"Ehhh siapa pula?"
Bisik aku.
"Ehhh siapa ye? cari aku".
Aku bertanya Z.
"Manalah aku tau".
Balas Z. Aku mencapai tuala dan berjalan laju menuju ke pintu masuk. Sampai sahaja didepan pintu, aku ternampak jiran sebelah.
"Ehhh mamat sebelah rumah lahhh".
Aku berkata sendiri, bila melihat Kid didepan pintu.
"Hai Zie!".
Tegur Kid, bila nampak aku didepan pintu.
Heiii awak?".
Aku terseyum bahagia, bila terpandang wajah Kid.
"Malam ni jadi ke nak keluar makan dengan kami?" Tanya Kid sambil terseyum.
"Tadi Nuar ada bagi tau. Nak pergi makan sama sama. Tu yang saya datang tanya awak". Kata Kid lagi.
"Pukul berapa ya! Nak keluar nanti?"
Aku bertanya.
"Dalam pukul 8.30 malam boleh. Saya tunggu awak dekat kerusi semalam". Jawap Kid
"Ohh ok ok, boleh boleh. Nanti saya keluar pukul 8.30 ya. Saya mandi dulu".
Aku terseyum dan Kid juga tersenyum manis memandang aku. Terpancar wajah gembira, bila aku sudi keluar makan bersamanya.
"Ok bye awak".
Sempat Kid bermain mata.
"Bye".
Balas aku sambil tersenyum malu bila Kid, mengenyitkan sebelah matanya. berdegup kencang jugak lah dada aku ni... Aku masuk kebilik dan memerhati Z yang duduk di sofa ruang tamu, sambil membuat muka. Aku tidak memperdulikannya dan terus masuk kedalam bilik dan mencapai tuala. Aku melangkah kebilik air. Yana sempat menegur aku.
"Wahh malam ni ada dating ye?"
Tanya Yana.
"Eh tak adalah Na. Dating apanya ramai ramai. Dia berempat dengan aku seorang aja. Bukan dating namanya. Tapi berkumpulan hehehehhe".
Aku ketawa sambil masuk kedalam bilik air. Keluar dari bilik air, aku terus masuk ke bilik dan terus bersiap.
"Nak pakai baju apa ye?" Bisik aku.
Aku memangil Lin dengan Yana ke dalam bilik. Untuk tolong aku mencari baju. Padahal aku nak pergi makan je...
"Beb, baju apa ya aku nak pakai? Nak pakai simple je ke? Atau nak pakai voge?"
Aku ketawa.
"Alahhh Zie, pakai simple aja. Entah entah, jorang nak makan dekat kedai depan tu aja. Buat sakit hati aja pakai cantik cantik".
kata Yana.
"Ya tak ya jugakkan! Buatnya aku bersiap over, tau tau makan dekat depan...Kalau macam tu, aku pakai baju body lengan panjang warna coklat ni lah ya. Dengan seluar pendek jeans biru ni. Ok tak? Tak nampak over ke, pakai seluar pendek?".
Aku bertanya lagi.
"Hurmmm, bukan selalu kau pakai seluar pendik ke? Apa yang overnya". Kata Yana, sambil mengerutkan dahinya.
"Semalam kau lepak dengan budak budak tu pun, kau pakai seluar pendek. Apa yang seksinya... Lepas tu pakai selipa yang aku beli tu, senang sarung aja". Kata Yana lagi.
"Ok best lahhh. Thanks Yana bagi pinjam".
Aku terseyum bahagia
Selesai bersiap, aku keluar dari bilik dan terus duduk disofa bersebelah Z.
"Baru pukul 8. Lepak tengok television dulu lah". Bisik aku.
"Amboii wanginya". kata Z kepada aku, sebaik sahaja aku melabuhkan punggung disebelahnya.
"Kau nak kemana ni?"
Tanya Z lagi.
"Tadi siapa datang?"
Z bertanya lagi soalan.
"Aku nak keluar jap Z. Aku nak keluar dengan budak budak depan tu. Jorang ajak aku pergi makan". Aku menerangkan kepada Z.
"Kau ni Zie, semua orang ajak kau nak ikut ya?. Entah orang jahat ke! Kau mana tau".
Z mula membebel.
"Kau ni Z, kalau aku buat semua tak boleh! Aku pergi makan je lah. Kalau kau dengannnnn". Terus aku terdiam, bila Daya keluar dari dalam bilik.
"Hurmmm sudah lah Z".
Aku terus melangkah keluar dari rumah. Walaupun jam baru pukul 8.15malam. Aku duduk berseorangan dibangku bawah Apartment, sambil memasang sebatang rokok.
"Tak tau lah, kenapa Z tu. Kadang kadang ok, kadang kadang, sengaja jari pasal dengan aku. Sebelum sampai dekat Cameron ni, dia ok je. Sejak Daya datang dia asyik marah marah aja. Hurmmmmm Entah lahhh".
Aku mengeluh sendiri. Aku memandang rokok yang aku pegang dan menghembus hembus bara rokok itu. Tiba tiba aku terdengar alunan suara gitar dari belakang, tempat aku duduk. Lantas aku berpusing memandang orang yang ada dibelakang.
"Ohh Kid". Bisik aku, sambil melemparkan senyuman.
"Kenapa awak turun awal Zie?". Tanya kid.
"Malaslah nak duduk dengan mereka tu. Ada sahaja yang tak kena. Buat ni tak boleh, buat tu tak boleh. Malas nak layan".
Terang aku. Kid hanya tersenyum, menampakkan lesung pipitnya.
"Apahal lah kau ni handsome sangat Kid. Senyum kau boleh buat jantung aku ni, macam nak gugur". Bisik aku, sambil merenung Kid.
"Ehhh mana yang lain?"
Aku bertanya, bila melihat hanya Kid seorang sahaja yang turun.
"Tengah bersiap. Saya orang pertama yang mandi dulu. Lepas bersiap saya pergi ke balconi. Ternampak pula awak dekat sini sorang sorang. Itu yang saya keluar dulu".
Kata Kid dan terus duduk disebelah aku.
"Zie nak Kid dendangkan lagu ape?"
Tanya kid dengan renungan yang sangat mengoda hati aku.
"Apa apa sahaja, Yang penting merdu dan sedap di dengar". Aku terseyum dan Kid pula mula memetik gitarnya.
***Diri ini selalu ingin bersamamu
Bila ku terkenang kemesraan bersamamu sayang, masihkah aku di hati mu. Masihkah aku dihati mu sayang***
Lagu pendek yang Kid nyanyikan untuk aku. Sambil matanya tak henti henti memandang kedalam mata aku dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir.
"Woii Kid! Simpan gitar tu. Kita dah nak keluar ni".
kata Nuar yang memekik dari balconi.
"Ohh ok jap jap".
Kid bangun lalu menghulurkan gitar dari balconi apartmentnya. Nuar menyambut gitar itu dan membawa masuk kedalam rumah. Bila semua sudah berkumpul dibawah apartment. Kami berbincang untuk makan dimana malam ni.
"Ok, nak makan dekat mana?".
Tanya Zul.
"Kalau nak makan jauh, kita kena naik kereta". kata Zul lagi.
"Ehhh tak nak jauh jauhlah. Kita jalan kaki makan dekat Tanah Rata ni pun ok. Banyak juga restoran berdekat sini".
Aku menberi pendapat, Bila mendengar mereka nak pergi membawa aku dengan kereta. Takut jugak aku ni. Bila mereka kata nak naik kereta. Buatnya mereka colek aku.
"Ohh ok lah kalau macam tu. Kita makan dekat depan tu ajalah ye". Kata Zul dan mereka semua bersetuju.
Masa perjalan ke kedai makan, Azhar memulakan soalan kepada aku.
"Zie datang sini dengan boyfend ke?"
Tanya Azhar selamber. Aku hanya tersenyum.
"Nak cerita ke tak nak ya". Bisik aku, sambil memandang mereka.
"Zie datang sini dengan kawan lelaki dan kawan kawan perempuan Zie. Kami semua satu sekolah. Kira ini reunion terakhir kami. Kami semua akan berada di sini selama 10hari. Sebelum masing masing masuk belajar dengan berkerja". Cerita aku.Â
"Yang sebanarnya Zie tak nak ikut! Tapi bila dapat tau boyfriend Zie ikut. Zie ingat nak buat surprise lah, dekat boyfrend Zie. Tapi, lain pula yang jadi. Bila sampai sini, Zie betul betul terperanjat, bila boyfrend Zie dengan perempuan lain. Perempuan tu bertudung." Cerita aku kepada mereka.
"Hurmmmm! Manalah nak sama macam kite yang tak pakai tudung ni. Kita bukanya baik. Nak kata alim, jauh sekali... Hati ni betul betul sakit sangat! Mula mula Zie, agak kecawa. Tapi sekarang dah ok dah".
Cerita aku lagi, sambil sedikit tergelak.
"Ahhh lantak lah dia. Sekali petik, empat jejaka datang depan mata hehehhe".
Kata aku sambil ketawa, memandang empat jejaka dikeliling aku. Mereka berempat juga terseyum. Leka bercerita, tau tau dah sampai ke kedai makan. Kamu duduk dan memesan makan masing masing. Aku memesan nasi goreng ayam. Yang lain makan nasi goreng kampung. Lepas order makan dan minuman. Azhar pula bertanya kepada aku.
"Habis tu, Zie tinggal sini lagi berapa hari?".
Tanya Azhar.
"Masuk hari ni sudah empat hari kami dekat sini. Kami akan menghabiskan masa kami selama 10hari di sini atau 7hari di sini dan selebihnya di ipoh. Tengok keadaan". Kata aku.
Masing masing menganggukkan kepala, tanda faham.
"Lupa nak tanya. Korang pula berapa hari di sini? Buat apa datang ke sini?" Tanya aku pula.
"Ohhh kami ke sini jalan jalan sambil belajar tentang asal usul cameron ni. Nak bentangkan nanti, masa di kolej nanti". Jawap Kid.
Kami di sini 5 hari 4 malam sahaja. Malam ni dah malam ketiga. Esok malam terakhir kami kat sini".
kata Kid lagi.
"Ohh sekejapnya. Nanti tak dapat jumpa lagi". Kata aku.
"Alah handphonekan ada. Boleh watsap watsap apa. Teknologikan dah cangih".
kata Nua... Kami bertukar tukar nombor handphone masa dikedai makan. Selesai makan kami berjalan pulang ke apartment semula. Sampai di apartment, kami tidak terus masuk. Kami duduk dikerusi panjang dibawah dan sambung berborak lagi.
"Bodohnya EX boyfriend awak tu".
Tiba tiba Kid bersuara. Berpandangan kami semua kepada Kid.
"Ye lah". Sampuk Nua pula.
"Bodoh sungguh, dah dapat gadis jelita, manis, baik, ditinggalkan begitu sahaja".
Kata Nua lagi. Sambil terseyum.
"Hurmmmm kalau aku, dapat awek cantik macam Zie, Aku simpan dalam bilik. Jangan kasi keluar bilik. Sebab cantik sangat! Rugi kalau tunjuk dekat orang. Nanti kena kebas hehehhehe".
Nua membuat lawak. Semua member member ketawa terbahak bahak.
"Ada ada aja lah awak ni Nua".
Kata aku.
"Nak kami nyanyikan awak lagu tak? Supaya, bila kita berpisah nanti, awak tak akan lupakan kami dan saat saat indah awak bersama kami".
Kata Kid dengan renungan yang setia romantik. Aku menganggukkan kepala dan tersenyum memandang Kid.
Share this novel