part110

Romance Completed 40494

Keesokan harinya Zie bangun pagi dan menyediakan sarapan buat Z. Kerana hari ini hari minggu. Selepas membuat sarapan Zie menulis sepucuk surat kepada Z dan Zie keluar untuk mencari ketenagan jiwa. Zie lalu diruang tamu sebelum keluar dari rumah. Hatinya menjadi sebak, bila melihat Z yang tidur diatas sofa. Teringin sangat Zie untuk memeluk Z, buat kali terakhir. Tetapi apakan daya. Hati yang sakit, lebih meguasai dirinya.

"Maafkan aku Sayang".

Wajah Zie layu. Zie melangkah pergi bersama bag bajunya... Bila Z bangun dari sofa di ruang tamu, Z berteriak nama Zie, tapi tidak bersuara. Lantas Z banggun dan terus ke dapur.nTelihat sarapan sudah tersedia, bersama sepucuk surat di atas meja. Lantas Z membuka surat itu dan membacanya.

Z sayang,
Aku sudah berfikir malam tadi. Aku rasa, aku tak layak buat kau. Aku tak boleh bagi kebahagian buat kau.bAku rasa lebih baik kita berpisah. Aku nak kau terima semua keputusan yang aku akan buat ini.
Z sayang.
Aku nak kau terima Daya semula. Aku tak dapat bagi kau anak. Aku tahu, itu yang kau inginkan. Aku akan kesepian selepas ini. Aku akan bawa diri aku pergi Z. Aku akan Melangkah pergi, mencari jiwa yang kosong ini.
Z sayang.
Maafkan aku Sayang. Halalkan segala yang engkau berikan kepada aku, sepanjang kita bersama.

Khas buat dikau yang aku cintai.
Sayang ku Z.

Z menitiskan air mata, bila membaca surat dari Zie. Terasa berat untuk terima semua ini. Kekasih dan isteri yang tersayang pergi begitu sahaja.

"Kenapa akhirnya begini Zie".

kata Z sendiri.

"Aku tak mahukan apa apa dari kau sayang. Aku cuma mahu kau kau sahaja, dalam hidup ini. Aku tak kesah kita tak punya anak. Yang aku nak, kau ada di depan mata aku. Itu sudah cukup, buat aku bahagia".

Kata Z lagi. Sambil duduk di kerusi meja makan, sambil termenung.

"Zie, u dah fikir masak masak ke?. Apa yang u buat ni".

Tanya fitri.

"Hurmmm. I tak tau lah Fit. I sayang dia, tapi i rasa geram bila kenang semula, apa yang dia buat masa di Singapore tu. I tak boleh terima dia Fit".

"U jangan ikut hati Sis. Kenapa u tak tanya Z, apa yang dia nak sebenarnya".

Sampuk Dee.

"I buntu Dee, i tak tau nak buat apa lepas ni Dee. I rindu Z, tapi i tak mahu dia terseksa tanpa anak dengan i Dee".

"Tapi sis, u tau ke dia akan bahagia dengan Daya nanti. Atau Z akan lebih menderita sis. U kena tahu kehendak Z juga Sis".

Kata Dee, sepertinya mahu membela Z.

"Masa u dengan Fitri tengok Z di Singapore hari tu dengan Daya, ada ke u rasa Z tak bahagia bersama mereka. Cuba u bagi tahu I Dee. U pun Fit. Apa yang u rasa tentang mereka hari itu".

Tanya Zie, sambil memandang Dee dan Fitri.

"Sekarang hanya tinggal cerita tentang hati i yang terluka, bila tengok Z bahagia dengan Daya dan anak dia. Korang tak tau i sedang mederita. I derita bila lihat mereka. Hancur hati i Dee. Sakit hati i ni, bila kenang semula, apa yang Z dah buat".

Kata Zie lagi.

Fitri bangun dari sofa yang dia duduk dan datang dekat kepada Zie.

"Kalau awak nak saya sentiasa ada bersama awak, saya sudi ada dan mendengar luahan hati awak".

Kata Fitri, sambil melabuhkan punggunnya disebelah Zie.

"Thanks Fit, sudi mendengar luahan hati i. Maaf menganggu u hujung minggu ni. Sampai u terpaksa datang kerumah Dee".
kata Zie.

"U duduk di sini je lah sis".
Ajak Dee.

"Tak apa Dee i hanya singgah sekejap je di sini. I akan pergi tenangkan fikirkan i Dee".
kata Zie.

"I temankan u Zie... I tak nak u keseorangan, i risau keselamatan u Zie".

"Ehhh tak apa Fit, i tau jaga diri i. U jangan risau Fit. I cuma nak cari ketenagan jiwa ini je".
kata Zie sambil tersenyum.

"U nak ke resort Khai ke sis?".
Tanya Dee.

"Tak Dee, i tak ke sana... I nak pergi ke tempat yang orang tak kenal i. I nak keseorangan Dee. i tak nak sesiapa tahu kemana i nak pergi".
Terang Zie.

"Hurmmmm sudah lah tu sis. Jangan lari dari masalah! Tolong fikirkan tentang Z".

Kata Dee kepada Zie.

"Z pasti risau tentang u sis".

kata Dee lagi... Zie hanya berdiam diri dan bangun dari tempat duduknya.

"Thanks Dee, sudi jadi kawan i. Doa kan i bahagia selepas ini".

Kata Zie sambil memeluk erat Dee dan mencapai bagnya. Dee pula mengalir air matanya bila Zie hendak melangkah pergi.

"Ingat i selalu ye sis". kata Dee.

Zie hanya terseyum.

"Fitri, maafkan i. I tak nak u terluka. Thanks Fit, sudi menjadi peneman i. I tak kan lupakan u Fit".

Kata Zie, sambil menghulurkan tangannya kepada Fitri. Fitri menyambut tangan Zie.

"Jangan pergi Zie. Tolong jangan pergi".
Kata Fitri.

"Jangan macam tu Fit. i akan kembali. Tapi buat masa ni, i kena pergi".

Zie merenung Fitri.

"Selamat tinggal Fit".

Zie melangkah pergi meninggalkan Fitri dan Dee dengan linagan air mata... Sebelum meneruskan perjalan, Zie sempat menalifon Khai. Terasa bersalah jika tidak menghubungi Khai. Kerana dirinya, Khai ada di KL. Zie duduk didalam kereta dan menghubungi Khai.

"Hello Khai".

kata Zie, bila pangilanya dijawap oleh Khai.

"Haii Zie! Awak dekat mana Zie?".

"Saya ada di KL lagi Zie".

"Khai, saya nak pergi. Saya akan pergi jauh kali ini Khai. Di satu tempat yang sesiapa pun tak boleh cari i, terutama Z".

Berkerut dahi Khai, bila Zie kata begitu.

"Kenapa terburu buru. Jom ke resort saya Zie".

"Maafkan saya Kahi. Saya nak ketempat yang dapat melupakan kenangan bersama Z".

"Boleh saya ikut awak ke Zie. Saya tak boleh lihat awak ke seorangan".

"Tak boleh khai. Tolong faham saya Khai. Kali ini saya nak sendirian. Harap awak faham saya.
Ini suratan saya khai".

Kata Zie sambil tersekat sekat suaranya. Menahan sebak.

"Thanks Khai sudi dan setia mendengar luahan hati saya".

"Zie, saya benar benar cintakan awak. Saya harap awak pergi hanya seketika. Jangan merajuk lama lama Zie. Dan awak tak perlu ucap selamat tinggal kepada saya Zie. Saya setia menanti awak di sini. Selamt tinggal sayang. Jaga diri di tempat orang nanti ye".

"Baik Khai, selamat tinggal. Kalau takdir menentukan, kita akan berjumpa lagi".

Balas Zie dan memutuskan talian talifon bimbitnya... Zie meneruskan perjalannya menaiki kapal terbang ke Langkawi. Untuk menenangkan jiwanya... Mana kala Z menanti Zie dengan penuh harapan. Kesedihan yang teramat sangat. Tak tertanggung rasanya. Z masuk kedalam bilik dan baring diatas katilnya. Kenangan bersama Zie didalam rumah itu, menjadikan Z betul betul tertekan dan sakit untuk ditanggung. Lalu Z menghantar satu pesanan suara melalu WhatsApp untuk Zie... Z juga bertekat untuk pergi mencari ketengan buat dirinya.

*Zie sayang, aku tau kau sakit dengan perbuatan aku. Aku juga sakit Zie. Sakit bila kau meninggalkan aku begitu sahaja. Takdir aku telah tertulis penghujungnya... Maafkan aku Zie
Aku tetap rindu dan sayang kau".

Kata Z di peti suara WhatsApp. Dan dihantanya kepada Zie.

"Bip Bip Bip".

Watsap masuk, apa bila Zie On semula talifon bimbitnya. Bila sampai dilapangan Langkawi. Ada empat watsap masuk. Dari group ladies Yana dan Lin, dari Khai, dari Fitri dan terakhir dari Z... Sayu hati Zie, bila tertera nama Z. Mata mula berkaca. Zie hanya membiarkan sahaja, ke lima lima WhatsApp tersebut dan menekan butang off semula, lalu pergi menyewa kereta untuk satu minggu dahulu. Dan terus ke lokasi hotel yang dia akan Zie tinggal. Zie memilih untuk tinggal diresort berhadapan laut.

"Dik bagi saya satu bilik yang menghadap kepantai. Saya ada booking semalam".

Kata Zie kepada budak lelaki dicounter daftar masuk. Budak itu memerikasa computernya dan memberikan kunci bilik kepada Zie. Bila masuk ke dalam bilik, terasa tenang hati Zie. Bilik yang cantik dan bersih. Zie tersenyum sendiri.
Dan terus baring di atas katil yang sunguh selesa... Walaupun sudah berada jauh, Zie tetap teringat akan Z. Terasa rindu bila berjauhan.

"Hurmmm macam manalah kau disana Sayang". Bisik hati Zie.

"Aku betul betul rindu kau. Kenapa ini semua terjadi didalam hubungan kita ye Sayang?".

Tanya Zie lagi sendiri.

"Maafkan aku Sayang".

Zie mengambil walletnya dan melihat gambar Z yang telah lama berada didalam walletnya. Air mata mula mengalir. Zie menarik bantal dan memeluk bantal itu, Akhirnya Zie tertidur.

"Mie, Manalah agaknya Zie pergi ye?". Tanya Z.

"Aku sayang dia Mie. Tapi aku tak dapat tahan dia dari pergi tinggalkan aku. Zie betul betul keras kepala. Dia tak nak dengar apa yang aku nak luahkan".
Kata Z lagi.

'Hurmmmm hentahlah Z. Aku pun tak fahamlah dengan kau Dan Zie ni. Banyak sangat halangan. Daripada berkawan, bercinta hinggalah korang dah berkahwin. Still masalah melanda hubungan korang".

Kata Mie kepada Z. Z hanya tunduk memandang ke bawah.

"Kau tidur jelah dekat rumah aku ni Z. Kau balik pun nak buat apa. Zie bukannya ada.
Kalau dekat sini, kau boleh bercerita dengan aku".
Kata Mie kepada Z.

"Hurmmmm ok lah Mie. Aku pun malu nak balik rumah keluarga aku. Aku tak tau nak cakap apa dengan mama aku, kalau meraka Tanya Mana Zie... Aku rasa, buat masa ni, baiklah aku rahsiakan hal ni kepada keluarga aku dulu. Aku tak nak jadi Hal nanti".

Kata Z kepada Mie. Mie hanya mengganguk tanda faham... Bila menjelang petang Zie bersiap siap untuk berJalan jalan di sekitar pantai.

"Moga ada sesuatu yang best di Sana. Dapatlah melupakan Z semintara waktu".
Bisik hati Zie.

Zie melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke tepian pantai. Dari jauh dapat lihat pemandangan yang sangat indah. Pasangan kekasih bergelak tawa, teman teman berkejaran. Terpandang disatu sudut dihadapan pantai.
Ada meja makan Candi light yang disediakan hanya untuk pasangan kekasih. Sungguh cantik dengan hiasan dia sekitar meja itu. Zie mula teringatkan Khai. Lelaki pertama yang menyediakannya seperti itu. Zie mula tersenyum sendiri. Zie berjalan berjalan jalan ditepi pantai sendirian.

"Haii Zie".

Tiba tiba seseorang mengur Zie dari belakang. Terperanjat Zie, bila disini ada yang mengenali dirinya. Zie berpusing memandang suara dari belakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience