Part90

Romance Completed 40494

"Bib! Bib!".

Talifon bimbit Zie berbunyi, tetera nama Z.

"Sayang kau dekat mana?"

Tanya Z.

"Aku ada rumah Yana... kenapa?".

"Aku ada kerja penting di Singapore. Aku kena bertolak hari ini juga, ada kerja yang aku kena uruskan dekat sana. Jomm ikut aku, nak?".

Ajak Z.

"Ok tak pe Z, lagi 10 minit aku sampai rumah".

"Ok sayang aku tunggu kau".

Zie memutuskan talian dan meminta izin kepada Yana dan Lin. Untuk bergerak balik dulu.

"Hati hati memandu ye Zie".

Kata Yana, Zie tersenyum dan berlalu pulang kerumah. Kerana Z sedang menanti. Sampai rumah, Zie dapati Z sudah menyiapkan bag pakaiannya.

"Sayang, apa yang emergency sangat ni?".

Tanya Zie, sambil berkerut dahinya.

"Ada hal kerja di Singapore lah sayang. Jom ikut aku?".

Ajak Z.

"Alahhhh Z, bukan aku tak nak ikut. Nanti aku boringlah dekat sana".

Zie menolak ajakan Z.

"Kau pergi je lah".

Kata Zie Lagi.

"Ok lah sayang. Aku tak boleh lambat ni. Nanti aku tak ada kau jaga diri ye? jangan nak shopping je"

Kata Z dan Zie hanya tersenyum menyeringai.

"Kau pun sama Z. Sampai sana, jangan nak nakal nakal. Ingat aku selalu. Jangan nak main cinta pulak dengan orang sana".

Pesan Zie kepada Z. Membuatkan Z tergelak.

"Heiii, Apa lah kau ni. Suka cakap macam tu. Aku sayang kau sorang je". kata Z sambil merangkul dan mengucup pipi Zie.

"Buat apa aku nak cari orang lain... Kau dah cukup sempurna buat aku. Kau cantik, kau seksi, kau comel, kau manja dan banyak lagi".

Z mengesekkan pula hidungnya kepada Zie. Zie terseyum malu.

"Itu yang aku tergila gila kan kau dari dulu.
Kau percayakan aku ke sayang". Tanya Z lagi.

"Ye sayang aku percaya kau. Cuma aku nak kau Hati hati memandu ya. Jangan laju laju... Sampai sane call aku ye sayang?".

Z merenung Z. Tak sampai rasanya hati Z untuk meninggalkan Zie keseorangan.

"Zie, kalau kau takut duduk sorang sorang kau pergi rumah IBu ye... Aku risaulah kau tinggal sorang sorang".

"Sayang, aku ok lah. Selama ni kau pergi mana mana kerja luar, aku ok je... Kalau aku bosan nanti aku lepak dengan Su dengan Dee boleh ke?"
kata Zie kepada Z.

"Hurmmmm, boleh. Tapi jangan balik lambat sangat tau. Bahaya malam malam balik. Ramai orang jahat". kata Z.

Zie tersenyum melihat Z yang banyak sangat cakap tengahari ni.

"Z, aku lupa nak tanya. Kau disana berapa hari?
jangan lama lama ye sayang, nanti aku rindu kau".

"Hurmmmm, ni yang lemah nak pergi".

Kata Z sambil tersenyum memandang Zie, yang membuat muka manjanya.

"Janganlah bagi aku serba salah nak tinggalkan kau".

kata Z lagi. Sambil memeluk kembali Zie. Zie juga membalas pelukan Z.

"Aku pergi kali ni lama sikit tau Zie. Dalam 4 atau 5 hari. Kali ni aku betul banyak sangat kerja. Sakit kepala aku ni... Itu yang aku nak ajak kau sekali, Jom lahhh Zie? Temankan aku".

"Wahhh, lamanya selalu 1 atau 2 hari je. Kenapa lama sangat sayang?".

Zie mengerutkan dahinya. Bila Z kata dia akan lama diSingapore nanti.

"Aku tak nak ikut lah Z... Lagi lama kau kat sana, Bertambah bosan aku duduk sorang sorang. Nanti aku lepak sana, orang kacau kacau aku, kau buat muka pula. Hurmmm malas aku.
Jalan sorang sorang, makan sorang sorang. Nak dekat malam baru kau balik. Aku malas lah Z".

Balas Zie lagi.

"Dah kerja Zie, kalau boleh aku tak nak tinggalkan kau. Aku nak peluk kau je dekat rumah ni".

Kata Z sambil tersenyum.

"Nanti lepas balik Singapore, aku dapat cuti 3 hari untuk berehat. Nanti kita habiskan masa sama sama ye Zie".
kata Z lagi, cuba buat isteri kesayangannya terseyum.

"Ehhh aku dah lambat ni, Aku pergi dulu ye sayang".

Kata Z kepada Zie, sambil mengucup dahi Zie.

"Jagan diri ye?"

Kata Z lagi. Zie tersenyum.

"Balik cepat ye sayang, jangan lama lama sangat.
Nanti takut, kau balik sini aku dah tak kenal kau".

Kata Zie, sambil ketawa nakal.

"Hahahaha nakal tau, kau ni Zie... Bye Sayang". Balas Z.

Z berlalu pergi meningalkan Zie keseorangan dirumah. Aktiviti malam yang membosankan buat Zie, bila Z tak ada. Makan tengok television, main game.

'Hurmmmm bosanya".

Kata Zie sendiri.

"Nak keluar, tapi nak ke mana? Malam selasa ni bukan ada apa yang best pun dekat luar tu. Lain lah malam jummat ke? malam sabtu ke? malam Ahad ke? bolehlah layan lagi".

Bisik Zie didalam hati.

"Nak kacau Lin dengan Yana dekat watsap. Hurmmm, mesti lah jorang tengah sebok layan laki dengan anak anak masing masing".

Zie setia berbisik sendiri. Tengah roll roll gambar ditalifon bimbitnya, tiba tiba watsap masuk.

*Sayang, aku dah sampai. akau tengah buat apa tu? Dah tidurke?". Tulis Z.

Zie tersenyum melihat watsap Z dan membalas watsap tersebut.

*Wahhh, alhamdulillah. Aku tengah tengok tv. Aku belum tidur lagi. Bosanlah kau tak ada. Aku dah rindu kau lah sayang.

Balas Zie sambil membuat emoji LOve.

*Hai, baru separuh hari dah rindu ke?

*Ehhh mestilah aku rinduu. Siapa nak sayang aku malam ni hehehhe".

Tanya Zie sambil ketawa sendiri.

* Kenapa? kau tak rindu aku ke Z?".
tulis Zie lagi.

*Heiiii, mestilah aku rindu juga. Engkaulah yang aku paling sayang dalam dunia ni tau. Kalau kau tak ada mati lah aku".

balas Z.

*Dah dah jangan cakap macam tu lagi, aku tak suka. Aku tak nak, kesah lama berulang. Kau pergilah rehat sayang. Aku dah nak tidur ni".

*Bye sayang"...tulis Zie lagi

*Bye sayang... Sweet dream sayang. Love u always muahhh".
tulis Z lagi.

*Love u juga sayang. Muahh".
balas Zie sambil menghatar emoji ciuman.

Zie betul betul tidak suka bila Z mempersoalkan pasal mati. Luka lama di hati Zie masih belum sembuh lagi. Zie mula teringakan memori bersama Z. Akhirnya Zie, tertidur di atas sofa hingga ke pagi.

"Ring ring".

Talifon bimbit Zie berbunyai. Zie mencapai talifon bimbitnya dia atas meja sambil baring di sofa. Tertera nama Z. Pangilan itu lekas lekas dijawap oleh Zie.

"Pagi sayang, kau dah bangun ke?".

"Huwaaaaa hurmmm, baru bangun ni sayang".

"Amboiii kemain menguap lagi".

Z ketawa.

"Bye sayang, aku nak pergi kerja ni. Bangun mandi, jangan sambung tidur pula".

"Ok sayang bye, love u".

Lalu Zie memutuskan talian.

"Hurmmmm apalah bini aku ni, Nasib baik lah sayang".

Kata Z sambil bersiap untuk ke tempat kerja.
Sampai ditempat kerja. Z dikenalkan kepada semua staff staff ofis dicawangan Singapore itu. Termasuk team yang Z akan berkerja sama nanti. Begitu teruja salah seorang staff, yang merupakan pembantu bos disitu. Tersenyum senyum wanita itu, bila memandang kehadiran Z disitu.

"Wahhh handsome lah staff dari KL tu ye?".

Kata Kaira, pembatu bos kepada Kawan kawannya.

"Agak agak dah kawin ke belum?".

Tanya Kaira lagi, sambil mengeletis.

"Heiii, awak tu jangan dok perasan, dia tu berpangkat di KL, bukan staff biasa biasa tau".

Bisik Jacy kepada Kaira... Bila Z lalu disebelah Kaira, Kaira sempat menegur Z.

"Hai U, berapa lama U di sini?".

Tanya Kaira yang mula mengoda Z. Sambil tersenyum senyumm.

"Hai"

Balas Z.

"I dekat sini 4 atau 5 hari sahaja. Settle kerja, i akan terus balik KL".

Tetang Z kepada Kaira.

"Disini, tinggal di mana?".

Tanya Kaira lagi. Z berketut dahi bila ditanya banyak soalan begitu.

"Ohh i tinggal dihotel dekat dekat sini je. Dekat dengan ofis, senang nak berulang alik"...

"Are you married or not".

Tanya Jasy, yang tiba tiba mencelah. Sambil Jasy tersenyum memandang Z.

"Yes! I am married. sorry ladies".

Kata Z sambil ketawa.

"Your wife must be cute and beautiful! like you".

Tanya Jasy lagi. Z hanya tersenyumm.

"Lebih cantik dari korang".

Bisik hati Z. Sambil terseyum didalam hati. Z berlalu masuk kedalam ofis yang telah disediakan untuk Z.

"Kan i dah cakap, dia mana ada layan orang macam kita ni".

kata Jasy kepada Kaira. Kaira hanya mencebikkan bibirnya sahaja.

"Alahhh, kau percayalah cakap aku ni Jas, dia ni mesti kaki perempuan. Tapi dengan kita je dia belagak".

Kata Kaira, yang cuba sekap jarang terhadapa Z.

"Hisss kau ni suka sangat serkap jarang. Tak baik tau Ira".

Marah jasy, Kaira hanya meneringai. Masuk hari keempat Z diSingapura. Z mendapat pangilan dari nombor yang tiada nama, hanya nombor sahaja yang tertera. Z menjawap pangilan itu.
Terdengar suara wanita... Seperti biasa dia dengarinya dulu.

"Haii Z, masih ingat aku lagi".

Kata suara itu.

"Ehhh, Daya. Mana kau dapat nombor handphone aku ni?".

Tanya Z, sambil berkerut dahi.

"Ehhh dulu masa kau datang Jb dengan Mie, Kau kan ada bagi aku. Hurmmm kau tak save nombor aku lah tu... Hurmmmm siapalah aku ni kan".

Daya mengeluh dan Z setia berdiam diri.

"Aku dengar kau dekat Sibgapore ye? Meh lah singgah JB, aku ada rumah mak aku ni".

Kata Daya lagi.

"Atau kau nak Aku masuk singapore? Dah dekat dah tu".

Kata Daya lagi.

"Heiii tolong lah Daya, jangan cari masalah lagi".

Nada Z mula meninggi.

"Aku dah bosanlah dengan kau ni. Suka sangat buat aku susah".

kata Z lagi.

"Hurmmm sampai hati kau Z. Aku nak jumpa, sebagai seorang kawan. Itu pun tak boleh ke?. Tak payahlah nak jadi baik sangat Z".

Daya mengeluh panjang.

"Ni, mana kau tau aku dekat Sini?".

Tanya Z kepada Daya.

"Mie yang bagi tau aku. Aku ada juga watasp watsap Mie. Aku bagi tau Mie, aku nak balik Jb tengok anak aku. Itu yang dia bagi tau aku, kau ada dekat singapore.. Itu yang aku terus call kau.
Boleh kita jumpa malam ni?".

Tanya Daya.

"Aku sebok lah Daya. Tak payah lah jumpa jumpa".

Balas Z.

"Sampainya hati kau, kesian Adam. Dia asyik tanya kau je. Last Adam jumpa kau 2 tahun lepas.
masa umur adam 1 tahun lebih. Sekarang Adam dah hampir 4 tahun Z. Dia betul betul rindu kau".

Kata Daya lagi. Yang cuba mengumpan Z dengan anaknya Adam. Z menjadi serba salah. Bila Daya menyebut tentang anaknya Adam dan terus menerima pelawaan Daya.

"Hurmmm ok lah, malam ni kau datanglah sini. Kita jumpa dekat coffe house. Dekat dengan Hotel aku aku ni".

Z memeberikan Daya location dan Z memutuskan talian. Tepat pukul 8malam, Daya sampai ditempat yang dijanjikan untuk bertemu Daya. Daya membawa Adam berjumpa Z.

"Hai Adam".

Sapa Z, bila sampai ketempat yang dijanjikan.

"Meh salam Uncle".

Kata Z lagi.

"No uncle, mummy cakap kena panggil Papa. Boleh Adam panggil Papa".

Adam bercakap dengan ayat ayat pelatnya.

"Adam baru belajar bercakap dengan lancar".

Sampuk Daya. Z tersenyum memandang Adam.

"Ye bolehhh. Awak boleh panggil saya Papa".

kata Z kepada Adam. Adam memeluk erat Z.

"I miss u papa".

"Miss u too Adam".

Z duduk disebelah Adam sambil meletakan Adam diatas pehanya.

"Haiii, Cik Z".

Seseorang menegur Z dari belakang. Z menoleh kebelakangnya.

"Haiiii"

Balas Z, bila terpandang Kaira dan Jesy.

"Wahhh bawa kelaurga datang sini ye? I ingat U seorang je datang sini?".

Kata Kaira, Sambil Kaira dan Jesy bersalam dengan Daya dan memegang pipi Adam.

"Comel anak U".

Kata Kaira lagi. Daya terseyum bahagia. Z mula berkerutkan dahi. Z tak tau nak cakap apa dengan mereka berdua. Z hanya mampu terseyum sahaja... Bila Kaira dan Jesy pergi.
Z mula rasa tak selesa.

"Daya, aku balik hotel aku dululah. Esok pagi pagi aku nak gerak balik ke KL. Kesian Zie tunggu aku"...

Z bangun dari tempat duduknya dan mengucup pipi Adam.

"Nanti kita jumpa lagi ye Adam. Kalau Papa datang sini, papa call mummy. Nanti papa belanja makan lagi ye".

"Ok papa".

Sambil Adam terseyum. Terasa tenang Jiwa Z, bila melihat Adam. Z berlalu pergi meningalkan mereka berdua.

"Ohhh tuhan, apa yang aku dah buat ni. Kalau lah Zie dapat tau. Mati lah aku kena masak gulai".

Bisik Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience