"Maafkan saya encik! Saya tak perasa."
Kata Zie yang terlangar seorang mamat yang bukan main tergesa gesa lagi. Sebenarnya mereka sama sama bersalah dalam hal ini. Zie, mengambil helmet yang terjatuh dilantai dan diberikan semula kepada mamat tersebut...
"Hurmmmmmm mat rempit ni! buta ke? atau aku yang buta?"
Bisik Zie di dalam hati.
"Ehhh tak apa Cik... Saya yang kelang kabut nak masuk ofis, Cik tak pe apa ke?".
Balas Khai sambil menyambut helmet ditangan Zie. Zie tersenyum sambil melihat Jejaka yang sedang mengebas gebas tangannya yang kotor.
"Saya ok, Maaf lagi sekali". kata Zie.
Khai juga tersenyuam.
"Manisnya senyuman engkau wahai cik adik".
Bisik Khai didalam hati.
"Senyumannya tak ubah! seperti Siti".
Bisik Khai didalam hati. Sambil teringatkan teman wanitanya yang dulu.
"Ini kad saya".
Zie menghulurkan sekeping name kad kepada Khai. Tersentak khai dari lamunan. Khai mengambil kad yang diberikan oleh Zie, sambil tersenyum.
"Maafkan saya lagi sekali".
kata Zie, sambil tersenyum dan berlalu pergi.
Khai pula menggaru garukan kepalanya yang tak gatal.
"Cantiknya awek tu!".
Bisik Khai didalam hati. Lalu melihat name kad yang ada di tangannya.
"Ohhh Nazieera namanya. Comel betul, Macam tuan punya nama jugak".
Terleka sekejap Khai memandang kad nama itu.
"Ehhh aku dah lambat ni".
Khai denga pantas, berlalu pergi.
..........................................................
"Sayang, kau kat mana?".
Tanya Zie kepada kekasih hatinya Z ditalian.
"Hai sayang, aku ada di rumah ni. Aku baru bangun tidur. Hari ni aku tak ada kelas. Meh lah datang sini. Bosanlah duduk rumah sorang sorang". Balas Z
"Hummmm kau ni, dah tenghari baru nak bangun. Aku baru balik intervew kerja ni. Tak pasti dapat ke tak? Tunggu dia orang call. Sekejap lagi aku sampai sana. Aku belikan kau makanan ye".
" Ummm dapnya, Ok sayang, datang cepat ya".
kata Z.
"Ok bye". Balas Zie.
Lebih kurang satu jam, Zie sampai dibawah apartment Z. Z kini tinggal berdua dengan Mie. Tetapi Mie jarang ada rumah. Sejak Mie telah berkerja. Mie selalu sebuk berulang alik ke Singapore. Jadi Z kerap kesorangan dirumah, bila Z tidak ada kelas.
"Tok tok tok".
Zie mengetuk pintu rumah Z... Dengan muka yang layu dan tidak berbaju, hanya berseluar pendek, Z membuka pintu rumahnya.
"Selamat pagi sayang!"
Kata Z sambil tersenyum didepan pintu.
"Hurmmmm banyaklah kau punya pagi".
Zie membalas dengan senyuman sinis dan masuk kedalam rumah, terus kedapur rumah Z.
"Sayang, Lamanya Mie keSingapore? Kesian kau duduk rumah sorang sorang".
"Ahaaa, bosan sangat".
Sambil Z memeluk Zie dari belakang. Zie yang sedang memasukkan lauk didalam pinggan makan, terus berpusing memandang Z.
"Hurmmmm wanginya".
Kata Z lalu mencuim pipi Zie.
"Cantik kau hari ni".
Tanya Z, sambil mandang Zie dari aras kebawah.
"Terima kasih sayang ku Z, Kau tu yang busuk. Tak mandi lagi".
Sambil menolak Z pelahan. Tertawa mereka berdua didapur.
"Dah lah, jom makan. Nanti kau lapar, susah pulak nak belajar".
"Terima kasih sayang, Belikan aku makanan. Aku betul betul malas nak keluar hari ni. Kau teman aku boleh?" Tanya Z lagi.
"Boleh Z. Tapi sampai petang je tau. Sebelum magrib aku kena balik. Nanti mak aku bisinglah". Balas Zie.
Selesai menjamu selera, Zie dan Z duduk diruang tamu, sambil menonton television. Z mencapai rokok yang ada diatas mejanya dan lalu menghidupkannya.
"Amboi, Kemain lagi engkau ye!"
Sambil Zie tersenyum.
"Ehhh kenapa ni Zie?"
tanya Z.
"Kau sekarang dah kerap merokok. Siapa yang ajar kau merokok ya?".
Soal Zie lagi
"Alahhhh Zie, aku tensionlah dekat kolej. Dah Dua tahun lebih belajar. Dah rasa macam malas pula... Lagi pun siapa lagi yang mengajar aku merokok, kalau bukan kau".
Kata Z sambil menyentuh hidung Zie.
"Tak boleh macam tu sayang, Kau kena habiskan belajar! Kalau kau nak masa depan yang bagus. Tak bolehlah malas malas". Kata Zie yang cuba memberi semangat kepada Z.
"Hurmmmmmm"
Z menarik nafas panjang...
"Macam mak neneklah mak cik sorang ni. Suka sangat bagi nasihat dekat aku".
Bisik Z didalam hati.
"Z Macam manalah Daya sekarang ye? Mesti anak di dah besar. Dah hampir 3tahun masa berlalukan".
Tiba tiba Zie terfikirkan Daya, yang hilang entah kemana, sejak peristiwa di Ipoh dulu.
"Apa agaknya yang dia buat sekarang? Dah berubah atau tetap macam dulu, Gedik!".
Zie ketawa... Z pula hanya diam memandang Zie sambil berkerut dahinya.
"Kau tak teringgat dekat dia ke Z?. Entah entah dia dah lebih cantik sekarang".
Kata Zie, Sambil menyeringai memandang Z.
"Hissss kau ni! Sudahlah tu".
Z bangun dah berdiri dibalconi rumahnya. Zie mengikut Z dari belakang.
"Aku tak sukalah, kau ingat semula kisah lama tu. Aku tak nak dengar lagi kesah kesah dulu. Daya adalah, satu kesilapan aku dimasa lalu... Dah berapa kali aku bagi tau kau dulu".
Sambil Z berpusing memandang kepada Zie yang berdiri sebelahnya.
"Aku ada engkau sorang je dalam hati aku ni! Aku mahu kau pun sayang aku sorang aje dalam dunia ni!"
Kata Z kepada Zie. Zie hanya tersenyum dan mencubit pipi Z.
"Aku sayang kau lah Z. Kau Jangan risau. Semua yang lepas hanya kenangan pahit manis kita bersama".
Zie memegang parut di dahi Z, Yang masih ada di situ. Akibat kemalangan yang lalu.
"Maafkan aku ya sayang. Sebab aku, kau ada parut ni. Banyak kenangan sepanjang 10hari perjalan kita kan Z".
kata Zie lagi.
"Nasiblah tak kena mata aku, kalau tak dah jadi Kasim Selamat"
Z membuat lawak. Z dan Zie tertawa bersama.
...................................,...
"Huuuuuuuuuuu letihnya".
Keluh Khai, yang baru balik dari kerja. Sambil meletakkan helmetnya diatas meja makan. Yun dan Lee yang duduk diruang tamu, hanya memandang Khai yang masuk kedalam rumah sambil mengeluh.
"Khai, Esok sabtu cutikan. Jom lepak port. Kita buka game". Ajak Lee.
"Boleh call Mus sekali. Sejak Mus dah kawin ni, jarang dia lepak sama sama kita. Rindu pula aku dekat dia"... Kata Lee lagi.
"Hisss kau ni Lee! Manalah Mus nak main motor lagi. Diakan dah kawin. Lepak mamak ajalah atau pun lepak club. Bolehlah lepaskan stress berkerja. Boleh layan live band diclub nanti".
Balas Khai.
"Yang tu aku sokong kau Khai".
Kata Yun. Sambil tersengeh sengeh.
"Dah lama aku tak lepak sana. Dulu, selalulah cari mangsa. Tapi sekarang aku nak lepak lepak aja".
Kata Yun lagi.
"Ok cantik. esok malamlah ya. Kita lepak".
Balas Khai dan mereka bersetuju untuk lepak di club. Untuk melegakan otak yang kusut dengan kerja yang banyak diofis... Khai masuk kedalam bilik dan membuka bag kerjanya. Ternampak name kad yang Zie berikan tadi. Khai mula teringatkan senyuman Zie yang sangat manis, senyumannya tak ubah seperti Siti. Memori lama mula datang semula didalam kotak fikiran Khai. Keindahan bersama Siti, Gelak manja Siti, belayan Siti... Khai baring diatas katil, sambil mengimbas kembali, saat dia mula mula berlajar bercinta dulu dan bagai mana diboleh berjumpa dan bercinta dengan Siti...
Share this novel