Sahabat mesra

Romance Completed 40494

"Z, sepanjang aku kenal kau dari darjah 6, sampailah kita dah tamat persekolah, kau tak ada girlfrend ke? Aku pelik juga sebenarnye. Sebab kau tak pernah ceritakan apa apa pun tentang perempuan yang kau suka, dekat aku. Bagi aku, kau boleh tahan handsome, berkulit hitam manis giteww, tinggi pulak tu. Sweet aja aku tengok. Yang paling aku suka, kemas pandai mengayakan semua cara pakaian kau. Takkanlah kau tak ada langsung girlfrend?".

"Hisss kau ni Zie, puji puji aku ni dah kenapa?".

Balas Z sambil memusingkan badannya memandang kepada aku dengan renungan dan senyuman.

"Yang sebenarnya, aku pernah girlfriend dulu! Tahun lepas, Lepas kita habis SPM. Tapi entah lah. Aku tak berapa suka sangat perangai dia. Mengedik sana mengedik sini. Aku rasa dia dengan aku tak sesuai langsung. Sentiasa nak melekat dengan aku. Buat aku mula bosan... Tak dinafikan nula mula seronok, tapi bila dah lama lama, aku pulak naik rimas". Cerita Z selamber.

"Ohhhhhh! kau memilih sangat ni".

"Hummmm tak adalah Zie. Aku tak memilih pun. Sedap sedap mata memandang pun sudah ok. Kau doakan aku dapat girlfrend ye hehehehhe". Z melawak.

"Kau nak aku carikan ke?"

"Hissss tak mahu lah! Kau ni Zie". Kata Z dan kami berdua ketawa kecil.

Bila semua sudah berkumpul semula, kami meneruskan perjalan terus ke Apartment. Masing masing sudah kelihatan sangat penat. Sudah tak larat nak berjalan jalan lagi. Sekarang ni aku dah rasa nak pelok bantal aja... Sampai diapartment, Sham mengambil kunci diblock sebelah. Sham berjalan kaki sahaja. Apartment kami block A, manakala tuan punya apartment yang kami mahu sewa itu berada diblock B. Kami semua hanya menunggu didalam kereta.

"Zie, kau rasa aku ni ok ke? Apa pendapat kau tentang aku?"

Tiba tiba Z bertanya pendapat aku tentang dirinya.

"Yang sebenarnya aku dah lama nak tanya dengan kau, tentang perasaan kau dekat aku, sepanjang kita berkawan".

Kata Z lagi sambil terseyum menampakkan giginya.

"Bagi aku, kau sangat baik. Seorang lelaki yang comel. Aku sayang sangat dekat kau".

Kata Zie sambil mencubit pipi Z. Tersengeh sengeh Z, bila mendengar pendapat Zie tentang dirinya... Sham sampai kepada kami dengan kunci ditangan.

"Ok korang jom."
kata Sham.

"Oii tingkat berapa ni Sham?".

Tanya Lin yang kelihatan begitu keletihan. Wajah yang tadi sebelum perjalan keCameron begitu cantik dan ayu. Bila wajah keletiha datang. Muka masing masing dah macam pontianank.

"Bawah ni aja, tingkat satu. Yang ada balconi tu". Tunjuk Sham.

"Wahhh bagus bagus".

Kata aku didalam hati. Tak adalah penat nak panjat anak tangga... Kami berjalan pergi kepintu masuk diapartment. Besar juga apartmentnya.
Dari luar nampak kecik aja. Bolehlah berdisco dekat dalam ni. Ruang tamu pun boleh tahan besar.

"Ok, sekarang aku nak lelaki satu bilik, perempuan satu bilik. Lelaki kalau tak mahu tidur bilik, boleh tidur dekat ruang tamu. Bentang sahaja toto". Kata Sham.

"Dekat sini ada tiga bilik. Dua bilik besar, boleh muat untuk lima orang sebab dalam bilik ada 2 katil queen dengan 1 katil bujang. Satu lagi bilik kecik macam stor, tapi boleh tidur. Ada katil singgle satu dalamnya".

Terang Sham lagi.

"Ok cun, aku nak bilik tu Sham. Aku nak tidur sorang sorang. Bolehkan Sham?".

Aku membuat nada manja, semasa berbicara dengan Sham dan mengelip gelipkan kedua dua mata aku. Beberapa kali, sambil terseyum gatal.

"Bolehh lahhh ye?"
Aku bertanya kepada Sham lagi.

"Hurmmmm ok boleh.Tapi kenapa nak tidur sorang sorang ni?" Tanya Sham.

"Bukan apa Sham, aku kalau tidur malam, aku suka berbogel hehehhehe".

Aku tergelak sendiri. Semua kawan kawan memandang kepada aku...

"Dia ni, kalau tak bergurau satu hari, boleh pening agaknya".
Kata Lin kepada aku.

"Hisss melawak pun tak boleh e".
Kata aku sambil kembali ketawa.

Mereka ni kalau aku buat lawak sikit, semua buat muka serius. Macam muka orang tertelan tulang ikan je... Aku melangkah masuk kedalam bilik dan membawa beg baju. Lin, Yana, Ita dan Mimi
tidur didalam satu bilik utama, yang tersedia bilik air didalamnya. Manakala yang lelakinya pula, hanya meletakkan bag baju sahaja didalam bilik. Lalu terus terbaring dihadapan television. Masing masing kelihatan sangat kepenatan.
Z tidur disofa dua tempat duduk, Hafiz pula tidur disofa tiga tempat duduk. Yang lain mengambil tempat diatas karpet. Aku melangkah masuk kedalam bilik. Agak sempit, tapi sesuailah untuk aku seorang. Didalam bilik ni ada satu katil bujang, almari mekup berserta kerusi. Ok lah, untuk tidur, bukannya aku nak berzumba pun dalam bilik ni. Nak buat tidur aja. Yang paling penting bersih, walaupun kecil. Aku merebahkan diri diatas katil. Akhirnya, aku juga terlena. Bila aku tersedar dari tidur, aku mencapai talifon bimbit, untuk melihat jam. Sudah pun pukul 4.30 petang. Ehhh lama jugak aku tertidur, dekat satu jam lebih. Aku bangun untuk mandi, bila badan terasa letih...Keluar dari bilik. Aku ternampak Hafiz sedang duduk disofa, sambil bermain dengan talifon bimbitnya. Sofa yang diduduknya, betul betul didinding bilik aku. Bila aku membuka pintu bilik. Sofa dia lah yang pertama aku nampak. Tuan rumah ni tak pandai deco rumah nampaknya.

"Zie! Sekejap".

Hafiz bangun dan menghalang jalan aku untuk ketandas.

"Kenapa ni?".
Aku bertanya. Dengan nada yang sedikit berbisik.

"Awak dah tak sayang saya lagi ke? Saya nak minta maaf sangat, dekat awak. Kalau awak nak tau, Ita tu kawan Sham. Saya baru je kenal budak perempuan tu".

Hafiz cuba menerangkan situasi yang sebenarnya kepada aku.

"Ehhh tak apa Hafiz! Aku tak kesah pun, kau nak berkenalan dengan siapa pun. Tolong ye! Jangan nak sakitkan pula hati budak perempuan tu. Dia nampak baik orangnya". Kata aku kepada Hafiz.

"Lagi satu aku nak bagi tau kau. Tolong jangan angap aku bodoh. Macam orang lain yang pernah kau tipu dulu. Aku betul betul bodoh. Bagi kau masuk dalam hati aku".

Kata aku sambil mengerutkan dahi menatap wajah Hafiz yang kelihatan serabut.

"Muka kau ni Hafiz kalau aku dah sebat dengan penyapu, baru kau tau. Aku dah elok elok malas nak fikir pasal kita lagi, kau boleh pula halang halang aku macam ni. Dasar lelaki tak guna, miang".

Aku mengomel didalam hati, sambil memandang ketempat yang lain. Hafiz pula hanya diam membisu dan memandang kepada aku.

"Sudah lah tu Fiz, Lepas ni aku tak mahu kau angap aku girlfrend kau lagi. Angap sajalah aku ni, sebagai kawan sahaja. Itu pun kalau kau rasa nak berkawan dengan aku".

Kata aku selamber... Hafiz merapatkan bibirnya ditelinga aku. Sambil berbisik pelahan.

"Aku masih sayang kau Z".
Aku menolak dada Hafiz, bila dia melafazkan itu.

"Sudah sudahlah tu Hafiz. Tolong lah! Tolong jangan ingat lagi kisah engkau dengan aku. Bagi aku kau dan aku sudah jadi sejarah pun. Aku pun sudah mula kuburkan cinta kau dalam dalam... Pagi tadi aku memang tak dapat terima penipuan kau. Tapi sekarang ni, aku dah Ok". Terang aku kepada Hafiz.

"Kalau kau masih nak kita berkawan. Kau jangan pandai pandai nak ada perasaan dekat aku lagi. Aku ni dah muak, kau tahu. Aku muak kenal lelaki macam kau. Aku kalau dah menyampah, jangan ingat aku nak pusing balik kepada kau".

Kata kata terakhir aku kepada Hafiz, sebelum aku melangkah masuk ke dalam bilik air, yang berada di dapur. Sepas mandi, aku keluar bilik air. Semua sudah bangun dari tidur. Ita duduk disebelah Hafiz, sambil memelok lengannya. Mana kala yang lain juga sama. Mereka duduk berkepit dengan pasangan masing masing. Aku terseyum memandang mereka.
"Ini kalau jabatan maksiat datang, kawin free lah korang. Tak payan nak hantara hantara". Aku berbisik sendiri, sambil terseyum. Aku yang masih lagi bertuala, berjalan pantas masuk kedalam bilik dan terus bersiap. Terasa sejuk bila petang menjelang ke malam. Aku terus keluar dari bilik dan melangkah pergi kepada Z. Aku melabuhkan punggung duduk di sebelah Z yang sedang melayan talifon bimbitnya.

"Wahhh dah mandi".

Tegur Z, bila aku berada disebelahnya. Z merapatkan bibirnye kebahu aku lalu mencium bahu aku.
"hurmmmm wangi".
kata Z lagi

"Mestilah kena wangi wangi, kalau busuk sapa yang nak". Balas aku, sambil mata menjeling kepada Hafiz.

"Dahlah Z, kau pergi lah mandi dulu. Pastikan kau wangi macam aku ya! Aku nak cium kau banyak banyak".

Aku tergelak bila bergurau dengan Z. Kawan kawan aku yang juga ada duduk disitu juga turut terseyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience