Zie menjamu makanan yang di bawa oleh Amir. Selesai makan Zie bersiap untuk keluar mengambil angin diluar biliknya. Tiba tiba Zie terfikir tentang pakaianya
"Hurmmmm aku tak ada baju. Aku nak pakai apa? Takkan nak pakai baju kebaya. Aduhh kenapalah aku lari tak bawa baju ni. Baik aku pergi beli baju dekat area sini. Mesti ada Kedai baju".
Zie membuka almari baju Khai. Tergantung tshirt tshirt dan kemaja. Seluar pula terlipat kemas disetiap tingkat didalam almari.
"Hurmmm, pakai tshir Khai lah. Pakai balik dengan seluar pendik aku ni balik".
Zie bercakap sendiri. Bila sudah bersiap, Zie turun kebawa diruangan pendaftaran masuk dan keluar. Ternampak Amir berada kuanter. Zie terus pergi kepada Amir.
"Amir, sini mana ada mall?".
Tanya Zie.
"Oh sini tak ada mall Cik. Cik nak beli apa?".
Tanya Amir.
"Saya nak beli baju lah Amir".
Jawap Zie.
"Oh kalau macam tu, boleh pergi ke pasaraya hari hari di penghujung simpang depan tu. Tapi tak adalah yang berjenama Cik. Tapi banyak jugak yang cantik cantik".
"Ohh, Tak apa Amir. Saya bukan nak yang berjenama. Biasa biasa pun boleh". Kata Zie sambil terseyum.
"Jauh ke Amir?".
Tanya Zie lagi.
"Tak jauh sangat dalam 2, 3minit naik kereta".
"Oh dekat jugak, Boleh callkan saya teksi? Saya nak ke sana. Kamu tengok ni, saya terpaksa pakai baju Khai. Dah lah besar".
Ngomel Zie didepan Amir, Amir tersenyum memandang Zie.
"Tetap cantik, Walaupun pakai macam ni" Bisik Amir, yang setia memandang Zie.
"Tak payah teksi lah Cik. Saya boleh bawakan".
Balas Amir.
"Ohh, boleh ke? Thanks Amir".
Zie betul betul gembira, Bila Amir sudi membawanya ke kedai pakaian. Zie mengikut Amir diparking kereta untuk staff dan mereka bersama pergi kepasaraya yang Amir katakan tadi. Sampai pasaraya itu. Zie membeli tiga set pakaian dalam, dua helai dress pendik dan dua helai dress panjang.
"Senang tak payah nak beli seluar seluar. Benda kecemasankan, Tidur malam nanti, barulah sebat baju Khai. Bukan ada siapa pun yang tengok.
berbogel pun boleh".
Kata Zie di dalam hati sambil tersenyum sendiri. Zie sepantas kilat memilih dan membayar baju baju tersebut. Dia tak mahu Amir menunggunya lama di dalam kereta.
"Rm87 Cik".
"Whatt! murahnya".
Kata Zie, sambil tersenyum kepada budak dikuanter bayar dan senyuman itu dibalas oleh budak itu... Zie tidak pula tengok harga di tag baju itu tadi. Dia hanya ambil yang mana cantik di matanya dan terus ke kuantar bayaran. Zie membuat bayaran dan berlalu keluar dari kedai itu. Zie terus pergi kepada Amir yang setia menunggunya didalam kereta.
"Wahh cepatnya pilih baju".
Kata Amir.
"Saya pakai ambil je Amir. Malas nak pilih pilih".
Terseyum Amir memandang Zie. Mereka berdua pulang semula ke resort.
"Thanks Amir, Temankan saya".
"Sama sama Cik! Kalau nak apa apa call sahaja nombor 0, bahagian kuanter. Saya ada dekat bawah ni".
"Ok Amir Thanks".
Balas Zie dan terus Zie naik semula kedalam bilik. Bila sampai dibilik, Zie berteraburkan baju yang dibelinya tadi di atas katil.
"Ehh, orang tu salah kira ke?".
Zie melihat tag di set baju dalamnya.
"Wowww rm10 sepasang, murah gila". kata Zie sendiri dan melihat pula tag baju dressnya.
"Wahh wahh boleh shopping lagi ni, baru rm19 je dress ni. Menyesal tak beli banyak".
Zie tersenyum kepuasan.
...................................................
Satu malam Z tidak dapat melelapkan matanya. Pagi pagi lagi Z sudah menalifon rumah Zie. Untuk bertanyakan tentang Zie. Hati Z mula rasa tidak sedap, sejak Zie meninggalkannya.
"Hello, Aunti Zie ada ke?".
Z bertanya, bila sahaja mendengar suara Ibu Zie.
"Ohhh Z... Zie tak balik malam tadi. Tidur rumah Yana agaknya, Cuba call Yana atau Lin". Jawap ibu Zie kepada Z.
"Ok thanks Aunti. Maaf mengganggu".
Z memutuskan talian dan bersambung dengan menghubungi Yana dan Lin. Tapi tidak berangkat.
"Takkan lah tidur lagi dah pukul 12 tengahari".
Bisik Z didalam hati. Z rasa sunguh tak sedap hati dan terus memandu ke rumah Yana. Sampai sahaja di rumah Yana. Z terus masuk kedalam pintu gate dipaking kereta rumah Yana.
"Kereta Yana ada. Moga Zie juga ada dengan mereka". Bisik Z.
"Yana oh Yana! Assalamualaikum".
Z berteriak diluar rumah. Mak minah keluar dari dalam rumah dan terseyum melihat Z.
"Oh Cik Z, Masuk masuk"
"Mak Minah Zie ada?".
"Cik Zie, tak ada. Malam tadi Cik Zie tak ada pula balik sama sama mereka. Cik Yana dengan Cik Lin sahaja balik sini malam tadi".
Balas mak Minah.
"Boleh panggilkan mereka? Saya nak jumpa".
"Boleh boleh! masuk dulu Cik Z".
"Ehh tak pe, saya duduk di kerusi taman sahaja".
Yana dan Lin keluar dari rumah dengan muka yang blur. Bila bangun dari tidur.
"Wowww Z, apa yang kacau orang pagi pagi ni. Zie mana?".
Tanya Lin, sambil matanya melilau mencari cari Zie.
"Korang, Zie tak balik sini ye? Aku call rumah mak dia pun dia tak ada di sana, aku risaulah".
Kata Z, sambil tunduk kebawah.
"Ehhh Z, aku yang hantar Zie dekat rumah kau. Takkan lah dia tak datang rumah kau?".
Tanya Yana, dalam keadaan yang cemas. Z hanya tunduk.
"Kenapa ni? Apa yang sudah jadi?, mana Zie?".
Tanya Yana pula. Sambil duduk disebelah Z.
"Jangan buat kami risau Z".
Kata Yana lagi.
"Aku juga risau korang! Sesuatu telah terjadi malam tadi. Aku menyesal sunguh".
jawap Z.
"Kau buat apa dengan Zie?".
Tanya Lin dan terus duduk di kerusi berdepan Z.
"Korang, Daya ada dekat rumah aku malam tadi. Dia tumpang tidur dekat rumah aku. Tapi bukan aku yang benarkan. Mie yang benarkan dia tidur di rumah kami".
"Ohhhhh god Z, Kenapa boleh jadi macam ni".
Kata Lin.
"Aku sayang dia korang. Aku kena cari dia. Tapi aku tak tau dia dimana? Aku betul betul buntu sekarang ni".
Merah merah muka Z menahan air mata dari keluar.
"Jap aku cuba call dia".
Balas Lin. Lantas berlari masuk kedalam rumah untuk mengambil talifon bimbitnya. Sambil berjalan keluar rumah. Lin cuba menghubungi Zie.
"Ye lah Z, dia tutup handphonenya. Kejap aku call Khai?"
Kata Lin.
"Siapa Khai Lin?".
Tanya Z, wajah Z berkerut.
"Oh, kawan Zie. Kami baru kenal. Masa di club hari tu. Manalah tau kan, dia ada di rumah mereka atau ada call mereka".
Lin menghubugi Yun untuk berckap dengan Khai.
"Hello Yun, boleh saya bercakap dengan Khai".
"Ehh kenapa cari Khai pula ni? Dah tak sayang saya ke?".
Yun cuba melawak.
"Bukan macam tu lah wak, Panggil lah Khai sekejap. Saya ada hal penting ni".
"Ok! ok! Sekejap ye?... Khai! Lin nak cakap!"
Jerit Yun, Khai berjalan laju dan mengambil talifon bimbit dari tangan Yun dan menjawap pangilan itu dengan dahi yang berkerut
"Ye Lin kenapa?".
"Khai, Zie ada di sana ke? atau Zie ada call awak?".
"Ehhh kenapa ni? Dia tak ada di sini.Tak juga talifon saya. Kenapa Lin?".
"Khai, Zie tak balik malam tadi. Ada kejadian yang buatkan dimenghilangkan diri".
Khai sangat terperanjat. Mendengar cerita Lin.
"Lin saya datang rumah awak, dalam 10 minit saya sampai".
Kata Khai, yang betul betul risau dengan keselamatan Zie.
"OK khai".
Lalu Lin memutuskan taliannya.
"Tak ada lah Z. Zie tak ada call jorang. Tak ada juga datang rumah jorang".
"Semua salah aku! Aku tak sangka semua ni akan terjadi lagi. Kejadian di ipoh berulang kembali. Tapi aku dapat rasakan, kejadian kali kedua ni. Lebih merungsingkan aku. Kemana dia pergi ye?".
Lin mengosok gosok belakang Z, agar Z lebih tenang.
"Sabar Z, kami juga risau".
Tak sampai 10 minit Khai sampai ke rumah Yana. Bersama Yun dan Lee. Kerana Khai tak tau lokasi rumah Yana. Khai terpaksa mengajak Lee dan Yun, ikut bersamanya. Khai bergegas masuk diikuti Lee dan Yun.
Share this novel