Nani dan Daya bangun dari tempat duduknya dan terus masuk semula ke bilik untuk mandi. Aku masih duduk didepan television. Z pula berdiri diluar balconi. Manakala Mie, Shah dengan Wan masih tidur didepan television. Dari balconi Z masuk kedalam dan terus masuk kedalam bilik aku, Untuk memgambil tuala mandi. Aku yang melihat gerak geri Z sedari tadi, terus bangun dari tempat duduk dan mengikut Z dari belakang. Lin pula tersenyum dari dapur.
"Macam macam hal".Kata Lin. Aku meringai mandang Lin.
Aku juga masuk kedalam bilik dan terus menutup pintu bilik. Z kau marah aku lagi ke? Pasal aku marah kau malam tadi?" Tanya aku kepada Z.
Z hanya dia membisu. Dia mencapai tuala dan berpusing untuk keluar dari bilik. Aku menghalang Z dari keluar. Aku berdiri didepan pintu yang tertutup.
"Z, heiii Z". Aku memusing musingkan badan kiri dan kanan agar dapat melihat wajah Z. Z pula beralih alih wajah dari memandang aku.
"Kau marah aku ya? Aku tau kau marah! Aku nak minta maaf... Maafkan aku ye".
Kata aku, sambil memegang kedua pipi Z, agar Z tidak beralih wajahnya, dari memandang ketempat yang lain. Tetapi anak mata Z, tidak mahu memandang tepat ke mata aku.
"Sudah lah! tepi. Aku nak mandi".Kata Z.
"Ok! Kalau kau nak keluar. Kau kena cakap dengan aku. Kau marah aku ke tak?" Balas aku.
Z malas hendak melayan pertanyaan aku lantas Z duduk di atas katil.
"Apa lagi ni Zie!"
Tanya Z. Aku masih lagi berdiri.
"Bukan kau sudah ada kawan baru ke? Budak sebelah tu. Kemain lagi malam tadi aku tengok". kata Z lagi.
"Lahhh Z, just kawan sahajalah. Ok, macam ni. Biar aku berterus terang dengan kau". Aku merenung Z.
"Dia cakap nak couple dengan aku!" Tiba tiba Z memotong ayat aku.
"hurmmm! Aku dah agak dah". Sampuk Z.
"Ehhh dengarlah dulu. Kau ni! Tolong lah dengar cerita aku. Ya, dia cakap nak couple dengan aku. Tapi aku cakap, aku tak nak. Aku nak kawan kawan aja. Aku tak nak couple couple buat masa ni... Sumpah Z, Aku tolak dia... Sejak Hafiz tipu aku, aku dah serik nak bercinta lagi. Biarkanlah aku sendiri buat masa ni".
Z menarik tangan aku. Aku yang berdiri dihadapan Z, terus duduk diatas pehanya. Z lantas memeluk aku dengan eratnya.
"Kau marah aku lagi ke Z? Kau tau, aku tak suka bila tengok kau marah marah. Aku nak kau sentiasa tersenyum depan aku". Kata aku, sambil merangkul leher Z.
"Aku sedih malam tadi. Lepas apa yang aku cakap dekat aku. Aku tak tau, apa masalah kau dengan Daya dan aku tak nak tahu, apa yang terjadi. Tapi! Aku nak kau tahu. Aku cemburu bila kau dengan Daya".Terang aku selamber kepada Z.
Air mata keliru mula mentis dipipi. Aku tak tau, kenapa aku harus tunjukkan wajah sedih aku kepada Z.
"Heiiii kenapa kau menangis ni Zie. Aku tak marah kau. Aku sayang kau. Kau lah sahabat yang paling istimewa dalam hidup aku. Kau adalah separuh dari jiwa aku. Aku sayang kau Zie". Z menyapu air mata di pipi aku dengan jari jemarinya.
"Sudahlah jangan menangis. Nanti aku pun nangis! Baru tau". Z membuat lawak dan aku tersenyum.
"Haaa kan ok kalau tersenyum macam tu".
Kata Z lagi. Lalu Z memberikan aku ciuman di pipi dan aku pula membalas ciuman Z. Z memelok aku dengan erat. Teras indah bila bersama Z... Aku bangun dari pangkuan Z.
"Dah pergi mandi"...Kata aku kepada Z.
"Jom mandi sama aku"
Ajak Z, sambil menyeringai, nakal.
"Gila ke! Nak mampus ke? hehehheh kau ingat kita berdua je ke dalam rumah ni". Aku mencubit perut Z, sambil tergelak.
"Alahhhh, aku melawak aja. Jangan lah marah! Cik adik kalau marah, bertambah comel". Z mengusik aku.
"Dah lah! Pergi mandi wangi wangi".
Aku menolak Z keluar dari bilik. Lantas aku melompat baring diatas katil. Z kembali membuka pintu bilik dan berdiri menjengah kedalam.
"Zie, lepas ni kita keluar nak. Kita jalan jalan". Ajak Z.
"Aduhhh macam mana ni... Ingat nak keluar dengan Kid. Sebab esok Kid last dekat sini, sebelum dia balik kolej. Macam mana aku nak tipu Z ni ye".
Bisik aku sambil otak setia loding untuk menipu.
"Haaaa dapat idea". Bisik aku sendiri.
"Z aku tak boleh ikut kau. Aku dah janji nak keluar dengan Daya dan Nani. Jorang ajak aku pergi shopping tadi. Kau keluar dengan Mie, Shah dengan Wan lah ya... Bolehkan Z". Kata aku kepada Z.
 "Hurmmmm ok lah". Kata Z, sambil terseyum dan Z berlalu pergi.
Bila Z masuk sahaja kedalam bilik air untuk mandi, aku lekas lekas berlari kebilik sebelah.
"Nani! Nani! Kejap lagi aku ikut kau keluar tau. Jangan cakap sesiapa, kita jumpa mamat depan tu ya. Aku nak jumpe Kid. Esokkan mereka last dekat sini. Hari ini kita jalan jalan dengan jorang".
"Ehhh boleh boleh". Jawap Nani.
"Kau, watsap lah mereka. Kata nak jumpa dekat mana mana. Jangan jumpa dekat bawah pula".
Kata Nani lagi.
"Kita satu kereta, mereka satu kereta". Kta Nani lagi, memberikan cadangan.
"Ok cunnn". Balas aku.
"Ehhh kenapa pulak aku tiba tiba baik dengan jorang ni. Bukan aku tak suka si gedik gedik ni ke?"
Tiba tiba aku terfikir pula.
"Ahhh lantaklah, janji aku dapat Keluar. Ini sahajalah peluang terakhir dapat jumpa Kid". Bisik aku sendiri.
"Ok, kita jumpa pukul 12tengahari lah ye? 11.30 kita keluar".
Kata aku, memberi cadangan.
"Ok boleh boleh"Â
Balas Nani. Aku mengintai melaui bilik Daya sebelum keluar kebilik aku. Takut pula Z dah selesai mandi. Aku masuk kedalam bilik dan mencapai handphone yang berada di atas meja mekup dan terus menghantar watsap kepada Kid.
***Haii Kid, nak jumpe ke hari ni?Â
Tak sampai betapa saat, Watsap aku di balas oleh Kid.
***Ehhh nak nak. Kita jumpa dekat bawah ke?
***Ehhh tak lah. Kita jumpa di Kfc Berincang. Nani dengan Daya pun ada. Awak ajak semua datang sekali ya. Daya dengan Nani nak jumpa mereka.
***Ohh ok boleh boleh. Baru ingat nak berdating berdua.
Tulis Kid sambil membuat emoji senyum menampakkan gigi.
***Hisss mengada tau. Kita jumpa pukul 12 nanti. Habis buat kajian awak. Awak terus datang ke kfc berincang ya?.
***Okk boleh dear! Nanti kita jumpa. Bye.
***ok bye.
.............................................
"Apalah akan jadi ya, bila Z tau". Aku mula terfikir.
"Ahhh lantak lahh". Kata aku sendiri.
Bila Z keluar dari bilik air, aku terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
"Amboii kemain laju lagi". Tanya Z,
Aku hanya tersenyum... Bila selesai mandi, ternampak Lin masih sebuk memasak.
"Lin kau nak aku tolong ke?" Tanya aka kepada Lin
"Ehhh tak apa". Balas Lin.
"Aku suka masak sorang sorang Macam kau. Lagi pun dah nak siap dah". kata Lin lagi.
"Ohhh ok".
Balas aku. Aku masuk ke bilik, sambil memilih baju untuk dipakai.
Aku memilih skirt pendik atas lutut warna hitam dan baju body tshirt berwarna kelabu. Kali ini tak nak nampak seksi sangat. Aku nak nampak simple dan sweet. Rambut pula ikat tinggi tinggi buat siput. Setia macam selalu. Bertengek siput sedut atas kepala aku. Aku terseyum sendiri dan terus keluar dari bilik.
"Woiiiii lamanya bersiap. Meh makan". Ajak Lin.
Aku terseyum memandang Lin dan melangkah kedapur.
"Zie, kau nak keluar dengan Kid ya". Lin berbisik.
"Shhhuuuu Diam Lin. Aku tak nak Z tau. Tolong ya Lin, rahsiakan please".
Aku juga berbisik kepada Lin.
"Hurmmm ok ok". Kata Lin.
"Kau ni Zie. Tak serik serik lah".
kata Lin lagi.
"Alahhh Lin! Bukan keluar berdua. Nani dengan Daya pun ikut. Jorang nak sangat ikut aku. Si Nani tu, sebok nak jumpa Nua".
Kata aku lagi.
"Hurmmmm, hati hati lah ya Zie... Sudahlah meh makan ajak Z sekali". Kata Lin sambil terseyum.
"Sayang! Jom makan dengan aku. Lin dah siap masak ni. Nampak sedap bihoon sup dia".
Jerit aku sambil tergelak gelak bersama Lin dimeja makan. Z bangun dan terus datang ke dapur dan duduk disebelah aku. Kami malan bersama sama.
"Hurmmmm sedapnya Lin.Terutama cili hitam kau ni. Pehhh terangkat". Kata aku, sambil menghirup sup.
"Nanti simpankan aku ye Lin? Balik shopping nanti, nak makan lagi".
Kata aku lagi.
"Ok boleh! Aku ada masak banyak". Kata Lin.
Tengah aku makan. Tiba tiba Nani dengan Daya keluar dari bilik. Punyalah wangi. Kami didapur menarik nafas panjangan.
"Hoiiii berapa botol kau pakai minyak wangi ni?". Tanya Z.
"Hisss kau ni Z... Aku pakai sikit aja lah". Jawap Nani dengan nada gediknya. Aku dan Lin berpandangan sambil tergelak kecik.
Share this novel