"Makan lah dulu korang?". Tanya Lin kepada Nani dan Daya.
"Tak nak lah Lin. Balik ni nanti kita orang makan. Nanti lipstik padam pula". Kata Daya.
"Ada ada aja korang ni". Kata Lin.
"Ok, nanti balik makan tau". kata Lin lagi.
"Cepatlah Zie! dah pukul berapa ni". Nani memandang aku yang masih lagi duduk dikerusi meja makan.
"Ok ok jap!"
Kata aku sambil bangun dari kerusi meja makan.
"Z aku keluar dulu ya?" Kata Daya.
"Hurmmmm". balas Z pendik .
Aku membuka pintu dan keluar dari rumah bersama sama Daya dan Nani. Sempat aku berpusing memandang kepada Z yang begitu leka menjamu bihoon sup nya... Z tidak sedikit pun memandang kepada kami. Aku turun kebawah bersama Nani dan Daya.
"Zie, Kita nak jumpa mereka dekat mana?" Tanya Nani.
"Dekat kfc berincang". Balas aku.
"Daya aku duduk depan ya? Aku tak boleh duduk belakang, cepat pening". Kata aku kepada Daya. Daya yang seakan akan faham. Mengambil tempat di tempat duduk belakang.
"Ok" balas Daya.
Kami memulakan perjalanan, menuju ke KFC. Aku sempat melihat balconi rumah kami. Z berdiri dibalconi sambil memerhatikan kereta kami yang sudah mula bergerak keluar dari parking kereta. Sempat aku melambai tangan kepada Z. Z membalas lambayan aku... Sampai di Berincang, kami sampai lebih awal dari yang dijanjikan
"Mereka belum sampai lagi lah!". Kata Daya.
"Mungkin kita awal sampai sini". Balas Nani.
"Ahaaa, awal kita sampai. Tak apalah jom masuk kfc dulu, kita lepak lepak dekat dalam. Aku nak minum air aja. Aku baru makan tadi dekat rumah. Kalau korang nak makan, korang makanlah". Kata aku kepada Nani dan Daya.
"Korangkan tak sarapan lagi. Nanti perut masuk angin siapa yang susah". Kata aku lagi.
Nani dan Daya pergi membeli makanan. Aku duduk di meja paling hujung sekali. Menampakkan suasana luar.
"Duduk dekat sini bolehlah nampak Kid nanti".
Bisik aku sambil melabuhkan punggung diatas kerusi... Selang beberapa minit, kelibat mereka berempat pun kelihatan didalam kfc...
"Ehhh dah sampai lahhh".
Kata Daya dengan nada gediknya. Aku hanya diam dan tersenyum sahaja, bila melihat mereka. Sampai dan berjalan kepada kami.
"Haii korang". Tegur Kid.
"Hai". Aku membalas dengan senyuman.
"Dah lama ke tunggu". Tanya Zul.
"Tak adalah lama sangat". Balas Daya.
"Beli makanan ni pun tak sempat makan lagi". kata Nani.
"Korang semua nak makan pergilah order".Kata aku, kepada mereka yang baru sampai.
"Ehhh kenapa awak tak makan Zie?" Tanya Kid.
"Tak nak lah, saya dah makan sebelum keluar rumah tadi. Lin masak bihoon sup. Tak boleh tahan, terus makan. Awak beli untuk awak aja ya". Kata aku kepada Kid.
Lepas makan, kami bergerak ke Taman Bunga. Memang ramai orang disana, Walau pun hari biasa. Aku dan Kid mengambil tempat disebuah kerusi. Khas untuk dua orang sahaja. Yang lain aku tak tau, entah ke mana arah tuju mereka. Malas aku nak ambil tau. Nak balik nanti, pandailahlah mereka cari aku. Aku memerhati disekeliling. Disini banyak gila bunga bunga yang cantik cantik... Disekeliling dengan susunan yang teratur, subuh menghijau. Tenang jiwa bila berada ditempat ini. Siap tulis "di larang petik". Aku terseyum sendiri.
"Kalau aku petik pun bukan orang perasan. Bunga tumbuh banyak banyak macam ni. Tak kan lah jorang kira bunga ni ada berapa banyak. Setakat petik satu dua, memang tak kan perasanlah". Bisik aku
"Zie, Terima kasih sebab sudi jumpa Kid lagi. Kid Ingat, awak dah tak sudi nak jumpa saya". Kata kid sambil memandang kepada aku.
"Kid, kan last dekat sini. Esok Kid dah nak balik ke KL kan?. Itu yang Zie nak sangat jumpa Kid. Lepak lepak dengan Kid. Zie Takut nanti tak sempat nak jumpa".
Kata aku kepada Kid. Kid pusing ke tepi dan memetik sekuntum bunga mawar didalam pasu dan diselitkannya ditelinga aku.
"Untuk awak wahai gadis comel". Kata Kid.
"Hiss awak ni Kid!". Aku tersenyum malu.
"Thanks dear, untuk bunga ini". Balas aku.
"Walau pun bunga ni kau rembat dan bagi kat aku. Tapi aku tetap menghargainya. Kalau kau kena tangkap, itu kau punya pasal. Siape suruh gatal sangat petik bunga orang". Bisik aku sambil ketawa di dalam hati.
Lebih satu jam aku duduk di situ bersama Kid. Snap gambar dan berborak borak. Nani, Daya, Zul, Nua dan Azhar datang semula ke tempat yang aku dan Kid duduk.
"JOm lepak tempat lain?" Ajak Zul.
Masing masing setuju... Tiba tiba ternampak susuk tubuh yang macam aku kenal. Bersama dua orang lagi. Z muncul didepan mata aku. Terperanjat beruk aku, bila ternampak Z, Mie dengan Shah disitu.
"Dah puas shopping?". Tanya Z menyidir.
"Ehh Z, kau buat apa kat sini?".
Tanya aku, dengan wajah yang terpinga pinga. Aku beralih pandang pula kepada Daya dan Nani. Mereka juga agak kejut. Tanpa bercakap apa apa Z pergi meningalkan kami. Mie dan Shah meluru mengikut Z. Aku betul betul terkedu disitu. Cara Z memandang aku cukup berlainan. Seperti aku membuat silap yang paling besar.
"Siapa tu Zie?". Tanya Kid.
"Ohh tu kawan yang bawa Zie ke sini". Terang aku.
"Habis, kenapa dia macam tu?" Tanya Kid lagi, sambil mengerutkan dahinya.
"Entah lahh, Zie pun tak pasti. Kenapa dia marah sangat dekat Zie. Sedangkan girlfrend dia Daya".
Terang aku lagi kepada Kid.
"Aduhhhh malas nak fikir. Jom lah, Zie ingat nak balik. Tak sedap hati pulak. Bila dia masm tu". Kata aku kepada Kid... Kid hanya berdiam diri.
"Nani, Daya jom balik".
Aku mengajak mereka balik.
"Ok". kata Daya.
"Kid kita jumpa malam nati ya. Dekat tempat biasa, bawah apartment". Kata aku kepada Kid.
"Ok" jawap Kid.
"Jaga diri ya Zie". Kata Kid lagi dengan senyuman.
"OK kid".
Aku membalas senyuman Kid. Aku Nani dan Daya berlalu pergi. Meninggalkan mereka disitu. Wajah kecewa Kid, terpancar diwajahnya. Sampai dibawah apartment Nani meletakkan keretanya. Selang beberap saat, kereta budak budak didepan apartmen kami pun masuk juga ke dalam parking.
"Mereka pun terus balik rupanya". Bisik aku.
Sampai dihadapan pintu rumah, hati aku berdebar debar sangat. Tak tau kenapa aku pula yang terlebih over takut. Sepatutnya aku tak harus takut. Tapi tu lah... Aku pula yang berdebar debar. Macam nak menunggu keputusan SPM keluarlah... Lagi lagi masa cikgu panggil nama untuk naik ke atas pentas. Can have a heart attack tau. Aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Z sudah pun berada didalam rumah dan duduk di sofa. Pertama kali aku lihat muka bengis Z. Sampai merah merah mukanya... Bila aku melangkah untuk masuk kedalam bilik, manakala Daya dengan Nani juga berjalan mahu menuju ke bilik mereka, Tiba tiba!.
"Kejap" kata Z.
"Kenapa korang menipu aku ye? Korang kata nak shoping! Rupanya ada yang bermadu asmara di taman bunga". Z beralih anak matanya kepada Aku. Aku tahu sindiran itu buat aku.
"Ohhh korang nak tengok sangatkan".
Z menuju kepintu rumah untuk keluar. Aku tak tau apa yang Z nak buat. Mie, Shah dengan Wan sudah bersedia bangun dari tempat duduk masing masing. Mana kala yang lain semua tak ada rumah. Yang couple, sudah keluar pergi berdating. Z meluru ke rumah sebelah, sambil mengetuk getuk pintu bertalu talu... Pintu sebelah di buka oleh Nua.
"Korang keluar sekejap". Kata Z.
Aku, Nani dan Daya betul betul takut dengan tindakan Z. Mie, Shah dan Wan juga terkejut. Mereka sudah bersedia, menghalang Z... Takut Z bertindak diluar kawalan.
Share this novel