"Zie sayang, kamu pergilah balik berehat. Hari dah malam. Aunty gantikan kamu. Kamu kena berehat juga ye sayang".
Zie memang kelihatan letih. Kerana satu hari ni, Zie duduk sahaja dikerusi, menantikan Z.
"Baik Auntie. Esok saya datang pagi pagi.
Zie menalifon Lin untuk mengambilnya dihospital dan Lin menyuruh Zie menunggunya dibawah perkarangan hospital. Dia akan sampai lagi 20minit.
"Thanks korang. Sudi ambil aku".
"Hiss! kau ni Zie. Mestilah aku sudi ambil. Kan kita kawan baik. Mana boleh aku biarkan kau sorang sorang".
Nada Lin sedikit meninggi dan Zie tersenyum. Sampai kebilik, Zie mandi dan baring diatas katil.
"Aduhhh leganya dapat baring... Satu hari duduk dekat kerusi aja". kata Zie sendiri.
"Tapi demi kau Z, aku akan terus menunggu".
Zie bangun dari katil dan mencapai kotak rokok dan mengeluarkan sebatang rokok lalu memasangnya.
"Satu hari ini aku tak sentuh kau sayang".
Sambil menghembuskan asap keluar dari mulutnya.
"Leganya dapat kau".
kata Zie lagi.
Zie terus keluar di balconi untuk menghisap rokok. Sambil memandang sekeliling resort dari atas. Ternampak Yana dan Lee, sedang bermadu asmara dibalconi bilik mereka disebelah bilik Zie.
Mereka ketawa riang, berpelukan dan bercium antara satu sama lain.
"Indah sungguh mereka. Mereka kelihatan bahagia".
Bisik Zie sambil terseyum sendiri, dalam masa yang sama, terpancar cemburu didalam hati. Bila melihat kebahgiaan mereka.
Yana dan Lee memandang ke Zie dan tersenyum.
Zie membalas senyuman mereka dan menghabiskan rokok dijari. Zie terus masuk kedalam bilik untuk dan terus menghempaskan dirinya diatas katil.
...................................................................
"Khai oh Khai. Kawan ibu dah sampai".
Teriak Ibu Khai. Khai keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu. Khai bersalam dengan makcik itu.
"Khai, inilah kawan ibu. Mak Suhana. Boleh panggil mak Su. Masa kau baby, dia yang menjaga kau, sampai kau 2 tahun".
Khai hanya tersegih sengih bila ibunya menerangkan kepadanya.
"Wahh! Dah besar kamu, handsome pula tu".
Kata mak Su. Khai bertambah meneringai.
"Hiss makcik ni nak mengorat aku ke ni?".
Bisik Khai, bila Mak Su terseyum seyum memandangnya.
"Khai, ini anak Mak Su".
Sambil menunjukkan seorang gadis Manis, bertudung disebelahnya.
"Nama dia Tina".
Khai tersenyum melihat Tina. Tina juga tersenyum melihat Khai. Mereka hanya berbalas senyuman.
"Jom lah duduk Su".
Pelawa ibu Khai kepada mereka. Khai pula berlalu keluar dan duduk di buaian, di luar rumahnya.
Tina pula di suruh Ibunya, untuk mengikut Khai keluar...
"Abang Khai kenapa? Abang tak suka Tina?".
Tanya Tina selamber. Bila Khai tidak berkata apa apa, bila melihatnya.
"Maafkan saya Tina. Saya belum kenal awak lagi.
Itu yang saya tak selesa".
Jawap Khai.
"Boleh kita berkawan dulu?. Itu pun kalau abang sudi berkawan dengan Tina".
Khai hanya tersenyum memandang Tina, Bila melihat Khai terseyum, Tina melabuhkan punggungnya duduk disebelah Khai.
"Boleh Tina, tak salah kalau awak nak berkawan dengan Abang. Kejap lagi abang kena balik KL
Esok abang ada hal".
"Kenapa cepat sangat?. Tina baru datang".
"Abang singgah balik sekejap aja. Abang betul betul ada hal esok".
Tina mengangguk tanda faham. Mereka berdua bertukar tukar nombor talifon.
"Abang kena balik sekarang, maafkan abang. Abang tak dapat lama berborak panjang dengan awak".
Kata Khai dan terus bangun dan masuk kedalam rumah. Untuk mengambil barangnya.
"Aku tak boleh biarkan Zie berseorangan.Dia sudah balik ke resort atau belum? Risaunya hati ini".
Khai berbisik didalam hati.
"Ibu, mak Su, saya balik dulu. Esok saya ada kerja".
Khai bersalaman dengan mereka dan terus keluar. Tina masih setia duduk diluar.
"Abang balik dulu ye Tina".
"Baik baik bawa kereta ye abang".
Khai hanya tersenyum dan berlalu pergi kepada Zie yang kesorangan. Khai Sampai di resort sudah pukul 11lebih malam. Khai terasa letih sangat dan terus masuk kedalam bilik. Khai berharap Zie sudah baik. Bila Khai membuka pintu bilik, keadaan bilik terang dengan cahaya lampu tidur. Kahi tersenyum sendiri, kerana dia tahu Zie sudah ada di dalam bilik. Kahi masuk kedalam dan menutup pelahan pintu bilik. Zie kelihatan tidur lena diatas katil. Kahi duduk dibucu katil dan memandang Zie yang lena diulik mimpi.
"Secebis kenangan bersama kau, aku tak akan pernah lupakan... Walaupun bahagia hanya datang sedetik, tapi aku bahagia".
Bisik Khai di dalam hati. Sambil Khai menyentuh pipi Zie.
"Kelihatan kau lebih letih dari aku. Aku tau kau letih dengan semua yang terjadi. Aku tak sangka kau begitu kuat. Menerima semua musibah yang datang kepada engkau. Aku sudi sentiasa berada disisi kau. Aku tak akan meninggalkan kau di saat begini. Aku akan setia menjadi peneman kau... Walaup pun aku tahu! Dalam diri kau tak ada rasa sayang lagi kepada aku kecuali Z. Tapi aku puas,
Aku puas bila lihat kau bahagia...
Khai pelahan lahan pencium pipi Zie dan bangun dari katil terus ke balconi luar, sambil memasang sebatang rokok. Khai merenung jauh dilaut.
"Kau perempuan pertama yang aku bawa di sini,
aku berharap, kau tidak akan pernah melupakan tempat ini, bila kau sudah bersamanya nanti... Tempat inilah, tempat yang pertama, setelah kau sudi keluar dengan aku".
Sambil Khai melihat pemandangan sekeliling resort dari balconi sambil menyedut rokoknya dijari.
"Tenanglah wahai hati. Sesuatu yang indah pasti akan tiba".
Khai cuba memujuk hatinya yang dalam kesedihan.
"Bib! bib!"
Ring watsap berbunyi dari talifon bimbit, dalam poket Khai. Khai melihat screen ditalifin bimbitnya... Tertera nama Tina masuk didalam watsap. Khai membuka watsap dari Tina itu.
*Asalam abang. Abang sudah sampai ke Kl ke?".
Tulis Tina.
Kahi membalas watsap Tina.
*wasalam,
Ye abang sudah sampai. Baru sahaja sampai.
Abang letihlah, abang nak berehat.
Bye.
Balas Khai ringkas.
*Oh tak apalah kalau macam tu.
Bye, selamat malam abang. Balas Tina.
Kahi tidak membalas watsap Tina itu. Dia hanya di biarkan sahaja. Sambil masuk meletakkan talifon bimbitnya diatas meja dan baring dia atas sofa, sambil melelapkan mata.
Zie bangun lebih awal hari ni dan bersiap siap untuk mandi.
"Hari ni aku nak pergi awal ke hospital".
Kata Zie sendiri. Sambil lalu disofa tempat tidur Khai. Terlihat Khai tidur tanpa baju dalam keadaan keletihan. Sampai ternganga mulutnya. Zie tersenyum melihat cara Khai tidur.
"Pukul berapa aganya Khai sampai sini?".
Tanya Zie di dalam hati. Zie berlalu masuk kedalam bilik air. Bila sudah siap mandi, Zie mencapai talifon bimbitnya untuk menghantar pesanan Watsap kepada Lin dan Yana. Zie ingin mengajak mereka turun bersarapan sesama.
*Woii! monyet monyet. Tak bangun lagi ke?".
Tulis Zie di watsap group.
Sudah lama Zie tak bergurau dengan kawan kawannya. Sambil membuat emoji monyet. Watsap masih lagi belum di baca oleh Lin mahu pun Yana. Zie terus meletak talifon bimbitnya diatas meja disebelah television sambil duduk didepan cermin untuk mengeringkan rambutnya.nSudah dua hari rambutnya berikat tak di cuci.
"Barulah rasa lega kepala ni".
Bisik Zie, di dalam hati.
Akibat bunyi bising hair dryer, Khai tersedar dari tidur dan memandang Zie yang hanya bertuala, duduk didepan cermin.
Kahi, bangun dari sofa dan terus pergi ke Zie, lalu memegang bahu Zie. Terperanjat Zie bila merasakan tangan seseorang di bahunya.
"Terperanjat saya Khai". Zie terseyum dibalas oleh Khai.
"Maaf, Bising ya? Kesian awak tengah tidur terjaga".
Kata Zie lagi dan cuba bangun untuk memaki baju tapi di halang oleh Khai.
"Awak wangi Zie!".
Sambil mencium belakang Zie. Berdebar hati Zie, bila Khai mula bersikap romantik pagi pagi ini.
"Thanks Khai".
Zie setia tersenyum dalam debaran.
Khai mengambil sikat, lalu menyisirkan rambut Zie. Zie hanya mampu membiarkan Khai yang berkeadaan pelik pagi ini.
"Zie sayang! Sekiranya nanti, awak tak bersama saya lagi. Awak jangan pernah lupakan saya ye? Sungguh berat hati ini, bila melihat awak melangkah pergi kepada Z. Tapi saya tetap membenarkan awak pergi kepadanya".
Sambil Khai mencium leher Zie, bertambah berdebar dada Zie, bila Kahi membuatnya begitu. Kahi menarik Zie banggun dari tempat duduknya dan terus memeluk Zie.
"Moga hari ini menjadi hari yang indah buat kita Zie".
Khai terus mengucup pipi Zie dan membawa kebibir pula. Zie terasa sunguh tidak selasa, bersama Khai hari ni. Nafas laju Khai terasa hangat dipipi Zie.
"Kenapa dia jadi macam ni?".
Bisik Zie di dalam hati dan setia membiarkan dirinya dirangkul dan dicium Kahi. Khai pelahan lahan mula menarik tuala yang dipakai oleh Zie.
Zie sampat memegang tualanya dari terbuka.
"Stop Khai".
Sambil menolak Kahi.
"Kenapa dengan awak ni? Apa yang terjadi ni?
Tolong kawal diri Khai".
Sergah Zie yang mula meninggikan suaranya. Khai tersentak dan terus lari ke balconi. Zie terus menyarungkan bajunya dan terus ke balconi juga.
Lalu Zie berpaut dilengan Kahi.
"Awak, awak kenapa hari ni? Awak nampak pelik sangat. Kenapa Wak?".
Tanya Zie.
"Zie, saya tak nak kehilangan awak, seperti mana saya kehilangan Siti. Cinta dan harapan saya terlalu besar. Walaupun akan terbentang tembok pemisahan antara kita. Saya nak awak tahu, Awak akan tetap ada di sini".
Sambil Khai memegang dadanya.
"Pedih hati saya. Jiwa saya terseksa memendam rindu. Saya merana Zie. Harapan saya untuk hidup bersama awak. Tapi semuanya akan berakhir bila Z sedar nanti"
Kata Khai sambil menakungkan air mata.
"Maafkan saya berkelakuan begitu tadi... Maafkan saya Zie".
Sambil Khai memegang pipi Zie.
"Saya tak akan mengulanginya lagi Zie. Maaf".
Share this novel