"Hari ni rasanya nak cari kerjalah. Dah lama sangat jadi penganggur".
Bisik Zie di dalam hati. Bila bangun dari tidur. Zie bangun dari katil dan terus membuka almari bajunya. Zie memandang kesemua baju yang ada didalamnya.
"Rasanya nak pakai sopan sikitlah minta kerja kali ni. Mana lah tau, ada rezeki dapat".
Kata Zie sendiri.
"Kalau pakai baju kebanya ni mesti cantik"
Zie mencapai baju kebaya hitam berkain batik selisih hadapan. Terus mengacukan baju kebaya itu dibadannya. Berpusing pusing Zie, sambil melihat kepada cermin alamari.
"Ok cantik, pakai ni ajalah. Lepas tu, rambut kasi lepas. Hummm kalau tak dapat kerja hari ni tak tau lah".
Zie bersiap siap untuk keluar dan memandu ketempat kerja yang dilihatnya ada kekosongan di ruang online untuk mencari kerja. Ada dua tempat yang memerlukan staff dengan segera. Salah satunya berdekatan kolej Z.
"Boleh call Z ajak sarapan sama sama".
Bisik hati Zie, lantas mencapai handphone diatas meja mekup dan menghantar watsap.
.........
-"Hai sayang! Awak dah sampai kolej ke?"
Tulis Zie di watsap.
-"Hai sayang... Ahaaa, baru sampai. Kenapa?".
-"Z, Aku nak pergi interview kejap lagi. Kebetulan tempat tu dekat dekat kolej kau. Ingat nak ajak sarapan pagi. Kau masuk kelas pukul berapa?".
-"Aku masuk exam pukul 12. Kalau kau nak jumpa sekarang bolehlah. Ni baru pukul 10. Kita makan dekat dekat kolej aku je ya?" Balas Z lagi.
-"Ok sayang, lagi 30 minit aku sampai".
Tulis Zie.
-"Ok, baik baik memandu".
Balas Z lagi.
Zie sampai dipekarangan kolej Z. Z pula sudah pun menunggu ditaman didalam kolejnya, sambil membaca buku. Kerana terlalu leka sampai kehadiran Zie disitu, Z tidak perasan. Zie keluar dari kereta dan terus pergi kepada Z.
"Amboiii, Leka sangat membaca. Aku sampai pun kau tak perasan". Kata Zie dan Z berpaling muka kepada Zie.
"Ehhhh betul ke apa yang aku nampak ni?". Bisik Z di dalam hati bila melihat Zie berbaju kebaya.
"Heiiii! Zie".
Z terbangun pantas dan mengerutkan dahinya.
"Ehh, Kenapa kenapa sayang. Kenapa buat muka macam tu? Ada apa apa ke dekat baju aku".
Zie mengelupur, bila Z macam terkejut melihatnya.
"Heii heii relexlah"
Sambil Z memegang Zie.
"Aku cuma terperanjat kau pakai baju macam ni. Cantik sangat sayang. Macam ni lah my girl, buat aku bertambah sayang dekat kau".
Kata Z, Sambil tersenyum dan merenung Zie.
"Cantiknya kau sayang. Kalaulah kau berubah macam ni terus, alangkah bahagianya aku. Lihat kau dengan pakaian sopan macam ni, sejuk hati aku ni. Aku nak sangat tegur cara pakaian kau yang lepas lepas, Tapi aku tak berani. Aku takut sangat kau tersinggung". Kata Z didalam hati, sambil setia merenung kepada Zie.
"Terima kasih Z sayang. Aku nak cari kerja. ITu yang aku pakai macam ni. Manalah tau, Ada rezeki aku... Cantik tak aku Z. Rambut ni, aku lepaskan ok tak?".
Tanya Zie lagi.
"Cantik sangat sayang. Aku jamin, kau mesti dapat kerja".
Kata Z dan setia tersenyum.
"Ehh dahlah tu. Jomlah, aku dah lapar. Lambat nanti nak pergi interview, kau pun nak masuk kelaskan. Nanti tak ambil Exam pula".
kata Zie.
Z memimpin tangan Zie dan terus masuk ke kereta Zie. Zie memandu kekedai makan yang berhampiran kolej Z. Dalam kereta Z tak lepas lepas memandang ke arah Zie sambil terseyum.
"Heiii Z, Kenapa kau asyik tenung aku".
Sambil Zie menolak muka Z pelahan.
"Hiss kau ni ganaslah. Tolak tolak muka orang"
kata Z sambil ketawa.
"Kau cantik sangat sayang, Rambut kau dah panjangkan?. Selalu kau siput tinggi tinggi. Bila kau lepaskan. Terselah ayu mu, bak kata kumpulan penyanyi tu". kata Z lagi.
Masing masing ketawa didalam kereta.
"Ok makan dekat mamak ni jelah"
Kata Zie, Lalu masuk kedalam parking dan keluar dari kereta. Sambil makan, mereka berborak borak tentang exam Z dan tempat interview yang akan di pergi oleh Zie nanti.
"Z, aku doakan kau lulus exam ni. Aku nak sangat tengok kau berjaya. Macam aku ni, dah malas nak belajar. Cukup sampai tinkatan6 je... Otak aku ni dah tak boleh nak terima pelajaran lagi. Itu yang aku nak tengok kau pegang Ijazah".
"Ok sayang, aku akan belajar bersungguh sungguh untuk kau. Tapi janji jangan nakal nakal bila interview nanti". Kata Z lagi, sambil terseyum.
Selepas makan Zie menghantar Z balik ke kolej semula. Z berpusing kesisi memandang Zie. Sebelum dia keluar dari kereta.
"Ok sayang, kau doakan aku dapat kerja ye".
Kata Zie, Sambil memegang pipi Z.
"Mestilah, aku sentiasa doakan kau sayang. Good luck sayang". kata Z.
"Kau pun sama Z. Hari ni, hari akhir exam. Good luck too sayang". Balas Zie.
Mehh sini. Nak cium sikit". Kata Zie.
Sambil menarik leher Z dan mencium pipi Z.
"Barulah ada semangat nak jawap paper akhir nanti".
Kata Z, sambil tersengih sengih dan membuka pintu kereta untuk keluar. Z melambai tangannya kepada Zie dan Zie membalas lambaian Z... Zie berlalu pergi ke tempat interview. Sampai ditempat interview. Bos diofis tu, kelihatan suka dengan Zie. Asyik tersenyum senyum bila berbual dengannya. Zie menjadi tak selasa sangat. Bos tempat ini kelihatan agak berumur, tapi masih lagi handsome dan segak bergaya.
"Kami di sini ada kekosongan dibahagian kerani sahaja. Kalau awak tak kesah. Boleh berkerja sebagai kerani di sini".
Tanya lelaki yang sepearuh berusia itu.
"Ohh, tentu saya tak kesah tuan".
jawap Zie. Sambil tersenyum.
"Awak boleh mula berkerja awal bulan depan. Sekarang sudah 15hb. Jadi awak boleh mula berkerja 30hb. Di sini gaji setiap 30hb. Kalau awak bersetuju dengan gaji rm1200 permulaan".
Kata bos itu.
"Kalau sudah conform, saya akan naikkan lagi gaji awak".
Kata bos tu sambil tersenyum gatal.
"Hurmmmm, Rm1200 je? Bolehlah... Tapi menyampahnya aku dengan bos gatal ni. Tersenyum senyum bila pandang aku. Tapi ok lah. Kerani pun keranilah, tak adalah banyak kerja sangat".
Bisik Zie di dalam hati.
"Ok bos, saya bersetuju. 30hb saya akan masuk kerja".
Kata Zie dengan wajah gembira. Zie meminta kebenaran untuk pulang dahulu.
"Yehooooo, aku dapat kerja".
Jerit Zie di dalam hati. Sambil berjalan menuju ke keretanya.
"Rasa nak bersoppinglah"
Kata Zie sendiri, lalu mengambil keretanya dikawasan parking kereta dan terus menuju ke mall, untuk mencuci mata.
Share this novel