pt16

Romance Completed 40494

"Apa apa ajalah Z, yang penting aku nak naik, benda alah tu. Boleh kau sewakan aku. Aku nak bawa masuk kedalam hutan, tetiba aku malas pulak nak jalan".
Kata aku kepada Z dengan nada teruja dan tergelak kecil.

"Ok dear!"

Balas Z sambil menarik hidung aku. Kembang kempis hidung aku menahan sakit.

"Ok sesiapa lagi nak naik motor tu. jom pergi sewa".

Kata Z kepada kawan kawan yang lain. Rupanya semua pun mahu nak naik juga.

"Hurmmmm sama sama malas nak berjalan rupanya".

Bisik aku didalam hati. Kami beratur mengambil motor sewa masing masing.

"Siapa nak naik dengan aku?"

Jerit aku kepada kawan kawan.

"Ehhh biar aku naik dengan kau".

kata Z, sambil berjalan menuju kepada aku.

"Z sayang, meh lah sini. Siapa nak naik dengai I. I sorang je ni. Lagi pun i takut nak bawa motor ni".
kata Daya dengan nada manjanya, kepada Z.

"Tak apa lah Z, u pergi temankan dia. I tak kesah".

Aku megajuk dengan ayat I, U yang Daya sering guna gunakan.

"Lagi pun, dia tak pandai bawa. U bawa lah dia Z"... Kata aku lagi, sambil menjeling menyampah.

Z berjalan dengan muka masamnya.
menuju ke Daya.

"Hisss macam macamlah kau ni".

Marah Z. Z mengambil tempat didepan dan Daya duduk di belakang Z. Daya memeluk Z dengan lengok gediknya...

"Hurmmmm... Meluat aku tengok".
Aku berbisik di dalam hati.

"Mie, jom naik dengan I. I takut lah sorang sorang i takut jatuh"...

Aku membuat nada gedik kepada Mie. Yang sebenarnya, aku menyindir Daya... Pada hal, aku pandai je bawak motor.

"Meh lah Mie, biar Shah bawak motor sorang sorang. I bawa u. U duduk belakang I".

Aku memandang Mie, sambil tersenyum.

"Kau ni Zie, macam macam lahhhh! jap jap".

Mie turun dari motor Shah dan pergi ke aku.

"Mie, kalau u takut u peluk i kuat kuat ya. Nanti u jatuh pula".

Tergelak mereka semua, bila melihat gelagat aku dan Mie.

"Ada ada aja lawak kau ni Zie".

Balas Sham sambil ketawa.

Aku mengeluarkan getah rambut dan mengikat tinggi rambut, serta disiputkan seperti biasa aku buat. Barulah rasa lega, tengkuk aku ni. Panas betul bila lepaskan rambut. Leher akan berpeluh dan jadi tak selesa.

"Ok 1,2,3, lest goooo. Kita masuk hutan. yehhh".

Jerit aku. Aku betul betul gembira dapat masuk hutan. Mie memelok aku dengan perasaan malu malu. Dia menarik sahaja baju aku. Dia ingat dia naik kuda agaknya. Aku tarik tangan Mie, agar Mie memelok aku betul betul.

"Alahhhh Mie. Kau nak malu apa dengan aku? kita kan semua kawan. Ko angap aja aku ni lelaki".

Aku ketawa sambil membuat lawak.

"Hiss kau ni Zie ada ada sahaja nak mengusik aku". Kata Mie yang juga ketawa di atas motor.

Hampir 3 jam kami di dalam hutan, satu jam bermotor dan lagi 2 jam berjalan kaki. Melihat keindahan hutan simpan Cameron Highland yang agak luas. Sampai kejang kejang kaki aku berjalan. Dah lama betul tak masuk hutan... Keluar dari tempat itu, sudah masuk tengahri.
Perut kami semua sudah kelaparan. Asik minum air mineral je dari tadi, sampai kembung perut.

"Korang nak makan dekat mana?"
Tanya Sham.

"Suka hati, janji kenyang".
Balas Mie.

"Ok, kita makan tempat semalamlah ye? Kena nasi campur".

"Ok, jommm". Balas Mie.

Kami masuk kedalam kereta masing masing. Aku masuk ke kereta Z dan terus mengurut gurut kaki yang sakit dibetis.

"Haaaa ni dah kenapa"? Tanya Z.

"Kaki aku sakit lah Z. Dah lama tak jalan jauh"...

"Tak apa! Nanti balik aku urutkan".
kata Z sambil terseyum.

"Ok! Janji ya".

Aku terseyum bahagia, bila ada orang yang sanggup mengurut aku balik nanti... Kami berhenti makan ditempat semalam yang kami pergi. Aku yang agak lapar. Sampai habis aku melantak, lepas makan makan kami semua balik ke Apartment kami.

"Letihnya lah haiii. Kalau dapat bantal syoknya".
Kata aku di dalam hati.

"Balik ni, aku nak terus tidur lah Z. Aku letih sangat. Kaki aku pun sakit juga ni. Kalau dapat tidur, mesti lega".

"Ahaaa, sama lah. Balik ni pun, aku ingat nak terus tidur dulu. Letih sangat dah ni". balas Z.

Sampai di apartment, aku sempat tertinjau tinjau di pintu rumah sebelah.

"Ehhh berkunci aja ni. Pasti mereka pergi jalan jalan".bisik aku sendiri.

Aku masuk ke dalam rumah dan terus masuk kedalam bilik. Aku membuka buka baju singlet sport dan hanya memakai sport bra dan aku tukar seluar pendek. Aku melompat keatas katil sambil terlangkup baring memeluk bantal dikepala... Tak sampai 5 minit aku pun terlelap.

"Oii Zie! Bangun bangun. Dah nak magrib ni".

Kejut Z. Aku mengeliat sambil memandang kepada Z.

"Meh kaki kau, kata nak urut".

"Oh ye lah Z. Bukakan aku lampu. Jangan lampu besar, lampu meja tu je! Lampu besar terang sangat, silau mata aku nanti".

Kata aku kepada Z. Z menurut sahaja, kata aku. Dia membuka lampu tidur diatas meja solek.

"Barulah nampak muka kau Zie. Tadi bilik kemain gelap. Hanya cahaya dari tingkap sahaja yang masuk ke dalam bilik ni".
kata Z.

"Oiii ape hal tak pakai baju ni!".
Z berkerut dahi, bila melihat aku seperti itu.

"Alahhh, Malas aku nak tukar. Ini pun singlet juga apa. Tapi dia separuh... Baju tak banyak lah Z. Aku bawak sikit aja. Itu yang aku pakai macam ni aja, bila tidur". Kata aku sambil terseyum.

"Hurmmm, kau jangan keluar bilik macam ni ye. Nanti apa pula kawan kawan yang lain fikir".

Kata Z, kepada aku... First time Z tegur apa yang aku pakai.

"Pakai macam ni dah macam orang tak pakai baju sayang". kata Z sambil menepuk peha aku.

"Ye lah ye lahhhh".

Aku membuat muka kepada Z.

"Membebel macam mak aku lah kau ni".

"Bukan apa Zie. Nanti orang ingat apa pula, kalau kau keluar macam ni. Hati orang kita tak tau kan... Kadang kadang nampak mereka senyum. Tapi dalam hati sebaliknya".

"Baiklah wahai cik abang! Nanti bila aku nak keluar mandi, aku tutup dengan tuala, badan aku"..

Kata aku kepada Z. Terseyum manis Z.

"Zie ohh Zie! Ada orang cari kau".
Kata Sham sambil menjerit diluar bilik. Aku dan Z berpandangan sambil mengerutkan dahi aku. Begitu jugak Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience