Mereka sampai di perkarangan hospital Lin dan Yana bergegas turun dari kereta. Mereka meluru kepada Zie dan Khai, yang duduk dipintu hadapan zon kecemasan.
"Zie, macam mana dengan Z?".
Tanya Yana.
"Aku tak tau Yana.Tunggu doktor keluar".
Jawap Zie.
"Moga dia baik baik sahaja ye Zie".
kata Yana lagi, Zie hanya diam membisu... Lebih 2jam menunggu. Doktor keluar dan bertanyakan tentang ahli keluarga Z.
"Kami kawan dia doktor? Macam mana dengan kawan kami?".
Tanya Khai.
"Maaf cik, Dia koma buat masa ni. Kami terpaksa menunggu tidak balas dari pesakit. Nanti boleh bagi tau kelurganya ya, datang berjumpa saya".
Kata doktor lagi.
Zie memeluk Yana dan Lin. Bila mendengar keadaan Z.
"Apa aku dah buat ni korang! Aku nakkan Z aku balik".
Zie menagis teresak esak.
"Boleh saya jumpa dia ke doktor?".
Kata Zie.
"Maaf tak boleh! Kami akan pantau dia dalam masa 24jam. Kalau dia masih tidak ada tindak balas. Saya akan pindahkannya ke wad. Kalau ada tindak balas, kami akan terus pantau di sini. Itu terpulang dengan kekuatan pesakit".
Jawap doktor itu lagi.
"Ohhh, tuhan! Kenapa ini yang terjadi. Tolong kuat sayang. Tolong kuat untuk aku sayang".
Bisik Zie di dalam hati.
"Tolong isi borang didepan. Ini barang barang pesakit. Cincin ini ada didalam poket seluar dia, Tadi saya ambil dengan wallet dia".
Kata nurse dan menyerahkan kepada Zie. Zie menangis melihat cincin itu. Cincin itu disarungkan semula ke jarinya.
"Tolong tulis nombor talfon sekali ya. Nanti senang kami hubungi". Kata nurse itu lagi.
Khai pergi ke kuanter untuk mengambil borang dan mengisinya. Zie pula menalifon Mama Z. Untuk memberitahu mereka yang Z kemalangan. Pada mulanya hati Zie betul betul tidak sedap, untuk memberitahu mama Z, tentang kemalangan itu. Zie teragak agak untuk menekan nombor talifon mama Z.
"Walau macam mana pun, aku kena call juga". Bisik Zie dan menekan butang memangil.
"Hello Aunty, ini Zie aunty. Aunty, Zie nak bagi tau yang Z kemalangan". Cerita Zie dengan nada yang sedih.
"Apa Zie? Z macam mana Zie?".
Tanya mama Z. Mama Z betul betul terkejut, bila mendengar anaknya kemalangan.
"Z masih belum sedarkan diri lagi Auntie! Kami diport Dickson. Z kemalangan semasa mahu pulang ke KL". cerita Zie.
"Yaallah Zie. Tolong jagakan Z ye Zie. Aunti akan terus ke sana sekarang".
"Baik Auntie. Maafkan saya auntie. Saya tak jaga Z dengan baik".
Kata Zie sambil menangis.
"Jangan macam tu Zie! Ini semua sudah suratan takdir. Jangan salahkan diri sendiri".
Mama Z, cuba memujuk Zie.
"Ok Zie, Aunti nak bersiap siap sekejap. Nanti jumpa di sana".
kata Mama Z lagi dan memutuskan talian.
"Korang, Kalau korang nak balik resort. Korang baliklah dulu. Aku nak tunggu Mama Z. Hari pun dah nak malam. Aku rasa mama Z akan sampai dalam pukul 9 atau pukul 10malam. Aku rasa, tak payahlah ramai ramai di sini. Apa apa aku call korang".
Kata Zie lagi.
Masing masing bersetuju dengan cadangan Zie.
"Zie, Saya temankan awak ye?".
Kata Khai.
"Nanti senang, kalau awak nak balik ke resort". Kata Khai dan Zie bersetuju.
Tepat pukul 9.30malam. Mama Z sampai dihospital. Bersama adik lelaki Z dan Ayahnya. Zie bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk mama Z.
"Aunti! Z masih belum sedarkan diri lagi. Saya takut auntie".
kata Zie sambil memeluk erat Mama Z.
"Sayang! kamu jangan menangis. Doakan yang baik baik untuk Z. Moga Z kuat".
Sambil air mata Mama Z berlinangan juga.
"Kamu kelihatan letih Zie. Kamu baliklah berehat. Biar auntie pula yang tunggu disini!"
"Tak apa Auntie biar saya tunggu Z".
"Jangan macam tu Zie! Kamu kelihatan pucat. Auntie tak mahu kamu sakit. Kamu baliklah berehat. Nanti apa apa aunty call kamu
ye sayang!"
Sambil mengelap air mata Zie.
"Ok aunty! Tolong call saya, kalau ada apa apa perkembangan dari Z ya. Tolong ye Auntie... Saya ada diresort di PD. Kalau auntie nak berehat. Aunty boleh datang ke resort".
Tanya Zie lagi.
"Ok Zie. Apa apa nanti, auntie akan call kamu sayang."
Sambil mama Z, mencium dahi Zie dan Zie berlalu pergi bersama Khai. Pulang semula ke resort dengan wajah yang sugul.
"Zie! Jom makan dulu".
Ajak Khai.
"Saya tak ada selera lah Khai".
"Atau kita suruh staff hantar makanan di atas ye?".
Khai bertanya lagi dan Zie hanya menggangukkan kepalanya... Khai pergi ke restoran bawah resort untuk memesan makanan. Zie pula melangkah naik ke atas. Bila sudah membuat pesanan makan. Khai juga terus naik ketingkat atas. Masuk sahaja kedalam bilik, Khai dapati Zie berdiri dibalconi, Sambil mengalirkan airmata kesedihan.
"Jangan menangis Zie".
Khai merapatkan badan dan memeluk Zie yang kesedihan.
"Saya juga rasa bersalah dalam hal ni. Saya tidak seharusnya rebut awak dari Z. Semua ni salah saya Zie. Kalau saya tau, awak ada Z. Saya tak akan kacau awak".
Khai melepaskan pelukannya dan terus memandang ke pemandangan laut.
"Jangan salahkan diri sendiri Khai. Sesiapa pun tak bersalah dalam hal ini. Kita sama sama dalam dilema cinta. Cinta buat kita buta sekejap. Cinta buat kita lupa segala galanya. Jadi tidak ada sesiapa pun bersalah dalam hal ini".
Kata Zie sambil berpaut lengan Khai... Pintu diketuk oleh perhantaran makan. Khai membuka pintu dan membawa masuk tray makan masuk kedalam bilik.
"Zie, Mari kita makan".
Ajak Khai. Zie datang dan terus duduk di sofa bersama Khai.
"Saya tak ada selera nak makanlah Khai. Saya rasa tak rasa lapar".
"Jangan macam tu Zie! Dari petang awak tak makan apa pa pun. Saya tak mahu awak sakit".
Khai memandang Zie yang masih lagi termenung.
"Sini kita makan sama sama. Saya suapkan awak".
kata Khai lagi sambil tersenyum nakal.
"Tak apa Khai! Saya boleh makan sendiri".
Zie juga turut tersenyum dan mula menyuap makan kedalam mulutnya.
"Khai, lepas ni, saya nak mandi. Lepas tu saya nak berehat".
"Ok".
Balas Khai... Lepas makan dan mandi. Zie duduk di sofa satu seat. Sambil melihat talifon bimbitnya. Khai pula baring di kerusi sofa panjang. Satu satu watsap di buka. Hinggalah ke watsap dari Z. Dari tiga hari yang lepas hingga ke pagi hari ini. Hanya WhatsApp dan pangilan dari Z sahaja yang masuk. Zie menekan voice recorder Z.
***Zie jangan pergi tinggalkan aku. Kau pergi tanpa berkata apa apa. Aku betul betul resah dan takut Zie. Hati dan jiwa aku sakit bila kehilangan diri kau. Tidur malam aku jadi tak menentu. Bila mengenangkan diri kau yang pergi. Air mata mengalir tanpa henti, bila hati ini mula memikirkan kau. Tolonglah Zie, wujudjan diri.
Kerana aku tak sanggup menangung derita ini lagi... Aku sayang kauuu***
Voice message watsap dari Z, begitu merintih. Zie kembali menangis.
"Awak dengarkan Khai. Dia merayu untuk saya maafkan dia. Tapi semuanya sudah terlambat. Kerana masing masing mengikutkan kata hati. Terkedu Khai mendengar rintihan Z. Zie pula terus banggun dan melangkah terus duduk diatas katil. Zie menyelimutkan seluruh tubuhnya sambil menangis kesedihan.
"Kenapa semua ini datang dalam hidup aku? Kenapa aku kena hadapai semua ini? Kenapa Kau buat aku sakit? Kenapa cinta aku dan kau tak pernah tenang?"
Bisik Zie didalam hati. Sambil Zie membuka cincin dijarinya dan melihat nama yang tertera didalam cincin itu Z Love Zie FOREVER.
"Cincin yang kau berikan ini! Akan aku simpan. Maafkan aku sayang, kerana pernah memulangkan cincin ini. Aku tau, kau pasti sakit hati. Kerana pemberian kau, aku tak hargai. Tapi bukan itu maksud aku. Aku nak kau tau. Aku buntu memikirkan semua ini. Aku masih sayangkan kau... Maafkan aku Z".
Bisik Zie, sambil meratap gambar Z yang ada screen talifon bimbitnya.
"Tolong kuat untuk aku sayang. Aku tak sabar menanti hari esok. Aku harap esok memberikan harapan yang baru untuk aku dan engkau".
Dalam tangisan, akhirnya Zie terlelap, bersama linangan air mata.
.................................................................
"Doktor, macam mana anak saya?".
Tanya ayah Z kepada doktor yang memeriksa Z.
"Masih tidak memberikan apa apa respon lagi. Kami akan terus memantau dia sini. Encik boleh balik dulu, nanti saya akan hubungi encik, sekiranya ada apa apa pekembangan dari pesakit". Kata doktor itu.
Keluarga Z membuat keputusan untuk check in dihotel yang berhampiran hospital. Kerana tidak mahu tergopoh gapah nanti, bila mendapat panggilan dari hospital. Lagi pun badan masing masing sudah mula keletih, kerana menunggu dihospital terlalu lama.
Share this novel