Aku bebas

Romance Completed 40494

"Hai name ku Zie, Aku budak lepasan STPM. Sungguh indah bila tamat persekolahan tinggi tingkatan6, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata... Tidak ada lagi baju sekolah, tidak ada lagi kasut sekolah, tdak ada lagi beg sekolah, yang harus aku galas hari hari... Yang paling penting, tidak ada lagi buku teks yang hari hari aku terpakas pikul dan penuh di dalam bag. Indah sungguh rasanya. Seperti satu beban dibahu, aku berjaya lepaskan... Hellooo! aku dah bebassss. Aku boleh buat apa yang aku suka, lepas ini. Nak cari kerja, nak dapat duit banyak banyak. Nak beli itu, beli ini".

Aku berangan sendiri di dalam bas sekolah, Sambil memandang keluar tingkap. Aku melangkah turun dari bas sekolah pak cik Dolah dan melangkah laju masuk kedalam pintu pagar rumah aku. Sampai sahaja dihadapan pintu rumah...
"Kamu ni dah kenapa Zie? Habis baju sekolah conteng sana conteng sini. Kain, tudung semua kena cat".

Ibu aku mula membebel, bila melihat baju dan tudung yang dipenuhi tanda tangan kawan kawan sekelas aku.

"Alah buuu... hari ni last sekolah, macam inilah jadinya. Lepas ini dah tak payah pakai baju sekolah ni lagi! yehhh"...

Aku melompat keriangan dihadapan pintu rumah.
kalau orang nampak, mesti dia ingat aku kena sampuk.

"Kau ni Zie, aku kan boleh pakai nanti baju kau tu".

Kali ni adik aku pula membebel.

"Ehh, apahal kau nak memekak ni, bukan kau dah ada banyak baju sekolah ke? pakai je lahhh".

Adik aku membuat bibir moncong panjang, bila aku memarahinya.
"Hissss kalau aku tampar mongcong kau, baru kau tau".

Aku berpura pura hendak menampar mulut adik aku, sambil telapak tangan aku, aku acah acah dibibirnya. Adik aku berlari masuk kedalam. Sambil menjelirkan lidahnya kepada aku.

"Ah lantaklah dia. Yang penting aku dah bebas dari belajar disekolah. Aku boleh pergi kemana sahaja yang aku nak pergi". Bisik aku sendiri, sambil melangkah masuk kedalam rumah.

Tiba tiba

"Ring ring ring!"

Talifon rumah aku berbunyi. Adik aku Kiki berlari mengcapai gang gang talifon dan diletakkan ditelinga. Tidak sampai berapa saat.

"Zie oiii Zie! boyfriend kau call".

Jerit Kiki.

"Hissss kau ni dik, pandai pandai ajakannn".

Aku merampas gang gang talifon dari tangannya dan meletakkan gang gang talifon ditelinga aku.

"Helloooo sapa tu?".

Terdengar suara seorang lelaki. Aku selalu dengar suara itu. Ya betul, dia kekasih hati aku Hafiz.

"Time macam ini lah dia nak call. Dahlah aku tengah penat"

Bisik aku sendiri, bila mendengar suara Hafiz dicorong.
"Haiii sayang, dah balik sekolah ke? Macam mana sekolah akhir ni, best ke? Tadi call handphone awak, tapi tak dapat. Tak on lagi ya".

Bertubi tubi soalan yang ditanyakan, membuatkan aku sedikit mendengus.

Hafiz umurnya tua setahun dari aku. Kami sama sama satu sekolah dulu. Dia antara lelaki yang hot dekat sekolah aku.

"Haiii sayang! Saya ok ok aja...Tak ada apa apa pun yang best. Tapi yang paling penting dah tak sekolah lagi. Boleh enjoi".

Aku sambil ketawa riang, sambil bercerita.

"Ahaaa handphone still off lagi. Sayakan baru balik sekolah. Baru nak langkah kaki masuk rumah, awak dah call. Ambil berat sungguh, awak ni kan".

Kata aku dengan nada yang sedikit mengedik manja... Kami berborak lebih setengah jam, sebelum memutuskan talian. Naik kebas bontot aku, duduk dekat bangku kayu.

"Ok lah yunk, Saya nak makan ni".

"Ok baik lahh".

Balas Hafiz dengan nada yang agak layu, bila aku membuat keputusan untuk menamatkan perbualan.

"Bye, love u".

Kata akhir sebelum aku sebelum memutuskan talian.

"ok bye, love u tu dear". Balas Hafiz.

Sudah setahun aku kenal Hafiz, orangnya baik. Kacak itu yang paling penting bagi aku. Kalau boyfriend tak handsome, mesti kena kutuk dengan kawan kawan aku. Aku mana boleh kalah dengan kawan kawan perempuan aku yang lain.
Lagi pun aku ni suka tengok, benda benda yang indah...Hafiz orangnya berkulit putih, tinggi dan bergaya. Ramai perempuan suka dekat dia, tapi yang penting, dia pilih aku... Tang mana yang dia suka dekat aku, itu aku tak pernah tanya dia...
Lebihhh sebulan aku duduk rumah, selepas tamat persekolahan. Aku masih lagi setia menjadi penganggur di rumah.
"Habislah kalau macam ni! Boleh bertukar jadi badak air".

Aku mengomel sendiri.

Penghujung tahun yang amat membosankan
lagi beberape minggu nak masuk tahun baru dan umur aku akan melangkah ke19 tahun. Aku kena berubah, aku kena terus maju di tahun yang baru.
Tak nak malas malas dah. Aku dah rasa macam biawak hidup, bila duduk rumah aja...
Tengah memikirkan tentang perancangan hidup aku, Aku mendapat call dari kawan kawan aku. Mereka mengajak aku untuk pergi holiday di Cameron Highland dan tempat tempat yang lain, selama 10hari. Sebelum ada yang masuk belajar dan ada yang mahu mula kerja. Ramai kawan kawan satu sekolah akan turut serta dalam konvoi beramai ramai ke Cameron.

"Jom lah Zie, pergi".

Ajak Yana di dalam talian. Di sambut pula dengan suara jeritan Lin dari belakang.

"Jom lah Zie".

"Ok lah ok lah, nanti aku fikirkan. Kalau aku ada,
Bermakna aku follow. Kalau aku tak ada, bermakna aku ada hal lain. Tak dapat nak follow korang tau".

Kata aku kepada Yana... Aku meletakkan handphone vivo v9 yang separuh screennya telah retak di atas katil dan mula berfikir.

"Hafiz ikut juga ke?" Bisik aku.

Keesokan malamnya, kawan baik aku Z datang ke rumah. Z satu satunya, kawan lelaki yang paling rapat dengan aku. Aku sayang dia. Aku tau, dia pun sayang aku. Z orangnya berpewatakan kemas dan bergaya. Berkulit hitam manis. Tegap dan kacak. Aku sayang dia, kerana dia selalu ada bersama aku. Bila saat aku susah atau pun senang. Walau pun dia sama umur dengan aku, tapi dia sudah ada kereta sendiri.

"Bolehlah! kalau bapak belikan".

Bunyi bising kereta Z kedengaran dari jauh. Aku dah tahu itu pasti Z datang. Sebuah kereta Wira hitam berhenti betul betul dihadapan rumah aku. Aku keluar dari rumah, bila mendengar bunyi kereta Z. Z pula menunggu aku dipangkin dihadapan rumah. Dibawah pokok manga yang aruah nenek tanam. Sudah besar pokoknya, buah mangganya punyalah banyak. Takut jugak nak duduk bawah pokok mangga tu. Buatnya buahnya luruh. Mau biul kepala.
"Hai sayang".

Aku menegur Z yang sudah berada diatas pangkin. Aku memang suka mengacau Z. Bila aku memanggilnya dengan pangilan sayang. Mukanya mula merah padam. Tanda dia malu, bila dia dipanggil sayang oleh aku. Sudah bertahun tahun kenal, dia masih lagi ada perasaan malu terhadap aku.

"Ko ni Zie, suka tau kacau aku. Nanti betul betul aku kawin dengan kau baru tau".

Z pula mengusik aku.

"Eh kau nak kawin dengan aku? boleh boleh, hehehheh Aku kan sayang kau".

Aku membalas usikan Z, sambil memeluk bahunya.

"Aku ni suka buat lawak lah Z, Engkau jangan ambil hati. Dah bertahun tahun kau kenal aku.
takkan tak tau lagi".

Kata aku kepada Z.

"Haaaaa ni kenapa datang rumah aku. Ni mesti ada hal kan? Kalau tidak, kau call aja".

Aku bersuara lagi.

"Zie! minggu depan ada konvoi ke Cameron highland, jom ikut aku. Ko naik dengan aku. Mie dengan Wan nak tumpang aku. Aku cakap, aku dah ada orang tumpang. So dia orang naik dengan Shah. Jadi aku sorang aja dalam kereta. Jomlah Zie aku bawak kau. 10hari aja, sebelum masing masing masuk kerja dengan sambung belajar... Aku pun dah kena daftar UITM bulan 2 nati. Tak boleh selalu lepak dengan kau. Jadi, jomlah kita sambut tahun baru dengan aku dekat Cameron nanti".

Z cuba memujuk aku. Yang sebenarnya aku memang nak pergi. Saja aku jual mahal sikit.

"Hissss kau ni Z, saja buat cerita sedih kau tu.
Oklah, aku pergi! Tapi ada syarat".

Kata aku kepada Z.

"Macam tu lah Zie. Itu yang aku sayang dekat kau. Kalau kau nak ikut aku, 10 syarat pun aku sanggup tunai kan".

Kata Z dengan wajah yang tersenyuman.

"Ok Z, Pertama, aku tak nak orang lain tahu aku pergi... Kedua, Aku tak nak Hafiz tau aku ikut kau... Kau tau sebab apa?, sebab aku nak tengok dia bawa siapa? Kalau aku cakap dengan dia aku tak pergi... Manalah tau kalau mamat tu bawa betina lain, boleh aku hentam kepala dia".

Aku ketawa sambil memandang Z.

"Ketiga, Kalau kau nak ambil aku, mesti datang dekat dapur rumah aku... Kau tau sebab apa?
Sebab kalau depan rumah, nanti orang nampak aku pergi".

Aku ketawa lagi. Z pula tergaru garu melihat aku. Berkerut dahinya. Tergeleng geleng kepala dia, sambil memandang muka aku.

"Apalah kau ni Zie! Pening aku".

Aku dan Z sama sama ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience