan sekelian ! Sebatang Panji musuh telah pun berada pada tangan kita ! "


Selepas itu , Fateh menjerit dengan bersemangat lalu mematahkan Panji musuh yang dirampasnya sebentar tadi.


Para Ketua Panglima DiRaja yang mendengar jeritan Fateh dan Khalid tadi dapat melihat dengan jelas tindakan Fateh sebentar tadi .

Keadaan itu telah menyemarakkan lagi semangat Pasukan DiRaja .


Selepas Fateh . Giliran Khalid pula yang mematahkan satu lagi Panji Pasukan Kegelapan .

Sejurus selepas itu pula , Ikhwan juga berjaya merampas Panji musuh dan terus mematahkannya .


Pasukan DiRaja semakin bersemangat melihat kejayaan Pahlawan dari Dunia Manusia yang gagah dan perkasa itu .


Tidak mahu ketinggalan . Giliran Hose dan rakan - rakannya juga menempah giliran memusnahkan Panji - panji Perang Pasukan Kegelapan .


Tidak lama kemudian , beberapa Ketua Panglima Pasukan DiRaja juga telah berjaya mematahkan Panji - panji Pasukan Kegelapan .

Dan keadaan itu telah berjaya menyebabkan , semangat musuh mula lebur dan menjadi lemah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Habis tu , takkan kita nak duduk kat sini ? " Tanya Nurzahirah dengan jelas .


" Kita tak boleh nak buat apa . Mesti ada sebab kenapa kita semua dihantar ke dalam Taman ni . " Kata Siti Aisyah dengan lembut . " Sebelum Rara nak buat apa - apa keputusan . Rara kena fikir masak - masak . "


Nurzahirah memandang ke arah Siti Aisyah yang kelihatan tenang yang sedang tunduk ke bawah .


" Pertama . Apa akan jadi kat kita kalau kita keluar dari tempat ni . Kedua . Apa yang kita akan jumpa kalau kita tetap berkeras nak keluar . " Kata Siti Aisyah lagi dengan lembut dan tenang . " Ketiga . Apa akan terjadi kat Rara kalau kita dah berada kat luar . "


Nurzahirah menggaru kepalanya yang tidak gatal .


" Jangan tipu akak , Rara . Akak tahu apa yang Rara nak buat . " Kata Siti Aisyah lagi . Ada dua sebab kenapa Rara nak keluar . Betul tak ? "


Nurzahirah mengeluh dengan wajah yang semacam . Kemudian , dia menggaru kepalanya " Ye . "


" Kak Iecha memang pandai menilik ke ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan tiba - tiba .


Pantas sahaja tangan Siti Aisyah menarik telinga Mandy Chong Wei Tze dengan agak kuat .


" Apa akak ni ? ! " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan agak kuat sambil menggosokkan telinganya .

Wajahnya berkerut menahan sakit .


" Akak tahu pasal akak dah rapat dengan korang berdua sejak daripada korang Tadika lagi . " Kata Siti Aisyah . Nadanya jelas menunjukkan sifat Kakaknya . " Mandy tu pun . Ingat akak tak tahu . Mandy pun sebenarnya sokong kalau kita semua keluar daripada tempat nikan . "


Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze saling berpandangan dengan wajah yang redha dimarahi .


" Korang semua dengar sini . Tak kira siapa pun . Dengar betul - betul ! " Kata Siti Aisyah dengan tegas . " Siapa pun tak boleh keluar . Ikut arahan daripada Abang Didie ! "

Selepas itu , dia memandang ke arah Rissa . " Rissa pun . Jangan nak pandai - pandai nak ajak Rara dan semua yang ada kat sini keluar ! "


" Saya tak cakap pun nak keluar atau nak ajak siapa - siapa keluar dari tempat ni . " Jawab Rissa dengan agak perlahan lalu dipegangnya tangan Nurzahirah dengan agak kuat .


" Menjawab ! Menjawab ! " Dah pandai ikut perangai Rara ! " Jerkah Siti Aisyah dengan agak kuat .


" Apa Kak Iecha ni ? ! " Tanya Nurzahirah pula dengan agak kuat namun manja nadanya . " Nak marah - marah pula . "


" Entahnya . Kalau betul takpelah juga . Ni main hentam cakap je . " Celah Mandy Chong Wei Tze . Juga dengan suara yang agak perlahan .


" Akak pun pernah jadi macam korang tau . Akak tahu apa yang korang fikirkan . " Balas Siti Aisyah dengan jelas . Kemudian dia mengeluh . " Dah . Jangan nak banyak bunyi . Kita duduk diam - diam kat sini . Ada makan , kita makan . Siapa nak minum . Pergi minum . Takde apa nak buat . Tidur . "


Kemudian , Siti Aisyah , Nurzahirah , Mandy Chong Wei Tze saling bertikam lidah dan sesekali , Rissa juga mencelah .


Tidak lama selepas itu , Siti Aisyah meletakkan tapak tangan kanannya ke tanah lalu , corak dan jalur cahaya berwarna Kuning dan Hijau terpancar .

Direnjatkannya Elektrik kepada Nurzahirah , Mandy Chong Wei Tze dan Rissa .


Mengerbang rambut Nurzahirah , Mandy Chong Wei Tze dan Rissa . Wajah , tangan dan pakaian mereka menjadi sedikit kehitaman dan berasap .


Kemudian , Siti Aisyah memandang ke arah Burano dan rakan - rakannya .Dengan pancaran mata dan senyuman yang menakutkan . " Korang pun nak rasa ke ? "


Burano dan kawan - kawannya dengan pantas melakukan aktiviti .

Ada yang bercerita . Ada yang berlatih bertarung . Ada yang melakukan tekan tubi . Ada juga yang melakukan lari setempat .

Tiba - tiba mereka semua menjerit kerana Siti Aisyah merenjat mereka dengan Elektrik yang berwarna Kuning dan Hijau .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pasukan Mitos misteri yang diketuai oleh Putih , Paquine dan Merowran juga yang bertarung dengan Pahlawan Mitos daripada Bangsa Harpy dan Pasukan Makhluk Bersayap yang menggerunkan juga berlangsung dengan sengit .

Masing - masing menunjukkan kemahiran bertarung yang luar biasa .


" Putih ! Awak dah malukan bangsa kita ! Awak dan kawan - kawan awak tak sepatutnya ikut telunjuk Manusia ! " Kata Panglima Harea dengan lantang .


" Saya dan kawan - kawan saya dah ikut jalan yang benar ! Kitorang semua memilih keamanan dan kedamaian ! " Balas Putih dengan jelas . " Bukan macam awak semua ! "


Bunyi lagaan Pedang dan pelbagai jenis senjata berdendang di ruang dada langit .


" Puak - puak kita dah hidup beratus tahun ! Selama itulah kita melihat keganasan berpesta di dunia ini ! " Tengking Panglima Harea dengan jelas . " Kedamaian tak pernah wujud dalam dunia ni ! Kerajaan yang menentang Akham Nessela juga tak pernah pilihkan kedamaian ! "


Putih berputar dengan pantas sambil menghayunkan Pedangnya dan menghasilkan Libasan Elemen .


Panglima Harea menepis serangan Putih tadi dengan menggunakan Pedangnya .

Matanya tajam merenung ke arah Putih .


Putih mengacukan Pedangnya ke arah Panglima Harea dengan gagah . " Awak jangan hina Kerajaan - kerajaan ni ! Mereka semua telah berusaha dengan keras untuk mendapatkan kedamaian dan keamanan yang dicemari oleh tangan - tangan terkutuk seperti Akham Nessela sejak berdekad lamanya ! "


" Didie dah cuci otak awak ! Bangsa kita adalah Bangsa Rahsia ! Dan tak sepatutnya memperlihatkan diri kita kepada Manusia ! " Balas Panglima Harea . " Bangsa kita tak sama dengan Bangsa - bangsa Mitos yang lain ! "


" Kita memang Bangsa Rahsia ! Tapi , itu bukan alasan untuk kita menentang Manusia ! Kita juga sama seperti Manusia ! Ada baik dan ada yang jahat ! " Balas Putih dengan garang . " Awak kena ingat satu perkara ! Manusia tak pernah menceroboh dunia kita ! Hanya bangsa je yang menceroboh Dunia Manusia ! "


Wajah Panglima Herea berkerut menahan geram .


" Jangan sampai saya malukan awak kat sini ! " Jerit Putih dengan lantang dan jelas . " Berambus dari sini ! " Awak hanya akan burukkan lagi nama bangsa awak kalau terus menyokong Akham Nessela ! "


Panglima Herea berteriak dan terus melayang dengan pantas ke arah Putih .


Ahmadi melekatkan Pedang Elemennya di belakangnya manakala Akham Nessela pula mengapung - apungkan senjatanya di sisinya .

Mereka berdua melompat - lompat ke belakang lalu , mendarat di permukaan tanah dan terus melibaskan tangan mereka di udara .

Ahmadi menghasilkan libasan Ais manakala Akham Nessela pula menghasilkan libasan elemen yang pelik dan menakutkan .

Sebaik sahaja serangan mereka bertembung , satu letupan elemen yang agak kuat terhasil .

Selepas itu , mereka kembali memegang senjata mereka dan terus kembali bertarung .

Serangan mereka terlalu pantas dan berbahaya.


Ketika sedang bertarung , Akham Nessela semakin terganggu dengan keadaan yang pelik pada setiap sendi anggota badannya dan pada bahagian kiri dadanya .

Namun , dia berusaha untuk tidak mengendahkannya .


Permaisuri Fiirapi melayang turun ke tanah dan terus mengawal senjata - senjata musuh yang berada lingkungan serangannya .

Pelbagai jenis senjata musuh yang berada di dalam kawalannya melayang dan melibas musuh - musuh yang cuba untuk menyerangnya .

Setiap pergerakkannya dan serangannya sentiasa diselangi dengan libasan Elemen Psikik yang amat berbahaya .

Dalam sekelip mata sahaja ramai dikalangan musuh telah pun rebah ke tanah dan terus kaku .

Kemudian , dia memegang sebilah Pedang yang dirampasnya . Selepas itu , digabungkannya Pedang tadi dengan Pedang - pedang yang dikawalnya sebentar tadi .

Pedang yang dipegang dan yang telah dicantumkannya tadi menjadi semakin menakutkan . " Tidaklah terlalu kuat akan tetapi , ia masih mampu untuk membunuh mereka ini semua . "


Sedar akan lawan mereka bukanlah Pahlawan yang sebarangan , Ketua - ketua Panglima Pahlawan Akham Nessela menyerang Permaisuri Fiirapi bertali - arus .

Serangan mereka pantas dan bersilih - ganti .


Namun begitu , Permaisuri Fiirapi tetap menerima segala serangan itu dengan tenang .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi bertahan di posisi mereka untuk menahan serangan Bebola Elemen Dyrad yang beraruskan Elektrik berwarna Merah , Kuning , Biru dan hitam .


Sheila Asyikin menyilangkan kedua belah tangannya di hadapannya manakala Siti Nursamawi pula menahan serangan itu dengan menghalakan kedua belah tangannya .


Bebola Elemen itu meletup melepaskan letusan tenaga yang kuat sehingga mencampakkan sesiapa sahaja yang berdekatan .


Tiba - tiba , Sheila Asyikin terpelanting ke udara kerana menerima tendangan Dyrad yang amat padu .


Dyrad terbang dengan pantas ke udara namun , dia terhempas ke tanah semula kerana ditendang oleh Siti Nursamawi dengan kuat .

Impak hentamannya itu terlalu kuat sehingga kawasan itu menjadi kawah dan mencampakkan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kawasan itu .


Siti Nursamawi memandang ke bawah dan kembali bersedia .

Namun , dia tiba - tiba sahaja terus tercampak ke udara kerana menahan serangan Bebola Tenaga Elemen yang dilancarkan oleh Dyrad .


Sheila Asyikin terdongak ke atas kerana Siti Nursamawi terus tercampak ke langit dengan tangannya masih lagi menahan Bebola Tenaga Elemen Dyrad .

Betul - betul lalu di hadapannya dengan kelajuan yang amat pantas .

Belum sempat dia hendak menyelamatkan Siti Nursamawi , tiba - tiba sahaja dia menerima serangan daripada Dyrad .

Dia dan Dyrad kembali bertarung di udara dengan kelajuan yang amat pantas .


Stephen Akio Kenzo bergandingan dengan seorang Ketua Panglima daripada kerajaan yang dipimpin oleh Raja Eleaind , Kerajaan Awana . Yang bernama Panglima Akos .


" Diorang ni memang Ketua - ketua Panglima yang masih setia dengan Akham Nessela . " Kata Panglima Akos selepas dia menghentakkan Tamengnya ke muka lawannya .


" Kerajaan diorang tak pernah kalah ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo selepas dia melemparkan Kunai Elemennya yang beraruskan Elektrik ke arah leher musuhnya .


" Diorang Kerajaan yang kuat . Kerajaaan Lagenos antara Kerajaan yang mampu untuk menyerang diorang . " Balas Panglima Akos dengan jelas . " Kerajaan lain seperti kerajaan tempat saya dilahirkan ni . Kitorang hanya mampu untuk bertahan dan hanya melakukan serangan - serangan yang kecil sebagai serangan balas . "


" Tapi sekarang ni , awak semua dah mampu untuk bertarung dengan diorang ni . " Kata Stephen Akio Kenzo .


Panglima Akos tersenyum selepas dia menikam dada lawannya dengan tanpa belas kasihan . " Itu pun selepas Kerajaan Lagenos setuju untuk melindungi dan memayungi kerajaan kitorang . Kerajaan Awana hanya kerajaan yang kecil . " Kerajaan lain , yang memiliki kekuatan yang lebih kurang sama dengan Kerajaan Lagenos masih lagi mengamalkan dasar menutup pintu . "

Dia menahan serangan musuh dan terus menghumbankan musuh itu ke arah Stephen Akio Kenzo .


Stephen Akio Kenzo pula dengan pantas menikam lawan yang dihumbankan kepadanya tadi dengan bertubi - tubi .


" Raja Pawana memang baik dan unik . Siapa sangka . Baginda dapat ubahkan Kerajaan Lagenos daripada sebuah kerajaan yang tidak memperdulikan kerajaan - kerajaan yang diserang walaupun kerajaan yang diserang itu berada di luar sempadan kerajaannya . " Kata Panglima Akos lalu mematahkan leher lawannya dengan garang dan ganas . " Kepada kerajaan yang sudi untuk menghulurkan bantuan dan melindungi . "


Stephen Akio Kenzo tersenyum tatkala mendengar bait dan kata - kata yang keluar daripada mulut Panglima Akos .


Selepas itu , Stephen Akio Kenzo dan Panglima Akos terdengar suara Aivira dan Muniandy yang tengah bergembira .


Aivira yang telah pun berada pada Mode Tempur Aexrieca melompat - lompat dan memijak - mijak bahu dan kepala musuh sambil mengeluarkan benang - benang Suteranya ke arah tubuh - tubuh lawan mereka dan terus mencampakkan mereka ke udara .


Muniandy pula memukul dan menyerang musuh - musuh yang dicampakkan oleh Aivira tadi .


Aivira dan Muniandy begitu garang dan menyerang musuh - musuh mereka dengan ganas sambil bersorak dan seperti sedang bergembira .


Avira mengangakan mulutnya yang unik lalu menghasilkan Bebola Elemennya .

Selepas itu , dilancarkannya ke arah musuh - musuh mereka .


" Kawan - kawan awak dah hilang akal nampaknya . " Kata Panglima Akos lalu tertawa kecil .


Stephen Akio Kenzo tersenyum lalu dia melenyapkan Kunai Elemennya dan menggantikannya dengan dua bilah Samurai Elemennya . " Saya akan bukakan jalan untuk awak . Kita akan bunuh diorang ni . "


" Baiklah . " Balas Pangima Akos dengan jelas .


Selepas itu , Stephen Akio Kenzo menyerang musuh - musuh mereka dengan pantas dan ganas .

Terlalu pantas sehingga sukar untuk dihalang oleh musuh .


Keadaan itu telah menyebabkan Panglima Akos kagum .


Tiba - tiba , dalam keadaan yang berkecamuk itu , makhluk berupa Tumbuhan Flora yang pelik dan menakutkan muncul dan terus sahaja menyerang Pasukan DiRaja .

Makhluk yang berelemenkan tumbuhan itu setinggi bangunan tiga tingkat . Kelihatan menggerunkan dengan mata yang berwarna Merah Kehitaman dengan mulut yang mengalirkan lendir yang melekit dan menjijikkan .

Ramai pasukan DiRaja yang terkorban akibat serangan makhluk yang dijelmakan oleh musuh itu .


Keadaan itu telah menyebabkan keadaan dan suasana perang semakin berkecamuk dan huru - hara serta gegak - gempita .


Maera dan Naera , bersama anggota pasukan mereka yang lain , dengan segera menjarakkan diri mereka daripada Mahkluk Flora yang dijelmakan oleh pasukan musuh .


Maera dan Naera memandang dan merenung ke arah Makhluk Flora itu dengan senyuman .


Tanpa berlengah , Maera dan Naera dengan pantas melompat ke udara dan setibanya mereka di permukaan , tumbukan berselimutkan corak cahaya berjalur yang memancarkan cahaya berwarna Kuning , Hijau Ungu , dan Jingga dilepaskan dengan kuat dan padu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzahirah memegang buah kalungnya yang menyimpankan Tenaga Elemen Ahmadi .


" Kenapa ? " Tanya Rissa lalu memegang bahu Nurzahirah dengan lembut . " Cik Muda tak apa - apa ? "


Nurzahirah hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya .


Siti Aisyah yang perasan akan perubahan tingkah dan laku Nurzahirah itu perlahan - lahan menghampiri Nurzahirah dan Rissa sambil dia melenyapkan Busur Elemennya .

Lalu , dia mengesat wajahnya yang diselimuti peluh . " Rara tak apa - apa ke ni ? "


Nurzahirah mengeluh dengan perlahan . " Pakcik gunakan Tenaga Elemen dia dengan banyak . Maksud Rara . Pakcik tengah gunakan seluruh Tenaga Elemen dia . "

" Mana Rara tahu ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze pula . Dia duduk di sebelah Nurzahirah lalu melenyapkan Wandnya .


Nurzahirah melepaskan genggamannya pada buah kalungnya . Buah Kalungnya itu memancarkan cahaya berwarna Biru yang amat terang . " Cahaya Biru ni milik Pakcik . Pakcik pernah cakap . Kalau Cahaya Elemen Pakcik ni jadi terang . Maksudnya Pakcik tengah berlatih . Tapi , sekarang ni . Kita dah berperang . Mesti Pakcik betul - betul dah gunakan Tenaga Elemen dia ke tahap yang sebenarnya . "


Burano dan rakan - rakannya yang perasan akan reaksi perbualan itu perlahan - lahan menghampiri .


" Jujur Rara cakap . Rara boleh je keluar dari tempat ni sebab , Rara boleh kesan Tenaga Elemen Pakcik dengan menggunakan Tenaga Elemen Pakcik yang ada dalam buah kalung ni . " Kata Nurzahirah dengan jelas dan tenang . " Tapi Rara tak boleh buat macam tu sebab , nanti musuh Pakcik dapat tahu kehadiran Rara kat dunia ni . "


" Apa maksud Cik Muda ? " Tanya Rissa dengan lembut .


" Keluarga saya telah terpisah dengan saya sejak daripada saya kecil lagi . Ummi Mai cakap . Sejak daripada itulah , Pakcik sentiasa jaga saya . " Jawab Nurzahirah dengah jelas lalu memandang ke arah wajah Rissa dan kemudian ke arah semua yang berada di situ . " Setelah datang ke sini . Semua kitorang dah tahu , keluarga saya dah diculik oleh makhluk dari dunia ni . Hanya disebabkan untuk mendapatkan kekuatan daripada kekuatan Teknik Psikik saya dan adik kembar saya yang terlalu kuat . "


" Tapi , kenapa musuh nakkan Tenaga Psikik Cik Muda ? " Tanya Larrow dengan jelas .


" Itu susah nak cakap . Tapi , masa kitorang nak dapatkan semula Tenaga Psikik Cik Muda Rara hari tu , musuh memang ada cakap . Diorang yang pisahkan Cik Muda Rara dengan keluarga dia . " Jawab Rissa dengan tenang .


" Tenaga Psikik Rara terlalu kuat . Sebab tu musuh nak . " Jawab Mandy Chong Wei Tze . " Mesti musuh nak gunakan untuk tingkatkan kekuatan diorang . "


Nurzahirah mengeluh lalu dia membukakan kunci Banshee Psikik miliknya dan adiknya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pasukan Kegelapan yang diperangi oleh Pasukan DiRaja yang diketuai oleh Fateh mula berundur sedikit demi sedikit .


" Pasukan musuh dan berundur ! Kuatkan lagi serangan ! " Teriak Fateh dengan lantang .


Anggota Pasukan DiRaja dengan pantas menggandakan serangan mereka .

Semangat mereka membara kerana melihat sedikit demi sedikit musuh mula melarikan diri dan melenyapkan diri mereka .


Beberapa lama kemudian , Pasukan DiRaja bersorak dengan lantang kerana memenangi pertempuran .


Fateh saling tersenyum sambil memandang ke arah Ikhwan dan Khalid .

Kemudian , dia membuangkan pandangannya ke arah medan pertempuran yang masih panas dan segar .


Mayat bergelimpangan di sana sini .


Hose dengan pantas bertemu dengan Fateh . " Tuan . Ramai daripada kalangan kita yang tercedera dan ada juga yang terkorban . " Kata Hose dengan jelas .


Fateh menganggukkan kepalanya . " Ya . Saya nampak . "


Kelihatan Kucina dan Witchie seperti sedang memperkatakan sesuatu kepada Latiri .

Daripada riak wajah mereka , perbualan itu seperti sesuatu yang amat penting .


" Saya rasa , awak semua tahu apa yang nak dilakukan dengan semua rakan kita yang dah tercedera dan yang telah terkorban ni . " Kata Ikhwan dengan jelas dan tenang . " Tapi semua mayat musuh ni . Korang nak buat apa ? "


" Rakan - rakan kita yang berelemenkan Tanah dan Air akan uruskan semua mayat musuh ni . " Balas Damgo dengan jelas .


" Kita kena atur strategi awal . Untuk langkah persediaan . " Kata Khalid dengan jelas . " Manalah tahu nanti , pihak musuh akan cuba lakukan serangan balas . "


" Saya setuju . Tapi sebelum tu . Hantarkan laporan kepada Sheila . " Kata Fateh dengan jelas lalu memukul bahu Yasha . " Pergi laporkan kemenangan ni kat Sheila . "


Baru sahaja Yasha hendak menghubungi Sheila Asyikin , niatnya itu terhenti oleh kerana suara Latiri .


" Tuan Fateh , saya dan semua rakan saya kena pergi ke Dataran Lembah Pemisah . Pasukan DiRaja telah bertarung dengan Pasukan Akham Nessela . " Kata Latiri dengan jelas .


" Siapa yang cakap kat awak ? " Tanya Yasha .


" Kitorang hubungi Putih tadi . Putih pun segera arahkan pasukan kita untuk terus pergi ke sana . " Celah Kucina dengan jelas . " Dengan Tatsumaki sekali . "


" Didie dengan yang lain ? " Tanya Fateh .


" Tuan Didie dah bertarung dengan Akham Nessela . Cik Sheila dan Cik Siti pula , dengan salah seorang Ketua Panglima DiRaja Akham Nessela , Dyrad . " Sampuk Witchie dengan jelas dan tenang . " Para Raja pun telah dah mencemar duli . "


Khalid dengan agak pantas memukul bahu Fateh . " Kita rancang strategi kat bahagian sini . Lepas tu , kita pergi tolong kat sana . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Cahaya berwarna Hijau , Kuning , Jingga dan Ungu terpancar daripada rekahan tanah yang merekah akibat daripada kemunculan Makhluk Flora yang dijelmakan oleh musuh tadi .

Selepas itu , tujuh Humanoid Flora dan tujuh Humanoid Fauna bersaiz dua kali ganda daripada saiz Manusia muncul daripada rekahan tanah dan terus sahaja menyerang Makhluk Flora itu .


Maera dan Naera tersenyum lalu mereka berdua perlahan - lahan berdiri sambil tubuh mereka disaluti dengan kepingan - kepingan Elemen Fauna untuk Maera manakala Elemen Flora pula untuk Naera .

Selepas itu , mereka berdua dengan pantas melompat ke udara sambil memegang erat senjata mereka .

Letupan Elemen terhasil sebaik sahaja mereka menjunam ke permukaan .

Sejurus selepas itu pula , satu Makhluk Elemen gabungan Flora dan Fauna keluar daripada tanah dan terus sahaja menyerang anggota Pasukan Kegelapan .


Makhluk berelemenkan tumbuhan yang dijelmakan oleh Maera dan Naera itu juga setinggi bangunan tiga tingkat .

Mata yang memancarkan cahaya yang berwara Hijau , Kuning , Ungu dan Jingga .


Aivira dengan riang gembira melompat ke udara dengan suara Hybridnya bersorak dan melolong . " Kita tendang punggung diorang ! ! ! "

Satu letusan tenaga terhasil sebaik sahaja dia mendarat . Seekor Labah - labah gergasi dan beberapa ekor bersaizkan Harimau muncul dan terus sahaja menyerang musuh .

Dia berdiri di atas kepala Labah - labah gergasi itu sambil melontarkan Lembing - lembing Suteranya yang beracun ke arah musuh .


Aqilah dengan segera melompat ke udara sambil menyahut laungan Aivira dan sebaik sahaja dia mendarat di atas belakang Labah - labah gergasi itu , dia dengan pantas melibas - libaskan Pedangnya untuk menghasilkan Libasan Pedang Elemen .


Permaisuri Fiirapi berlari dengan pantas ke arah kawasan pertempuran sambil meningkatkan Tenaga Dalamannya .

Tubuhnya diselimuti dengan cahaya yang berwarna Ungu dan Indigo yang mengalirkan arus Elektrik .

Semasa dia berlari itu , arus Elektrik yang mengalir di tubuhnya dengan pantas menjelma menjadi seekor Puma betina yang agak besar .

Sambil mengeluarkan Senjatanya . Sebilah Pedang Lurus yang agak besar yang diperbuat daripada Berlian Ungu bersalutkan Emas dan dihiasi dengan sembilan biji Mutiara yang berlainan warna , dia melompat ke Puma belaannya dan terus menyerang ke arah musuh dengan garang .


Ahmadi berputar dan terus menendang Akham Nessela dengan padu dan selepas itu , dia menyerang Akham Nessela dengan menggunakan Libasan Air dan Ais .


Terseret Akham Nessela kerana menahan serangan Ahmadi . Matanya tajam merenung Ahmadi . " Dengan kekuatan pasukan kau . Kau takkan dapat tewaskan pasukan aku ! "


" Jumlah pasukan kau memang ramai ! Tapi aku tengok ! Pasukan kau macam orang bodoh ! " balas Ahmadi dengan nafasnya yang kemengahan . " Dengan jumlah macam ni pun , macam susah betul pasukan kau nak kalahkan pasukan aku ! "


Panas telinga Akham Nessela mendengar balasan Ahmadi . Dengan pantas dia menyerang Ahmadi dengan semahunya .


Ahmadi yang tidak sempat mengelak terperanjat . Kedua belah tangan dan kakinya dipegang oleh tangan - tangan daripada makhluk - makhluk yang menjijikkan yang keluar daripada tanah .

Cahaya dan corak berjalur yang menakutkan terpancar disekitar tempat dia berdiri .

Kemudian , Akham Nessela menyerangnya dari segenap arah dengan Serangan Elemen .


Akham Nessela menyudahkan Serangan Elemennya dengan menghasilkan Bebola Tenaga yang berwarna Merah Kehitaman .
Betul - betul di hadapan perut Ahmadi .

Selepas itu , dia melibaskan Pedangnya dengan sekuat hatinya pada Bebola Tenaga yang dihasilkannya .

Serangannya penyudahnya itu telah menghasilkan Letupan Elemen yang amat kuat sehingga menarik perhatian Aivira , Aqilah , Maera dan Naera yang bertarung di dari kawasan yang agak tinggi .


Putih juga dengan pantas mengalihkan perhatiannya ke bawah.


Ahmadi berdiri dengan menyilangkan ke dua belah tangannya . Tubuhnya berasap . Kepingan - kepingan ais jatuh daripada tubuhnya . Dia kemengahan .


" Aku bencikan lapisan ais bodoh kau tu . " Kata Akham Nessela dengan nada geramannya .


Ahmadi tersenyum . Riak wajahnya jelas menunjukkan dia telah pun amat keletihan . " Ye ke ? Tapi . Aku memang sukakannya . "


Gegaran yang dihasilkan oleh dua gergasi yang dijelmakan oleh Pasukan DiRaja dan Pasukan Kegelapan telah menyebabkan kawasan itu seperti dilanda gempa bumi .

Kini , kedua - dua anggota pasukan mula memanfaatkan dua gergasi elemen itu dengan bertarung di atas dahan - dahannya .


Aivira , Aqilah , Maera dan Naera kini telah pun menjadi sasaran . Keunikkan mereka telah pun menjadi kebimbangan terhadap pihak musuh .

Namun begitu , ia bukanlah menjadi satu halangan bagi Aivira dan Aqilah yang merupakan Pahlawan Hybrid Puak Aexrieca dan juga Maera dan Naera yang merupakan Pahlawan Elemen Flora dan Fauna .


Begitu juga halnya dengan Adam dan Siti Hawa . Bakat kepahlawan mereka juga telah menimbulkan kerisauan kepada musuh .

Telah ramai musuh yang mencium tanah disebabkan serangan mereka .


Muniandy dan Ratni juga telah menjadi tumpuan . Serangan mereka terlalu pantas untuk dielak .


Stephen Akio Kenzo yang buas menerkam musuh semakin dihujani dengan serangan dari segenap arah .


Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea telah pun berganding bahu dengan Ratu Jeullbea dan Permaisuri Fiirapi .


" Tuanku Fiirapi . Ketangkasan Putera dan Puteri Tuanku bukanlah sebarangan . Bakat pertempuran mereka telah memperlihatkan akan taraf dan tahap kepahlawanan mereka . " Kata Ratu Jeullbea dengan jelas . " Kenalan mereka juga amat mahir dalam pertempuran ini . "


" Beta juga sedikit terperanjat melihat bakat pertempuran mereka . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut .


" Siapakah sedarah dan sedaging dengan Putera Pawana ? " Tanya Ratu Jeullbea lagi .


" Puteri yang beta bawa sewaktu perbincangan itulah , sedarah dan sedaging dengan Putera Pawana . Beta memanggilnya , Puteri Salju . " Jawab Permaisuri Fiirapi . " Yang menjadi teman kepada Puteri Pawaka itu pula , beta memanggilnya Puteri Semarak Api . "

Dia yang sedang menunggang Puma belaannya kelihatan garang membelah dan melibas musuhnya . " Kenalan kepada Puteri Salju . Kekanda kepada Puteri Semarak Api , beta akan menggelarkannya . Puteri Cahaya dan seorang lagi , beta akan menggelarkannya . Puteri Seri Pagi . "

Dia kemudiannya melibaskan Pedangnya lalu , letupan Libasan Elemen terhasil . " Berpayungnya kerajaan Tuanku Jeullbea dan Raja - raja sekalian dia bawah pemerintah Kerajaan Lagenos . Melalui beta . Yang Maha Pemurah telah mengurniakan mereka ini semua kepada kita . "

Kemudian , dia mempelawa Ratu Jeullbea untuk menunggang bersama .


Ratu Jeullbea tersenyum selepas dia memenggal kepala musuhnya dengan hanya sekali tetak . " Oleh itu . Kita tak boleh biarkan si Celaka Akham Nessela merampasnya daripada kita . "

Dengan lembut dia menunggang di belakang Permaisuri Fiirapi .

Kemudian , mereka bersama - sama memerangi musuh .


Siti Khumairah mengajak Siti Nurjannah dan Hagia Sofea untuk mengekori Permaisuri Fiirapi .

Kemudian , mereka bertiga berlari sambil tubuh mereka diselubungi dengan pancaran Warna Elemen mereka bertiga .

Sambil mereka berlari , laluan mereka bertiga diterangi dengan corak berjalur yang abtrak bercorakkan gabungan Elemen Psikik dan Elemen Warna dan Cahaya mereka .

Selepas itu , tiga ekor Harimau Betina yang saiznya serupa seperti Puma Permaisuri Fiirapi keluar daripada tanah dan mereka bertiga terus sahaja melompat dan menunggangnya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Pastikan keadaan kat sini dan keadaan kat kawasan - kawasan Istana dalam keadaan yang terkawal . " Kata Fateh memberikan arahannya . Nadanya jelas dan tenang . " Saya tak nak . Semua pemimpin tu balik nanti . Ada yang tak kena . "


" Baiklah . " Sahut salah seorang Ketua Panglima Kerajaan Eleaind . " Panglima bertiga jaga diri . Kita akan bertemu lagi . "


Fateh tersenyum lalu dia menepuk bahu Ketua Panglima DiRaja Kerajaan Eleaind itu .

Selepas itu , dia menunggang Kudanya . " Kitorang pergi dulu . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Ramainya kawan . " Kata Banshee Psikik Nurzahirah dengan riang .

Mata ' tersenyumnya ' yang terpejam semakin manis dilihat bersulamkan dengan senyumannya . "


" Ini siapa ? " Tanya Larrow dengan sedikit rasa gugup .


" Ini Banshee Psikik saya . " Balas Nurzahirah dengan jelas dan tenang . " Saya masih tak tahu macam mana nak gunakannya tapi apa yang saya pasti . Banshee ni memang kuat . "


Banshee Psikik Nurzahirah melayang ke udara dan kemudian , terhenti . Dia memerhatikan kawasan sekitar .

Kemudian . Dia kembali ke arah Nurzahirah . " Dalam taman ni . Ada Tenaga Semula Jadi . "


Nurzahirah menganggukkan kepalanya lalu membuangkan pandangannya ke arah sebatang pokok yang berdaun sangat lebat . " Hara . Mari dekat kakak . "


Perlahan - lahan Banshee Psikik Nurzaharah keluar daripada celahan daun yang lebat dengan reaksi wajah yang mati .

Dia kemudiannya memandang ke arah Nurzahirah . " Pokok lebat . Cantik . Bunga takde . Tak cantik . "

Selepas itu , dia melayang turun dan terus duduk di dalam pangkuan Nurzahirah .


" Yang ni , Banshee Psikik adik saya . " Kata Nurzahirah lalu memeluk Banshee Psikik Nurzaharah dengan lembut . " Sekarang ni , saya yang jaga Banshee ni sebelum kitorang dapat selamat keluarga saya . "


" Akak ingat lagi . Masa Rara gunakan Teknik Banshee ni . Memang menakutkan betul . Dah macam hantu akak dan yang lain - lain rasa . " Kata Siti Aisyah dengan jelas . " Teknik Psikik yang macam mana tu ? "


" Entahlah Kak . Rara pun tak tahu macam mana nak cakap . " Balas Nurzahirah . " Teknik tu tiba - tiba je Rara dapat lakukan . "


Banshee Psikik Nurzahirah menghasilkan beberapa ekor Burung Merpati . Menggunakan Elemen Psikik Fizikal . Persis Burung Merpati biasa . Akan tetapi . Diselubungi dengan Lembayung Psikik .

Satu lagi Teknik Psikik Fizikal milik Nurzahirah yang mana , Nurzahirah sendiri belum tahu untuk menggunakannya .


Manakala Banshee Psikik Nurzaharah pula . Telah tertidur di dalam pelukan Nurzahirah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi menampar pipi kanan dan kiri Akham Nessela berkali - kali sebelum ditamparnya muka Akham Nessela dengan kuat .

Selepas itu , dilututnya pula perut Akham Nessela sebelum dihadiahkannya Akham Nessela dengan Bebola Elemen Salji .


Akham Nessela terseret ke belakang sebaik sahaja terkena serangan Ahmadi .

Badannya diselaputi ais dan berhawa dingin .
Hatinya semakin panas kerana diserang dengan cara yang agak kebudak - budakkan .


Ahmadi terlutut ke tanah sambil memegang Pedangnya .
Dia semakin kemengahan dan pandangannya juga semakin kabur .

Keadaan itu telah mengganggu fikirannya . Namun , dia harus memastikan serangannya pada Akham Nessela berjaya .


Akham Nessela menggengggam senjatanya dengan erat . Kemudian , dia dengan pantas berlari ke arah Ahmadi .

Dia melompat ke udara dan terus menjunam untuk menetak Ahmadi .


Ahmadi dengan pantas berguling ke belakang dan terus bersedia .


Tetakan Akham Nessela tersasar dan telah menghasilkan satu letusan tenaga yang agak besar .


Ahmadi dengan segera memanfaatkan keadaan itu dengan menemukan kedua belah tapak tangannya dengan pantas .

Kemudian , akar - akar Ais menjalar dan menahan Pedang besar Akham Nessela .


Akham Nessela dengan pantas melepaskan senjatanya dan melompat ke udara namun , akar - akar Ais tadi dengan pantas menjalar , mengikat dan berlilit pada ke dua belah tangan , kedua belah kaki dan badannya .


Selepas itu , Ahmadi dengan pantas menggenggam dan menemukan pula ke dua belah penumbuknya .

Satu corak berjalur gabungan Elemen Angin , Ais dan Air terbentuk dan bersinar pada kawasan sekitar dirinyanya dan Akham Nessela .

Serentak dengan itu juga . Empat Pahlawan gabungan Elemen tadi muncul pada bahagian kiri , kanan , depan dan belakang Akham Nessela .

Pahlawan Elemen gabungan Elemen tadi masing - masing memegang Dagger yang melengkung ke arah belakang dan telah pun berada dalam keadaan yang bersedia untuk menyerang .


Akham Nessela menjerit sambil melepaskan Tenaga Elemennya untuk melepaskannya daripada serangan Ahmadi .


Keadaan itu telah menarik perhatian perhatian semua Pahlawan daripada ke dua - dua belah pihak .


Tidak mahu musuhnya terlepas . Ahmadi dengan segera menghayunkan tangan kanannya ke atas lalu , beberapa pancutan air yang berputar dan satu hembusan Kabus Salji terhasil dan menyelubungi Akham Nessela .

Hembusan yang dingin itu telah pantas menyebabkan Akham Nessela diselimuti dengan salji dan ais .

Selepas itu , dipukulnya bahagian atas lengan kanannya dengan kuat sehingga memancarkan cahaya berwarna Biru , Biru Muda dan Putih .

Kemudian . Sebaik sahaja dia melibaskan tangan kirinya yang diiringi dengan Cahaya Elemennya , sembilan jenis Keris berelemenkan Angin yang bercahayakan cahaya Elemennya meluru ke arah Akham Nessela dengan pantas .

Sembilan jenis Keris Elemen Angin tadi menyerang tubuh Akham Nessela dari pelbagai arah .

Daripada setiap sembilan hirisan Keris Elemen Angin itu , telah menyebabkan Ais yang membungkus Akham Nessela hancur berkeping - keping .

Terutamanya pada bahagian sendi - sendi tubuh Akham Nessela dan bahagian dada Akham Nessela .

Sebagai penyudah kepada serangannya . Dia berlari sambil menjelmakan senjatanya . Senjatanya yang sebenar .


Akham Nessela semakin meningkatkan kekuatan Tenaga Elemennya sebaik sahaja dia terlihat akan senjata yang dijelmakan oleh Ahmadi .

Tindakannya itu telah menyebabkan perhatian Dyrad yang sedang bertarung dengan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi terganggu .


Ahmadi dengan pantas melibaskan senjatanya pada tubuh Akham Nessela dengan pantas dan kuat .

Libasan pertama bersulamkan cecair yang berwarna Hijau . Libasan kedua pula bersalutkan cecair berwarna Biru . Libasan ketiga pula disertai dengan cecair berwarna Merah dan libasan keempat pula diselimuti dengan Putih .

Sebaik sahaja dia menyudahkan serangannya . Dia dengan pantas melompat ke belakang .

Sejurus selepas itu , empat Pahlawan Gabungan Elemennya tadi melibaskan senjata mereka yang disertakan dengan serangan elemennya .


Selepas itu , empat letupan Elemen Ais , Angin dan Air terhasil dengan kuat .


Ahmadi terguling - gulling dan kemudian , dia terlentang dalam keadaan yang agak lemah . Senjatanya dijelmakannya tadi lenyap .

Dia semakin kemengahan . Badannya mula menggigil - gigil . Perlahan - lahan dia bangun semula namun , dia terlutut dipermukaan tanah sambil memandang ke arah Akham Nessela .

Pandangannya menjadi semakin kabur . " Serangan aku berjaya . "


Akham Nessela berdiri dalam keadaan yang lemah . Tubuh badannya mengigil dan terketar - ketar .

Terutama pada bahagian sendi dan bahagian dada kirinya . Nafasnya menjadi berat .

Tidak mahu terbelenggu dengan keadaan itu , dia menjerit dan dengan pantas berlari ke arah Ahmadi sambil memegang senjatanya dengan erat .


" Si bodoh ni . Boleh lagi dia berlari . " Bisik hati Ahmadi dengan perlahan sebaik sahaja dia melihat Akham Nessela meluru ke arahnya . " Takkan badan dia ni daripada besi . "


Akham Nessela menetak Ahmadi dengan kuat namun , Ahmadi berjaya menahan bilah Pedangnya .


Ahmadi sempat menyelimutkan tangannya dengan ais untuk menahan tetakan Akham Nessela dengan menahan bilah Pedang Akham Nessela dengan menggunakan kedua belah tangan yang disilangkannya .

Dalam keadaan sedemikian , dia menjelmakan Bilah Aisnya daripada lengannya .

Dia yang dalam keadaan terlutut itu semakin kelelahan .


Dalam keadaan yang terdesak , Ahmadi dan Akham Nessela masing - masing meningkatkan kekuatan tenaga mereka .


Dyrad dengan pantas mengelak serangan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi lalu , dia melompat ke udara dan terbang ke arah Akham Nessela .

Beberapa Ketua Panglima bawah arahannya dengan pantas mengekorinya .


Melihat keadaan itu , Sheila Asyikin dengan pantas mengarahkan semua rakannya untuk pergi ke kawasan pertarungan Ahmadi dan Akham Nessela .


Mendapat arahan itu , Aivira dan rakan - rakannya . Termasuklah Aqilah , Panglima Malein dan Vanessa Valarie dengan pantas menuju ke arah yang diarahkan .


Permaisuri Fiirapi juga dengan pantas mengajak rakan - rakan sejawatannya untuk turut serta .


Ahmadi dan Akham Nessela semakin terdesak untuk mendapatkan kemenangan .

Darah telah pun mengalir daripada mulut , mata dan telinga dan hidung mereka .


Ahmadi mengeluarkan seluruh tenaganya yang masih lagi bersisa .

Mata bilah Pedang Akham Nessela telah pun dapat mencederakan bahu kanannya .


Melihat keadaan itu , Akham Nessela berteriak sambil mengeluarkan seluruh tenaganya .


Membesar mata Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tatkala melihat bahu kanan Ahmadi telah pun berlumuran darah .

Mereka berdua dengan pantas berlari untuk membantu Ahmadi namun terhenti kerana dihalang oleh Dyrad .


Stephen Akio Kenzo dan Panglima Malein terundur kerana mendapat tentangan daripada Ketua Panglima Kegelapan .


Rakan - rakan Ahmadi yang lain juga mendapat tentangan yang hebat .


Permaisuri Fiirapi dan semua rakannya juga turut terhenti kerana mereka juga dihalang oleh Ketua Panglima Kegelapan .


Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea juga turut mendapat tentangan yang serupa .


Akham Nessela menguatkan tekanan pada Pedangnya walaupun Bilah Ais Ahmadi telah pun berada pada lehernya .


Dinding Tanah dihasilkan oleh Ketua Panglima Kegelapan namun , dinding itu dimusnahkan oleh Muniandy .


Ahmadi semakin lemah . Tenaganya semakin kurang . Pandangannya semakin lama semakin kabur .

Dia memejamkan matanya dengan kuat . Tanah di sekitar tempat dia bertahan merekah akibat menahan serangan Akham Nessela .


Dengan kekuatan dan tenaga yang masih berbaki , Akham Nessela dengan kuat menyerang wajah Ahmadi dengan lututnya .

Walaupun bahagian sendi tubuh dan bahagian dada kirinya mula terasa sejuk dan dingin . Dan walaupun tubuhnya mula terasa panas dan hangat .

Dia tetap dapat tersenyum kerana melihat Ahmadi yang telah lemah tidak berdaya .


Ahmadi terhempas ke tanah dan terlentang . Dia memuntahkan darah yang segar .

Dadanya berombak mengalirkan nafasnya yang turun dan naik dengan keras dan berat . Matanya sedikit terpejam .


Akham Nessela dengan segera mendapatkan Ahmadi lalu mengangkatkan senjatanya untuk menetak Ahmadi .

Kegembiran dengan pantas memeluk badan dan perasaannya .

Dia tertawa terbahak - bahak bersama senyumannya yang lebar dan menakutkan .


Dyrad yang menghalang Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi perasan akan kemenangan yang bakal dikecapi , dengan pantas terbang ke arah Akham Nessela .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi pula terus sahaja dicengkam oleh kebimbangan sebaik sahaja melihat keadaan yang dialami oleh Ahmadi .

Kesedihan mula bercambah pada perasaan mereka dan terus tumbuh subur sehingga memenuhi ruang mata mereka .


Aivira dan semua rakannya juga dengan pantas mengalahkan musuh dan terus meluru ke arah Ahmadi .


Siti Khumairah pula yang turut menyaksikan keadan yang dihadapi oleh Ahmadi itu dengan pantas berlari untuk menyelamatkan Ahmadi .

Air matanya mula terbit pada tebing matanya namun , wajahnya tetap kelihatan garang .

Turut berada di sisinya ialah Permaisuri Fiirapi .


Akham Nessela yang tertawa terbahak - bahak kerana bakal merelisasikan kemenangannya , mula menghayunkan Pedang Besarnya .

Tiba - tiba , tindakannya itu seperti teragak - agak dan kemudian terhenti .

Matanya terlekat pada bibir Ahmadi yang separuh tersenyum .

Kemudian , matanya ditarik oleh cahaya malap yang terpancar daripada corak berjalur abstrak yang muncul pada lengan kanan Ahmadi .

Sejurus selepas itu , barulah kesakitan yang dialaminya pada setiap sendi tubuh badannya dan bahagian kiri dadanya semakin dapat dirasakannya .

Kehangatan pada seluruh badannya juga semakin terasa . Kesakitan yang dirasakannya itu telah memaksanya untuk melepaskan senjatanya .


Dyrad yang semakin hampir ke tempat pertarungan Akham Nessela dan Ahmadi turut dipeluk oleh kehairanan .

Perasan tidak sedap mula memijak hatinya .


Ahmadi melenyapkan dirinya dan muncul semula di arah depan Permaisuri Fiirapi .

Oleh kerana telah lemah , dia tidak mampu untuk berdiri , dia terjatuh ke belakang namun , sempat disambut dan dipeluk oleh Permaisuri Fiirapi .


Permaisuri Fiirapi yang perasan akan corak berjalur abstrak pada lengan kanan Ahmadi itu dengan pantas menghalakan tangan kanan Ahmadi ke arah Akham Nessela .

Dia tahu akan maksud corak berjalur abstrak itu . Ia adalah satu corak serangan gabungan elemen .


Ahmadi dengan sedaya upayanya , menggengam tangan kanannya untuk mengaktifkan serangan yang dilancarkannya sejak awal pertarungannya dengan Akham Nessela .

Kecederaan yang dialami pada bahu kanannya dan dengan tenaganya yang semakin lemah , telah menyukarkannya untuk melancarkan serangannya itu .


Akham Nessela menjerit dengan kuat kerana menahan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian seluruh tubuh badanya dan pada bahagian dada kirinya . " Celaka kau Didie ! "


Belum sempat Dyrad dan beberapa Ketua Panglima yang di bawah arahannya mendapatkan Akham Nessela .

Mereka semua terperanjat kerana menyaksikan kejadian yang menimpa pada Akham Nessela .


Dengan mata yang layu . Mulut yang berlumuran darah . Dengan kesakitan yang mengunyah setiap tubuh badan Ahmadi .
Bibirnya separuh tersenyum kerana dia berjaya menggengamkan tangan kanannya.


Pada ketika itulah , semua yang berada di situ menyaksikan apa yang berlaku pada Akham Nessela .


Pada bahagian kedua belah bahu dan siku serta lutut kiri Akham Nessela meletup dan memancarkan cahaya berwarna Biru , Biru Muda dan Putih .

Selepas itu , Akham Nessela terjatuh ke tanah namun sempat disambut oleh salah seorang Ketua Panglima Kegelapan .


Selepas itu , Dyrad dengan pantas mengarahkan seluruh anggota pasukannya berundur .


Dalam sekelip mata , suasana kawasan pertarungan menjadi sedikit kebingungan kerana hanya Pasukan DiRaja sahaja yang berada di situ .

Dan Makhluk Elemen Flora yang dijelmakan oleh musuh . Itupun , tiba - tiba sahaja mengecut dan menjadi kering .


Dalam keadaan yang agak mengelirukan itu , sekali lagi mereka dikejutkan .

Kali ini , dengan keadaan yang dialami oleh Ahmadi .


Ahmadi telah kaku di dalam pangkuan Permaisuri Fiirapi . Hembusan nafasnya menjadi lemah . Matanya terpejam rapat dengan darah yang mengalir keluar daripada mulut , mata , telinga dan hidungnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience