Perubahan sikap

Romance Completed 40494

"Zie".

Nada lembut Kid memangil nama aku. Aku memandang Kid, bila nama aku dipangil.

"Zie ni cantik lah! Bertambah cantik pula hari ini".

Kata Kid.

"Baru pertama kali lihat Zie lepaskan rambut. Didepan Kid. Zie Sunguh ayu".. Sambung Kid lagi dan melirikan matanya tajam memandang aku dengan seyuman.

"Cukup cukuplah Kid puji puji Zie. Melambung naik ke atas nanti".

Kata aku dan kami berdua ketawa.

"Esok, Kid gerak balik pukul berapa?".

"Dalam pukul 12".

Balas Kid.

"Lepas ni jaga diri tau Zie. Jangan nakal nakal sangat".

Kata Kid lagi.

"Apa apa kita watsap ya".

Sambung Kid lagi. Aku menganggukan kepala sahaja, sambil jari aku, bermain main dengan bibir gelas.

"Zie, saya memang tak ada harapan ke untuk mengenali awak dengan lebih rapat lagi. Saya betul betul sukakan awak".

Ayat Kit membuatkan aku terhenti dari bermain dengan gelas itu. Aku memandang semula kepada Kid.

"Baik jangan Kid! Sekarang awak boleh tengok cara saya macam mana. Dengan pakaian saya, cara saya merokok, mabuk. Kira 5 tahun paling dekat. Kalau saya masih tak berubah. Jumpa keluarga awak dengan cara saya macam ni. Mereka boleh terima saya ke? Jadi, baik jangan cintakan saya Kid. Perkataan berubah, belum wujud lagi dalam hati ini".

Terang aku kepada Kid. Aku nak Kid faham.

"Sebab saya nak berpakaian macam ni sampai saya fikir nak berubah. Buat masa ni, saya tetap jadi diri saya. Fikir lah masak masak Kid. Bila awak mula cintakan seseorang. Pandang dengan hati. Bukan dengan mata nafsu. Ingat tu Kid".

Kata aku lagi. Aku meneguk lagi dan menghabiskan air yang ada didalam gelas. Kemudian aku menuang lagi baki air yang ada didalam tin. Berkerut jugak lah aku, hendak menghabiskan baki air yang ada didalam gelas tu. Tengah borak borak sambil ketawa ketawa. Tiba tiba Z datang dari belakang Kid. Terkejut jugak lah aku, bila melihat Z.

"OMG tolong jangan buat hal dekat sini Z".

Bisik aku.

"Z"

Aku menyebut nama Z dan anak mata beralih kepada Z. Berpusing Kid memandang kepada Z.

"Hurmmm engkau".

Kata Kid, bila melihat Z dibelakangnya.

"Kenapa kau follow dia lagi. Bukan aku dah bagi tau dekat engkau ke? Aku tak nak kau ikut ikut dia lagi".

Marah Z dengan nada yang agak tinggi.

"Alahhh relexlah bro. Bukan buat apa pun. Aku duduk berborak aja. Tak kan lah tak boleh. Bukan kau dah minta maaf dekat aku ke tadi?. Apa yang nak kecoh lagi ni".

Kata Kid, dengan wajah yang berkerut.

"Ye lahh Z, bukan buat apa pun duduk aja".

Sampuk aku.

"Ok lah Zie, saya balik dulu ya. Panjang umur, ada jodoh kita jumpa lagi".

Kid bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan aku bersama Z. Sempat Kid memberikan aku senyuman sebelum beredar.

"Ok bye Kid".

Aku membalas senyuman Kid dan Kid melangkah kaki meninggalkan aku disitu bersama Z. Aku berpusing semula kepada Z.

"Heiii kau ni dah kenapa? Aku kan duduk duduk aja. Kebetulan dia lalu sini. Ternampak aku, Itu yang dia temankan aku. Kau ni Z, teruk lah".

Marah aku. 

"Kau tengok diri kau. Kau janji dengan aku, tak nak minum lagi kan. Tapi kau minum juga. Mana janji kau dekat aku Zie?". Tanya Z.

"Tolonglah Z, Leave me alone. Kau paham tak". Suara aku agak meningi kepada Z.

"Oh kalau aku, kau suruh tinggalkan kau. Kalau budak tu tadi, kemain seronok lagi, gelak ketawa. Kau ni teruklah Zie".

Kata Z dengan nada yang betul betul marah, lalu Z menumbuk tiang batu yang keras disebelah meja aku. Terperanjat aku, bila Z buat begitu... Mengalir darah keluar dari penumbuk Z. Semua pelangan disitu, memamdang kepada kami. Aku tak tau nak buat apa. Aku betul betul terkejut. Z berlalu pergi dengan jarinya yang darah. Aku bangun, lalu mengejar Z. Tak sempat pun aku minum baki air itu. Rugi duit aku aja. Kacang pun tak sempat nak habiskan.

"Z tunggu aku Z... Z tunggu aku! Kau tak dengar ke? Tolong Z lah Z, Tolong jangan buat aku macam ni".

Aku merayu beberapa kali, Agar Z berhenti dari berjalan laju... Hati aku menjadi sayu, bila melihat Z dalam keadaan. Z setia tidak memperdulikan aku dan terus berjalan, tanpa menghiraukan aku dibelakangnya. Sampai dibawah apartment aku masih mengejar Z. Rayu tetap merayu.

"Z tolong lah. Aku minta maaf sangat. Tolong jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf sanggat." Kata aku lagi.

Bila perkataan maaf keluar dari mulut aku, Z berhenti. Z duduk dikerusi depan Apartment kami. Aku sampai disitu dengan tercunggap cunggap. Sambil mencari getah rambut aku ditangan. Tetapi tidak ada.

"Alamakk, tertinggal dekat pub tadi. Habislah getah aku. Mesti budak pelayan tu bagi getah aku dekat makwe dia. Dah lah aku baru beli kat klcc". Bisik aku.

"Z, kenapa kau buat macam tu? Kau ni dah kenapa ya?".

Kata aku sambil aku duduk disebelah Z. Tak berani aku untuk menyentuh Z. Takut sampai pula penumbuk sulung, singgah ke muka aku. Orang tengah marah ni, penumbuk dia, mengalahkan Malek Nor. Z hanya diam bila aku bercakap. Z betul betul marah dekat aku. Kegelapan malam membuatkan suasana bertambah sepi bila Z hanya diam membisu. Darah di jari mula mengalir. Perasaan kesian mula menyelubungi diri aku.

"Z jom kita masuk?". Ajak aku.

"Kau pergi lah dulu, aku nak duduk sini". kata Z

"Alahhh jom lah masuk sama sama".Ajak aku lagi.

"Kau masuklah dulu Zie! Bukan kau dah tak suka aku ke? Buat apa kau kejar aku. Aku ni bukan orang baik. Nasihat aku, mana kau nak dengar".

Z menyeluk poket dan mengeluarkan sekotak rokok didalam poketnya dan mengambil sebatang rokok lalu memasangnya. Z seperti mahir merokok. Di tariknye dalam dalam asap rokok dan di lepaskannya. Aku mula pelik. Buka selama ni Z tak merokok ke? atau dia sengaja tidak mahu menunjukkan kepada aku, yang dia juga seorang perokok. Sebab gayanya dan caranya tak macam orang baru belajar merokok.

"Z, sejak bila kau merokok?".

Tanya aku, sambil mencapai kotak rokok ditangan Z. Z hanya diam dan tak menjawap soalan aku.

"Macam aku cakap dengan batu". Bisik aku.

"Aku sejuklah Z, dekat luar ni! Jom lah masuk". Ajak aku.

Tiba tiba aku terdengar petikan gitar dari rumah Kid. Sungguh sedih dan penyentuh hati, suara gitar yang dimainkan itu... Lagu Tinggal sayang tinggal lah pujaan kalau tak silap aku. Mendayu dayu alunannya. Di tambah pula dengan suara Kid yang mendayu dayu, sampai kecorong telinga aku. Aku membisu seketika. Bila mendengar alunan suara gitar itu. Mula rasa sebak dihati ini.

"Kata nak masuk, pergi lah masuk! Atau kau nak dengar alunan gitar tu sampai habis?"

Kata Z sambil memandang aku.

"Dah jom masuk". Ajak Z.

Kali ini, aku pula yang diam membisu. Z mula banggun dari tempat duduknya.

"Dah jommm masuk".

Ajak Z lagi, bila melihat aku membatu, Z menarik tangan aku dengan begitu kasar sekali. Tak pernah Z buat macam ni sebelum ni. Sebelum ni dia sorang yang sangat penyanyang. Lembut hati, baik... Tapi bila sampai sini, dia bertukar cara. Jadi pemarah, panas baran, kurang hajar dengan orang. Kenapa dia begitu ya?... Aku bangun mengikut kehendak Z. Z memimpin tangan aku hingga ke atas rumah. Sebelum masuk dia melepaskan tangan aku dan membuka pintu. Dari tempat duduk hingga ke depan pintu rumah, aku menghayati lirik lagu itu. Terasa seperti dipukau. Alunan yang penuh dengan sentuhan menyusuk kedalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience